You are on page 1of 10

SCE 3103 MENEROKA BAHAN

AMALI 2 Tajuk Tujuan / Objektif : Aloi : Untuk membandingkan kadar pengaratan besi ,keluli tahan karat (nirkarat) Hipotesis : Paku besi berkarat dengan paling cepat berbanding paku Keluli.Manakala paku keluli nirkarat tidak berkarat. Teori :

1. Aloi ialah satu campuran dua atau lebih unsur mengikut peratusan yang

tertentu di mana unsur utamanya ialah logam. 2. Terdapat aloi yang mengandungi unsur bukan logam.Aloi keluli mengandungi unsur karbon . 3. Aloi adalah lebih keras dan lebih kuat berbanding dengan logam tulen 4. Logam tulen terlalu lembut kerana lapisan atomnya mudah begelongsor di atas satu sama lain. 5. Dalam pembuatan aloi ,logam asing dicampurkan kepada suatu logam tulen. 6. Atom logam asing ini mempunyai saiz yang berbeza daripada atom logam tulen. 7. Atom asing ini menganggu susunan teratur bagi atom dalam logam tulen. 8. Atom asing ini dapat menghalang lapisan atom daripada bergelongsor di atas satu sama lain. 9. Oleh kerana lapisan atom sukar menggelongsor di atas satu sama lain, pengaloian dapat menjadikan logam tulen lebih kuat dan keras.

SCE 3103 MENEROKA BAHAN

Alat / Bahan Paku besi Paku keluli

Paku keluli nirkarat Larutan agar-agar Potasium heksasianoferat (III) Radas : Tabung uji Bikar Rak tabung uji

Prosedur

1. Gosok paku menggunakan kertas pasir untuk menghilangkan karat dari permukaan paku.

SCE 3103 MENEROKA BAHAN

2. Meletakkan paku besi dalam tabung uji A,paku keluli dalam tabung uji B dan

paku keluli nirkarat dalam tabung uji C.

SCE 3103 MENEROKA BAHAN 3. Menyediakan 5% larutan agar-agar dengan menambahkan 5g agar-agar ke

dalam 100cm air didih.Kemudian tambah beberapa titik larutan potasium heksasianoferat (III) ke atas larutan agar-agar.

4. Menuangkan larutan agar-agar panas ke dalam 3 tabung uji sehingga semua paku terendam sepenuhnya.

5. Meletakkan tabung uji di rak tabung uji dan membiarkan selama 5 hari. Memerhatikan keamatan warna biru.

SCE 3103 MENEROKA BAHAN

6. Merekodkan semua pemerhatian di dalam jadual di bawah.

Tabung uji A ( Paku besi) B ( Paku keluli) C (Paku keluli nirkarat)

Keamatan warna biru Paling biru tua Biru tua Tiada perubahan

Inferens Banyak berkarat Berkarat Tidak berkarat

Perbincangan

1. Apabila besi berkarat atom besi akan kehilangan 2 elektron dan menjadi

ion Ferum (II),Fe.

SCE 3103 MENEROKA BAHAN

Fe(p) Fe (ak) + 2e- 2. Bahan kimia kalium heksasianoferat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion ferum (II) melalui pembentukan mendakan biru tua.
3. Pengesahan kewujudan ion Fe oleh kalium heksasianoferat (III)

menunjukkan bahawa besi telah berkarat. 4. Keamatan warna biru tua menggambarkan tahap pengaratan paku besi . 5. Berdasarkan pemerhatian yang diperoleh,paku besi biasa paling banyak berkarat.Permukaan kemerahan. 6. Paku keluli nirkarat tidak berkarat.Paku ini dibuat daripada besi yang telah dicampur dengan karbon serta logam peralihan seperti kromium dan nikel. 7. Paku keluli biasa berkarat perlahan-lahan.Paku ini dibuat daripada campuran besi dan karbon sahaja.Tanpa kehadiran logam peralihan,keluli ini boleh berkarat. paku disalut dengan lapisan pepejal coklat

Kesimpulan

Kadar kakisan besi,keluli dan keluli nirkarat berbeza.

Langkah berjaga-jaga
1.

Karat boleh menyebabkan penyakit kancing gigi atau tetanus.

SCE 3103 MENEROKA BAHAN

Soalan 1. Terangkan fungsi larutan potasium heksasianoferat (III). Fungsi larutan potasium heksasianoferat (III) ialah untuk menguji kehadiran ion ferum (II) di mana warna biru tua akan terbentuk.

2. Apakah hubungan antara keamatan warna biru dan kadar pengaratan? Semakin bertambah keamatan warna biru tua semakin bertambah kadar pengaratan

3. Terangkan bagaimana penggunan larutan agar-agar dalam bentuk pepejal

boleh meningkatkan pemerhatian eksperimen. Penggunaan larutan agar-agar dalam bentuk pepejal boleh meningkatkan pemerhatian eksperimen kerana ia digunakan untuk memerangkap dan melihat warna biru tua yang terbentuk dengan lebih jelas.Hal ini kerana penyebaran berlaku paling perlahan dalam pepejal berbanding cecair dan gas.
4. Namakan komposisi keluli dan keluli nirkarat.

Keluli dibuat daripada campuran besi 99% dan karbon 1%.Manakala keluli nirkarat ferum 73%, kromium 18% dan nikel + karbon 8%.

5. Berdasarkan inferens keputusan eksperimen ,bandingkan kadar pengaratan besi,keluli dan keluli nirkarat dan terangkan inferens itu . Paku besi biasa paling banyak berkarat kerana permukaan paku disalut dengan lapisan pepejal perang kemerahan.Paku keluli biasa berkarat perlahan-lahan kerana dibuat daripada campuran besi dan karbon

SCE 3103 MENEROKA BAHAN

sahaja.Tanpa kehadiran logam peralihan seperti kromium dan nikel. Paku keluli nirkarat tidak berkarat kerana dibuat daripada besi yang telah dicampur dengan karbon serta logam peralihan seperti kromium dan nikel.

6. Bagaimanakah susunan atom di dalam logam dikaitkan dengan kemuluran

dan sifat kebolehtempaan. Sifat kemuluran dan kebolehtempaan logam dapat dihubungkaitkan dengan susunan atom dalam logam.Logam terdiri daripada atom yang sama jenis.Atomnya adalah sama saiz dan bentuk.Susunan atom dalam logam adalah rapat,padat dan teratur.Atom dalam logam disusun secara teratur dalam lapisan untuk menghasilkan satu struktur raksasa.Apabila dikenakan daya ,lapisan atom mudah bergelongsor di atas satu sama lain.Oleh kerana lapisan atom dapat bergelongsor di atas satu sama lain,maka logam mudah dibengkokkan (kebolehtempaan) dan mudah ditarik menjadi dawai halus (kemuluran). Logam tulen adalah lembut.

7. Terangkan perbezaan di antara penggantian aloi (substitution alloy) dan

celahan aloi (interstitial alloy ).

Aloi gantian ( substitution alloy)

SCE 3103 MENEROKA BAHAN

Dalam Aloi gantian, atom daripada bahan larut mengambil kedudukan yang biasanya diduduki oleh atom pelarut. Jika atom ejen mengaloi menggantikan atom logam utama, kita akan mendapat apa yangdipanggil aloi penggantian. Aloi seperti ini akan membentuk hanya jika atom logam asas dan ejen mengaloi saiz lebih kurang sama. Dalam kebanyakan aloi penggantian, unsur-unsur konstituen adalah agak berhampiran antara satu sama lain dalam jadual berkala. Tembaga, sebagai contoh, aloi penggantian berdasarkan pada tembaga di mana atom zink menggantikan 10-35 peratus daripada atom yang biasanya akan berada dalam tembaga. Tembaga bekerja sebagai aloi kerana tembaga dan zink adalah berdekatan antara satu sama lain dalam jadual berkala dan mempunyai atom saiz yang lebih kurang serupa. Celahan aloi ( interstitial alloy) Dalam celahan aloi , atom bahan larut boleh menduduki "jurang" antara aloi pelarut atom.Celahan aloi yang dibentuk oleh pelbagai logam dengan H, B, C, N dan sebagainya.Aloi juga boleh terbentuk jika ejen atau ejen mengaloi mempunyai atom yang lebih kecil daripada logam utama. Dalam kes itu, atom ejen tergelincir di antara atom logam utama (dalam jurang atau "celah"), memberikan apa yang dipanggil aloi celahan. Keluli adalah satu contoh aloi celahan di mana bilangan kecil atom karbon tergelincir dalam jurang antara atom yang besar dalam kekisi hablur besi.

SCE 3103 MENEROKA BAHAN

You might also like