You are on page 1of 3

Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan

semasa mengandung, antaranya:

 Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak


 Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
 Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan
maksiat
 Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
 Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
 dan sebagainya.

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku,
dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat
yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya,
sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya
untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala
puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA


MENGANDUNG
Memperbanyakkan mengingati
Allah s.w.t dengan memohon
ampun dan taubat. Ibu yang hamil
digalakkan banyak mengingati Allah
supaya hatinya tenang dan
mendekatkan diri kepada Allah
s.w.t. Dengan ini diharapkan agar
anak yang lahir nanti bersih hatinya
dan ibu dapat melahirkan dengan
tenang dan baik. Bapa juga
digalakkan melakukan perkara yang
sama ketika isterinya
mengandung.Perempuan yang
hamil juga digalakkan supaya
banyak bermunajat ke hadrat Allah
s.w.t dan memohon doa kepada-
Nya semoga anak dalam
kandungan sentiasa sihat dan agar
dipermudahkan Tuhan bagi ibu
tersebut.
Doanya :
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam
kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh,
tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak
meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada
kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera.
Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah
perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah
suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat
Nabi Muhammad s.a.w".
Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya.
Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat
sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat,
berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu
yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap
kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu


memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-
ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah
Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat
memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat
pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga
akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong
dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan
kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah
amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan
memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang
betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil


Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri
dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa
dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.


- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya
dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan
kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau
bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil


- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan
hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was
terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja
mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

You might also like