You are on page 1of 6

ACARA PADANG : LONTAR PELURU PENGENALAN

Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72 kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran), gaya melungsur selangkah dan gaya Parry OBrien. FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada: 1) Pegangan peluru 2) Lakuan sedia 3) Lungsuran 4) Kilasan badan 5) Lontaran 6) Pulihan

KEMAHIRAN KEMAHIRAN ASAS A. GAYA 90 DARJAH / GAYA 1,2,3


1. Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan berdiri

90 darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri dengan bahu kirinya (untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat membaling.
2. Tempat berdiri dalam bulatan-jika lungsuran digunakan,peserta akan berdiri

di satu tempat hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lungsuran tidak diguna (dalam gaya berdiri), peserta akan berdiri hampir-hampir depan bulatan.
3. Selepas perdirian ditetapkan, peserta akan membenam peluru kerusok

tengkuknya atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah dagunya.Pada waktu ini,keberatan badan adalah di kaki belakang atau di kaki kanan.
4. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang relax

.Tangan yang tidak memegang peluru juga dalam keadaan yang relax tetapi dibengkok sedikit di siku dan ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat dan dibengkok di hadapan badan. Keadaan ini ialah untuk menimbang badan.
5. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45

darjah menghala kebelakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih kurang selari dengan garisan tengah bulatan.
B. LUNGSURAN : ( GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3 )

Lungsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan. Lungsuran dilakukan seperti berikut: 1. Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai persediaan melunsur.

2. Semasa badan direndahkan, badan juga mengilas kebelakang sedikit,sambil

kaki bebas pula, dihayun atau diterajang ke belakang untuk membolehkan kaki kanan melunsur ke depan. 3. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan badan. 4. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaan membaling.
5. Peringatan : Lungsuran sepatutnya dilakukan lurus ke depan.

C. MEMBALING 1. Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan tekanan dari kaki lunsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru hinggalah badan terangkat dan terdiri di atas kaki lunsuran(di depan sekarang) dan pada masa yang sama juga peluru dipandu keluar tangan. 2. Kedudukan badan yang melenting ke belakang,kepala terlanggut dan tekanan kaki lunsuran yang kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk parabola yang cukup berkesan. 3. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah kejayaan mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan dengan balingan dengan penuh kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah peluru berlepas tangan. D. SELEPAS MEMBALING 1. Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi,maka badan akan terangkat sehinggalah kaki lunsuran terangkat ke depan 2. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan peserta

menimbangkan dirinya supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar

bulatan atau terpijak lengkong penampan yang di depan atas garisan bulatan.
3. Disamping pergerakan ini berlaku,tangan bebas dan tangan yang

membaling juga akan diguna untuk membantu menimbang badan. Kepala yang melanggut semasa balingan tadi terus melanggut memerhatikan penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di tempat balingan. LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR SELANGKAH Latihan I Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melon tar peluru dengan tolakan yang kencang (melontar dari kedudukan berdiri). Latihan ini dapat membiasakan para pelajar menolak peluru dengan baik. Perhatian yang khusus harus diberi kepada pergerakan tangan dan pegangan peluru.

Latihan II Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. Kaki direnggangkan. Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang. Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru. Latihan ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar menguasai semua pergerakan penting sebelum mereka mula melontar peluru.

Latihan III

Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan. Condongkan badan sedikit seperti dalam Latihan II di atas. Ketingting ke hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan. Kilaskan badan dan buatlah lontaran. Latihan ini merupakan latihan membuat lungsuran dan mengilas badan.

Latihan IV Pelontar berdiri membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan. Kemudian pelontar melungsur selangkah ke belakang (tanpa mengilas badan atau melontar peluru). Latihan ini dibuat secara berulang-ulang. Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa membuat lungsuran.

Latihan V Pelajar digalakkan mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur selangkah. Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran. Oleh itu para pelajar dapat menyediakan diri mereka untuk membuat lontaran dengan cara yang lebih sistematik.

KESIMPULAN

Acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagimanapun, asas melontarpeluru seperti acara-acara olahraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.

You might also like