You are on page 1of 6

KEBAIKAN DEN KEBURUKAN INTERNET

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti : Pendidikan dalam Internet Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut. Perniagaan dalam Internet Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual

barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan. Perubatan dalam Internet Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan. Keburukan Internet Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh. Terdapat beberapa keburukan Internet seperti : Medium penyebaran dakyah jahat Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran islam dan memburukkan-burukkan agam islam. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem

komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank. Pornografi Carian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan "porn" pada 1 Januari 2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat. Kesimpulan: Internet merupakan senjata era globalisasi. Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk keburukan. Apa yang penting, para pengguna internet, sejak kecil lagi mereka perlu dilengkapi dengan kekuatan dalaman atau kekuatan dalaman agar merek amempunyai asas yang kuat untuk mendidiplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan internet.

anda sudah terlepas isu terbitan cetakannya tetapi kini anda masih ada peluang membacanya menggunakan internet. Mudah, bukan? Transaksi atau pemindahan Transaksi atau pemindahan. Bagi yang sangat berminat dengan pasaran saham, internet boleh dijadikan satu alternatif untuk membuat transaksi. Anda juga boleh menempah tiket perjalanan kapal terbang ataupun menjalankan transaksi sistem perbankan serta membeli-belah melalui internet. Anda boleh menggunakan kad kredit bagi tujuan ini tanpa perlu bersusah payah ke mana-mana dan yang penting juga anda boleh melakukan di mana-mana sahaja kawasan yang mempunyai talian telefon. Hebat, bukan? Berkomunikasi Berjuta-juta manusia sekarang mengunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Ada yang menggunakan mel elektronik (emel) untuk berhubung dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. Dan, ada pula yang menggunakan bilik sembang (chat) untuk mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia serta bertukar-tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama. Anda juga boleh menggunakan talian internet untuk menonton video dan mendengar apa-apa muzik yang anda minat melalui perkhidmatan yang disediakan. Menarik, bukan? Belajar Salah satu alat bantuan dalam pembelajaran anda. Anda boleh mencari apa-apa maklumat penting untuk menyiapkan tugasan anda

Kebaikan dan Keburukan INTERNET

Yang ke-2

Kebaikan akhbar dalam internet: 1. Ia dapat dibaca oleh pengguna internet seluruh dunia seperti pelajar M'sia dapat mengetahui perkembangan M'sia melalui internet. 2. Tak perlu membeli akhbar. Rujukan maklumat Bermacam-macam maklumat anda boleh dapati melalui internet. Ada berita, laporan cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang anda akan berjumpa maklumat yang anda sendiri tak pernah fikirkan. Malah anda boleh membaca suratkhabar menerusi internet. Sekalipun

sama ada anda pelajar sekolah, penuntut kolej dan universiti ataupun anda sudahpun bekerja. Maklumat serta data yang disediakan dalam internet kebanyakannya adalah yang terkini. Jadi, bukankah ini satu keistimewaan yang patut anda gunakan Keistimewaan Internet Kepada Kanak-Kanak

masyarakat kita bahawa dengan melayari multimedia itu, pelbagai perkara yang kononnya cuba disembunyikan, dapat diketahui ramai. Internet menjadi medan untuk memburukkan siapa saja yang tidak disukai sama ada pemimpin, tokoh terkemuka, ahli korporat, mahu pun orang perseorangan. Menerusi penghantaran e-mail dan laman web yang dicipta sendiri oleh pengguna, pelbagai cacian dan tohmahan disebarkan. Penghantarnya boleh menggunakan nama samaran manakala daripada mana sumber itu dihantar sukar dikesan. Internet yang diterima di seluruh dunia kini menggantikan surat layang yang penyebarannya sebelum ini agak terhad. Artis kita juga ditelanjangi menerusi Internet. Tahun lalu, beberapa halaman web lucah ciptaan rakyat Malaysia dikesan memaparkan gambar bogel dan seksi artis tempatan. Gambar itu menggunakan muka artis tempatan yang disambung kepada tubuh bogel orang lain menggunakan teknik superimpose (bertindih). Terbaru, gambar lucah dan hubungan seks dua penyanyi dua kumpulan yang begitu popular tersebar luas. Sebagai rakyat yang kuat mempertahankan nilai ketimuran, sememangnya kita kecewa tindakan mereka yang memperalatkan Internet untuk melakukan perbuatan itu bagi menjatuhkan imej seseorang. Jelas, semua itu dibuat oleh mereka yang memang berniat jahat. Ia mencerminkan betapa rendahnya maruah dan moral mereka yang menyebar tohmahan itu. Golongan itu melihat teknokogi multimedia bukan lagi untuk

Informasi - laman-laman web, berita, encyclopedia Komunikasi - chat, emel, ftp Hiburan - video klip, muzik, 'movie', 'games' Perdagangan - e-dagang, 'virtual shopping arcade' Ancaman Internet Kapada Anak-Anak

Laman-laman yang berunsur seks dan memaparkan gambar-gambar lucah Maklumat-maklumat palsu Laman-laman yang bersifat memujuk dan mempengaruhi melakukan jenayah Mengadakan pertemuan dengan orang yang tidak dikenali Memberi respon pada mesejmesej yang mengancam, mengugut dan sebagainya Mendedahkan nombor kredit kad ibu bapa Memberikan data peribadi kepada orang yang tidak dikenali

Apabila Internet disalahgunakan SALAH guna terhadap Internet walaupun belum sampai ke tahap membimbangkan, perlu diberikan perhatian serius. Kini, seolaholah sudah wujud satu rangka rujuk dalam

kebaikan sejagat sebaliknya bagi memuaskan hati dan nafsu mereka sendiri. Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kelmarin turut melahirkan rasa kecewa sesetengah golongan rakyat yang tidak memanfaatkan kebaikan Internet. Tindakan mereka itu akan menggambarkan rakyat Malaysia hanya tahu menggunakan sesuatu teknologi baru untuk tujuan yang buruk saja. Kerajaan sememang tidak bertolak-ansur menangani gejala ini. Malah kerajaan dan pemimpin kita juga tidak terlepas dicaci dan difitnah menerusi Internet. Umum mengetahui ada segelintir rakyat kita di luar negara yang menyalahgunakannya bagi menyalurkan berita palsu mengenai kerajaan bagi tujuan menghasut. Mereka juga menggunakan pelbagai teknik memadankan wajah tokoh atau pemimpin tertentu dengan gambar yang boleh menjatuhkan imej seseorang. Kita berharap dengan ada kes yang dihadapkan ke mahkamah kerana menyebarkan berita yang boleh menjejas ketenteraman negara menerusi Internet, akan menyedarkan ramai pihak mengapa perbuatan itu perlu dibanteras. Penggubalan Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1997 menunjukkan kepekaan kerajaan untuk menyekat kegiatan tidak bermoral itu terus mempengaruhi rakyat yang hanya memerlukan maklumat membina untuk memajukan negara. Di sebalik pelbagai kesan negatif menerusi Internet yang terpaksa dirasai rakyat, kita

wajar menolak sepenuhnya teknologi itu kerana ia adalah satu jaringan maklumat bersifat global. Dengan sistem canggih yang digunakan, usaha menghalang semua elemen negatif di Internet daripada sampai kepada rakyat adalah sesuatu yang hampir mustahil. Internet harus dilihat mampu membawa bersamanya kebaikan walaupun ada keburukan yang tidak sesuai dengan norma hidup masyarakat Timur dan Islam. Maklumat yang tidak diingini seperti berita palsu dan kenyataan fitnah dan hasutan juga datang bersama-samanya. Di negara yang maju seperti Amerika sekalipun, kandungan keterlaluan dalam Internet mendapat bantahan ramai pihak. Lantaran itu, perdebatan mengenainya di kalangan tokoh akademik dan pemimpin masyarakat masih berlaku. Sementara mereka yang menyokong pula tetap mempertahankan prinsip penyaluran maklumat secara bebas sejajar dengan dasar langit terbuka. Kemasukan Internet ke negara ini diperlukan untuk kita mampu bersaing dengan dunia luar. Cuma kekuatan diri sendiri saja senjata paling ampuh menentang pelbagai kesan negatifnya. Selain tindakan pihak berkuasa, pengguna sendiri tidak seharusnya terikut-ikut budaya Barat yang menggunakan media itu sekadar pelarian sementara daripada kebosanan hidup, bersifat materialistik dan menganggap kebebasan yang tidak ada batasnya. Dalam meluncur di ruang siber, pengguna tidak boleh membuta-tuli menerima perkara negatif apatah lagi membantu menyebarnya secara meluas.

Banyak pengiklanan secara online di internet

Yang ke3
Sekarang kita cerita keburukan penggunaan internet kepada kehidupan manusia . Yang selalu jadi isu bekaitan cara guna internet ni adalah berkaitan melayari halaman lucah atau website porno . Memang sukar nak cegah akan tetapi jika seseorang itu kuat iman nya Insyaallah dia tidak mengunjungi laman web lucah itu . Isu isu fitnah memfitnah , membuka aib sesama kita , memaki hamun tanpa batasan , penyebaran berita berita artis yang segelintir mereka merosak dan menyesatkan pemikiran anak anak muda kearah pergaulan bebas dan cara hidup mengairahkan supaya kita lupa Allah dan rasul dan lupa dosa pahala memang banyak dan yang kita hairan juga , ada blogger tolong promosi cerita mereka untuk menarik pengunjung ke blog mereka dan mendapat sedikit wang pengiklanan dari blog mereka .Nauzubilah Min Zalik.

dan banyak juga kes penipuan diinternet , oleh itu pasti kan betul betul dengan siapa kita berurusan dalam talian internet. Penggodaman banyak berlaku dan banyak virus berupa kod tersebar . Banyak keluar wang untuk membayar yang

perkhidmatan

sambungan

internet

adakalanya tak berbaloi dari apa yang kita bayar . Kira kira dalam katagori penipuan juga tu. Awas internet juga banyak berlakunya kebocoran data data penting peribadi kita , samada berkaitan diri , harta , wang dll. Perlu juga diingatkan bukan semua berita berita atau maklumat di internet tepat , oleh itu setiap berita memerlukan penelitian menyeluruh . Sekarang kita cerita pula kebaikan kebaikan cara guna internet untuk kebaikan manusia . Dengan sambungan penggunaan internet maklumat maklumat yang kita inginkan dapat dicapai dengan cepat sekali .Perkembangan perkembangan yang terjadi didalam negara dan diluar negara dapat ditatapi dalam masa yang pantas.Bagi pelajar untuk dan yang memerlukan maklumat kegunaan

Sebenarnya Blogger mana pun boleh buat cerita sensasi , samada berkaitan politik atau artis .. akan tetapi mereka takut dengan Allah swt. Jika perkara benar .. tak salah pun jika nak tulis. Internet juga boleh digunakan oleh pihak atau musuh Islam untuk menjatuhkan kerajaan sesuatu negara orang Islam dengan menggunakan propaganda di laman sosial dll dan meletakan boneka mereka disana . Internet juga akan membuatkan segelintir manusia leka dengannya . Sebagai contohnya asyik bermain game online , berchatting , berfacebook sepanjang hari dll.

mereka .. memang sangat mudah jika ada line internet untuk mereka. Mereka selalunya gunakan enjin carian Google .Perkataan perkataan yang mereka mungkin taip begini : kesimpulan kebaikan dan keburukan internet , kebaikan dan keburukan internet kepada pelajar , contoh karangan kebaikan dan keburukan internet , karangan kebaikan dan keburukan internet , kebaikan dan keburukan

komputer , karangan kebaikan dan keburukan internet spm dll. Makna kata mudahlah mereka mencari maklumat di internet . Jika bijak menggunakan internet ..boleh juga menambah pendapatan keluarga dengan buat bisnes online . Boleh juga buat sebagai penyambung

saliturahim melalui laman sosial Twiter , facebook , Google Plus dll. Dan boleh juga berdakwah di internet melalui penulisan , upload video , ceramah MP3 , pemberitahuan masa pengajian atau kuliah yang akan diadakan dll .

You might also like