You are on page 1of 5

Awet Muda

Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya.
Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:

 Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah
jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah
diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil
dilarang mengamalkan cara ini.
 Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Melentik Bulu Mata


Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata
yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

 Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum
tidur. Lakukannya berterusan

Melebatkan Bulu Kening


Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus.
Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan
dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Melebatkan Bulu Mata


Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh
di bulu mata anda. Amalkan selalu.

Mencantikkan Rambut

1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut.


Caranya
o Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga
raya.
o Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
o Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga
menyejukkan kulit kepala.
2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas
sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan
biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hindari Rambut Gugur

1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih.
Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan
sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit
kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua
minggu sekali.
2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan
minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan
selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan.
Lakukan seminggu sekali.
3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan
beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh
rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum
tanpa disyampu.

Melebatkan Rambut

1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih
basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk
hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan
setiap hari.

Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara
untuk mengatasinya ialah :-

1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau


nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga
bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut
menjadi lembut dan bersinar.
2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat.
Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti
menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit.
Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian
tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat
dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas
dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air.
Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih.
Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan
sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali
sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
Mencantikkan Payu Dara
Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya
ialah :-

1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan
urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala
dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan
di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama
15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Payu Dara Membengkak


Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya
hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali
sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

Menegangkan Payu Dara


Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi
kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

 Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
 Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
 Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
 Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Mengempiskan Perut

1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk
mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam
selepas makan.
2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit.
Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
o Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih,
beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau
nipis.
o Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung.
Lakukan sehingga nampak perubahannya.
3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada
perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga
menampakkan hasilnya.
4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila
suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya
semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum
membasuh muka.
Kaki Bersisik

1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15


minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik,
petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa.
Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada
kaki yang bersisik.

Urat Timbul Di Kaki

1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati.
Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur,
letakkan kaki di atas bantal.
2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada
kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah
senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.

Tumit Kaki Pecah


Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang
pecah. Antaranya ialah :-

1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan


batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku
perubahan.
2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah
dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang
telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan
secara berterusan sehingga sembuh
4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi.
Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah
sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini
pada tumit yang pecah.
7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

Kaki Bengkak Ketika Hamil


Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi
satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki


1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis.
Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh
seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Cengkam Kuku Kaki


Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang
mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Ubat Sakit Kaki

1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki.


Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada
bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.

Merawat Kuku Kaki


Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan
dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan
keluar dengan sendirinya.

Mengilatkan Kuku Kaki


Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki
sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga
anda benar-benar berpuas hati.

You might also like