You are on page 1of 5

abckidz

Diterjemah dari al-islam.org

Dendam Abu Jahal ke atas Keluarga Ammar

Kisah Ammar ibn Yasir

Abu Jahal mendengar Ammar telah menjadi seorang Muslim. Dia menjadi sungguh marah. Abu Jahal yang mengetuai kumpulan penyembah-penyembah berhala telah ke rumah Yasir. Mereka datang menyiksa keluarga Yasir. Mereka membakar rumahnya dan mengheret Yasir, Ammar dan Summayya ditengah-tengah padang pasir di luar Mekah. Mereka merantai dan menyiksa Ammar sekeluarga. Mereka menyebat sehingga luka dan mengalir darah dari badan. Kemudian mereka menyalakan api untuk membakar mereka sekeluarga. Tetapi keluarga kecil itu tetap mempertahankan kepercayaan mereka.

Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

Dendam Abu Jahal

abckidz

Cuaca sangat terik pada tengahari itu. Panas betulbetul membakar kulit. Abu Jahal dan pengikutnya pulang semula ke Mekah. Mereka di tinggalkan di tengah-tengah padang pasir itu. Setelah mereka pergi, Nabi kita, Nabi Muhammad (saw) melewati keluarga yang didera itu tadi. Baginda menangis dan berkata: Wahai keluarga Yasir, bersabarlah dan bertahanlah. Kamu semua akan ditempatkan di syurga. Summayyah, ibu Ammar, berkata dengan penuh keyakinan : Aku mengaku, bahawa engkaulah Pesuruh Allah. Dan engkau telah menjanjikan perkara yang benar. Abu Jahal dan pengikutnya itu datang kembali. Ditangannya terdapat sebatang kayu yang panjang. Dia mula mendera mereka secara rakus. Sembah tuhan-tuhan kami, tinggalkan Muhammad. Summayyah meludah muka Abu Jahal dan berkata: Betapa buruknya engkau dan tuhan-tuhan engkau. Abu Jahal bertambah marah. Dia mengangkat kayu itu dan menikam perut Summayyah. Dia menikamnikam tubuh Summayyah sehingga beliau meninggal dunia. Di atas mempertahankan akidahnya, beliau menjadi syahid pertama dalam sejarah Islam.
2

abckidz

Dendam Abu Jahal

Setelah itu Abu Jahal menyepak-yepak perut Yasir, bapa Ammar, sehingga mereka meninggal dunia. Ammar melihat apa yang berlaku ke atas kedua ibubapanya, beliau menangis. Kemudian Abu Jahal menjerit marah kepadanya: Jika engkau tidak menyembah tuhan-tuhan kami, aku akan bunuh kamu! Ammar tidak dapat menahan lagi di atas kekejaman yang dihadapinya. Dengan berat hati, beliau berkata: Hubal (patung sembahan) yang teragung. Ammar memuji sembahan mereka untuk menyelamatkan dirinya dari terus di siksa. Abu Jahal dan pengikutnya berasa gembira, dan melepaskan Ammar pergi.

Dendam Abu Jahal

abckidz

Ammar pergi bertemu Rasulullah (saw). Beliau bukan menangis kerana kesyahidan kedua orang tuanya ataupun kerana kekejaman yang dialaminya kerana di dera. Beliau menangis kerana telah memuji sembahan Abu Jahal dan pengikutnya. Rasulullah (saw) menenangkan Ammar atas kesyahidan ibu dan bapanya. Kesedihan Ammar amat mendalam, beliau menangis. Lalu beliau berkata: Wahai Nabi Allah, penyembah berhala itu tidak akan melepaskan aku dan memaksa aku untuk tunduk kepada tuhan-tuhan mereka. Dengan nada lembut Baginda (saw) berkata: Bagaimana pula dengan hati kamu, wahai Ammar. Ammar menjawab: Wahai Rasulullah, hatiku penuh dengan keimanan kepada Allah.

abckidz

Dendam Abu Jahal

Lalu Baginda ((saw)) berkata: Janganlah engkau bimbang wahai Ammar! Allah (swt) telah menurunkan ayat berkenaan keadaan kamu: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.

You might also like