You are on page 1of 4

Amalan harian untuk panjangkan usia

LIHAT gaya hidup anda hari ini. Adakah anda menjalani kehidupan
dengan sebaiknya atau sebenarnya telah banyak mengabaikan kesihatan
diri? Atau adakah anda terlalu menuruti tabiat buruk yang tidak
sepatutnya anda ikuti?

Sebenarnya ramai daripada kita yang mengamalkan cara hidup yang


memudaratkan kesihatan diri.

Tetapi bak kata orang perkara lepas jangan dikenang. Yang penting
sekarang jangan biarkan tabiat buruk itu terus menguasi diri. Masih
belum terlambat untuk melakukan perubahan.

Apa yang telah anda lakukan kepada tubuh badan anda boleh diubah dan
tubuh sudah tentu akan memberi reaksi positif terhadap perubahan
tersebut. Yang penting, perubahan segera perlulah dilakukan dan jangan
tunggu lagi.

Untuk memulakan perubahan memang mengambil masa. Lazimnya otak


memerlukan kira-kira 14 hingga 21 hari untuk tindak tanduk ulangan
supaya ia betul-betul 'meresap' dalam diri sebagai amalan harian.

Apabila amalan tersebut sudah sebati dalam diri maka secara automatik
ia akan menjadi satu tindak balas perlakuan normal pada individu
tersebut.

Apa amalan baik yang boleh digunakan untuk menggantikan tabiat buruk
itu?

Kadang-kadang kita lupa, nenek moyang kita banyak meninggalkan


petua dan amalan yang cuku baik untuk tubuh badan.

Jika anda tidak percaya anda boleh mencubanya dan buktikan sendiri.

Amalan atau tabiat pertama yang perlu diberi perhatian ialah pastikan
anda makan lima sajian bersaiz kecil setiap hari.
Masyarakat di Barat mengambil makanan sebanyak tiga kali sehari, tetapi
sebenarnya adalah lebih baik untuk anda menikmati makanan sebanyak
lima kali sehari. Tetapi mesti ingat, ia perlulah dalam kuantiti yang kecil
sahaja.

Kenapa begitu? Kerana apabila anda kerap makan namun dalam kuantiti
yang sedikit, anda akan kekal menyalurkan nutrien, tenaga, darah dan
gula untuk keperluan tubuh sepanjang hari.

Makan dengan cara ini juga tidak membebankan sistem penghadaman


dan sistem metabolisme. Ia sekali gus mengurangkan risiko penyakit
jantung.

Amalan kedua ialah menukar tabiat menaiki lif dengan menaiki tangga.
Senaman setiap hari boleh menjadikan anda seorang yang sihat,
menguatkan sistem imunisasi, otot dan menambah tenaga.

Jangan jadikan kerja yang padat sebagai alasan untuk anda tidak
melakukan aktiviti fizikal. Cuba cari peluang untuk berjalan laju,
berjoging atau mungkin juga menaiki basikal ke tempat kerja sekiranya
tempat kerja dan kediaman tidak terlalu jauh.

Selepas solat Subuh boleh menyertai kumpulan tai chi di taman


perumahan atau mungkin juga boleh mula mendaftar di mana-mana
pusat gimnasium berhampiran. Mulakan sekarang dan anda pasti akan
nampak kesannya.

Ketawa dan bergembiralah. Ketawa sebagai ubat memang telah diketahui


kemujarabannya. Ketawa juga dapat meningkatkan sistem imunisasi
badan dan menghasilkan sel semula jadi yang melindungi tubuh dari
kesakitan dan penyakit kanser.

Apabila kita ketawa, hormon endorfin dihasilkan sekali gus memberikan


satu perasaan tenang dan puas. Memang tidak dinafikan lagi mereka
yang hidup dalam kegembiraan hidup lebih lama dan sihat daripada
mereka yang sentiasa bersedih.
Pastikan minum lapan gelas air setiap hari. Air amat penting bagi
memastikan tubuh berfungsi secara sihat. Para saintis juga bersetuju
bahawa air yang bersih daripada pencemaran kimia dan toksik adalah
baik untuk kesihatan dan umur yang panjang.

Jadi pilihlah air yang telah ditapis di mana proses penapisan yang terbaik
ialah menerusi arang yang diaktifkan kerana ia mengasingkan benda
asing tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kandungan mineral.

Perlu juga diingat, jangan menyimpan air di dalam bekas plastik kerana
bahan yang terkandung dalam plastik tersebut yang disebut
polychlorinated biphenyls (PCBs) boleh meresap ke dalam air.

Menambah amal ibadah bagi umat Islam dan bermeditasi bagi yang
bukan Islam.

Memang tidak dinafikan tekanan boleh memendekkan usia seseorang.


Dalam kehidupan kita yang serba moden hari ini memang tidak boleh lari
daripada tekanan, tapi ia boleh dielakkan jika anda pandai mencari jalan
mengelakkannya.

Beribadah atau bermeditasi adalah salah satu cara terbaik untuk


melegakan tekanan dan menyegarkan anda semula. Menerusi ibadah dan
meditasi anda akan dapat bernafas dengan baik.

Apabila pernafasan anda sempurna ia secara tidak langsung


menyingkirkan sebanyak 70 peratus toksin dan benda kotor dalam tubuh
anda.

Amalan tersebut juga menjadikan minda anda tenang, mengurangkan


hormon tekanan dan mengajar tentang disiplin diri. Ini semua memang
penting untuk memastikan kehidupan yang anda lalui sihat dan diberkati.

Jika ada masa terluang boleh juga mencuba senaman ini. Duduk dengan
selesa di atas kerusi empuk atau boleh juga bersila di atas lantai.Pejam
mata dan setiap kali masalah timbul di fikiran anda bayangkan masalah
tersebut berada dalam sebiji belon. Bayangkan belon yang membawa
masalah tersebut terbang tinggi di langit dan akhirnya hilang daripada
pandangan.Cuba ulang cara ini hingga anda tidak lagi memikirkan
tentang masalah tersebut. Selepas beberapa ketika anda pasti akan
berasa ringan dan fikiran anda akan lebih fokus. Mungkin dengan
mengamalkan lima amalan ini akan mengubah diri anda menjadi seorang
yang lebih berkualiti di muka bumi ini. Cubalah dan jangan bertangguh
untuk setiap perkara yang baik.

You might also like