You are on page 1of 2

Amalan Kitar Semula Perlu Diteruskan

Isu kitar semula perlukan perhatian sewajarnya daripada kita sebagai


masyarakat prihatin. Sebagai seorang remaja yang cintakan keindahan alam,
saya ingin menyarankan kepada diri saya sendiri serta para pembaca sekalian
agar sentiasa mengamalkan kitar semula dalam apa jua situasi.

Pada kebiasaannya, kita hanya memandang remeh akan sampah yang kita buang
setiap hari. Tentu ada diantara kita yang berfikir kemana perginya sampah sarap
yang kita buang setiap hari dan apakah yang terjadi kepadanya sebaik sahaja ia
dipungut oleh lori sampah. Realitinya lori sampah tidak dapat
menghapuskannya begitu sahaja. Untuk pengetahuan anda, sampah-sampah
tersebut akan diangkut ke tapak pelupusan sampah yang berhampiran.

Namun begitu, kapasiti sebuah tapak pelupusan sampah di negara kita semakin
terhad dan tidak dapat menampung jumlah sampah yang terkumpul setiap hari.
Pada masa yang sama, negara kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk
mengangkut dan melupuskan sampah yang terkumpul. Lebih membimbangkan
kita lagi, kini timbul pula rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke
dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Kini,
sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Ingatlah, fikir
dulu sebelum buang! Jadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian hidup
kita.

Konsep kitar semula. Apakah maksud di sebalik “Kitar Semula”?

Proses kitar semula ialah suatu proses yang melibatkan usaha memproses,
mengumpul dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap
sebagai sampah.

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-
kira 230 tapak pelupusan sampah di negara kita, Malaysia. Setiap satunya
berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah
sampah yang dibuang oleh masyarakat di sekitar kawasan tersebut. Sebaik
sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru pula akan
dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular
mencerobohi ruang hidup kita. Adakah anda sanggup suatu hari nanti duduk
berjiran dengan tapak pelupusan sampah? Bagi saya, pada ketika itu sudah pasti
keselesaan seperti hari ini tidak dapat dirasai lagi.

Jika anda tertanya-tanya, apakah kepentingan kitar semula kepada masyarakat,


tidak terdaya rasanya saya untuk menaip kepentingan-kepentingan tersebut
dalam satu artikel sahaja. Namun begitu, anda tidak perlu berasa kecewa kerana
junaidisite[dot]com dengan rasa murah hati ingin berkongsi kepada anda
beberapa kepentingan amalan kitar semula.

1. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan
sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan
mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran
air bawah tanah dan pencemaran udara.

2. Kitar semula untuk menjimatkan kos

Dalam masa jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan kos
berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah. Jika
program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan
semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan kita kerana caj untuk
pelupusan sampah dapat dikurangkan.

3. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita

Tentu ada dalam kalangan kita yang tetanya-tanya, bagaimana kitar semula
boleh menjimatkan sumber. Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya
membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia kini
mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk
menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga
mengimport bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang lain. Tidakkah
lebih baik jika kita mengamalkan kitar semula?

4. Kitar semula untuk menjimatkan tenaga

Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah
bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang televisyen selama 3
jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil
menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

5. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan

Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa


ditebang. Tidakkah anda berasa simpati kepada alam semula jadi ciptaan
Tuhan? Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu
ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan sumber oksigen
dan udara bersih

You might also like