You are on page 1of 3

TEMA : AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

SOALAN : LANGKAH
Pendahuluan:
AT:
• Definisi: satu amalan kehidupan yg membawa impak positif kepada
kesihatan seseorang
• Kehidupan akan menjadi lebih ceria apabila menitikberatkan aspek kesihatan
kerana kesihatan merupakan aset yang penting dalam kehidupan seseorang
AR:
• Dalam era moden, setiap manusia terdedah kepada pelbagai tekanan.
• memerlukan pengamalan gaya hidup yang sihat
AA:
• Banyak langkah / kaedah untuk mecapai matlamat itu.
ISI 1 :
AI – Mengambil makanan yg berkhasiat dan seimbang setiap hari
AH:
• Kata hikmah, "kesihatan ditentukan oleh pemakanan yang seimbang"
• dapat memastikan badan menerima khasiat yang sepatutnya
• mengambil makanan daripada semua jenis kelas makanan yang betul seperti yang disyorkan
oleh piramid makanan
AC:
• sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan dan hasil tenusu
yang membekalkan protein
AKI:
• Sesungguhnya, pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat dapat memberikan
kehidupan yang lebih sihat dan ceria.
ISI 2:
AI – Beriadah dan melakukan senaman / bersukan
AH:
• perlu dilakukan secara berkala
• dapat menggerakkan otot badan supaya berfungsi dengan lebih baik
• dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh / toksik
• melancarkan pengaliran darah dlm tubuh ke jantung
• meningkatkan sistem imunisasi
AC:
• aktiviti berjalan, berlari
AKI:
• Tuntasnya, beriadah dan bersenam dapat melahirkan badan dan minda sihat bak kata pepatah, "badan sihat otak cergas".

ISI 3:
AI – Menjalani pemeriksaan doktor dengan kerap
AH:
• Digalakkan dua kali dalam setahun terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah
keluarga yang berisiko
• satu langkah pencegahan awal untuk mengesan sesuatu penyakit yang berisiko dan berbahaya
– mencegah lebih baik daripada mengubati
• doktor akan mengesyorkan rawatan yang sewajarnya sebelum keadaan menjadi lebih serius – sebelum kudis menjadi tokak /
sebelum nasi menjadi bubur
AC:
- penyakit kanser, penyakit jantung, kencing manis dsbnya
AKI:
- Jadi, pemeriksaan doktor dengan lebih kerap dapat menjamin kesejahteraan hidup seseorang apabila memiliki tubuh badan
yang bebas daripada sebarang penyakit yang boleh mengancam nyawa.
ISI 4
AI – MENJAGA KEBERSIHAN DIRI & TEMPAT TINGGAL
AH:
• Banyak penyakit yang berjangkit
• Diri dan tempat tinggal perlu sentiasa bersih
• Hadis Nabi mengatakan bahawa kebersihan sebahagian daripada iman.
• sentiasa membasuh tangan
• memastikan makanan bersih dan ditutup
• mengadakan aktiviti gotong-royong
AC:
- H1N1, demam denggi, taun dan sebagainya
AKI:
Oleh itu, aspek kebersihan amat penting untuk memastikan seseorang tidak diserang penyakit berjangkit yang boleh membawa
maut jika keadaan menjadi lebih serius.
ISI 5
AI – Tidur dan rehat yang mencukupi
AH:
• Dalam kesibukan mengejar kemewahan hidup, kita perlu memastikan diri kita mendapat rehat
dan tidur yang secukupnya.
• badan sentiasa segar dan dapat mengekalkan kesihatan yang stabil
• dapat menumpukan perhatian pada kerja yang dilakukan
• dapat menjana idea yang bernas
• menghasilkan kualiti dan produktiviti yang bermutu
AC
• tidur tidak kurang daripada 6 jam sehari
AKI:
Sememangnya, tidur dan rehat yang mencukupi dapat mengelakkan seseorang itu daripada jatuh sakit.
ISI 6:
AI – memiliki mentaliti dan tingkah laku yang positif
AH:
• Mentaliti positif dapat menangani tekanan dan menyelesaikan kemelut dengan tenang tanpa
rasa tertekan
• kehidupan yang penuh cabaran di alam fatamorgana ini memerlukan persepsi yang positif
• semakin positif minda seseorang semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapai
olehnya kelak
AC:
• tekanan di tempat kerja / tekanan rumah tangga
AH:
- sentiasa bermanis muka dan bersangka baik kepada orang lain - dapat mengelakkan diri
daripada bermusuhan
- Pesanan orang tua-tua, jika hendak umur yang panjang, jagalah perasaan.
Sememangnya, kita harus menjauhkan diri daripada sifat hasad dengki sentiasa bina keyakinan diri yang mantap untuk mencapai
gaya hidup yang sihat.
PENUTUP
• Petikan hadis berbunyi bahawa jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit
• peri pentingnya menjaga kesihatan kerana tiada harta yang mampu membeli kesihatan yang baik
• perlu sentiasa mengamal gaya hidup yang sihat demi penjagaan kesihatan yang baik
• kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan yang baik, nyawa kita akan melayang
• Setiap rakyat perlu menjaga kesihatan diri demi kepentingan diri sendiri dan negara bak kata slogan, "rakyat sihat, negara
maju".

You might also like