You are on page 1of 5

Prasarana sekolah yang lengkap akan mewujudkan suasana dan iklim pembelajaran yang amat selesa dan kondusif

supaya murid-murid dapat menimba ilmu dengan mudah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan. Di sekolah yang telah saya menjalani PBS iaitu Sekolah Kebangsaan Mambau mempunyai pelbagai kemudahan fizikal seperti Sudut pembelajaran tandas Makmal sains Pusat sumber/Perpustakaan Bilik kaunseling Bilik kemahiran hidup Balai pengawal Bilik guru Kedai buku Pusat akses Balai ilmu Bilik pendidikan khas Bilik boss Pondok moral Bilik darjah Tandas pendidikan khas Stor sukan Stor pengakap surau Bilik pemulihan murid Kantin Makmal computer

Sekolah Kebangsaan Mambau mempunyai kebanyakkan sudut pembelajaran di sekitar sekolah. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa amalan fpk iaitu pendidikan suatu usaha berterusan dan perkembangan potensi individu di mana murid-murid boleh menbaca dan menambah ilmu mereka pada setiap masa.

Contohnya di hadapan tapak perhimpunan terdapat Balai Ilmu yang mempunyai pelbagi maklumat. Balai ilmu tersebut juga mempunyai kemudahan kerusi meja, kipas dan lampu yang menggalakkan murid-murid berkunjung ke sana untuk membaca apa yang ditampal pada dinding balai ilmu. Selain itu kantin sekolah juga kelihatan amat ceria dan bersih. Kerusi meja murid-murid adalah dalam keadaan yang amat baik dan jual beli makanan juga adalah mat teratur. SK Mambau tidak mempunyai padang sekolah yang berumput. Tapak

perhimpunan dijadikan padang sekolah. Bilik guru adalah mempunyai kemudahan penghawa dingin dan selesa untuk 49 orang guru. Seterusnya tandas di sekolah ini adalah mencukupi kepada para murid-murid. Terdapat juga tandas untuk murid-murid pendidikan khas. Sekolah kebangsaan Mambau mempunyai sebuah beberapa buah pusat

sumber yang padat dengan pelbagai bahan bacaan dan kemudahan untuk keperluan guru dan murid-murid sekolah. Ia adalah perpustakaan, pusat akses,Ruang SALC, ruang BBM, bilik APD dan makmal komputer. Pusat sumber SK Mambau di bawah naungan Guru besar iaitu En Azizol Hasan Bin Shamsuddin, penasihat Pn.Noor Azikin bt Husein selaku GPK 1. Pusat sumber SK Mambau dipengerusikan oleh Pn.Nor Hana bt Sitam,selaku guru perpustakaan & Media dengan dibantu oleh Pn.Roslian bt Mohamad, Pn. Rosidah bt Mohamad (Perpustakaan), Pn WanitaH a/l

Govindhan(SALAC), Pn.Nor Azlinda bt Abdul Muluo (Pusat Akses), Pn Masuri bt Hj. Isa (Bilik APD), Pn.Fan Joon Meng (BBM) DAN En Azrie b. Abu Talib (Makmal Komputer).

Seterusnya terdapat kemudahan seperti makmal computer dan pusat akses. Makmal Komputer Sek Keb Mambau ditubuhkan pada tahun 2004 dan mengandungi 21 buah komputer meja yang berjenama Komnas. Ia mempunyai aksess ke internet melalui 'schoolnet' dan 'streamyx' sumbangan PIBG Sekolah. Kesemua komputer meja makmal masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Program zoom-a telah dijalankan bagi murid-murid UPSR oleh makmal komputer. Latihan dalaman juga diadakan di dalam makmal komputer contohnya baru-baru ini latihan dalaman eduwebtv. Makmal computer juga mengandungi kemudahan penghawa dingin dan seorang juruteknik computer. Selain itu Pusat Akses ditubuhkan pada tahun 2007 dan ia mengandungi 10 buah komputer meja berjenama IBM. Penyelaras Pusat Akses Pn Norazlinda Bt Abdul Mulup yang juga merupakan guru bestari sekolah. Pusat Akses dibuka untuk warga sekolah pada setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 2 petang. Pusat Akses sekolah digunakan dengan sepenuhnya oleh warga guru dan murid Sekolah Kebangsaan Mambau. Terdapat juga bilik kaunseling di sekolah SK Mambau. Ia ditubuhkan pada tahun 2007dan diketuai Puan Suriyati Bt Salim sebagai kaunselor SK Mambau telah banyak memenangi anugerah peringkat daerah. Bilik Kaunseling ini terdapat beberapa pecahan bilik diantaranya terdapat ruang anjung ilmu, ruang rehat dan lain-lain lagi. Bilik kaunseling juga mempunyai penghawa dingin dan mempunyai ruang rehat untuk muridmurid yang mempunyai masalah kesihatan. Ia juga berperanan dalam memupuk nilainilai moral di kalangan murid-murid SK Mambau.

Sekolah Kebangsaan Mambau juga mempunyai sebuah Makmal sains diketuai oleh Puan Yuslina Bt Mohd Yusof. Terdapat pelbagai peralatan di dalam makmal sains tersebut. Ia tersusun rapi dan kemas dan juga warna bilik yang menyegarkan. Makmal Sains dibuka setiap hari untuk kegunaan guru-guru yang ingin menjalankan eksperimen-eksperimen yang lebih sesuai dijalankan di sana berbanding di dalam bilik darjah.. Terdapat juga kemudahan lain seperti BILIK BOSS yang merupakan bilik SPBT, stor sukan, stor pengakap,bilik kemahiran hidup dan surau. Pejabat dan bilik guru sekolah juga berada dalam keadaan yang amat selesa. Bilik guru dan pejabat mempunyai kemudahan penghawa dingin. Saya mendapati bahawa terdapat banyak mural dan kata-kata hikmah pada semua dinding dan sekitar tangga sekolah. Selain daripada Rukun Negara merupakan aspek yang diambil kira semasa pembentukkan Fpk. Maka penghayatan rukun negara adalah penting dalam mewujudkan masyarakat yang mempunyai aspek-aspek yang ditekankan dalam Fpk. Rukun negara telah ditampal di dinding bangunan utama sekolah, di bilik darjah dan juga di pejabat. Maka dengan ini warga sekolah akan mengaplikasikan fpk dengan amalan Rukun Negara. Sekolah Kebangsaan Mambau mempunyai 22 bilik darjah yang mana dilengkapi dengan troli LCD, tong sampah di luar setiap bilik darjah dan ia mempunyai sudut bacaan yang amat padat. Bilik darjah mempunyai kerusi, meja murid-murid yang berada dalam keadaan yang baik, almari, rak buku, papan kenyataan dan papan hitam.

Kesemua bilik darjah di sekolah ini berada dalam keadaan yang amat bersih di mana ia mewujudkan suasana yang selesa bagi murid-murid dan guru-guru. Aspek keselamatan adalah amat penting di sesebuah sekolah dalam menjamin keselamatan warga sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Maka sekolah ini mempuyai pelbagai kemudahan seperti pondok pengawal, loceng kebakaran dan pihak sekolah juga mengadakan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. Ia untuk memastikan murid-murid peka akan menjaga keselamatan semasa di dalam kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah seperti pondok bas. Sekolah ini mempunyai pondok pengawal yang pengawal sentiasa menjaga keselamatan para murid, memastikan orang lain tidak masuk dalam kawasan sekolah dan mengawasi kenderaan semasa murid-murid menaiki bus untuk pulang ke rumah. Pada pemerhatian saya Sekolah Kebangsaan Mambau mempunyai kawasan yang ceria, bersih dan indah. Melalui kemudahan dan persekiran yang kondusif maka ia menjadi mudah untuk melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Maka, jelaslah sekolah ini merealisasikan FPK dalam semua aspek prasarana sekolah

You might also like