You are on page 1of 13

E2001/UNIT4/ 1

PENCAWANG

SUBSTATION

OBJEKTIF

Objektif am : Mempelajari dan memahami jenis-jenis pencawang, peralatan pencawang,


pencawang utama 33/11 kV, pencawang pengagihan 11 kV/415V dan jenis-
jenis serta susunan basbar.

Objektif khusus :

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

1. Menerangkan jenis dan peranan pencawang.

2. Menyenaraikan peralatan pencawang.

3. Melakar dan melabel satu litar pencawang utama 33/11 kV.


E2001/UNIT4/ 2
PENCAWANG

PENCAWANG PENGHANTARAN

Rajah 4.0 menunjukkan sebuah sistem pencawang penghantaran

4.0 Pencawang Penghantaran

Pencawang menyediakan perkhidmatan bagi pengagihan sumber bekalan tenaga


elektrik di sesuatu kawasan di mana ia ditempatkan. Fungsi utama pencawang ialah
menerima tenaga yang dihantarkan pada voltan tinggi daripada stesen jana kuasa dan
merendahkannya semula kepada nilai tertentu bagi pengagihan tempatan dan ini
memerlukan perkakasuis yang sesuai. Sesetengah pencawang hanya berfungsi sebagai
stesen pensuisan yang mudah di mana mempunyai sambungan yang berbeza di antara
berbagai talian penghantaran. Selain dari itu ia digunakan untuk menukar bekalan A.U ke
A.T atau sebaliknya ia juga menukar frekuensi voltan tinggi ke rendah dan sebaliknya.
Pencawang mempunyai fungsi tambahan lain seperti menyediakan bahagian bagi
pemasangan peralatan keselamatan dan ini membolehkan ia dipisahkan dengan peralatan
atau talian ketika berlaku kerosakan. Voltan dari keluaran basbar pengagihan boleh juga
diagihkan pada sistem pencawang.

Pencawang adalah satu tempat yang mudah untuk pemasangan cecair penggerak
pada akhir talian penghantaran bagi tujuan meningkatkan faktor kuasa dan membolehkan
E2001/UNIT4/ 3
PENCAWANG
pengukuran memeriksa operasi bagi pelbagai bahagian dalam sistem kuasa. Peralatan
lampu jalan seperti kawalan suis bagi lampu jalan boleh juga dipasang dalam pencawang.

4.1 Peranan Pencawang.

Pencawang boleh ditakrifkan sebagai satu kumpulan alat-alat atau perkakasuis


elektrik yang bertugas untuk menerima, mengubah, mengendali dan membahagikan
bekalan elektrik kepada pengguna yang berhampiran.

Pencawang penghantaran menerima dan mengubah bekalan elektrik 11 kV


kepada 275 kV, 132 kV dan 66 kV. Selain itu pencawang penghantaran juga menerima dan
mengubah voltan elektrik dari 275 kV, 132 kV, 66 kV kepada 33kV dan 22 kV serta 6.6
kV untuk pembahagian. Pencawang boleh dibahagkan kepada beberapa jenis seperti
berikut pencawang dalam bangunan dan pencawang luar bangunan.

Cara susunan alat-alat di bahagian luar pencawang penghantaran adalah seperti berikut :-

a). Penangkap kilat;


b). Alatubah;
c). Pengasing talian;
d). Pemutus litar minyak voltan tinggi 275 kV, 132 kV dan 66 kV.
e). Basbar
f). Pengasing talian (Link);
g). Alatubah arus;
h). Alatubah kuasa.

Manakala cara susunan alat-alat dalam bangunan ialah:-

a). Pemutus litar minyak atau udara 33 kV atau 11 kV;


b). Alatubah voltan;
c). Panel pengecas bateri;
d). Panel alatur voltan automatik;
e). Alatubah geganti;
f). Panel kawalan.

4.2 Jenis-Jenis Peralatan Pencawang dan Fungsinya

Loji jana kuasa biasanya mengandungi pelbagai peralatan elektrik. Jumlah


peralatan ini adalah bergantung kepada keupayaan sesebuah loji jana kuasa
tersebut.Kebanyakan loji jana kuasa ketika ini dihubungkan antara satu dengan lain melalui
sistem grid pada sebuah stesen pencawang penaik yang berada pada logi jana kuasa
tersebut. Stesen pencawang ini terdiri daripada pelbagai peralatan elektrik voltan tinggi
yang menggerunkan.

Peralatan-peralatan utama yang biasa terdapat dalam loji jana kuasa terdiri dari
pengulangalik, peralatan penyegerak, pemutus litar, pengubah bezaupaya dan arus, geganti
dan peralatan perlindungan, pengasing, penangkap kilat, alat pembumian, bateri dan
E2001/UNIT4/ 4
PENCAWANG
pengecas bateri serta pelbagai lagi peralatan yang tidak dinyatakan disini. Sebahagian
daripada peralatan ini akan dibincangkan secara ringkas dalam modul ini.

4.2.1 Pengatur-Pengubah (Transformer Tap Changing)

Sistem talian penghantaran yang panjang biasanya memerlukan peralatan


yang dapat mengawal voltan penghantaran. Peralatan yang biasa digunakan ialah
pengatur-pengubah. Pengatur-pengubah digunakan untuk mengawal voltan pada
bahagian pendua atau keluaran. Kawalan voltan keluaran dapat dilakukan dengan
melaraskan jumlah lilitan pada bahagian pendua. Voltan keluaran pada bahagian
pendua boleh ditambah atau dikurangkan melalui pelarasan lilitan pada bahagian
pendua yang telah disediakan dalam rekabentuknya. Pengatur pengubah terdiri
daripada dua jenis iaitu pengatur pengubah beban henti dan pengatur pengubah beban
hidup. Sebagai cotoh pengatur pengubah lihat rajah 4.1(a) dan rajah 4.1(b).

4 Lengan
3 Bergerak
2
1
Belitan
Utama Sadap
Belitan
Pendua

Rajah 4.1(a) Sebuah pengubah Rajah 4.1(b) Skematik bagi pengubah


pengatur pengatur

4.2.2 Pemutus Litar (Circuit Breaker)

Pemutus litar dipasang pada sistem penghantaran voltan tinggi, ianya


dipasang dalam sistem penghantaran di antara pengasing dan juga pengubah pada
pencawang. Pemutus litar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis dan kerperluannya
dalam sesebuah pencawang bergantung kepada keupayaan tenaga elektrik dalam julat
kV yang hendak dihantar atau diagihkan di sesuatu kawasan. Tujuan pemasangan
pemutus litar dalam sistem penghantaran atau pengagihan dalam sesebuah sistem
pencawang adalah bagi melaksanakan kerja-kerja berikut :-

i). Membawa arus beban penuh berterusan.


E2001/UNIT4/ 5
PENCAWANG
ii). Membuka dan menutup litar pada keadaan tampa beban.
iii).Untuk membuat dan memutuskan arus kendalian ketika keadaan biasa.
iv).Untuk membuat dan memutuskan arus litar pintas mengikut magnitud ianya
direkabentuk.

Rajah 4.2 menunjukkan pemasang pemutus litar jenis udara dipasang pada sebuah
pencawang.

Rajah 4.2 : Pemutus litar


dipasang di pencawang
jenis udara

4.2.3 Pengasing /OLU (Oil Link Unit)

Pengasing adalah suis pemisah


yang digunakan untuk membuka sebahagian
bahagian pada litar kuasa selepas litar beban
di putuskan oleh pemutus litar. Pengasing ini
mungkin boleh jadi dari jenis tendom atau
OLU dan HFU. Pemasangan pengasing
dalam pencawang bergantung kepada nilai
voltan yang diselaraskan dalam sesebuah
pencawang. Sistem penghantaran atau
pengagihan voltan yang melebihi 11 kV
pengasing jenis tendom digunakan manakala
sistem pengagihan dibawah 11 kV pengasing
jenis OLU kerap digunakan.

Pengasing dipasang diantara talian kuasa Rajah 4.3 Pengasing pada


dan peralatan voltan tinggi pada sistem pencawang
penghantaran. Oleh sebab itu pengasing
E2001/UNIT4/ 6
PENCAWANG
disediakan bagi mencegah voltan yang dibekalkan kepada bahagian perkakasan
basbar yang dipasang atau bahagian peralatan lain yang telah dipasang.Rajah 4.3
menunjukkan pemasang pengasing pada pencawang.

4.2.4 Pembumian (Earthing)

Pembumian merupakan sambungan yang dilakukan di antara peralatan


elektrik dan bumi dengan bantuan sambungan dawai yang tidak mempunyai rintangan.
Bumi dijadikan sebagai punca rujukan yang keupayaannya dianggap kosong, jadi
sebarang benda yang disambungkan kepadanya akan mempunyai keupayaan kosong
juga. Dalam sistem pencawang peralatan-peralatan voltan tinggi seperti pengubah
,OLU dan lain-lain peralatan akan dibumikan bersama melalui sistem pembumian
pencawang.

4.2.5 Penangkap Luaran (Surge Arrestor)

Penangkap luaran merupakan


alat yang digunakan untuk menghadkan
arus lebihan daripada masuk menerusi
pengubah dan peralatan-peralatan lain yang
tedapat dalam pencawang. Arus lebihan ini
akan dialirkan ke terminal pembumiaan.
Selain itu ia berfungsi sebagai pintu (gate)
yang mana menangkap arus dan
membawanya kepada bahagian bumi.
Dengan adanya penangkap luaran ini akan
menyelamatkan perantaramuka bagi litar
elektrik dan litar elektronik dalam satu
sistem pencawang. Rajah 4.4 menunjukkan
sebuah penangkap luaran yang Rajah 4.4 Rekabentuk sebuah
biasa digunakan di stesen pencawang. penangkap luaran

4.2.6 Reaktor (Reactor) Penghad Arus

G1 G2 G3 Janakuasa

Reaktor Reaktor
Basbar

Penyuap
A B C (Feeder)

Rajah 4.5 Skematik reaktor basbar


E2001/UNIT4/ 7
PENCAWANG

Reaktor adalah gegelung yang mempunyai regangan induktif yang besar


jika dibandingkan rintangan ohmnya. Reaktor dipasang dalam litar sistem peralatan
voltan tinggi bagi menghadkan arus litar pintas yang mengalir dalam talian.

Arus yang mengalir ini akan dihadkan oleh reaktor pada keadaan selamat
sebelum ianya dialirkan kepada perkakasan suis yang terdapat dalam pencawang.
Dengan cara ini perkakasan suis dalam pencawang dapat dilindungi daripada
mengalami kerosakan akibat litar pintas. Reaktor biasanya dipasang pada sistem
penjana, penyuap dan basbar. Rajah 4.5 menunjukkan contoh pemasangan reaktor
pada basbar.

4.2.7 Pengubah Peralatan (Potential transformers)

Alatubah peralatan kendali pada


kadar voltan melebihi 380V dan
mengalirkan voltan ini pada peralatan
pengukuran dan geganti melalui
perantaraan gegelung bezaupaya.
Pemasangan pengubah ini membolehkan
peralantan pengukuran voltan rendah
sesusai bagi mengukur voltan tinggi dan
mengasingkan peralatan ini daripada
voltan tinggi. Belitan bahagian utama
pengubah bezaupaya disambungkan pada
basbar utama di mana terdapatnya
pemasangan perkakasan voltan tinggi dan
belitan pendua biasanya disambungkan
kepada alat pengukuran dan geganti. Rajah
4.6 menunjukkan contohsebuahpengubah
peralatan. Rajah 4.6 Pengubah Peralatan

4.3 Pencawang Utama 33/11 KV

Pencawang utama atau juga dikenali sebagai pencawang penghantaran biasanya


diletakkan berhamiran dengan sumber tanaga. Kendalian pencawang utama boleh difahami
dengan mempelajari rajah garis tunggl seperti rajah 4.7. Mengikut piawaan sebuah
pencawang utama yang dipasang hendaklah sekurang-kurannya mempunyai dua pengubah
33/11kV, penyuap 33kV, penyuap 11kV dan peralatan-peralatan lain. Peralatan-peralatan ini
merupakan peralatan khas yang direkabentuk untuk berkendali pada voltan tinggi. Peralatan
lain yang terdapat pada pencawang utama iaitu pengasing, pemutus litar, pengubah penurun,
pengubah arus, palang bas dan sebagainya.

Merujuk kepada rajah 4.7 masukan bekalan kuasa menerusi pengasing gandingan
33kV biasanya daripada keluaran basbar 66kV atau 132kV melalui pengubah penurun tiga
E2001/UNIT4/ 8
PENCAWANG
fasa. Seterusnya kuasa ini akan mengalir menerusi babsar 33kV dan kemudian diagihkan
kepada dua penyuap 33kV. Penyuap 33kV ini masing-masing terdiri daripada pengasing,
pengubah penurun, pengubah arus, pemutus litar dan basbar 11kV.

Daripada basbar 11kV ini pula ianya dipecahkan kepada beberapa bahagian keluaran dan
dikenali sebagai penyuap 11kV.

33 kV Suis Pengasing
Gandingan

33 kV Basbar

33 kV Pengasing 33 kV Pengasing
Gandingan Gandingan
Beserta Fius Unit.1 Beserta Fius Unit.2

MVA, 33/11 kV
Pengubah

Pengubah Arus
C.T

Pemutus Litar
(C.B)

11 kV Basbar

Pemutus Litar

Pengubah Arus

Keluaran ke Kepenyuap
(Feeders)

Rajah 4.7 Litar garis tunggal pencawang utama 33 /11 KV


E2001/UNIT4/ 9
PENCAWANG

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

4a1 Nyatakan TIGA (3) peranan pencawang.

a.

b.

c.

4a-2 Pencawang yang menerima dan mengubah bekalan elektrik 11 kV kepada 275 kV, 132
kV dan 66 kV dikenali sebagai .

4a-3 Berdasarkan penyataan yang di berikan di bawah tandakan jawapan pilihan anda dipetak
yang disediakan samada BETUL [B] atau SALAH [S].

a. Pengatur-pengubah digunakan untuk mengawal voltan pada bahagian pendua


atau keluaran pada satu talian penghantaran. [B] [S]
b. Pemutus litar voltan tinggi yang terdapat dalam pencawang biasanya
dipasang di antara pengasing dan pengubah. [B] [S]
c. Pemutus litar digunakan untuk membuka dan menutup litar pada
keadaan tampa beban dan untuk membuat dan memutuskan arus
kendalian ketika keadaan biasa. [B] [S]
d. Pengasing adalah suis pemisah yang digunakan untuk membuka sebahagian
bahagian pada litar kuasa selepas litar beban di putuskan oleh pemutus litar. [B] [S]
e Pengasing biasanya diletakkan di antara litar kuasa dan perkakasan
suis voltan tinggi pada stesen pencawang. [B] [S]
f. Pembumian merupakan sambungan yang dilakukan di antara peralatan elektrik
dan bumi dengan bantuan sambungan dawai yang tidak mempunyai rintangan. [B] [S]
g. Dalam sistem pencawang peralatan-peralatan voltan tinggi seperti pengubah
dan lain-lain peralatan dibumikan melalui sistem pembumian pencawang. [B] [S]
h. Penangkap luaran dalam stesen pencawang berfungsi menangkap lebihan arus
dan membawahnya kebahagian bumi. [B] [S]
i. Penangkap luaran biasanya dipasang pada bahagian badan pengubah
dan pemutus litar pada stesen pencawang. [B] [S]
j. Reaktor dipasang dalam litar sistem peralatan voltan tinggi bagi
menghadkan arus litar pintas yang mengalir dalam talian. [B] [S]
k. Reaktor biasanya dipasang pada penjana, basbar dan penyuap. [B] [S]
E2001/UNIT4/ 10
PENCAWANG
l. Pemasangan pengubah peralatan membolehkan peralantan pengukuran
voltan rendah pada pencawang sesusai bagi mengukur voltan tinggi dan
mengasingkan peralatan ini daripada voltan tinggi. [B] [S]
m. Belitan bahagian utama pengubah bezaupaya disambungkan pada basbar
utama dimana terdapatnya pemasangan perkakasan voltan tinggi dan
belitan pendua biasanya disambungkan kepada alat pengukuran dan geganti. [B] [S]

4a-4 Senaraikan TIGA (3) bahagian utama yang terdapat pada pencawang utama 33/11Kkv
yang membekalkan satu gelung tutup.

a .

b.

c.
E2001/UNIT4/ 11
PENCAWANG

SYABAS!!!
KERANA ANDA TELAH MENCUBA

4a-1:
a. Menerima
b. Menghantar
c. Mengagihkan

4a-2 Pencawang penghantaran

4a-3:
(a). B, (b). B, (c). B, (d). B, (e). B, (f). B, (g). B, (h). B, (i). B, (j). B, (k). B, (l). B, dan
(m). B.

4a-4:
a. Dua pengubah 33/11kV
b. Penyuap 33kV
c. Penyuap 11kV
E2001/UNIT4/ 12
PENCAWANG

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika soalan tidak diberikan, sila barbingcang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba semoga berjaya !!!

SOALAN 4-1

a. Senaraikan dua jenis pencawang.


b. Merujuk soalan 4-1(a) terangkan perananya.
c. Merujuk kepada peralatan pencawang berikut nyatakan fungsi tiap-tiap satunya:-
i). Pengatur pengubah
ii). Pemutus litar
iii). Pengasing/OLU
vi). Suis membumi
v). Penangkap luruan
vi). Reaktor penghad arus
x). Pengubah peralatan

SOALAN 4-2

Sistem penghantaran tenaga elektrik biasanya memerlukan pencawang bagi membolehkan


tenaga elektrik yang tinggi diturunkan dan diagihkan mengikut permintaan beban pengguna.
Lukiskan satu litar tunggal bagi pencawang utama 33 / 11 kV rajah hendaklah menunjukkan
perkara berikut:-

i). Dua pengubah 33/11 kV


ii). Penyuap 33 kV, pengubah peralatan dan bahagian basbar beserta penjodoh.
iii).Penyuap 11 kV pengubah peralatan dan bahagian basbar beserta penjodoh

CADANGAN :

“Untuk memudahkan pelajar lebih memahami modul ini, buatlah lawatan ke


stesen-stesen pencawang yang berdekatan atau memberikan pelajar latihan
dengan membuat model-model pencawang dan basbar”.
E2001/UNIT4/ 13
PENCAWANG

Adakah anda telah mencuba dahulu ?


Jika “YA” syabas!!!, sila semak jawapan anda, bagi jawapan yang
tidak diberikan sila berjumpa dengan pensyarah anda.

J.4-1
a. Sila rujuk Unit 4/ 2
b. Sila rujuk Unit 4/ 3
c. Sila rujuk Unit 4/ 4-7

J.4-2 Sila rujuk Unit 4/ 8

You might also like