You are on page 1of 27

BAHAN BANTU MENGAJAR Bahan Bantu Mengajar (BBM) BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru

untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Antara kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: i) BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep. ii) Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar. iii) Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. iv) Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. v) Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak. vi) Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. vii) Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam

PENGAYAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK Mohd Nain Bin Muhamad
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah serentak dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem pendidikan khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabarancabaran abab ke-21 atau dengan kata lain cabaran era teknologi Dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan nadi dan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah bangsa. Medium utama ke arah memperbanyakkan sumber pengetahuan tersebut ialah teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) . Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses mengajar matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu ditekankan ialah menitik beratkan tentang konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya teknologi komputer dapat mempengaruhi kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapat memperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta lebih inovatif. Matematik merupakan mata pelajaran yang mempunyai banyak faedah kebergunaannya.Matematik digunakan dalam perdagangan,perindustrian pendidikan tinggi dan turut diaplikasikan dalam kehidupan dunia sebenar.Pendidikan Matematik di sekolah-sekolah di Malaysia bertujuan menyumbang idea-idea kepada pelajar untuk membentuk pemikiran yang logik, analitis, sistematik, kreatif dan kritis serta kemahiran penyelesaian masalah seterusnya berkebolehan menggunakan formula dalam kehidupan seharian.Ini bertujuan agar pelajar dapat memainkan peranan sebagai seorang yang bertanggungjawab dan menghargai kepentingan matematik. Fenomena ini mungkin hanya kekal sebagai teori pengajaran dan pembelajaran jika arus dalam pendidikan matematik di negara kita berada dalam keadaan statik. Kita perlu menerima hakikat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran kita khususnya dalam matematik masih banyak memberi penumpuan kepada proses mempelajari koleksi hukum dan penelitian aplikasi ,prosedur, yang tidak menarik minat pelajar yang jauh daripada matlamat dan objektif sebenar yang hendak dicapai dalam pendidikan matematik. Kandungan dan aktiviti yang digubal secara amat tersusun dan kurang memberi peluang kepada pelajar mengembangkan fikiran kritis,imaginatif dan kreatif mereka. Maka pelaksanaan Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan ruang seluas-luasnya kepada penggunaan teknologi untuk mengatasi masalah ketidakserasian dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik ini.Untuk menjadikan pendidikan matematik lebih bernas maka pengintergrasian tekonologi dalam pengajaran dan pembelajran matematik perlu dilakukan.

Pendidikan Matematik Berbantukan Komputer. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan atur cara komputer yang mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk membantu seseorang pelajar mengelolakan aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program atau perisian. Selain daripada itu, teknologi komputer juga boleh dimenafaatkan untuk peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran matematik kerana keupayaannya bertindak sebagai alat kognitif dalam membantu memanipulasikan serta membuat refleksi dan pengabstrakan ke atas sesuatu konsep [ Dublnsky & Tall 1991]. Menurut mereka ideaidea sains dan matematik menjadi lebih mudah difahami oleh lebih ramai individu apabila ianya dipersembahkan secara lebih konkrit. Dalam keadaan ini, teknologi komputer berupaya menjadikan idea-idea yang abstrak kepada konkrit dalam minda melalui visualisasi yang digunakan oleh simulasi paparan grafik, animanasi dan sebagainya. Pendekatan pembelajaran seperti ini mampu memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mengeksploitasi pelbagai kecerdasan serta perbezaan individu mengikut keupayaan masing-masing . Pembelajaran berbantu komputer yang membolehkan pelajar menyimpan dan mengekalkan sesuatu maklumat dalam jangka masa yang lama dan dapat pula mengaplikasikan maklumat tersebut ke dalam bidang-bidang yang lain. Maklumat yang disimpan membantu pelajar dalam proses mengulangkaji semula sesuatu isi pelajaran berulang kali dan berterusan.Bagi guru-guru pula,pengajaran berbantu komputer mampu menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif di samping dapat mengubah amalan pembelajaran secara tradisional yang lebih banyak berpusatkan kepada pelajar Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih seabad yang lalu NCTM (National Council of Teachers of Mathematics, 1980), mencadangkan supaya pengajaran metematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Crockroft (1982), menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh mengubah kepentingan sesuatu topik dalam sukatan pelajaran matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak akan bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Crockroft (1982), menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan ke dalam sebutan bahasa matematik sebelum ia diselesaikan. Langkah terjemahan seumpama ini memerlukan kefahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran dan kesulitan pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajarWalau bagaimana pun masalah, kesukaran dan kesulitan ini boleh di atasi melalui penggunaan teknologi komputer.

Dari segi kemahiran pula, ia perlu dijalankan secra berperingkat-peringkat mengikut tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan melakukan sesuatu di luar kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini juga perlu memasukkan unsur-unsur kerja sama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian masalah komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur kepintaran dalam teknologi komputer ini didapati telah mula mengambil alih tugas manusia, namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100% diaplikasikan. Malah teknik kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanya menjadi pemangkin kepada membuat keputusan dan bukan menguasai proses membuat keputusan. Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan, didapati pelajar yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati mempunyai sikap yang lebih p[ositif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain. Kelembapan dan kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan komputer dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun-tahun 70an dan 80an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang terhad, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah dan tidak kurang juga kebimbangan serta kurang keyakinan di kalangan pendidik. Walau bagaimana pun, keadaan telah berubah di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer. Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melasanakan aktiviti-aktiviti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Penghasilan bahan kurikulum Latih tubi Tutorial Pemulihan dan pengayaan Simulasi Pengiraan Alat Bantu Mengajar

(A) Penggunaan Spreadsheet (MS-ExceL)

Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran komputer. Kajian-kajian yang telah dijalankan menyatakan berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam matematik. Ada juga kajian yang menyatakan penggunaan spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep matematik. Malah kini, penggunaan spreadsheet boleh didapati daripada laman web yang memaparkan penggunaan spreadsheet. Umpamanya, Algebraic Problem-Solving Using Spreadsheet (Spreadsheet Problem Collection - Laman Web:http://forum.swarthmore.edu/workshops/suticipants/sinclair/problem/ probfile.html). Di sinilah kita mendapati bahawa penggunaan spreadsheet boleh membantu pengajaran matematik. Mungkin guru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan spreadsheet dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sementara menunggu pakej pengajaran berbantukan komputer yang sesuai.

(B) Penggunaan Multimedia

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, biasanya persembahan grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah : 1. 2. 3. 4. 5. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing Memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan pengetahuan kepada pelajar Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menarik dan menyeronokkan. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar. Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.

(C) Penggunaan Internet (WWW dalam Pendidikan MatematiK)

Internet atau International Network of Network ialah sebuah rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Dalam rangkaian Internet terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber itu termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru matematik boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Sumber dari pengajaran lain seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh juga diperolehi daripada Internet.

Penggunaan komputer yang disambung ke internet pula dikenal pasti dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seluruh ahli masyarakat.Melalui internet,pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan matematik seperti arithmetik, statistik, kalkulus, algebra, sejarah matematik dan sebagainya.Melalui internet,pengguna e-mail memupuk semangat belajar secara kumpulan dan pelajar berusaha untuk meneroka alam yang baru ditemui [christie 1996]. Penemuan bari ini membawa perubahan kepada pelajar di mana pelajar akan menjadi lebih mahir membuat kajian dan berfikiran kritikal [Nolen & Martin 1994].Selain daripada itu, banyak bahan yang boleh dimanafaatkan oleh guru-guru berhubung dengan pendidikan matematik melalui internet ini seperti teori pembelajaran dan aplikasi yang sering dibincang oleh para pendidik iaitu konstrutivisme. Beberapa strategi dan teknik pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut ialah pembelajaran koperatif dan inkuri penemuan. Di samping itu, terdapat beratus soalan yang meliputi pelbagai topik dalam matematik seperti soalan penyelesaian masalah boleh dimanafaatkan oleh guru-guru dan para pelajar untuk diselesaikan sama ada dalam kelas atau di luar kelas.Lantaran menyedari potensi dan keupayaan internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan internet kepada para pendidik dan pelajar.Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaring Pendidikan.Projek tersebut termasuklah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan golongan pendidik di sekolah serta maktab-maktab perguruan. Selain itu , kementerian memberi latihan dan bimbingan tenaga pengajar dengan kemahiran menggunakan segala kemudahan teknologi yang disediakan dan seterusnya merancang,melaksanakan serta memantau pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda danpengetahuan di samping menggalakkan pelaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan ICT.

Di dalam Internet terdapat banyak kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang berbincang tentang perkara yang sama termasuklah tentang matematik. Selain daripada diskusi elektronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang matematik. Berikut adalah beberapa sumber pengajaran dan pembelajaran daripada WWW yang boleh membantu guru matematik mengajar matematik : 1. 2. 3. 4. 5. 6. The Math Forum Ask Dr. Math Tulang Napier The Tower of Hanoi Pembuktian Teorem Pithagoras Manipula Math With Java

Menyedari potensi dan keupayaan sebagai wadah komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada pelbagai organisasi, Kementerian Pendidikan telah melancarkan beberapa projek yang berlandaskan jaringan pendidikan. Dalam perlaksanaan kepelbagaian projek ini antara lain Kementerian Pendidikan berhasrat : 1. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan bagi melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang sedia ada (Internet)

2. Merancang, melaksana dan menyediakan pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat.

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan kursus akan

memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer., khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat kepelbagaian program yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat (D) Penggunaan Geometers Sketchpad Pada tahun 1987 Nicholas Jackin begitu serius membuat programman geometri ini sehingga terbinalah Geometers Sketchpad untuk Machintoch. Guru-guru serta pengguna amnya mencuba versi awal ini. Pada tahun 1990 Nicholas berjaya menghasilkan versi beta . Pembiyaan dari Yayasan Sains Kebangsaan untuk meneruskan penyelidikan . Versi kedua program ini program ini dilancaarkan pada April 1992. Manakala vrsi pertama Sketchpad untuk Window pula dilancarkan pada April 1995. Penggunaanya berluasa sehingga ke hari ini.

Kewujudan program menonjolkan keupayannya untuk menggambarkan rajah geometri seperti Euclidean Geometri. Geometers Sketchpad banyak membantu pelajar menerokai dan mencipta bentuk-bentuk geometri sehingga ke peringkat membuat konjektur mengenai rajah tersebut. Pembelajaran geometri tidak lagi berakhir kepada noktah tapi sentiasa mencapah ke aras yang lebih tinggi. Ia memudahkan pelajar menemui ciri-ciri spesifik dan menjana pelajar membuat open ended questions. Michael Serra, dalam bukunya, Discovery Geometry: An Inductive Approach (1999) menerangkan bahawa melalui pendekatan terhadap GSP membolehkan pelajar membina rajah geometri sendiri dan berbincang bersama rakan mengenai konjektur yang terhasil, melalui pengamatankepada pola pola. Pelajar selanjutnya akan memberi alas an kewujudan konjektur berkenaan. Pierre Van Hiede dan Dina Van Hiede Geldoft menyatakan melalui GSP secara tidak langsung mengarahkan pelajar membuat visualisasi, analisis,rigor , deduks informal dan deduksi formal. Seterusnya membolehkan pelajar menemukan 3 peringkat pembinan rumus matematik yang terdiri dari perinkat permulaan, diikuti dengan peringkat visualisasi, kemudian peringkat analisis dan seterusnya membuat konjektur sebelum membuktikan kebenaranya. Pelajar dapat menerokai secara dinamik serta membuat perubahan kepada rajah geometri dengan lebih analitik.Melaluinya pelajar menjalani demonstrasi interaktif, membuat kolaborasi dan meyuarakan hasil dapatannya. Dalam ertikata yang lain, penggunaan GSP ini secara tidak disedari mencetusan cooperative learning . Pembelajaran Berbantukan Kalkulatur Grafik. Kalkulatur Grafik merupakan alat teknologi yang mudah dan boleh diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat menengah atau rendah. Kalkulator-kalkulator grafik yang boleh diperluaskan

penggunaannya adalah seperti Calculator-Based Laboratory (CBL-2) dan TI-83 Plus. Berbeza dengan negara-negara barat, kalkulatur telah diperkenalkan kepada kanakkanak sejak berumur lima tahun lagi, pada hal kita masih menilai sama ada ianya sesuai atau tidak diperkenalkan kepada kanak-kanak kita. Mengapa kita boleh biarkan murid menggunakan kalkulator grafik dalam pembelajaran matematik? Antara sebab-sebabnya seperti berikut: Tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi Dapat meneroka dan membina konsep serta lebih ingat Dapat belajar sendiri Merdeka minda Menyingkatkan masa pengiraan Kalkulator sebagai agen visualisasi Mudah menggraf Yang paling penting sekali ialah penggunaan kalkulator boleh memudahkan dalam tiga peringkat proses matematik iaitu permodelan matematik, pengiraan dan pentafsiran matematik

Keterangan/ulasan selanjutnya: 1. Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan di mana mereka boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh menambah dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor. Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran tidak terlibat kepada kemahiran dengan pembelajaran di dalam kelas semata-mata malah ia memberi peluang untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih bernas. Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan billion yang jauh dari pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan dengan masyarakat sekeliling .Kalkulator juga mewujudkan cara yang pelbagai untuk

2.

mendapat maklumat dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak. Malah kalkulator juga mampu mempekenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada kanak-kanak. 3. Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar cara pembelajaran yang berbeza.Kalkulator juga boleh memperkenalkan simbol,menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan "number sense" atau berkerja dengan cara yang berbeza Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas nombor di kalangan kanak-kanak . Ini mengalakkan ideaidea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setengah kanak-kanak tidak mampu untuk mencapai pengetahuan mereka kepada angka yang lebih besar apatah lagi untuk mengira dan menyelesaikannya walaupun masalah tersebut mereka telah belajar namun dengan menggunakan kalkulator halangan mental seperti ini mampu di atasi. kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk permainan dan penyiasatan malah mampu mencungkil kebolehan dan pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik sebagai persediaan mental unutk memahami matematik dalam bentuk yang lebih abstrak.

4.

5.

Kesimpulan Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan peranan seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi. Tidak pula ia sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar yang biasa dilakukan setakat ini.Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar belajar secara bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan guru menggunakan teknologi. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan pendekatan pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan secara tradisional hari ini. Pengintegrasian teknologi akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana, berkonteks dan refelektif. Jesteru guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan yang mungkin dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah bersedia untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian ini seperti halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan.

Oleh itu guru perlu menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang diamalkan sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka guru-guru perlu mengambil kira perkara-perkara ini dalam usaha mengintegrasikan teknologi ini agar lebih berkesan seperti tidak terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik, tidak menggunakan teknologi secara eksklusif, tidak menggunakan teknologi untuk melakukan lebih daripada yang diminta dalam matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahaja dan teknologi tidak digunakan untuk stresming. Jelasnya, teknologi ini tidak akan merubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guru haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting supaya muridmurid dapat menggunakan teknologi ini secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) Rujukan: Yusuf Hashim [1999]. Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Douglas H. Clements [1998]. Computers In Elementary Mathematics Education. Prentice Itall Inc. A Dinsan of Simon & Sehuster Englewood Cliffs New Jersey 07632 Leone Burton and Barbara Jawarski [1995]. British Libary Cataloguing in Publication Data. Nota-nota Kuliah En. Narjoharuddeen Mohd. Nor Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) Sekolah Bestari Di Malaysia : Suatu Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur Sulaiman Hashim (1996), Jaringan Pendidikan, Proceedings of the National Symposium on Educational Computing, USM : MCCE Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin (1997), sekolah Bestari Di Malaysia, Hala Tuju Ke Masa Depan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia Ibrahim Saad (1990) Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran, DBP, Kuala Lumpur Janet, L.M (1988), Intergrating spreadsheets into the mathematics classroom. Mathematics Teacher, 81(8), 615 652, Kementerian Pendidikan Malaysia.

12) 13) 14) 15) 16) 17)

NCTM (1989), Curiculum and Evaluations Standards For School Mathematics, New York. Sue Brown & Bette Bush (1992), Multimedia math.The Computer Teacher, 20(3), 57 58 Roger M. Garrett, (1984), Education and Development,New York Paul Fisher, (1990), Education 2000: Educational Change With Consent, Issues in Education, London Mok Soon Sang (1990), Pedagogi 4, Kuala Lumpur. Michael T. Battista (1998), Shape Makers Developing Geometric Reasoning With Geometers Sketchpad, Key Kurikulum Press

MATEMATIK KBSM: HARAPAN DAN REALITI


Oleh : Tengku Zawawi Tengku Zainal Jabatan Sains & Matematik, MPKTBR

Pengenalan
Antara objektif Matematik KBSM ialah untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami konsep, di samping menguasai kemahiran-kemahiran asas yang berkaitan dengan mata pelajaran tersebut. Untuk mencapai objektif, para pendidik matematik disarankan agar merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif. Pembelajaran dilakukan menerusi pengalaman yang meliputi aktiviti penemuan, dan memberi peluang kepada pelajar untuk sampai kepada sesuatu kesimpulan atau penyelesaian masalah dengan sendirinya (KPM, 1990). Dengan demikian, pelajar dapat mempelajari matematik dengan lebih mudah, seronok dan mengembirakan.

Pelaksanaan Program Matematik KBSM


Setelah KBSM berusia hampir lapan tahun, didapati pandangan dan prestasi murid terhadap matematik masih pada tahap yang membimbangkan (JNS, 1996). Manakala gaya dan amalan pengajaran guru masih dengan cara tradisional; iaitu berpusatkan guru (JNS, 1996; Abdul Razak & rakan-rakan, 1996; Saw Kian Swa, 1996; Agness Voo, 1996; Fatimah , 1996 dan Amir , 1996 ). Sebagaimana yang diketahui, minat dan prestasi murid dalam matematik berkait rapat

dengan pengetahuan, kefahaman dan kepercayaan seseorang pendidik terhadap matematik serta gaya dan amalan pengajarannya dalam bilik darjah ( Thornton, 1977; Ensey & Cooney, 1997; Cooney, 1982; Scott, 1977; Smith, 1977; Eisenberg, 1977 ). Terdapat juga, sebahagian daripada pendidik pada hari ini, yang telah mengalami hakisan 'professional qualities' dalam karier masing-masing. Hakisan 'professional qualities' yang dimaksudkan di sini merangkumi banyak perkara, dan salah satu daripadanya ialah amalan pengajaran pembelajaran matematik yang tidak bermakna; iaitu pengajaran dan pembelajaran yang tidak menekankan proses pembinaan skim pengetahuan yang bermakna, penyelesaian masalah serta penghayatan matematik dalam kehidupan seharian (Nik Azis, 1982; Cockcroft, 1982). Aktiviti pengajaran lebih tertumpu kepada asuhan penguasaan kemahiran melalui beberapa siri latih tubi, tanpa melibatkan kefahaman konsep yang jelas dan bermakna. Pembelajaran yang seperti ini biasanya bermula dan berakhir dengan himpunan pelbagai simbol dan istilah matematik yang abstrak di samping beberapa petua dan peraturan yang perlu dihafal ( Skemp, 1989; McKnight, et al, 1987; Davis, 1986; Tengku Zawawi, 1997; Amin, 1993 ). Pembelajaran secara hafalan merupakan pendekatan utama dan dianggap sebagai strategi terpenting dalam menghadapi peperiksaan. Keadaan seperti ini akan menyebabkan para pelajar merasa bosan, jemu dan benci terhadap matematik dan pembelajaran matematik, khususnya di kalangan pelajar yang lemah.

Matlamat dan Objektif Matematik KBSM


Kurikulum Matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah serta cara berfikir secara logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warga negara yang dinamik dan amanah ( KPM,1990; Nik Azis, 992 ). Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, Matematik KBSM telah dirancang untuk memberikan pelajar suatu pengalaman yang mengandungi:

kesepaduan antara ilmu, kemahiran, nilai dan bahasa; kesepaduan antara tajuk-tajuk matematik yang dipelajari; kesepaduan antara matematik dengan mata pelajaran lain dan; kesepaduan antara matematik yang dipelajari dengan pengalaman di luar bilik darjah.

Sehubungan dengan itu beberapa aspek tertentu diberikan tumpuan khas dalam sukatan pelajaran Matematik KBSM. Aspek-aspek itu adalah:

keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dan penguasaan kemahiran; penggunaan matematik dalam situasi sebenar; kemahiran penyelesaian masalah; penerapan unsur-unsur sejarah matematik dan pemupukan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kerohanian.

Matlamat Matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, berkemahiran dalam penyelesaian masalah dan ber kebolehan menggunakan

ilmu pengetahuan matematik supaya seseorang individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab, dan menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Secara ringkas, objektif Matematik KBSM ialah untuk membolehkan pelajar; 1. mengetahui dan memahami konsep, takrif, hukum, petua dan teorem tentang nombor dan ruang; 2. memperkukuh dan memperluas penggunaan kemahiran tambah, tolak, darab dan bahagi; 3. menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu :

membuat anggaran dan penghampiran mengenali bentuk-bentuk dalam alam sekitar mengukur dan membina dengan menggunakan alat matematik mengumpul, merekod, mewakili dan mentafsirkan data dan mengenali dan mewakilkan perkaitan secara matematik

4. menguasai kemahiran menjalankan algoritma 5. menguasai kemahiran menyelesaikan masalah 6. menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam pengurusan kehidupan seharian 7. memperoleh dan menghargai kebolehan membuat sesuatu secara mantik, bersistem, heuristik dan tepat. ( NCTM, 1980; KPM, 1990 ) Jelas dapat diperhatikan sama ada daripada matlamat atau objektif pendidikan matematik, bahawa setiap pelajar dikehendaki memahami setiap konsep, dan diikuti dengan penguasaan kemahiran-kemahiran berkenaan di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian, kerana pemahaman konsep matematik penting dalam meningkatkan kemampuan pelajar menyelesaikan sesuatu masalah.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik KBSM


Pendidikan Matematik KBSM yang menyambungkan usaha KBSR memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan sepadu melalui beberapa langkah seperi yang berikut:

Kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap dan perlakuan yang diperlukan oleh semua pelajar dan juga memberi asas untuk pendidikan seumur hidup.

Penghayatan dan amalan nilai kerohanian, kemanusian dan kewarganegaraan. Peningkatan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu pengetahuan. ( KPM, 1990; Nik Azis , 1992 )

Bagi memastikan pendidikan Matematik KBSM dapat berjalan dengan berkesan, para pendidik matematik hendaklah memiliki skim pengajaran yang selari dan selaras dengan kehendakkehendak KBSM, yang melibatkan dimensi seperti yang berikut:

Pemerolehan ilmu pengetahuan Peningkatan daya pemikiran, penguasaan kemahiran belajar dan tabiat gemar membaca. Pemupukan dan penerapan nilai murni. Penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu. Hubung kait antara mata pelajaran

Pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas perlu kepada strategi yang kemas dan teratur supaya hasrat di atas tercapai sepenuhnya. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai ialah melalui pengalaman aktif, reflektif dan pengabstrakan ( Nik Azis, 1992 ). Ketiga-tiga unsur di atas melibatkan penguasaan kemahiran, di samping menggunakan pengetahuan yang tertumpu kepada :

Penyelesaian masalah Pemikiran logik, kritis, analitis dan bersistem Pemupukan nilai murni

Strategi ini membabitkan pembahagian pembelajaran akademik kepada tiga peringkat yang berkaitan antara satu sama lain:

Pengalaman aktif Pembentukan struktur secara retroaktif Pembentukan asimilasi yang menyeluruh

Dalam fasa pengalaman aktif, para pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, sama ada dalam pengalaman sebenar atau pengalaman simulasi (lakonan). Pada peringkat ini, penekanan pembelajaran adalah kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti pembelajaran bertumpu kepada pembinaan konsep baru atau penguasaan kemahiran baru, dan bukan kepada penganalisisan konsep atau kemahiran. Pengalaman aktif dalam bentuk penerokaan, penemuan, inkuiri dan penyelesaian masalah dirancang oleh guru berasaskan dua prinsip iaitu; i. ii. prinsip penjelmaan pelbagai dan prinsip kebolehubahan kandungan.

Prinsip penjelmaan pelbagai menegaskan bahawa dalam proses pembinaan sesuatu konsep, pelajar harus didedahkan kepada berbagai-bagai bahan konkrit dan manipulatif yang berbeza tetapi membabitkan konsep yang sama. Tujuannya ialah untuk mendedahkan pelajar kepada situasi berbeza yang menggunakan konsep yang ingin dipelajari. Aktiviti pembelajaran yang berasaskan prinsip ini memberi tumpuan kepada unsur persamaan. Prinsip kebolehubahan kandungan pula menegaskan bahawa dalam proses pembinaan sesuatu konsep, pelajar harus didedahkan kepada bahan konkrit dan manipulatif yang membabitkan beberapa konsep yang berbeza, disamping konsep yang ingin dipelajari, supaya dengan itu pelajar dapat membuat perbandingan tentang ciri-ciri konsep yang hendak dipelajari. Aktiviti pembelajaran yang berasaskan prinsip ini memberi tumpuan kepada unsur perbezaan ( Nik Azis,1992 ).

Peranan guru matematik dalam KBSM


Dalam pendidikan Matematik KBSM, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Guru matematik perlu memaparkan sifatsifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana (Nik Azis, 1996). Guru matematik seharusnya dapat menjawab persoalan berikut:

Apakah matematik ? Apakah konsep-konsep penting dalam matematik ? Apakah kandungan prinsip atau prosedur matematik ? Apakah kemahiran asas dalam mata pelajaran matematik Apakah sebenarnya yang perlu dipelajari oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran matematik ? Apakah tahap pemahaman dalam matematik, dengan merujuk kepada konsep atau proses tertentu Apakah salah faham yang lazim dialami oleh pelajar matematik ? Apakah halangan kognitif utama dalam mempelajari konsep dan prosedur matematik ? Apakah implikasi teknologi maklumat terhadap pendidik matematik ? Apakah hubungan antara pengetahuan konsep dengan pengetahuan prosedur dalam matematik ? Apakah kepentingan kaedah yang berbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik? Apakah jenis-jenis model pengajaran yang eksplisit bagi mata pelajaran matematik ? Apakah kesan afektif bagi pendekatan pedagogi yang berbeza ? Apakah jenis pengalaman yang perlu dimuatkan dalam kurikulum matematik ? Bagaimanakah cara yang berkesan untuk menilai pengetahuan pelajar tentang matematik ? Bagaimanakah cara pelajar membina skim-skim ilmu pengetahuan matematik ? Apakah ciri-ciri guru matematik muslim yang baik ? ( Nik Azis, 1996 )

Jika diteliti, memang terdapat banyak soalan yang perlu dijawab oleh guru pelatih atau guru yang sedang berkhidmat. Namun di atas tujuan untuk melahirkan para pendidik matematik yang sempurna dari segi rohani, jasmani, emosi dan akal, maka segala persoalan tersebut harus difahami dan dihayati sepenuhnya. NCTM (1980) telah mengemukakan beberapa peranan yang seharusnya dimainkan oleh para pendidik matematik. Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam pangajaran dan sentiasa berusaha untuk:
o o o

merebut sebarang peluang yang ada untuk menambah pengetahuan dan kepakaran agar proses mendidik diri sentiasa berterusan. melibatkan diri dalam organisasi profesional yang boleh mengembang dan memajukan program pendidikan, khususnya matematik. berbincang dan bertukar idea secara membina dengan rakan sejawat melalui pelbagai media sama ada seminar, bengkel, in-house trainning, forum, dan sebagainya. menjaga dan memelihara profesion perguruan agar sentiasa berada pada tahap piawaian yang tinggi/standard. Teachers must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective ( NCTM, 1980: 25 ) Any teacher who lacks dedication to these professional ideals and to continued self-improvement should not be retained in teaching. Teachers must accept performance and not protectionism as a synonym for professionalism ( NCTM, 1980: 26 ) Sebagaimana guru-guru lain, guru matematik juga perlu memainkan peranan sebagai

o o o

Murabbi ( Pendidik ) : memupuk dan menyuburkan potensi serta sifat-sifat baik yang sedia ada dalam diri setiap individu pelajar. Mu'allim ( Pengajar ) : menyampaikan segala maklumat, dan ilmu pengetahuan dengan penuh hikmah, sistematik, dan beradab. Muaddib ( Pembentuk adab ) : menanam,mengasuh, dan mendidik pelajar dengan adab-adab yang mulia; menjadi model, dan contoh ikutan yang baik kepada pelajar. Muhallil ( Pakar Rujuk ) : bersedia menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar; perlu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan pakar dalam bidang yang diceburi (matematik dan cabang-cabangnya ). Qiadi ( Pemimpin ) : ada karisma dan gaya kepemimpinan yang baik dan berusaha melahirkan kepemimpinan pelajar yang cemerlang dan bertaqwa. .

Realiti perlaksanaan program matematik KBSM


KBSM yang diperkenalkan pada tahun 1989 adalah lanjutan daripada KBSR yang mula diperkenalkan pada tahun 1983. Penggubalan KBSM adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip kesepaduan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani, pendidikan umum untuk semua pelajar, pendidikan seumur hidup, penekanan kepada unsur-unsur nilai dan peningkatan penguasaan Bahasa Melayu. Kini pelaksanaan KBSM telah pun menjangkau usia lebih dari lapan tahun. Sejauh manakah tahap pelaksanaannya ? Adakah objektif dan matlamat yang dihasratkan telah tercapai sepenuhnya ? Apakah masalah yang dihadapi semasa proses pelaksanaannya ? Semua persoalan ini perlu mendapat perhatian setiap pendidik dan bakal pendidik. Beberapa kajian telah dijalankan untuk menilai pelaksanaan KBSM di sekolah menengah dan rendah yang melibatkan pelajar, guru, pentadbir dan ibu bapa ( Muhardi, 1996; Mohd Taib, 1996; Maarof, 1996; Sharifah, 1996; Pumadewi, 1996; Musak, 1996; Sazali, 1996 ). Berhubung dengan pelaksanaan KBSM dalam bilik darjah, terdapat juga kajian tentang proses pengajaran dan pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran, dan bidang-bidang tertentu seperti Matematik dan Sains ( Abdullah dan rakan-rakan, 1996; Aziz, 1990; Fatimah, 1996; Ng Soo Boon, 1996; Manoharen, 1996; Mak Sai Mooi, 1996; Raja Sulaiman, 1996; Yusuf, 1996; Agness Voo, 1996 ), Bahasa Melayu ( Bali, 1996 ), Geografi ( Idris,1996), Pengajian Islam ( Jawiah dan Abd. Aziz, 1996; Ibrahim, 1996 ), Kemahiran Hidup ( Ahmad, 1996; Nurul Huda, 1996 ), Pendidikan Jasmani ( Chan Foong Mae, 1996 ) , penerapan nilai-nilai murni ( Rosnani, 1996 ), kemahiran berfikir dan stail belajar ( Kamariah dan rakan-rakan, 1996; BTP, 1996; Zurida, 1996; Abd. Rahman, 1996 ), pengujian dan penilaian ( Lee Chong Nim, 1996; Nik Hassan, 1996 ), buku teks ( BPPDP, 1996 ), program pemulihan dan pengayaan ( Rogayah, 1996 ) dan sumber pengajaran dan pembelajaran ( Yahya, 1996 ). Oleh kerana pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sering dikaitkan dengan latihan perguruan, maka terdapat juga kajian yang berhubung dengan guru pelatih dan program latihan perguruan sama ada di universiti ataupun di maktab-maktab perguruan di Malaysia ( Osman, 1996; Mohd Majid, 1996; Nor Hayati dan rakan-rakan, 1996 ). Kajian penilaian yang dijalankan itu telah mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan, khususnya yang berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Antara rumusan daripada beberapa dapatan yang diperolehi adalah seperti berikut: i. ii. iii. Kebanyakan guru menunjukkan prestasi yang baik dari segi penyediaan rancangan mengajar ( penggal, mingguan dan harian ) Kebanyakan guru ( lebih daripada 70 % ) mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang baik dalam isi kandungan pelajaran yang disampaikan. Dari segi penggunaan kaedah dan strategi pengajaran, prestasi guru pada amnya adalah di tahap sederhana dengan sebilangan kecil guru sahaja yang mengamalkan dengan baik kaedah dan strategi yang disarankan untuk KBSM. Pada amnya guru mengutamakan kandungan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dalam tempoh waktu yang ditentukan. Mengajar dan melatih pelajar untuk ujian dan peperiksaan , sama ada dalaman ataupun luaran menjadi sasaran dan tumpuan pengajaran danpembelajaran. Kehendak-kehendak KBSM yang lain biasanya kurang diberi tumpuan.

iv.

Kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran masih berpusatkan guru; iaitu guru memainkan peranan sebagai penyampai maklumat atau penunjuk cara, dan pelajar berperanan sebagai penerima pengetahuan atau pemerhati yang pasif.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan (1996), terdapat beberapa dapatan yang membimbangkan berhubung dengan pengetahuan, kefahaman, sikap dan gaya pengajaran para pendidik matematik. Ringkasan dapatan daripada kajian tersebut adalah seperti berikut: i. Pengetahuan dan kefahaman tentang KBSM Masih terdapat sebilangan guru ( 25 % ) yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Termasuk juga di kalangan guru yang pernah mengikut kursus orientasi KBSM. ii. Kaedah dan strategi pengajaran Dari segi penggunaan kaedah dan strategi pengajaran, prestasi guru pada amnya adalah pada tahap sederhana, kerana sebilangan kecil guru sahaja yang mengamalkan dengan baik kaedah dan strategi yang disarankan untuk KBSM. Mereka masih mengutamakan kandungan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dalam tempoh waktu yang ditentukan. Mengajar dan melatih pelajar untuk ujian dan peperiksaan sama ada dalaman atau luaran ( yang diselaraskan di peringkat sekolah, daerah dan negeri serta peperiksaan awam PMR/SPM/STPM ) menjadi sasaran, dan tumpuan pengajaran dan pembelajaran. Kehendak-kehendak KBSM yang lain biasanya kurang diberi perhatian. Kebanyakan pelajaran yang diperhatikan masih berpusatkan guru; iaitu guru memainkan peranan sebagai penyampai maklumat atau penunjukcara dengan pelajar berperanan sebagai penerima pengetahuan atau pemerhati. Penyertaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran biasanya kurang aktif, dan terhad kepada memberikan respon kepada arahan atau soalan guru sahaja. Keadaan ini wujud kerana kurang terdapat aktiviti seperti kegiatan kumpulan, penyiasatan, penyelesaian masalah, inkuiri-penemuan, kerja kursus dan sebagainya yang berpusatkan murid serta melibatkan mereka secara aktif sama ada dari segi fizikal atau pun dari segi intelek. iii. Nilai murni, KBKK dan aplikasi

Pada amnya pelaksanaan teras KBSM berlaku secara kebetulan sahaja. Hanya sebilangan kecil guru yang merancang terlebih dahulu penerapan nilai murni, kandungan mata pelajaran lain, aspek bahasa, aplikasi dalam kehidupan seharian dan sebagainya. Dalam banyak situasi, ternyata peluang bagi penerapan unsur-unsur tersebut tidak dieksploitasikan. Aspek KBKK ( Kemahiran Belajar Secara Kritis dan Kreatif ) juga kurang ditekankan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, perbincangan, penyelesaian masalah dan kerja amali. Kajian oleh Abdul Razak (1993) mendapati bahawa minat para pelajar terhadap matematik bergantung kepada cara pengajaran yang dijalankan oleh guru. Pengajaran yang berteraskan fahaman binaan dengan penekanan kepada pemahaman konsep akan mendatangkan rasa minat,

dan kesedaran dalam diri pelajar terhadap kepentingan matematik dan berusaha menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran lain, dan dalam kehidupan harian. Mereka didapati lebih berhati-hati, bekerjasama, mempercayai serta saling menghormati antara satu sama lain ( antara murid dengan murid dan antara murid dengan guru ). Agness Voo (1996) dalam kajiannya terhadap pengajaran guru-guru di Daerah Papar, Sabah mendapati, proses pengajaran dan pembelajaran masih tertumpu kepada aktiviti penerangan dan hafaz sesuatu fakta atau prosedur. Sebagai contoh : 1. Dalam pengajaran mencari lilitan sebuah bulatan, guru biasanya hanya memperkenalkan rumus lilitan bulatan bersamaan dengan 2 j. Pelajar ditunjukkan cara menggunakan rumus tersebut tanpa memahami erti dan bagaimana rumus itu wujud. Pelajar dipaksa menghafaz rumus tersebut secara membabi buta dalam menyelesaikan latihan-latihan yang diberi. 2. Dalam pengajaran mencari luas segitiga, rumus Luas = 1/2 x Tapak x Tinggi diperkenalkan begitu sahaja tanpa pelajar mengetahui atau memahami kesinambungan di antara luas segiempat tepat dengan luas segitiga. Akibatnya, pelajar tidak diberi peluang untuk menaakul (reasoning) atau memperkembangkan kemahiran berfikir mereka. Malah matematik akan dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar, dan tidak beerti. Sering berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di peringkat sekolah menengah, para pelajar dikehendaki membuktikan teorem. Peranan guru hanya tertumpu kepada menerang atau menunjukkan bagaimana teorem itu dapat dibuktikan, dan kemudian murid-murid menyalin serta mengingati cara pembuktian tersebut ( Ng See Ngean, 1982 ). Guru telah mengabaikan suatu proses penting dalam aktiviti pengajarannya, iaitu bagaimana cara seseorang menemui sesuatu teorem itu. Jelasnya, proses berfikir dalam pembuktian teorem tersebut tidak dilibatkan. Contoh lain boleh dilihat dalam pembuktian hukum sinus; iaitu guru-guru tidak memberitahu bagaimana dan mengapa satu garis tegak mestilah dilukis dari puncak kepada tapak segitiga. Para pelajar hanya ditunjukkan bagaimana rumus-rumus yang terdapat dalam topik tersebut boleh digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa diterangkan mengapa rumus itu dicipta atau digunakan. Situasi seperti ini akan menghasilkan pembelajaran hafaz tanpa kefahaman dan kemahiran berfikir serta proses penyelesaian masalah. Kajian oleh Fatimah (1996) terhadap seorang guru matematik mendapati guru tersebut tidak mempunyai skim penyelesaian masalah yang tertentu. Bagi guru ini, penyelesaian masalah hanyalah sebagai satu aspek penting dalam matematik KBSM kerana kemahiran menyelesaikan masalah matematik mempunyai kaitan langsung dengan kemampuan seseorang menangani masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun strategi penyelesaian masalah tidak mendapat perhatian guru ini dalam pengajarannya kerana keutamaan beliau adalah peperiksaan, sedangkan prosedur dan strategi penyelesaian tidak dinilai dalam peperiksaan. Beliau nampaknya lebih yakin dengan cara dan gaya pengajaran yang pernah beliau sendiri alami semasa belajar dahulu. Pengetahuan guru ini tentang kurikulum matematik KBSM dan bagaimana pelaksanaannya di

peringkat sekolah adalah amat kurang. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak dapat menghayati aspirasi sebenar kurikulum matematik KBSM.

Kesimpulan
Kepercayaan, pemahaman atau pandangan guru terhadap matematik, pembelajaran matematik dan peranan guru sebagai pendidik matematik dapat diinterpretasikan dengan melihat keadaan, dan situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kebanyakan sekolah masih menekankan guru sebagai sumber maklumat. Fungsi utama guru lebih tertumpu kepada membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan, dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Penekanan yang dibuat adalah lebih kepada hasil pembelajaran, bukan kepada proses pembelajaran. Aktiviti dalam bilik darjah lebih menekankan kepada menghafal fakta sahaja ( Davis, 1986; Doyle, 1983; Amin, 1993; Ibrahim , 1994 ). Davis (1986) telah memperihalkan sifat asas matematik serta amalan , dan gaya pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah :
o o o o

Matematik melibatkan simbol-simbol yang ditulis atas kertas Pengajaran matematik tertumpu kepada aktiviti memanipulasikan simbol-simbol tersebut berdasarkan petua dan hukum-hukum yang telah dihafaz. Penguasaan kemahiran mengira adalah matlamat utama. Hasil pembelajaran lebih diutamakan berbanding dengan proses pembelajaran.

Guru menyuap maklumat matematik kepada pelajar yang dianggap bersedia menerimanya. Pelajar menjadi seorang penerima yang pasif. Amalan pengajaran ini berpaksikan kepada anggapan bahawa orang berilmu ialah orang yang banyak menyimpan fakta, konsep, dan tatacara dalam kepalanya, dan mudah melahirkannya bila-bila masa. Amalan pengajaran matematik seperti ini tidak ada keperluan mendesak kepada sumber pengajaran dan pembelajaran atau alat bantu mengajar apatah lagi alat atau bahan bantu belajar. Keperluan hanyalah terhad kepada pensil atau pen dan kertas sahaja. Tidak hairanlah pelajaran matematik menjemukan, membosankan, dan akhirnya menyebabkan ramai pelajar benci kepada matematik, dan seterusnya kepada guru matematik itu sendiri ( Raja Sulaiman , 1996 ). Secara keseluruhannya, KBSM mempunyai potensi untuk melahirkan warga pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berketrampilan tinggi. Apa yang perlu ialah komitmen yang ikhlas dan bersungguh-sungguh daripada semua pihak yang terlibat, samada pelajar, guru, pentadbir dan ahli masyarakat.

Penutup
Amalan guru dalam melaksanakan kurikulum Matematik KBSR dan KBSM, pada keseluruhannya masih berpusatkan kepada guru . Aktiviti yang melibatkan murid sangat terhad. Pengajaran konsep matematik dengan menggunakan pelbagai petua, dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak bermakna. Murid-murid lebih banyak menghafaz rumus, 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar. Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengira tetapi

jahil tentang matematik, dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan matematik ( Nik Azis, 1996; Fatimah, 1996 ). Maruah dan masa depan pendidikan matematik di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada para pendidik matematik itu sendiri. Kecemerlangan pendidikan matematik tidak mungkin berlaku, kecuali guru-guru mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik serta perubahan pengajaran dan pembelajarannya (Noraini , 1994). Taraf dan kelulusan akademik yang tinggi tidak mencukupi untuk membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan bermakna. Pengajaran matematik yang efektif akan memberi tumpuan kepada tahap pemahaman murid terhadap sesuatu konsep di samping kemahiran mengira dan penyelesaian masalah. Untuk itu para guru harus terlebih dahulu menguasai setiap tajuk dari segi konsep dan isi kandungan sebelum memulakan sesi pengajaran dalam bilik darjah. Kajian-kajian tentang amalan pengajaran para guru amat perlu dilakukan dari masa ke masa supaya masalah dan kekurangan akan dapat dikenalpasti, dan seterusnya jalan penyelesaian dapat dilakukan dengan segera.

BIBLIOGRAFI
Abd. Razak Habib (1994). " Keperluan Dan Masalah Dalam Pendidikan Matematik Dan Sains KBSM Dan Implikasinya Terhadap Kurikulum Pendidikan Guru ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Jawatan Kuasa Latihan Keguruan Antara Universiti. UKM : Bangi. Abd. Razak Habib, Abd. Rashid Johar, Abdullah Md. Noor & Puteh Mohd (1996). "Perlaksaan KBSM Dalam Mata Pelajaran Matematik, Sains dan Sains Sosial Di sekolah". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB. Agness Voo (1996). " Kesepaduan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik KBSM ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB. Ahmad Moh. Shariff (1996)." Kemahiran Hidup - Satu Penilaian" . Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM Amin Senin (1993). Memahami Matematik Pra Sekolah Dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

PENGENALAN Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.

Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsepkonsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering). Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.

TEORI PIAGET Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaiman kanak-kanak belajar. Dari kajain dan permerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalaui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 2 tahun), pra-operasi ( 2 7 tahun), operasi konkrit (7 11 tahun) dan operasi formal ( 11 tahun ke dewasa). Walau bagaimana, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.

Menurut Jere Confrey (1999), Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities.

Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga

menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatnnya penting untuk perkembangan mental.

Permainan kad seperti ini adalah salah satu daripada alat bantuan mengajar yang dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Klik untuk mendapatkan keterangan lanjut.

TEORI BRUNER Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme).

Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu:

Teorem Pembinaan Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.

Teorem Tatatanda Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut.

Teorem Kontras dan Variasi Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut.

Teorem Perhubungan Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.

Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran tertentu.

TEORI GAGNE Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip.

Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.

TEORI DIENES Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi.

Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik iaitu:

Prinsip Konstruktiviti Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik.

Prinsip Perubahan Perspeptual Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik.

Prinsip Dinamik Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep.

KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori

mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri.

Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsepkonsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

PENUTUP Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.

Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini.

Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan

koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

You might also like