You are on page 1of 24

PUNGUTAN HASIL DAN PEMASARAN

• Memungut dan menyediakan hasil untuk


pasaran merupakan kerja yang terpenting.
• Pungutan hasil hendaklah dilakukan dengan
cermat dan di peringkat yang betul.
• Keuntungan akan tinggi jika pemungutan
dilakukan dengan sempurna.
Memungut Hasil
Memungut Hasil
1. Sayuran yang tahan lama di pokok (tidak tahan di
simpan) seperti sawi, bayam, labu, bawang dan
keladi hendaklah dipetik mengikut keperluan
pasaran. Jika semuanya dipetik serentak akan
menyebabkan terlalu banyak lambakan (penawaran)
dan akan menjejaskan harga.
2. Sayuran seperti timun, petola, bendi, terung dan
kekacang mempunyai peringkat penggunaan yang
terhad dan jika lewat dipetik menyebabkan
penurunan mutunya. Sayuran yang sudah sesuai
dipetik perlu dipungut setiap hari.
Memungut Hasil
Memungut Hasil
• Peringkat yang sesuai dipetik juga dipengaruhi oleh
tempat pasaran dan jaraknya.
a. Untuk pasaran jauh:
- sayuran seperti cili dan tomato boleh dipetik
pada peringkat matang (apabila buah sudah
mempunyai warna hijau kemerahan). Sayur
buah ini akan masak dalam simpanan dan
pengangkutan.
b. Untuk pasaran dekat:
- Sayuran jenis ini sesuai dipetik pada
peringkat masak (warna merah) untuk
mendapatkan mutu dan harga yang tinggi.
Buah yang dipetik terlalu muda tidak akan
masak semasa dalam simpanan.
Masa Pungutan Hasil

– Sayuran yang cepat layu dan kecut seperti


sayuran daun dan putik jagung hendaklah
dipetik waktu subuh atau waktu matahari
jatuh (senja) untuk mengelakkan pancaran
matahari yang terik dan panas.
– Sayuran daun yang sukar layu, sayuran jenis
buah seperti terung, petola boleh dipetik bila-
bila masa.
Pengendalian Lepas Tuai
1. Jangan biarkan sayuran terdedah kepada cahaya
matahari.
– Sayur-sayuran yang sudah dipetik atau diceraikan
daripada pokok induknya masih lagi menjalankan proses
transpirasi dan fotosintesis.
– Proses-proses ini akan berjalan dengan cepat dalam
keadaan suhu yang tinggi (contohnya sayuran yang
terdedah kepada cahaya matahari).
– Jika tidak dikawal akan menyebabkan sayuran menjadi
kecut, layu dan mutu serta khasiatnya akan berkurangan.
Pengendalian Lepas Tuai

2. Sayur-sayuran tidak boleh ditimbunkan terlalu


tinggi.
– Sayur di bahagian bawah akan rosak.
– Sayuran yang cacat mudah diserang kulat dan
bakteria yang akan menyebabkan sayuran lapuk
dan busuk.
Pengendalian Lepas Tuai

3. Elakkan dari menimbun sayuran ke dalam


lori.
– Gunakan bekas plastik untuk mengangkut sayuran
ke tempat pasaran terutamanya untuk pasaran yang
jauh.
Pengendalian Lepas Tuai

4. Persediaan pasaran
– Sayuran hendaklah dibersihkan (basuh) dari kotoran serta
bahagian rosak dan cacat.
– Kemudian kelaskan mengikut warna, saiz dan bentuk
untuk mendapatkan harga yang lebih baik.
– Selepas dikelaskan, sayuran dibungkus atau diikat
sebelum dibawa ke pasar.
– Sayuran hendaklah sentiasa diletak di tempat bersuhu
rendah dan baik pengudaraannya seperti tempat yang
berhawa dingin atau di kawasan yang redup.
Pengendalian Lepas Tuai

5. Sayur-sayuran yang berlebihan dari


keperluan pasaran
– disyorkan supaya disimpan atau diproses untuk
mengawal harga pasaran.
– Sayuran yang disimpan di tempat yang
bersesuaian (suhu dan kelembapan udara di
dalamnya dikawal) akan bertahan lama dan
mutunya tidak akan terjejas.
CONTOH-CONTOH SAYUR-SAYURAN
YANG SESUAI DI TUAI.
LOBAK MERAH

You might also like