You are on page 1of 1

Amalan Membaca

Membaca ialah amalan mulia. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang terdapat di negara kita seperti buku, majalah, akhbar, tabliod, risalah, jurnal dan sebagainya. Kewujudan pelbagai jenis bahan bacaan ini selaras perkembangan minat membaca dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada amalan membaca. Antaranya, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Amalan membaca perlu menjadi amalan kepada setiap individu kerana melalui amalan ini seseorang dapat menguasai pelbagai jenis ilmu.

Amalan membaca juga dapat melatih seseorang agar sentiasa berfikir. Dengan kata lain, dengan membaca seseorang akan menjadi celik minda kerana sering terdedah kepada perkembangan semasa. Jika kita malas membaca, kita seolah-olah membiarkan otak kita berehat tanpa melakukan aktiviti yang dapat merangsangnya.

Biasanya, seseorang yang gemar membaca dapat meningkatkan kemajuan dirinya dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mereka bukan sahaja berfikiran lebih matang malah cemerlang dalam peperiksaan.

Melalui pembacaan juga penguasaan bahasa seseorang akan bertambah baik.Bnayak buku yang diterbitkan dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris kita dapat memp ertingkatkan lagi penguasaan dalam keua-dua bahasa ini.

Kesimpulannya, amalan membaca membawa banyak kebaikan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan seperti cogan kata "Membaca Jambatan Ilmu". Masyarakat berilmu menjadi tonggak kemajuan sesebuah negara.

You might also like