You are on page 1of 1

Amalan Wajar Dilakukan Ketika Hamil

by www.bharian.com.my

MELAHIRKAN anak yang sihat dan sempurna sudah semestinya menjadi impian setiap
wanita. Justeru, kesihatan dan penjagaan ketika hamil perlu dititikberatkan. Ini kerana, ibu
hamil memerlukan penjagaan kesihatan yang sempurna untuk melahirkan anak yang sihat.

Antara amalan dan penjagaan yang boleh diikuti ialah:

 Makan makanan mencukupi dan seimbang setiap hari.


 Tidur dan rehat secukupnya.
 Sentiasa bertenang.
 Jaga kebersihan diri.
 Mandi setiap hari.
 Berpakaian bersih dan selesa.
 Dapatkan pemeriksaan di klinik, pusat kesihatan atau hospital seperti dinasihatkan
oleh kakitangan kesihatan.

Selain itu, ibu hamil juga perlu sering menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat
doktor jika:

 Berusia di bawah 19 tahun.


 Hamil anak sulung ketika berusia 35 tahun ke atas.
 Hamil ketika berusia lebih 40 tahun.
 Kandungan anak yang kelima atau lebih.
 Jarak kelahiran kurang daripada dua tahun atau lima tahun ke atas.
 Ibu yang mempunyai masalah pada kandungan lalu seperti tumpah darah ketika
hamil, tumpah darah selepas bersalin, anak mati di dalam perut, keguguran
berturut-turut, lebih daripada dua kali pada kandungan yang lalu.
 Ibu hamil berpenyakit diabetes.
 Ibu hamil menghidap buah pinggang.
 Ibu berpenyakit jantung.
 Kehamilan kembar.
 Kedudukan janin luar biasa sama ada songsang atau melintang.
 Kurang darah.
 Menghidap darah tinggi, kencing kotor dan kaki bengkak ketika hamil.

Justeru, ibu hamil perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari klinik, pusat kesihatan
atau hospital berhampiran dan jangan lupa ikuti nasihat yang diberikan itu. Pastikan anda
bersalin di hospital.

You might also like