You are on page 1of 2

Amalan etika Pengurusan

Soalan
1. a) Sebutkan empat komponen utama (4P) dalam proses pengurusan.
b) Apakah yang dimaksudkan bahawa "pengurusan adalah suatu proses yang
menyeluruh dalam mencapai objektif organisasi"?
Jawapan:-
a) Empat komponen utama dalam proses pengurusan ialah:-
i. Perancangan
ii. Penyusunan
iii. Pimpinan
iv. Pengawalan
b) Maksud "pengurusan adalah suatu proses yang menyeluruh dalam mencapai
objektif organisasi" ialah proses pengurusan melibatkan tunjuk ajar dan tunjuk arah
kepada sesuatu golongan manusia unutk mencapai matlamat organisasi.

2. a. Senaraikan enam peranan seorang pengurus yang berkesan.


b. Apakah tujuh perinsip etika pengurusan seperti yang dipraktikkan oleh
Matsushita?
Jawapan:-
a. Enam peranan seorang pengurus yang berkesan ialah:-
i. Bertanggung jawab memberi motivasi dan latihan kepada kakitangan
ii. Menjalin hubungan yang baik dengan orang yang penting
iii. Mendapatkan maklum balas
iv. Menganalisis dan menyebarkan maklumat-maklumat penting berkaitan dengan
organisasinya.
v. Menggerakkan serta mewujudkan pelbagai perubahan dan inovasi, dan
vi. Bertanggug jawab sebagai jurucakap dan perunding bagi pihak organisasinya.
b. Tujuh perinsip etika pengurusan yang dipraktikkan oleh matsushita ialah:
i. Perkhidamatn unutk negara melalui perindustrian
ii. Keadilan
iii. Harmoni dan kerjasama
iv. Berusaha unutk kebajikan
v. Berbudi bahasa dan merendah diri
vi. Penyesuaian dan penyerapan
vii. Bersyukur.

3. a) Apakah lima cara (5B) yang perlu dilakukan oleh setiap pekerja unutk
meningkatkan mutu kerjanya?
b)Senaraikan dua belas ciri nilai dan etika pengurusan yang baik.
Jawapan:-
a) Lima cara yang perlu dilakukan oleh pekerja unutk meningkatkan mutu kerjanya
ialah:
i. Bekerja dengan penuh bertanggung jawab
ii. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
iii. Bekerja dengan penuh kemesraan
iv. Bekerja unutk membenteras kelemahan
v. Berpegang teguh kepada ajaran agama
b) Dua belas ciri dan etika pengurusan ialah:
i. Amanah
ii. Bersih
iii. Berdedikasi
iv. Berdisiplin
v. Bertanggungjawab
vi. Bersopan santun
vii. Syura/Permesyuaratan
viii. Adil
ix. Berintegrasi
x. Berilmu
xi. Akauntabiliti
xii. Produktiviti

4. a.) Kesatuan Sekerja diwujudkan dengan empat tujuan. Nyatakan tujuan-tujuan


itu.
b ) Apakah tiga keadaan ayng boleh mengakibatkan tindakan "tiupan wisel"?
c ) Senaraikan enam etika yang perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan
terhadap pekerja-pekerjanya.
Jawapan:
a) Empat tujuan kesatuan sekerja diwujudkan ialah:
i. Mengurangkan bidang kuasa pengurusan terhadap pekerja
ii. Membolehkan pekerja melibatkan diri dalam pembentukan dasar-dasar yang
menyentuh kebajikan dan perkhidmatan kakitangan
iii. Memaksimunkan pembangunan ahli secara keseluruhannya dan tidak hanya
bertumpu kepad individu-individu tertentu sahaja.
iv. Menerajui pertumbuhan ahli-ahli kesatuan dan meluaskan pengaruhnya.
b) Tiga keadaan yang boleh mengakibatkan tindakan "tiupan wisel' ialah_
i. Menyebabkabn kecederaan kepad pihak ketiga
ii. Mencerobohi hak asasi manusia
iii. Mengadakan aktivitiyang bertentangan dengan tujuan dan matlamat penubuhan
sesebuah organisasi
c.) Enam etika yang perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan terhadap pekerja-
pekerjanya ialah:-
i. Menilai dan memperbaiki perkhidmatan pekerja
ii. Menghindarkan pengamalan pilih kasih
iii. Memberikan perhatian kepada keperluan
iv. Memastikan pendapatan yang bepatutan
v. Mengagihkan tugas berdasarkan kepakaran dan kemampuan
vi. Mementingkan perhubungan dan komunikasi dua hala.

You might also like