You are on page 1of 10

BAB 1 PENYIASATAN SAINTIFIK

Soalan Objektif 1 Manakah antara pernyataan berikut menerangkan maksud sains dengan paling tepat? A Ilmu pengetahuan tentang alam sekeliling yang tersusun dan kian berkembang mengikut penemuan yang baru B Kajian angkasa lepas C Penerangan tentang pencemaran alam sekitar D Ciptaan alat yang semakin canggih

W : Membuat hipotesis X : Mengumpulkan data Y : Mengawal pemboleh ubah Z :Mengenal pasti masalah
W, X, Y, dan Z merupakan langkah-langkah yang terlibat dalam kaedah saintifik. Manakah merupakan turutan langkah yang betul? A Z, W, Y, X B W, Z, Y, X C Z, Y, W, X D Y, Z, W, X

Dalam proses sains, bagaimanakah hipotesis yang dibentuk dapat diuji? A Melakukan eksperimen B Mengenal pasti masalah C Membuat inferens D Membuat kesimpulan Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud hipotesis dengan paling tepat? A Hipotesis ialah suatu pernyataan tentang hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas B Hipotesis ialah suatu pernyataan mengenai penyiasatan yang kebenarannya telah dibuktikan C Hipotesis ialah keputusan suatu penyiasatan D Hipotesis ialah suatu tafsiran data yang dikumpulkan semasa penyiasatan Mengapakah penggunaan kaedah dan teknik harus dirancang sebelum memulakan suatu penyiasatan saintifik? A Untuk memastikan data yang dikumpulkan adalah lebih tepat B Untuk memudahkan pengumpulan data C Untuk mengumpulkan data dengan lebih cepat D Untuk menjalankan penyiasatan dengan mudah Semasa merancang untuk suatu penyiasatan saintifik, perkara berikut dilakukan kecuali A menyenaraikan semua bahan dan radas yang sesuai digunakan B menentukan cara mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan C memilih seberapa yang banyak pemboleh ubah yang dimanipulasikan D menentukan cara untuk mengumpulkan data

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

1-1

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

Soalan 7 dan 8 berdasarkan Rajah 1 di bawah.

7
benang

ladung

Y
Rajah 1

Dalam suatu eksperimen yang mengkaji perhubungan antara ayunan ladung dan panjang benang, yang manakah dipadankan dengan betul? Pemboleh ubah yang dimalarkan A Panjang tali ladung B Jisim ladung C Masa ayunan ladung D Bentuk ladung Pemboleh ubah yang dimanipulasikan Masa ayunan ladung Panjang tali ladung Bentuk ayunan Masa ayunan ladung

Semasa penyiasatan dijalankan, kita harus mengambil kira perkara-perkara yang berikut kecuali A mengambil sukatan sekali sahaja untuk menjimatkan masa B memastikan satu ayunan lengkap ialah dari X ke Y dan kembali ke X C memulakan jam randik selepas mengira dari 5, 4, 3, 2, 1, 0 D memastikan susunan radas tidak terganggu oleh tiupan angin Antara fenomena berikut, yang manakah bukan fenomena alam? A Berkelah di tepi pantai B Bulan mengeliling Bumi C Gempa bumi D Pasang surut lautan A B C D deria rasa deria sentuh deria penglihatan deria pendengaran

10 Penyiasatan saintifik biasanya melibatkan deria berikut, kecuali

11 Seorang pelajar hendak menyiasat bagaimana bahan berlainan mempengaruhi kadar pengembangan logam. Antara berikut, pemboleh ubah yang manakah tidak harus dimalarkan? A Tekanan atmosfera B Jenis bahan C Haba yang dibekalkan D Bentuk bahan

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

1-2

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

12 Antara pemboleh ubah berikut, yang manakah nilainya diperoleh melalui pemerhatian dalam suatu eksperimen? A Pemboleh ubah bergerak balas B Pemboleh ubah dimalarkan C Pemboleh ubah dimanipulasikan D Pemboleh ubah tidak bersandar 13

K L M N

: : : :

Tujuan Kesimpulan Keputusan Prosedur

Antara berikut, yang manakah ialah urutan langkah pelaporan eksperimen yang betul? A K, L, M, N B K, N, M, L C K, N, L, M D N, M, L, K 14
pemanjangan spring

daya

Rajah 2 Rajah 2 di atas menunjukkan keputusan eksperimen yang mengkaji kesan pemanjangan spring dengan perubahan daya yang dikenakan ke atas spring. Apakah inferens yang dapat dibuat? A Perubahan daya tidak memberi kesan ke atas pemanjangan spring B Perubahan daya berkadar terus dengan pemanjangan spring C Perubahan daya berkadar songsang dengan pemanjangan spring D Spring terputus apabila daya yang besar dikenakan 15
O P Q
K Lp M

silinder penyukat

Rajah 3

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

1-3

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

Rajah 3 menunjukkan bahan-bahan tenggelam timbul dalam cecair-cecair yang berbeza. Ketumpatan bahan-bahan disusun mengikut urutan ketumpatan yang semakin berkurang ialah A K, L, M, O, P, Q B Q, M, P, L, O, K C K, O, L, P, M, Q D O, P, Q, K, L, M

16 Perkara berikut mesti diperhatikan semasa suatu hipotesis dibuat, kecuali


A B C D 17 memberi cadangan penerangan yang selaras dengan beberapa prinsip sains mengubah data-data untuk menyokong hipotesis yang dibuat menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menerangkan sesuatu fenomena mungkin terdapat cara-cara lain untuk menerangkan suatu kejadian
laju laju

masa

Rajah 4 Graf dalam Rajah 4 di atas menunjukkan perubahan laju dengan masa bagi gerakan suatu objek. Apakah yang dapat diperhatikan tentang pergerakan objek itu? A Bergerak dengan kelajuan yang malar B Bergerak dengan pecutan yang sifar C Objek mengalami nyahpecutan D Kelajuan objek berubah-ubah

18 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang pemboleh ubah?


A B C D Pemboleh ubah yang dimanipulasikan merupakan pemboleh ubah tak bersandar Perubahan pemboleh ubah yang bergerak balas ditentukan oleh pemboleh ubah yang dimalarkan Pemboleh ubah yang bergerak balas merupakan data yang dikumpulkan hasil daripada aktiviti penyiasatan Pemboleh ubah yang dimalarkan ialah pemboleh ubah yang ditetapkan semasa menjalankan eksperimen

19 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan
penyiasatan saintifik? A Jujur B Bersistematik C Meniru data-data daripada kawan sekelas D Bertanggungjawab

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

1-4

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

20 Apakah langkah pertama yang harus dilakukan dalam sesuatu penyiasatan saintifik? A Mengawal pemboleh ubah B Mengenal pasti masalah C Membuat hipotesis D Membuat inferens 21 Antara berikut, yang manakah benar tentang sumbangan sains dalam kehidupan manusia? I Menjadikan kehidupan manusia lebih selesa II Membolehkan manusia berkomunikasi pada jarak jauh III Mengawal mutu hasil pertanian A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III 22 Antara berikut, langkah yang manakah terlibat dalam kaedah saintifik? I Mengumpulkan data II Mereka alat yang diperlukan III Membuat inferens A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I dan III sahaja D III sahaja 23 Langkah berikut dilakukan semasa mengumpul dan mentafsirkan data dalam suatu penyiasatan saintifik kecuali I data yang dikumpulkan boleh ditafsirkan dalam bentuk jadual II data yang direkodkan boleh dipersembahkan dalam histogram III sebarang data yang difikirkan salah harus disingkirkan A I sahaja B II sahaja C III sahaja D I dan II sahaja 24 Manakah antara yang berikut merupakan pernyataan hipotesis? I Kadar penyejatan air dipengaruhi oleh luas permukaan yang didedahkan II Semakin besar saiz balang gas, semakin lama lilin menyala dalam balang gas itu III Bumi adalah suatu planet dalam Sistem Suria A III sahaja B I dan II sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III 25 Semasa mengkaji kadar keterlarutan gula berlainan saiz dalam air, apakah pemboleh ubah yang harus dimalarkan? I Suhu air II Isi padu air yang digunakan III Masa untuk gula melarut dalam air A I sahaja B II sahaja C III sahaja D I dan II sahaja 1-5

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

26 Antara perkara berikut, yang manakah dilakukan oleh saintis sebagai kaedah saintifik? I Meramal II Memerhati III Mensyukuri A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III 27 Antara berikut, yang manakah merupakan sikap saintifik dan nilai murni? I Berfikir kritikal dan analitis II Rasional III Minat dan bersifat ingin tahu A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III 28
kadar tindak balas enzim suhu
0 10 20 30 40

Rajah 5 Rajah 5 di atas menunjukkan kadar tindak balas suatu enzim pada julat suhu yang berbeza. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat? I Suhu tidak menunjukkan kesan ke atas tindak balas enzim II Kadar tindak balas enzim semakin meningkat pada julat suhu 0 C 30 C III Kadar tindak balas menurun selepas suhu 30 C 40 C A I sahaja B I dan II sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III 29 Antara faktor berikut, yang manakah mempengaruhi ketumpatan sesuatu bahan? I Isi padu II Bentuk bahan III Luas permukaan A I sahaja B I dan II sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

1-6

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

30

M
minyak masak

N Rajah 6 Rajah 6 menunjukkan keputusan apabila dua bongkah M dan N dimasukkan ke dalam bikar yang berisi minyak masak. Antara berikut, yang manakah benar? I M adalah paling kurang tumpat II N adalah paling tumpat III Ketumpatan minyak masak lebih daripada ketumpatan M A I sahaja B I dan II sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III Soalan Struktur 1
kadar fotosintesis

suhu
0 10 20 30 40 50

Rajah 1 Rajah 1 di atas menunjukkan perubahan kadar fotosintesis sesuatu pokok dengan suhu. (a) Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan? (b) Apakah pemboleh ubah yang bergerak balas? (c) Berikan dua kesimpulan yang boleh dibuat daripada Rajah 1. (d) Selain suhu, cadangkan dua faktor lain yang mempengaruhi kadar fotosintesis. [6 markah] 2 Daya ( N ) Pemanjang spring (cm) 0 0 2 1.5 4 3.0 6 4.6 8 6.1 10 7.4 12 9.0

Jadual 1 Jadual 1 di atas menunjukkan keputusan yang diperoleh untuk mengkaji kesan daya ke atas pemanjangan spring. (a) Lakar satu graf pemanjangan spring melawan daya yang dikenakan. (b) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat? (c) Cadangkan dua pemboleh ubah yang perlu dimalarkan. (d) Ramalkan pemanjangan spring apabila daya 5 N dikenakan.

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

1-7

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

[5 markah] Soalan Esei

1 (a) Terangkan langkah-langkah yang terlibat dalam suatu penyiasatan saintifik.

[7 markah] (b) Jelaskan maksud pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terlibat dalam suatu penyiasatan saintifik. [3 markah]

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

1-8

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

JAWAPAN BAB 1 Soalan Objektif

1A 6C 11 B 16 B 21 D 26 A Soalan Struktur

2A 7B 12 A 17 B 22 C 27 D

3A 8A 13 B 18 B 23 C 28 C

4A 9A 14 B 19 C 24 B 29 A

5A 10 A 15 B 20 B 25 D 30 D

1 (a) Suhu (b) Kadar tindak balas (c) (i) Kadar fotosintesis dipengaruhi oleh perubahan suhu (ii) Kadar fotosintesis bertambah dengan suhu antara 0 40 C dan berkurangan selepas suhu 40 C (d) (i) Kepekatan karbon dioksida/Kelembapan udara mana-mana dua (ii) Keamatan cahaya matahari/Pergerakan udara

2 (a)

pemanjangan spring (cm)

daya (N)

(b) Pemanjangan spring berkadar terus dengan daya yang dikenakan. (c) (i) Jenis spring (ii) Tekanan atmosfera (d) Antara 3.0 N 4.6 N Soalan Esei 1 (a) (i) Mengenal pasti masalah dengan cara memerhati atau memerihalkan suatu fenomena atau kejadian. (ii) Mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat, iaitu keadaan atau faktor yang boleh berubah dalam suatu penyiasatan saintifik. (iii) Membuat hipotesis/cadangan pendapat untuk menjelaskan pemerhatian atau fenomena tersebut. (iv) Mengawal pemboleh ubah, iaitu pemboleh ubah yang dimalarkan, yang dimanipulasikan dan yang bergerak balas. (v) Merancang penyiasatan untuk menguji hipotesis, dari segi bahan dan radas yang sesuai digunakan, langkah eksperimen, dan sebagainya. (vi) Menjalankan eksperimen/penyiasatan seperti yang dirancang dan mengikuti langkahlangkah seperti berikut mengumpulkan data, menganalisis data, mentafsirkan data, dan membuat kesimpulan

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

1-9

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

(vii) Membuat pelaporan. (b) (i) Pemboleh ubah yang dimalarkan. Pemboleh ubah ini ditetapkan dalam suatu penyiasatan. (ii) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan. Pemboleh ubah ini digunakan untuk mengkaji perubahan dalam pemboleh ubah yang bergerak balas. (iii) Pemboleh ubah yang bergerak balas. Pemboleh ubah ini berubah mengikut pemboleh ubah yang dimanipulasikan dan merupakan data yang dikumpulkan hasil daripada aktiviti penyiasatan.

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

1 - 10

Bank Soalan BPS Tingkatan 4

You might also like