You are on page 1of 20

TEKS UCAPAN YB DATUK SERI NOH BIN OMAR MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI SEMPENA MAJLIS

AMANAT TAHUN BARU DI DEWAN SERBAGUNA KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI, WISMA TANI, PUTRAJAYA ISNIN - 10 JANUARI 2011 WAKTU KETIBAAN - JAM 9.00 PAGI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia Saudara/ri Pengacara Majlis Yang Berhormat Dato Wira Johari Baharom Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Yang Behormat Chua Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Yang Berbahagia Datuk Haji Hashim Abdullah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industrib Asas Tani Yang Berbahagia Dato Dr Baharom Bin Jani Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Yang Berbahagia Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan
1

Yang Berbahagia Kementerian

Ketua-ketua

Jabatan

dan

Agensi

Para pegawai Kanan Kementerian Sahabat-sahabat media Tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari para pegawai dan kakitangan Kementerian, jabatan dan agensi sekelian.....

1.

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang

telah merahmati negara ini dengan nikmat keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan. Dengan nikmat itu juga rakyat berbilang kaum di negara ini dapat hidup dengan penuh harmoni dan bersatu padu. 2. Hari ini kita sudah pun melewati tahun 2011, namun

izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua hadirin sekelian. Adalah menjadi harapan kita semua agar tahun 2011 ini keamanan dan keharmonian hidup yang kita kecapi selama akan berterusan. Kita tinggalkan tahun 2010 dengan penuh kenangan dan bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula, penganjuran MAHA International 2010 yang telah mendapat
2

sambutan yang diluar dugaan daripada para pengunjung adalah kejayaan yang paling membanggakan sebelum kita menutup kalendar 2010. Tahniah kepada semua warga kementerian, jabatan dan agensi yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan MAHA. Semoga kejayaan ini akan memperkuatkan lagi keazaman dan semangat kita semua untuk meneruskan visi dan misi kementerian demi untuk meningkatkan pencapaian sektor pertanian makanan di negara ini.

Tahun 2011amat penting bagi Kementerian ini kerana selain daripada bermulanya Rancangan Malaysia Ke Sepuluh sektor pertanian negara akan kita perkasakan lagi dengan pengenalan Dasar Pertanian Negara ke 4 atau Dasar Agro Makanan Negara.
BAJET 2011 Hadirin sekelian

Sebagai kelangsungan dari RMK-9, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menetapkan satu lagi mercu tanda bersejarah dalam usaha melaksanakan misi penting kearah mencapai Negara maju dan berpendapatan tinggi sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020.
3

Maka dengan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sendiri bagi tempoh dua tahun (2011-2012) di bawah RMK-10, memperuntukkan sebanyak RM608 juta bagi tahun 2011 untuk Perbelanjaan Pembangunan iaitu sebahagian daripada RM1.498 bilion yang diperuntukkan daripada siling pembangunan. Tahun 2011 merupakan titik tolak pelaksanaan kebanyakan program dan projek Kementerian iaitu projek-projek pembangunan utama di bawah MOA seperti :i. meningkatkan Infrastruktur IADA Ketara bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi melalui pembinaan Empangan Paya Peda, Terengganu dengan peruntukan RM150 juta ; menyediakan kemudahan pinjaman bagi menggalakkan penglibatan dalam aktiviti pengeluaran makanan melalui peruntukan sebanyak RM120 juta kepada TEKUN ; membangunkan modal insan dalam sektor pertanian melalui pembinaan Kolej Pertanian Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM70 juta ; meneruskan pelaksanaan Zon Industri Akuakultur (ZIA) di Kediak, Merchong, dan Pulau Permatang Pauh di Pahang, Bukit Baka di Kelantan, Gelami Lemi di Negeri Sembilan dan Setiu di Terengganu. Melalui projek ZIA rantaian nilai bagi pengeluaran produk akuakultur daripada bidang pembenihan,
4

ii.

iii.

iv.

pengeluaran, pemprosesan, pemasaran domestik dan global akan dikukuhkan ; v. membina Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan di Semenyih, Selangor dengan peruntukan sebanyak RM15.72 juta ; melaksanakan projek-projek kecil pertanian di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) dengan peruntukan sebanyak RM13.2 juta. Projek-projek ini adalah untuk memenuhi keperluan golongan sasar pada peringkat akar umbi ; dan membina Makmal Diagnostik Bersepadu di Besut, Terengganu sebanyak RM10 juta bagi meningkatkan kawalan penyakit dan perosak tanaman.

vi.

vii.

Di samping itu, MOA juga akan disediakan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion dalam tempoh 2 tahun (2011-2012) di bawah RMK10 daripada EPU bagi pelaksanaan NKEA Pertanian. Daripada jumlah tersebut, RM821.4juta diperuntukkan pada tahun 2011 bagi melaksanakan 11 projek seperti berikut :
i.

Membangunkan Zon Akuakultur Bersepadu berskala besar di Pitas, Sungai Telaga, dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak yang menepati piawaian untuk menghasilkan produk berkualiti dengan peruntukan sebanyak RM252.6 juta ;
5

ii.

Meningkatkan produktiviti pengeluaran padi di kawasan jelapang dengan peruntukan sebanyak RM135.9 juta bagi penyediaan prasarana pengairan dan saliran ; Meningkatkan produktiviti pengeluaran padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Muda, Kedah dengan peruntukan sebanyak RM89.8 juta untuk meningkatkan pengurusan sawah dan menaik taraf sistem pengairan ; Meningkatkan integrasi ternakan dengan tanaman kelapa sawit dengan peruntukan sebanyak RM84 juta ; Menggalakkan jalinan kerjasama di antara pengeluar buah-buahan dan sayur-sayuran berskala kecil dengan syarikat peneraju dengan disediakan peruntukan sebanyak RM80.1 juta ; Melaksanakan projek penternakan ikan dalam sangkar secara bersepadu dengan menggunakan teknologi baru seperti HDPE polar circle cages sebanyak RM47.3 juta ; Membangunkan produk herba bernilai tinggi melalui penjenamaan RAMUAN. Peruntukan sebanyak RM73.4 juta disediakan bagi membangunkan produk nutraceuticals dan botanical drugs serta menggalakkan petani menanam jenis-jenis herba yang dikenal pasti ;

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

Membangunkan kluster tenusu bagi meningkatkan pengeluaran tenusu untuk menyokong program pemberian susu kepada pelajar sekolah dengan peruntukan sebanyak RM32 juta ; Menggalakkan petani menceburi industri sarang burung walit yang merupakan produk bernilai tinggi dengan peruntukan sebanyak RM5.8 juta ; Membangunkan industri benih dengan penubuhan Pusat Pengesahan dan Marker Discovery untuk menggalakkan pengeluaran benih berkualiti melalui penggunaan teknologi dan inovasi dengan peruntukan sebanyak RM5.5 juta ; dan

ix.

x.

Manakala MOA memperuntukkan sebanyak RM2.77 bilion bagi Perbelanjaan Mengurus (2011). Daripada RM2.77 bilion perbelanjaan mengurus, sebanyak RM1.2 bilion disediakan bagi meningkatkan pengeluaran padi negara yang melibatkan bantuan kepada pesawah padi iaitu : Subsidi Baja (RM275 juta), Subsidi Harga Padi (RM448 juta), Subsidi Benih Padi Sah (RM85 juta), Insentif Pengeluaran Padi (RM150 juta) Insentif Peningkatan Hasil Padi (RM40 juta) Subsidi Harga Beras (RM400 juta).

Manakala bagi membantu mengurangkan beban nelayan, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM206 juta disediakan bagi insentif hasil tangkapan nelayan. Kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan

kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih baik dari semasa ke semasa. Sebagai salah satu ramai mekanisme mendapat untuk mempelbagaikan termasuklah saluran melalui penyampaian perkhidmatan bagi memudahkan orang perkhidmatan Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). 19. Saya berharap agar Pelancaran Komuniti Rakan Agro pada 5 Disember tahun lepas dapat meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan seterusnya memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kementerian atau Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian ini melalui satu nombor yang sama iaitu 15888 dan memastikan caj SMS yang dikenakan kepada pengguna adalah seragam dan munasabah. 20. Sehingga minggu lepas, saya dimaklumkan keahlian Komuniti Rakan Agro adalah seramai lebih kurang 24,000 orang dan saya harap ia terus mencapai sasaran sehingga sejuta keahlian pada penghujung tahun ini.
8

Sehubungan

itu,

promosi

dan

publisiti

perlulah

dipergiatkan dengan lebih kerap pada setiap masa bagi mencapai sasaran tersebut. Ini kerana, terdapat banyak kelebihan yang diperolehi oleh golongan sasar kita sebagai ahli Komuniti Rakan Agro seperti menerima informasi hebahan atau makluman dan jemputan menyertai aktiviti-aktiviti anjuran Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian ini serta mendapat maklumat terkini mengenai amaran penyakit berjangkit yang berkaitan selain membolehkan mereka mengiklankan produk berkaitan ke dalam portal Rakan Agro secara percuma.

PENUTUP 21. Kejayaan dalam mencapai hala tuju Kementerian

memerlukan sokongan padu semua pihak. Saya menyeru kepada semua kakitangan Kementerian, Jabatan dan Agensi ini agar memberi tumpuan dan berperanan sebagai pemudah cara agar struktur baru di bawah kepimpinan YBhg Dato Mohd Hashim Abdullah selaku Ketua Setiausaha Kementerian yang baru ini dapat meneruskan aspirasi Kementerian.

PRESTASI PENCAPAIAN TAHUN 2010 9. Pada suku ketiga tahun 2010, sektor pertanian telah menyumbang sebanyak RM11.0 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), iaitu peningkatan sebanyak 2.7% berbanding suku yang sama pada tahun 2009. Daripada keseluruhan jumlah nilai ditambah, sektor agro makanan telah menyumbang sebanyak RM5.3 bilion iaitu 47.8% daripada nilai sektor pertanian. Subsektor tanaman makanan, ternakan dan perikanan masing-masing turut mencatat pertumbuhan positif, iaitu 8.0% (RM1.9 bilion), 10.9% (RM1.2 bilion) dan 7.5% (RM2.1 bilion). Nilai eksport bahan makanan bagi tempoh Januari September 2010 adalah sebanyak RM13.1 bilion iaitu peningkatan sebanyak 13.8% berbanding pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. Antara kumpulan komoditi makanan yang menunjukkan peningkatan termasuk gula, sediaan gula dan madu iaitu sebanyak 73.2%, kopi, koko,teh, rempah dan keluarannya 35.6% serta ikan, krustasea, moluska, dan sediaannya 18.8%.

10.

11.

MALAYSIA AGRICULTURE QUARANTINE & INSPECTION SERVICE (MAQIS) 12. Saya difahamkan bahawa arahan telah dikeluarkan supaya MAQIS beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2011 meskipun ia tidak dapat dilaksanakan secara total berikutan Rang Undang-undang bacaan kali kedua dan ketiga hanya dapat dibacakan pada Sidang Parlimen Mac akan datang. Apa yang membanggakan, tahun lepas sahaja MAQIS telah berjaya melakukan pemeriksaan 868,291 konsainan kargo import dan 79,387,004 bagasi penumpang. Sebanyak 13,808 kes tahanan telah dibuat yang mana bahan tahanan telah dirampas, dimusnah dan dilupuskan mengikut Akta Jabatan dan Agensi yang sedang berkuatkuasa. Diantaranya, MAQIS telah memusnahkan sebanyak 209,187 kg dengan nilai rampasan RM 558,463.96 konsainan buah mangga melalui laluan penumpang darat, laut dan udara di semua pintu masuk. Sebanyak 96 ekor Ikan Kelisa (Arowana) telah ditahan melalui Terminal Penumpang, KLIA Sepang dan dan ikan telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut. Kes terkini melibatkan 2 ekor ikan Arowana yang dibawa oleh penumpang dari Vietnam pada 2 Januari 2011 di KLIA. Pesalah telah direman selama 2 hari dan dikenakan denda sebanyak RM 2,000.00 di bawah Akta Perikanan 1985. Sebanyak 145,019 ekor haiwan telah dikuarantin di Stesen-stesen Kuarantin Haiwan manakala 43,773 permit ikan hidup telah diproses dan diluluskan.
10

13.

14.

15.

Saya percaya apabila Akta MAQIS telah diwartakan dan dikuatkuasakan pada tahun ini, perkhidmatan pemeriksaan, kuarantin dan penguatkuasaan terhadap tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma di pintu-pintu masuk, dapat berjalan dengan lebih cekap, tersusun dan berkesan seterusnya keselamatan Negara dapat ditingkatkan dari segi pengawalan kemasukan perosak dan penyakit berbahaya.

TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM (TAMAN PERTANIAN MALAYSIA BUKIT CAHAYA SERI ALAM) 16. Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) yang dahulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam pada tahun ini (selaras dengan keputusan Kabinet pada tahun 2007), dibangunkan bertujuan sebagai pusat kecemerlangan negara dalam bidang pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan botani, hortikultur, pertanian serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. Saya difahamkan taman rekreasi ini telah menerima peningkatan pengunjung dari 112,986 orang dalam tahun 2006 ke 316,014 orang sehingga tahun lepas berikutan TBNSA menyediakan tempat penyelidikan dan pameran pertanian, pelbagai kemudahan penginapan, tempat berkursus-team building-tapak hari keluarga-majlis-majlis dan lokasi penggambaran filem, aktiviti rekreasi, kemudahan awam dan Pasar Tani Agropelancongan. Saya berharap agar TBNSA dapat diberikan perhatian sewajarnya memandangkan TBNSA sekarang bergantung pada jualan tiket dan sewaan untuk membiayai penyelenggaraan infrastruktur sedia ada. Promosi perlu dibuat termasuklah promosi dalaman di peringkat Kementerian sendiri amat diperlukan untuk menjadikan TBNSA sebagai lokasi berkursus, lawatan dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada Akaun Amanah. Saya juga menggalakkan agar kolej-kolej dan institut pertanian untuk menjadikan TBNSA sebagai salah sebuah tempat praktikal kerana terdapatnya tempat praktikal untuk pelajar-pelajar jurusan pertanian di sini.

17.

17.

PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYAMPAIAN MOA 18.

11

INPUT BAGI PENYEDIAAN TEKS AMANAT TAHUN BARU YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI STATUS PENCAPAIAN A. PRESTASI SEKTOR PERTANIAN Pada suku ketiga tahun 2010, sektor pertanian telah menyumbang sebanyak RM11.0 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), iaitu peningkatan sebanyak 2.7% berbanding suku yang sama pada tahun 2009. Daripada keseluruhan jumlah nilai ditambah, sektor agro makanan telah menyumbang sebanyak RM5.3 bilion iaitu 47.8% daripada nilai sektor pertanian. Subsektor tanaman makanan, ternakan dan perikanan masing-masing turut mencatat pertumbuhan positif, iaitu 8.0% (RM1.9 bilion), 10.9% (RM1.2 bilion) dan 7.5% (RM2.1 bilion). Nilai eksport bahan makanan bagi tempoh Januari September 2010 adalah sebanyak RM13.1 bilion iaitu peningkatan sebanyak 13.8% berbanding pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. Antara kumpulan komoditi makanan yang menunjukkan peningkatan termasuk gula,sediaan gula dan madu iaitu sebanyak 73.2%, kopi, koko,teh, rempah dan keluarannya 35.6% serta ikan, krustasea, moluska, dan sediaannya 18.8%.

B.

PRESTASI RMK-9

Sehingga 31 Disember 2010, prestasi perbelanjaan siling peruntukan RMK-9 (2006-2010) mengikut Jabatan Akauntan Negara Malaysia adalah sebanyak RM9,738,772,955 iaitu yang diterima. 94.1% daripada keseluruhan siling

12

PERANCANGAN TAHUN 2011

Untuk tempoh dua tahun (2011-2012) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) diperuntukkan siling pembangunan sebanyak RM1.498 bilion. Bagi tahun 2011, MOA memperuntukkan sebanyak RM0.608 bilion untuk Perbelanjaan Pembangunan. Di antara projek-projek pembangunan utama di bawah MOA adalah seperti berikut:-

xi.

meningkatkan Infrastruktur IADA Ketara bagi meningkatkan

produktiviti pengeluaran padi melalui pembinaan Empangan Paya Peda, Terengganu dengan peruntukan RM150 juta ;

xii.

menyediakan dalam

kemudahan aktiviti

pinjaman pengeluaran

bagi

menggalakkan melalui

penglibatan

makanan

peruntukan sebanyak RM120 juta kepada TEKUN ;

xiii.

membangunkan modal insan dalam sektor pertanian melalui

pembinaan Kolej Pertanian Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM70 juta ;

xiv.

meneruskan pelaksanaan Zon Industri Akuakultur (ZIA) di Kediak,

Merchong, dan Pulau Permatang Pauh di Pahang, Bukit Baka di Kelantan, Gelami Lemi di Negeri Sembilan dan Setiu di Terengganu. Melalui projek ZIA rantaian nilai bagi pengeluaran produk akuakultur daripada bidang pembenihan, pengeluaran, pemprosesan, pemasaran domestik dan global akan dikukuhkan ;

xv.

membina Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa

Hadapan di Semenyih, Selangor dengan peruntukan sebanyak RM15.72 juta ;

13

xvi.

melaksanakan projek-projek kecil pertanian di bawah Majlis Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) dengan

Pembangunan

peruntukan sebanyak RM13.2 juta. Projek-projek ini adalah untuk memenuhi keperluan golongan sasar pada peringkat akar umbi ; dan

xvii.

membina Makmal Diagnostik Bersepadu di Besut, Terengganu

sebanyak RM10 juta bagi meningkatkan kawalan penyakit dan perosak tanaman.

Di samping itu, MOA juga akan disediakan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion dalam tempoh 2 tahun (2011-2012) di bawah RMK10 daripada EPU bagi pelaksanaan NKEA Pertanian. Daripada jumlah tersebut, RM821.4juta diperuntukkan pada tahun 2011 bagi melaksanakan 11 projek seperti berikut :

i.

Membangunkan Zon Akuakultur Bersepadu berskala besar di

Pitas, Sungai Telaga, dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak yang menepati piawaian untuk menghasilkan RM252.6 juta ; produk berkualiti dengan peruntukan sebanyak

ii.

Meningkatkan dengan

produktiviti peruntukan

pengeluaran sebanyak

padi

di

kawasan juta bagi

jelapang

RM135.9

penyediaan prasarana pengairan dan saliran ;

iii.

Meningkatkan

produktiviti

pengeluaran padi di Kawasan

Pembangunan Pertanian Muda, Kedah dengan peruntukan sebanyak


14

RM89.8 juta untuk meningkatkan pengurusan sawah dan menaik taraf sistem pengairan ;

iv.

Meningkatkan integrasi ternakan dengan tanaman kelapa

sawit dengan peruntukan sebanyak RM84 juta ;

v.

Menggalakkan jalinan kerjasama di antara pengeluar buah-

buahan dan sayur-sayuran berskala kecil dengan syarikat peneraju dengan disediakan peruntukan sebanyak RM80.1 juta ;

vi.

Melaksanakan projek penternakan ikan dalam sangkar secara

bersepadu dengan menggunakan teknologi baru seperti HDPE polar circle cages sebanyak RM47.3 juta ;

vii.

Membangunkan bagi

produk

herba

bernilai sebanyak

tinggi

melalui juta dan

penjenamaan disediakan

RAMUAN.

Peruntukan

RM73.4

membangunkan

produk

nutraceuticals

botanical drugs serta menggalakkan petani menanam jenis-jenis herba yang dikenal pasti ;

viii.

Membangunkan

kluster

tenusu

bagi

meningkatkan RM32 juta ;

pengeluaran tenusu untuk menyokong program pemberian susu kepada pelajar sekolah dengan peruntukan sebanyak

ix. yang

Menggalakkan petani menceburi industri sarang burung walit merupakan produk bernilai tinggi dengan peruntukan

sebanyak RM5.8 juta ;

x.

Membangunkan industri benih dengan penubuhan Pusat dan Marker Discovery untuk menggalakkan
15

Pengesahan

pengeluaran benih berkualiti melalui penggunaan teknologi dan inovasi dengan peruntukan sebanyak RM5.5 juta ; dan

Manakala

MOA

memperuntukkan

sebanyak

RM2.77

bilion

bagi

Perbelanjaan Mengurus (2011). Daripada RM2.77 bilion perbelanjaan mengurus, sebanyak RM1.2 bilion disediakan bagi meningkatkan

pengeluaran padi negara yang melibatkan bantuan kepada pesawah padi iaitu : Subsidi Baja (RM275 juta), Subsidi Harga Padi (RM448 juta), Subsidi Benih Padi Sah (RM85 juta), Insentif Pengeluaran Padi (RM150 juta) Insentif Peningkatan Hasil Padi (RM40 juta) Subsidi Harga Beras (RM400 juta).

Manakala bagi membantu mengurangkan beban nelayan, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM206 juta disediakan bagi insentif hasil tangkapan nelayan. INPUT SEMPENA MAJLIS AMANAT TAHUN BARU YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI Cawangan Pengurusan Sumber Manusia 1. Pengukuhan Struktur Organisasi Pengukuhan Struktur Organisasi di beri keutamaan supaya

MOA/Jabatan/Agensi mempunyai struktur organisasi dan perjawatan yang sesuai untuk di laksanakan. Kelulusan permohonan dengan mewujudkan 32 jawatan pembantu perikanan gred G17 secara tukar ganti dengan 32 jawatan serang (pembantu laut), Gred A17, di Bahagian Perlesenan dan Pengurusan Sumber (PSS) di Jabatan Perikanan Malaysia telah dilaksanakan. Di bawah rasionalisasikan
16

Jabatan Perikanan Malaysia empat Kumpulan Kerja telah dirancang dan di ambil alih iaitu Kumpulan Kerja Akuakultur- Jabatan Perikanan, Kumpulan Kerja Pemprosesan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kumpulan Kerja Pengurusan Sumber - Jabatan Perikanan dan Kumpulan Kerja Pemasaran - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

2.

Penubuhan MAQIS Selaras dengan penubuhan MAQIS sebagai salah satu bahagian bagi penyediaan perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan di barisan hadapan di mana, ia melibatkan penggabungan tugas penguatkuasaan kuarantin dan pemeriksaan dari pelbagai agensi di pintu masuk utama Negara supaya segala urusan dapat dilaksanakan dengan lebih bersepadu, teratur, cekap, cepat dan berkesan di bawah satu bumbung di wujudkan secara trade-off .

3.

Pembangunan Modal Insan Selaras dengan penekanan RMK 9 terhadap pembangunan modal insan yang lebih kreatif, inovatif dan berintegriti, Kementerian telah melaksanakan pelbagai program latihan bagi memantapkan modal insan. Bagi tahun 2010, sebanyak 28 siri kursus pembangunan modal insan telah dilaksanakan di mana seramai 1390 pegawai Kementerian, Jabatan Agensi telah menghadiri kursus tersebut. Kementerian juga telah menaik taraf Institut Pengurusan Veterinar (IPV) di Cheras sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan MOA agar segala program dan aktiviti berkaitan program pembangunan modal insan berjalan lancar. Oleh itu, pelaksanaan kursus pembangunan modal ini akan diteruskan lagi pada tahun 2011 dalam membangunkan potensi serta meningkatkan profesionalisme pegawai Kementerian. Selain itu, program team-building bagi tahun 2011 juga akan di pertingkatkan bagi mewujudkan semangat berpasukan dan kekitaan di kalangan pegawai Kementerian. Program-program sebegini amat penting bagi mendorong perpaduan dan persefahaman pekerja ke arah kecemerlangan organisasi. Di samping itu, program mentoring dan coaching juga telah dilaksanakan bagi meningkatkan pembangunan modal insan di kalangan warga MOA khususnya bagi pegawai yang baru dilantik
17

dan dinaikkan pangkat. Bagi tahun 2010 melibatkan 13 orang mentor dan 25 orang mentee. Selain itu juga peranan Ahli Pembimbing Rakan Sekerja (AKRAB) turut di perkukuhkan di peringkat Kementerian di mana mereka merupa medium unit pengurusan psikologi PSM dalam membantu meningkatkan kendiri rakan sekerja. Program Psikologi yang telah di jalankan sepanjang 2010 seperti ceramah motivasi, intervensi dan program peningkatan kendiri adalah berdasarkan keperluan psikologi semasa warga kementerian. Secara umumnya objektif program yang dilaksanakan oleh Unit Psikologi adalah ke arah kesejahteraan minda, emosi serta tingkah-laku warga MOA ke arah mencapai kecemerlangan Minda Kelas Pertama.

4. Penambahbaikan kriteria pemilihan kakitangan lantikan baru 2010 Bagi pengambilan baru tahun 2010 bagi Sokongan 3 pendekatan baru telah di laksanakan dengan menggunakan pelbagai Tools Assesment. Diantaranya ialah ujian bertulis undang-undang jalan raya, ujian mata, ujian psikologi dan ujian urine bersama AADK. Bagi pengambilan 2011 ujian saringan terhadap calon-calon akan di perketatkan kerana bagi mengurangkan masalah displin pegawai lantikan baru seperti ujian Indeks Personaliti.

5.

Pengukuhan nilai-nilai murni Nilai-nilai murni adalah teras dan tonggak kepada keutuhan integriti dan kemuliaan akhlak pegawai. Oleh itu, program-program nilai murni sama ada yang dilaksanakan dibuat Modul Renungan Nilai Islam satu nilai murni sewajarnya menjadi program utama yang disertai oleh pegawai dalam meningkatkan pengamalan nilai murni, berintegriti sekali gus mengatasi masalah dan isu disiplin.

6.

Pelaksanaan Modul HRMIS Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia telah dilaksanakan bagi membantu pihak pengurusan membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat melalui penggunaan ICT. Modul dan submodul yang telah dilaksanakan ialah Pengurusan Prestasi,
18

Pengurusan Cuti, Pengurusan Saraan, Penamatan Perkhidmatan, Rekod Peribadi dan Perisytiharan Harta, Perjawatan dan MBJ. Submodul yang akan dilaksanakan ialah Program Pembangunan Kompetensi, dan Perkhidmatan Kaunseling. Terkini, sistem ini boleh diakses menggunakan talian Internet yang membenarkan pemilik kompetensi membuat capaian dari mana-mana dan pada bila-bila masa.

7.

Pusingan Kerja bagi jawatan sensitif Pusingan kerja bagi jawatan sensitif akan dilaksanakan selaras dengan arahan JPA bertujuan untuk mengurangkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai/ kakitangan MOA. Sebanyak 4 pusingan kerja bagi tahun 2010 telah dilaksanakan. Ketua Jabatan adalah dipohon untuk memantau pegawai/ kakitangan yang telah berada melebihi 3 tahun di satu-satu jawatan sensitif dan melaksanakan urusan ini dari masa ke semasa.

8.

Penghargaan dan pengiktirafan Sebagai menghargai warga MOA yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam perkhidmatan awam dan juga yang akan bersara akan diraikan oleh KSU dalam satu majlis ringkas. Bagi tahun 2010 seramai 5 orang pegawai dan kakitangan telah menerima darjah kebesaran dan Pencalonan darjah kebesaran dan bintang, dan pencalonan ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Pemilihan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) akan terus laksanakan berdasarkan kepada penilaian berterusan dan akan turut diberikan insentif kepada warga MOA yang menerima APC sebanyak 3 kali berturut-turut.

Sehubungan itu, sewajarnya kesempatan yang ada pada pagi ini kita gunakan untuk menyorot dan menilai sejauh mana pencapaian program-program dan projek-projek yang telah kita rancang tahun lalu telah dapat dilaksanakan dan segala usaha yang telah kita lakukan selama ini dalam mentransformasikan dan memperkasakan sektor agro makanan. 3. Setakat ini, sehingga 31 Disember 2010 prestasi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah mencapai 94.1% daripada jumlah keseluruhan siling peruntukan yang diterima (2006-2010) mengikut Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu sebanyak RM9,738,772,955.

19

20

You might also like