You are on page 1of 12

BAB 4 KETURUNAN DAN VARIASI

Soalan Objektif 1

Rajah 1 Rajah 1 di atas menunjukkan pertukaran bahan genetik pada kromosom. Proses ini berlaku di A hati B ginjal C kulit D ovari 2 sperma (22 kromosom)

ovum (normal) Rajah 2

zigot

Rajah 2 di atas menunjukkan persenyawaan antara satu ovum yang normal dengan satu sperma yang mempunyai 22 kromosom. Antara berikut, yang manakah mungkin dialami oleh bayi yang berkembang daripada zigot itu ? A Matanya berwarna merah muda B Kerencatan ciri-ciri seks sekunder C Darahnya lambat membeku D Hemoglobinnya tidak cekap membawa oksigen 3 Seekor seladang dikacuk dengan seekor lembu. Diketahui bahawa bilangan kromosom dalam sel soma bagi seladang dan lembu masing-masing ialah 56 dan 60. Berapakah bilangan kromosom pada sel gamet anak hasil daripada kacukan tersebut ? A 29 B 30 C 58 D 116

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tingkatan 4

4-1

Bank Soalan BPS

W X Y Z

Kromosom tersusun di pusat sel Kromatid-kromatid terpisah Kromosom melakukan proses penduaan Kromosom menebal

W, X, Y, dan Z di atas menunjukkan peringkat-peringkat mitosis. Antara berikut, yang manakah menunjukkan turutan yang betul ? A X, W, Z, Y B Y, Z, X, W C W, Z, Y, X D Z, Y, W, X 5 Ibu Ovum X Bapa Sperma Rajah 3 Rajah 3 di atas menunjukkan peringkat-peringkat pembentukan bayi. Antara berikut, yang manakah mewakili proses X dan Y ? X Mitosis Meiosis Persenyawaan Pindah silang Y Meiosis Mitosis Mitosis Persenyawaan Zigot Y Bayi

A B C D 6

Antara penyakit baka berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi gen ? A Sindrom Turner B Sindrom Klinefelter C Mongolisme D Hemofilia Kandungan kromosom bagi seorang perempuan mongoloid ialah A 44 + XX B 44 + XY C 45 + XX D 45 + XY

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tingkatan 4

4-2

Bank Soalan BPS

100 ekor bari-bari betina bersayap panjang dikacukkan dengan 100 ekor bari-bari jantan bersayap saki. Anak generasi pertama didapati semua bersayap panjang. Apabila anak bari-bari ini dikacukkan antara satu sama lain, 100 ekor bari-bari dihasilkan dalam generasi kedua. Generasi kedua ini terdiri daripada A B C D 100% ekor bersayap panjang 100% ekor bersayap saki 75% ekor bersayap panjang 75% ekor bersayap saki

Anak lelaki mewarisi kromosom Y daripada A bapanya B datuknya C ibunya D ibu dan bapa
bilangan

10

sifat

Rajah 4 Rajah 4 menunjukkan graf taburan normal bagi satu sifat manusia. Sifat yang paling mungkin digambarkan oleh graf tersebut ialah A berat badan B warna iris C jenis cap jari D kumpulan darah

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tingkatan 4

4-3

Bank Soalan BPS

11

Rajah 5 Rajah 5 di atas menunjukkan pergerakan kromosom ke kutub-kutub yang bertentangan dalam sel. Langkah di atas berlaku semasa proses A mitosis B meiosis C persenyawaan D pindah silang 12 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang mutasi ? A Hanya berlaku pada kromosom sahaja B Jarang berlaku C Boleh disebabkan oleh pendedahan kepada sinar radioaktif D Boleh mengakibatkan penyakit kanser 13 Penyakit hemofilia dan buta warna adalah disebabkan oleh A gen resesif dalam kromosom X B gen resesif dalam kromosom Y C gen dominan dalam kromosom X D gen dominan dalam kromosom Y sel induk

14 2n

n sel anak

n sel anak

n sel anak

n sel anak

Rajah 6

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tingkatan 4

4-4

Bank Soalan BPS

Rajah 6 di atas menunjukkan peringkat-peringkat yang terlibat di dalam proses A mitosis B meiosis C persenyawaan D mutasi 15 Kumpulan darah manusia merupakan sejenis variasi yang A diperturunkan daripada bapa kepada anak B diperturunkan daripada ibu kepada anak C boleh dipengaruhi oleh persekitaran D dikawal oleh pewarisan genetik sahaja 16 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang mitosis ? A Sel anak mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan sel induk B Ia berlaku di dalam haiwan sahaja C Ia berlaku semasa pertumbuhan zigot D Satu sel induk menghasilkan dua sel anak 17 Antara penyakit berikut, yang manakah bukan diakibatkan oleh mutasi gen ? A Sindrom Down B Albino C Anemia sel sabit D Kanser 18 Sepasang suami isteri yang tidak buta warna melahirkan seorang anak lelaki yang buta warna. Ini bermakna A isteri mempunyai satu gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya B isteri mempunyai dua gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya C suami mempunyai satu gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya D suami mempunyai dua gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya 19 Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang mitosis? A Mitosis menghasilkan dua sel anak B Mitosis menghasilkan sel untuk pertumbuhan C Sel anak menyerupai sel induk D Nukleus membahagi dua kali 20 Antara sifat berikut, yang manakah dipengaruhi oleh faktor persekitaran A Warna kulit B Kumpulan darah C Jenis cap ibu jari D Kebolehan menggulung lidah

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tingkatan 4

4-5

Bank Soalan BPS

21

Rajah 7 Rajah 7 di atas menunjukkan histogram bagi suatu ciri-ciri pelajar dalam satu kelas. Antara berikut, yang manakah mungkin ciri-ciri itu ? I Ketinggian badan II Kepintaran otak III Warna kulit A I sahaja B I dan II sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III 22 Antara berikut, yang manakah merupakan sifat-sifat resesif yang wujud pada manusia ? I Polidaktil II Rambut lurus III Boleh menggulung lidah A B C D I sahaja III sahaja I dan II sahaja I, II, dan III

23 Satu pokok kacang pea putih tulen dikacuk dengan satu pokok kacang pea merah hibrid. Diketahui bahawa gen merah adalah gen dominan. Didapati pokok kacang pea yang dihasilkan I 50% adalah baka tulen resesif II 25% berbunga merah III semua pokok dengan bunga merah adalah hibrid A III sahaja B I dan II sahaja C I dan III sahaja D I, II, dan III 24 Pokok kacang jenis tinggi dikacukkan dengan pokok kacang jenis rendah. Anak-anak generasi pertama kesemuanya bersifat tinggi. Ini bermakna I gen untuk sifat tinggi adalah dominan II pokok kacang jenis tinggi mempunyai dua gen dominan dalam sel somanya III pokok kacang jenis rendah mempunyai satu gen dominan dalam sel somanya A I sahaja B III sahaja C I dan II sahaja D I, II, dan III

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tingkatan 4

4-6

Bank Soalan BPS

25 Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan meiosis dalam suatu spesies ? I Menghasilkan variasi genetik II Meneruskan zuriat III Menggantikan sel-sel yang mati A I sahaja B III sahaja C I dan II sahaja D I, II, dan III 26 Antara berikut, yang manakah hasil penyelidikan genetik dalam pertanian di Malaysia ? I Pokok getah Pohon Tunggal Teras II Selembu III Kelapa sawit Tenera A I sahaja B I dan II sahaja C I dan III sahaja D I, II, dan III 27 Antara berikut, yang manakah variasi selanjar yang terdapat pada manusia ? I Lebar bahu II Warna kulit III Kumpulan darah A I sahaja B III sahaja C I dan II sahaja D I, II, dan III 28 Antara berikut, yang manakah menunjukkan kandungan kromosom ovum manusia ? I 22 + X II 22 + Y III 22 + XY A I sahaja B III sahaja C I dan II sahaja D II dan III sahaja 29 Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan pengklonan ? I Merupakan hasil kacukan daripada dua induk II Pokok yang mempunyai ciri-ciri yang baik dapat dipilih sebagai klon III Melibatkan pembiakan vegetatif A I sahaja B III sahaja C I dan II sahaja D II dan III sahaja

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tingkatan 4

4-7

Bank Soalan BPS

30 Antara berikut, yang manakah akan menentukan jantina seseorang ? I Kromosom seks ovum II Kromosom seks sperma III Bilangan kromosom seks yang diterima A I sahaja B II sahaja C I dan II sahaja D II dan III sahaja Soalan Struktur 1

proses P

Rajah 1 Kejadian dalam Rajah 1 di atas berlaku pada tempoh masa yang sama dalam sistem pembiakan seorang wanita. Embrio M dan N terbentuk. (a) Apakah gelaran yang diberi kepada bayi-bayi yang berkembang daripada embrio M dan N ? ______________________________________________________________________________ (b) Namakan proses P. ______________________________________________________________________________ (c) Nyatakan kesemua pasangan jantina yang mungkin pada bayi-bayi yang dilahirkan. ______________________________________________________________________________ (d) (i) Jika kedua-dua ovum disenyawakan oleh kedua-dua sperma pembawa kromosom seks X, apakah jantina kedua-dua bayi tersebut ? _____________________________________ ______________________________________ (ii) Berikan kandungan kromosom bagi kedua-dua bayi di (d)(i). ___________________________________________________________________________ [7 markah]
Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tingkatan 4

4-8

Bank Soalan BPS

Suami 44 + XY

Isteri 44 + XX

Proses P

22 + X

22 + Y

a (i)

a (ii)

a (iii)

a (iv) Rajah 2

a (v)

a (vi)

Rajah 2 menunjukkan penentuan seks pada manusia. (a) Lengkapkan Rajah 2. (b) Namakan proses P yang berlaku. ______________________________________________________________________________ (c) Berapakah kebarangkalian bagi pasangan suami isteri mendapat anak lelaki ? ______________________________________________________________________________ (d) Jika suami mengalami kecacatan hemofilia, berapakah peratusan daripada anaknya yang mungkin menghidap penyakit yang sama ? _____________________________________________________________________________ _ [6 markah] Soalan Esei 1 (a) Berikan empat perbezaan di antara mitosis dan meiosis. (b) Pindah silang berlaku semasa meiosis. (i) Lukis rajah yang sesuai untuk menggambarkan kejadian pindah silang. (ii) Terangkan kesan kejadian pindah silang ke atas zuriat yang dihasilkan. (c) (i) Bagaimanakah Sindrom Down berlaku ? (ii) Berikan satu sifat seseorang yang mempunyai Sindrom Down [4 markah] [4markah] [2 markah]

(a) Dengan melukis rajah skema, terangkan bagaimana sifat buta warna diperturunkan daripada seorang bapa yang normal dan ibu pembawa. [5 markah] (b) Berikan dua faktor yang menyebabkan mutasi berlaku pada manusia. [2 markah] (c) Penyelidikan genetik dalam pertanian boleh menghasilkan baka yang lebih baik. Terangkan dengan contoh-contoh yang sesuai. [3 markah]
Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tingkatan 4

4-9

Bank Soalan BPS

JAWAPAN BAB 4 Soalan Objektif 1D 6D 11 B 16 B 21 D 26 D Soalan Struktur 1 (a) Kembar tak seiras (b) Mitosis (c) Perempuan dan perempuan; lelaki dan lelaki; lelaki dan perempuan (d) (i) Perempuan (ii) 44 + XX 2 (a) (i) 22 + Y (ii) 22 + X (iii) 44 + XX (iv) 44 + XX (v) 44 + XY (vi) 44 + XY 2B 7C 12 A 17 A 22 B 27 C 3A 8C 13 A 18 A 23 C 28 A 4D 9A 14 B 19 D 24 C 29 D 5C 10 A 15 D 20 A 25 C 30 B

(b) (c)

Meiosis 50%
(d) 0%

Soalan Esei 1 (a) Mitosis 1. Satu sel induk menghasilkan dua sel anak 2. Berlaku dalam sel soma 3. Sel induk membahagi sekali 4. Bilangan kromosom sel anak sama dengan bilangan kromosom sel induk Meiosis Satu sel induk menghasilkan empat sel anak Berlaku dalam organ pembiakan Sel induk membahagi dua kali Bilangan kromosom sel anak adalah separuh bilangan kromosom sel induk

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tingkatan 4

4 - 10

Bank Soalan BPS

(b) (i)

sepasang kromosom homolog

kromatid-kromatid bersilang, putus, dan bersambung semula

pindah silang telah berlaku

(ii) Pindah silang menyebabkan kandungan genetik setiap gamet berbeza di antara satu sama lain.Oleh itu, zuriat yang dihasilkan mempunyai variasi genetik. (c) (i) Sindrom Down berlaku apabila zigot mempunyai 47 kromosom (kelebihan satu kromosom) akibat daripada persenyawaan ovum yang membawa 24 kromosom (ovum yang mengalami mutasi). (ii) Terencat akal/Pertumbuhan terbantut/Mata serong/Anggota badan yang pendek. 2 (a)
bapa normal ibu pembawa

X Y

X
meiosis

X X c

meiosis

gamet

c X

gamet

persenyawaan
X X X X c X Y

c X Y

persenyawaan

anak perempuan normal

anak perempuan pembawa

anak lelaki normal

anak lelaki buta warna

Petunjuk

c X

: gen buta warna

Anak lelaki mempunyai kebarangkalian 50% mengalami buta warna. Anak perempuan adalah normal tetapi mempunyai kebarangkalian 50% sebagai pembawa gen buta warna. Terangkan berdasarkan rajah skema dan nota di atas. (b) 1. Termakan bahan kimia berbahaya seperti dadah dan pestisid. 2. Terdedah kepada sinaran radioaktif (terutamanya sinaran gama).

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tingkatan 4

4 - 11

Bank Soalan BPS

(c) Penyelidikan genetik dalam pertanian menghasilkan kacukan spesies tumbuhan dan haiwan yang mendatangkan hasil produktiviti yang lebih tinggi seperti : 1. Padi MR 106 lebih banyak hasil 2. Jagung Masmadu lebih manis, tongkol lebih besar 3. Kelapa sawit jenis Tenera lebih banyak hasil minyak 4. Ayam Leghorn lebih banyak telur 5. Biri-biri Malin-X lebih cepat matang, daging dan bulu yang berkualiti tinggi 6. Selembu lebih banyak daging, lebih cepat membiak Penyelidikan genetik masa kini juga menghasilkan biji benih yang lebih tahan serangan penyakit dengan memutasikan biji benih melalui sinaran radioaktif. Contohnya buah tomato (di Malaysia).

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tingkatan 4

4 - 12

Bank Soalan BPS

You might also like