You are on page 1of 8

MALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM : BULAN MUHARRAM Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua') Tanggal 10hb

disunatkan berpuasa (puasa Asyura) Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim. Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya BULAN SAFAR BULAN RABIUL AWWAL BULAN RABIUL AKHIR BULAN JAMADIL AWWAL BULAN JAMADIL AKHIR Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa. REJAB Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya, Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari diseksa diakhirat dan fitnah dajjal Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan diperkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya

Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan. Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.

BULAN SYAABAN Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun. Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

BULAN RAMADHAN Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain. Banyakkan berdoa, berzikir selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan. Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

BULAN SYAWAL Amalan sunat di bulan Syawal : Amalan sunat pada 1 Syawal seperti : a) b) c) d) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan e) yang lain f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah g) tersenam matahari pada hari raya tersebut. Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal) Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

BULAN ZULKAEDAH Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.

BULAN ZULHIJJAH Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu : Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat. Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan. Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan seksa kubur Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabinabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut telah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui). Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa. Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti : a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya. Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan b) solat Adha

Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah e) hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad) c) Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

tiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut: Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah SWT Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana (tidak terlalu laju) Doa dibaca dengan nada suara yang sesuai (tidak terlalu kuat dan sebaliknya) Doa dibaca dengan rasa penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah SWT Merasa yakin dan ikhlas bahawa apa yang dipohon akan dimakbulkan oleh Allah SWT

PENGERTIAN BERSUCI Firman Allah swt maksudnya, "Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan yang suka menyucikan diri " (Al Baqarah : 222) Bersuci atau At Thaharah ialah suatu pekerjaan yang dilakukan bagi menghilangkan hadas atau najis yang ada di badan, pakaian atau tempat tinggal kita. Ia mesti dibersihan supaya kita boleh melakukan ibadah. Di dalam ajaran Islam bersuci adalah sesuatu yang WAJIB. Sebahagian dari bersuci adalah berwuduk, mandi dan membersihkan najis dari badan.

JENIS-JENIS BERSUCI Bersuci dari hadas kecil. Apabila kita berada dalam keadaan begini kita dilarang dari

mengerjakan sembahyang dan menyentuh Al Quran. Cara untuk menyucikan ialah dengan mengambil wuduk ataupun bertayammum. Bersuci dari hadas besar. Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalah termasuk di dalam golongan ini. Cara bersuci daripadanya ialah dengan mandi junub. Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji, iktikaf di masjid dan menyentuh atau membaca Al Quran. Beristinjak. Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari dua saluran iaitu qubul dan dubur.

ISTINJAK RUKUN ISTINJAK Rukun istinjak ada 3 iaitu : Islam Menggunakan air, batu, kertas, daun dan benda keras yang suci Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur

SUNAT-SUNAT ISTINJAK
Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3x, 5x atau 7x dan seterusnya. Menggunakan tangan kiri

BERISTINJAK DENGAN BATU Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah: Pastikan benda tersebut tidak mengalir Pastikan najis belum kering Pastikan tempat keluar najis tersebut tidak terhalang oleh benda-banda lain BERISTINJAK DENGAN AIR

Perlakuannya ialah lebih kurang sama dengan batu. Terlebih dahulu mestilah dibersihkan sehingga hilang 3 perkara iaitu bau, warna dan rasa. Apabila selesai disunatkan membaca doa.

BENDA-BENDA BERNAJIS Antara benda-benda najis menurut Islam adalah seperti berikut : Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia. Binatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci. Darah kecuali hati dan limpa Semua jenis benda yang keluar dari qubur dan dubur Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor Arak dan semua jenis minuman yang memabukkan Bahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup

JENIS-JENIS NAJIS Terdapat 2 jenis najis yang boleh diklasifikasikan dalam Islam iaitu: NAJIS MUGHALLAZAH Iaitu anjing dan babi serta segala anggota tubuh badannya. Cara menyucikannya ialah dengan menyiram sekali air tanah atau lumpur dan 6 kali dengan air yang bersih NAJIS MUKHAFFAFAH Iaitu najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya memakan susu ibunya sahaja. Cara menyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air ke atas benda yang terkena najis itu kemudian lapkannya NAJIS MUTAWASSITAH Iaitu najis pertengahan. Najis ini terbahagi kepada dua bahagian : (a) Hikmiah adalah najis yang kita yakini adanya tetapi tidak nyata zatnya seperti air kencing yang sudah lama kering hinggakan sifatnya sudah hilang. Najis ini disucikan dengan mengalirkan air keatasnya (b) 'Ainah adalah najis yang dicuci dengan menghilangkan dan membersihkan semua zatnya

JENIS-JENIS AIR Terdapat 5 jenis air iaitu : AIR MUTLAK Sifatnya adalah suci lagi menyucikan. Air ini boleh digunakan bagi menyucikan benda lain. Contohnya air hujan, laut, perigi, air mata air, salji, sungai dan air embun AIR MUQAYYAT Sifatnya adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan. Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan benda lain seperti air kopi, teh, air buah-buahan dan sebagainya. AIR MUTANNAJJIS Air ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: (a) Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna , bau dan rasa dengan najis. Air ini tidak boleh digunakan lagi sama ada banyak ataupun sedikit. (b) Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang dari 2 kolah (lebih kurang 13 tin minyak tanah) tidak boleh digunakan lagi tetapi jika 2 kolah atau lebih maka hukumnya suci lagi menyucikan. AIR MUSYAMMAS Ialah air yang terjemur di tengah pancaran matahari dalam bekas selain dari bekas emas dan perak. Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak untuk pakaian AIR MUSTAGHMAL Ialah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda-benda lain dan sukatannya adalah kurang dari 2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya.

You might also like