You are on page 1of 3

PUSAT TUSYEN PASTI CEMERLANG

CONTOH PENDAHULUAN.
Penggunaan komputer menjadikan manusia lebih maju. Bincangkan pernyataan ini. Keadaan semasa Marcapada ini, penggunaan komputer menjadi semakin meluas apabila lahirnya syarikat gergasi seperti Microsoft yang diasaskan oleh Bill Gates yang kemudiannya mencipta pelbagai jenis komputer yang canggih seperti komputer riba,komputer telapak tangan dan sebagainya. Nyatakan Tajuk Kemajuan dalam sektor teknologi maklumat dan penciptaan pelbagai jenis komputer menjadikan manusia lebih maju melalui penggunaanya. Definisi Tajuk Komputer merujuk kepada sejenis alatan elektronik yang dapat menyimpan dan memberikan pelbagai maklumat untuk kemudahan manusia apabila diperlukan. Skop/PendirianHal ini menyebabkan kebanyakan daripada penduduk dunia telah menjadikan komputer sebahagian daripada kehidupan mereka dan secara tidak langsung melalui teknologi ini, kehidupan manusia kini menjadi semakin maju.

CONTOH PENGEMBANGAN ISI ISI 1:


Kata kunciPemprosesan Fail yang terurus serta sistematik. Huraian 1Proses memfailkan dokumen dan maklumat dapat dilakukan dengan lebih mudah, ringkas serta dapat menjimatkan ruang melalui penggunaan komputer. Huraian 2Sebarang dokumen mahupun maklumat dapat disimpan dan dicapai semula pada bila-bila masa sahaja dengan selamat dan tersusun. ContohSistem manual menggunakan fail dan kertas bersifat lapuk serta ditelan zaman. Penggunaan komputer untuk pemprosesan fail dan dokumentasi maklumatmaklumat penting menjurus kepada era modenisasi. Pengukuhan isiKeadaan ini jelas membuktikan bahawa komputer adalah tiang sandaran konkrit dalam kehidupan harian kita dalam menerajui kemajuan dan kejayaan.

PUSAT TUSYEN PASTI CEMERLANG

ISI 2:
Kata kunciMemajukan dunia pendidikan manusia. Huraian 1Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi computer. Huraian 2Penggunaan teknologi multi media melalui computer memjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan fleksibel. Dalam hal lain, pelajar juga dapat menjalani proses pembelajaran dengan berpandukan maklumat yang terdapat dalam komputer tanpa bergantung kepada guru. ContohPelbagai bahan bacaan, nota serta latihan bagi keseluruhan subjek yang diambil oleh pelajar dapat dimuatkan dalam komputer. Hal ini, memudahkan para pelajar dan guru untuk mengakses maklumat tersebut dengan mudah dan cepat. Pengukuhan isiKita wajar akui bahawa, komputer merupakan satu saluran penting dalam memantapkan dan memajukan sistem pendidikan manusia, skaligus memajukan manusia di seluruh pelosok dunia.

ISI 3:
Kata kunciUrusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien. Huraian 1Penggunaan rangkaian komputer membantu para peniaga berurusan antara satu sama lain dengan mudah dan megemaskini maklumat berkaitan perniagaan dari masa ke semasa melalui pengaplikasian internet seperti e-niaga. Huraian 2Hampir semua perniagaan sekarang menjadikan komputer sebagai satu keperluan asas dalam menjalankan urusan perniagaan. Hal ini sedemikian, kerana, pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet. Selain itu, maklumat berkaitan perniagaan juga mudah disebarkan dengan adanya kemudahan komputer. ContohContohnya, e-niaga atau e-commerce dan banyak lagi laman web yang menggunakan alamat mel elektronik. PengukuhanKomputer merupakan satu anugerah yang tiada tolok bandingnya dalam memajukan masyarakt dan Negara.

PUSAT TUSYEN PASTI CEMERLANG

ISI 4:
Kata kunciKomputer bersifat multi fungsi. Huraian 1Keunikan komputer bersifat multi fungsi bukan sahaja membantu memajukan masyarakat dalam aspek pengurusan fail, pendidikan dan perniagaan malah, ianya turut membantu memajukan manusia dalam bidang hiburan. Huraian 2Hal ini sedemikian, kerana, komputer berperanan sebagai satu media penyampai pelbagai bentuk navigasi seperti wayang, animasi dan grafik. ContohWindows media player, Macromedia Flash, Animator dan lain-lain lagi. PengukuhanSecara disedari atau tidak, komputer sememangnya menjadi satu peranti yang menjana kemajuan masyarakat sejagat.

KESIMPULAN
KonklusiKomputer merupakan satu alat yang penting kepada sesebuah kelompok masyarakat dan Negara dalam era globalisasi ini. HarapanAnugerah ini haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk memajukan diri, agama dan bangsa.

You might also like