You are on page 1of 11

AWAN

Jenis-jenis awan di langit boleh diperhatikan melalui peringkat-peringkat yang tertentu. Setiap jenis awan mempunyai ciri-cirinya yang tertentu. Awan yang terbentuk adalah berdasarkan ketinggian dan suhunya. Terdapat dua kumpulan besar awan iaitu: 1) Kumulus 2) Stratus (awan berlapis) 3) Sirus Awan kumulus merupakan awan bergumpal dan bentuk dasarnya mendatar. Awan ini agak tebal dan boleh dijumpai bersendirian, dalam satu baris atau dalam gugusan. Saiz awan cumulus bergantung kepada daya pergerakan udara panas ke atas dan jumlah kelembapan di udara. Bentuk awan stratus ialah awan tipis yang tersebar luas dan menutupi langit secara rata. Awan ini padat dan berwarna kelabu tua. Kebiasaannya awan ini akan membawa hujan renyai. Awan sirus pula ialah awan yang berdiri sendiri, halus dan berserat dan sering terdapat kristal ais tetapi tidak menimbulkan hujan. Awan ini terbentuk di peringkat yang sangat tinggi, iaitu di atas 18000 hingga 20000 kaki, dan ia dibentuk oleh kristal ais disebabkan suhu terlalu dingin pada paras tinggi atmosfera. Awan sirus ini kebiasaannya bergerak di langit dari barat ke timur. Awan sirus beralun (wavy cirrus) meliputi hampir keseluruhan langit. Kandungan kelembapan dan kestabilan atmosfera mempengaruhi saiz, bentuk dan warna awan. Terdapat tiga peringkat atmosfera yang dibahagikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu. Jika ketinggian awan melebihi 20000 kaki, awalan siro ditambah. Jenis awan ini adalah awan peringkat tinggi dari segi altitud. Awalan alto pula ditambah apabila ketinggian awan antara 6000 hingga 20000 kaki, yang merupakan awan peringkat pertengahan

dan awalan nimbo ditambah , atau nimbus ditambah di hujung bagi awan yang membawa hujan. Awan peringkat tinggi adalah berada di altitud antara 20000 hingga 40000+ kaki. Antara contoh awan mengikut peringkatnya ialah; Awan peringkat rendah termasuklah : a) Kumulus b) Stratus (awan berlapis) c) Stratokumulus

Awan peringkat pertengahan termasuklah: a) Altokumulus b) Altostratus c) nimbostratus Awan peringkat tinggi pula termasuklah: a) Sirus b) Sirokumulus c) Sirostratus Jika stratus membawa hujan, ia akan dikenali sebagai nimbostratus. Selain itu, awan-awan juga berkecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut: 1) Altostratus : Awan peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi. 2) Nimbostratus : Awan peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi dan rendah. 3) Kumulus dan Kumulosnimbus : Awan peringkat rendah tetapi boleh mengembang ke

peringkat pertengahan dan tinggi. Awan Peringkat Rendah 1. Awan stratokumulus Awan ini tersusun dengan tetap, mempunyai bentuk seperti sfera yang besar dan akan memberikan cuaca yang baik atau cerah kerana awan jenis ini tidak membawa hujan. Awan-awan ini terjadi pada lewat petang dan senja apabila atmosfera mula menjadi stabil. 2. Awan stratus Awan yang padat, berwarna kelabu tua dan seragam tetapi berada pada kedudukan yang rendah. Awan ini juga seperti kabus tetapi tidak sampai ke permukaan bumi. 3. Awan kumulus Awan peringkat rendah tetapi boleh mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi. Awan ini merupakan awan tegak berwarna putih dan bentuknya seperti kepulan kapas. Permukaan atas beralun seperti bunga kubis dan ia mempunyai dasar yang rata. Awan jenis ini dikaitkan dengan cuaca baik.

Awan Peringkat Pertengahan 1. Awan nimbostratus

Awan peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi dan rendah. Awan yang tidak mempunyai bentuk yang tetap. Awan ini juga tumpat , tebal, gelap dan lapisannya begitu jelas kelihatan. Awan ini akan membawa hujan dan dikenali awan hujan kerana akan menyebabkan hujan atau salji berterusan. 2. Awan altokumulus Awan ini berkepul-kepul, tidak terlalu rata dan berlapis. Merupakan kumpulan awan yang tersusun, berjalur dan kelihatan berwarna putih dan kelabu bagi bahagian yang terlindung. Awan ini menggambarkan keadaan cuaca yang sederhana baik. 3. Awan altostratus Oleh kerana altitudnya yang rendah (di pertengahan), awan ini dibentuk oleh titisantitisan air, namun ia juga boleh dibentuk oleh kristal ais apabila suhu cukup sejuk. Awan ini kelihatan seperti hamparan nipis dan terdapat di serata permukaan langit. Awan ini seragam, berwarna kelabu, dan dikaitkan dengan hujan lebat yang panjang tempoh yang mana sebelumnya kehadiran awan ini dapat dilihat pada hari yang panas.

Awan Peringkat Tinggi 1. Awan sirus Berbentuk nipis dan lazimnya membentuk jalur di langit, awan ini juga kelihatan berumbai-umbai, bentuknya bertompok-tompok dan serabut. Bentuk awan jenis ini boleh memberi gambaran kepada keadaan cuaca, sebagai contohnya jika kedudukan awan tak tersusun, keadaan cuaca adalah baik dan seandainya kedudukan awan kelihatan tersusun, maka ia petanda kepada keadaan cuaca yang tidak baik, di mana hujan akan turun. 2. Awan sirokumulus Awan ini dikenali awan sisik kerana rupa bentuknya yang seperti sisik ikan. Awan jenis ini merupakan lapisan yang terdiri daripada kepulan awan, bentuknya bulat dan padat dan tersusun secara berkumpul. Ia juga berwarna putih dan mengandungi butir-butir ais kecil yang dibawa. Awan jenis ini merupakan gabungan dari awan sirus iaitu awan yang halus berserat dan awan kumulus iaitu awan yang berbentuk gumpalan. Cuaca cerah dikaitkan dengan awan ini. 3. Awan sirostratus Awan jenis ini berwarna putih, seperti untaian iaitu memiliki tekstur yang lembut dan agak luas sehingga menutupi langit. Awan ini juga boleh menimbulkan hallo atau lingkaran yang bulat yang mengelilingi matahari dan bulan yang biasa terjadi pada musim kering.

4. Awan kumulonimbus Awan-awan ini tinggi berwarna gelap. Awan ini juga berbentuk kelompok-kelompok besar. Kelompok-kelompok yang berwarna putih dan hitam ini mempunyai bentuk dan rupa yang beraneka ragam. Merupakan awan yang boleh mengembang ke peringkat yang lain. Kedudukan sel-sel awan kumulonimbus yang begitu rapat menyebabkan awan-awan itu kelihatan bersambung. Apabila ketidakstabilan atmosfera mencapai lebih tinggi, awan-awan ini membawa hujan lebat dan ribut petir kepada kawasan terlibat.

KLASIFIKASI BATU Ahli geologi mengkelasifikasikan batuan melalui pertamanya, tempat batuan tersebut dijumpai. Sebagai contohnya, jika batuan dijumpai di lokasi gunung berapi ,iaitu batuan ini akan terbentuk akibat penyejukan magma daripada gunung berapi, maka batu yang dijumpai tersebut adalah batuan igneus. Seterusnya, bagi batuan yang dijumpai di sungai, muara, pantai, air terjun adalah batu jenis endapan. Batuan metamorf pula merupakan batu daripada batuan igneus dan batuan endapan yang mengalami suhu dan tekanan yang tinggi ke atasnya hingga berubah bentuk dan tekstur dan boleh dijumpai di mana-mana sahaja.

Klasifikasi bagi batuan igneus adalah yang paling mengelirukan, di mana magma yang merupakan asal kepada pembentukan batu ini adalah asalnya larutan yang kompleks. Oleh kerana ia larutan, maka batuan jenis ini boleh membentuk komposisi kimia yang berbeza dan bervariasi. Oleh itu, kerana variasi yang berterusan dalam komposisi kimianya, maka tidak mudah untuk menentukan skema klasifikasinya. Antara kriteria yang diambil kira oleh ahli geologi untuk mengklasifikasikan batuan jenis ini ialah: a) Tekstur batuan (saiz dan bentuk hablur-hablur mineral dalam batuan)
Tekstur batuan begantung kepada penyejukan magma yang menentukan tekstur

batuan. Oleh itu, batuan yang mempunyai komposisi dan mineral yang sama akan mempunyai tekstur yang berlainan. Secara faktanya, kriteria tekstural yang diguna untuk membahagikan batuan jenis ini adalah kepada plutonik atau intrusif dan volkanik atau ekstrusif. Batuan igneus jenis plutonik dilihat berdasarkan butiran medium hingga butiran kasar kerana mengalami penyejukan magma yang perlahan dan butiran mineral mengambil masa proses penyejukan yang lama hingga menyebabkan saiznya menjadi lebih besar dan mempunyai butirbutir kasar. Batu igneus jenis volkanik pula kebiasaannya mempunyai butir-butir halus padanya selain kelihatan berkaca. Penyejukan yang cepat menyebabkan

setiap butiran mineral mempunyai tempoh masa yang perlahan untuk membentuk dan saiz akhirnya menjadi kecil dan butiran halus. Antara jenis tekstur bagi batuan ini adalah afanitik, faneritik, porfiritik dan jenis berkaca. Tekstur afinitik mempunyai butiran terlalu halus, sukar dikenali melalui mata kasar, sebagai contohnya mikrogranit dan aplit. Seterusnya, bagi faneritik, susun atur butiran hampir sama saiz dan boleh dikenal pasti dengan mata kasar seperti granit sama sama saiz. Batuan tekstur porfiritik pula mempunyai hablur kasar yang berselang seli dengan matrik hablur yang lebih halus seperti contohnya granit porfiritik. Batuan yang mempunyai tekstur berkaca adalah seperti obsidian.

Untuk batuan jenis metamorf, ahli geologi mengklasifikasikan teksturnya yang dibahagikan kepada batuan berjalur dan tidak berjalur oleh ahli geologi. Batuan jenis berjalur mempunyai komposisi yang kompleks, di mana terdapat pelbagai jenis mineral membentuknya. Bagi batu jenis berjalur, ia dibahagikan kepada saiz butiran yang sangat halus (permukaan licin) seperti slate (batu biru), halus (berkilau) seperti fillit, saiz butiran medium kepada kasar seperti schist dan gneiss. Seterusnya, batuan tak berjalur mempunyai komposisi yang ringkas di mana hanya beberapa jenis mineral membentuknya seperti kuarza atau kalsit dibahagikan kepada saiz butiran medium kepada kasar (butir kalsit atau dolomit) seperti batu guli (marble), medium kepada kasar (butir kuarza yang tercantum) seperti quarzit dan saiz butiran halus seperti antracit. Seterusnya, bagi batuan jenis endapan, ahli geologi boleh mengelaskan batuan ini kepada tekstur klastik atau tidak klastik. Tekstur klastik merupakan penguraian batuan yang lebih besar. Ia terbahagi kepada tanah liat, pasir dan kerikil. Untuk batuan yang terbentuk dari tanah liat dan kelodak, saiznya kurang 1/16mm. bagi pasir pula adalah antara 1/16 dan 2mm dan kerikil adalah lebih daripada 2mm. Batuan endapan untuk klasifikasi batuan yang terbentuk secara kimia sebagai contohnya kuarza, halit, gipsum dan kalsit. Ia terbentuk daripada proses kimia.

Batuan endapan jenis biologik terbentuk akibat akumulasi bahan organik atau aktiviti biologi. Sebagai contohnya, arang batu. Batuan ini jelas berwarna kelabu gelap, juga hitam. Batu kapur digubah daripada kalsit. Coquina digubah oleh keseluruhan cengkerang dan fragmen fosil. Ciri-ciri inilah yang dilihat oleh ahli geologi semasa mengklasifikasikan batuan.

b) Warna Warna juga menjadi kriteria ahli geologi mengklasifikasikan batu jenis Igneus ini. Batuan yang mengandungi feldspar (batuan berhablur putih atau merah) dan kuarza (quartz) adalah berwarna cerah. Batuan yang mempunyai banyak piroksen (kumpulan galian silikat yang biasanya mengandung nadium, magnesium atau besi), olivin (Ahli utama bagi kumpulan mineral silika pembentuk batuan yang terdapat dalam batuan bes dan ultra bes dan kadangkala dalam batuan asid.) dan mineral ferromagnesium adalah berwarna gelap. Namun, warna batuan boleh berubah seandainya komposisi batu sama, namun saiz butirannya berbeza. Sebagai contohnya, granit terdiri daripada banyak kuarza dan feldspar dan warnanya cerah. Namun, batuan volkanik yang membeku dengan cepat dengan komposisi granit akan menjadi agak berkaca dan berwarna hitam. Bagi kes seperti ini, ahli geologi mengklasifikasikan batuan ini kepada batuan felsik (batuan yang banyak feldspar dan kuartz) dan batuan mafik (batuan yang banyak mineral ferromagnesium). Bagi batuan sedimen pula, jika mineral pembentukan batuan sedimen didominasi oleh kuarza maka batuan akan berwarna putih. Jika semakin halus ukiran butir batuan ini, maka warna akan lebih gelap. Batuan sedimen yang banyak kandungan organik (organic matter) mempunyai warna yang lebih gelap. Bagi batuan metamorf, pelbagai warna seperti kelabu, hijau, merah dan sebagainya berdasarkan mineral yang membentuknya, contohnya kuarsit dengan warna merah atau coklat dan milonit dengan warna biru atau kehitaman.

c) Kandungan mineral dalam batuan (jenis-jenis mineral yang terdapat dalam batuan) Kandungan mineral dalam batu menjadi salah satu cara bagaimana ahli geologi mengklasifikasikan batu, sebagai contohnya, komposisi bagi batuan igneus adalah merujuk kepada komposisi kimia magma, oleh itu ahli geologi perlu mendapatkan informasi sumber batuan tersebut terlebih dahulu sewbelum mengkategorikan batu. Hal ini kerana komposisi kimia magma akan menentukan mineral yang akan membentuk kristal dan perkadarannya. Mineral yang terdapat dalam batuan juga merujuk kepada komposisi kimia magma dan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu ultramafik, basaltik (mafik), andesitik dan granitik (felsik). Mineral yang paling banyak terdapat dalam batuan bagi kumpulan ultramafik ialah olivin dan piroksen, bagi mafik, piroksen dan feldspar kaya kalsium, bagi andesitik ialah amphibol dan feldspar perantara, dan felsik ialah kuarza, feldspar kalium dan feldspar kaya natrium. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya d) Struktur batuan (Susunan hablur mineral dalam batuan) Kaedah ini juga digunakan oleh ahli geologi bagi mengklasifikasikan batuan. Struktur sedimen termasuk ke dalam struktur primer, iaitu struktur yang terbentuk pada saat pembentukan batuan (pada saat proses sedimentasi). Beberapa struktur sedimentasi ialah perlapisan, iaitu ia ditunjukkan oleh perbezaan besar butir atau warna dari bahan penyusunnya. Pelapisan beragam dari sangat tipis (laminasi) sampai tebal. Kedua, Pelapisan bersusun (Graded Bedding) iaitu susunan perlapisan dari butir yang kasar berangsur menjadi halus pada satu satuan perlapisan. Struktur ini dapat diguna pakai sebagai petunjuk, dimana umumnya butiran yang kasar terletak pada bahagian bawah (bottom) dari lapisan sedangkan butiran yang halus pada bagian atas (top). Seterusnya ialah perapisan berselang (Cross Bedding), yang mana bentuk lapisan yang terpotong pada bagian atasnya oleh lapisan berikutnya yang berlainan sudutnya. Lapisan ini

terutama terdapat pada batu pasir. Akhir sekali ialah gelembur gelombang (Current Ripple / Ripple mark) iaitu bentuk perlapisan bergelombang, seperti berkerut dalam satu lapisan. Bagi batuan metamorf, kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Selain itu, kekerasan batu boleh diukur dengan cara menggores batu yang dijumpai. Bagi kuarza yang mempunyai kekerasan 7 adalah sangat sukar untuk dicalarkan, walaupun dengan menggunakan pisau berkualiti tinggi. Gipsumis adalah lembut dengan kekerasan 2 dan boleh dicalarkan dengan hanya menggunakan jari.

You might also like