You are on page 1of 3

Kolej Komuniti Rembau, Negeri Sembilan

NAMA : FARIDZUL BIN ABD RAHIM KELAS : SMK 1A TAJUK : AMALAN PERTANIAN LADANG BAIK (APB) NAMA PENSYARAH : PN. NORLILY SULIZA BT MOHAMMAD SULAI

PENGENALAN AMALAN PERTANIAN LADANG BAIK (APB) Amalan Pertanian yang Baik adalah satu sistem pengurusan yang mengamalkan amalan-amalan pertanian yang baik yang dilaksanakan mengikut standard dan undang-undang/peraturan bagi mengawal dan mengurangkan hazard, risiko dan impak terhadap aktiviti pengeluaran pertanian. Sistem pengurusan ini akan dapat meningkatkan produktiviti, menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja, keselamatan makanan dan pemuliharaan alam sekitar. Usaha ini adalah ke arah pembangunan pertanian lestari.

PENGENALAN SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA (SALM) SALM ialah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini berpandukan kepada Standard Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan berdasarkan kepada Malaysian Standard MS1784:2005 Crop Commodities Good Agricultural Practice (GAP).

HUBUNGKAIT APB DAN SALM APB adalah proses pengurusan dan amalan-amalan yang perlu dilaksanakan dalam sistem pengeluaran ladang, manakala SALM adalah sistem pensijilan bagi memastikan segala peraturan dan standard APB dipatuhi oleh pengusaha.

KAEDAH PELAKSANAAN 1. Permohonan melalui Jabatan Pertanian Malaysia 2. Kesesuaian ladang dan persekitaran y Pemeriksaan tapak y Amalan ladang

AMALAN LADANG             Penyimpanan Rekod Ladang Penggunaan Bahan Tanaman Pengurusan Tanah/Substrate Pengurusan Pembajaan Pengairan dan Fertigasi Pengurusan Perosak Tanaman Penyimpan Input Pertanian Amalan Kultura Penuaian Hasil Pengendalian Pascatuai Pengurusan Bahan Buangan/Sisa Ladang Keselamatan dan Kebajikan Pekerja

You might also like