You are on page 1of 1

amalan ziarah erat hubungan persaudaraan

daripada abu syuraih al-khiz�iy, katanya, rasulullah bersabda bermaksud: �bertamu


(menziarah) itu tiga hari dan selebihnya siang mahupun malam. tidak halal bagi
seorang muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa
kerananya. sahabat bertanya:� bagaimana caranya dia berdosa?� jawab baginda:�orang
itu menetap di rumah saudaranya, pada hal saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa
lagi yang akan dihidangkan (diberikan) kepada tetamunya itu.� (hadis riwayat al-
bukhari)

saling ziarah-menziarahi dapat merapatkan tali persaudaraan. malah, kehadiran


orang yang berziarah (bertamu) itu membawa rahmat kepada tuan rumah. apabila
tetamu meninggalkan rumah maka mereka akan membawa keluar dosa ahli rumah.

sebagai tuan rumah, setiap tetamu perlu dilayan dengan penuh hormat, dihidangkan
dengan makanan yang bagus (mengikut kemampuan) dan beramah tamah dengan penuh
kemesraan.

sebagai tetamu pula, kita harus menghormati dan memahami adat (etika) ketika
bertamu seperti memilih masa yang sesuai, memastikan percakapan tidak menyakiti
hati tuan rumah, tidak meninggikan suara sehingga mengganggu ahli rumah yang lain
yang hendak tidur dan sebagainya.

begitu juga, tidak melakukan perkara yang tidak disukai oleh tuan rumah, tidak
berbual terlalu lama sehingga mengganggu masa tuan rumah (terutama jika kita tahu
dia mempunyai tugasan lain yang perlu diselesaikan) dan tidak merungut disebabkan
kekurangan yang tidak mampu disediakan oleh tuan rumah.

selepas bertamu, ucapkan terima kasih di atas segala layanan yang diberikan.
bersalaman sebelum berpisah, di samping mengucap kata-kata yang disukai oleh tuan
rumah.

paling penting hendaklah sentiasa menjaga rahsia (jika ada) sama ada yang
berkaitan dengan diri tuan rumah, rumah atau ahli rumah yang lain demi mengelak
terjadinya perbalahan dan permusuhan.

You might also like