Professional Documents
Culture Documents
JENIS PENYAKIT YANG BERPUNCA DARIPADA PENGAMBILAN MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG
GOUT DIABETES
HIPERTENSI
OBESITI
KANSER MULUT
PERANAN MASYARAKAT
GOUT
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
Purin kebiasaannya terdapat dalam makanan seperti daging cincang, ketam, udang, kerang dan ikan bilis. Pengambilan makanan tersebut yang berlebihan akan menyebabkan pertambahan asid urik dalam badan seseorang.
KURANGKAN MAKAN
Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak Ikan bilis, kembung, sardin Daging cincang
Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam Kekacang Roti jagung dan bijirin
Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
RAWATAN GOUT
Menjaga berat badan kegemukan boleh mengganggu
keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan Mengelakkan minuman keras Pemakanan elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi. Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout Minum banyak air
DIABETES
Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah kita adalah tinggi dari normal. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Insulin ini membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel in kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Pengambilan gula yang berlebihan, pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat merupakan adalah penyebab seseorang mendapat diabetis.
Rawatan
Mengawal pengambilan makanan
makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah Melakukan senaman fizikal Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Ubatan Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat: Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat baan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung. Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik. Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul .
Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah cara hidup tidak aktif, umur melebihi 35 tahun, merokok, kegemukan, paras kolesterol tinggi, sejarah keluarga, pengambilan alkohol yang berlebihan dan pengambilan garam yang tinggi.
RAWATAN
Perlu mengubah amalan cara hidup anda
(rujuk pemakanan untuk obesiti) Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol Melakukan senaman berkala Kurangkan berat badan jika berlebihan Atasi tekanan secara berkesan Berhenti merokok
OBESITI
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
FAKTOR RISIKO
Sejarah keluarga. Masalah perubatan.
perasaan, kebimbangan dan kebosanan. Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda). Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.
Indeks Jisim Badan Status BMI Kurus Kurang 20.6 Normal 20.7 - 26.4 Gemuk 26.5 - 30.9 Obesiti 31.0 - 45.2 Bahaya Lebih 45.3
RAWATAN
PEMAKANAN
Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Anda sepatutnya
mengambil: Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat). = 30% kalori daripada lemak. Untuk mengurangkan berat badan : Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan. Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda. Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee). Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar. Kurangkan minuman bergas dan minuman manis. Baca label makanan terutama kandungan kalori.
AKTIVITI FIZIKAL
Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga,
letakkan kereta ("parking") jauh dan bersenam semasa menonton TV. Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurangkurangnya 10 minit lebih daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransuransur. Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya). Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal. Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu. Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan. Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.
KANSER MULUT
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. Kanser mulut sering terjadi di lokasi berikut : Lidah, lantai mulut, lapisan dalam pipi, gusi, lelangit, dan bibir bawah.
Faktor makanan yang tidak seimbang yang diamalkan oleh pesakit kanser mulut adalah seperti selalu mengunyah tembakau, mengunyah pinang dengan atau tanpa tembakau serta pengambilan minuman alkohol yang berlebihan.
Antara tanda-tanda kelainan bagi pesakit kanser mulut adalah seperti berikut: Ulser yang lambat atau tidak sembuh Tompok putih (leukoplakia) Tompok merah (erythroplakia) Nafas berbau (halitosis)
Pesakit juga mungkin mengalami : Kesakitan Kesukaran mengunyah atau menelan atau menggerakkan lidah. Rasa kebas pada lidah atau manamana bahagian dalam mulut. Kesukaran membuka mulut.
RAWATAN
Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda: Tidak merokok Tidak minum minuman alkohol Tidak mengunyah tembakau / pinang Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian Lakukan pemeriksaan mulut sendiri
PERANAN KITA SEBAGAI ANGGOTA MASYARAKAT UNTUK MEMBENDUNG PENYAKIT MENJADI LEBIH SERIUS
LIMA M
MENGURANGKAN
kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat mereka mengamalkan amalan-amalan dan cara hidup yang mempromosikan kesihatan.
Untuk menggalakkan
Pusat Promosi Kesihatan Komuniti merupakan satu tempat yang menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan yang terancang dengan tumpuan terhadap membina pengetahuan dan kemahiran gaya hidup sihat (healthy lifestyle skills) dikalangan peserta.
Antara aktiviti pusat adalah latihan kemahiran gaya hidup sihat yang meliputi: Pengurusan tekanan dan relaksasi, Pengurusan masa, Bertegas diri (assertiveness), Keibubapaan berkesan, Kecergasan dan Komunikasi.
Hari Jantung Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit jantung khususnya dari segi faktorfaktor risikonya seperti tabiat merokok, tekanan darah tinggi, tahap kolestrol yang tinggi, penagihan alkohol, kurang pengambilan buahbuahan dan sayur-sayuran serta berlebihan berat badan dan kegemukan.