You are on page 1of 37

LAW CHII CHIN 4 PISMP PC/PJ/MT

KAEDAH INDUKSI
Digunakan untuk mendapat rumusan, fakta atau ciri am daripada kajian ke atas beberapa contoh matematik yang khusus. Murid perlu mengkaji contoh-contoh matematik, membuat perbandingan dan penganalisaan sehingga mendapat rumusan.

Membuat rumusan Contohcontoh matematik khusus yang mengandungi rumusan yang sama Mengkaji, membanding dan menganalisa contoh-contoh untuk membuat generalisasi Mendapat fakta matematik Mendapat konsep matematik Mendapat hukum matematik

PROSES PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH INDUKSI

KAEDAH DEDUKSI
Menggunakan rumus, hukum atau teorem matematik yang telah dipelajari untuk mendapat rumusan atau generalisasi matematik yang baru.

Dengan kaedah ini, murid dapat memperolehi pengalaman yang luas dan pengetahuan matematik yang cukup untuk mendapatkan rumus, hukum atau teorem matematik baru.

Rumus, hukum atau teorem matematik yang diketahui

Kaedah deduksi

Rumus, hukum atau teorem matematik yang diperolehi

PROSES PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH DEDUKSI

KAEDAH INKUIRI-PENEMUAN
Merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui.

OBJEKTIF: I. Membantu murid menjawab perkara-perkara yang mereka ingin tahu II. Memperluaskan pengetahuan pelajar III. Menggalakkan pelajaran berfikiran kritis dan kreatif

Mengenalpasti masalah Merancang strategi penyelesaian Mengumpul maklumat Mengkaji dan menganalisa maklumat yang dikumpulkan Membuat rumusan
PROSES PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH INKUIRI-PENEMUAN

KAEDAH PERBINCANGAN
OBJEKTIF:
I. II. III. IV. V. Mencabar pemikiran Meransang sikap dan kepercayaan Membina kemahiran berinteraksi Menggalakkan perkembangan mental Melatih pelajar berfikir dengan teliti

Permulaan: guru akan mengemukakan perbincangan dan soalansoalan yang berkaitan dengan sesuatu topik. Perbincangan: pelajar digalakkan memberi pandangan masingmasing Guru bertindak sebagai pemerhati, meransang pelajar mengeluarkan pendapat dan membimbing pelajar membuat rumusan

Aspek yang perlu diberi tumpuan semasa perbincangan adalah: I. II. III. IV. Kerelevanan perbincangan Ketepatan fakta Kesesuaian dan idea-idea yang dikemukakan Perjalanan dan suasana perbincangan

KAEDAH PENYOALAN
OBJEKTIF:
Menolong murid mengingat kembali dan memperkukuhkan konsep atau kemahiran yang telah dipelajari. Membimbing murid menyertai secara aktif dalam aktivit pembelajaran. Membimbing murid menggunakan daya pemikiran murid untuk menyelesaikan masalah. Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid. Menolong murid mengulangkaji pelajaran matematik.

TEKNIK PENYOALAN
Garis panduan yang dapat menolong guru matematik menguasai teknik penyoalan dengan cekap dan berkesan: Gunakan bahasa matematik yang sesuai dengan taraf pencapaian murid. Soalan harus dibentukkan secara ringkas, tepat, jelas dan hanya mengandungi satu konsep atau satu fakta sahaja. Gunakan soalan yang dapat mendorongkan murid berfikir. Gunakan soalan yang tepat mengikut objektif pengajaran.

CIRI-CIRI PENYOALAN
Kekerapan

Masa menunggu

Ciri-ciri Penyoalan

Taburan yang saksama

Penggerak

Kekerapan

Merujuk kepada bilangan soalan yang dikemukakan oleh guru dalam proses P&P. Hasil kajian mendapati kekerapan penyoalan menggalakkan penglibatan ramai pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian (Pratton & Hales,1986). Guru tidak boleh bersikap mengabaikan pelajar yang lemah dan hanya menyoal pelajar yang cerdas. Guru perlu elak daripada menyoal secara beramai-ramai. Guru tidak digalakkan memanggil nama pelajar sebelum menyoal kerana bimbang hanya pelajar yang namanya dipanggil sahaja yang akan berfikir.

Taburan yang saksama

Penggerak Guru menanyakan soalan atau memberi arahan untuk mendapat maklumat atau jawapan daripada pelajar yang telah gagal menjawab atau memberi jawapan yang kurang lengkap.

Masa Merupakan suasana yang senyap seketika menunggu menunggu jawapan. Masa menunggu jawapan adalah agak pendek iaitu kurang daripada satu saat.
Manfaat masa menunggu ialah: I. Pelajaran boleh berjalan dengan lancar dan berfokus. II. Kualiti dan kuantiti jawapan pelajar juga meningkat. III. Kegagalan untuk menjawab berkurangan kerana pelajar yang mengambil bahagian untuk menjawab secara sukarela meningkat.

PERINGKAT-PERINGKAT PENYOALAN
Penilaian Sintesis Penganalisisan Penggunaan Kefahaman Pengetahuan

Peringkat-peringkat penyoalan menurut Taksonomi Bloom

KATEGORI Pengetahuan

AKTIVITI PELAJAR Ingat Fakta Terminologi Definisi Konsep Prinsip Kefahaman tentang makna bahan

CONTOH PERKATAAN Apakah? Senaraikan Namakan Definisikan Perihalkan

Kefahaman

Terangkan Ringkaskan Beri contoh Terjemahkan Ramalkan Selesaikan Gunakan Binakan Kirakan

Penggunaan

Memilih konsep/kemahiran dan gunakan untuk menyelesaikan masalah

KATEGORI
Penganalisisan

AKTIVITI PELAJAR
Membahagikan bahan kepada beberapa bahagian dan menerangkan perkaitannya

CONTOH PERKATAAN
Bagaimanakah data-data tersebut digunakan? Kenapakah? Bagaimanaberkait dengan? Apa perbezaan Antara dan Bagaimana data-data tersebut menyokong? Apakah yang boleh diramalkan hasil daripada data Apakah keputusan yang anda boleh buat? Bandingkan dan bezakan Kriteria untuk?

Sintesis

Menghasilkan sesuatu yang tulen setelah membahagikan bahan-bahan kepada komponen tersebut

Penilaian

Membuat keputusan berasaskan kriteria-kriteria sebelum pembuktian

KERJA AMALI
Menurut Zol Azlan (2000), kaedah amali boleh didefinisikan sebagai seorang, sepasang ataupun sekumpulan kecil pelajar dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan kerja amali. Guru bertindak sebagai fasilitator, pelajar akan menjalankan kerja-kerja amali . Menerusi kaedah ini, murid dapat menemui prinsip, hukum teorem matematik dengan sumber atau alatan matematik. CTH: membina model-model matematik yang akan memberi gambaran secara konkrit konsep-konsep matematik yang abstrak.

EKSPOSITORI
Merupakan cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya.

Penerangan isi pelajaran

Murid mendengar penerangan

Murid mengingat dan merekod isi penting

KELEBIHAN

KEKURANGAN

guru- jimatkan masa, Membosankan mudah mengawal Menjadi syarahan jika disiplin digunakan dalam Murid- diam, dengar, seluruh P&P. berkesan untuk sampaikan kemahiran, konsep dan prinsip matematik.

LABORATORI
Murid-murid yang belajar matematik memerlukan aktiviti-aktiviti konkrit untuk memahami simbol dan tatatanda matematik yang abstrak.

Murid menggunakan sumber atau alatan matematik yang ada dalam makmal untuk menemui prinsip, hukum dan teorem matematik.
CTH: mendapat perkaitan di antara unit-unit ukuran dan sukatan seperti 1kg=1000g, 1L=1000ml, 1m=100cm, dengan menggunakan alat penyukat, penimbang dan pengukur dalam makmal matematik.

DEMONSTRASI
Merupakan suatu teknik P&P yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid.

Melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama dengan aktiviti pendengaran dan penglihatan serta percubaan murid.
CTH: mendemonstrasikan cara membina sudut dengan protraktor

OBJEKTIF: Murid dapat mencontohi dengan lebih tepat serta mudah untuk mereka laksanakan sendiri Demonstrasi yang baik dapat mengukuhkan ingatan murid tentang langkah-langkah melaksanakannya Memudahkan pemahaman murid serta menimbulkan minat untuk belajar Murid dapat latihan amali untuk membina kemahiran yang tepat dan kukuh Guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku. Mutu persembahan murid dapat dipertingkatkan

Dapat membina keyakinan murid supaya dapat melaksanakan demonstrasi secara individu Idea, prinsip atau konsep pelajaran dapat diilustrasikan dengan tunjukcara Dapat mengurangkan masa pelajaran jika dibandingkan dengan kaedah cuba jaya Murid tidak akan melaksanakan aktiviti sesuka hati dan dapat mengelakkan sebarang kemalangan.

PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF


Merupakan suatu strategi pengajaran di mana pelajar saling membantu dalam sebuah kumpulan kecil, dengan mempunyai tujuan dan matlamat yang sama. Pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan sepasukan mereka, selain daripada pembelajaran diri sendiri.

Pembelajaran kolaboratif pembelajaran koperatif.

adalah

berasaskan

Untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif.

PERSAMAAN:
mementingkan pembelajaran aktif guru berperanan sebagai fasilitator. pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid. memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi. pelajar dikehendaki memikul tanggungjawap atas pembelajaran diri sendiri. menghendakkan pelajar menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan. menolong meningkatkan kejayaan pelajar dan ingatan pengetahuan. menggunakan kepelbagaian pelajar.

PERBEZAAN:
KORERATIF KOLABORATIF

Pelajar menerima latihan dalam kemahiran berkumpulan dan sosial. Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik. Guru memantau, mendengar dan mencampur tangan kegiatan kumpulan jika perlu. Pelajar dikehendai menghantar kerja di akhir pelajaran untuk dinilai. Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru.

Adalah dipercayai bahawa pelajar telah memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran. Pelajar-pelajr merunding dan mengorganisasi usaha sendiri Aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru. Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan. Pelajar menyimpan draf kerja untuk kerjakerja lanjutan. Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru.

PENDEKATAN BERPUSATKAN GURU


Guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru.

syarahan demontrasi

Bercerita

Contoh pengajaran berpusatkan guru

Komunikasi sehala Guru mengarah dan mengawal pembelajaran Murid pasif dan mendengar sahaja

Murid kurang berminat terhadap penerangan guru

Ciriciri

Kepimpinan bercorak autokratik

Guru berkuliah

Sifat-sifat sosial kurang dipupuk

PENDEKATAN BERPUSATKAN PELAJAR


Pembelajaran secara aktif berpusatkan pelajar dan meningkatkan penglibatan pelajar. Pelajar mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru. Guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjwab terhadap pelajar. Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuiri-penemuan.

Komunikasi dua hala

Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid

Ciri-ciri strategi pemusatan pelajar

Kepimpinan bercorak demokratik

Menanam sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolongmenolong.

Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

PENDEKATAN BERPUSATKAN MEDIA


Guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain dalam menjalankan pengajarannya.

Penggunaan bahan semasa P & P harus berdasarkan kepada beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi pengajaran dan kebolehan pelajar. Kepelbagaian media / bahan yang digunakan semasa P & P dapat meningkatkan proses P & P serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental.

Jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran ialah : i) ii) iii) iv) Slaid dan jalur filem Projektor lutsinar Pita rakaman dan televisyen Model-model tiga dimensi seperti glob dan rangka manusia v) Modul terancang vi) Pakej pembelajaran dengan penggunaan komputer.

You might also like