You are on page 1of 3

Amalan Membaca yasin Pada Orang Sakit

Soalan :

Adakah amalan membaca surah Yasin ketika menghadapi orang sakit tenat (kita beranggapan dia
menuju kearah kematian) merupakan sunnah. Apakah yang patut dibuat ketika berhadapan dgn
keadaan begitu.

Jawapan :

1- Para ulama berbeza pendapat tentang hadith yang menyuruh dibacakan surah Yasin kepada
orang yang sedang Nazak.

‫اقرأوا على موتاكم يس‬

Dalam lafaz yang lain : ‫ا ْق َر ُءوا يس َعلَى َم ْوتَا ُك ْم‬

Maksudnya: “Bacakanlah kepada orang yang hamper mati dari kalangan kamu itu dengan surah
Yasin.” (al-Syaukani menghasankan hadith ini di dalam al-Fath al-Rabbani. Manakala al-
Nawawi melemahkannya di dalam al-Azkar, Ibn al-‘Arabi menukilkan dari al-Daraqutni
bahawasanya hadith ini adalah lemah sanadnya dan majhul matannya, dan tidak ada yang sahih
dalam bab ini satu hadithpun. Al-Albani juga melemahkan hadith ini di dalam Irwa’ al-Ghalil
dan al-Silsilah al-Doiefah. Al-Zahabi pula di dalam Mizan al-I’tidal berkata (dalam sanadnya)
ada Abu ‘Uthman yang tidak dikenali bapanya dan juga dia)

Namun terdapat athar dari sahabat Nabi saw yang meminta dibacakan surah Yasin kepadanya
ketika hampir mati. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Sofwan kataya menceritakan
kepadaku guru-guruku bahawasanya mereka menziarahi Ghudaif bin al-Haarith al-Thumali
(seorang sahabat) ketika hamir mati berkata :

"Adakah dari kalangan kamu seseorang untuk membaca surah Yasin ? Maka Soleh bin Syuraih
al-Sakuni membacanya, ketikamana sampai hingga ayat yang ke 40, beliau meninggal dunia. Dia
berkata (Sofwan) adalah guru-guruku berkata : "Jika dibacakan (surah Yasin) di sisi mayat, ia
meringankan (sakaratul maut). Berkata sofwan : dan Isa bin al-Mu'tamir kepada Ibn Ma'tad."

Al-Hafidz Ibn Hajar di dalam al-Isobah berkata : Isnad hadith ini hasan. Syeikh al-Islam Ibn
Taimiyyah juga memilih pendapat ini, di dalam al-Ikhtiyaraat beliau berkata :

"Adapun membaca (Yasin) selepas kematiannya (mayat) adalah bid'ah, berbeza dengan
membacanya kepada orang yang hampir mati, kerana sesungguhnya ia disunatkan dengan
Yasin."

Sebahagian ulama berpendapat sunat membaca surah Yasin ini kepada orang yang hampir mati
kerana ia mengandungi al-Tauhid, al-Mi'aad (janji) dan khabar gembira dengan syurga bagi
sesiapa yang mati dalam tauhid. Iaitulah pada ayat (maksudnya) :

"Mudah-mudahan kaumku mengetahui, dengan pengampunan terhadapku oleh tuhanku."

Maka ruh mendapat khabar gembira dengan ayat ini, dan ia memudahkan keluarnya dari jasad.
Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata :

"(Hadith "Bacalah Yasin kepada orang yang hampir mati di kalangan kamu) hadith ini adalah
hadith lemah, padanya ada sesuatu kelemahan. Tempat bacaaan (surah Yasin) jika sahih hadith
tersebut ialah untuk orang yang telah nazak, dibacakan padanya surah Yasin. Sebahagian ulama
berkata : Padanya (surah Yasin) ada faedah, iaitu memudahkan ruh keluar, kerana di dalamnya
(surah Yasin) Allah berfirman (maksudnya) : "Dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga,
lalu dia berkata alangkah baik kaum aku mengetahuinya, dengan pengampunan tuhanku
kepadaku dan Dia menjadikan aku dari kalangan orang-orang dimuliakan." Maka surah Yasin
dibaca kepada orang yang sakit hampir mati, jika sahih hadith ini. Adapun baca (surah Yasin) di
kuburan maka tidak ada asal baginya." (Fatawa Ibn Uthaimin 17/74)

http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=72201&dgn=4

Ustaz Abd Rasyid bin Idris di dalam risalah ringkas pengurusan jenazah beliau menyebut : “Jika
dibaca hendaklah seperti berikut :

i- Tidak mengganggu Talkin Syahadah

ii- Tidak dilakukan berjamaah

Ima Ahmad meriwayatkan dari Sofwan katanya :

: ‫ َه ْل ِم ْن ُك ْم أَ َح ٌد َي ْق َرأُ يس ؟ قَا َل‬: ‫ فَقَا َل‬، ُ‫س ْوقُه‬ ْ ‫ث ال ُّث َمالِ َّي (صحابي) ِحينَ ا‬
َ ‫شتَ َّد‬ ِ ‫ضيْفَ بْنَ ا ْل َحا ِر‬ َ ‫ض ُروا ُغ‬ َ ‫شيَ َخةُ أَنَّ ُه ْم َح‬
ْ ‫َح َّدثَنِي ا ْل َم‬
ُْ‫ت ُخفِّفَ َعنه‬ ْ ْ ُ َ ُ ُ
ِ ِّ‫ إِذا ق ِرئَتْ ِعن َد ال َمي‬: َ‫شيَخة يَقولون‬ ُ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ َ َ َ
َ ِ‫ فل َّما بَلغ أ ْربَ ِعينَ ِمن َها قب‬، ‫س ُكونِ ُّي‬
ْ ‫ ف َكانَ ال َم‬: ‫ قا َل‬. ‫ض‬ َّ ‫ح ال‬ٍ ‫ش َر ْي‬ُ ُ‫صالِ ُح بْن‬ َ َ‫فَقَ َرأَه‬
‫سى بْنُ ا ْل ُم ْعتَ ِم ِر ِع ْن َد ا ْب ِن َم ْعبَ ٍد‬ َ ‫ َوقَ َرأَهَا ِعي‬: ُ‫ص ْف َوان‬َ ‫ قَا َل‬. ‫ِب َها‬

Maksudnya : “Menceritakan kepadaku guru-guruku, bahawasanya mereka telah menziarahi


Ghudaif bin al-Harith al-Thumali (seorang sahabat) ketika bersangatan nazaknya. Lalu dia
berkata : “Apakah di kalangan kamu ada seseorang yang boleh bacakan surah Yasin ? Katanya :
Maka Soleh bin Syuraih al-Sakuuni membacanya, apabila sampai 40 ayat, dia meningga dunia.
Katanya : adalah guru-guruku berkata : Jika dibacakan (surah Yasin) di sisi mayat, diringankan
kepadanya. Sofwan berkata : Isa bin al-Mu’tamir juga membaca surah Yasin kepada Ibn
Ma’bad.”

Dari hadith ini menunjukkan jika hendak dibacapun surah yasin itu, hendaklah di baca oleh
seorang bukan berkumpulan.
iii- Hendaklah dibaca dengan Tartil

Wallahu a'lam.

You might also like