You are on page 1of 20

Amalan dan doa bagi dipermudahkan bertemu jodoh

Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoaWallahualam 1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89) Yang bermaksud: Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik.(QS. Abiya/ 21: 89) Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini: Ya Allah Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin Amin Ya Rabbal Alamin. 2. Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari : Walaa tamuddannaainaika illa ma matana bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa mur ahlakaa bisSolaati,wastabir alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, walaqibati lit taqwa. Ertinya: Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa 3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.

Allahumma shalli wasallim alaa sayyidinaa Muhammad. Waalaa aali sayyidinaa Muhammad. Ertinya: Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau. 4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74 Yang bermaksud: Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin) 5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan. 6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan. 7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda. 8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT. Sekian, terima kasih. p/s: Kompilasi doa serta amalan di atas telah dirujuk daripada pelbagai laman web dan blog di Internet. Penulis memohon maaf jika ada yang tersilap dan penulis juga berharap agar para pembaca juga dapat contribute mana-mana doa/amalan mencari jodoh buat tatapan semua. Terima kasih. Pastikan anda mengunjungi laman kami, www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan. Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia!

Doa Dipermudahkan Jodoh


Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya. Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu, Sucikan hatiku ya Allah,agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku. Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannyajanganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku, dan usirlah dia dari relung hatiku.. Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini, dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni. Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat. Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah, satukan hati kami Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya. Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan. Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya. Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doaku ini Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu. Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku, luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya. Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu. bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan. Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Doa dipermudahkan JoDoH- Malay


Ya Allah... Seandainya telah Engkau catatkan dia akan mejadi teman menapaki hidup Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan diantara kami Agar kemesraan itu abadi Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Pengasih Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ke tepian yang sejahtera dan abadi Tetapi ya Allah... Seandainya telah Engkau takdirkan...

Dia bukan milikku Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku Dan peliharalah aku dari kekecewaan Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan merah Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya Dan ya Allah yang tercinta... Gantikanlah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah Walaupun tidak sama dengan dirinya Ya Allah ya Tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirMu Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hambaMu ini Ya Allah... Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku Di dunia dan di akhirat Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini Jangan Engkau biarkan aku sendirian Di dunia ini maupun di akhirat Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup Ke jalan yang Engkau redhai Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Kuasa Hebat Solat Istikharah Dalam Memilih Jodoh


Pernah suatu ketika dahulu, seorang pengguna myJodoh berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini. Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka baru di myJodoh (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan. Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masingmasing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang. Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A. Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati. Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi. Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati. Tak ada apa pun, kata beliau kepada saya. Sabarlah dan buat lagi malam nanti. Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya. Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang. Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan ngantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga. Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah.

Salat Istikharah
Salat Istikharah adalah salat sunnat yang dikerjakan untuk meminta petunjuk Allah oleh mereka yang berada di antara beberapa pilihan dan merasa ragu-ragu untuk memilih atau saat akan memutuskan sesuatu hal. Spektrum masalah dalam hal ini tidak dibatasi. Seseorang dapat salat istikharah untuk menentukan dimana ia kuliah, siapa yang lebih cocok menjadi jodohnya atau perusahaan mana yang lebih baik ia pilih. Setelah salat istikharah, maka dengan izin Allah pelaku akan diberi kemantapan hati dalam memilih.

Waktu Pengerjaan
Pada dasarnya salat istikharah dapat dilaksanakan kapan saja namun dianjurkan pada waktu sepertiga malam terakhir.

Niat Salat
Niat salat ini, sebagaimana juga salat-salat yang lain cukup diucapkan di dalam hati, yang terpenting adalah niat hanya semata karena Allah Ta'ala semata dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan Ridho Nya.

Tata Cara
Salat istikharah boleh dikerjakan dua rakaat atau hingga dua belas rakaat (enam salam)Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca Surah Al-Kafiruun (1 kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca 1 Surah Al-Ikhlas (1 kali). Ada pula bacaan lainnya, selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca ayat Al-Kursi (7 kali). Selepas membaca AlFatihah pada rakaat yang kedua, baca Surah Al-Ikhlas (11 kali).

Setelah salam dilanjutkan do'a salat istikharah kemudian memohon petunjuk dan mengutarakan masalah yang dihadapi. Sebuah hadits tentang do'a setelah salat istikharah dari Jabir r.a mengemukakan bahwa do'a tersebut dapat berbunyi : "Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamaku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dariku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu". (HR Al Bukhari)

Doa Dipermudahkan Dapat Jodoh


Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku, dekatkanlah.... Tapi kalau bukan jodohku, jodohkanlah... Jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh... Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku... Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku... Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali... Kalau dia jodoh orang lain, putuskanlah, jodohkanlah denganku.. Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan kemudian jodohkanlah kembali dia denganku... Amiiin...

Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain).. amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari " Walaa tamuddanna'ainaika illa ma mata'na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa' mur ahlakaa bisSolaati,wastabir 'alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal'aqibati lit taqwa....... " bererti "Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). DAn suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan 'akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa"
Doa untuk dipermudahkan jodoh, pun satu usaha :) Bestfriend is getting married in two days time. Tahniah dan semoga berkekalan untuk pergi ke majlis kahwin aku pulak(hehe), and sambung lagi berkekalan sampai akhir hayat. Ade orang senang aje dapat jodoh kan. Nampak macam tak berusaha, macam relaxx aje, tup tup dengar dah nak kawen dah. Ade orang pulak, jenuhlah berusehe cari pasangan, becos you might have heard, usaha tangga kejayaan? Yes, that. Keluar bersosial, berkenalan sana sini, but still is looking for the right one. Maybe the time is not right yet, who knows. Maybe, you need to wait a little longer, just a little longer.

The other day, we (my friends and I) went out for a quick dinner that turned out to be, not quick at all. We talked about this thing, and this thing memang meleret2 la boraknye because everyone has different opinion on the same thing. One thing that really caught my attention was when we're discussing pasal orang yang senang aje dapat jodohnya, and vice versa. Alah, orang yang senang dapat jodoh, nanti Allah susahkan la tang yang lain pulak Thats what my friend said. It stings a little bit, but I couldnt help but to agree with her. Betul lah kan, kan orang cakap hidup macam roda, ada hari senang, ade hari susah. Tak selamanya semua benda akan datang dengan mudah untuk kau, dan insyaAllah, tak selamanya hidup kau akan susah. But because the comment somehow slapped me in the face, I asked the Significant Other for opinion. He said, mungkin betul lah sekarang dimudahkan jodohnya, satu hari nanti ada ujian Allah turunkan untuk that person. Who knows, no one knows, kan. Tak perlu takut pada kesusahan, sebab susah tu datangnya dari Allah, Allah yang beri kau kekuatan to go through it, and Allah jugak yang berkuasa tu make it easy for you. (ha amik padan muka, kan dah kena ceramah se das) But aku nak ingatkan kau, before you say such things to other people, you think for yourself. Mungkin ada amalan yang orang tu buat, kau tak buat. Siapa tahu selain usaha, setiap hari dia berdoa untuk dipercepatkan jodoh, didatangkan jodoh yang baik, sedangkan kau tak berdoa, kau cakap pada diri sendiri kau belum bersedia. Atau mungkin kau berusaha tanpa doa, kau lupa setiap semua yang kau usahakan tu, Allah yang tentukan jadi atau tak. Tapi kalau aku dah usaha dan doa, tapi masih tak ada? Tak apa lah. Tu maknanya Allah lebih tahu masa yang sesuai untuk jodoh tu datang pada kau. Yakin lah dengan Allah.. Oo...okay.. Haah kan, betul jugak.. Kita pun masih belum pasti. Doalah, supaya jodoh kita panjang, supaya kau dan aku, are for each other. Alalala suwitnye hak3. Tapi I think what the Significant Other said is true, no argument there. Jadi if you think you have found the love of your life, doa lah dia untuk kau. Doa lah supaya jalan kalian dipermudah Allah, and if you havent found your one, doa. Pray for them to come knocking on the door at the right time, and pray for them to be what you need to become better insyaAllah.

Doa. Jangan jemu berdoa. :) And for the bestest friend one can ever asked for in the world, Nurul Nadiah Noryatim, selamat pengantin baru :) Excited tau kawan rapat sendiri nak kawen, esok malam nak pergi berinai2 pulak hohohohoh first time!

Solat hajat dan istikharah mencari jodoh


SOALAN: Saya melakukan solat hajat dan istikharah untuk tujuan mencari jodoh. Sebelum ini saya juga pernah berkenalan dengan seorang tetapi sudah lama terputus. Apa yang menghairankan ingatan saya bertambah kuat terhadapnya. Adakah ingatan dan perasaan ini sebagai petunjuk Tuhan kepada saya terhadapnya? Ramzi Hassan,Merapuh. JAWAPAN: Anda sudah melakukan apa yang diarahkan agama dan ingatlah sabda Nabi yang bermaksud: tidak akan menyesal mereka yang beristikharah kepada Tuhannya. Perasaan anda itu perlu dilihat terlebih dahulu, adakah ianya (bakal calon pilihan anda) itu menepati ciri-ciri sebagaimana yang di gariskan agama atau tidak. Sebab arahan agama dalam perkara memilih calon, sangat jelas iaitu pengutamaan perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai latar belakang agama perlu menjadi asas pilihan, sebagaimana sabdanya bermaksud: pilihlah mereka yang beragama pasti kamu akan berjaya. Wallahualam. Dijawab oleh MOHD. YYUSOF ABAS

Panduan Solat Istikharah


Istikharah adalah perkataan Arab yang berasal daripada kata dasar khayara. Daripada kata inilah terbitnya juga perkataan ikhtiar yang bermaksud pilihan. Apabila ditambah huruf hamzah wasl, sin dan ta di hadapan perkataan ini yang menjadikan ianya disebut istakhara, maka ia bermaksud meminta pilihan. Seperti perkataan ghafara yang bermaksud ampun, apabila ia menjadi perkataan istighfar maka ia bermaksud meminta keampunan. Perkataan khairun berasal daripada kata dasar (khayara) inilah juga. Ianya bermaksud pilihan yang terbaik. Dalam azan solat subuh ada lafaz al-solah khairun min al-naum bermaksud solat itu lebih baik daripada tidur. Iaitu pada waktu itu terdapat dua pilihan antara tidur dan bangun mendirikan solat, maka lafaz azan yang mengandungi perkataan khairun itu memberikan penegasan bahawa antara keduanya itu, solatlah yang terlebih baik. Jadi solat istikharah itu didefiniskan sebagai solat yang dilakukan semata-mata kerana ingin mendapat petunjuk Allah (melalui solat) kerana kita berhadapan dengan dua atau pelbagai pilihan.

Kerana hanya Allah SWT yang amat mengetahui perkara-perkara yang terbaik dan apa yang baik untuk diri kita sebagai hambaNya. Maka sepatutnyalah kita mengadu dan memohon agar Allah membantu dalam membuat pilihan. Kamus Dewan Ed. Keempat (2007) menjelaskan solat istikharah bermaksud: sembahyang untuk memohon pedoman daripada Allah bagi memilih jalan yang lebih baik antara dua pilihan. Manakala dalam laman wikipedia Solat Sunat Istikharah ditafsirkan sebagai solat sunat yang didirikan untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu-ragu dalam mengambil keputusan. Oleh itu kita memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik. Syariat Solat Istikharah ini adalah salah satu daripada syariat (Ajaran) Islam. Ia disandarkan kepada beberapa hadis daripada Rasulullah SAW. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh kedua-dua iman Bukhari dan Muslim daripada Jabir ra bahawa Rasulullah SAW mengajarkan kami solat istikharah. Sabdanya Apabila kamu dilanda kekusutan terhadap sesuatu, maka hendaklah dikerjakan solat dua rakaat kemudian berdoa Dengan doa yang akan disebutkan di bawah ini insyaAllah. Solat ini hukumnya adalah sunat. Ia boleh dilakukan bagi memohon petunjuk Allah atas perkaraperkara harus yang menjadi kesamaran kepada umat Islam untuk membuat pilihan. Maksudnya di sini ialah, tidak boleh dilakukan solat sunat istikharah ke atas perkara wajib seperti untuk persoalan adakah perlu aku tunaikan zakat? Haji? Mengenakan tudung (pakaian menutup aurat)? dan lain-lain yang diketahui ia sebagai tuntutan wajib ke atas umat Islam. Begitu juga tidak boleh dilakukan solat istikharah atas perkara-perkara yang telah nyata haram. Seperti keinginan untuk membuat pinjaman ataupun tidak dengan AhLong yang jelas melibatkan amalan riba, ataupun sama ada ingin melayan atau tidak mengendahkan permintaan rasuah daripada orang yang meluluskan sesuatu perkara/projek dan sebagainya. Sepatutnya mereka terus sahaja tidak membuat pinjaman AhLong yang melibatkan riba dan tidak memberi rasuah. Tidak ada ruang untuk beristikharah dalam perkara berkenaan lagi. Sebaliknya solat istikharah itu dituntut atas perkara-perkara yang harus seperti ingin memilih jodoh, menerima pinangan, atau membuat pilihan di antara dua atau lebih tawaran pekerjaan halal, atau membuat pilihan sama ada ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sesuai, dalam negeri atau luar negeri dan sebagainya. Cara solat Kaifiyat atau cara-cara mengerjakan solat sunat Istikharah ini sama seperti solat-solat sunat yang lain. Ia dikerjakan sebanyak dua rakaat berdasarkan kepada hadis sahih di atas. Imam al-Nawawi (1993:157) mencatatkan bahawa solat sunat ini terlaksana sama ada apabila seseorang mengerjakan solat rawatib (qabliyah atau badiyah) selepas solat fardhu, solat sunat tahiyatul masjid atau solatsolat sunat yang lain. Yang membezakannya adalah doa yang dibaca selepas solat itu. Sekiranya ia membaca doa istikharat (yang akan disebutkan di bawah) maka solat yang dikerjakan itu dikira sebagai solat sunat istikharah.

Kebanyakkan ulama mengkuhuskan solat sunat yang lain daripada solat rawatib dan sebagainya sebagai solat Istikharah. Maksudnya, ia adalah solat yang khusus untuk beristikharah, dengan niatnya yang khusus bahawa ia akan mengerjakan solat istikharah. Seperti niatnya sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala. Mereka juga ada menentukan masa seperti selepas tengah malam atau sebelum subuh bagi mengerjakan solat ini. Bagi ana, solat sunat Istikharah ini boleh dilakukan sama ada secara bersama dengan solat-solat sunat yang lain, pada waktu-waktu kebiasaan seseorang melakukan solat sunat. Selepas atau sebelum solat fardhu. Contohnya bagi mereka yang datang awal ke masjid, selepas azan zohor, mereka biasa melakukan solat qabliyah zohor, jadi diniatkan untuk beristikharah (baca doa istikharah) selepas solat tersebut. Sejurus selepas solat, ia berdoa dengan doa istikharah maka insyaAllah, ia akan memperolehi pahala solat qabliyah dan solat istikharah secara sekaligus seperti pahala puasa syawal bagi mereka yang melakukan puasa qadha. Ataupun anda boleh memilih sama ada ingin memperuntukkan waktu yang khusus bagi solat ini pada waktu-waktu yang selesa bagi anda untuk mengerjakannya. Yang penting adalah keikhlasan dan penyerahan diri kepada Allah SWT secara sepenuhnya (sama ada kita berada dalam kesenangan mahupun waktu-waktu sukar dan mencabar). Bacaan surah dalam solat istikharah sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam al-Nawawi adalah, pada rakaat pertama dibaca surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua pula surah al-ikhlas. Keduaduanya dibaca selepas bacaan surah al-Fatihah. Anda boleh membaca surah-surah berkenaan sekali sahaja atau diulang sebanyak tiga kali mengikut keselesaan dan keikhlasan anda sendiri.

Doa Berikut disertakan doa istikharah sebagaimana yang dicatakan dalam buku al-azkar karang Imam al-Nawawi ra:

Maksud: Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu, dan aku meminta dengan Kudrat dan kekuasaanMu, dan aku bermohon dengan kurniaanMu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkaulah yang menentukan segala sesuatu bukanlah diriku ini penentu, dan Engkaulah yang Maha Mengetahui sedang diriku tidak mengetahui, dan Engkaulah sahaja yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, sekiranya Engkau ketahui perkara ini lebih baik buatku, untuk agamaku, kehidupanku dan segala urusanku di dunia dan di akhirat, maka engkau tentukanlah ia untukku, dan permudahkanlah segala urusannya untukku, kemudian engkau berkatilah daku padanya. Namun sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah tidak baik bagiku, untuk agamaku, kehidupanku dan segala urusanku di dunia dan akhirat, maka engkau jauhilah ia daripadaku, dan engkau jauhilah daku daripadanya, sebaliknya engkau tukarkanlah ia dengan ketentuan yang lebih baik untukku di mana-mana, kemudian engkau redha akan daku dengannya pula, wahai tuhan yang maha pemberi rahmat. Cara berdoa 1. Memulakan dengan puji-pujian kepada Allah 2. Selawat ke atas Rasulullah SAW, keluarganya, sahabatnya dan para pengikutnya 3. Bacaan doa di atas 4. Menyebut perkara yang dihajati (berada dalam kesamaran) 5. Selawat ke atas Rasulullah SAW, keluarganya, sahabatnya dan para pengikutnya 6. Diakhiri dengan puji-pujian kepada Allah SWT. Semoga mendapat rahmat, pertolongan daripada Allah atas segala niat dan tindakan yang bakal kita ambil. Yang terlebih penting agar ruh agama dan syariat Islam sentiasa segar bak darah yang mengalir dalam diri dan kita tidak terpisah daripadanya melainkan melalui kematian. Firman Allah (Ali Imran:102) dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam (yang menyerah diri sepenuhnya kepada Allah). Yakni dengan mengikuti dan mengamalkan setiap ajaran Islam dalam menjalani kehidupan di dunia secara total. Wallahu aklam. Rujukan: al-Azkar. 1993. Imam al-Nawawi. Bayrut: Dar al-Khayr. Kamus Dewan Ed.4 (2007) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. al-Mukjam al-Arabi al-Muyassar. 1991. t.tp: Percetakan Larus. Sumber : http://ibnrajab.wordpress.com/

Doa solat istikharah


Doa Istikharah bererti: Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan. Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila

seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan uru sanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ad a cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orangorang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya. Allah telah berfirman:

NEW!
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH Bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan, maka umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah. la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul. Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w.. yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: yang bermaksud "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya." Lafaz dan niatnya adalah seperti berikut Sahaja aku solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala. Kaedah 1 Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca ayat AlKursi (7 kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca Surah Al-Ikhlas (11 kali). Dalam sujud yang terakhir, baca tasbih/doa berikut sebanyak 40 kali: Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah S. W.T. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

Doa Selepas Solat Sunat Istikharah: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu." (HR At-Tirmizi dan Bukhari) Kaedah 2 (yang lebih ringkas) Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca Surah AlKafiruun (1 kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca 1 Surah Al-Ikhlas (1 kali). Selepas selesai memberi salam, bacalah doa seperti dalam Kaedah 1 di atas.
Jika kita telah melaksanakan solat istikharah dengan betul dan sungguhsungguh, kemudian berdoa sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW, maka serahkanlah segalanya kepada Allah SWT. Jika lelaki tersebut orang yang terbaik untuk anda, insya Allah pada suatu ketika nanti, Allah akan mempertemukan jodoh anda.

Lafaz niatnya ialah "Sahaja aku menunaikan solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala". Solat ini sudah memadai dilakukan sebanyak satu kali namun, jika saudari mahu saudari boleh menunaikannya sebanyak dua, tiga kali. Seeloknya lakukanlah pada malam jumaat kerana pada malam itu adalah malam yang berkat dan mudah-mudahan Allah SWT menerima dan memustajabkan doa saudari itu. Namun jika hubungan atau jalinan ataupun perasaan antara anda berdua ada yang berubah, mungkin itu juga yang terbaik sehingga tidak terjadi hubugan perkahwinan. Serahlah segalanya kepada Allah dengan kesabaran dan yakinlah bahawa solat istikharah yang dibuat dengan

benar itu akan memberikan hasil yang baik seperti yang diharapkan, insya Allah.
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. Setelah selesai shalat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasululla SAW: Allaahumma inni astakhiiruka bi'ilmika , wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata'lamu wa laa a'lamu, wa anta allaamul ghuyuub. Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama'aasyii wa 'aaqibati amrii, 'aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibatu amrii 'aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni 'anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka 'alaa kulli syai-in qadiir "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku. Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya" Tata Cara Shalat Istikharah Tata cara solat istikharah sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, yaitu berniat solat istikharah. Bila mungkin laksanakan sesudah lewat tengah malam, setelah bangun tidur. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah . Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: "Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini... .(sebutkan namanya)"

Cara Solat Istikhoroh


Solat Istikhoroh dilakukan seperti solat sunnah yang lain iaitu sebanyak dua rakaat, sama ada siang atau malam hari (selama sedang memerlukan petunjuk), dalam setiap rakaatnya membaca alFatihah dan surah apa saja yang sudah dihafal, lalu mengangkat tangan sambil berdoa dengan doa istikhoroh yang diajarkan oleh Nabi seperti yang telah disebutkan/dibentangkan di atas (dalam hadis Bukhori dari jalan Jabir Bin Abdulloh). (Asal perkataan ini oleh Ibnu Baz dalam Majmu Fatawa wa Maqolat Mutanawwiah, 11/421) Adakah Dalam Solat Istikhoroh Ada Bacaan Khusus/Tertentu? Imam Nawawi mengatakan: Disunnahkan pada rakaat pertama setelah al-Fatihah membaca surat al-Kafirun dan rakaat ke dua setelah al-Fatihah membaca surat al-Ikhlash (al-Majmu Syarh alMuhadzdzab 2/377), hal ini didasari oleh maksud orang yang beristikhoroh supaya mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah, sehingga yang patut dibaca adalah dua surat tersebut. Sedangkan al-Hafiz al-Iraqi mengatakan (Perkataan ini dinukil dari Tuhfatul Ahwadzi 2/484): Aku tidak menjumpai satu hadis pun tentang penentuan bacaan surah-surah khusus dalam solat Istikhoroh. Dan keterangan di atas jelaslah bahwasanya pendapat yang lebih kuat adalah tidak adanya ketentuan surah-surah yang dibaca ketika solat Istikhoroh, lantaran tidak ada keterangan dari Rasulullah akan hal itu, dan mereka yang mensunnahkan surah-surah tertentu tidak mendatangkan dalil al-Quran dan Sunnah, sehingga kita katakan disunnahkan setelah membaca al-Fatihah di masing-masing rakaat untuk membaca surah apa saja dari al-Quran yang telah dihafal. Berkata Ibnu Bazz (Majmu Fatawa wa Maqolat Mutanawzviah 11/421): Hendaknya (orang yang solat Istikhoroh) membaca al-Fatihah di setiap rakaat dan membaca surah apa saja yang mudah. Bilakah Doa Istikhoroh Dibacakan? Doa Istikhoroh boleh dibaca samaada sebelum salam atau selepas salam selepas solat dua rokaat. (Sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu Fatawanya 12/105) a. Sebelum salam Adapun dibolehkan membaca doa istikhoroh sebelum salam ini berdasarkan: 1. Kebanyakan doa Nabi dalam sholat dilakukan sebelum salam (setelah tasyahud akhir), seperti yang dijelaskan oleh Abu Hurairoh, beliau berkata: Nabi bersabda: Apabila kalian selesai dari tasyahud yang terakhir, hendaklah berdoa meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu mengucapkan (maksudnya); Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dan azab kubur, dari fitnah

kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal. (Hadis Riwayat Bukhari 1377, dan Muslim 588) 2. Demikian juga Rasulullah mengajari Abu Bakar tatkala beliau minta diajarkan doa yang boleh dibaca dalam solatnya, lalu Nabi memerintahkan beliau untuk membaca (maksudnya); Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari-Mu, dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Hadis Riwayat Bukhari 834 dan Muslim 3/7/27) 3. Dalam Hadis Jabir bin Abdullah, Rasulullah tidak menentukan tempat dibacanya doa istikharah apakah harus dibaca sebelum salam atau setelah salam. b. Sesudah salam Sedangkan dibolehkan doa Istikhoroh dibaca sesudah salam berdasarkan zahir hadis yang menunjukkan doa tersebut dibaca sesudah salam, sebagaimana Nabi bersabda (yang ertinya): Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud terhadap suatu perkara, hendaklah solat sunnah dua rakaat bukan termasuk wajib, kemudian berdoa... Berkata Ibnu Baz: Sholat Istikhoroh hukumnya sunnah, dan doa istikhoroh tempatnya setelah salam sebagaimana (zahir) hadis yang telah datang dari Rasulullah (Majmu Fatawa wa Maqolat Mutanawwiah 11/421422). (Demikian juga difatwakan oleh Lajnah Daimah dalam Fatwa no. 10666) Apa Yang Dilakukan Setelah Solat Istikhoroh Dan Bermusyawarah? Imam Nawawi r.h. berkata (Perkataan Imam Nawawi (dinukil secara bebas) ini dinukil oleh Imam Syaukani dalam Nailul Author 2/298): Setelah seseorang melakukan solat Istikhoroh, sebaiknya dia menjalani apa yang dia rasakan lapang dadanya terhadap perkara tersebut baik meneruskan maksudnya atau meninggalkannya. Kemudian beliau melanjutkan perkataannya: Bagi orang yang hendak beristikhoroh hendaklah ia menghilangkan kecondongan hatinya terhadap suatu perkara sebelum melakukan solat dan doa Istikhoroh, dan tidak selayaknya bersandar kepada adanya kecondongan hati sebelum istikhoroh, kerana apabila ada kecondongan hati sebelum istikhoroh, lalu dia melakukan istikhoroh, bererti dia tidak beristikhoroh, kerana istikhoroh dilakukan ketika bimbang dan meminta dipilihkan yang terbaik dari Allah untuknya. Boleh Mengulang Solat Istikhoroh Dalam Satu Perkara Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/515): Setelah melakukan solat dan doa istikhoroh, apabila merasa lapang dadanya terhadap suatu perkara baik meneruskan atau meninggalkan, maka inilah yang diharapkan, tetapi apabila tetap

bimbang dan tidak merasa lapang dadanya, maka dia boleh mengulangi solat dan doa Istikhorohnya ke dua kali, ke tiga kalinya, dan seterusnya, hal ini lantaran orang yang beristikhoroh adalah orang yang meminta petunjuk kepada Allah akan kebaikan yang akan dia lakukan sehingga apabila tidak jelas baginya kebaikannya atau tetap ragu maka dia boleh beristikhoroh berulang kali. Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya Permintaan? Sebahagian orang berkata: Setelah melakukan solat dan doa Istikhoroh, maka akan datang petunjuk dalam mimpinya, maka diambil pilihan sebagaimana mimpinya, oleh kerana itu ada sebagian orang berwudhu, lalu melakukan solat dan doa istikhoroh, kemudian terus tidur (mengharap petunjuk datang melalui mimpi), bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih (supaya bermimpi baik), semua ini hanyalah prasangka manusia (yang tidak ada dasarnya). (Lihat Bahjah an-Nadzirin Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh Salim bin led al-Hilali 2/44) Kesimpulan 1. Rasa bimbang, ragu, dan ketidak-tahuan baik dan buruknya suatu perkara adalah hal yang wajar, kerana semua itu termasuk tabiat dan keterbatasan manusia. 2. Solat Istikhoroh adalab solat yang dilakukan untuk minta petunjuk kepada Allah kebaikan perkara yang sedang dihadapi. 3. Para ulama bersepakat (ijma) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah. 4. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara baik besar atau kecil, selama seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang/terkemudian. 5. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya perkara (dari awal lagi), maka tidak disunnahkan beristikhoroh, ini kerana solat Istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk, dan Allah memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supya bertawakal kepada Allah. 6. Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah, adapun perkara wajib dan sunnah, maka tidak disunnahkan istikhoroh, ini kerana kebaikannya sudah jelas adanya, sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunnahkan istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas adanya. 7. Tidak terdapat dalil yang sah tentang pengkhususan bacaan surah-surah al-Quran dalam solat Istikhoroh. 8. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam) 9. Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh dalam satu perkara apabila diperlukan. 10. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan solat istikhoroh

adalah tanda petunjuk dari Allah, dan tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh. Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para ulama tentang solat Istikhoroh, mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah sehingga kita dapat melangkah sesuai dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dan sisiNya dengan jalan taat dan istiqomah di atas landasan-Nya, amiin.Selamat berdoa dan beramal..!

You might also like