You are on page 1of 26

Pendahuluan Juruukur bahan merupakan pakar kos yang bertanggungjawab menyediakan maklumat bagi memastikan projek tersebut adalah

ditanggung bersama belanjawan yang munasabah dan pihak klien dapat memperoleh nilai kepada wangnya. Juruukur bahan juga akan bertindak sebagai penasihat kepada arkitek tentang kewangan projek apabila diperlukan. Dia bertanggungjawab ke atas semua nasihat kewangan yang diberi ke atasnya. Peranan juruukur bahan dalam sesuatu projek pembangunan amat diperlukan. Peranan dan tanggungjawab mereka dalam industri pembinaan adalah amat luas sama ada dalam peringkat pra kontrak atau pun pasca kontrak. Hal ini kerana juruukur bahan berperanan bermula dari projek dicadangkan sehinggalah projek tersebut berakhir. Kontraktor pula memainkan peranan yang amat besar di dalam membina dan menyiapkan sesuatu projek pembinaan mengikut kehendak atau syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam dokumen kontrak. Walaubagaimanapun kontraktor terbahagi kepada tiga kategori iaitu kontraktor utama, subkontraktor domestik dan subkontraktor dinamakan. Antara tugas-tugas kontraktor dalam sesuatu projek binaan ialah:i. Melaksanakan kerja dengan teratur dan cekap bagi menyiapkan kerja mengikut tarikh yang telah ditentukan ii. Bertanggungjawab untuk membina dan menyiapkan projek pembinaan

berdasarkan dokumen kontrak.

Subkontraktor dan Pembekal Dinamakan Subkontraktor dinamakan ialah syarikat yang dilantik oleh pegawai penguasa bagi tujuan melaksanakan sebahagian kerja daripada keseluruhan projek. Secara umumnya kerja yang biasa dilaksanakan oleh subkontraktor dinamakan lebih berbentuk kerja-kerja kepakaran seperti kerja-kerja elektrikal, penghawa dingin, pencegah kebakaran, lif eskalator dan lain-lain kemudahan. Bagaimanapun ia tidak semestinya terhad kepada kerja tersebut sahaja. Segala kerja atau bidang kerja boleh dilaksanakan menggunakan kaedah ini. Pembekal dinamakan ialah syarikat yang dilantik oleh pegawai penguasa bagi tujuan membekalkan bahan-bahan binaan tertentu kepada kontraktor utama untuk sesuatu projek. Bahan-bahan binaan yang dibekalkan tidak terhad kepada bahan-bahan tertentu sahaja. Apa-apa bahan binaan boleh dibekalkan melalui kaedah ini tetapi biasanya bahan yang dibekalkan adalah seperti jubin, kelengkapan sanitari, ironmongery dan lain-lain. Tanggungjawab pembekal dinamakan hanya setakat pembekal sahaja. Pemasangan bahan berkenaan akan dilakukan oleh kontraktor utama. Peruntukan bagi pemasangan ini dinyatakan secara jelas dalam senarai bahan yang terdapat dalam dokumen tender. Keperluan subkontraktor dinamakan dan pembekal dinamakan bagi sesuatu projek boleh berpunca daripada tiga sebab : i. ii. Terdapat peruntukan wang kos prima dalam dokumen kontrak. Arahan pegawai penguasa terhadap cara membelanjakan wang peruntukan sementara yang terdapat dalam dokumen kontrak.

iii.

Arahan pegawai penguasa (perubahan) terhadap sesuatu kerja yang diukur serta dimasukkan sebagai salah satu item dalam senarai bahan.

Kelebihan Melantik Subkontraktor Dinamakan Perlantikan atau penggunaan subkontraktor dinamakan pada umunya adalah untuk kerja-kerja pakar. Berdasarkan fakta ini, maka perlantikan mereka boleh memberi beberapa kelebihan dan manfaat, antaranya : a. Kualiti kerja yang lebih baik Oleh kerana yang dilantik adalah pakar dalam bidang masing-masing, maka kualiti yang dihasilkan seharusnya lebih baik dan bermutu. Disamping itu, fakta bahawa subkontraktor dinamakan ini adalah menjalankan perniagaan dan ingin terus mengekalkan prestasi dan kepercayaan pelanggan dalam perniagaan, maka sudah pasti mereka akan melaksanakan kerja yang akan berkualiti dan bermutu tinggi. b. Menyingkatkan tempoh pra-kontrak Tender bagi kontrak utama boleh dipanggil lebih awal tanpa perlu menunggu semua lukisan, rekabentuk dan spesifikasi bagi kerja-kerja pakar siap sepenuhnya. Lukisan terperinci ini boleh dilaksanakan atau disiapkan semasa proses menender sedang berjalan bagi kerja-kerja kontraktor utama kerana keperluannya masih belum mendesak.

c.

Membolehkan input rekabentuk daripada kontraktor pakar Kaedah ini membolehkan kontraktor pakar memberikan khidmat nasihat dan pandangan terhadap rekabentuk yang disediakan oleh perunding. Oleh kerana mereka pakar dalam bidang masing-masing sudah tentulah pandangan mereka lebih praktikal.

d. Boleh memilih kontraktor yang berwibawa Melalui proses ini pegawai penguasa boleh membuat pemilihan kontraktor yang benar-benar pakar dan berwibawa untuk melaksanakan kerja berkenaan. Jika tidak, pemilihan subkontraktor dilakukan oleh kontraktor utama yang mungkin mementingkan kos semata-mata. e. Kos yang kompetitif Proses ini boleh menghasilkan satu persaingan yang tinggi di kalangan kontraktor-kontraktor pakar, maka hasilnya klien akan memperolehi harga yang kompetitif. Bagaimanapun sebahagian daripada kelebihan atau kebaikan yang

dibincangkan di atas boleh dihujahdan kadangkala tidak menjadi kenyataan dalam keadaan-keadaan tertentu, kerana masalah-masalah pembinaan sering dikaitkan dengan prestasi subkontraktor dinamakan yang dikatakan menimbulkan masalah samada dari segi kualiti, kos dan kelewatan.

Subkontraktor Domestik Merupakan orang atau syarikat yang diambil untuk menjalankan kerja-kerja bagi pihak kontraktor utama bagi sesuatu penyiapan kerja. i. ii. Dipilih sendiri oleh kontraktor utama. Kerja-kerja yang biasa dilakukan ialah memasang jubin lantai dan dinding, kerja simen, kerja konkrit dan sebagainya. Subkontraktor Dinamakan i. Ialah orang atau syarikat yang diambil untuk menjalankan kerja-kerja bagi pihak majikan bagi menyiapkan sesuatu kerja. ii. Biasa diambil untuk menjalankan kerja-kerja khas yang memerlukan kepakaran seperti kerja cerucuk, pemasangan elektrik, sistem penyaman udara, lif dan sebagainya. iii. Pembayaran untuk kerja-kerja yang telah siap adalah dibuat oleh pemilik secara terus kepada subkontraktor dinamakan. Pembekal Dinamakan i. Dilantik oleh pemilik atau pegawai penguasa untuk membekalkan bahan dan barang-barang binaan kepada kontraktor utama dalam sesuatu projek. ii. Mengikat kontrak dengan kontraktor utama.

iii.

Biasa dilantik di atas sebab-sebab : Pemilik mungkin tidak dapat membuat keputusan bagi sesetengah kerja iaitu kerja kemasan dan sebagainya. Perubahan jenis barangan di pasaran seperti kelengkapan elektrik, kertas hiasan dinding dan sebagainya. Pembekal dapat memastikan bekalan bahan atau barang ada dalam pasaran dan kerja dapat disiapkan mengikut jadual. Pembekal biasanya dapat menetukan hanya barangan bermutu sahaja yang digunakan. Subkontraktor Domestik Subkontraktor Dinamakan

Tanggungjawab kontraktor utama

Tiada

kaitan

kontrak Ada ikatan kontrak secara rasmi diperolehi Bayaran diperolehi kerja

secara rasmi Bayaran kemajuan kerja Bayaran bergantung kontraktor utama Perlantikan Kontraktor utama

kepada berdasarkan

yang telah disiapkan Pemilik/pegawai penguasa

Hak kontraktor utama ke atas Melalui kontraktor utama tuntutan bayaran

Dibayar terus oleh pemilik

Perbezaan di antara Subkontraktor Domestik & Subkontraktor Dinamakan

Bayaran Pendahuluan Dalam melaksanakan sesuatu projek kerajaan, terdapat peruntukan yang membolehkan pihak kontraktor membuat permohonan bagi mendapatkan 'Bayaran Pendahuluan' atau Advanced Payment. Peruntukan ini terkandung dalam Borang Kontrak yang merangkumi untuk kontrak konvensional atau 'Design And Build' dalam 'Peruntukan Khas Untuk Syarat-syarat Kontrak'. Kementerian Kewangan Malaysia melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 iaitu Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender juga membenarkan kontraktor untuk memohon Advanced Payment daripada agensi pelaksana. Kontraktor adalah dibenarkan untuk memohon Advanced Payment dengan nilai 25% dari harga kontrak (Builders Work Sahaja) atau maksimum RM 10 Juta. Contoh Pengiraan adalah seperti berikut: Katakan harga kontrak kerja ialah RM 5 Juta dan termasuk Wang Kos Prima ialah RM 500,000.00. Jadi amaun Advanced Payment yang layak dituntut oleh kontraktor adalah sebanyak RM 1,125,000.00 sahaja. Cara Pengiraan ~ RM 5,000,000.00 - RM 500,000.00 = RM 4,500,000.00 x 25% = RM 1,125,000.00

Apabila kontraktor ingin memohon Advanced Payment ia perlu memenuhi syarat berikut:a. Menandatangani Surat Setujuterima (L.A) b. Menghantar polisi insuran yang berkaitan. c. Menyediakan Bon dalam bentuk Jaminan Bank @ Bank Guarantee daripada bank tempatan Pihak kerajaan akan membuat tuntutan semula atau rekupan ke atas Advanced Payment tersebut melalui bayaran interim kerja apabila kemajuan kerja telah mencapai kemajuan sebanyak 25%. Tuntutan untuk advanced payment hanya boleh dipohon oleh pihak kontraktor dalam masa 3 bulan dari tarikh milik tapak.

Kepentingan Pembayaran Kemajuan Kepada Kontrartor Utama Pembayaran merupakan keperluan utama kepada Kontraktor dan Majikan. Ini adalah kerana faktor-faktor berikut:i. ii. iii. Tempoh pembinaan yang terlalu panjang Jumlah harga kontrak yang terlibat adalah amaun yang tinggi Bayaran interim dibuat secara berperingkat mengikut nilai kerja dilaksana yang mana aktiviti kerja adalah panjang di tapak berbanding dengan bekalan dibuat sekali sahaja iv. Melibatkan aliran tunai yang besar dan memerlukan modal yang banyak.

Pembayaran Interim Bayaran Interim adalah bayaran yang dibuat kepada Kontraktor Utama bagi pembayaran dui atas jumlah nilai kerja yang dilaksanakan di tapak termasuk kerja yang dilaksanakan oleh Sub Kontraktor dinamakan/Pembekal Dinamakan. Bayaran ini juga merangkumi nilai bahan binaan dan bahan tidak pasang ditapak. Penilaian untuk tuntutan bayaran akan dibuat oleh Pegawai yang dinamakanb di bawah kontrak iaitu Pegawai Penguasa atau wakilnya. Bayaran interim dibuat secara berperingkat bergantuhg kepada nilai kerja dilaksanakan di tapak. Peruntukan untuk bayaran interim dimasukkan di dalam Syaratsyarat Kontrak seperti peruntukan di bawah Fasal 28 untuk Borang JKR 203/203A (Pind 2007) manakala di bawah PAM 2006 diperuntukan di bawah Fasal 30. Bayaran interim juga merupakan bayaran yang di bayar kepada kontraktor dan dibuat mengikut prestasi pembinaan (nilai kerja di laksanakan). Bayaran interim di buat dengan menolak harga asal kontrak. Bayaran interim merupakan bayaran kepada nilai kerja yang di laksanakan oleh kontraktor. Nilai kerja ini mestilah termasuk kerja awalan atau perkara-perkara Am. Untuk tujuan penilaian interim, item bagi kerja awalan atau perkara-perkara Am mestilah di kategorikan sama ada ianya perlu di bayar secara progresif semasa pelaksanaan kerja atau di bayar selepas siap kerja. Jika harga yang di letakkan oleh kontraktor untuk perlindungan insuran di dapati lebih tinggi daripada amaun premium sebenar yang di bayar.

Amaun premium sebenar hendaklah di bayar di dalam penilaian yang pertama dan bakinya di bayar secara progresif semasa kerja di laksanakan. Nilai kerja yang di laksanakan oleh kontraktor mestilah mengambil kira bukan sahaja kerja yang termasuk di dalam kontrak tetapi mestilah juga mengambil kira kerja perubahan yang di laksanakan. Syarat-syarat untuk membolehkan perakuan interim pertama di keluarkan, dan bayaran di buat walaupun dokumen kontrak masih belum di tandatangani. i. Kontraktor mestilah telah mengembalikan surat setuju terima yang di tandatangani dan di saksikan. Menyerahkan bon pelaksanaan dan segala polisi insurans yang wajib. ii. Perakuan interim dan baucher bayaran mestilah disertakan bersama salinan dokumen berikut yang diakui sah: Surat setuju terima Bon pelaksanaan Polisi insuran yang wajib (Nota liputan tidak di terima) Kelulusan lembaga tender dan kelulusan perbendaharaan. Jumlah harga kontrak melebihi 10 juta.

10

Carta Aliran Penyediaan Bayaran Interim

KONTRAKTOR KEMUKAKAN TUNTUTAN BAYARAN

SEMAKAN TUNTUTAN

PENILAIAN DITAPAK BERSAMA KONTRAKTOR

PENYEDIAAN PERAKUAN INTERIM

HANTAR UNTUK TANDATANGAN PEGAWAI

KEMUKAN PADA BAHAGIAN KEWANGAN UNTUK SEDIAKAN BAUCER

KONTRAKTOR DAPAT BAYARAN

TAMAT

11

Pelarasan Harga Kontrak Pelarasan harga kontrak ialah apabila terdapat sebarang perubahan kerja yang sah, jumlah harga kontrak akan berubah. Jumlah harga kontrak juga akan berubah berpunca dari sebab-sebab lain seperti terdapatnya kuantiti sementara yang memerlukan pengukuran semula, wang kos prima, peruntukan sementara dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, perlarasan harga perlu dilaksanakan terhadap perkara berkaitan bagi tujuan mendapatkan harga sebenar setiap bahagian berkenaan. Hasil daripada pelarasan ini akan menjadi harga setiap perkara berkenaan lebih tinggi daripada harga asal jika perubahan kerja melibatkan penambahan atau lebih rendah jika perubahan kerja melibatkan pengurangan. Apabila pelarasan keseluruhan perkara atau bahagian dilaksanakan makan harga kontrak sebenar akan dapat diketahui. Perkaran yang perlu dibuat untuk pelarasan:i. PERUBAHAN KERJA Selepas pengukuran dan penilaian dilakukan bagi setiap perubahan kerja dengan menggunakan borang-borang tertentu ia perlu dimajukan kepada jawatankuasa perubahan kerja untuk kelulusan. Setiap perubahan kerja dikumpulkan dan dijumlahkan dalam format tertentu bagi mendapatkan jumlah keseluruhan perubahan kerja untuk mengetahui samada hasilnyan adalah tambahan atau tolakan untuk diselaraskan dengan harga kontrak asal.

12

ii.

PENGUKURAN SEMULA KUANTITI SEMENTARA Semua kuantiti sementara yang terdapat dalam senarai bahan perlu dibuat pengukuran semula untuk mengetahui kuantiti sebenar. Penilaian dengan menggunakan kadar-kadar tertentu dibuat untuk mendapatkan harga sebenar untuk diselaraskan dengan harga kontrak asal.

iii.

WANG KOS PRIMA Kos yang diperlukan untuk kerja atau pembekalan bahan di bawah wang kos prima akan diketahui sebaik sahaja kerja tersebut ditender dan subkontraktor dinamakan atau pembekal dinamakan dilantik.

Bagaimanapun kos ini juga boleh berubah jika terdapat perubahan kerja dalam bidang kerja atau pembekalan bahan berkenaan. Seperti juga kontrak utama segala pelarasan perlu dibuat bagi menentukan harga kontrak sebenar dalam bahagian ini. Selain daripada kos yang diperuntukan sebagai wang kos prima perlu diselaras. Caj layanan dan keuntungan yang berkaitan untuk kontraktor utama juga perlu diselaras berdasarkan harga sebenar.

13

iv.

WANG PERUNTUKAN SEMENTARA Peruntukan asal bagi wang sementara seperti juga wang kos Prima juga akan berubah apabila kerja sebenar dilakukan melalui arahan PP. Semua Pengukuran dan penilaian perlu dilaksanakan mengikut peruntukan yang terdapat dalam kontrak bagi menentukan jumlah sebenar.

v.

TUNTUTAN KONTRAKTOR BAGI KERUGIAN DAN / ATAU PERBELANJAAN TAMBAHAN Dalam keadaan tertentu yang dibenarkan oleh kontrak, kontraktor mungkin layak mendapatkan tnututan terhadap kerugian dan perbelanjaan tambahan yang dialami. Jika berkaitan dan telah mendapat kelulusan maka jumlah tuntutan yang layak diterima oleh kontraktor juga perlu dimasukkan dan dicampurkan dngan hrga kontrak asal bagi mendapatkan harga kontrak sebenar.

vi.

TURUN NAIK HARGA BAHAN-BAHAN BINAAN Fasal 53 borang kpntrak JKR 203A member peruntukan di mana kontraktor akan diberi tambahan atau pengurangan yang mana berkaitan jika terdapat perubahan terhadap harga bahan-bahan binaan tertentu. pengiraan perlu dilaksanakan bagi menentukan jumlah kos bagi peruntukan ini. Hasil pengiraan samada penambahan atau pengurangan akan diselaraskan dengan harga kontrak asal.

14

vii.

SUMBANGAN DAN BAYARAN KEPADA BAHAN-BAHAN TERTENTU Jika terdapat bayaran atau sumbangan tertentu yang dibelanjakan oleh kontraktor, maka semua kos berkaitan juga perlu dimasukkan dan dijumlahkan bagi mendapatkan harga kontrak sebenar. Antara

perbelanjaan yang mungkin berlaku dalam kategori ini ialah sumbangan untuk mendapatkan bekalan air, elektrik, telefon, serta bayaran

penyambungan kepada pembentungan awam dan seumpamanya. Pelarasan setiap perkara dan bahagian dilakukan dengan menggunakan borangborang atau format-format tertentu dn mengikut peraturan-peraturan tertentu yang telah ditetapkan oleh JKR. Semua ini perlu dipatuhi bagi mendapatkan kelulusan pihak berkaitan dan mengelakkan kelewatan.Semua pengiraan, pengukuran dan bukti-bukti serta rekod-rekod yang berkaitan perlu disertakan sebagai lampiran. Pengiraan dan penilaian yang dilakukan kadang-kala tidak dipersetujui oleh kontraktor dan beliau enggan menurunkan tandatangan di bahagian-bahagian tertentu dalam perakuan perubahan kerja.Bagaimanapun ini tidak menhalang pelarasan dilakukan kerana persetujuan kontraktor tidak menjadi syarat sesuatu perakuan perubahan kerja dikeluarkan oleh PP. Perselisihan atau rungutan kontraktor terhadap pengiraan dan penilaian berkenaan boleh diselesaikan dengan membawa isu tersebut kepada timbangtara atau Penyelesaian Perselisihan Alternatif (Alternanative Dispute Resolution ADR).

15

Perubahan Kerja Perubahan kerja adalah merangkumi perubahan atau ubahsuai terhadap rekabentuk ,kuanliti dan kuanntiti berbanding dengan yang asal seperti mana yang terdapat dalam pelan kontrak, senarai bahan dan spesifikasi. Secara menyeluruh bagi menentukan samada sesuatu arahan itu menjadi perubahan atau tidak. Rujuk pada aspek-aspek tertentu. Rujukan ini boleh dibuat terhadap segala dokumen kontrak yang telah ditandatangani baik dari aspek lukisan, perincian, spesifikasi, kuantiti, kualiti dan lain-lain. Apapun, perubahan yang boleh ditakrifkan.masih tertakluk kepada syarat dimana arahan perubahan tersebut tidak membatalkan kontrak atau tidak mengubah tujuan asal kontrak. Sebagai contoh arahan dari PP supaya pembinaan yang dianggap sebagai mengubah tujuan asal kontrak.

16

Mengawal Perubahan Kerja Perubahan kerja semasa pembinaan sukar dielakkan tetapi ia perlu dikawal. Perubahan kerja yang tidak dikawal akan memberi kesan terhadap peruntukan lain dan menambahkan kerja-kerja pentadbiran. Sebagai contoh perubahan kerja yang mempunyai nilai kos melebihi had kuasa PP memerlukan kelulusan pihak atau pegawai yang dinyatakan dalam lampiran kepada syarat kontrak.

Kertas kerja perlu disediakan untuk dibentangkan kepada pengawai berkenaan. Ini mengambil masa dan mungkin melambatkan perlaksanaan projek .terlalu banyak perubahan kerja, boleh melayakkan kontraktor mendapat lanjutan masa dan sebagainya. Cara mengawal perubahan kerja:i. Penyiasatan tanah mestilah dilakukan selengkap yang mungkin supaya menghasilkan maklumat yang tepat bagi membolehkan rekabentuk dilakukan dengan baik. Jika tidak perubahan kerja mungkin diperlukan semasa pembinaan bagi melengkapkan rekabentuk terutama bagi kerja-kerja asas dan kerja-kerja bawah tanah yang lain. ii. Lukisan-lukisan atau pelan-pelan seperti lukisan arkitek, sivil, struktur, mekanikal dan elektrikal yang disediakan mestilah lengkap dan mengambil kira segala aspek dan kehendak pihak-pihak tertentu yang terkini. Sebagai contoh keperluan pihak berkuasa kadang kala berubah dari masa ke semasa. Perubahan ini mungkin mempunyai kesan terhadap rekabentuk dan keperluan lain.

17

iii.

Tender dokumen mestilah disediakan dengan tepat dan lengkap serta sesempurna yang mungkin. Tiada pencanggahan antara satu bahagian dengan satu bahagian yang lain dan kuantiti juga mestilah tepat.

iv.

Perubahan kerja yang diperlukan oleh klien harus diteliti keperluannya, samada benar-benar penting atau sebaliknya.

v.

Kesan terhadap kos dan kesan lain jika ada bagi setiap perubahan kerja perlu dikaji dengan diteliti sebelum ia dilakukan.

Pembayaran Kepada Kontrak & Perakuan Interim Apabila kontraktor telah melaksanakan kerja, termasuk serah-hantaran ke tempat kerja atau ke tempat yang berdampingan dengan kerja akan bahan atau barang-barang terpasang yang dicadang untuk dimasukkan ke dalam kerja, mengikut kontrak serta nilai jumlah kerja yang telah disempurnakan dan sehingga sejumlah peratus nilai bahan dan barang-barang terpasang yang diserahkan ke tapak bina untuk dimasukkan kerdalam kerja telah mencapai wang yang disebut dalam lampiran kepada syarat-syarat ini. Pihak penguasa (PP) pada masa itu hendaklah membuat penilaian pertama keatas kerja-kerja yang dilaksanakan dengan sempurnanya.

18

Selepas itu tiap-tiap bulan yang berikutnya, pihak penguasa hendaklah membuat sesuatu nilaian yang berpatutan tentang kerja-kerja yang dilaksanakan dengan sempurnanya dan bahan serta brang-barang teak pasang yang diserah hantar ke tempat tapak bina dengansyarat bahawa jumlah nilai kerja yang disempurnakan dan sehingga sejumlah peratus dari nilai bahan dan barang-baran takpasang yang diserah hantar ke tapak bina untuk di masukkan ke dalam kerja tiap-tiap penilaian kemudiannya seperti yang tersebut itu hendaklah tidak kurang dari jumlah yang disebut dalam lampiran kepada syarat-syarat ini. Pihak penguasa hendalah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh sesuatu penilaian tersebut dibuat dan tertakluk kepada syarat yang dinyatakan., mengeluarkan suatu perakuan interim menyatakan amaun yang kena dibayar kepada kontraktor oleh kerajaan. Dengan syarat bahawa penandatanganan kontrak ini tidak boleh menjadi satu syarat terlebih dahulu bagi mengeluarkan perkauan interim yang pertama asalkan kontraktor tidak mengembalikan surat setuju terima tender yang sempurna

ditandatangani dan telah mendepositkan dalam P.P atau kerajaan polisi-polisi insurans yang berkenaan serta bon perlaksanaan. Amuan yang dinyatakan sebagai kena bayar dalam perakuan interim hendaklah tertakluk kepada apa-apa persetujuan antara pihakpihak itu mengenai pembayaran secara berperingkat-peringkat, merupakan anggaran jumlah nilai kerja yang dilaksanakan dengan sempurna.

19

Tempoh membuat bayaran:Sebaik sahaja Perakuan interim dikeluarkan dan diserahkan kepada klien,maka klien bertanggujawab untuk membayar kontraktor dalam tempoh-tempoh tertentu yang dinyatakan didalam lampiran kepada syarat-syrat kontrak. Tempoh menunaikan bayaran ini pada kebiasaannya adalah selama tiga puluh 30 hari selepas perakuan interim. Jumlah yang terter di dalam perakuan berkenaan dikira sebagai hak kontraktor yang perlu dibayar oleh klien dalam tempoh berkenaan dan perlu dijelaskan sepenuhnya. Kegagalan klien membuat bayaran adalah satu kemungkinan kontrak yang memungkinkan tindakan undang-undang diambil oleh kontraktor.

20

Akaun Muktamad Akuan muktamad ialah akaun yang di sediakan untuk menunjukkan

pembayaran-pembayaran yang telah di buat termasuk membaiki kecacatan, tuntutan kerugian, atau perbelanjaan tambahan kepada kontraktor. Akaun muktamad mestilah di sediakan secepat mungkin setelah kontraktor menunaikan obligasinya di bawah kontrak. Bagi memastikan kontraktor dibayar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, semua penilaian perubahan kerja, pengukuran semula kuantiti sementara dan pelarasan-pelarasan yang perlu dibuat di dalam kontrak termasuk pelarasan harga kontrak hendaklah dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan dari tarikh PSK dikeluarkan. Walau bagaimanapun, sekiranya kualiti kerja tidak memuaskan dan terdapat kecacatan yang ketara yang tidak dibaiki oleh kontraktor di dalam tempoh 6 bulan dari tarikh PSK serta p.p. mempunyai asasbahawa kemungkinan kontraktor gagal membaiki kecacatan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, maka p.p boleh membuat potongan dari wang yang akan dibayar kepada kontraktor sebagai kos membaiki kecacatan dengan mengabil kira kos kesusutan nilai kerja oleh sebab adanya kecacatan tersebut. Di mana terdapat tuntutan-tuntutan kontraktor yang memenuhi syarat-syarat kontrak dan boleh dipertimbangkan, p.p hendaklah menyediakan laporan serta Perakuan Tuntutan dalam tempoh 3 bulan selepas menerima butir-butir serta bukti-bukti tuntutan daripada kontraktor, tanpa menunggu sehingga projek siap sepenuhnya. Jumlah tuntutan, hendaklah diambil kira dalam penyediaan Perakuan Muktamad.

21

Peraturan Dan Prosedur Akaun Muktamad:a. Akaun muktamad mestilah disediakan dan perakuan muktamad di sediakan dan di keluarkan tidak lewat dari 3 bulan selepas tamat tempoh tanggungan (liability) kecacatan atau 3 bulan selepas di keluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan, mengikut mana yang terkemudian. b. Nilai kerja muktamad yang dilaksanakan dan bahan-bahan atau barang barang yang di bekal oleh subkontraktor dan pembekal di namakan dan pemegang serahak, hendaklah di nyatakan secara berasingan dengan menggunakn lampiran A1, A2 dan A3 kepada Perakuan muktamad. c. Akuan muktamad mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut:i. Semua pelarasan jumlah harga kontrak untuk perubahan tuntutan kontraktor dan pelarasanpelarasan lain. ii. Bayaran yang telah di bayar kepada kontraktor, subkontraktor dan pembekal dinamakan dan pemegang serah hak. iii. Potongan dari wang yang akan di bayar kepada kontraktor, khususnya kos membaiki kecacatan di mana kontraktor gagal membaiki kecacatan dan amaun kesusutan nilai kerja oleh sebab adanya kecacatan tersebut.

22

Pelarasan Harga Kontrak (Adjusment) Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak telah di perkenalkan untuk tujuan pelarasan jumlah harga kontrak. Jumlah harga kontrak mestilah di laraskan bagi mengambil kira sebarang tambahan atau kekurangan daripada jumlah harga kontrak. Perkara-perkara yang menyebabkan jumlah harga kontrak perlu di laraskan adalah seperti berikut:i. ii. iii. Perubahan kepada kontrak Tuntutan oleh kontraktor untuk kerugian dan/atau perbelanjaan tambahan. Kos berkaitan dengan ujian kerja atau bahan binaan dan pendedahan kerja untuk pemeriksaan. iv. Fee dan caj untuk sambungan tetap kepada pembetung awam, bekalan air, dan elektrik tetap dan sambungan untuk pemindahan pembentungan dan bekalan air dan elektrik. v. vi. vii. Pengukuran semula kerja yang di ukur sementara di dalam senarai kuantiti. Pelarasan wang kos prima dan wang peruntukan sementara. Pelarasan bagi turun naik harga bahan-bahan binaan dan sebagainya.

23

Peraturan dan prosedur yang perlu di patuhi dalam penyedian Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak adalah seperti berikut:i. Satu perakuan pelarasan jumlah harga kontrak mestilah di sediakan dan di keluarkan apabila jumlah harga kontrak perlu di laraskan. Ia meliputi perubahan kerja. ii. iii. iv. Semua butir di dalam perakuan mestilah di isi dengan betul Tarikh perakuan adalah tarikh P.P menandatangani perakuan tersebut. Huraian mengenai pelarasan hendaklah jelas dan tepat.nombor rujukan perakuan perubahan kerja mestilah di nyatakan. v. Butir-butir pengiraan bagi pelarasan tersebut mestilah di lampirkan kecuali bagi pelarasan yang disebabkan oleh kerja perubahan.

Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak mestilah di tandatngani oleh P.P dan salinan asal hendaklah di keluarkan kepada kontraktor. Salinan lain akan di edarkan kepada semua pihak yang tersenarai dalam perakuan termasuk pihak-pihak berikut:i. ii. Akauntan kanan perbendaharaan atau badan berkuasa pembayaran lain. Juruukur bahan dan pihak-pihak lain yang terlibat.

24

Kesimpulan Pihak juruukur bahan dan pembantu teknikal hendaklah membuat bayaran bagi setiap kerja-kerja yang telah dijalankan oleh konraktor. Setiap pengurusan adalah

sangat penting bagi setiap kerja-kerja yang dijalankan. Setiap syarikat memerlukan wang masuk yang berterusan bagi memolehkan setiap projek dapat dilaksanakan. Setiap pembayaran yang dilakukan adalah berdasarkan setiap kerja siap yang telah dijalankan oleh pihak kontraktor utama. Segala kerja-kerja yang telahs iap dijalankan hendaklah diberitahu dengan cara-cara yang tertentu. Supaya pihak juruukur bahan mudah memahami serta mudah untuk membuat bayaran kepada pihak kontraktor serta segala kesulitan dapat dielakkan. Perlaksanaan sesuatu projek terutamanya terutamanya melibatkan bangunan, banyak memerlukan bidang-bidang (trade) dan kepakaran tertentu.Bagi melaksanakan tanggungjawab membina dan menyiapkan sesuatu projek, kontraktor berhak untuk memilih pekerja, jentera, pembekal dan subkontraktornya sendiri.Bagaimanapun bagi keadaan tertentu, borang kontrak 203A memberi hak kepada PP untuk melantik subkontraktor dan pembekal bahan-bahan binaan bagi melaksanakan kerja-kerja atau pembekal bahan-bahan tertentu.

25

Rujukan 1. Laman web http://borak-qs.blogspot.com/2011/02/bayaran-pendahuluan-advancedpayment.html http://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/bayaran-interim.html http://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/akaun-muktamad.html http://jkrmlk.gov.my/Alor_Gajah/ubahan.htm 2. Buku Pengenalan Kepada Pentadbiran Kontrak (berdasarkan borang kontrak JKR 203A), Mohd Nazir Bin Ismail, ISBN 978-967-131-1

26

You might also like