You are on page 1of 10

LANGKAH-LANGKAH

Menyediakan Microsoft Word 1. Buka document baharu dalam Microsoft Word dalam komputer anda. 2. Taipkan soalan-soalan yang ingin anda masukkan dalam web page. Contoh:
Beberapa batang pokok manggis di datuk berbuah ________ Ibu menyapu daun-daun yang _____ itu. kebun

Menyediakan butang Developer dalam Ribbon Toolbar Microsoft Word. 1. Klik butang File yang terletak di sebelah atas kiri komputer anda. 2. Kemudian, klik masuk ke butang Option. 3. Cari butang Custumize Ribbon dalam ruangan ini dan klik. 4. Seterusnya, pada bahagian kotak kanan, klik tanda untuk kotak Developer dan tekan Ok.

Menghasilkan aktiviti. 1. Letakkan kursor pada ruangan kosong untuk jawapan soalan anda. 2. Klik pada tab Developer dan tekan pilihan Combo Box Content dalam ruangan Control. 3. Kotak yang berbentuk Choose an item akan keluar di hadapan tempat kosong soalan. 4. Seterusnya, klik pilihan Properties dalam ruangan kontrol dan tekan butang add untuk menambah pilihan jawapan yang anda ingin masukkan. Tekan ok selepas selesai.

Menyimpan aktiviti dalam bentuk web page. 1. Pastikan semua soalan telah siap disertakan dengan pilihan jawapan. 2. Masuk dalam tab File dan tekan pilihan menyimpan save as. Kotak save as akan keluar dan tekan butang save as type di bawah kotak. Pilih jenis web page html untuk menyimpan aktiviti anda. 3. Tekan butang save untuk menyimpan fail aktiviti anda dalam format web page html. 4. Cuba buka fail aktiviti anda semula untuk melihat keberkesanan langkah-langkah tersebut.

You might also like