You are on page 1of 7

Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan

oleh Islam. Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam, inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day. Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita, katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentines Day pada Jumaat. Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam. Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu, katanya. Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu. Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya, ujarnya. Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi. Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat. Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di manamana pun ia sinonim dengan amalan maksiat, katanya. Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya. Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir, katanya. Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah, jelasnya.

Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya. Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah. Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal, katanya. Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini. Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat, kata Wan Mohamad

Ilmu Allah Subhanahu Wa Taala maha luas, tiada batasan, tidak terjangkau dan tidak terbayangkan oleh akal fikiran manusia kerana hanya Dialah sahaja yang mengetahui apa yang sudah dan akan terjadi serta yang mengaturnya. Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned berkata, manusia, malaikat, dan makhluk mana pun tidak akan dapat menyelami lautan ilmu Allah Subhanahu wa Taala itu. Menurut Yang Berhormat Pehin, Allah Subhanahu wa Taala tidak sekali-kali akan memungkiri janji-janji-Nya, dan janji Allah itu adalah benar.

Contoh yang jelas ialah sebagaimana cerita Nabi Musa Alaihissalam di mana baginda telah dihanyutkan oleh ibunya di dalam peti dengan wahyu (ilham) daripada Allah Subhanahu wa Taala, dan akhirnya Nabi Musa kembali juga ke pangkuan ibunya itu dalam keadaan selamat dan terhormat setelah ditemui oleh isteri Firaun dan dijadikan anak, kata Yang Berhormat Pehin semasa menyampaikan Kuliah Subuh Bersama Mufti Kerajaan di Kampung Sungai Besar sempena Sambutan Maulud Nabi 1433H, pagi ini. Menurut Yang Berhormat Pehin, jika mengikut akal manusia, logik dan ilmu manusia, membuang anak ke laut adalah bercanggah dengan akal dan ilmu manusia tetapi dalam ilmu Allah, perkara ini adalah sebaliknya, paling sesuai, tepat dan selamat. Dalam perkara ini, beliau memetik Firman Allah Subhanahu wa Taala di dalam Surah alQasas ayat 13, yang tafsirnya Maka (dengan jalan itu) Kami telah kembalikan dia semula kepada ibunya, supaya tenanglah hati ibunya dan tidak lagi berdukacita, dan (juga) supaya dia (ibunya ini) mengetahui bahawa janji Allah itu adalah benar, akan tetapi kebanyakan orang tidak mengetahui perkara ini. Dalam ceramahnya hari ini, Yang Berhormat Pehin antara lain menjelaskan bahawa kisah para nabi memang menarik kerana penuh dengan iktibar dan pengajaran, dan sudah tentu ia juga adalah mukjizat. Semasa ceramah yang pertama di Masjid Kampong Batu Marang dahulu, Yang Berhormat Pehin telah menyingkap riwayat Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam bersamasama bapa saudara Baginda ke negeri Syam untuk berniaga, dan berjumpa dengan Buhaira. Pada ceramah kali ini Yang Berhormat Pehin menyingkap kisah keputeraan Nabi Musa Alihissalam yang tidak kurang aneh dan penuh dengan bahaya serta ketakutan.

Menurut Yang Berhormat Pehin, pada masa Nabi Musa diputerakan, dapat dinamakan sebagai masa atau tahun penyembelihan kerana pada masa itu Firaun telah mengeluarkan arahan atau perintah kepada askar-askarnya, kepada polis-polisnya dan perisik-perisiknya supaya sesiapa saja dari kalangan bani Israel yang melahirkan anak laki-laki, maka anak itu hendaklah dibawa kepadanya untuk disembelih oleh tangannya sendiri. Katanya, sebaik sahaja Firaun mengambil sikap untuk menyembelih semua kanak-kanak lelaki yang baru lahir, setengah daripada penasihatnya telah menasihatkan supaya penyembelihan itu dilakukan berselang tahun sahaja, dan kerana itulah Nabi Harun Alaihissalam terlepas daripada arahan penyembelihan ini kerana Baginda dilahirkan dalam tahun yang selamat yang tidak ada penyembelihan.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna!


Harus diingat, kita sudah pun embrace kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Majuj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat sehari sama seperti sebulan iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Majuj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu Alam. Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir. 1) Penaklukan Baitulmuqaddis Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: saya menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat. Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. Sahih Bukhari 2) Zina bermaharajalela Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.

Ada yang bertanya kepada Rasulullah; Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? Baginda menjawab; Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita Ibnu Majah 4) Menghias masjid & membanggakannya Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid Riwayat -Nasai. 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga. Riwayat Ahmad dan Hakim. 6) Ramai orang soleh meninggal dunia Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran Riwayat Ahmad 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka bin Luka (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia - Riwayat Thabrani Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja. Riwayat Ahmad 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang. 10) Bulan sabit kelihatan besar Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit. - Riwayat Thabrani 11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapabapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu Sahih Muslim 12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar. Riwayat Ahmad 13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti bulu merpati yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga. Sahih Abu Daud & Nasai 15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya). Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya.. Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: Apa yang kamu perbincangkan?. Kami menjawab: Kami sedang berbincang tentang hari qiamat. Lalu Nabi saw. bersabda: Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya. Kemudian beliau menyebutkannya: Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Yajuj dan Majuj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka. (H.R Muslimi) Keterangan: Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tandatanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: 1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. 2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. 3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. 4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. 5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. 6. Keluarnya bangsa Yajuj dan Majuj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantupembantunya pada zaman dahulu. 7. Gempa bumi di Timur. 8. Gempa bumi di Barat. 9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya.

You might also like