You are on page 1of 2

Amal Jariah dengan Memberi

Buatlah kebaikan kerana ia akan terus hidup selepas kita mati. Ingatlah bahawa ada amal
kebaikan yang kita lakukan, pahalanya akan terus kekal dan mengalir walaupun selepas
kematian kita. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila mati seseorang
manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu
sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang sentiasa
mendoakannya.” (riwayat Muslim no.4310)

Manfaat orang yang Memberi

1. Mengikis sifat mazmumah


Dengan memberi dapat membuang sifat mazmumah seperti sombong, hasad
dengki, tamak, pemarah dan lain-lain. Harta, ilmu, tenaga dan apa jua yang kita
miliki adalah punca sifat-sifat mazmumah. Sebab itu kita diwajibkan
mengeluarkan zakat kerana zakat itu adalah pembersih. Jika tak keluarkan zakat
diri dan harta kotor.
2. Mendapat lebih banyak
Percayakah bahawa dengan memberi kita akan mendapat lebih banyak? Yakni
dengan memberi harta, ilmu, iman, tenaga dan lain-lain milik kita tidak akan
berkurangan malah akan bertambah. Ini disebabkan apabila kita memberi Allah
akan membuka pintu rezeki, ilmu dan iman yang lebih luas untuk kita. Firman-
Nya “Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama
seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu
pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melibatgandakan pahala
bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah maha luas kurnia-Nya lagi meliputi
ilmu pengetahuan-Nya” (Al-Baqarah 2:261)
3. Wujud perpaduan dan keharmonian
Apabila kita berfikir untuk memberi, kita akan merapatkan sesuatu hubungan.
Sebaliknya jika hanya berfikir untuk mendapat, kita akan menjarakkannya.
Hukum kasih sayang menyatakan, jika hendak disayangi maka terlebih dahulu
kena menyayangi. Hanya dengan memberi kasih-sayang kita akan mendapatnya.

Allah itu Maha Pemberi


1. Allah memberi tanpa pinta dibalas
Allah adalah sebaliknya Maha Kaya dan Maha Perkasa daripada sebarang sifat
kekurangan dan kelemahan. Usahkan untuk membalasnya, mengiranya sahaja
manusia tidak mampu. Kita meminjam terlalu banyak daripada Allah. Walaupun
pinjaman itu masih tertunggak, namun Allahtidak menarik semula nikmat
pinjaman-Nya kepada kita.
2. Allah memberi sebelum diminta
Kebanyakkan manusia, hatta yang pemurah sekalipun, memberi setelah diminta,
Allah sebaliknya memberi sebelum diminta leh makhluk-Nya. Manusia seringkali
lupa meminta apa yang diperlukan dalam hidup, namun Allah Maha Penyayang,
Dia berikan juga rezeki, perlindungan, kesihatan dan pimpinan walaupun kita
sering lupa untuk memintanya.
3. Allah memberi berulang-ulang kali dan berterusan
Ada berjuta-juta proses yang sentiasa berlaku dalam seluruh makhluk ini daripada
haiwan, tumbuhan, bumi, bulan, matahari, bintang-bintang hinggalah ke seluruh
semesta alam ini. Sentiasa ada kuasa yang mengatur, menyusun, menetapkan,
menghidupkan, mematikan, menjalankan dan memberhentikan. Alam ini disusun
secara sistematik dan proses pengaturan dan pelaksanaannya berjalan secara
berterusan dan berulang kali untuk siapa ? Ya, untk manusia – khalifah di muka
bumi.
4. Memberi segala sesuatu yang sangat berharga
Allah tidak memberikan sesuatu itu dengan sia-sia. Manusia juga diciptakan
dengan tujuan yang besar menjadi khalifah di muka bumi dan sebagai hamba
Allah. Apa yang Allah berikan amat berharga jika dinilai sama ada dari sudut
material atau sudut rohani.
5. Memberi sesuatu yang baik untuk menghsilkan kebaikan
Allah memberikan pelbagai kebaikan kepada manusia berupa harta, ilmu, kuasa,
kesihatan, iman dan sebagainya. Dengan segala kebaikan itu Allah inginkan
hamba-Nya melakukan kebaikkan kepada orang lain.

Rujukan : Majalah Solusi isu no.14

You might also like