You are on page 1of 2

Bentuk-bentuk kemahiran mendengar

1. Pendengaran aktif Pendengar menjadi aktif apabila berkomunikasi. Mereka lebih bertanggungjawab dalam memahami kandungan komunikasi.

2. Pendengaran pasif Pendengar menjadi pasif apabila terlibat dengan komunikasi. Tidak menumpukan pendengaran terhadap bahan yang didengar. Berkemungkinan bahan yang didengar tidak menarik atau bosan. Pendengar tidak memahami ujaran yang diperdengarkan.

3. Pendengaran bertelau-telau Kebiasaannya berlaku kepada pelajar bahasa kedua. Mereka kurang mendengar, kurang berkomunikasi dan tidak dapat menangkap ujaran yang dipertuturkan. (Contoh: Penggunaan Bahasa Inggeris)

4. Mendengar tanpa bertindak balas Pendengar tidak membuat sebarang tindakan terhadap perkara yang didengar. Kemungkinan mereka tidak faham atau tidak peka.

5. Mendengar secara membuak-buak Pendengar adalah pelajar bahasa pertama, juga menggunakan bahasa ibunda. Kebiasaannya, pendengar menebuk-nebuk apa yang didengar dengan tidak terlalu menumpukan perhatian.

6. Mendengar dengan emosi Pendengar merasakan sesuatu sehingga menusuk emosinya. Mereka dengar, faham dan bertindak dengan ujaran yang didengar.

7. Mendengar secara berhati-hati Pendengar mendengar dengan teliti dan berhati-hati. Pendengar mendengar pada setiap kata, rangkai kata dan setiap patah perkataan. (Contoh: Hakim)

8. Mendengar secara kritikal Pendengar menguasai kemahiran berbahasa kerana mendengar pada tahap tinggi. Bertutur secara sahih.

9. Mendengar secara pengamatan Pendengar adalah dalam kalangan pelajar yang berfikir secara kritikal. Mereka mengamati sepenuhnya apa yang didengar.

10. Mendengar secara kreatif Peringkat ini, mendengar menjadi matlamat pengajaran bahasa lisan. Pendengar memiliki kekreatifan dalam mendengar.

You might also like