Professional Documents
Culture Documents
Tweet
ُّون هَّللا َ فَاتَّبِعُونِي يُحْ بِ ْب ُك ُم هَّللا ُ َويَ ْغفِرْ لَ ُك ْم ُذنُوبَ ُك ْم َوهَّللا ُ َغفُو ٌر َر ِحي ٌم
َ قُلْ إِ ْن ُك ْنتُ ْم تُ ِحب
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai
kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku
memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-
Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada
apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang
hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga
akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya
yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat,
Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang dia
gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri,
dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "
(Riwayat Bukhari)
" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah
SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan
apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "
Al-Quran
Di antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT ialah
membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta
memahaminya.
ِ يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَ ْد َجا َء ْت ُك ْم َم ْو ِعظَةٌ ِم ْن َربِّ ُك ْم َو ِشفَا ٌء لِ َما فِي الصُّ ُد
ٌور َوهُدًى َو َرحْ َمة
َ ِلِ ْل ُم ْؤ ِمن
ين
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu,
dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang
yang beriman.
Bukti DicintaiNya
Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.
Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak
atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.
Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, jauh daripada
dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.
Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan
kemaksiatan kepadaNya.
"Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku
dicintaiNya?"
Asy-Syaukaani berpendapat :
" Allah SWT memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh
jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan. "
(At-Taubah: 24)
Kecintaan kepada Allah SWT pasti membuahkan cinta kepada teman hidup dan keluarga.
Cinta insani itu adalah buah daripada cinta kepada Allah SWT. Kecintaan kepada teman
hidup dan keluarga perlu didasari dengan cinta kepada Allah SWT.
Kebahagiaan bergantung kepada sesuatu yang menjadi neraca nilai. Andai syara' diambil
sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah SWT pasti bersama. Kebaikan adalah apa
yang syara' tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai buruk.
Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.
Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta. Allah Al-Khaliq.
Harta adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yang
akan menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang
kemurkaan dan azab-Nya.
- Artikel iluvislam.com