You are on page 1of 2

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT SEBAGAI PEGANGAN MASYARAKAT KINI

Berhari raya di batu pahat, Rumah terbuka tempat dituju, Amalkan gaya hidup yang sihat, Cergas rakyatnya negara maju.

Selamat sejahtera semua, saya Nurul Ain dan dan akan saya bincangkan pada hari ini topik amalan gaya hidup sihat sebagai pegangan masyarakat kini.

Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Ramai yang memikirkan amalan gaya hidup sihat hanya merupakan penjagaan pemakanan dan melakukan senaman, tetapi penjagaan badan kita juga merupakan satu aspek yang amat penting dalam kehidupan yang sihat.

Masyarakat kini mengambil prihatin tentang amalan gaya hidup sihat dengan mengadakan beberapa kempen dan iklan mengenai kepentingan dan cara-cara untuk menjalankan kehidupan yang sihat. Pada hari ini, terdapat iklan yang diulang di televisyen yang menggalakkan khalayak ramai, terutama sekali kanak-kanak, untuk makan dua hidangan buah-buahan dan juga sayur-sayuran setiap hari.

Mengapa gaya hidup sihat itu sangat penting? Seperti apa yang telah saya katakan pada pendahuluan saya, gaya hidup sihat dapat melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Dengan penjagaan pemakanan dan adanya tidur yang secukupnya, seseorang itu akan mempunyai tenaga yang lebih banyak dan dapat menghabiskan kerja-kerja yang lebih banyak. Minda yang cergas dapat membantu setiap individu mencari penyelesaian yang baik dan juga idea-idea yang unik untuk pekerjaan mereka.

Kini, ramai remaja yang terlibat dalam gejala-gejala sosial seperti mencuri, mengambil dadah dan melakukan seks rambang. Ini diakibatkan amalan gaya hidup yang tidak sihat. Bilangan remaja yang didapati mempunyai jangkitan penyakit kelamin dan juga

ditangkap polis semakin meningkat. Ini amat membimbangkan kerana remaja pada masa kini tunggak masa hadapan.

Dengan itu, masyarakat kini harus mengambil tindakan untuk menggalakkan amalan gaya yang sihat.

Nurul Ain Azhar 09S05 07 April 2009 Kumpulan B

You might also like