You are on page 1of 4

PENGENALAN 1.

1 Pendahuluan Dalam bab ini penyelidik cuba menerangkan tentang latar belakang masalah membaca yang dihadapi murid. Penyelidik juga menyatakan tentang pernyataan masalah kajian. Di samping itu bab ini juga menjelaskan tentang objektif kajian, persoalan kajian dan hepotesis kajian. 1.2 Latar belakang kajian. Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ( 2006 ) membaca adalah satu keupayaan untuk membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan adalah diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik. Menurut fahaman terdahulu membaca semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang menyuarakan tulisan dengan lancar, adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak ifahami. Justeru itu kemahiran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat untuk memerhati kepada kekuatan suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan. Fahaman masa kini pula membaca itu bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan pada suara dengan lancar dan kuat, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidak boleh dianggap sebagai pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca .

Dalam hal demikian, bolehlah dikatakan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Pelajar memperoleh kemahiran membaca ini sejak dari awal tadika sehinggalah ke peringkat sekolah rendah. Namun senario kini amat menyedihkan di mana kemahiran membaca ini menunjukkan kelemahan yang amat ketara di kalangan pelajar sekolah rendah sehingga Tahun Enam mahupun ke peringkat sekolah menengah masih berlarutan sehinggakan menjadi masalah kepada para guru. Menurut laporan Kualiti Hidup Malaysia ( 2002 ) menunjukkan bahawa tahap membaca dalam kalangan murid khususnya dan masyarakat amnya, agak

membimbangkan. Mengikut kadar literasi ( 2002 ) sebanyak 93.8 % rakyat Malaysia membaca secara purata hanya 2 buah buku setahun. Pada tahun 1996 kanak-kanak yang berumur 5 6 tahun hanya 52 % boleh membaca. 9 tahun

Di peringkat sekolah rendah murid dalam lingkungan umur 7

sebanyak 96 % boleh membaca sementara 73 % mengamalkan tabiat membaca. Kumpulan murid dalam lingkungan umur 10 tahun ke atas, sebanyak 93 % boleh membaca dan hanya 87 % mengamalkan tabiat membaca di dalam kehidupan seharian mereka. Di bandar sebanyak 81 % dan di luar bandar pula hanya 77 % yang mana kedua-dua lokasi ini sekadar 56 % yang mengamalkan tabiat membaca Jadual 1.1 Kebolehan Membaca dan Amalan Membaca bagi Kanak-kanak Berumur 5 hingga 10 tahun

Ciri-ciri

Orang % taburan

Boleh baca % insiden

Amal baca % insiden

Jumlah

100

79

56

Jantinalelaki perempuan 5 - 6 tahun 7 - 9 tahun 10 th ke atas 51 49 38 62 100 78 80 52 96 93 55 57 30 73 87

( Laporan Kualiti Hidup Sihat Malaysia 2002 )

Jadual 1.2 Jenis bahan bacaan yang disukai ( 2002 ) Ciri-ciri 5 9 tahun Surat khabar 6 79 Majalah 10 47 Buku 26 52 Komik 41 32

10 tahun

( Laporan Kualiti Hidup Sihat Malaysia 2002 )

Jadual 1.2 menunjukkan bahan-bahan bacaan yang sering di baca oleh murid-murid sekolah.. Merujuk kepada jadual di atas amat membimbangkan kerana amalan membaca buku akademik menunjukkan peratusan yang rendah iaitu 26 % bagi kanakkanak berumur 5 hingga 9 tahun dan 52 % bagi mereka yang dalam lingkungan umur 10 tahun ke atas. Bilangan penduduk yang boleh membaca mengikut banci penduduk tahun 1996 hanya meningkat sebanyhak 8 % daripada 85 % dalam tahun 1991. Peningkatan yang agak perlahan ini amat membimbangkan pihak kerajaan. Ekoran daripada itu pada tahun 1995, kerajaan telah menganjurkan Kempen Bulan Membaca peringkat kebangsaan setiap tahun sehingga tahun 2005. Bagi menjayakan kempen ini, beberapa agensi kerajaan turut terlibat seperti Perpustakaan Negeri danerpustakaan Negara, Kementerian Pelajaran, Jabatan-Jabatan, Agensi-Agensi

kerajaan dan Swasta serta Institusi-Institusi . Usaha ini semata-mata untuk menyemarakkan dan menyuburkan minat membaca kalangan kanak-kanak, remaja, dewasa dan keluarga.

1.3 Pernyataan masalah Membaca merupakan aktiviti individu yang berinteraksi dengan teks dan bahan yang dilihat, dibaca, didengar dan ditonton. Sejak dari dalam kandungan ibu lagi seseorang bayi itu secara tidak langsung telah dipupuk dan disemai sikap membaca melalui amalan si ibu. Ketika umur 3 atau 4 tahun peringkat awal bacaan berulang sehinggalah kanak-kanak itu melangkah kaki ke alam apersekolahan, amalan membaca berterusan dan amat sinonim di dalam kehidupan. Namun , apa yang membimbangkan senario yang melanda para murid sekolah rendah khususnya murid-murid pendidikan khas, masih ada yang tidak boleh menguasai kemahiran membaca ini. Sehubungan dengan itu, penyelidik cuba membuat satu kajian tentang tahap kecekapan membaca khususnya murid pendidikan khas di sekolah rendah dan cuba untuk menyelongkar apakah sebab sebenarnya masalah ini boleh berlaku.

You might also like