You are on page 1of 1

Salmah Binti Ismael,

Politeknik Kota Kinabalu,


Jalan Politeknik,
88450, Kota Kinabalu, Sabah.

Chong Success SDN BHD,


First Floor, No. 12-1, Lot 109, Block D,
Lorong Plaza Kingfisher 6, Plaza Kingfisher,
88450, Kota Kinabalu, Sabah.

16 JUN 2016

Tuan,
PERMOHONAN MAAF DI ATAS PENARIKAN DIRI DARI MENJALANI
PROGRAM LATIHAN INDUSTRI SESI JUN NOVEMBER 2016.
Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan perkara di atas.
2.
Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak dapat menjalani latihan industri di firma
Tuan pada 20 Jun 2016 sehingga 4 November 2016, seperti mana surat jawapan penerimaan
penempatan dari pihak Tuan. Berikut adalah maklumat diri saya untuk rujukan pihak Tuan :
Nama Pelajar

: SALMAH BINTI ISMAEL

No. Kad Pengenalan : 950924-12-6850


No. Pendaftaran

: 07DBK13F2020

3.
Untuk pengetahuan Tuan, permohonan penarikan diri ini adalah kerana saya telah
menerima tawaran menjalani latihan industri di syarikat lain.
4.
Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar pihak Tuan dapat memahami dan
menerima permohonan penarikan diri saya dari menjalani latihan industri di firma Tuan.
5.
Saya dengan rendah hati, memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dan
amat menghargai tawaran penerimaan dari pihak Tuan. Segala kerjasama yang Tuan berikan,
saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,

Yang Benar,

.
(SALMAH BINTI ISMAEL)

You might also like