You are on page 1of 9

Amalan Pengurusan Terbaik SMKIP Abstrak Keberkesanan pengurusan sesebuah sekolah adalah lahir dari keberkesanan kepimpinan pihak

pengurusan tertinggi dan kepatuhan serta komitmen para subordinat dalam organisasi tersebut. Sebelum mengupas lebih lanjut berkaitan cara pihak pengetua mengubah paradigma warganya, penulisan ini juga akan melakukan

imbasan terhadap latar belakang serta peluang dan ruang yang ada dalam usaha pembentukan budaya kerja warganya secara komprehensif . Dalam konteks Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, stail kepimpinan pengetua menjadi factor utama dalam menentukan hala tuju organisasi ini.Stail kepimpinan pengetua yang akur dengan kemahuan sebahagian besar guru menjadi teras utama membentuk budaya kerja positif ke arah mengapai visi dan misi sekolah. Sifat pengetua yang sentiasa memberikan empowerment terpimpin, bersedia menerima perubahan, sentiasa mendengar pandangan, membuat keputusan melalui muzakarah ini telah

memungkinkan tahap akur dan komitmen yang tinggi dalam kalangan para guru dan warga sekolah ini. Justeru kebersamaan dan komitmen mereka dalam merealisasi visi dan misi sekolah telah melonjakkan banyak kejayaan dan kecemerlangan sekolah ini. Seterusnya dalam fasa terakhir penulisan ini memaparkan beberapa kejayaan yang dicapai oleh sekolah serta impak siri kejayaan tersebut Penulisan ini juga cuba

memberikan gambaran tentang keberkesanan dan hasil positif kesan daripada program yang diatur oleh pihak sekolah. .

Pengenalan SMK Ismail Petra merupakan salah sebuah SRK (Sekolah Rancangan Khas ) yang mempunyai ruang untuk dimacu dan dikembangkan potensinya. Dengan warga pelajarnya yang rata rata terdiri daripada pelajar cemerlang UPSR, guru-guru yang sebahagian besarnya merupakan tenaga muda , guru-guru veteran yang berfikiran terbuka serta sentiasa bersedia menerima perubahan, frasarana dan insfrustruktur yang baik dan memadai, peranan PIBG dan Alumni di samping reputasi Pengetua yang mempunyai hubungan yang cukup baik dengan PPD dan JPN merupakan merit yang begitu bernilai. Faktor di atas telah dimanafaat dan digembeling yang akur dengan kemahuan warganya. oleh Pengetua untuk

merealisasikan visi dan misi sekolah dengan menggunakan sentuhan stail kepimpinan

Rasional Penulisan ini adalah sebagian dari paparan pengalaman yang dilaksanakan dalam konteks pengetua yang merupakan pemimpin tertinggi SMKIP. Pengalamanpengalaman yang berguna ini pula adalah wajar dikongsi bersama dengan rakanrakan pengetua lain di seluruh negara. Dalam masa yang sama ia bukan bermaksud menolak pengalaman berharga pengetua lain, dengan kata lain kita juga bersedia menimba dan bertukar-tukar pengalaman dengan kehebatan dan kecemerlangan rakan-rakan pengetua yang lain. Objektif Menyediakan bahan pendokumentasi agar menafaat dari pengalaman pengurusan di sekolah ini dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan pengetua lain. Tujuan lain adalah untuk bertukar-tukar pengalaman dalam urustadbir sekolah sehingga menjadi bertambah mantap dan gemilang dari masa ke semasa.

Perlaksanaan Pengurusan Terbaik Pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah merupakan tanggungjawab dan amanah yang sentiasa mencabar. jika Ianya wajar dan wajib ditangani secara penuh hemah dan berkesan. Cabaran yang dihadapi dan dipikul akan lebih terasa bebannya sekolah berkenaan adalah sekolah yang telah sedia stabil dan mantap bertahun-tahun sebelumnya. Dalam konteks pelaksanaan telah mampu dan sentiasa sehingga pencapaiannya sejak

tanggungjawab berkenaan, SMKIP sehingga kini

melakarkan kejayaan demi kejayaan bagi melonjakkan kegemilangan daripada masa yang disasarkan..

menjadi magnetic school di negeri Kelantan malah visi sekolah dicapai lebih awal

Pengurusan dan pentadbiran SMKIP yang mencangkupi unit-unit besar dan sub unit telah diselengara sedemikian rupa sehingga kejayaan demi kejayaan dapat diraih dari setahun ke setahun. Pencapaian-pencapaian ini adalah hasil pemuafakatan semua pihak di dalam organisasi ini. Sudah tentu ianya berpaksi kepada pengurusan yang mantap dari pentadbir dan pengurus tertinggi sekolah. Bagi maksud penulisan ini kami berbesar hati untuk berkongsi dengan pihak diluar sana mengenai pengalaman kami bagi menafaat bersama. Pengurusan dan Pentadbiran Guru dan Staff - Pengetua memberi panduan dan menyerahkan tugas mengikut bidang masing-masing. Pemantauan hasil kerja-kerja semua unit hanya dibuat dari masa ke semasa tanpa banyak campur tangan. Ini memberi keselesaan kepada semua pihak untuk menunjukkan bakat dan keupayaan mengikut kadar masing-masing Pengetua dilihat . Jika timbul apa-apa masalah terlebih dahulu dibincang bersama personalia terbabit untuk diambil tindakan bersama. gemar bekerja secara kolektif dan melihat kakitangan bawahan sebagai pengikutt yang perlu dibimbing dan dipimpin ke arah merealisasikan matlamat sekolah. Inilah proses yang dikatakan bertepatan dengan pengertian kepimpinan itu sendiri yang mana ia merupakan proses mempengaruhi orang bawahan untuk bekerja bersama-sama pihak pentadbir dalam mengejar visi dan misi sesebuah organisasi .

Pengetua begitu komited

mewujudkan

budaya kerja sepasukan dengan Badan Kebajikan Staf (BKS

keutamaan kepuasan kerja guru menjadi kuncinya. aktiviti -aktiviti untuk stafnya rintihan malah

SMIP), telah diamanahkan oleh Pengetua bukan setakat badan yang menganjurkan menjadi badan yang mendengar keluhan dan dijadikan warga SMK Ismail Petra. Maklumat yang diperolehi oleh BKS

panduan oleh Tuan Pengetua. Hambatan hambatan yang bersifat peribadi sehingga menganggu kerja kerja formal orang bawahan dapat dikesan dan diselesaikan sebaik mungkin dengan kerjasama dua pihak , pengetua dan BKS. Kebajikan guru dalam aspek professional juga sentiasa diberi perhatian. Bagi peluang kenaikan pangkat, kenaikan gred gaji, hadiah perkhidmatan kecemerlangan seboleh mungkin akan diadili dengan betul dan layak tanpa memilih bulu. Setiap orang berpeluang meningkat berdasarkan kelayakan masing-masing. Sikap humanistik seperti ini merupakan asas penting dalam membina kepimpinan yang dinamik dan berkualiti. Tenaga orang bawahan dapat digembeling dan dijana dengan mudah dalam usaha mengejar visi dan misi sekolah. Justeru setiap guru dan warga SMKIP tidak rasa terhalang untuk mengembangkan bakat dan kecemerlangan masing-masing. Guru-guru veteran yang sering disalah anggap oleh umum dengan label seperti tunggul mati atau pengetua. susah berubah dijadikan cabaran yang perlu ditangani oleh dalam kalangan Mereka bukan liabiliti kepada Bagi pengetua, tenaga dan kompetensi yang ada

golongan ini perlu digunakan seoptima mungkin. kaedah coaching and mentoring Kaedah yang menyamataraf

organisasi jika pendekatan yang diambil bersesuaian dan tepat. Pengetua memilih sewaktu berhadapan dengan kumpulan kecil ini. dan memulangkan kepada mereka untuk membuat

keputusan dalam hal tertentu nampak begitu berjaya. Rasa terpinggir selama ini dapat dikikis dan mereka mula bekerja dalam arus perdana organisasi. Beberapa strategi lain yang menjurus kepada peningkatan kepuasan kerja guru telah dan sedang dilaksanakan oleh pengetua seperti mengamalkan kepimpinan melalui teladan dan selalu turun padang, memberi pengupayaan kepimpinan kepada

guru, memberi khidmat kaunseling dan bimbingan kepada guru, mengadakan jamuan makan untuk meraikan kejayaan sekolah, memberi sijil penghargaan kepada guru,menganjurkan program program maju diri seperti kursus motiovasi dan kursus Budaya Kerja Berkualiti kepada guru . Semua ini merupakan nilai tambah kepada usaha memupuk kepuasan kerja guru. PIBG dan ALUMNI SMIP juga merupakan pemangkin kepada kejayaan SMK Ismail Petra. Penglibatan dua pihak ini secara aktif dengan menghulurkan bantuan kewangan dan kepakaran telah dapat memacu sekolah menjadi lebih berjaya. Program seperti Jogathon, jamuan makan malam, serta program motivasi kekeluargaan kepada warga guru amat memberi impak yang bukan sedikit kepada kejayaan sekolah. Beberapa kajian kepimpinan telah merumuskan seseorang pengetua bahawa kualiti kepimpinan

mempunyai korelasi dengan sifat semula jadi seseorang.

Seseorang pemimpin yang berkualiti mempunyai cirri-ciri personaliti tertentu seperti prihatin, penyayang, bermotivasi, mempunyai sikap terbuka, pendengar yang baik, pemikir positif, berani mencuba , berkeyakinan dan mempunyai nilai diri yang tinggi serta banyak lagi nilai positif . Ciri-ciri yang dinyatakan sememangnya ada pada diri pengetua dan ia merupakan modal yang bernilai dalam memimpin sekolah kami. Perancangan dan pengurusan unit kurikulum terutamanya unit kecemerlangan akademik sentiasa di beri keutamaan. Penetapan matlamat kecemerlangan akademik setiap tingkatan dan setiap peperiksaan besar ( PMR, SPM dan STPM) di sepakati bersama dan berpandukan matlamat JPN terhadap SMKIP selaku salah sebuah SRK di Kelantan. Jawatankuasa Kurikulum diaktifkan peranannya semaksima mungkin untuk menyelenggara, menyelia dan memastikan proses P&P berjalan dengan berkesan demi kecemerlangan pelajar. Peperiksaan dan penilaian peperiksaan sentiasa dipantau perjalanan dan hasil keputusannya. Tindakan susulan berdasarkan keputusan sentiasa diambil kira sebagaimana penghargaan terhadap kejayaan itu diberi perhatian. Perjumpaan dengan ibubapa serta penglibatan pihak-pihak perhatian demi kepentingan pelajar dan pencapaiannya. tertentu sentiasa diberi

Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid sentiasa dipastikan berada pada tahap terbaik. Semua unit kecemerlangan mereka kecil dalam aspek ini sentiasa digerak, diselia, disusuli mampu mengiringi guru dalam dalam bidang akademik. Komitmen keberkesanannya demi memastikan kemenjadian pelajar

menggambarkan keberkesan pengurusan dalam unit ini dapat dilihat dari beberapa program yang dilaksanakan. Dalam banyak keadaan, situasi guru berada di sekolah pada luar waktu persekolahan adalah pemandangan biasa. Keterlibatan itu digambarkan lagi dengan kesudian dan kerelaan guru membawa peralatan /harta benda sendiri kesekolah demi kepentingan sekolah dan pelajar. Nilai kebersamaan ini sebenarnya tidak pernah surut sejak bertahun-tahun lamanya walau ada guru yang silih berganti. Pengurusan Unit Kokurikulum sentiasa berada pada tahap terbaik dengan misi untuk melahirkan pemimpin pemimpin kecil dengan moto Dipimpin Untuk Memimpin. Guru-guru yang menjadi pengerak dan pelaksana semua aktiviti kokurikulum sekolah adalah komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Hal ini menjadikan semua unit iaitu kelab dan persatuan, unit pasukan pakaian seragam, unit sukan dan permainan, unit teknik kebudayaan berjalan dengan licin dan berkesan. Satu lagi yang istimewa dalam pengurusan SMKIP ialah adanya Unit Pendidikan Khas. Kerana itu SMKIP juga dikenali sebagai sekolah integrasi pendidikan khas ( cacat pendengaran). Ada hampir 100 orang pelajar khas (pendengaran) yang sedang belajar di sekolah ini dengan kekuatan belasan orang guru. Walau dalam keadaan kurang upaya pelajar-pelajar ini telah juga mengharumkan nama sekolah dalam banyak aktiviti yang mereka sertai. Apa yang pastinya pengurusan di dalam unit ini dapat ditangani dengan jaya dan berkesan hasil komitmen semua pihak.

Impak Dari Pengurusan Berkesan Keberkesanan pengurusan dan pentadbiran di SMKIP ini dapat di rasai dan dikesani melalui komitmen guru-guru dan staff yang bekerja dalam keadaan kondusif dan bersemangat serta tidak dalam keadaan kecemerlangan tertekan. Dengan hal yang demikian sering diraih oleh Sekolah Menengah pencapaian-pencapaian

Kebangsaan Ismail Petra . Antara kecemerlangan yang pernah dicapai ialah:

a. Pencapaian Gemilang dalam Peperiksaan Awam SMKIP dalam visinya mensasarkan menjadi Sekolah Rancangan Khas Terbilang di Kelantan menjelang 2010. Untuk itu peningkatkan telah di capai melalui pengekalan dan peningkatan kelulusan 100% untuk peperiksaan PMR, SPM, STPM. Peningkatan yang ketara juga telah dicapai dari segi Gred Purata Sekolah bagi ketiga-tiga peperiksaan tersebut. (lihat lampiran)

b. Anugerah sekolah Cemerlang. Tahun-tahun cemerlang meletakkan dalam pencapaian keputusan peperiksaan awam telah anugerah berprestij iaitu

sentiasa diraih . Bagi tahun 2008 khususnya kegemilangan ini lebih ketara sehingga SMKIP sebagai sekolah yang mendapat Anugerah Sekolah Cemerlang kategori Sekolah Menengah Harian sempena Hari

Kuantiti Kementerian Pelajaran. c. Pencapaian PSS terbaik Pengurusan Unit PSS dengan komitmen tenaga utama dan unit-unit kecilnya telah menambah koleksi kegemilangan SMKIP. Pada bulan Jun 2009 PSS SMKIP telah muncul sebagai Johan dalam Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Peringkat negeri

Kelantan kategori Sekoloah Menengah Bandar. SMKIP dicalonkan mewakili Kelantan Peingkat Kebangsaan.

Kemenangan itu menjadikan PSS

ke Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang

SMKIP melalui unit Pusat Sumber dan Media, telah mencapai tahap 4 bintang dalam penarafan pengurusan ICT dan pembestarian sekolah. Penarafan ini adalah berdasarkan SSQS ( Smart School Qualification Standard)

d. Pengurusan Unit HEM yang berkesan. SMKIP sentiasa memastikan pengurusan HEM berada pada tahap yang terbaik. Justeru pengurusan disiplin, data dan rekod pelajar, pengurusan asrama, kebajikan pelajar serta unit-unit dibawah HEM di selenggara dengan cekap dan berkesan. Hubungan dan kerjasama dari pihak JPN Kelantan dan PPD Kota Bharu adalah sentiasa segar dan berkesan dalam memungkinkan pengurusan unit ini berjalan lancar dan berkesan.

e. Anugerah Seri Asrama Terbilang 2009 Asrama sebagai tempat pelajar yang berjauhan dari sekolah menghuni sentiasa diberi perhatian dari aspek fizikal dan kemenjadian pelajar. Kemudahan, keselesaan dan suasana yang kondusif disini yang merupakan unsur yang mampu menjana peningkatan kecemerlangan pelajar. Dalam menjelaskan pencapaian keberkesanan pengurusan asrama, SMKIP telah membuktikan pencapaiannya melalui Juara Anugerah Seri Asrama Terbilang ( ASAT) pada tahun 2009.

f. Kegemilangan Kokurikulum SMKIP Kejayaan dan kecemerlangan SMKIP dalam bidang kokurikulum juga tidak ini ialah tempat pertama peringkat dalam Kejuaraan Golf kurang

hebatnya. Antara kejayaan tertinggi yang pernah dilakarkan oleh pelajar dalam bidang MSSM peringkat Kebangsaan. Tahun-tahun sebelumnya sukan ini telah juga mengharumkan nama SMKIP di daerah dan negeri. Bagi kegiatan Kelab dan Persatuan sekolah, antara kejayaan yangPernah pelajar SMKIP rekodkan ialah tempat ke 5 dalam Pertandingan Tunas Saintis Perinkat Negeri. .

Penutup SMKIP untuk kesekian kalinya telah mencapai tahap kecemerlangan dan kegemilangan tahun demi tahun. Hal ini adalah berkat usaha dan kesungguhan dari semua guru dan warganya. Dalam konteks pengurusan, ia adalah buah hasil keberkesanan pemuafakatan dalam pengurusan dan pentadbiran. Unsur-unsur dalam pengurusan yang dikenali sebagai POLCR ( Planning, Organising, Leading, Controlling, Reviewing) telah diterapkan dengan jayanya oleh para pentadbir di sini di samping keberkesanan hubungan dengan agensi dan pihak luar sekolah. Kecemerlangan atau kemunduran prestasi dikaitkan sekolah. dengan bagaimana cemerlangnya dan prestij sesebuah sekolah kepimpinan dan budaya kerja

pengetuanya yang diberikan autonomi untuk menguruskan segala sumber yang ada di

You might also like