You are on page 1of 2

Amal Maaruf Nahi Mungkar

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan
tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia
tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah
dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman."
H.R Muslim

"Sesungguhnya Allah Taala berfirman kepada seorang hamba pada hari qiamat, iaitu: Apakah yang meng
halang engkau dari mengubah yang mungkar apabila engkau melihatnya? Ia menjawab: Hai Tuhanku! Kerana
aku takut kepada manusia. Lalu Allah berfirman: Engkau lebih berhak takut kepada Ku."

Budaya Menuding Jari Masyarakat Kita

Sikap menyalahkan orang lain, jika disedari adalah budaya di kalangan masyarakat
kita hari ini. Tidak kira di peringkat golongan mana sekalipun, daripada golongan
atasan hinggalah golongan masyarakat umum. Budaya ini sebenarnya, telah
mendedahkan lagi kelemahan diri di mata orang lain, bahkan akan dibenci oleh
orang di sekeliling kita.

Beberapa isu yang timbul kebelakangan ini, menjelaskan lagi budaya ini dan yang
ketara, ia melibatkan orang melayu, dengan tersiar di dada akhbar harian atau
tabloid. Budaya ini sebenarnya telah menggalakkan fitnah, hasad dengki, adu domba
dan lain-lain sifat yang keji. Perkara-perkara ini adalah punca ke-fasadan
(kerosakan) dan perpecahan di kalangan kita. Sedangkan kita ketahui larangan Allah
SWT sangat jelas didalam Al Quran :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan


(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah
kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang lain dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik
Kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha
Mengasihani." (Surah Al Hujuraat : 12)

Jelas di dalam ayat ini larangan Allah terutamanya terhadap sangkaan-sangkaan


atau tuduhan yang tidak berasas, membahayakan atau menyusahkan orang lain.
Lantaran, kita sebagai umat yang sedar, wajar untuk menghapuskan budaya bobrok
ini di dalam masyarakat kita, atau kelak masyarakat Islam kita hancur dan musnah
hasil perbuatan tangan kita sendiri.

Sedarilah hakikat kelemahan kita, jangan berpaling dari kekurangan yang ada. Jalan
penyelesaiannya ialah dengan mempertingkatkan amalan dan memperbaiki
kelemahan-kelemahan yang ada, nescaya umat yang berkualiti akan dapat
dijelmakan. Turuti langkah para sahabat mempertingkatkan kualiti diri, pasti diredhai
dan direstui Allah SWT.

Lengkapkah Islam kita jika...


1. Hanya mengucap 2 kalimah syahadah
tapi tidak pernah melaksanakan ibadahnya....
2. Hanya mengaku sebagai hamba Allah
tapi tidak pernah melaksanakan perintahNya....

3. Hanya mengaku menyintai rasullah


tapi tidak pernah mengikut sunahnya....

4. Hanya membeli Al-Quran dan mempamerkannya


tapi tidak pernah mengamalkannya....

5. Hanya mempercayai Qadak dan Qadar


tapi tidak pernah redha akan ketentuanNya....

6. Hanya mengakui kewujudan hari kiamat


tapi tidak pernah membuat persediaan untuknya....

You might also like