You are on page 1of 15

Amalan Zikir Harian

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di
mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan
mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:

HARI BACAAN

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

AHAD

Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta
kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan insan bertakwa.
Doa Dimurahkan Rezeki, Penenang Minda dan Hati serta Ketenteraman Jiwa
Sheikh Ad-Dumairi dalam kitabnya "Hayatul Hayawan" berkata, ia menerima pelajaran dari
gurunya Al Arif Billah Abdullah Bin As'ad, dari gurunya Al Arif Billah Imam Abi Abdullah
Umar Al-Quray, dari gurunya Abu Rubai' Al Maliqy: Siapa yang membiasakan baca zikir dan
berdoa selesai solat lima waktu, khususnya sesudah solat Jumaat, maka ia dijaga oleh Allah
dari semua yang ditakutinya, dibantu dapat mengalahkan atau melemahkan musuhnya. Diberi
kekayaan dan kecukupan, diberi rezeki dengan tak terbilang dan tak terkira datangnya serta
dipermudahkan penghidupannya sehingga dapat membayar hutangnya sekalipun mempunyai
hutang seperti gunung. Cara mengamalkannya cukup dibaca sekali pada waktu seperti
tersebut.
JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.


* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.


* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.


* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.


* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI

* Sangat suka didamping.


* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.


* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.


* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.


* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
ZIKIR-ZIKIR SELEPAS SOLAT:

Hadis Satu:

Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. apabila selesai bersolat, baginda


beristighfar tiga kali, kemudian menyebut:

(Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah yang memiliki Kesejahteraan, dan daripada-


Mu asalnya kesejahteraan itu, segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah,
yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."

al-Walid kemudiannya bertanya kepada al-Auzai, bagaimana cara beristighfar


yang dimaksudkan? al-Auzai menjawab:

(dengan mengucapkan): Astaghfirullah (3 kali) - (Maksudnya: aku mohon


ampun kepada Allah). (Sahih Muslim, Hadis No.: 591, Hadis Riwayat Ahmad,
Hadis No.: 26021 )

---------------------------------------------------------

Hadis Dua:

Abdullah ibnu al-Zubair r.a. berzikir sesudah selesai solat (dan beliau berkata,
hal ini dilakukan juga oleh Rasulullah s.a.w.):

(Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Tunggal tiada sekutu bagin-
NYA, bagi-NYA lah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala
sesuatu. Tiada daya mahupun tenaga kecuali dengan Allah. Tiada Tuhan
melainkan Allah, dan tiada yang berhak disembah melainkan Allah. tuhan
empunya kurnia, empunya keutamaan serta puji yang sebaik-baiknya. Tiada
Tuhan melainkan Allah, kami bulatkan pengabdian kepada-NYA semata-mata
walaupun tidak disukai oleh orang-orang kafir). (Sahih Muslim, Hadis No.: 594)

---------------------------------------------------------

Hadis Tiga:

Mughirah bin Syu'bah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. setiap kali selesai solat
berzikir:

(Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Tunggal tiada sekutu bagi-NYA,
bagi-NYA lah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala
sesuatu. Ya Allah, tiadalah yang dapat menahan apa-apa yang Engkau berikan,
tiadalah pula yang dapat memberikan apa-apa yang Engkau tahan, dan tiadalah
bermanfaat kepada orang yang mempunyai kebesaran-kebsarannya itu). (Sahih
Bukhari, Hadis no.: 7292)

---------------------------------------------------------

Hadis Empat:

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut sepuluh
kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:

(Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan allah yang tunggal tiada sekutu bagi-NYA,
bagi-NYA lah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-NYA kebaikan, Yang
menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu).

Maka dicatatlah ganjaran untuk setiap kali bacaan sepuluh pahala, dihapuskan
sepuluh buah dosa, dinaikkan darjatnya sepuluh tingkat dan di samping itu
menjadi pelindung bagi segala bahaya, dan penolak syaitan terkutuk, dan tak
satu dosa pun yang akan dapat mencelakakannya kecuali jika syirik. Maka dia
adalah orang yang terbaik amalannya, tidak ada yang melebihinya kecuali
orang yang lebih utama iaitu yang mengucapkan yang lebih baik pula." (Hadis
Hasan: Musnad ahmad, Hadis No.: 17990, jld. 4, hal. 227)

---------------------------------------------------------

Hadis Lima:

Muslim bin al-Harits al-Tamimi r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. mengajarnya


untuk membaca zikir berikut tujuh kali sesudah solat Subuh, sebelum berbicara
dengan sesiapa:

(Maksudnya: Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka), dan tujuh kali sesudh
solat maghrib:

(Maksudnya: Ya Allah, aku memohon dimasukkan ke syurga, Ya Allah,


lindungilah aku dari api neraka.)

Sesiapa yang membaca zikir ini kemudian secara kebetulan meninggal dunia
pada hari tersebut, nescaya Allah akan melindunginya daripada api neraka.
(Musnad Ahmad, Hadis No.: 18054, jld.4, hal. 234)

---------------------------------------------------------

Hadis Enam:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa membaca ayat al-Kursi (ayat 255, Surah al-Baqarah) setiap kali
selesai solat, maka tidak ada yang akan menghalanginya masuk syurga kecuali
maut." (Hadis Sahih Riwayat an-Nasai'e, Sunan al-Kubra, Hadis No.: 9928,
disahihkan oleh al-Suyuthi di dalam al-Jami' al-Shagheir, Hadis No.: 8926)

‫ت َوَمففا ِفففي‬ِ ‫سفَماَوا‬


ّ ‫سفَنٌة َول َنفْوٌم َلفُه َمففا ِفففي ال‬ ِ ‫خُذُه‬ ُ ‫ي اْلَقّيوُم ل َتْأ‬
ّ‫ح‬ َ ‫الُّ ل ِإَلَه ِإل ُهَو اْل‬
َ ‫طففو‬
‫ن‬ ُ ‫حي‬ِ ‫خْلَفُهْم َول ُي‬
َ ‫ن َأْيِديِهْم َوَما‬
َ ‫عْنَدُه ِإل ِبِإْذِنِه َيْعَلُم َما َبْي‬ِ ‫شَفُع‬
ْ ‫ن َذا اّلِذي َي‬ ْ ‫ض َم‬ ِ ‫الْر‬
‫ظُهَمففا‬
ُ ‫حْف‬
ِ ‫ض َول َيُئوُدُه‬ َ ‫ت َوالْر‬ ِ ‫سفَماَوا‬ ّ ‫سفّيُه ال‬ِ ‫سفَع ُكْر‬ ِ ‫شففاَء َو‬
َ ‫عْلِمِه ِإل ِبَما‬ِ ‫ن‬ ْ ‫يٍء ِم‬ ْ ‫ش‬َ ‫ِب‬
(٢٥٥) ‫ظيُم‬ ِ ‫ي اْلَع‬ّ ‫َوهَُو اْلَعِل‬
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup,
Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak
mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang
ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya
melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka
dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui
sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki
(memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya)
meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga
serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat
kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah (2): 255)

Hadis Tujuh:

Dari 'Uqbah bin 'Amir, dia berkata: "Saya diperintah oleh Rasulullah s.a.w. agar
membaca surah-surah al-Mu'awwidzat* setiap kali selesai solat. (Hadis sahih,
Musnad ahmad, Hadis No.: 17417, jld. 4, hal. 155, dinilai sahih oleh Syu'aib al-
Arna'uth)

* Surah al-Mu'awwidzat adalah surah al-Ikhlas (112), surah al-Falaq (113), dan
surah al-Nas (114).

---------------------------------------------------------

Zikir-zikir (Selepas Solat) Yang Lain:

Daripada Hadis Riwayat Tirmidzi (Hadis no. 3412), membaca Tasbih


(Subhanallah) 33 kali, Tahmid (Alhamdulillah) 33 kali, & membaca takbir
(Allahu Akbar) 34 kali.

Daripada Hadis Riwayat Abu Daud (Hadis No.: 1504), membaca Tasbih
(Subhanallah) 33 kali, Tahmid (Alhamdulillah) 33 kali, takbir (Allahu Akbar) 33
kali, dan diakhiri dengan zikir ini;

Daripada Hadis Riwayat Tirmidzi (Hadis No.: 3413) dan an-Nasai'e (Hadis No.:
1350), membaca Tasbih (Subhanallah) 25 kali, Tahmid (Alhamdulillah) 25 kali,
takbir (Allahu Akbar) 25 kali, dan kemudian membaca zikir di atas 25 kali.

Daripada Hadis Riwayat Muslim (Hadis no.: 1376), membaca Tasbih


(Subhanallah) 11 kali, Tahmid (Alhamdulillah) 11 kali, & membaca takbir
(Allahu Akbar) 11 kali.

Di dalam Hadis riwayat ibn Majah (Hadis No.: 926), membaca Tasbih
(Subhanallah) 10 kali, Tahmid (Alhamdulillah) 10 kali, & membaca takbir
(Allahu Akbar) 10 kali.

Rasulullah menerangkan bahawa sesiapa yang membaca zikir di atas (membaca


Tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah), & membaca takbir (Allahu
Akbar)), maka diampunilah kesalahan-kesalahan walaupun sebanyak buih di
laut. (Sahih Muslim, Hadis No.: 597)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: beberapa orang miskin (fakir) menemui
Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata, "Orang kaya akan mencapai darjat tinggi
dan kesenangan yang tetap, dan mereka mengerjakan solat seperti kami dan
puasa seperti kami pula. Mereka memiliki harta yang lebih sehingga mampu
melaksanakan ibadah Haji dan 'Umrah; berperang di jalan Allah dan
menderma." Nabi s.a.w. bersabda, "Maukah kukatakan sesuatu kepada kalian
yang apabila kalian kerjakan, kalian akan mampu mengejar orang-orang yang
mengunggulimu? Tidak ada yang akan melampaui kalian dan darjat kalian akan
lebih baik dari orang-orang yang hidup bersama kalian kecuali yang
mengerjakan hal yang sama. Ucapkanlah Tasbih (Subhanallah), Tahmid
(Alhamdulillah), & membaca takbir (Allahu Akbar), masing-masing 30 kali
setiap kali selesai mengerjakan solat.

Perawi hadis ini berkata, "Kami berbeza pendapat mengenai hal ini dan
sehagian dari kami berkata bahawa kami harus mengucapkan Subhanallah 33
kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 34 kali. Aku menemui Rasulullah
s.a.w. dan Nabi s.a.w. bersabda, 'Ucapkanlah Subhanallah 33 kali,
Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali. (Sahih Bukhari, Hadis No.: 479)

You might also like