You are on page 1of 10

PENGGUNAAN INTERNET MEMBERI KESAN TERHADAP PEMBENTUKAN

IDENTITI REMAJA

Mohd Khaibir Yusof


Arizal Abdullah
Norhapiza Marzuki

Pengenalan

Melalui perubahan arus ekonomi moden dan kesan ke atas globalisasi, isu identiti sering
dikaitkan dengan persoalan jati diri. Jati diri remaja tidak hanya dihubungkan dengan perilaku,
tetapi ia juga dikaitkan dengan idealisme aliran kegiatan dan ada kaitannya dengan potensi masa
hadapan. Lebih jauh daripada itu, identiti remaja berkait rapat dengan jenis kepimpinan dan
golongan yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Ia menentukan sama ada remaja adalah
pendokong idealisme bina negara atau menjadi beban yang berterusan kepada masyarakat.

Kebanyakkan remaja kini menghadapi krisis identiti yang menyebabkan golongan ini tidak tahu
membuat keputusan dan ada petanda yang merisaukan banyak pihak. Remaja pada masa lalu
menhubungkan diri dengan isu-isu perjuangan kearah membangunkan negara. Imej remaja sejak
30 tahun lalu cenderung kepada pengukuhan imej keagamaan sebagai landasan membangun
sistem pembangunan negara dan masyarakat.

Permasalahan Kajian

Akibat kemajuan yang dicapai dan cabaran globalisasi yang menghimpit, sebahagian remaja
terjebak dalam kancah bahaya yang mengheret mereka ke arah kerosakan diri, terjebak dengan
kemelut sosial yang merimaskan dan terpaut dengan pemikiran hedonistik yang mengasyikkan
dan alpa kepada tanggungjawab bina ilmu dan bina negara dan lebih ekstrem lagi ialah terjebak
dengan kegiatan ‘black-metal’ yang menyesatkan .

1
Statistik remaja yang terjebak dengan ketagihan rokok, dadah, arak, zina dan jenayah amat
membimbangkan dan jumlah yang menjadi mangsa kepada gejala AIDS/HIV semakin
menakutkan. Apakah imej yang sedang melanda remaja kini akibat daripada ketidakmampuan
kita mengurus kemajuan dan pembangunan? Adakah mereka menjadi mangsa atau akibat
daripada kealpaan kita tentang peranan mendidik, memberikan idea-ida pendorong betapa
pentingnya imej diri, bangsa, umat dan negara? Adakah kita gagal menterjemahkannya secara
bikajsana dan strategik kepada mereka?

Kecelaruan ini sering dikaitkan dengan keadaan yang hilang pedoman. Ia juga dikaitkan isu hala
tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan dalam
konteks perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan.

Lebih pedih lagi kecelaruan dikaitkan dengan remaja yang sudah hilang pertimbangan diri iaitu
membina idola dan ‘diva’ yang bukan fitrah sifatnya, mengagumi proses pembaratan secara
melulu dan hilang pertimbangan kenegaraan hingga menyebabkan imej dirinya tidak lagi dapat
diharapkan sebagai penyumbang berkesan terhadap pembangunan tamadun bangsa. Remaja yang
terjebak dengan kecelaruan ini bakal menjadi beban kepada masyarakat dan negara.

Persoalan Kajian

Kajian ini adalah untuk melihat pengaruh internet dalam membentuk identiti remaja.
Berdasarkan objektif diharap kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan berikut:
i. Adakah penggunaan internet melalaikan remaja?
ii. Apakah terdapat hubungan di antara bahan-bahan dan infomasi yang dilayari di
internet dengan remaja?
iii. Apakah terdapat pengaruh di antara kandungan maklumat yang diakses dalam
mencorakkan jati diri dan pemikiran remaja?

Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti pengaruh internet terhadap
pembentukan identiti remaja. Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah:

2
i. Untuk mengenal pasti budaya remaja dan pembabitannya berlandaskan kepada
penggunann internet.
ii. Selain itu juga untuk melihat sejauh mana hubungan penggunaan internet dalam
membentuk tingkah laku remaja .
iii. Mengenal pasti pengaruh internet terhadap pemikiran remaja

Kewajaran Kajian

Kajian ini perlu dilakukan kerana semakin ramai remaja kini telah jauh terdedah dengan perkara-
perkara yang di luar jangkauan dan jangkaan serta tidak tahu membezakan kebaikan dan
keburukan dalam penggunaan interrnet. Identiti remaja perlu dibentuk dari awal dan tidak hanya
bergantung kepada individu itu sendiri, malah ibu bapa dan keluarga juga memainkan peranan
yang penting dalam pembentukan imej remaja.

Sorotan Kajian

Penciptaan peralatan komunikasi canggih seperti internet pada zaman ini menjanjikan
satu era baru dalam perkembangan penyebaran maklumat. Penggunaan internet dapat
memantapkan proses pencarian ilmu dan informasi seperti pendidikan, pekerjaan, hiburan,
kewangan dan sebagainya (President’s Working Group, 2000). Selain itu, teknologi terbaru ini
sememangnya juga akan memudahkan dan mempercepatkan proses komunikasi .Tidak
keterlaluan jika dikatakan dunia hari ini banyak bergantung kepada internet untuk membolehkan
atau melancarkan proses urusan seharian.

Penggunaan internet yang meluas menjadi pemangkin kepada perubahan ini khususnya dalam
proses pembangunan sahsiah. Namun demikian, kawalan yang kurang ketat daripada pihak
berwajib serta kesenangan untuk melayari internet telah membolehkan sesetengah pihak
terutama golongan remaja yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan tersebut.
Penghantaran bahan-bahan seksual dan lucah seperti gambar atau visual, teks dan sebagainya
melalui internet semakin menjadi-jadi. Fenomena ini telah menyebabkan wujud apa yang
dikenali sebagai gangguan seksual elektronik atau e-harassment (Towns, 2000).Perbuatan tidak

3
bermoral ini timbul lantaran terdapat begitu banyak sekali laman web yang memberi kesan
negatif. Selain itu, perbuatan melayari laman web lucah juga dikatakan semakin meningkat
terutamanya di kalangan remaja. Keadaan bertambah buruk apabila keupayaan setiap keluarga di
Malaysia yang mampu memiliki komputer semakin bertambah sejajar dengan usaha kerajaan
mewujudkan konsep ‘ Satu Keluarga Satu Komputer’ .

Kawalan yang kurang daripada pihak ibu bapa telah memudaratkan lagi keadaan. Sementara itu,
kajian yang dilakukan di Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati golongan remaja
menjadikan laman web lucah sebagai tempat melepaskan tekanan ketika belajar (Salina.2001).
Oleh itu ianya akan mempengaruhi pembentukan identiti remaja.

Teori Perkembangan Psikologi

Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di antaranya mendefinisikan
remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena
sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup. Persoalan yang sering dikaitkan
dengan pencarian identiti adalah merupakan persoalan utama bagi remaja. Persoalan "Siapakah
saya?", "Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan saya?", dan sebagainya yang membawa
maksud identiti apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain.

Setiap individu mempunyai identiti.. Akan tetapi bukanlah mudah untuk memberi pengertian
yang tepat tentang identiti. Ini disebabkan setiap identiti seseorang itu amatlah rumit dan ia
melibatkan pelbagai kualiti dan dimensi. Selain itu erti identiti juga bergantung atas pengalaman
subjektif. Dari situ boleh juga secara ringkasnya identiti bererti satu set ciri personaliti yang lebih
kurang stabil.

Individuasi merupakan proses di mana remaja mula mempunyai satu identitii yang berbeza
antara dengan yang lain. Proses ini melibatkan empat fasa iaitu perbezaan, amalan dan
eksperimen, membaharui perhubungan dan konsolidasi.

Fasa perbezaan yang berlaku pada awal remaja, di mana dia akan tahu bahawa wujud perbezaan
antaranya dengan ibu bapa dari segi psikologi. Ini akan menjadikan remaja menyoal dan
membincang nilai dan nasihat ibu bapa walaupun ianya adalah betul. Mereka tidak akan

4
melakukan perkara yang dicadangkan , ini semakin mendalam apabila remaja itu sedar bahawa
ibu bapanya bukanlah begitu sempurna seperti yang dianggapnya semasa kanak-kanak.

Semasa amalan dan eksperimen pula, remaja berpendapat dia tahu segalanya dan tidak akan
melakukan kesilapan. Remaja pada masa ini tidak akan menerima nasihat dan mencabar
kewibawaan ibu bapa dalam keadaan tertentu. Remaja meningkatkan komitmen terhadap rakan
sebaya yang memberinya sokongan dan persetujuan yang dicari-carinya.

Membaharui perhubungan merupakan fasa yang berlaku pada pertengahan zaman remaja apabila
dia telah dapat mengasingkan dirinya daripada ibu bapa. Kesedaran yang menimbulkan sedikit
rasa gundah dan ketakutan akibat pengasingan ini membawanya kembali ke pangkuan ibu bapa
dan menerima semula autoriti ibu bapa tetapi dengan syarat. Selalunya remaja akan mencabar
dan pada masa yang lain akan bekerjasama dan berdamai. Pada fasa ini, didapati remaja sering
cuba sedaya upaya menerima tanggungjawab di rumah tetapi akan merasa marah dan geram
apabila ibu bapa berkeras untuk memastikan masa untuk balik ke rumah dan harus diberitahu ke
mana remaja itu pergi.

Konsolidasi pula merupakan fasa keempat yang akan berlarutan sehingga akhir remaja. Pada
masa ini remaja akan membina identiti personaliti dan ini menjadi asas memahami dirinya dan
orang lain serta mengekalkan autonomi, kebebasan dan individulitinya. Sebagai contoh remaja
pada fasa ini berumur lingkungan 18 dan 19 tahun boleh menentukan kerjayanya dan berusaha
terhadap pencapaian cita-citanya dan boleh membayangkan cara bagaimana untuk menyara
dirinya pada masa hadapan. Proses individuasi ini berlanjutan masa zaman remaja dan selalunya
sehingga dewasa.

Metodologi Kajian

Model Kajian

5
Kaedah Kajian

Kaedah pengumpulan maklumat adalah diambil menerusi borang soal selidik. Dalam kajian ini
penyelidik menggunakan statistik asas peratusan. Kaedah ini digunakan kerana ianya sesuai
digunakan bagi mengetahui sikap seseorang. Bagi kajian ini sebanyak 30 orang responden telah
diberi borang soal selidik untuk dijawab.

Populasi dan Persampelan

Kajian ini dijalankan di sekitar Sekolah Menengah Dato’ Syed Omar, Alor Setar. Sebanyak 30
responden dalam lingkungan umur 15 tahun hingga 18 tahun. Bilangan responden ini telah
dihadkan mengikut jantina masing-masing iaitu sebanyak 15 responden lelaki dan 15 responden
perempuan. Keseluruhan responden tersebut adalah dijadikan sampel dalam populasi ini.

Instrumen Kajian

Penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif dalam kajian ini. Instrumen utama dalam kajian
ialah menggunakan borang soal selidik. Melalui data yang dikembalikan oleh responden yang
dijadikan sampel, diharap dapat membantu penyelidik bagi menentukan sama ada dapatan yang

6
dikumpulkan menyokong atau menolak penyelidikan tersebut, khususnya dalam menentukan
penggunaan kemudahan internet dan kesannya kepada identiti remaja.

Kesahan dan Keboleh Percayaan Instrumen

Instrumen yang digunakan dengan menggunakan soal selidik. Soalan yang diajukan adalah yang
melibatkan perkara-perkara yang dapat membentuk identiti remaja.

Analisis Data

Analisis data bagi kajian ini dilakukan dengan menggunakan statistik peratusan untuk
menganalisis data yang diperolehi dan dilakukan secara manual.

Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 23.3% sangat bersetuju penggunaan internet dapat
membantu dalam meningkatkan pemikiran ilmu pengetahuan remaja. Segala maklumat yang
diperlukan dapat diterokai dengan mudah terutama yang berkaitan dengan pembelajaran.
Sebanyak 40% bersetuju kandungan maklumat di internet akan mempengaruhi corak hidup
remaja yang mudah terdedah kepada unsur-unsur hiburan yang melalaikan. Sebagai contoh,
apabila melayari internet, remaja akan fokus kepada pembelajaran hanya untuk tempoh masa
yang singkat, berbanding jika melayari kandungan hiburan berjam-jam. Remaja lebih terdedah
kepada budaya yang tidak sihat.

Dapatan kajian juga mendapati 16% tidak pasti bahan-bahan dan infomasi yang dilayari di
internet ada hubung kait dengan pembentukan identiti dan tingkah laku remaja. Jika dilihat
kepada ’samseng jalanan’ mereka jarang melayari internet, namun sikap yang ditunjukkan telah
menggambarkan identiti sebenar.

Skala sangat tidak setuju dan tidak setuju adalah sama iaitu 10%. Ini menunjukkan ada
sebahagian remaja yang tidak pernah atau jarang-jarang melayari internet dan tidak mengetahui
pengaruh yang boleh diperolehi melalui internet dan maklumat yang terdapat di dalamnya.

Perbincangan

7
Dalam pembentukan identiti, perubahan kehidupan remaja dari kanak-kanak kepada kehidupan
dewasa yang lebih bebas dan berkuasa amat penting. Mereka berada di tengah-tengah antara dua
kelompok generasi masyarakat ini. Maka perilaku dan pemikiran belum mantap, ada ketika
berkelakuan seperti kanak-kanak dan pada ketika yang lain sering memberontak bagi
mendapatkan kedudukan istimewa sebagai individu dewasa yang lebih bebas, tiada kongkongan
dan berautoriti. Mereka terlalu individualistik atau ’egosentrik’ Dan pertembungan antara dua
generasi dalam satu jiwa ini menjadikan mereka sering kurang stabil dari segi emosi dan
pemikiran, kerap memberontak dan tidak sehaluan dengan generasi yang berbeza identiti dari
meraka. Pada peringkat ini, remaja akan sentiasa mencari arah haluan bagi membentuk siapakah
identiti diri mereka yang sebenarnya. Pencarian ini akan berakhir apabila model identiti yang
lebih sesuai dengan fitrah mereka ditemui, lantas dimantapkan dengan beberapa ciri-ciri tertentu
yang menjadikan mereka sebagai insan yang unik.

Sebagai pengguna, kita harus sedar dan berwaspada terhadap kesan-kesan negatif penggunaan
Internet. Seperti juga di alam nyata, alam siber juga mengundang bahaya yang boleh membawa
kesan negatif. Maklumat internet tidak semua boleh dimanfaatkan terutama bagi remaja yang
masih belum boleh menilai baik buruk maklumat tersebut.

 Menyedari bahawa pengguna di alam siber juga terdiri dari berbilang peringkat umur sama ada
yang mempunyai peribadi yang baik dan juga tidak baik, maka pengguna haruslah bijak menapis
apa jua maklumat yang diberikan di internet. Remaja tidak boleh sewenang-wenangnya
mempercayai semua maklumat yang dipaparkan sebaliknya perlu selidik terlebih dahulu tentang
kesahihan maklumat tersebut. Oleh yang demikian, remaja haruslah bijak dalam menangani dan
menepis segala kemungkinan negatif yang timbul daripada kemudahan yang diperolehi di
internet yang boleh merosakkan identiti dan jati diri.

Cadangan Kajian

Isu yang timbul dan perlu diberi penekanan mendalam adalah perkaitan perilaku remaja dalam
dunia internet dengan dunia nyata mereka. Apakah remaja mempunyai persepsi yang berbeza
antara dunia siber dengan dunia nyata? Adakah remaja yang rendah perilaku moralnya ketika
melayari internet akan juga melakukan salah laku moral dalam kehidupan seharian mereka di

8
alam nyata? Benarkah jenis salah laku moral yang sama dilakukan remaja ketika di internet akan
turut dizahirkan di alam nyata? Atau benarkah remaja yang baik perilaku moralnya di alam nyata
akan turut mempamerkan tingkahlaku yang baik ketika melayari internet, dan lebih beretika lagi
di dunia maya, serta tidak terlibat dengan gejala-gejala yang telah disebutkan terdahulu apabila
melayari internet? Kajian mendalam dan intervensi khusus perlu dilakukan segera bagi
mengelakkan kehidupan dunia dibarisi oleh mereka yang berfikiran seperti robot dan gagal
membezakan antara realiti dan ilusi.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan tidak dinafikan internet telah membawa perubahan yang besar dan amat
ketara kepada kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Faedah-faedah yang diperolehi dari
internet telah memberi kemudahan kepada orang ramai di mana segala urusan seharian apabila
dilakukan melalui internet dapat memberi penjimatan samada dari segi kos, masa dan juga
tenaga. Walaupun demikian, keburukan yang terdapat di internet juga tidak boleh disangkal.
Dalam melayari internet, pengguna haruslah bijak dalam menangani masalah yang akan timbul
sekiranya penggunaan internet tidak dilakukan dengan cara yang betul. Oleh yang demikian,
penggunaan internet secara bijaksana dan berhemah patut ditekankan kepada setiap pengguna
terutama remaja supaya apa yang akan mereka perolehi dari internet adalah sesuatu yang positif,
bukan negatif terutama dalam proses pembentukan identiti remaja.

9
Rujukan

Prof. Dr Sidek Baba. ( 2008,Dis).Warkah [Electronic Version]. Retrived from


http://drsidekbaba.blogspot.com/2009/06/interaksi-masyarakat-mampu-tangani.html

Wan Sallha Yusoff, Nurul Syazwani Zulkifli, Ahmad Fahmi Mahmood & Noor Asliza Abdul
Rahim. (2010, Mac 29-31). Faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan identiti diri
remaja. Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA). Retrieved from
http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/7939/1/Faktor-Faktor
%20Yang%20Mempengaruhi%20Penentuan%20Identiti%20Diri%20Remaja
%20Melayu.pdf

Khairul Azhar Idris. (2009, Nov 17). Remaja perlu lebih beretika di alam siber.[Electronic
Version]. Berita Harian. Retrived from http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1941&cmd=resetall

Mohd. Najib bin Abd. Ghaffar, & Hj Salehudin bin Hj Sabar. (2007). Konsep Kendiri
Pelajar: Kajian di Sekolah Menengah Sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak. Seminar
Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan batu Lintang. Retrived from
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edpsychology/salehudinI
PBLfp.pdf

Mohamad Suandi Hasan. (2009, Okt 7). Cabaran dan kaedah penggunaan internet secara
bijaksana. [Electronic Version]. Retrived from
http://malaysiaaktif.com/article.php?aid=4561

10

You might also like