You are on page 1of 1

amal ibadat malam raya

daripada abi umamah daripada nabi muhammad saw bersabda bermaksud: �sesiapa
mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (aidilfitri dan aidiladha) dengan
mengharapkan keredaan allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari
kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu.� (hadis
riwayat ibnu majah)

umat islam digalakkan menyambut hari raya dengan takbir dan tahmid sebagai
menandakan kesyukuran kepada allah. malah orang yang beriman yang menghidupkan
malam hari raya dengan beramal dan beribadat kerana allah, hatinya akan hidup
(bahagia dan gembira). mereka akan mendapat balasan yang baik di sisi allah.

sebaliknya orang yang kufur ingkar, hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu,
kerana dimurkai allah dan ditimpa balasan.

You might also like