You are on page 1of 2

Amalan dan Kepercayaan Masyarakat Melayu: Renungan!!!

Mengapakah berlaku? Adakalanya bertentangan dan adakalanya tidak seiringan dengan tuntutan Islam itu
sendiri? Mungkin perkara-perkara yang dijelaskan ini boleh membawa satu persepsi tentang amalan
dan kepercayaan masyarakat Melayu. Antaranya....
 
1.       Penerimaan orang Melayu tentang konsep ketuhanan yang ada pada sultan.
Ia menyentuh kosep daulat dan derhaka serta tulah. Kepercayaan yang sultan
mempuunyai kekuasaan luar biasa dan selalunya dikaitkan dengan aspek
ketuhanan. Maka timbul unsur hak sultan dalam agama.
2.       Pensenyawaan unsur Islam dan Hindu
Unsur-unsur yang menjadi amalan agama Hindu diberi nafas baru dalam Islam.
Sebagai contoh:
Dalam majlis perkahwinan disenyawakan amalan seperti tepung tawar, berinai,
bersanding, dan lenggang perut. Kalau dalam Hindu ia berkaitan dengan agama,
tetapi diubah konseop menjadi adat dan budaya kepada masyakarat Melayu.
Majlis Kematian: Diadakan kenduri 3,7,40 dan 100 hari. Dengan tujuan untuk
mengingati jenazah. Dalam kepercayaan Hindu hari-hari tersebut ada bahagian-
bahagian mayat yang pecah.
Majlis perayaan: Memasang pelita. Dengan harapan malaikat akan berkunjung ke
rumah dalam hindu dewa. Walaupun begitu kesedaran agama Islam menyebabkan
konsep ini ditukar kepada kemeriahan dan sebagai satu adat dan budaya.
3.       Cara pendakwahan
Cara dakwah disebarkan dan kerelaan anutan agama Islam. Pendakwahan
menggunakan aspek hiburan seperti dalam wayang kulit, mak yong, main puteri
dan lain-lain hiburan tradisi yang masih mempunyai unsur kehinduaan.
Dalam menentukan ia tidak ke arah syirik maka istilah dan bentuk upacara
ditukarkan kepada unsur-unsur Islam seperti bacaan ayat suci dan tujuan
diadakankan agar mendapat rahmat daripada Allah swt.
Penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu bukan kerana kefahaman mereka,
tetapi kerana ikutannya dengan wibawa Sultan. Oleh sebab itu, proses
pendakwahan dan pengembangan ajaran dan sebaran agama ini banyak dilakukan
di istana-istana.
Proses melambatkan proses mengubah konsep Hindu untuk digantikan dengan
konsep dan amalan Islam.
4.       Konsep agama dan kepercayaan yang dicampuradukan.
Konsep agama dan kepercayaan yang bercampur aduk hingga mengelirukan
masyarakat. Masyarakat menganggap seolah-olah kepercayaan itu adalah
sebahagian daripada agama sedangkan ia berbeza.
Mohd Taib Othman mendefinisikan agama sebagai satu amalan cara hidup yang
berorganisasi dan bermatlamat, dan kepercayaan sebagai satu pernyataan tentang
sesuatu perkara untuk dipercayai.
Masyarakat Melayu tidak memisahkan konsep ini hingga kelihatan agama dan
kepercayaan itu sama.
5.       Pengaruh adat dan budaya masyarakat.
Masyarakat Melayu amat berpegang kepada konsep biar mati anak jangan mati
adat. Oleh sebab adat-adat Melayu banyak bertentangan dengan Islam maka
proses menukarkan adat ini perlu dijalankan dengan hati-hati. Oleh itu adat yang
dirasakan tidak bertentangan dengan Islam secara langsung masih diterima cuma
aspek kepercayaan keagamaan disishkan secara berhati-hati dengan amalan Al
Quran dan sunnah Nabi saw.
Keadaan ini adalah berikutan berlakunya proses pensenyawaan, reintperetation
dan  rearrangement.
6.       Proses pemberian makna baru ( reintepretation ) dan pengaturan dengan cara
baru ( rearrangement ).
Apabila wujud konflik antara amalan, adat dan agama masyarakat Melayu
menggunakan proses-proses ini untuk diteruskan amalannya. Ini seterusnya
berlaku pensenyawaan terhadap alan dan kepercayaan.Sebagai contoh:
Konsep penunggu ditukar kepada konsep keramat.
Konsep hantu ditukar kepada konsep syaitan
Istilah Dewata Raya ditukar kepada Allah swt.
 

Oleh itu  walau agama Islam telah tersebar luas di Malaysia,   tetapi  cara penyebaran dan
pemahaman tentang Islam masih dipengaruhi oleh kepercayaan    dan amalan agama
hindu/buddha/tantrik.   Oleh demikian bagi mengatasi permasalahan ini pemahaman tentang
Islam mesti dipertingkatkan dan unsur-unsur bidaah yang bertentangan dan menjadi adat dalam kehidupan
orang-orang Melayu perlu disisihkan.    

http://kamashara.blogdrive.com/archive/8.html

You might also like