You are on page 1of 7

c  


   
 
    c  
   

Oleh: Tuan Guru Dato¶ Dr. Haron Din

Mengunjungi Baitullah untuk menyempurnakan pekerjaan haji menjadi suatu cita-cita murni yang
sepatutnya wujud pada tiap-tiap diri umat Islam. Pada kelazimannya orang yang belum lagi hendak
melaksanakan kewajipan tersebut, mereka tidak sangat bersedia dengan ilmu pengetahuan sebagai bekalan
untuk ibadat tersebut. Apabila hampir dengan waktunya barulah secara bergopoh-gapah mempelajarinya
mengikut kemampuan yang ada padanya.

Banyak umat Islam yang kurang bersedia dari segi ilmu pengetahuan untuk mengerjakan haji, malah ada
yang tidak memahami walaupun perkara-perkara yang asas, akibatnya apabila mereka mengerjakan ibadat
tersebut, terjadilah perlanggaran hukum yang boleh mencacatkan kesempurnaan ibadat tersebut. Hal ini
berlaku kerana mereka terikut-ikut dengan perbuatan jemaah yang kurang arif tentang ibadat itu dan malu
hendak bertanya kepada orang lain.

Di samping tidak mendalami hukum hakam mengenai haji, ditambah pula dengan kejahilan hukum-hukum
mengenai akidah, maka berlakulah campur aduk di dalam ibadat haji di antara yang hak dengan yang batil.
Kadang-kadang yang hak ditinggalkan dan yang batil dikerjakan. Yang batil seperti amalan-amalan khurafat
dikerjakan sebaik-baiknya, atas kefahaman bahawa amalan-amalan itu dituntut oleh syarak, sedangkan yang
sebenarnya sebaliknya.

Sering berlaku dari semasa ke semasa perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan hukum syarak yang
dicampurkan di dalam ibadat haji, terutama khurafat-khurafat yang diada-adakan oleh orang-orang yang
tidak bertanggungjawab. Mereka memberi fatwa secara berbisik-bisik tanpa menggunakan sebarang kitab
atau kenyataan-kenyataan dari nas-nas yang muktabar tentang perkara yang dibisik-bisikkan itu. Akhirnya
amalan-amalan khurafat itu menjadi ikutan turun temurun dari dahulu hinggalah sekarang. Oleh yang
demikian, maka diajarlah kita membicarakan perihal khurafat tersebut.

cc c

Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata:


ΕΎϓ΍ήΧ Δϓ΍ήΧ ϑήΧ
Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.
Di dalam al-Munjid disebut:
ϩΪδϓ΍ ΔϓήΧ΍ Ϊδϗ ϑήΧ
ϚΤπϤϟ΍ ϑήΨϟ΍ ΚϳΪΣ Δϓ΍ ήΨϟ΍
Al-khurafat juga disebut sebagai ΎϘϠτϣ ϞσΎΒϟ΍ ΚϳΪΤϟ΍ percakapan yang tidak betul sama sekali.
Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya
kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu. Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka
dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu
kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan
kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.

Di dalam kitab Addarul Nadid, halaman 179 ada disebut:

Yang bermaksud:
> 

    
    

      

  


  
  

    

c c !cc!"c#cc$c


Masyarakat jahiliah adalah sebuah masyarakat yang banyak menghayati budaya khurafat. Di antara khurafat
mereka, mereka mempercayai kepada arah burung yang berterbangan memberi kesan kepada nasib mereka.
Orang-orang Arab jahiliah apabila hendak mengerjakan sesuatu kerja atau sedang di perjalanan menuju
sesuatu maksud tiba-tiba kedapatan burung yang melintasi mereka, maka dikaitkan dengan suatu
kepercayaan-kepercayaan tertentu. Malah mereka meletak nama khusus pada keadaan burung yang
melintasi mereka.

Yang melintasi dari arah kanan ke kiri dinamakan : As Sawaeh


Yang melintasi dari arah kiri ke kanan dinamakan : Al Bawareh
Yang datang kepada mereka dari arah hadapan dinamakan : An Nateh
Yang datang dari arah belakang ke hadapan dinamakan : Al Qaid
Dari nama-nama tersebut lahirlah tafsiran-tafsiran yang khusus, ada bala bencana akan menimpa, ada tuah,
ada keberuntungan yang akan berlaku dan sebagainya yang mereka menggantungkan hal-hal tersebut
sepenuhnya kepada keadaan burung tersebut.

Masyarakat jahiliah juga percaya jika burung hantu (al-Bumah) menghinggapi dan berbunyi di atas sesuatu
rumah maka ertinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan meninggal dunia. Kepercayaan sebegini
mengakibatkan penghuni rumah akan bermurung durja, dukacita yang tidak terkira kerana kematian yang
akan menimpa.
Kepercayaan sedemikian terdapat juga di dalam masyarakat melayu di Tenggara Asia yang terbawa-bawa
dengan budaya jahiliah hingga sekarang ini. Padahal semua itu adalah khurafat belaka.

c c%"c!c"cc

Ibadat haji adalah suatu ibadat yang semestinya dilakukan dengan sempurna, tidak dicampur dengan batil.
Apatah lagi khurafat hendaklah dijauhi sama sekali. Khurafat boleh mencemar ibadat haji dan
menjadikannya ibadat yang sia-sia kerana perbuatan khurafat menjejaskan akidah dan kadang-kadang
merosakkannya. Perlu diingat bahawa khurafat boleh membawa kepada syirik kerana ianya menyentuh
persoalan iktikad. Jikalau sudah iktikad rosak kerana khurafat, maka orang yang rosak akidahnya tidak akan
mendapat apa-apa kebaikan dari ibadatnya.

Namun demikian, masih terdapat bakal-bakal haji yang seolah-olahnya tidak menyedari bahawa mereka
melakukan perkara-perkara khurafat ketika hendak menunai haji dan ada pula yang melakukannya ketika
mereka di dalam ihram dan sedang bertungkus lumus mengerjakan haji itu sendiri. Kepada golongan ini
seboleh-bolehnya apa yang diajarkan kepada mereka oleh Tok-tok Guru yang mentadbir atau oleh
pengkursus-pengkursus haji adalah tidak lengkap dan tidak sempurna. Mereka masih hendak menambah-
nambah dan mengada-adakan berbagai-bagai perbuatan yang tidak diajar oleh orang-orang tadi lalu mereka
menerima pakai fatwa-fatwa dari orang yang tidak bertanggungjawab.

Khurafat bukan perkara kecil yang boleh dipermudah-mudahkan. Khurafat adalah perkara besar yang mesti
difahami dan diberi perhatian untuk menjauhinya. Umat Islam jangan mudah menerima pakai sesuatu
perbuatan yang disebutkan kepadanya bagi menambah-nambah amalan di dalam haji yang dipelajarinya
secara terbuka dan ada sandarannya, itulah yang patut diamalkan. Adapun yang diajar secara sembunyi-
sembunyi dan dilakukan secara sembunyi-sembunyi patutlah diambil perhatian dan dipastikan dahulu boleh
tidak mengamalkannya barulah diamalkan yang boleh dan menjauhi yang khurafat.

c"cc $cc"cc c

Di dalam al-Quran al-Karim terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan dengan Alllah
sepenuhnya dan menolak kepercayaan terhadap yang selain-lainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak
keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan kebaikan hanya Allah. Yang menolak segala kejahatan
hanya Allah. Kepadanya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah, surah al-Zumar, ayat 38: Yang
bermaksud:
>Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain dari Allah
bahawa jika sekiranya Allah menghendaki ke atasku sesuatu kemudaratan, adakah mereka itu boleh
menghindari dari kemudaratan itu atau jika Allah menghendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku,
apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-
galanya. Kepadanya bertawakal semua orang yang bertawakal´.

Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan
adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, bukannya
lintasan burung atau sebagainya yang terdapat dalam amalan-amalan khurafat.

Yang bermaksud:
>     !"> 

#

 $  %& 


 
 & 
 

#   %

Yang bermaksud:
> '(  !">)

#
  %
 
#
 %
    
  


 

Yang bermaksud:
>    !">*

#


 %( 


 &
 ( "  

#

%     

Yang bermaksud:
> +
 ",  !"> 



 #
 %   
    &

  
#
 %'
 

  
 -"

 
 ". & 


 


/ 

# %
 

     
  



Dari semua urutan ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW yang tersebut, jelas memperlihatkan
konsep baik buruk hanya dari Allah S.W.T. Allah yang mengatur segala-galanya, bukannya ada kaitan
dengan kejadian-kejadian yang berlaku di dalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagiaan
dan kecelakaan manusia.
Khurafat adalah karut marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan
sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan
khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah SWT sahaja.
Apabila kamu cekal bercita-cita, maka teruskan dan bertawakkal kepada Allah.

c c"c$cccccc ccc

Pengaruh khurafat ternyata masih kuat. Di dalam masyarakat Islam Asia Tenggara masih kehadapan
amalan-amalan khurafat di dalam berbagai-bagai lapangan kehidupan. Di dalam perniagaan masih percaya
kepada FONG SUAI. Dalam pertanian masih percaya kepada semangat padi. Dalam mencari rezeki di
lautan masih ada yang percaya kepada gamala ikan dan berbagai-bagai lagi. Bukan sahaja di dalam mencari
rezeki ada berbagai-bagai khurafat, ketika hendak melakukan ibadat kepada Allah pun masih diresapi
berbagai-bagai khurafat. Antara yang ketara ialah khurafat-khurafat di dalam ibadat haji.

c c"ccc " !$!c"cc &

1.Y Tidak boleh memijak bendul rumah. Kalau dipijak alamat tidak akan balik semula.
2.Y Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh memandang ke belakang melihat rumah. Kalau dipandang,
pekerjaan hajinya tidak sempurna kerana hatinya teringat-ingat ke rumah
3.Y Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebut menjadi
orang ternama dan disukai ramai.
4.Y Setelah balik nanti mesri berkurung diri di rumah selama 40 hari yang disebut idah haji. Barulah haji
itu berkat dan melekat di hati, kalau melanggar, sia-sialah haji.

c c"cc &

1.Y Mesti mencari tiang Jin di dalam Masjidil Haram. Peluk kuat-kuat boleh memanjangkan umur.
2.Y Boleh mendapat toyol dengan bersembahyang sunat sebanyak-banyaknya secara mengadap tiang
tersebut untuk dibawa balik toyol itu sebagai khadam.
3.Y Jin yang dibawa balik dari Mekah adalah Jin yang baik kerana mereka adalah Islam.
4.Y Menampal duit syiling yang siap bergam di bawah pintu Baitullah dan dibawa balik untuk dibuat ibu
duit bagi tujuan melariskan perniagaan, mendapat jodoh dan memurahkan rezeki.
5.Y Memungut anak-anak batu di Arafah untuk dibawa balik bagi tujuan, jika dicampak di dalam perigi
ikan, maka ikan akan menjadi banyak. Jika ditabur di kebun tanaman, maka buah-buahan akan
menjadi. Jika diletak di dalam kedai, maka akan laris.
6.Y Mencuri tali-tali khemah di Padang Arafah dan Mina untuk dijadikan tangkal bagi tujuan pelarisan
untuk jualan dan memperbanyakkan tangkapan ikan.
7.Y Membawa balik Tanah Arafah untuk upacara >Memijak Tanah´ buat pertama kali bayi untuk
menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani.
8.Y Tidak boleh melihat cermin semasa di dalam Ihram. Jika dilihat muka akan menjadi hodoh dan
orang tidak suka melihatnya.
9.Y Menyapu-nyapu tiang masjid dan diusap ke muka untuk menambah seri wajah.
10.YMengetuk-ngetuk pintu dan gelang kuncinya di kawasan Saei sebagai simbolik kepada mengetuk
pintu rezeki. Jika tidak membuatnya, rezeki akan tertutup selama-lamanya.
11.YBersetubuh dengan isteri di dalam Masjid al-Haram boleh mendapat anak yang mudah masuk
syurga.
12.YOrang yang mandul boleh segera mendapat anak jika bersetubuh dengan suaminya di dalam Masjid
dua kali dari arah pancur emas sekali kerana kepercayaan pancur emas itu melambangkan kemaluan
Nabi Adam dan sekali lagi dari arah yang menghala ke Hajar Aswad kerana Hajar al-Aswad
melambangkan kemaluan Siti Hawa.
13.YKain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti hendaklah dikafan dengan kain itu
bagi menghindar diri dari siksa kubur.
14.YBeli khusus kain putih yang hendak dijadikan kafan dan basuh dahulu dengan air zam-zam di
Mekah, disimpan dan diwasiatkan untuk dijadikan kain kafan. Dengannya Munkar dan Nakir tidak
berani memukul badan yang dibalut dengan kain tersebut.
15.YKalau berlaku hujan, maka mandilah di bawah curahan air dari pancur emas agar sembuh segala
penyakit dan tidak akan terkena penyakit hawar.
16.YTiang-tiang masjid boleh dibeli untuk diwakafkan. Sekiranya ada orang yang menawarkannya, maka
jangan disoal banyak, beli sahaja akan menjaminkan masuk syurga.
17.YMandi bertelanjang di telaga Ja¶aranah boleh memikat suami dan cepat mendapat jodoh bagi yang
belum bersuami.

Dan berbagai-bagai khurafat lagi yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam Asia Tenggara.

cc$cc c"ccc#c"c #cc

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah ditegah oleh syarak keranadi
samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-
amalan bid¶ah yang buruk sepertimana tersebut dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
> Setiap yang bid¶ah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam neraka´.
Mengamalkan amalan khurafat dengan tidak disedari boleh menjauhkan diri daripada Allah SWT, walhal
kedatangan jemaah haji ke Tanah Suci ialah untuk menghampirkan diri kepada Allah serta menyuci diri dari
segala dosa dengan tujuan mandapat haji mabrur.
&ccc$ccc$c&$c"cc#c  %cc"ccc$c
c c

Di antara punca-puncanya adalah seperti berikut:

iY Tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam pengetahuan agama di mana mudah menerima perkara-
perkara yang dianggap menarik baginya.
iY Mempelajari dari guru-guru atau ketua-ketua yang tidak bertanggungjawab.
iY Terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain kerana menyangka amalan itu adalah amalan yang
betul.
iY Sudah terbiasa melayani nafsu ammarah.

&cc&cc"c#c

Bakal-bakal haji hendaklah mengikuti dan mempelajari hukum-hukum agama sebelum menunaikan haji.
Penceramah-penceramah hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang benar-benar berkelayakan. Tajuk siri
khurafat perlu dimasukkan ke dalam kurikulum ibadat haji dengan ditekankan keburukannya.

Jangan mudah terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain yang tidak diketahui puncanya.
Dalam kursus haji ditekankan bahawa Tanah Suci Mekah bukanlah tempat berehat atau tempat melepaskan
kemarahan atau komplen sewenang-wenangnya. Perlu ditekankan bahawa di dalam pekerjaan haji mesti
akan ditemui berbagai-bagai dugaan Allah yang perlu diterima dengan sabar.

Sebarang amalan yang dipetuakan kepadanya oleh orang yang diragui keilmuannya hendaklah dipastikan
terlebih dahulu dari orang lain yang lebih berwibawa. Bertawakalah kepada Allah dengan sebenar-benar
takwa. Tunaikanlah haji semata-mata kerana Allah.

c$c! !cccccc

Selain dari khurafat yang tersebut di atas, ditambah pula dengan adanya tingkah laku buruk yang sering
kedapatan di kalangan jemaah haji umumnya termasuk jemaah haji Asia Tenggara, menjadikan ibadat haji
ibadat yang seolah-olahnya tanpa roh dan tanpa hikmah.

Sebagai contoh yang ketara, berlakunya peristiwa terowong al-Muassim pada tahun 1990 dan peristiwa
pijak memijak di atas Jambatan Mina pada tahun 1994 yang semuanya memakan korban nyawa yang begitu
banyak, mencerminkan masalah utamanya tingkah laku buruk jemaah haji.

Tingkah laku dan tuturkata manusia itu adalah sebagai cermin peribadinya. Jika elok tingkah laku, berbudi
bahasa dan manis kata-kata, maka tinggilah nilai dirinya, mulialah pekertinya. Kalaulah itu benar-benar
menjadi cermin diri, maka alangkah buruknya keadaan umat Islam ini kerana apa yang berlaku di musim
haji menjadi ukuran yang utama pada nilai diri kita.

Di Mekah umat Islam kelihatan seperti seolah-olah tidak tahu disiplin diri dan disiplin kehidupan. Ada yang
tidak bertolak ansur, bertengkar, bergaduh, tengking menengking, herdik mengherdik, menolak, melanggar,
memukul, memijak, menghimpit, mengambil hak orang lain, menyusahkan kawan, memijak kepala,
menyepak muka orang yang beribadah, mengganggu yang bersembahyang, menyepak al-Quran, meletak al-
Quran di atas lantai, mengubah (mengalih) al-Quran dengan kaki, berebut-rebut dengan segala kekuatan
untuk mencium batu hitam (al-Hajarul Aswad). Memegang tangan berangkai kuat untuk merempuh orang
yang sedang solat dan tawaf. Perbuatan yang sama berlaku dengan dasyatnya ketika di Mina untuk
melontar. Segala selipar dan kasut serta pakaian tertanggal dari badan. Yang sakit tidak diberi simpati. Yang
tua uzur tidak dihirau dan pelbagai perangai lagi yang boleh dilihat.

Mengenai tutur kata, umat Islam tidak hendak menjaga tutur katanya. Walaupun ketika sedang tawaf dan
saei, masih bercakap-cakap dengan hal-hal yang terkeluar dari erti ibadah yang sebenar, bergelak ketawa
berdekah-dekah kerana kelucuan yang sengaja diada-adakan dalam perbualan-perbualan, seolah-olah
mereka bukan di hadapan Allah di dalam ibadat yang shahdu.

Kata mengata, caci mencaci sering kedengaran di sepanjang masa berada di Mekah dan Madinah seolah-
olah tidak berbeza dari tempat-tempat lain. Mengumpat, mencerca terus berlaku tanpa sebarang takut
kepada dosa yang perbuatan di Tanah Haram.

Semua tingkah laku buruk itu adalah sebahagian dari masalah yang sebenar yang berlaku di kalangan
jemaah haji kita yang sudah sewajibnya kita menyedari perihal tersebut dan cuba menghindarnya.

!cccccc c c$cc !

Masalah akhlak adalah masalah pokok untuk membina masyarakat yang mulia. Akhlak yang terpuji menjadi
tunjang kekuatan umat. Rasulullah SAW diutuskan Allah adalah untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia. Baginda menjadi teladan untuk kemuliaan akhlak, mengasuh umatnya agar berakhlak mulia.
Bagi mengatasi masalah yang disebutkan tadi, pendidikan kerohanian yang menekankan kepada kemuliaan
akhlak perlu dititik beratkan dalam latihan dan syarahan-syarahan. Bakal-bakal haji hendaklah dipupuk
dengan budi pekerti yang mulia untuk dihayati sepanjang masa hidupnya, lebih-lebih lagi ketika
menunaikan haji.

Rasulullah SAW pernah bersabda:


Yang bermaksud:
>)    
   
 &
  



)    
    
&


 
      $  
   
        &

 
 
  $ 

Hadith ini mengingatkan kita tentang berakhlak dengan Allah. Bertawakkal kepada Allah, takut kepada
Allah. Apabila manusia sudah mentaati perintah Allah dan amat mengharapkan keredaan, maka akan
lahirlah budi pekerti yang mulia untuk mereka di alam manusia.

Mengunjungi Baitullah untuk menunaikan ibadat haji adalah suatu tuntutan syarak. Dari ibadat itu akan
lahirlah pengajaran-pengajaran yang amat berguna untuk manusia. Fadhilat haji amatlah banyak. Salah
satunya untuk mengingati Allah. Oleh itu, perbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah, berzikir kepada
Allah di dalam masa kerja haji dan sesudahnya khususnya di Arafah dan Mina.

Salah satu rahisa Allah mewajibkan haji ialah untuk membersihkan diri mereka dari segala dosa, dari segala
perangai keji dan perbuatan-perbuatan munkar. Kalaulah umat Islam memahami dan menghayati tujuan
tersebut dengan sebaik-baiknya, maka tentulah tidak akan berlaku pekara-perkara munkar di tanah suci.
Semua orang yang menunaikan haji akan menjadi orang yang amat baik pekertinya. Tidak ada khurafat
berlaku dan tidak ada perkara-perkara negetif berlaku kerana semuanya itu akan menyebabkan haji
seseorang itu sia-sia.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Yang bermaksud:
> 
  




 
&

 

     
 



Usaha untuk mempertingkatkan kualiti ilmu ke dalam masyarakat Islam perlu diteruskan dengan
bersungguh-sungguh untuk menjadi perisai umat Islam dari diresapi gejala-gejala tidak sihat seperti khurafat
dan sebagainya.
Pengetahuan tentang ibadat haji adalah pengetahuan fardu ain yang sepatutnya diketahui oleh masyarakat
umum. Perlu diajar dengan cara yang berkesan di dalam kurikulum-kurikulum sekolah menengah dan di
peringkat universiti agar dengan ilmu yang manfaat itu setiap yang pergi menunai haji benar-benar
mengetahui mengapa ibadat itu diwajibkan.

Ibadat-ibadat dalam Islam adalah alat untuk mendidik manusia. Jika dipergunakan ibadat itu sebagai alat
mengajar, maka yang mempelajari bersungguh-sungguh daripadanya akan mendapat pengajaran yang amat
berkesan. Rasulullah SAW telahpun mempergunakan untuk mendidik umat Islam di zamannya. Dengannya
mereka menjadi sebaik-baik umat yang Allah ciptakan untuk menjadi contoh kepada manusia. Akhlak yang
terpuji akan lahir dari keikhlasan beribadat kepada Allah, apabila difahami maksud dan tujuannya. Dari
akhlak yang terpuji lahirlah peribadi unggul untuk memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah.

Semoga Allah memelihara kita dari terjatuh ke dalam khurafat dan semoga Allah memberi hidayah kepada
kita untuk mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW.

Wallahu µAlam.

You might also like