You are on page 1of 8

AMALAN GAYA HIDUP KONSEP 5R

oleh:

afaten, syazwani, ida, nadia, shuhadah, yana

Recycle kitar semula

Rethink fikir semula

Reuse

5R
Repair pulih

guna semula

Reduce kurangkan

Kitar semula membawa maksud memproses barangan lusuh atau bahan buangan menjadi produk baru. Contohnya surat khabar lama akan diproses semula untuk mendapatkan sejumlah kertas putih yang baru dan sedia untuk digunakan sebagai kertas mahjung, kertas fotokopi dan banyak lagi. Amalan kitar semula ini harus dipraktikkan ke segenap lapisan masyarakat kerana ianya dapat mengurangkan kuantiti bahan buangan, selain menjimatkan kos perbelanjaan untuk membiayai projek pelupusan bahan buangan.

Reuse atau guna semula bererti menggunakan semula barangan atau alatan yang terbuang untuk dimanfaatkan menjadi barangan lain. Sebagai contoh menjadikan tayar kenderaan yang telah lusuh atau rosak menjadi pasu bunga ataupun menjadikan botol plastik terbuang menjadi bekas meletak alat tulis.

Repair ataupun baik pulih ialah memeriksa dengan teliti untuk tujuan membaiki atau untuk memulihkan keadaan sesuatu alat yang telah rosak. Bagi mengurangkan penggunaan sumber asli, adalah disarankan pengguna membaik pulih alatan yang rosak dan hanya membuangnya di pusat-pusat kitar semula setelah kerosakan tidak dapat dibaiki sepenuhnya. Penggunaan barangan atau alatan secara cermat dan efektif juga dapat membantu mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke persekitaran sekaligus dapat mengurangkan penggunaan sumber asli yang kian berkurang disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terancang.

Reduce membawa maksud mengurangkan penggunaan pelbagai sumber terutamanya sumber asli seperti kayu, petroleum serta kapas. Penggunaan sumber asli secara berlebihan dalam aktiviti seharian memaksa sektor industri berkaitan mempertingkatkan pengeluarannya bagi memenuhi permintaan pengguna di sesuatu tempat. Kerajaan Malaysia telah lama menyarankan pengguna-pengguna kenderaan di Malaysia berkongsi kenderaan ke tempat kerja atau ke mana sahaja di dalam destinasi yang sama dapat membantu mengurangkan jumlah penggunaan petrol dengan berkesan. Ianya bukan sahaja menjimatkan malah dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar-bandar besar terutamanya Kuala Lumpur.

Rethink ataupun fikir semula sebelum buang. Adalah penting bagi setiap individu untuk mengenal pasti bahan-bahan yang bakal dibuang itu mampu untuk dimanfaatkan untuk tujuan lain ataupun tidak. Sama ada ianya dapat dikitar semula, diperbaiki atau digunakan semula. Dapat membantu untuk mengurangkan sampah yang bakal dibawa ke pusat pelupusan sampah Selain itu rethink atau fikir semula bukan hanya terhad kepada fikir dulu sebelum buang sahaja, malah kita sebagai pengguna hendaklah bertindak untuk mengetahui dan mengambil kira bungkusan produk yang kita beli itu sama ada boleh dikitar semula, digunakan semula, dibaik pulih jika mengalami kerosakan.

You might also like