You are on page 1of 9

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang
siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat
dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3
kali
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan


hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur
nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke
dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman
dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan
sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar
jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya
sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat:
"Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan
memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan
dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat:
"Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi
sekalian orang Islam berbuka puasa.
13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah
Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali
syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Doa Awal dan Akhir Tahun
 
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara
daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan,
Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang
besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul
di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari
syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan
terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang
mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai
Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke
atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang
telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah
daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan
Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam
keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau
mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu
semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan
tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan
Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon
kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan
wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah
Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan
Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Peristiwa Penting Bulan Muharram

1. 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap
tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharram - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa
penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi
menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.


2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan
selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama
40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari
tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM :

BULAN MUHARRAM
 
Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada
fakir miskin
Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap
mereka
Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik
kepada semua anak-anak yatim.
Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak
permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya

BULAN SAFAR
BULAN RABIUL AWWAL
BULAN  RABIUL AKHIR
BULAN JAMADIL AWWAL
BULAN JAMADIL AKHIR

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan
sunat dan fardhu seperti biasa.

REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah
bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini
dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak
mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw
maksudnya,
 
Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari
Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan
dunia, diselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari diseksa
diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka
jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga
baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan diperkenankan oleh Allah hayat dan
permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala
amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang
bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan
lebih dingin dari salji
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada
bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab
seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.
 

BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan
dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak
kebajikan yang berserak-serak.
 
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum
kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah
akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70
tahun.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat
sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat,
bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan
untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah
mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum,
mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka
terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali
silaturrahim.

BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud "
Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan
pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."
Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan
yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya
dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

 
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang
berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian
kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan
dari api neraka
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
Banyakkan berdoa, berzikir selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada
di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir
Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar
seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

BULAN SYAWAL

Amalan sunat di bulan Syawal :


 
 Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :
 
a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c) Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan
e)
jalan yang lain
f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal
g)
hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.
   
Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan
Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka
perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."
   
BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan
sunat dan fardhu seperti biasa.

BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah
menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
 
Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
 
Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti
tidak pernah melakukan maksiat.
 
Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah
 
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari
itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
 
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada
hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan seksa kubur
 
Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-
nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah
dengan pandangan rahmat
 
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu
kesulitannya
 
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih
anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari
Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa
hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah
 
Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa
mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut
telah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari
tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman
dan sentosa.
  Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :
 
a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai
b)
menunaikan solat Adha
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan
c)
jalan yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah
e) hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
 
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat
Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama
awal Muharram.

You might also like