You are on page 1of 229

Rabiatul Adawiyah

bab

anpa disedari oleh Sapura, masa berlalu begitu pantas. Antara siang dan malam, antara hari dan minggu, antara bulan dan tahun, dia tidak pernah mengingatinya. Waktu-waktu yang berlalu itu banyak dihabiskan hanya untuk dirinya dan Nabila. Dia tidak pernah memikirkan hal-hal lain yang dirasakannya tidak berkaitan dengan dirinya. Bagi Sapura, yang lebih penting adalah Nabila. Itulah satu-satunya zuriat yang dimilikinya. Rahsia yang disimpan oleh Sapura selama ini tidak ada siapa pun yang mengetahuinya. Segala yang dilalui oleh Sapura selama ini ditanggungnya sendiri. Pahit manis kehidupannya selama ini juga hanya dikongsi bersama Nabila, anak tunggal kesayangannya. Namun, untuk berkongsi rahsia yang satu ini bersama Nabila tidak mungkin. Biar apa pun yang berlaku, Sapura tidak akan sekali-kali mengungkit

air mata cinta

kembali cerita derita lama yang telah dilupakan dari ingatannya. Bagi Sapura, cukuplah rahsia itu terpendam jauh di lubuk hatinya. Biarlah hanya dia sahaja yang mengetahui dan memahaminya. Sapura tidak ingin sekali membabitkan Nabila dari cerita duka ini. Dia tidak mahu Nabila membuka kembali luka lama yang kini tinggal parutnya kerana dia tahu sikap Nabila yang pasti akan merungkaikan segala kekusutan yang tertera. Dia tahu Nabila pasti akan mencari jalan penyelesaian yang dia tidak inginkan. Dia tahu itu semua kerana Nabila adalah darah dagingnya. Sikap Nabila saling tidak tumpah dengan sikapnya sendiri. Sapura sendiri tidak pasti sama ada dia perlu berkongsi cerita lama yang hanya mengundang derita dirinya selama ini bersama Nabila. Sapura tertanya-tanya sendiri, jika tindakannya menyembunyikan perkara sebenar dari Nabila satu tindakan yang betul. Sapura betul-betul bingung. Perlu -kah dia berterus-terang dengan Nabila? Dapatkah Nabila menerima penjelasan Sapura nanti? Apakah tindak balas Nabila? Persoalan demi persoalan bermain di kotak fikiran Sapura. Kedatangan Khalid semalam membawa khabar yang tidak pernah terlintas di fikirannya selama ini. Semalam juga menjadi penyebab hidup Sapura kembali tidak tenteram. Sapura tidak faham mengapa Khalid perlu memaklumkan dirinya mengenai lelaki itu. Lelaki yang selama ini hanya membawa derita di sepanjang hidupnya. Dan kini, lelaki yang bernama Badrul itu muncul kembali. Pura, kau dengar sini. Dengar kata-kata aku dan cuba kau fahamkan. Khalid membetulkan duduknya sambil menghadap Sapura dengan serius. Dia pasti akan mencari kau sebaik saja dia dibebaskan. Kau menghilangkan diri tanpa memberikan dia

Rabiatul Adawiyah

ruang untuk bercerita. Sambung Khalid. Cerita apa lagi Khalid? Cerita palsu yang sengaja direka-reka. Bentak Sapura. Dengar sini dulu Pura. Seboleh mungkin Khalid cuba menahan sabar dengan kerenah Sapura. Ingat lagi malam kau keluar dari rumah? Ingat lagi hari kau dibawa keluar dari KL dulu? Ingat lagi? Tanya Khalid keras. Sapura terkebil-kebil memandang Khalid. Apa maksud kau? Suara Sapura mula kendur, tidak setegang tadi. Fikirannya menerawang kisah dua puluh lima tahun yang lampau. Sama sekali dia tidak akan melupakan hari yang menjahanamkan rumah tangganya. Hari yang telah merobek seluruh jiwa raganya. Dan, hari itulah juga telah menyimpul mati perasaan bencinya terhadap lelaki itu. Sapura memandang Khalid dengan perasaan yang berbelah bagi. Haruskah dia mengikut kata-kata Khalid? Atau haruskah dia mendiamkan diri sahaja? Sapura menggelenggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Kenapa? Tanya Khalid hairan melihat perbuatan Sapura. Entahlah Khalid. Aku sebenarnya tak tahu nak buat macam mana. Keluh Sapura. Ikutlah mana yang terbaik untuk kau dan Nabila, Sapura. Masa depan Nabila masih panjang. Dan kau.... Katakata Khalid terhenti ketika dilihatnya Sapura memberi isyarat agar tidak menyambung ayatnya. Jangan kau libatkan masa depan aku, Khalid. Potong Sapura.

air mata cinta

Okay, tapi kau kena fikir masa depan Nabila. Jawab Khalid tegas. Sapura angguk. Berilah aku masa untuk memikirkannya, Khalid. Pinta Sapura. Pastinya, kau takkan faham perasaan aku Khalid. Berpuluh tahun aku menanggung sengsara hanya kerana lelaki itu. Sapura melontarkan pen di atas fail kertas yang berlambak di atas mejanya tanda protes. Aku tahu Pura... Kau hanya tahu tapi kau tak merasainya Khalid. Aku... aku ni yang menanggung semuanya. Waktu itu aku terlalu muda untuk menghadapinya, Khalid. Aku terkapaikapai sendirian tanpa sesiapa pun di sisi yang sudi menemani. Semua masalah, kesulitan dan kesakitan yang aku alami, aku tanggung sendiri. Nada suara Sapura kedengaran agak sayu. Khalid meneguk air sirap limau yang dihidangkan Sapura sebentar tadi. Khalid mengesat mulutnya yang basah dengan air sirap limau. Matanya merenung Sapura yang duduk berhadapan dengannya. Bukan dia tidak simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Sapura selama ini. Sejak dibuang oleh keluarga kerana membantah kemahuan mereka untuk tidak mengahwini Badrul, Sapura hidup dalam kesengsaraan. Manis yang diidam, racun yang dihidangkan. Hanya Khalid satusatunya waris yang amat mengambil berat tentang Sapura. Keakraban mereka yang terjalin sejak kecil membuatkan Khalid tidak sampai hati untuk terus membiarkan Sapura hidup terumbang-ambing. Khalid sedar jodoh, pertemuan, ajal dan maut terletak di tangan Allah. Tetapi, Sapura juga harus

Rabiatul Adawiyah

dipersalahkan kerana ingkar dengan kemahuan keluarganya. Bagi Khalid, siapa juga yang berada di dalam alam fantasi percintaan pastinya akan lupa segala bala yang bakal mendatang. Begitu juga dengan Sapura yang menganggap segala halangan itu adalah dugaan untuk kebahagiaan. Namun, perhitungan Sapura tetap salah. Sejak keluar dari rumah keluarganya, Khalidlah yang menjadi pembawa berita untuk dirinya meskipun Khalid sendiri menjadi serba salah dalam situasi yang meruncing itu. Itu pun, Sapura amat bersyukur kerana Khalid, yang juga merupakan rakan sebayanya, sudi menerimanya. Namun, terlalu banyak syarat yang dikenakan oleh Sapura kepada Khalid. Sebagai saudara terdekat, Khalid terpaksa akur dengan syarat yang dikenakan oleh Sapura. Khalid tidak pernah putus berdoa agar suatu hari nanti Sapura akan kembali bersatu dengan ayah dan ibunya. Tanpa Sapura sedari, Khalid juga menjadi harapan ibu dan ayah Sapura untuk menemukan mereka dengan Sapura, anak yang pernah dihalau suatu ketika dahulu. Khalid juga berdoa agar Sapura memberitahu Nabila mengenai ayah kandungnya. Khalid, yang pada mulanya tidak mahu bersubahat dengan Sapura, akhirnya terpaksa mengikut apa juga kehendak Sapura. Pernah dulu Khalid cuba hendak mempertemukan Sapura dengan ibu dan ayahnya, akibatnya Sapura telah melarikan diri entah ke mana. Hampir tiga tahun Khalid cuba menjejaki Sapura namun hampa. Dan, akhirnya Khalid berjaya juga bertemu dengan Sapura semula di majlis pelancaran akademi fesyen rakannya. Sapura yang pada waktu itu baru sahaja menjadi pelajar di akademi itu sekali lagi mengugutnya agar jangan membuka apa-apa cerita mengenainya kepada pengetua akademi itu yang juga merupakan rakan baik

air mata cinta

Khalid. Sejak itu, Khalid tidak pernah ingkar akan kehendak Sapura. Baginya, biarlah Sapura bahagia dengan dunianya, asalkan Sapura dapat didekatinya. Dia mahu berada dekat dengan Sapura demi amanah yang diberi oleh ayah Sapura untuk menjaga Sapura sekiranya Khalid menemuinya. Khalid sudah cukup serik dengan kejadian dahulu di mana niat baiknya disalahertikan. Khalid tidak peduli lagi mengenai Sapura. Apa yang penting bagi Khalid ialah Sapura tidak jauh dari pandangannya lagi. Dia telah berjanji dengan ibu dan ayah Sapura dahulu untuk mencari Sapura dan, setelah menjumpai Sapura dia tidak berupaya untuk menemukan mereka. Khalid berserah kepada Allah untuk mengatur pertemuan seperti yang diharapkannya. Pura, kau harus menerima kenyataan ini. Sampai bila kau nak sembunyikan perkara ini dari anak kau? Tak lama lagi Nabila dah nak bernikah. Siapa walinya nanti? Tanya Khalid bertalu-talu. Kau tak teringin ke nak lihat majlis perkahwinan anak tunggal kesayangan kau tu berlangsung dengan penuh meriah? Sapura, janganlah berdegil, fikirlah demi kebaikan kau, kebaikan Nabila. Sambung Khalid lagi. Sapura tetap membisu. Khalid menggelengkan kepalanya melihat kedegilan Sapura. Namun, dalam diam dia mengagumi sepupunya itu kerana sifat degil Sapura mendorong dia berjaya sebagai pereka fesyen yang terkenal di tanah air. Siapa yang tidak kenal Sakura Design ? Butik mana yang tidak mengambil reka bentuk fesyennya ? Gedung mana yang tidak mempamerkan fesyen rekaannya? Sebut sahaja nama Sapura pasti ramai yang mengenalinya. Telah banyak

Rabiatul Adawiyah

kali pihak majalah menonjolkan hasil rekaan Sapura untuk tatapan pembaca. Sungguh pun begitu, Sapura tidak pernah rasa bangga dengan keadaan itu. Sanjungan yang diberikan oleh media dan orang ramai tidak pernah membuatkan Sapura lupa diri. Sapura tidak pernah bermimpi untuk menceburkan diri dalam bidang fesyen ini. Dia sendiri tidak mempunyai keyakinan untuk menjadi pereka fesyen. Nyata sekali bidang ini amat jauh dari minatnya yang sebenar. Sejak kecil hingga remaja, Sapura tidak pernah didedahkan dengan bidang jahitan apatah lagi mereka fesyen. Sebagai anak tunggal dia ditatang bagai minyak yang penuh. Bukan dia tidak belajar untuk menjadi seorang wanita, malah dia amat cekap di dapur. Masakannya kerap mendapat pujian ayahnya. Tetapi, bidang jahitan tidak pernah terlintas di fikirannya. Tetapi, kejadian yang menimpanya dua puluh lima tahun dahulu telah mengubah segalanya. Kerana terpaksa, Sapura terpaksa bekerja sementara mengambil upah di sebuah kedai jahit sehingga kandungannya selesai dilahirkan. Memohon pekerjaan di pejabat adalah mustahil dengan perutnya yang semakin memboyot. Minat Sapura dalam reka fesyen mulai timbul apabila dia melihat gantungan pelbagai jenis fesyen baju hari demi hari. Dia menanamkan tekad untuk belajar menjahit sebaik sahaja selamat melahirkan anak. Kini, Sapura sudah boleh berbangga dengan hasil usahanya daripada penat lelah belajar di sebuah sekolah jahit. Ramai pelanggan memuji hasil jahitan Sapura pada ketika itu. Dengan pendapatan yang dikumpul daripada upah jahitan, Sapura berjaya memasuki akademi fesyen dan mendapat

air mata cinta

diploma reka fesyen. Kreativiti Sapura dari sehari ke sehari semakin berkembang. Tidak habis di situ sahaja, Sapura mengambil peluang belajar di merata tempat. Pantang sahaja dia mendengar mengenai seminar-seminar berkaitan fesyen di ibu kota, pasti dia akan turut serta menghadiri seminar itu. Bagi Sapura, dunianya hanyalah fesyen dan Nabila. Kesibukan itu membuatkan dia lupa akan sesuatu yang semakin hari semakin hampir. Hinggalah kedatangan Khalid hari ini menyedarkan dia mengenai ketibaan hari yang tidak dinantikannya. Kau tak sudi nak jadi wakil pihak Nabila , Khalid? Kau juga warisnya. Suara Sapura bernada lembut. Kedengaran nada sedih di dalamnya. Bukan begitu, Pura. Aku serba salah. Ayahnya masih hidup lagi. Dia bukan anak yatim, Pura. Kau mesti ingat itu. Tarafnya sama dengan anak dara lain. Hanya kau yang tidak dapat menerima kenyataan itu. Bangkang Khalid. Khalid telah nekad. Walau apa pun, dia akan memastikan Sapura mengadakan majlis perkahwinan Nabila mengikut hukum. Sesebuah majlis pernikahan tidak akan sempurna tanpa wali. Bagaimana mungkin dia boleh menjadi wakil pihak Nabila sedangkan Nabila masih mempunyai bapa? Malah, Nabila juga tidak tahu ikatan hubungan kekeluargaan sebenar mereka. Selama ini, Nabila hanya mengenali Khalid sebagai rakan kongsi perniagaan Sapura yang rapat. Bahkan, isteri Khalid sendiri tidak tahu mengenai hubungan kekeluargaan ini kerana itu kemahuan Sapura. Bagi Khalid, permintaan Sapura itu memang tidak masuk di akal. Itu pun, Khalid amat bersyukur kerana setakat ini isterinya tidak pernah mencurigai keakraban mereka. Baik Khalid mahu pun Sapura amat berhati-hati ketika berdepan dengan isterinya ataupun Nabila.

Rabiatul Adawiyah

Sudahlah Khalid, janganlah kau pujuk aku lagi. Kalau kau jumpa Badrul, atau Badrul mencari kau, katakan yang aku tidak mahu melihat wajahnya lagi. Dan satu lagi Khalid, jangan sesekali kau beritahu Badrul tentang Nabila. Aku tidak mahu dia tahu tentang Nabila. Bagi aku dia sudah mati untuk anaknya. Selama ini kami hidup merempat di sana sini, tak siapa pun peduli. Apa yang Badrul buat untuk kami? Bentak Sapura. Deringan telefon di atas meja kerja memberhentikan perbualan mereka seketika. Sapura bangun dan mencapai gagang telefon. Setelah mencatat sesuatu dalam diarinya, dia menekan interkom memanggil Mariam, setiausahanya masuk ke dalam biliknya. Mariam, tolong uruskan penghantaran stok ke Gedung Maju dengan segera. Minta Jefri uruskan. Mariam mengangguk tanda faham. Itu saja, puan? Tanya Mariam. Emm petang ini saya ada appointment tak? Tanya Sapura. Mariam membuka diari di tangannya sambil membelek beberapa helaian diari. Ada, dengan En. Nasir, pengurus bank pada pukul 2.30 petang. Mariam memberitahu mengenai temu janji Sapura. Baiklah, terima kasih Mariam. You boleh keluar dulu. Kata Sapura. Tapierrpuan, Mr. Wong dah lama tunggu untuk jumpa puan mengenai pertunjukan di majlis perasmian butik baru. Mariam berkata perlahan sambil matanya memohon simpati agar tidak dimarahi oleh Sapura kerana mengganggu perbualan di antara Khalid dan Sapura . Allah lupa pula saya. Tak apalah, lima minit lagi

air mata cinta

minta dia masuk. Sapura menepuk dahinya tanda dia benarbenar lupa mengenai temu janjinya dengan Mr. Wong. Mariam keluar dengan sopan sambil menutup rapat pintu bilik Sapura. Mariam sudah masak benar dengan perangai Sapura. Sekiranya Khalid datang ke pejabat Sapura, dia tidak mahu diganggu. Ada kalanya, selepas kepulangan Khalid, Sapura akan kelihatan gembira. Ada kalanya pula Sapura akan kelihatan sedih, bingung dan sebagainya. Hari ini, wajah Sapura kelihatan dalam keadaan tegang. Seolah-olah ada sesuatu yang merunsingkan fikirannya. Mariam sendiri tidak faham pertalian antara Sapura dengan Khalid. Hendak dikatakan mereka rakan niaga, tidak pula. Hendak dikatakan mereka sepasang kekasih pun tidak logik kerana Mariam tidak pernah melihat mereka berkasihkasihan. Adakah Khalid bekas suami Sapura? Mariam cuba meneka. Selama ini, Mariam tidak pernah mengambil tahu mengenai hal-hal peribadi majikannya. Bagi Mariam, Sapura merupakan seorang majikan yang baik dan dia amat menghormatinya. Dan, dia tahu Nabila adalah satu-satunya anak Sapura. Okay lah Pura, nampaknya kau busy. Lain kalilah kita bincang lagi. Tapi, tolonglah fikirkan perkara ini Pura. Demi masa depan kau dan anak kau. Khalid bangun sambil membetul-betulkan jaketnya. Khalid kau takkan beritahu Nabila, kan? Tanya Sapura penuh kebimbangan. Well, you know me Pura. Pernahkah selama ini aku beritahu perkara-perkara yang tidak perlu diketahui? Cuma aku tak boleh janji fasal Badrul. Suatu hari, dia pasti muncul di dalam hidup Nabila. Bab yang ini aku tak boleh

10

Rabiatul Adawiyah

promise. Its beyond my control. Khalid mengangkat tangan tanda mengalah. Ya, aku faham. Terima kasih Khalid kerana mengingatkan aku tentang Badrul. Kaulah satu-satunya saudara aku yang sudi membantu di waktu aku susah dan bersama aku di waktu aku memerlukan. Suara Sapura kedengaran sedikit sayu. Sudahlah, Pura. Sekarang ini, aku nak kau fikirkan yang terbaik untuk diri kau dan Nabila. Dia perlu tahu hakikat yang sebenarnya. Di sebelah pihak Badrul kau memegang amanah dan di pihak yang satu lagi keluarga kau menanti kepulangan kau dengan penuh harapan. Fikirlah Pura. Fikir semasak-masaknya. Khalid mengatur langkah menuju ke pintu. Sapura sekadar mengeluh kecil. Fikirannya sedikit terganggu dengan khabar yang disampaikan oleh Khalid tadi. Tidak lama lagi Badrul akan keluar dari penjara. Itulah saatnya yang paling digeruni oleh Sapura. Selama dua puluh empat tahun dia cuba melupakan peristiwa itu dan membina hidup baru dengan penuh kepayahan. Siang malam dia bertemankan air mata dan kini dirasakannya kolam air matanya telah kering kontang. Oh! Mengapakah masa begitu cepat berlalu? Dia seakan tidak menyedari bahawa dua puluh empat tahun telah berlalu dan kini dia akan berhadapan dengan kisah silamnya sekali lagi. Lelaki itu akan muncul sekali lagi dalam hidupnya. Bagaimanakah dia harus menghadapi saat-saat pertemuan dengan Badrul? Ya Allah, kau kuatkanlah iman ku! Kau gagahkan hati ku ketika menghadapi saat-saat itu nanti. Doa Sapura. Petang itu, Sapura merasa tidak tenteram. Fikirannya terganggu. Sebaik saja selesai perjumpaannya dengan En.

11

air mata cinta

Nasir, pengurus bank, tentang pinjamannya untuk membuka cawangan di utara tanah air, Sapura membelokkan keretanya ke Taman Tasik Titiwangsa. Sudah lama dia tidak datang ke tempat itu. Jam di tangan menunjukkan pukul 4.00 petang. Tidak ramai pengunjung yang datang. Mungkin masih awal. Bisik Sapura. Pandangan matanya ditebarkan ke tengah tasik yang kelihatan tenang. Tetapi, ketenangan itu tidak terdapat di dalam jiwanya. Sapura mengeluh kecil. Tidak jauh dari situ, kelihatan beberapa orang gadis sedang melakukan senaman. Sapura tersenyum sendirian. Dulu, waktu dia berada di dalam dunia kebahagiaan, Badrul sering membawanya ke mari untuk bersenam. Sekurang-kurangnya kalau bersenam, kita merehatkan badan dari bebanan kerja. Kata Badrul ketika mereka bersiap-siap untuk berjoging di Tasik Titiwangsa itu. Kata-kata Badrul itu ternyata ada kebenarannya. Selepas bersenam, mereka akan melupakan seketika beban kerja yang menghantui mereka sepanjang hari. Sambil berlari mengelilingi tasik, Badrul akan membuat jenaka dan Sapura akan tertawa dengan jenaka Badrul. Sapura melihat sekeliling, khuatir kalau-kalau ada orang yang melihat dia tersenyum sendirian mengenangkan kisah silamnya. Bodoh! Kutuk Sapura pada dirinya sendiri. Sudah hampir pukul 6.00 petang, Sapura bangun dari tempat duduknya dan menuju ke kereta yang diletakkan tidak jauh dari situ. Tiba-tiba Sapura hampir tersungkur kerana dilanggar oleh seorang kanak-kanak lelaki yang berlari mengejar sebiji bola. Maaf! Kata lelaki yang mungkin bapa kanak-kanak

12

Rabiatul Adawiyah

itu. Tak apa. Budak-budak memang begitu. Ujar Sapura sambil menyapu kasutnya yang dipijak oleh kanak-kanak tadi. Boy, minta maaf dengan auntie. Perintah si bapa. Kanak-kanak itu tunduk, rasa bersalah. Sorry auntie. Kata kanak-kanak itu perlahan. Sapura mengusap kepala kanak-kanak itu dengan penuh kasih sayang. Lelaki itu berlalu pergi sambil memimpin tangan anaknya. Anak kecil itu berpaling ke belakang dan melambaikan tangannya ke arah Sapura. Sapura membalas lambaian anak kecil itu dengan senyuman. Dulu, Sapura juga rajin membawa Nabila bermainmain di taman tasik ini. Ya, hanya dia dan Nabila. Tiada lelaki yang bernama ayah menemani anaknya Nabila. Tiada lelaki yang bernama suami menemaninya menyusuri keliling tasik. Alangkah malangnya nasib diri mu, Sapura. Sapura mengeluh kecil ketika mengimbau kenangan lalu. Mengingati kenangan lama, membuatkan Sapura berasa marah dan kecewa. Dia menyegerakan langkahnya ke kereta. Berada lama di taman ini membuatkan kenangan lama menerpa ke setiap pelosok mindanya. Cepat-cepat Sapura meninggalkan taman tasik yang pernah menyimpan banyak ceritanya. Kicauan burung menandakan hari semakin menghampiri senja. Sapura cukup menggemari situasi seperti itu kerana itulah kehidupannya sewaktu di kampung dahulu. Kicauan burung-burung yang ingin kembali ke sarang masingmasing amat mendamaikan. Sapura dapat merasakan itulah situasi kampung halamannya biarpun sudah berpuluh tahun dia meninggalkan tanah kelahirannya.

13

air mata cinta

Saat itu, kerinduan Sapura terhadap kampung halamannya semakin menebal. Dia mengakui segala kata-kata Khalid berkenaan dirinya. Memang dia keras hati dan degil. Memang dia mementingkan diri sendiri. Sapura tidak menafikannya. Tetapi dia tidak mungkin kembali ke kampung halamannya. Setelah sekian lama, dia telah memutuskan untuk tidak menjejakkan kakinya ke kampung halamannya. Bukan kerana dia benci akan kedua orang tuanya. Bukan kerana dia tidak rindukan mereka. Dan bukan kerana dia melupakan mereka. Mak, ayah... maafkan Pura. Bukan Pura tidak mahu berjumpa mak dan ayah. Tapi Pura malu pada diri Pura sendiri sebenarnya. Pura telah merosakkan nama baik mak dan ayah. Sapura menyeka air mata yang menitis di pipinya. Sapura masih ingat lagi malam dia melarikan diri dari rumah. Badrul telah sedia menanti di sebuah perhentian bas tidak jauh dari rumahnya. Berbekalkan beberapa helai baju dan sedikit wang simpanan, Sapura nekad untuk keluar dari rumahnya. Badrul mendesak keluarganya untuk menerima Sapura sebagai isterinya. Pada ketika itu, Sapura dapat merasakan kasih sayang Badrul yang begitu menebal hingga sanggup berhadapan dengan orang tuanya agar menguruskan pernikahan mereka dengan segera. Keluarga Badrul yang sememangnya telah sedia mengenali Sapura tidak dapat membantah kehendak Badrul, apatah lagi Badrul merupakan satu-satunya anak lelaki mereka. Setelah majlis pernikahan yang begitu sederhana selesai, Badrul dan Sapura telah bercuti untuk berbulan madu selama seminggu di Indonesia. Meskipun Sapura mengharapkan agar majlis perkahwinannya dapat diadakan dengan meriah di kampung, namun dia cukup berpuas hati dengan majlis yang dibuat oleh keluarga Badrul.

14

Rabiatul Adawiyah

Sapura cukup bahagia sepanjang perkahwinan mereka. Keluarga Badrul juga menyayanginya. Malah, tidak ada yang kurang dalam perkahwinannya. Kebahagiaan, kemewahan dan kasih sayang semuanya diperoleh oleh Sapura. Panas yang diharap sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah juga yang melanda kehidupan Sapura. Namun, Sapura pasrah dengan ketentuan Ilahi. Pasrah dengan apa yang telah dilalui. Sapura menghidupkan enjin keretanya. Dia menekan suis penyaman udara keretanya dan bersandar seketika. Dia mengimbau kembali kata-kata Khalid siang tadi sewaktu di pejabatnya. Memang dia akui semua kata-kata Khalid itu benar. Tetapi, mampukah dia untuk menghadapi semua ini? Mampukah dia berhadapan dengan Badrul semula? Tabahkah Nabila untuk mendengar semua kebenaran ini? Sapura meraup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Nabila! Desis hati kecil Sapura. Bagaimana harus ku mulakan bicara dengannya? Sapura terus bermain dengan kata-kata di kotak fikirannya. Dengan satu keluhan yang amat panjang, Sapura memulakan perjalanannya ke rumah.

15

air mata cinta

bab

apura masih dapat merasakan betapa sakitnya hati dia di saat itu. Masih terbayang-bayang di ruang matanya sewaktu dia menghempaskan pintu bilik dengan sekuat-kuat hatinya. Dia tidak peduli lagi sekalipun pintu itu pecah atau skru yang tertanam di dalamnya tertanggal. Bagi Sapura, apa yang lebih penting ialah meluahkan perasaannya kepada Badrul. Sapura merasakan bahawa ruang kamar tidurnya seakan bergegar akibat hempasan yang dibuat sebentar tadi. Sapura menghenyakkan punggungnya di atas katil. Biarkan orang sekeliling dengar. Biar seluruh dunia tahu. Getus hati kecil Sapura. Hatinya terlalu sakit pada ketika ini. Sakit yang tidak dapat diubati. Hatinya seumpama dihirishiris dengan belati lalu dicurahkan cuka di atas hirisan tadi.

16

Rabiatul Adawiyah

Terasa begitu sakit sekali Sapura rasakan kali ini. Sapura menekan dadanya seolah-olah cuba meredakan kesakitan yang dirasainya sebentar tadi. Badrul! Tercetus nama lelaki yang selama ini dihormati, disayangi dan dipercayai sepenuh hati selama lima tahun dari bibirnya. Sapura terpandang gambar perkahwinan yang tergantung di dinding bilik tidurnya. Kebahagiaan yang sukar untuk digambarkan pada ketika itu terlukis di wajahnya dan juga Badrul yang ketika itu memakai pakaian songket hijau. Terlalu indah saat itu bagi Sapura. Sapura meneliti gambarnya sambil mengeluh. Dia tidak dapat menggambarkan kegembiraan yang terpancar dari raut wajahnya pada ketika itu. Sekilas dia memandang ke wajah Badrul yang sedang turut tersenyum. Serentak itu juga, Sapura merasakan darahnya menyirap naik meluap-luap. Senyuman Badrul di dalam gambar itu seakan mengejeknya. Kejam kau Badrul! Sumpah Sapura. Sungguh dia tidak sangka begitu sekali perjalanan hidupnya bersama Badrul. Sungguh dia tidak sangka Badrul akan membelakangkan dirinya sebagai seorang isteri yang sah. Dia tidak tahu mengapa Badrul sanggup melukai hatinya. Lima tahun bukanlah satu tempoh yang singkat untuk mereka. Pelbagai cabaran dan suka duka kehidupan telah berjaya mereka harungi bersama. Kini, Badrul telah memberikan satu tamparan yang amat hebat kepada dirinya yang membuatkan dirinya terasa dianiaya. Sapura masih ingat lagi saat-saat indah bersama Badrul sejak perkenalan pertama mereka di pejabat Datuk Kadir. Ketika itu, Sapura baru hendak melaporkan diri dan dia telah disapa dengan mesra oleh Badrul yang kebetulan mempunyai temu janji juga dengan Datuk Kadir. Sapura membetulkan

17

air mata cinta

duduknya di sofa yang terletak di ruang menunggu. Dia berasa tidak selesa dengan kehadiran Badrul di ruang menunggu itu sungguhpun dia tahu bahawa Badrul juga mempunyai urusan di situ. Mungkin kerana dia baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan. Sapura cuba mengikis rasa tidak selesa di dalam dirinya. Seboleh mungkin dia cuba berlagak tenang. Sapura bertuah kerana dia sememangnya telah dikurniakan dengan kecantikan yang asli yang tidak terpalit sebarang mekap import atau berjenama. Dia lebih gemar menggunakan bedak muka biasa yang digunakan sejak dulu lagi dan mengenakan sedikit lipstik untuk melindungi bibirnya yang agak pucat. Badrul menatap keayuan Sapura sepuas-puasnya dan lirikan nakal matanya jelas kelihatan. Sapura berasa tidak selesa dengan tenungan Badrul itu. Saat menanti kehadiran Datuk Kadir di pejabat tersebut di rasakan terlalu lama. Badrul tidak mengendahkan kerisauan yang tergambar di wajah Sapura, malah matanya semakin galak menatap susuk tubuh Sapura yang langsing. Saya Badrul. Badrul akhirnya mendekati Sapura dan memperkenalkan dirinya. Badrul menghulurkan tangannya kepada Sapura. Agak lama Sapura membiarkan tangan Badrul tidak bersambut. Dia terkejut kerana Badrul menegurnya. Sapura. Ringkas jawapan Sapura. Badrul cuba untuk menyambung perbualan tetapi terhenti ketika dilihatnya Sapura seakan tidak berminat untuk berbual. Badrul mencapai majalah Readers Digest yang terletak di atas meja tamu di hadapannya. Tangannya menyelak helaian demi helaian tanpa menghiraukan Sapura yang sedang duduk termangu di hadapannya. Belum pun habis dengan

18

Rabiatul Adawiyah

satu majalah, Badrul mencapai majalah yang lain. Kali ini, dia bukan membaca keluaran itu sebaliknya membaca raut wajah Sapura yang duduk bertentangan dengannya. Mata Badrul merayap ke setiap inci wajah Sapura. Hmm...cantik. Bisik hati kecil Badrul nakal. Dia cuba berdeham untuk menarik perhatian Sapura. Namun, Sapura bagaikan tidak mendengar dehem Badrul kerana asyik memandang ke arah pintu masuk pejabat itu. Jam baru menunjukkan jam 9.10 pagi. Sapura kelihatan gelisah. Awal lagi. Selalunya hari Isnin Datuk lewat sikit. Maklumlah Monday mood. Badrul cuba mengajak berbual. Sapura masih tidak berganjak dari pandangannya. Beberapa orang kakitangan pejabat keluar masuk dari pintu itu. Ada juga di kalangan kakitangan itu yang membawa bungkusan plastik masuk ke dalam pejabat. Sarapan pagi agaknya, hati kecil Sapura berkata-kata. Melihat mereka membawa masuk makanan, dia meraba-raba perutnya. Dia seakan baru tersedar bahawa dia belum lagi bersarapan pagi. Menyesal pula rasanya dia bergegas keluar terlalu awal dari rumah tadi. Sapura mengeluh kecil. Dia tidak menyedari kelakuannya menjadi santapan mata Badrul sedari tadi. Badrul tersengih melihat gelagat Sapura. Bukan baru dia melihat gelagat mereka yang baru hendak mula bekerja. Badrul mengagak Sapura pastinya bangun awal pagi untuk bersiap supaya tidak terlambat dan tidak sempat bersarapan pagi. Dia melihat Sapura menekan perutnya sekejap tadi. Badrul bingkas bangun dan menuju ke pintu. Sapura terkejut melihat Badrul pergi tetapi seketika kemudian dia berasa lega kerana tidak perlu lagi berada bersama lelaki yang tidak dikenali. Sapura melihat ke arah ruang penyambut tetamu. Dua orang penyambut tetamu sedang sibuk melayani panggilan telefon dan juga menulis sesuatu di atas kertas. Suasana

19

air mata cinta

pejabat itu begitu selesa dirasakan oleh Sapura. Tidak banyak kedengaran suara-suara bersembang. Masing-masing dengan kerja mereka sendiri. Ada yang sedang membuat salinan di mesin fotostat, ada yang sedang menaip, ada yang sedang membelek-belek fail dan tidak kurang juga ada yang sedang berkerut dahinya. Sapura tidak sabar menanti kedatangan Datuk Karim untuk memulakan tugasnya sebagai setiausaha. Sapura bersyukur kerana dia tidak perlu menunggu lama untuk mencari kerja kosong. Dengan kelulusan yang diperolehnya dan digandingkan dengan keayuannya, tidak sukar untuk Sapura mendapatkan jawatan tersebut. Dia terkejut kerana dengan tiba-tiba Badrul muncul kembali di hadapannya sambil menghulurkan secawan air teh panas. Sapura memandang Badrul serba salah. Ambillah, minum dulu. Awak tentu belum bersarapan lagi, kan? Sapura menghulurkan tangan menyambut cawan tersebut. Badrul duduk menghadap Sapura sambil menghirup air teh yang dibelinya tadi. Datuk lewat sedikit sebab ada kemalangan di jalan tadi. Beritahu Badrul tanpa diminta. Sapura memandang ke arah Badrul penuh tanda tanya. Saya tanya reception tadi. Mereka yang beritahu saya. Bagaikan mengerti tanda tanya Sapura. Sapura angguk. Minumlah, air sahaja. Kuih dah habis pula tadi masa saya nak beli kat makcik tu. Agaknya dibeli semua oleh orang pejabat di sini. Badrul cuba beramah mesra. Keramahan Badrul menghilangkan seketika kegusaran Sapura sebagai pendatang baru di pejabat itu. Badrul menceritakan suasana di pejabat itu dan juga memberitahu Sapura nama-nama pekerja

20

Rabiatul Adawiyah

di situ yang lalu-lalang di hadapan mereka. Pastinya, dia ini telah terlalu biasa dengan tempat ini, bisik hati kecil Sapura. Meskipun dia tidak bersuara, Badrul tidak henti bercerita. Sejak perkenalan itu, hubungan mereka menjadi rapat dan akhirnya mereka mengikat janji ke jinjang pelamin. Tahun-tahun pertama dan kedua perkahwinan mereka adalah saat yang paling bahagia. Tidak ada tanda-tanda keretakan pada rumah tangga mereka. Tidak lama kemudian, Badrul dinaikkan pangkat kepada Pengurus Kanan dan kerap menjalankan kerja-kerja di luar kawasan. Sapura akur dengan kedudukan Badrul kerana baginya itu merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada Badrul. Sapura akui Badrul seorang lelaki yang baik dan berdedikasi. Sebarang kerja yang diberikan kepadanya tidak pernah membuahkan kehampaan. Dan kerana itu, rezeki Badrul melimpah ruah. Sapura turut gembira dengan ganjaran yang diperoleh oleh Badrul kerana baginya setiap kerja yang dilakukan dengan ikhlas pasti mendapat balasan yang baik. Namun, segala yang berlaku akhirnya tergelincir dari landasannya. Semua yang berlaku adalah mengikut kehendak-Nya, bukan kehendak kita sebagai manusia. Kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan segalanya, hati kecil Sapura berbisik. Saat itu dia cuba menenangkan hatinya yang sedang mengimbau kenangan lalu ketika masih bersama Badrul. Sapura rasa begitu tertipu sekali apabila suatu hari muncul seorang wanita dengan anak kecil berumur setahun mengaku bahawa dia adalah isteri Badrul. Bagaikan halilintar Sapura rasakan saat pengakuan itu dibuat. Perlahan-lahan Sapura mengurut dadanya yang berombak kencang. Berkerutkerut dahinya menahan kemarahan. Sapura memandang wanita itu bagaikan hendak ditelannya. Tetapi seketika

21

air mata cinta

kemudian, Sapura sedar dia tidak boleh marahkan wanita itu sepenuhnya. Wanita itu tidak bersalah. Yang bersalah adalah Badrul. Walaupun wanita itu bersalah, tetapi puncanya adalah Badrul. Sapura berasa amat pasti tentang itu. Naluri kewanitaannya begitu kuat mengiakan. Bagi Sapura, tidak ada yang boleh menghalang Badrul dari berpoligami. Badrul cukup segala-galanya. Dia mampu menyediakan apa sahaja kehendak Sapura. Rumah, kereta, perbelanjaan, percutian, semuanya Badrul mampu berikan. Hanya satu sahaja kekurangan dalam hidup mereka setelah lima tahun berkahwin iaitu anak. Sapura menyedari perkara itu dan dia telah pun pergi membuat pemeriksaan. Kenyataan doktor bahawa dirinya sihat dan boleh mengandung sudah cukup menggembirakan. Sapura tahu ada ruang untuk mereka mempunyai cahaya mata sendiri suatu hari nanti. Badrul juga begitu tiada masalah. Sebagai seorang suami, Badrul akur dengan nasihat doktor. Cuma, sebagai seorang lelaki biasa yang menginginkan gelaran sebagai seorang ayah , Badrul tidak dapat bersabar lagi untuk menanti kehadiran saat itu. Itu yang Sapura kesalkan. Sekiranya Badrul bersabar, sudah pastinya mereka dapat mengharungi situasi genting ini. Sapura meraba perutnya seketika. Khabar gembira yang ingin disampaikan kepada Badrul malam nanti terkubur begitu sahaja. Hatinya teramat luka pada ketika itu. Baru sebentar tadi, dia disahkan mengandung dua bulan oleh Dr. Sharon. Baru sebentar tadi juga, dia berasa gembira yang teramat sangat. Tidak sabar rasanya dia menanti kepulangan Badrul yang ditugaskan di luar kawasan. Bukannya dia tidak boleh menelefon Badrul serta merta, tetapi dia mahu membuat kejutan kepada Badrul. Bagi Sapura, tiada apa yang lebih bahagia dalam hidupnya selain daripada mendapat berita tersebut.

22

Rabiatul Adawiyah

Ketika ini dia dihantui rasa bersalah yang teramat sangat terhadap Pak Hamid dan Mak Dah. Ketika ini dia bagai dihempap dosa yang lalu. Memang dia tidak menyangka sama sekali saat yang amat ditakuti ini muncul juga dalam diari kehidupannya. Sedu Sapura masih kedengaran. Bantal yang dipeluknya tadi telah basah. Sapura menelentangkan badan sambil matanya memerhati kipas yang sedang berpusing perlahan. Dia menyeka air mata yang masih mengalir perlahan. Mana mungkin seorang wanita dapat bertahan ketika menghadapi saat getir seumpama itu. Maafkan Pura emak, ayah. Inilah akibat yang terpaksa Pura tanggung. Ingin sekali dia meluahkan katakata itu di hadapan Pak Hamid dan Mak Dah tetapi dia tidak mampu. Hatta untuk bertemu muka pun dia tidak mampu apatah lagi untuk memohon maaf. Sapura cuba menepis imbauan wajah kedua orang tua itu. Dia tidak mahu mengingati peristiwa yang telah merobek hati kedua orang tua yang suatu ketika dahulu amat dihormati. Seboleh mungkin dia tidak mahu rasa bersalah bersarang di jiwanya. Sapura membawa kembali kotak mindanya ke dunia realiti yang sedang dihadapi. Luluh hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Bagai layang-layang yang terputus talinya, dia terbuai-buai tanpa arah. Pada siapa harus dia mengadu? Pada siapa dia boleh meluahkan rasa kecewanya? Sapura tersedu lagi. Entah kenapa air matanya tidak mahu berhenti lagi. Malah semakin terus mengalir walaupun perlahan. Kenapakah terlalu mudah untuk lelaki bertukar fikiran? Tidak pernahkah mereka berfikir tentang hati dan perasaan wanita yang selama ini telah sama-sama mengharungi

23

air mata cinta

suka dan duka bersama? Tidak terlintaskah di hati mereka bahawa wanita juga punya perasaan kecewa? Lelaki tetap juga lelaki. Mudah mengambil tindakan dan mudah melupakan. Bagaimanakah andai mereka pula diketepikan oleh isteri? Bagaimanakah pula jika wanita boleh berpoligami? Tentu maki hamun dan sepak terajang yang diberikan. Ah! Sungguhpun kudrat lelaki itu amat kuat, namun semangat juang wanita lebih hebat. Sapura mengesat air mata dengan hujung lengan baju. Dia duduk di bibir katil sambil menggenggam jari-jemarinya dengan kuat bagai cuba mendapatkan kekuatan. Ya, dia tidak harus kalah. Dia perlu bangkit. Demi anak yang di kandungnya dia tidak boleh lemah. Dia mahu menjadi wanita yang mempunyai semangat waja. Semangat Tun Fatimah, meskipun dia tidak begitu mengenali tokoh itu. Sapura menuju ke bilik air dan membersihkan diri. Dia mahu mengadu kepada tuhannya yang satu itu. Dia mahu memohon petunjuk dari-Nya. Sapura sedar hanya itu sahaja yang tinggal padanya. Dia tiada ibu. Dia tiada ayah. Dia juga tiada saudara mara jauh sekali rakan taulan. Dia tidak mahu memanjangkan masalahnya kepada orang lain. Sapura sudah nekad!

24

Rabiatul Adawiyah

bab

etang itu, Sapura pulang agak awal dari pejabat kerana dia berhasrat untuk menyediakan makan malam yang istimewa. Selepas membeli belah di pasar raya untuk makan malam nanti, Sapura singgah sebentar di kedai yang menjual barangan bayi. Hati Sapura begitu tersentuh tatkala melangkah masuk ke kedai itu. Haruman barangan bayi dan pelbagai jenis barangan yang tersusun indah di kedai tersebut membuatkan Sapura tersenyum sendirian. Alangkah bahagianya dia nanti jika dia datang ke kedai itu bersama Badrul untuk menyambut kedatangan si kecil yang ditunggu selama ini. Terdapat beberapa pasangan suami isteri sedang memilih barang keperluan mereka sambil bergurau senda. Sapura memerhatikan setiap wajah pasangan itu. Terpapar

25

air mata cinta

sinar kebahagiaan di raut wajah setiap pasangan itu. Sedang si isteri memilih barang yang berkenan, si suami cuba membuat jenaka. Si suami mengusap-usap belakang si isteri, barangkali si isteri berasa letih setelah penat berjalan sambil mengendong perut yang membusung. Secara tidak sedar, Sapura dihampiri jurujual di situ. Boleh saya tolong puan? Tanya jurujual yang memakai tanda nama Maznah dengan sopan. Tidak ada apa-apa. Saya hanya melihat-lihat sahaja. Terima kasih. Sahut Sapura tersipu-sipu. Sapura kemudiannya beredar dari kedai itu dengan tekad untuk kembali lagi ke situ bersama Badrul. Badrul, tidak lama lagi hidup kita akan lebih bermakna. Bisik hati kecil Sapura penuh harapan. Kereta Perdana V6 dipandu dengan penuh hati-hati. Sebaik sahaja Sapura sampai di hadapan pintu pagar rumahnya, dia terlihat sebuah kereta Iswara hitam tersadai di hadapan rumahnya. Sapura membunyikan hon keretanya sebagai isyarat supaya kereta tersebut berganjak dari hadapan rumahnya. Kelihatan seorang wanita di dalam kereta itu bersama seorang anak lelaki yang masih kecil dalam usia lingkungan dua tahun. Wanita itu mengalihkan keretanya ke hadapan sedikit untuk memberi ruang kepada Sapura supaya boleh masuk ke rumahnya. Sapura turun dari kereta dan membuka pintu pagar. Dia membawa masuk keretanya ke dalam ruang letak kereta dan kemudian berjalan ke arah pintu pagar untuk menutupnya. Sebaik sahaja Sapura sampai di pintu pagar, wanita itu keluar dari kereta Iswara hitam lalu mendekatinya. Assalamualaikum! Tegur wanita yang dalam lingkungan usia dua puluh lima tahun itu sambil mengendong

26

Rabiatul Adawiyah

seorang budak lelaki. Waalaikumsalam. Nak cari siapa? Tanya Sapura. Ini rumah En. Badrul? Tanyanya lagi. Sapura angguk. Dahinya berkerut. Dadanya mula berombak. Kenapa wanita ini bertanyakan Badrul? Dia tidak pernah nampak wajah wanita ini di kalangan ahli keluarga Badrul. Siapakah dia? Sapura tertanya-tanya. Puan ini isteri Badrulkah? Tanya wanita itu lagi. Sapura angguk mengiakan. Boleh saya jumpa puan? Tanya wanita itu lagi. Boleh, masuklah. Jemput Sapura. Dia mengelak sedikit untuk memberi laluan kepada wanita itu dan anaknya masuk ke dalam kawasan rumahnya. Wanita itu menuruti jejak Sapura ke dalam rumah berkembar dua tingkat. Sapura menjemput wanita itu duduk di ruang tamu. Sapura memerhatikan anak kecil yang berada di dalam pelukan wanita itu. Sekali pandang Sapura cuba mengecam wajah anak kecil itu tetapi dia gagal mengingatinya. Wajah siapa ya? Tanya Sapura sendirian. Ah! Biarlah wajah siapa sekalipun. Sapura menghadiahkan senyuman ke arah anak kecil itu. Anak kecil itu menyembunyikan mukanya di dada ibunya, malu. Untuk seketika, suasana begitu sepi. Tiada siapa pun yang memulakan bicara. Hanya anak kecil tersebut yang merenggek kegelisahan memecah kesunyian sementara itu. Wanita tersebut mengeluarkan botol susu dari dalam tas tangannya lalu diberikan kepada anak kecil itu. Sapura meneliti wajah wanita muda yang duduk berhadapan dengannya. Cantik. Getus hati kecil Sapura. Matanya beralih ke arah anak kecil yang sedang menghisap botol susunya.

27

air mata cinta

Saya minta maaf sekiranya mengganggu kakak. Sebenarnya dah lama saya mencari rumah ini untuk bertemu dengan kakak. Baru minggu ini saya berjumpa dan itu pun setelah saya pastikan bahawa kakak adalah orangnya. Wanita tersebut menghela nafasnya seketika. Sapura semakin resah. Timbul pelbagai tanda tanya di dalam dirinya. Sebentar tadi wanita di hadapannya memanggilnya puan dan kini dia memanggilnya kakak pula. Siapakah wanita ini sebenarnya? Sapura tergamam apabila tiba-tiba wanita itu berada di hadapannya dan melulut. Kak.... Wanita itu mencapai tangan Sapura lantas diciumnya berulang kali. Sapura jadi kaget. Dia cuba mengelak tetapi semakin kuat tangannya dipegang oleh wanita itu. Saya minta maaf, kak, dari hujung rambut ke hujung kaki. Sapura semakin tertanya-tanya. Sebenarnya saya... saya juga isteri abang Badrul. Bagaikan halilintar membelah bumi dirasakan oleh Sapura pada saat itu. Sapura bingkas bangun. Wanita yang berada di hadapannya berganjak dari tempat Sapura duduk. Mahu sahaja ditampar muka wanita muda yang berada di hadapannya itu. Berani sungguh dia mengaku menjadi isteri kepada Badrul. Dada Sapura berombak kencang. Bibirnya diketap kuat hingga meninggalkan bekas. Tangannya digenggam erat dan menampakkan urat-urat di tangannya. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dihalaunya perempuan yang berada di dalam rumahnya itu. Suasana tegang berlalu agak lama. Perempuan itu kembali ke tempat duduknya di sisi anak kecil yang sedang khayal dengan botol susunya. Sapura berjalan mundar-mandir di ruang tamu itu. Wanita muda itu turut sama mendiamkan diri, mencari waktu untuk meneruskan kata-kata. Dia tahu

28

Rabiatul Adawiyah

Sapura akan berasa begitu marah dan sakit hati mendengar pengakuan itu. Namun, dia telah nekad untuk menghadapi situasi itu. Setelah sekian lama, dia berusaha menguatkan semangatnya untuk berhadapan dengan Sapura. Bukan saya sengaja nak buat cerita ini, kak. Wanita itu cuba menyambung kata-katanya. Ini Amirul anak kami. Kami bernikah dua tahun lepas. Dan, saya tidak pernah tahu abang Badrul telah mempunyai isteri. Saya minta maaf kak. Rayu wanita itu sambil teresakesak. Sapura merasakan dirinya bagai dihempap dengan seketul batu yang amat besar. Dan, dirinya seakan menjadi semakin kecil setelah dihempap batu itu. Bibirnya masih diketap kuat menahan debaran. Apakah ini satu musibah buat dirinya? Adakah ini satu dugaan pada dirinya? Atau adakah ini yang dikatakan takdir? Persoalan demi persoalan menerpa benak Sapura. Terbayang wajah Badrul di minda Sapura. Dia sama sekali tidak menyangka lelaki yang diagung-agungkan selama ini telah menduakannya. Dan kini, dia telah mempunyai seorang madu. Dan, wanita yang mengaku sebagai madunya kini berada di dalam rumahnya! Tidak! Tidak mungkin! Sapura menggelengkan kepalanya seakan tidak percaya. Dia terus berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Suasana agak bening. Hanya kedengaran esakan lembut wanita yang sebentar tadi mengaku dirinya isteri Badrul. Sapura berjalan mundar-mandir di ruang tamu yang tersusun rapi sambil tangannya diramas-ramas kuat. Ruang tamu yang dihias dengan motif ketenangan kini tidak lagi berkesan di jiwa Sapura. Tidak ada lagi ketenangan dalam dirinya. Sapura memandang wanita yang sedang duduk di sofa

29

air mata cinta

sambil tangannya mengusap-usap rambut si kecil. Sapura berasa begitu cemburu dengan situasi itu. Dia berasa telah ditewaskan oleh wanita yang tidak dikenalinya itu. Tetapi, apakah dosa wanita itu padanya? Dia sendiri tidak pasti akan cerita sebenarnya. Kenapakah selama ini dia tidak pernah menyedari akan hal tersebut? Selama ini, Badrul berkelakuan biasa dan tidak menampakkan sesuatu yang mencurigakan. Sapura bingung seketika. Dia meramas-ramas jari-jemarinya sekuatkuatnya. Apakah yang sedang berlaku sekarang ini? Apa yang telah didengari sebentar tadi? Sapura mengeluh kecil. Dia menarik nafas panjang dan melabuhkan punggungnya kembali ke sofa tadi. Sapura memerhatikan raut wajah wanita yang mengaku sebagai isteri Badrul. Titis-titis air mata mengalir di pipi wanita itu. Kenapa air mata ku tidak mahu keluar? Bisik hati kecil Sapura. Mengapa dia tidak rasa sedih dengan pengakuan wanita itu tadi ? Sapura sendiri berasa hairan dengan dirinya. Sepatutnya, dia telah menghalau wanita yang tiba-tiba datang mengaku sebagai isteri Badrul. Dan, datangnya pula bersama seorang anak kecil yang diakui anak Badrul. Kenapakah mulut ku begitu berat untuk menghalaunya keluar? Sapura tertanya-tanya sendiri. Sapura memandang ke arah anak kecil yang sedang menghabiskan sisa-sisa susu di dalam botolnya. Patutlah iras wajahnya seakan dikenali. Getus Sapura. Dia meneliti tiap inci wajah anak kecil itu. Ya, wajahnya saling tak tumpah wajah Badrul. Sapura menyalahkan dirinya kerana tidak dapat mengenal pasti wajah si anak kecil itu tadi. Wanita yang berada di hadapannya mengesat air mata dengan kertas tisu yang diambil dari beg tangan. Setelah dia mengelap air mata yang menitis di pipinya, Sapura bertanyakan

30

Rabiatul Adawiyah

namanya. Siapa nama adik? Tanya Sapura lembut. Wanita itu mengangkat wajahnya sambil memandang Sapura yang duduk bertentang dengannya. Dia tidak menyangka Sapura akan bertanyakan namanya. Sebenarnya, dia sudah bersedia untuk mendengar maki-hamun Sapura kerana merampas Badrul. Tetapi, dia agak hairan dengan pertanyaan Sapura yang dirasakan begitu ikhlas. Benarkah wanita ini begitu tabah? Nurul. Ringkas sekali jawapannya. Sapura angguk. Nurul asal orang sini? Tidak, kak. Nurul berasal dari Pahang. Setelah berkahwin, baru Nurul tinggal di Kuala Lumpur ni. Itu pun setelah Nurul paksa abang Badrul bawa Nurul tinggal bersama. Sapura menarik nafas dalam-dalam. Mendengar nama Badrul seakan mahu ditelannya lelaki itu seandainya dia ada di hadapannya pada masa ini. Kak, kedatangan saya ini bukanlah untuk memporakperandakan rumah tangga kakak. Percayalah. Saya juga seorang wanita, saya faham perasaan wanita. Tujuan saya hanyalah untuk memastikan apa yang selama ini berlegar di fikiran saya. Sapura meneliti wajah Nurul yang kelihatan telus. Memang kedatangan Nurul ini telah memporakperandakan rumah tangga kakak. Memang sepatutnya kakak menghalau Nurul keluar dari rumah ini. Tapi, kakak masih waras lagi Nurul. Jika ada benarnya cerita Nurul ini, maka kakak akan pasrah. Tetapi, jika cerita Nurul ini hanyalah rekaan semata-mata, awas. Begitu tegas jawapan Sapura. Bagi Sapura dia perlu rasional, fikirannya perlu waras. Dia

31

air mata cinta

tidak mahu hanya kerana cerita-cerita kosong, rumah tangga yang aman selama ini menjadi runtuh. Dia tahu kebanyakan wanita tidak boleh menerima hal seperti ini dan pastinya kehancuran melanda dalam perkahwinan mereka. Sapura perlu memastikan kebenaran cerita ini. Dia perlu tabah untuk mendengarnya meskipun kebenaran cerita itu terlalu pahit untuk diterima. Sapura menarik nafas panjang-panjang sebelum Nurul meneruskan ceritanya. Kalau kakak tak percaya, ini surat nikah saya dan ini gambar perkahwinan kami. Nurul mengeluarkan sesuatu dari tas tangannya. Tiga keping gambar dan sehelai kertas bertukar tangan. Sapura menatap wajah pengantin lelaki yang sedang tersenyum gembira di samping pengantin perempuan di dalam gambar. Memang wajah pengantin lelaki itu seiras Badrul. Sapura tergamam seketika tatkala terlihat gambar kaum keluarga Badrul turut ada di majlis itu. Ini gambar keluarga Badrul, kan? Tanya Sapura kehairanan. Ya, itu gambar emak dan ayah abang Badrul. Kenapa, kak? Tanya Nurul. Tak ada apa-apa. Hampir menitis air mata yang sejak tadi ditahannya supaya tidak menerjah keluar. Apakah gambar yang dilihatnya tadi satu penipuan? Apakah wajah pengantin lelaki itu merupakan pelanduk dua serupa? Mungkin juga. Tetapi, bagaimana dengan wajah ibu dan ayah Badrul? Adakah mereka juga pelanduk dua serupa? Sapura bingung. Bagaimana mungkin mereka turut serta dalam majlis itu ? Sekiranya benar, ini bermakna mereka turut memainkan peranan dalam perkara ini. Sapura benar-benar merasa ditipu. Bukan sahaja ditipu

32

Rabiatul Adawiyah

oleh Badrul, malah oleh seluruh keluarga Badrul. Sapura membelek surat nikah yang terletak di atas meja. Memang sah ini surat nikah Badrul. Entah penipuan apa yang dibuat oleh Badrul hingga berjaya berkahwin dengan Nurul. Saya bersumpah kak yang saya tidak tahu abang Badrul sudah beristeri. Kalaulah saya tahu, sudah tentu saya tak akan kahwin dengan dia. Saya tidak mahu digelar perampas suami orang. Terang Nurul dengan wajah penuh penyesalan. Sapura tidak menjawab. Dia memandang ke arah luar rumahnya. Suasana di jalan raya menjadi sedikit riuh memandangkan hari semakin petang. Sudah sampai masanya penghuni rumah yang sejak pagi keluar bekerja pulang ke rumah untuk berehat. Berehat bersama isteri, suami dan anak-anak. Sesekali kedengaran hon kereta di jalanan. Sapura menghela nafas panjang sekali lagi. Tidak, kakak tidak salahkan Nurul. Kakak harus salahkan diri sendiri kerana tidak lengkap untuk bergelar seorang isteri. Abang Badrul ada hak ke atas perkahwinannya. Dia mampu untuk kahwin dua, Nurul. Cuma.... Kata-kata Sapura terhenti di situ. Cuma apa kak? Tak ada apa-apa. Ini anak Badrul? Sapura mengalih perbualan. Ya, namanya Amirul Affendi. Sekali lagi Sapura tersentak. Amirul Affendi! Itulah nama yang akan diberikan oleh mereka sekiranya memperoleh cahaya mata suatu hari nanti. Itulah nama yang dipilih oleh Sapura dan Badrul ketika mereka baru berkahwin dan berangan-angan untuk mempunyai anak. Jaga kau Badrul! Sumpah Sapura di dalam diam. Dia mengurut dadanya yang kembali berombak. Wanita yang berada di hadapannya tidak harus

33

air mata cinta

dipersalahkan. Dia tidak bersalah sebaliknya dia menjadi mangsa keadaan. Mangsa kepada lelaki yang tidak tahu malu kerana menipu seluruh keluarga Nurul. Serta merta, Sapura merasakan bahawa dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh Badrul dan ahli keluarganya. Sampai hati mereka sanggup membelakangkan dirinya untuk membolehkan Badrul berkahwin lain. Sapura tidak sangka kebaikan yang ditonjolkan oleh keluarga Badrul selama ini hanya lakonan semata-mata. Apakah kerana terlalu berkeinginan untuk menimang cucu maka mereka sanggup mengetepikan hak Sapura sebagai isteri Badrul? Sapura merasa begitu malu sekali kerana selama ini hanya dia sahaja yang terhegeh-hegeh dengan mereka. Walaupun layanan yang diberikan tidak kurang sedikit pun, namun Sapura tidak dapat menerima kenyataan itu. Baginya baik Badrul mahu pun keluarganya, mereka semua telah mengkhianatinya. Kekecewaan Sapura semakin bertambah parah dengan kehadiran anak kecil itu. Bagaimana ini semua boleh terjadi? Tanya Sapura dengan suara yang bergetar. Dia tetap menahan dirinya dari mengeluarkan air mata meskipun dia sebenarnya mahu meraung sepuas-puas hatinya. Abang Badrul buat promosi di Perak dan berurusan dengan pejabat Nurul. Waktu itu, Nurul bekerja di sebuah syarikat di Perak. Setelah berkenalan lebih kurang setahun, abang Badrul melamar Nurul. Hati siapa yang tidak gembira kerana dilamar oleh seseorang yang memegang jawatan pengurus, kak. Nurul menarik nafas dalam-dalam. Fikirannya menerawang jauh sewaktu mula berkenalan dengan Badrul. Betapa waktu itu Badrul kelihatan amat gentleman. Bagi Nurul, itulah lelaki yang selama ini diidam-

34

Rabiatul Adawiyah

idamkan. Badrul mempunyai rupa paras yang menarik dan menjadi bualan rakan-rakan wanita di pejabatnya, tambahan pula dia memiliki pangkat dan gaji yang lumayan. Dan, dia sama sekali tidak menyangka Badrul akan tertarik kepadanya pada waktu itu. Demi membuktikan keikhlasannya, abang Badrul telah menghantar rombongan peminangan ke rumah Nurul di Pahang. Ibu dan ayah abang Badrul turut serta dalam peminangan itu. Jadi, di manakah silapnya, kak? Sapura menarik nafas panjang. Bagaimana dia harus menyalahkan wanita itu sedangkan dia juga sebenarnya terjerat dengan penipuan Badrul. Sekiranya ibu dan ayah abang Badrul tidak hadir, tentu keluarga saya akan bersoal panjang. Ini semuanya ada. Selesai majlis pertunangan, tidak sampai enam bulan kami bernikah. Saya tidak tahu bagaimana abang Badrul mendapatkan kebenaran untuk berpoligami pada waktu itu. Jadi, bagaimanakah harus saya katakan bahawa saya telah merampas abang Badrul dari kakak? Ada kebenaran dalam kata-kata Nurul itu. Bisik hati Sapura. Lepas itu, apa yang abang Badrul buat? Terus bawa Nurul ke Kuala Lumpur? Tanya Sapura lagi. Tidak. Abang Badrul benarkan saya kembali bekerja di Perak selepas berkahwin. Oleh kerana saya menyewa rumah bersama rakan-rakan di Perak, seminggu sekali barulah abang Badrul bawa saya ke Kuala Lumpur. Ataupun kalau abang Badrul bertugas di Perak, dia akan mengambil saya dan kami tinggal di hotel selama dia berada di sana. Terang Nurul secara terperinci. Kenapa Badrul benarkan Nurul bekerja? Tanya Sapura lagi. Dia masih ingin mendengar cerita daripada Nurul

35

air mata cinta

lagi. Dia ingin mendengar bagaimana liciknya Badrul selama ini. Sebab saya yang minta kak. Saya bekerja untuk menanggung keluarga saya. Ibu bapa saya dah tua dan mereka pun tak larat lagi hendak bekerja di kampung. Maklumlah, kerja kampung ni kerja berat. Jadi, terpaksalah saya berkorban demi keluarga saya. Lagipun sebelum berkahwin, memang saya telah meminta kebenaran untuk terus bekerja di Perak dahulu. Abang Badrul pun tak membantah permintaan saya. Katanya lagi, Ipoh dan Kuala Lumpur bukannya jauh sangat. Dia boleh berulang-alik sekiranya perlu. Nurul berhenti seketika untuk menarik nafas panjang. Baginya, sudah cukup lega dia dapat meluahkan perasaannya selama ini kepada Sapura. Dia berharap bebanan yang selama ini ditanggungnya akan hilang. Memang Badrul sungguh cerdik. Bisik hati Sapura. Permintaan Nurul untuk tinggal sementara di Ipoh bagai pucuk dicipta ulam mendatang. Patutlah setiap kali ada promosi di Ipoh, Badrul tidak pernah menolak. Rupa-rupanya, ada isteri yang menanti di sana. Badrul tak carikan kerja di sini? Abang Badrul kata buat masa ini ekonomi tidak begitu baik dan dia nasihatkan saya supaya terus bekerja di Ipoh dahulu hinggalah satu hari saya disahkan mengandung. Saya meminta abang Badrul carikan kerja di Kuala Lumpur kerana saya takut tinggal berseorangan di Ipoh dalam keadaan berbadan dua. Abang Badrul tidak benarkan saya bekerja hinggalah saya selamat melahirkan anak kami. Saya akur dengan permintaannya dan dia jugalah yang membantu keluarga saya di kampung sepanjang saya tidak bekerja. Sambung Nurul

36

Rabiatul Adawiyah

lagi. Sapura tidak pasti perasaannya kini. Masih marahkah dia dengan Badrul? Jika didengar dari cerita Nurul, Badrul boleh diberi pujian kerana bertanggungjawab terhadap rumah tangga yang dibinanya dengan Nurul. Sekarang Nurul tinggal di mana? Tanya Sapura bernada cemburu. Di Bandar Sri Damansara, kak. Abang Badrul membeli rumah teres dua tingkat di situ. Sapura menarik nafas dalam-dalam mendengar cerita Nurul. Sapura kagum dengan Badrul yang dapat menyediakan kemudahan untuk Nurul. Malah, Sapura sendiri tidak dapat mencium bau kegiatan Badrul itu. Selama ini, Badrul melayannya seperti biasa. Badrul juga tidak pernah mengelak setiap kali dia mengajaknya pergi bercuti. Bagaimana Badrul begitu tega membuat dirinya teraniaya? Kekesalan yang amat sangat menerjah ke dalam diri Sapura. Mengapa Badrul tidak mahu berbincang mengenai perkahwinannya yang satu lagi itu? Mengapa Badrul tidak pernah bercerita mengenai Nurul? Bagaimanakah Badrul melepasi keadaan runcing itu? Sapura tertanya-tanya sendirian. Tetapi, sekiranya Badrul menyatakan hasratnya untuk mengahwini Nurul, adakah dia merelakannya? Atau adakah dia akan meminta dilepaskan? Sapura cuba bertanya kepada dirinya sendiri. Sapura tidak pasti sama ada dia akan redha dengan perkahwinan Badrul dan Nurul sekiranya Badrul berterusterang dengannya. Wanita mana yang sanggup bermadu? Sapura menyoal dirinya sendiri. Bagaimana akhirnya Nurul tahu dia telah beristeri? Tanya Sapura lagi. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke

37

air mata cinta

tanah juga, kak. Nurul kelihatan tegang. Raut wajahnya membayangkan rasa kesal yang amat sangat. Saya mula mengesyaki sesuatu bila abang Badrul memberikan seribu alasan apabila dia tidak tidur di rumah. Alasan yang diberikan ibunya yang meminta dia tidur di rumah. Apa yang boleh saya buat kak kalau ibu mentua saya yang minta anaknya tidur di rumahnya? Nurul menarik nafas panjang. Isteri mana yang sanggup ditinggalkan sendirian dengan anak kecil? Isteri mana yang dapat menerima setiap alasan yang diberikan? Saya masih muda dan tentunya perasaan cemburu bercambah di sudut hati saya. Sapura memandang Nurul tepat-tepat. Tahu pun kau rasa cemburu! Ejek Sapura dalam diam. Sebagai seorang isteri dan ibu, tentunya saya perlukan suami saya, kak. Apatah lagi ketika itu saya masih baru tinggal di Kuala Lumpur ini. Mana saya ada kawan atau sanak saudara di sini untuk meminta bantuan atau berkunjung? Dunia saya hanya di rumah, kak. Saya boleh bertahan dengan kerenah abang Badrul hanya kerana Amirul Affendi. Kerana anak inilah, saya tidak banyak bersuara. Lagipun, abang Badrul berupaya memenuhi permintaan kami. Sambungnya lagi. Sapura terdiam. Dia berasa kasihan dengan wanita yang sedang bercerita di hadapannya. Memang Badrul sungguh licik. Sapura sendiri tidak menyedari keadaan itu. Dalam diam dia akui, kadang-kala Badrul menggunakan alasan ibunya yang meminta dia tidur di rumahnya. Dan, alasan itu digunakan untuk berada di rumah Nurul. Badrul! Badrul! Keluh Sapura. Kasihan sungguh kita, ya Nurul. Ditipu oleh lelaki yang sama. Lelaki yang kita cintai selama ini. Lelaki yang kita

38

Rabiatul Adawiyah

sanjung dan hormati. Lelaki yang digelar suami oleh kita. Sapura tersenyum sinis. Nurul kehairanan kerana Sapura masih boleh menerima ceritanya. Alangkah tabahnya wanita yang berada di hadapannya kini. Bisik hati kecil Nurul. Bagaimanakah dia boleh menelan semua cerita pahit yang diberitahu oleh Nurul tadi dengan mudah? Wanita ini sungguh luar biasa. Nurul masih berkata-kata di benaknya. Bagaimana Nurul tahu rumah kakak? Tanya Sapura lembut. Dia juga ingin tahu bagaimana Nurul berjaya menjejaki kediamannya sedangkan Nurul sendiri tidak mengenalinya. Suatu hari abang Badrul tertinggal diari kerjanya di rumah dan dia meminta saya menghantarkannya ke pejabat. Sewaktu mengambil diari tersebut, saya telah terlihat nama kakak di ruangan isteri dalam diari itu. Hati saya berdebar pada ketika itu. Saya tertanya-tanya kenapa nama Sapura tercatat di dalam diari tersebut. Nurul berhenti seketika. Dia menghelakan nafasnya sebentar. Nurul masih ingat lagi tatkala dia melihat catatan nama Sapura di dalam diari Badrul. Betapa dia merasakan saat itu adalah kemusnahan kehidupannya. Nama Sapura terngiang-ngiang di cuping telinganya saban hari tanpa dapat dia bertanya kepada sesiapa. Kepada siapa hendak dia mengadu? Dia tidak mempunyai kenalan atau saudara mara di Kuala Lumpur ini. Untuk bertanya kepada Badrul jauh sekali. Dia begitu takut untuk menghadapi kenyataan. Setiap hari saya tertanya-tanya siapa wanita yang bernama Sapura. Untuk mengetahuinya, saya mula menggeledah apa juga barangan abang Badrul tanpa pengetahuannya. Akhirnya dengan kehendak Allah, saya berjaya mendapatkan nama dan alamat kakak di sini. Dan sekarang, saya di sini untuk menerangkan perkara yang

39

air mata cinta

sebenarnya berlaku. Saya tidak mahu menipu kakak sebagaimana abang Badrul menipu saya. Sayu sekali penjelasan Nurul hinggakan Sapura tidak mampu untuk bersuara. Anak kecil yang berada di pangkuan Nurul terlena dengan nyenyak sekali. Selama ini saya meletakkan seluruh kepercayaan saya kepada abang Badrul. Tetapi, dia telah memanipulasikan kepercayaan saya kak. Dan, saya sungguh menyesal kerana tidak pernah mengambil berat mengenai dirinya. Ke mana dia pergi, apa yang dia buat semuanya saya tak pernah ambil tahu. Bukan saya tidak mahu ambil tahu tetapi saya terlalu mempercayainya. Keluh Nurul seakan menyesali kealpaannya. Tak apalah Nurul. Menyesal kemudian tidak berguna. Kakak tidak berhak untuk marahkan Nurul atau sesiapa. Cuma kakak terkilan dengan sikap Badrul. Sampai hati dia melukakan hati kakak. Kesedihan ternyata terserlah di wajah Sapura. Nurul kelihatan gelisah. Dia tidak mahu Sapura salah faham tentang tujuannya datang ke rumahnya. Kak, hajat saya datang ke sini bukanlah untuk meruntuhkan rumah tangga kakak. Tidak sama sekali. Saya rasa amat bersalah kalau saya membiarkan perkara ini dari berterusan. Sekiranya abang Badrul tidak mahu berterusterang, biarlah saya yang mendapatkan kepastian. Itu saja, kak. Niat lain tidak terlintas di hati saya. Rayu Nurul. Sapura mengukir senyuman mendengar kata-kata Nurul. Ternyata wanita ini begitu luhur peribadinya. Nurul baliklah dulu. Janganlah diungkit lagi cerita ini. Biarlah Badrul dengan dunia penipuannya. Tapi kak, saya tidak senang dengan keadaan ini. Saya rasa bersalah. Saya.... Nurul tidak berupaya untuk

40

Rabiatul Adawiyah

meneruskan kata-katanya. Dia benar-benar berasa sungguh terharu dengan layanan Sapura. Kebimbangannya diserang dengan pelbagai kata nista oleh Sapura lenyap sama sekali. Dia tidak menyangka Sapura masih dapat bertenang dengan situasi seperti ini. Nurul tak harus bimbang. Jagalah rumah tangga yang sedia ada ini dengan baik. Soal Badrul dengan kakak biarlah kakak selesaikan. Nurul buatlah seperti biasa. Pulanglah dulu ya. Lembut sekali suara Sapura di cuping telinga Nurul. Tapi kak, saya rasa bersalah pula kerana berjumpa kakak. Tidak, Nurul tidak bersalah. Cuma, ya, kakak tidak nafikan bahawa kakak memang teramat sedih dan terkilan dengan peristiwa ini. Itulah takdir, Nurul. Kita hanya boleh pasrah dengan kehendak-Nya. Bolehkah kita melawan takdir, Nurul? Tanya Sapura lembut. Nurul menggelengkan kepalanya tanda bersetuju dengan kata-kata Sapura tadi. Seboleh mungkin Sapura mahu Nurul segera beredar dari rumahnya kerana air matanya sudah tidak dapat ditampung lagi. Matanya terasa begitu pedih kerana cuba menahan air mata yang berebut-rebut hendak merembes keluar. Ah! Air mata jangan keluar dahulu, aku tidak mahu kalah di hadapan wanita ini. Aku harus kuat. Sapura juga menanamkan keyakinan dan kekuatan di dalam dirinya sedangkan dirinya bagai berada di awang-awangan ketika itu. Baiklah kak. Saya harap kita akan berjumpa lagi pada masa yang lain. Nurul mengundurkan dirinya dari rumah Sapura dengan rasa lega kerana impiannya untuk berjumpa Sapura dan menerangkan keadaan sebenarnya tercapai. Nurul mencempung Amirul Affendi yang masih lena ke dalam dukungannya. Sapura mengusap lembut rambut

41

air mata cinta

anak kecil itu dengan sebak. Sebaik sahaja bayang Nurul hilang dari pandangannya, Sapura menyembamkan mukanya ke bantal kecil di sofanya dan menangis sepuas-puas hatinya. Hati wanita mana yang tidak tersentuh dengan peristiwa ini ? Hati wanita mana yang tidak rapuh mendengar pengakuan madunya ? Hati wanita mana yang tidak terusik kerana ditipu suaminya ? Hati wanita mana yang sanggup menerima hakikat ini secara tiba-tiba ? Sekeras mana hati seorang wanita, dia pasti akan luluh dengan keadaan itu. Tidak ada wanita yang sanggup dibuat begitu. Tidak ada wanita yang sanggup ditipu. Sapura menjerit di dalam hati. Deringan telefon mengejutkan Sapura dari tangisannya. Dengan malas, Sapura mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja solek. Hello! Serak sekali suara Sapura. Hello, sayang. Abang ni. Sayup-sayup kedengaran suara Badrul di hujung talian. Serta-merta menyirap darah Sapura dan dia kelihatan menggigil menahan marah. Sayang...Hello sayang. Dengar tak? Hmm.... Sapura menjawab malas. Kenapa ni, Pura tak sihat ke? Tanya Badrul dengan mesra. Tak, cuma penat sikit. Bohong Sapura. Abang nak beritahu yang abang tak boleh balik lagi hari ini, sayang. Abang kena sambung kerja sikit lagi di sini. Esok abang balik. Terang Badrul. Penipu! Jantan tak guna! Jerit hati kecil Sapura.

42

Rabiatul Adawiyah

bab

alam itu Sapura benarbenar berasa dilukai dan dikecewakan oleh Badrul. Dirinya bagai sudah tidak diperlukan lagi oleh Badrul. Naluri wanitanya begitu tersentuh kali ini. Batinnya menjerit bagai mengerti derita yang sedang mengalir dalam setiap molekul darahnya. Derita itu sedang bercerita mengenainya di dalam semua salur darahnya. Bercerita bagaimana sakit hatinya kerana dilukai. Bercerita bagaimana hatinya pedih bagai ditusuk sembilu. Dan cerita-cerita itu terus mengalir laju ke setiap sudut dan ruang salur darahnya. Sapura mengusap perutnya dan mengeluh kecil. Benih yang baru disemai hasil cintanya dengan Badrul bakal menerima tamparan yang amat hebat. Benih yang selama ini dinanti-nantikan sudah kehilangan tempat untuk bermanja kerana kekosongan tempat itu sudah terisi. Pengubat rindu

43

air mata cinta

Badrul sudah disembuhkan dengan kehadiran Amirul Affendi. Masih adakah ruang untuknya meletakkan benih barunya ini dalam kamus hidup Badrul? Sapura tertanya-tanya sendiri. Sapura mengeluh lagi. Belum sempat dia membawakan berita gembira kepada Badrul, terlebih dahulu berita duka telah membuka tirai hidupnya. Sinar kebahagiaan yang dinanti, mendung juga yang datang bertandang dalam hidupnya. Sapura tidak tahu di manakah silapnya selama ini. Hakikat yang tidak dapat diterima oleh Sapura ialah campur tangan ibu dan bapa mentuanya. Tergamak sungguh mereka membelakangi Sapura. Tidak tercetuskah rasa bersalah dalam hati mereka kerana menghancur lumatkan hatinya yang hidup sebatang kara? Sapura benar-benar keliru. Keliru dalam kenyataan yang diterimanya petang tadi.

Sapura membayangkan, bagaimanakah nasib anak yang bakal lahir ke dunia ini tanpa seorang lelaki yang bergelar bapa. Bagaimanakah anak tersebut akan membesar tanpa seorang bapa? Sapura memejamkan matanya, cuba menghilangkan bayangan negatif yang menerokai fikirannya. Dia menarik nafas panjang. Anak ku, apalah malangnya nasib mu, sayang. Keluh Sapura perlahan. Dia mengusap lembut perutnya yang masih belum memboyot itu. Sapura benar-benar tidak menyangka kepercayaan yang selama ini ditaburkan kepada Badrul telah disalahgunakan. Badrul begitu licik sekali memainkan peranannya sebagai seorang lelaki. Baru kini Sapura menyedari bahawa kebaikan yang ditabur kepada Badrul membawa padah buat dirinya. Sampainya hati kau Badrul kerana membuang diri

44

Rabiatul Adawiyah

ini dari kamus hidup mu,rintih Sapura dalam penyesalan. Tidakkah kau kasihan pada aku, Badrul! Sapura menjerit sendirian di dalam hati. Suara, kenapakah kau tidak keluar? Keluarlah, biar satu dunia mendengar jeritan batin ku ini. Sapura bermain-main dengan perasaannya. Sapura tidak tahu apa yang harus dilakukannya kini. Fikirannya semakin bercelaru. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dirinya telah bermadu. Bukan dia menolak poligami tetapi dia begitu berasa terhina apabila dirinya diketepikan. Sewaktu orang lain mengetahui tentang perkara yang sebenar, dia masih lagi dibuai mimpi indah. Sewaktu orang mula mentertawakan dirinya dalam diam, dia masih lagi meniti hari-hari dengan senyuman. Betapa bodohnya dirinya dirasakan oleh Sapura. Betapa dungunya dia kerana diputarbelitkan oleh permainan yang dicipta oleh keluarga Badrul. Dia duduk terpaku di birai katil. Matanya meneliti bingkai gambar yang tergantung di kamar tidurnya. Gambar perkahwinannya dengan Badrul terpampang di depan mata. Melihat senyuman Badrul, bertambah sakit hatinya. Sapura mula menilai dirinya di dalam lingkungan keluarga Badrul. Di manakah letaknya nilai dirinya sebagai menantu di dalam keluarga itu? Rendah sangatkah maruahnya sebagai seorang wanita? Sapura mengimbau kembali kenangan lama yang membuatkan dirinya tersingkir dari keluarga dua puluh lapan tahun yang lalu. Saat di mana keluarganya berpatah arang dengannya. Cincin ini telah diterima Pura, janganlah menolak. Apa kurangnya Zainal tu? Budaknya bagus, kerjanya pun baik. Keluarganya pun orang baik-baik. Apa lagi yang kau hendak Pura? Tanya ayahnya dengan nada keras.

45

air mata cinta

Tapi ayah tak pernah bincang dengan Pura. Tak pernah tanya Pura. Tiba-tiba saja mak dan ayah terima pinangan Zainal. Bantah Sapura. Selama ini yang kamu berdua ke hulu ke hilir bersama. Buat semua kerja bersama, tak ke itu tandanya kamu sukakan dia? Tanya emak Sapura lembut sambil mengelus rambut Sapura yang panjang hingga ke paras bahu. Mak, Pura memang baik dengan dia, sebab dia sepupu Pura. Salahkah? Lagipun kami tak pernah berbincang soal hati dan perasaan. Yang mak dan ayah tak nak tanya Pura dulu kenapa? Bantah Sapura. Ayah tak peduli apa pun alasan kau Pura. Pinangan Pak Long dan Mak Long kau telah ayah terima. Walau apa pun alasan kau, kau mesti menikah dengan Zainal. Tarikhnya kami dah tetapkan. Keras sekali suara Pak Hamid. Tapi ayah, Pura cintakan orang lain. Bagaikan petir memanah bumi kenyataan itu didengari oleh Pak Hamid. Sepantas kilat Pak Hamid memfokuskan pandangannya ke arah Sapura. Matanya terjegil seakan hendak terkeluar dari korneanya. Apa? Cintakan orang lain? Sejak bila kau bercinta, hah? Sejak bila? Pak Hamid menerpa ke arah Sapura. Mak Dah cuba menenangkannya. Sabar bang, sabar. Kita dengar cerita Pura. Pujuk Mak Dah. Pura, bila Pura kenal lelaki lain ni? Selama ini mak tak pernah tahu pun Pura pernah kenal lelaki lain. Kenalan sekolah Pura? Siapa budaknya? Tanya Mak Dah lembut. Mak... dia bukan kenalan sekolah, bukan orang kampung ni. Pura kenal di tempat kerja. Memang salah Pura kerana tak kenalkan pada mak dan ayah. Tapi kami dah ambil

46

Rabiatul Adawiyah

keputusan untuk berkahwin. Bulan depan dia bawa rombongan untuk datang meminang. Terang Sapura sambil memohon simpati dari ibunya. Mak Dah menghela nafas panjang. Kenapa Pura tak beritahu mak selama ini? Suara Mak Dah berbaur kesal. Pura tak sangka Pak Long dan Mak Long berkenan dengan Pura. Tapi, Pura tak ada sedetik pun perasaan pada Zainal. Tolonglah Pura... mak, ayah. Rayu Sapura. Suara Sapura penuh rayuan. Dia akui, memang salah dirinya kerana tidak memberitahu mereka tentang Badrul. Bukan dia hendak menyembunyikan perihal Badrul daripada ibu dan ayahnya, sebaliknya dia belum yakin dengan perkenalan yang terjalin antara dia dengan Badrul selama ini. Hanya setelah Badrul meluahkan perasaannya dan berhasrat untuk menyunting dirinya sebagai suri hidupnya, barulah Sapura berhasrat untuk berterus-terang dengan kedua ibu bapanya. Tetapi, semuanya sudah terlambat. Mak Long dan Pak Long telah lebih dahulu menghantar rombongan untuk meminangnya. Tidak. Aku tetap dengan keputusan aku. Hujung tahun ini kau akan bernikah dengan Zainal. Kau jangan nak kecewakan kami, Pura. Kalau kau berdegil juga, langkah mayat aku dulu. Bantah Pak Hamid. Ayah, jumpalah Badrul dulu. Dia lelaki baik. Pura... Pura cintakan dia. Rayu Sapura. Baik? Dia saja yang baik? Habis... si Zainal tak baik? Selama ini Zainal ada buat perkara tak senonoh dengan kau? Sapura diam. Sapura akui kata-kata Pak Hamid ada benarnya. Zainal tidak pernah berkelakuan tidak senonoh dengannya. Malah,

47

air mata cinta

Zainal cukup berhati-hati sepanjang mereka bergaul. Sungguh! Dia tidak menyangka Zainal ada menyimpan perasaan terhadapnya. Kalaulah dia tahu sebelum ini, sudah pasti dia akan menjauhkan dirinya daripada Zainal. Kenapalah aku ni lurus benar. Sapura mengutuk dirinya sendiri. Tidak, aku tak akan berganjak dengan keputusan aku. Pak Hamid memberikan kata putusnya. Ayah...! Bang, kita bawa bincang dengan Kak Long dan Abang Long dulu. Mak Dah cuba memujuk Pak Hamid. Kau pun dah memihak pada Pura. Kau nak putuskan hubungan keluarga kita? Kak Long dan Abang Long beria-ia nak kan perkahwinan ini. Si Zainal tu dah berkenan dengan Pura, sampai tak kahwin-kahwin tunggu si Pura ni besar. Kau nak musnahkan impian mereka? Bantah Pak Hamid. Tapi bang, ini soal masa depan anak kita. Kalau dia tak bahagia macam mana? Tanya Mak Dah sambil mengerutkan dahinya. Jangan lupa Zabedah, kita kahwin dulu pun bukan atas dasar cinta. Semuanya diatur oleh keluarga. Kau tengok kita bahagia sampai sekarang. Pintas Pak Hamid. Tidak! Pura tetap tidak setuju dengan keputusan ayah. Sapura menjerit kuat dan terus berlari ke bilik. Kedengaran pintu bilik ditutup dengan kuat. Pura... Pura...! Panggil Mak Dah. Biarkan dia. Budak tak sedar diri. Dia ingat dia bercinta dengan jantan lain, boleh bahagia. Entah keturunan mana jantan tu aku pun tak tahu. Entah-entah anak penyangak. Marah Pak Hamid semakin membara melihat kedegilan Sapura.

48

Rabiatul Adawiyah

Kau dengar sini Pura, walau apa pun kehendak kau, keputusan ayah muktamad. Kau tetap akan kahwin dengan Zainal. Jerit Pak Hamid. Dari dalam bilik Sapura mendengar dengan jelas katakata Pak Hamid. Sapura tidak menyangka sama sekali keakrabannya dengan Zainal telah disalahtafsirkan. Dia tidak pernah mendengar Zainal meluahkan perasaan terhadapnya, apatah lagi mengajaknya keluar seperti pasangan lain. Keakraban mereka memang terjalin sejak kecil hinggalah dewasa. Sapura tidak merasakan itu satu kesalahan. Bagi Sapura, dia menganggap Zainal seperti abangnya sendiri. Zainal sendiri yang rajin bertandang ke rumahnya dan mengajarnya mata pelajaran yang tidak difahami. Mereka menelaah bersama-sama terutamanya ketika musim peperiksaan hampir tiba. Walaupun tinggal di kampung sebelah, itu tidak menghalang Zainal dari bertandang ke rumahnya. Namun Sapura tidak menyangka dalam diam, Zainal menaruh hati terhadapnya! Kekesalan kerana lewat memperkenalkan Badrul kepada keluarganya telah menyebabkan dia terperangkap sendiri. Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak menemukan Badrul dengan mereka kerana selama ini lelaki yang mendampinginya hanyalah Zainal. Sementelahan pula Sapura anak tunggal Pak Hamid dan Mak Dah, sudah pasti mereka mengawal ketat pergaulan Sapura. Sapura menyeka air mata yang mengalir di pipinya yang licin. Dia bertekad untuk membawa Badrul berjumpa dengan keluarganya walaupun sudah terlambat. Biar mereka menilai diri Badrul. Moga-moga mereka berubah hati, doa Sapura.

49

air mata cinta

Seperti yang dirancang pada minggu hadapannya Sapura membawa pulang Badrul ke kampungnya. Dia mahu Badrul bersemuka dengan keluarganya dan menyatakan keinginannya. Kau tak malu ke Sapura, bawa jantan balik rumah sedangkan kau tu tunangan orang? Sindir Pak Hamid. Badrul terkedu mendengar sindiran itu. Sapura membisu. Nyata sekali kedatangan Badrul tidak dinanti. Badrul tetap bersabar mendengar kata-kata pedih Pak Hamid. Dia sedar kehadirannya tidak diundang oleh Pak Hamid dan Mak Dah. Anak yang nak memalukan keluarga, inilah dia. Sambung Pak Hamid lagi. Matanya merah menyala menunjukkan kebencian terhadap Badrul yang sedang duduk di hadapannya. Pak Hamid memandang ke arah Sapura yang duduk bersebelahan Mak Dah. Bagaikan hendak ditelannya Sapura saat itu. Pakcik, maafkan saya. Sebenarnya saya yang memujuk Sapura supaya membawa saya berjumpa dengan pakcik dan makcik untuk menerangkan segalanya. Badrul bersuara lembut. Nak terangkan apa lagi? Kau tak tahu ke yang Sapura ini tunangan orang? Tanya Pak Hamid. Saya tahu pakcik dan Sapura dah ceritakan segalanya pada saya. Saya telah pun berbincang dengan keluarga saya untuk menghantar rombongan meminang bulan hadapan. Terang Badrul. Matanya menatap wajah Pak Hamid memohon simpati. Tidak, Pura sudah menjadi tunangan orang. Pilihan aku tetap Zainal. Walau kau sujud di kaki aku ni, aku tetap tak akan ubah keputusan aku. Sudah, Pura, kau masuk ke dalam.

50

Rabiatul Adawiyah

Banyak lagi kerja yang aku nak buat. Selamat tinggal. Pak Hamid bingkas bangun dari kerusi menuju ke dalam rumah. Pakcik.... Panggil Badrul. Pak Hamid tidak mengendahkan panggilan itu. Dia meneruskan langkahnya. Sudahlah Badrul. Lupakanlah Pura. Keputusan ayahnya tak akan berubah walau bumi dibelah dua. Baliklah. Ramai lagi calon yang menanti di luar tu. Pujuk Mak Dah. Sapura yang sejak tadi membisu, kedengaran teresakesak mendengar keputusan ayahnya. Impian yang ingin dibinanya bersama Badrul tidak kesampaian. Sampai hati ayahnya melukakan hatinya walhal dialah satu-satunya anak mereka. Tangisan Sapura menyentuh hati Mak Dah. Tidak sanggup rasanya dia melihat Sapura mengeluarkan air mata lagi. Bagi Mak Dah, sama ada Zainal atau Badrul yang bakal menjadi menantunya, dia tidak kisah. Apa yang penting bagi Mak Dah ialah kebahagiaan anak tunggalnya itu. Mak Dah mahu melihat Sapura bahagia, itu sahaja. Tetapi takdir tidak menemukan Sapura dengan Badrul, Mak Dah mengeluh kecil. Keputusan Pak Hamid sudah muktamad. Hatta, Mak Dah sekalipun tidak dapat mengubah keputusan Pak Hamid. Mak Dah tahu, Pak Hamid sudah lama berkenan dengan Zainal dan permintaan abang dan kakak sulung Pak Hamid membuka ruang tersebut. Bagi Mak Dah, Zainal juga seorang lelaki yang baik. Sekiranya Sapura tidak mempunyai perancangan sendiri, dia pasti apa yang dirancang pastinya berjaya. Sekiranya Sapura tidak mengenali Badrul, tentunya Sapura tidak menolak pinangan ini. Mak Dah memandang Badrul dengan penuh simpati. Zahirnya Mak Dah melihat Badrul seorang lelaki yang baik. Sekiranya dia tidak jujur dengan Sapura pastinya dia tidak akan menjejakkan kaki di rumah ini. Mak Dah mengeluh

51

air mata cinta

berat. Tapi makcik, kami saling mencintai. Bahagiakah Sapura nanti? Makcik sanggup lihat kesengsaraan Sapura? Tanya Badrul bertalu-talu. Mak Dah sekadar mengeluh. Hampir lima puluh lima tahun dia mengenali Pak Hamid, lelaki yang amat keras hati dan tidak mudah dilunturkan dengan pujukan. Entahlah Badrul, makcik tak tahu apa nak buat lagi. Pakcik kau tu memang tegas orangnya. Eloknya Badrul baliklah dulu. Tak guna ditunggu pakcik kau tu lagi. Pujuk Mak Dah. Tangisan Sapura masih berlarutan. Badrul menyandarkan badannya ke sofa sambil matanya terkebilkebil memandang Sapura yang sedang mengalirkan air mata. Mahu saja diterpanya Sapura dan menenangkannya, tetapi kesopanannya perlu dijaga. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan. Badrul sekadar memandang Sapura dari jauh. Badrul tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan untuk melembutkan hati batu Pak Hamid. Badrul bingkas bangun dari sofa lalu menghampiri Mak Dah dan Sapura. Badrul menghulurkan tangan kepada Mak Dah. Makcik, saya minta diri dulu. Nampaknya kedatangan saya yang tidak diundang ini tidak membawa apa-apa erti. Maafkan saya, makcik. Pura... Panggil Badrul lembut. Sapura mengangkat mukanya dari lengan Mak Dah. I balik dulu. Jaga diri baik-baik. Sapura tidak menyahut kata-kata Badrul. Tiada kata yang boleh disusun untuk dijadikan ayat pada ketika itu. Langkah Badrul meninggalkan rumah Sapura diiringi dengan deraian air mata Sapura. Namun, tiada siapa pun yang tahu dalam diam Sapura

52

Rabiatul Adawiyah

telah memasang satu nekad. Keputusan yang diambil sebaik sahaja Badrul melangkah pergi dari rumahnya. Badrul juga tidak tahu keputusannya itu. Bagi Sapura, apa yang penting sekarang ialah cinta sejati yang dipupuknya bersama Badrul sekian lama harus dipertahankan. Dia telah menconteng arang di muka keluarga. Jangan harap aku akan maafkan dia. Muka Pak Hamid merah menyala. Itulah kata-kata yang diucapkan tatkala membaca surat yang ditinggalkan oleh Sapura dua puluh lapan tahun lalu. Mak Dah sudah tidak boleh berkata apa-apa. Hanya air mata sahaja yang menjawab tiap patah yang dikeluarkan oleh Pak Hamid. Keluarga Pak Hamid gempar dengan kehilangan Sapura. Seluruh kampung kecoh dengan kejadian itu. Pelbagai cerita tersebar di merata tempat hingga menyebabkan Mak Dah jatuh sakit. Sakit bukan kerana kekecohan yang berlaku, sebaliknya sakit akibat kerinduan terhadap Sapura. Pak Hamid bagaikan nelayan yang kehilangan pendayung. Teroleng-oleng ke sana dan ke mari mencari kekuatan diri. Sebulan lagi tarikh pernikahan Sapura dan Zainal, berita mengenai Sapura masih tidak diperoleh. Puas Pak Hamid menelefon pejabat tempat Sapura bekerja tetapi hampa. Menurut rakan setugasnya, Sapura telah berhenti kerja seminggu yang lalu. Pak Hamid tidak puas hati. Bersama Zainal, dia menuju ke rumah sewa Sapura. Rakan-rakan Sapura turut mengatakan mereka tidak tahu tentang Sapura kerana Sapura telah sebulan berpindah dari situ. Kelam-kabut jadinya keadaan Mak Dah dan Pak Hamid. Rasa malu dan marah terhadap tindakan Sapura bercampur-baur. Namun, Pak Hamid bersyukur kerana Zainal dapat menerima keadaan itu dengan tenang. Mungkin itulah kelebihan Zainal yang

53

air mata cinta

memikat hati Pak Hamid. Zainal kelihatan tabah dan sabar dengan ketentuan Illahi tetapi tiada siapa yang tahu kekecewaan yang melanda diri Zainal. Ketika kekecohan itu berlaku, Pak Hamid menerima sepucuk surat daripada Sapura. Tiada alamat disertakan hanya cop di setem bertandakan surat itu datangnya dari Kuala Lumpur. Terpaku mata Pak Hamid membaca surat itu. Tangannya kelihatan menggigil menahan kemarahan. Mak Dah meraung setelah selesai membaca kandungan surat tersebut. Ke manakah hendak dicarinya Sapura? Kuala Lumpur terlalu luas mana mungkin dia bisa ditemukan dengan Sapura. Mak Dah menepuk dahinya tanda kesal. Dalam situasi itu Zainal dicengkam rasa bersalah. Zainal berasa bahawa kehilangan itu berpunca daripada dirinya. Kalaulah dia tahu hal yang sebenarnya, pastinya dia akan melepaskan Sapura. Biarlah dirinya seorang yang kecewa asalkan Sapura tidak menghilangkan diri. Kini nasi sudah menjadi bubur. Hendak menyalahkan orang lain pun tidak perlu kerana itu bukanlah jalan penyelesaian. Keributan yang melanda keluarga Pak Hamid menimbulkan banyak desas-desus. Orang kampung tidak menyangka kejadian seumpama itu berlaku dalam keluarga Pak Hamid. Sepanjang ingatan mereka, Pak Hamid dan keluarganya amat dihormati. Keluarga ini tidak pernah menimbulkan masalah, apatah lagi menconteng arang di muka sendiri. Ramai yang mengeluh dan ramai juga yang mengumpat. Itulah adat dunia. Keburukan orang mudah dilihat, tetapi keaiban sendiri tidak pernah disedari. Mak Dah jatuh sakit manakala Pak Hamid tidak keruan kehidupannya. Hendak ke masjid dia malu untuk berdepan dengan jemaah masjid kampung itu. Hendak ke kedai juga dia malu untuk menunjukkan muka. Pak Hamid merasakan walau

54

Rabiatul Adawiyah

ke mana juga dia berada, banyak mata yang akan melihat, banyak mulut yang akan bercakap. Dia tidak sanggup untuk menghadapi situasi seperti itu. Atas dasar kemanusiaan, tanpa segan silu Zainal membantu mengembalikan semangat Pak Hamid dan Mak Dah. Walau hatinya terluka dengan perbuatan Sapura, dia terpaksa akur dengan kehendak Sapura yang lebih mencintai Badrul. Zainal cuba membuang rasa bersalah dengan membantu Pak Hamid dan Mak Dah sekadar yang mampu dilakukan. Khalid yang juga merupakan sepupu dan rakan sebaya Sapura berusaha menjejaki Sapura di Kuala Lumpur sejak peristiwa pahit itu. Dan pertemuan Khalid dengan Sapura berlaku secara kebetulan. Khalid yang hendak menempah baju Melayu untuk majlis pernikahannya terserempak dengan Sapura yang juga hendak menempah baju untuk majlis persandingannya dengan Badrul. Berita kemarahan Pak Hamid disampaikan kepada Sapura dan Khalid menasihati Sapura agar memohon maaf dari keluarganya. Khalid yang mengetahui percintaan Sapura dan Badrul berasa amat simpati. Namun, dia tetap menyalahkan Sapura kerana lambat bertindak. Khalid tidak tahu bagaimana hendak meredakan kemarahan Pak Hamid dan melembutkan hati Sapura. Dia jadi serba salah. Melaluinya jugalah Sapura mengetahui tentang keluarganya, tetapi Sapura mengugutnya agar jangan memberitahu keluarganya bahawa Khalid berjaya menemuinya di Kuala Lumpur. Sapura tidak sanggup untuk berdepan dengan ayah dan ibunya serta Pak Long dan Mak Longnya. Lebih-lebih lagi Zainal yang tidak pernah menyakiti hatinya selama ini. Sapura dibelenggu rasa bersalah. Sapura mengugut Khalid dengan mengatakan bahawa dia akan terus menghilangkan dirinya

55

air mata cinta

andai Khalid membuka cerita dengan keluarganya. Itulah yang Khalid tidak mahu. Dia tidak mahu Sapura terus dibelenggu rasa bersalah. Khalid juga tidak sanggup jika keluarga Sapura terus membuangnya. Khalid menyimpan banyak rahsia Sapura dengan harapan satu hari nanti keluarga ini akan bersatu. Itulah harapan Khalid. Perkahwinan Sapura dan Badrul berlangsung dalam suasana meriah. Khalid hadir dalam majlis itu bukan sebagai keluarga tetapi sebagai tetamu. Dari jauh Khalid memerhatikan kemeriahan majlis itu dan dia juga dapat melihat keriangan yang tercipta dari dalam diri Sapura. Alangkah indahnya kalau Pak Hamid dan Mak Dah juga turut sama di majlis ini, keluh Khalid dalam diam. Khalid pening memikirkan tanggungjawab yang dipikulnya kini. Kehendak Sapura yang agak keterlaluan dan keinginan Mak Dah yang tidak bersempadan. Sapura sendiri tidak pernah mendedahkan siapa Khalid kepada Badrul, hanya sekadar mengenalkannya sebagai rakan sebaya. Dan Khalid tidak pernah mengambil hati terhadap perkara itu. Badrul juga tidak begitu bertanyakan Sapura tentang Khalid. Bagi Badrul, siapa juga rakan Sapura, orang itu jugalah rakannya. Siapa yang menjadi musuh Sapura orang itu jugalah musuhnya. Sapura sudah menjadi tanggungjawabnya, maka Badrul telah bertekad untuk menjaga Sapura sebaik mungkin. Setelah banyak halangan yang dilalui, mana mungkin Badrul berhasrat untuk menoleh ke belakang lagi. Setelah sekian lamanya Khalid mengikuti siri kehidupan Sapura dan Badrul yang selama ini bahagia, tibatiba dia dikejutkan dari lamunannya apabila menerima panggilan telefon daripada Sapura. Dalam keadaan tanda tanya Sapura telah meminta Khalid datang menemuinya di sebuah hotel. Tanpa tanda-tanda ribut taufan yang melanda alam

56

Rabiatul Adawiyah

rumah tangga mereka, bermacam-macam persoalan bermain di kotak fikiran Khalid. Malam itu Sapura membongkar semua rahsia mengenai Badrul, Nurul dan juga ahli keluarganya yang lain. Khalid menggeleng-gelengkan kepalanya dengan penuh kebingungan. Khalid tidak menyangka sama sekali kisah hidup Sapura akan kembali ke era kemusnahan sekali lagi. Khalid memandang Sapura yang sedang termenung di sofa. Wajah Sapura agak tenang pada ketika ini tetapi bekas-bekas tangis tidak dapat disembunyikan oleh Sapura. Khalid menarik nafas panjang dan rasa marah terhadap Badrul timbul serta-merta. Dia perlu membantu Sapura. Permintaan Sapura agar membantunya untuk keluar dari Kuala Lumpur tanpa pengetahuan Badrul dipenuhi segera. Beberapa tahun setelah kehilangan Sapura, cerita mengenainya semakin reda. Dia juga semakin menyepikan diri. Dia tidak mahu mengganggu kehidupan baru Sapura. Waktu saat kelahiran Nabila, Khalidlah yang menemani Sapura di hospital. Khalidlah juga yang mengamatkan Nabila. Bagi Sapura, Khalid adalah segala-galanya. Seluruh kepercayaannya diletakkan kepada Khalid. Oleh sebab itulah Khalid tidak mahu Sapura hilang kepercayaan terhadapnya. Namun segala yang dirancang indah dan sempurna tidak semestinya terjadi mengikut kehendak hati. Setelah bertahun menghilangkan diri dari kehidupan Badrul, Sapura mendapat khabar berita bahawa Badrul telah terlibat dengan beberapa kes rasuah. Sapura tidak menyangka sama sekali. Khalid juga tidak menduga Badrul akan terjebak dalam perbuatan itu. Akibatnya, Badrul meringkuk di penjara selama lima belas tahun. Sejak Sapura menghilangkan diri pada hari dia mengetahui perkara sebenar daripada Nurul, dia tidak pernah

57

air mata cinta

mengambil tahu mengenai Badrul. Baginya, Badrul telah mati. Berita yang tersiar di akhbar mengenai penangkapan Badrul berkaitan kes rasuah yang melibatkan dua juta ringgit Malaysia terpapar di muka hadapan akhbar. Keratan akhbar itu disimpan rapi oleh Sapura. Padan muka, ejek Sapura. Pada mulanya dia terkejut ketika membaca berita itu pagi tadi. Tetapi, setelah beberapa ketika dia berubah fikiran. Lelaki seperti itu tidak perlu dikasihani. Selama ini dia telah terpenjara dengan perbuatan Badrul dan kini Badrul pula meringkuk dalam penjara yang diciptanya sendiri.

58

Rabiatul Adawiyah

bab

Khalid tidak menjawab. Tangannya masih memegang telefon bimbit sambil dilekapkan di telinga. Dahinya berkerut seribu seolah-olah ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya ketika ini. Sekali lagi jarinya pantas menekan punat di telefon itu. Sapura bangkit dari duduknya. Dia berjalan mundarmandir di dalam bilik hotel. Sapura membuka beg pakaian yang sedari tidak diusiknya. Dia mencapai berus dan ubat gigi yang masih berada di dalam beg plastik. Sempat juga dia membelinya ketika melalui kedai serbaneka dua puluh empat jam tidak jauh dari hotel itu. Sebelum melangkah ke dalam bilik air, dia sempat menjeling ke arah Khalid. Tetapi seperti tadi, Khalid masih bermain dengan telefon. Sapura mengangkat bahu tanda tidak

oleh? Tanya Sapura tergesa-gesa.

59

air mata cinta

mengerti dengan tindakan Khalid. Khalid... Panggil Sapura. Khalid berpaling. Belum sempat Sapura bersuara, Khalid menunjukkan isyarat meminta Sapura diam. Sapura meneruskan langkahnya ke dalam bilik air. Kedengaran suara Khalid tenggelam timbul di luar sana. Sapura segera menyudahkan memberus giginya. Tidak sabar untuk dia mengetahui perkembangan selanjutnya. Baiklah... baiklah... Kata Khalid. Sapura menutup pintu bilik air dengan perlahan. Dia tidak mahu mengganggu perbualan Khalid di talian. Ya, esok dia akan bertolak. Bas pertama. Mungkin petang baru sampai. Sambung Khalid lagi. Kepala Khalid kelihatan terangguk-angguk seperti belatuk. Sekejap dia tersengih. Sekejap kelihatan serius. Aku memang berharap sangat pada kau Fir. Kaulah sahabat sejati aku dunia akhirat. Hal-hal berkaitan kewangan tak usah kau bimbang. Khalid memberi isyarat agar Sapura duduk di hadapannya. Esok kau bereskan soal rumah sewa tu. Lepas tu pandai-pandailah kau carikan kerja yang sesuai. Selesai bercakap di telefon, Khalid menarik nafas lega. Dia memandang Sapura dengan pandangan yang amat tajam. Sapura membalas pandangan Khalid dengan pandangan yang kosong. Fikiran Khalid berkecamuk. Sekiranya dia membantu Sapura bermakna dia telah bersubahat dalam hal rumah tangga Sapura. Kiranya dia tidak membantu, dia bimbang Sapura akan mengambil tindakan yang bodoh. Mahu tak mahu dia harus memilih salah satu.

60

Rabiatul Adawiyah

Pura, esok kau harus naik bas ekspres pertama ke Terengganu. Sapura tercengang. Begitu jauh Khalid menempatkan dirinya. Sapura berkata-kata dalam hati. Tapi aku tak kenal sesiapa pun di sana. Bantah Sapura. Khalid menjegilkan mata tanda marah. Tadi kau yang kata hantar jauh dari KL ni. Sekarang kau kata tak ada kenalan di sana. Sahut Khalid. Memang aku tak ada kenalan di sana. Macam mana aku nak uruskan diri nanti? Sapura memohon simpati. Hello... sister. Kau tak kata, ada tempat yang tak boleh kau pergi. Aku dah uruskan segalanya. Kau jangan nak berdalih pula. Marah Khalid. Bukan keberatan. Khalid. Atau kau sayang nak tinggalkan bayang-bayang si Badrul. Sindir Khalid keras. Sapura terkedu. Jam di tangan telah menunjukkan angka satu pagi. Pura, kalau benar kau nak menghilangkan jejak di KL ini, kau harus pergi ke tempat yang tidak mungkin orang akan mengenali kau. Kalau kau pergi ke tempat yang dekat, pasti Badrul dapat cari kau. Kau pasti aku akan selamat di sana? Tanya Sapura masih waswas. Hei! Kau nak pergi ke tak nak? Kalau tak nak lebih aku berdalih tapi... Sapura masih

Agaknya kau sayang nak tinggalkan KL. Sergah

61

air mata cinta

baik aku balik. Buang masa aku saja di sini. Marah Khalid. Jarang benar Sapura melihat kemarahan Khalid. Menyesal pula dia kerana menimbulkan rasa tidak senang di hati Khalid. Salah dia juga kerana memaksa Khalid datang ke hotel ini semata-mata untuk menyelesaikan masalahnya. Seperti biasa Khalid tidak pernah menolak permintaan Sapura. Biar apa pun dia tetap akan mencari ruang untuk membantu Sapura kerana itu janjinya yang telah diikrarkan di hadapan Mak Dah dan Pak Hamid. Tapi Sapura tidak pernah tahu tentang itu. Kali ini Sapura buat hal kali kedua. Jika dulu Sapura lari dari rumah dan kahwin dengan Badrul di tempat lain, kini dia pula mahu lari dari ikatan perkahwinan yang dibinanya sekian lama. Ikatan perkahwinan yang digarap dengan cinta dan disulam dengan kasih sayang. Namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan. Ikatan dan sulaman yang indah itu terlerai juga. Entah di mana silapnya Khalid tidak tahu. Tidak sempat dia menatap keindahan itu, ia telah terlebih dahulu musnah. Kau ingat aku ni apa? Takkan aku nak biarkan kau terkontal-kantil sendirian. Takkan aku tergamak nak biar kau jadi gelandangan dengan perut kau yang semakin memboyot tu? Sekali lagi suara Khalid meninggi. Entah kenapa kali ini Khalid tidak dapat menahan perasaan marahnya. Bukan dia marah kerana diganggu Sapura malam-malam begini. Bukan juga kerana dia marah kerana terpaksa menyelesaikan masalah Sapura malam itu juga. Khalid sendiri tidak tahu mengapa dia berasa marah. Sapura duduk membantu. Kali ini tidak berani dia mengangkat muka memandang Khalid. Marah sangatkah Khalid dengannya? Sapura tertanya-tanya. Beberapa minit

62

Rabiatul Adawiyah

berlalu. Masing-masing masih membisu. Sapura melayan perasaannya sendiri yang keliru ketika itu. Keliru dengan sikap garang Khalid. Keliru dengan tindakan yang diambilnya. Tetapi dia jadi nekad tatkala kotak ingatannya terkenangkan Badrul. Tentu Badrul sedang enak tidur dibuai mimpi indah bersama Nurul. Sedangkan dia, bersendirian mencari jalan keluar. Sapura mendengus kecil. Seakan-akan cuba mengikis ingatannya terhadap Badrul. Dia berpaling ke arah Khalid yang masih membisu. Dia tidak kisah biar pun Khalid marah terhadapnya. Dia tidak peduli jika Khalid menganggap tindakannya ini adalah tindakan yang bodoh. Walau bagaimanapun dia tetap mahu Khalid berusaha membantunya. Khalid, maafkan aku kalau aku menyusahkan kau. Aku... Sapura tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila dilihatnya Khalid memperlihatkan tanda tidak mahu mendengar. Sapura diam. Suasana dalam bilik itu terasa sunyi. Tidak kedengaran walau setitik air dari kepala paip. Tidak kedengaran bunyi cicak di syiling. Pura, sebenarnya aku tak marahkan kau. Aku cuma rasa tertekan dengan keadaan kau sekarang. Jelas Khalid. Sapura tercengang. Kenapa? Tanya Sapura. Tak ada apa-apa. Cuma aku risaukan kau yang sedang berbadan dua. Dah tu terpaksa memulakan hidup baru di tempat baru yang langsung kau tak ada sesiapa. Kau terpaksa merentas pelbagai onak dan duri sendirian di sana. Aku

63

air mata cinta

mungkin tidak dapat sentiasa melihat engkau sebab kau dah semakin jauh. Jelas Khalid. Benarkah apa yang aku katakan ini? Khalid tertanyatanya sendiri. Atau sebenarnya dia tertekan kerana terpaksa merahsiakan perihal Sapura kepada Pak Hamid dan Mak Dah? Jika dulu dia boleh berahsia kerana hidup Sapura terbela. Tetapi kini, hidup Sapura seakan di ambang kemusnahan. Mahu saja dia menyuruh Sapura pulang ke kampung, tetapi jawapan yang bakal diterimanya pasti mengecewakan. Khalid juga seakan sudah tidak boleh bersabar menahan rasa dari menceritakan perihal Sapura kepada Pak Hamid dan Mak Dah. Setiap kali dia pulang ke kampung kedua orang tua itu pastinya bertanya mengenai Sapura. Tetapi kini mampukah dia berdalih lagi? Jika terjadi sesuatu terhadap Sapura, bagaimana harus dia menghadapi Pak Hamid dan Mak Dah? Khalid berada di dua persimpangan. Persimpangan yang teramat payah untuk dipilih. Khalid, selama ini kau dah banyak tolong aku. InsyaAllah, aku boleh jaga diri aku di sana. Kau dah dapatkan rumah sewa pun dah cukup baik. Simpanan aku pun boleh aku gunakan hingga saat aku melahirkan. Jelas Sapura cuba menenangkan Khalid. Khalid angguk. Dia tahu Sapura tidak akan kesempitan wang buat sementara waktu. Simpanannya mungkin boleh menampung hidupnya untuk beberapa tahun. Tapi kau jangan bimbanglah. Aku takkan duduk goyang kaki saja. Tahulah aku cari kerja nanti. Tapi aku akan cari kerja yang sesuai dengan keadaan aku sekarang. Kerja pejabat mungkin mustahil.

64

Rabiatul Adawiyah

Habis kau nak kerja apa? Tanya Khalid. Apa saja yang boleh menghilangkan rasa bosan aku. Mungkin aku akan jatuh cinta dengan kerjaya baru aku. Siapa tahu? Sapura tersenyum senang. Senangnya kau buat kesimpulan Pura? Kalau aku tak buat kesimpulan yang mudah, bagaimana hidup aku nanti Khalid? Kau juga yang kata, kau berada jauh dari aku. Jadi mungkin kau tak dapat membantu aku saat aku memerlukan. Aku kena survive Khalid. Khalid mengangguk tanda faham. Keras benar hati sepupu yang satu ini, bisik hati kecil Khalid. Walau bagaimanapun dia berasa lega kerana Sapura tidak terikutkan perasaan dengan masalah yang melanda dirinya. Dia juga berasa lega kerana Sapura dapat mengawal diri. Khalid yakin Sapura mampu berdikari di tempat baru.

ESok, pagi-pagi lagi Khalid sudah terjengul di pintu bilik Sapura. Dengan bersiap ala kadar Sapura mengekori langkah Khalid. Beg baju yang tidak seberapa besar dijinjit Khalid. Sapura melangkah anak tangga hotel dengan hati-hati. Selesai urusan pembayaran, Khalid segera menuju ke kereta. Sapura mengenakan baju sejuk untuk menahan rasa sejuk yang seakan mencucuk hingga ke tulang. Khalid dengan tenang memandu kereta ke Pudu Raya. Semalam dia telah menempah tiket ke Terengganu dan sekarang dia perlu mendapatkan tiket itu segera. Khalid melihat jam tangannya yang menunjukkan waktu sekarang baru 7.30 pagi. Selepas sembahyang Subuh dia bergegas menuju ke hotel tempat Sapura menginap.

65

air mata cinta

Malam tadi puas dia memikirkan alasan untuk keluar sesudah Subuh kepada isterinya. Nasibnya baik kerana isterinya tidak pernah meragui apa yang dibuatnya. Khalid menarik nafas lega. Kenapa? Tiba-tiba didengarnya Khalid mengeluh. Khalid tersentak. Tak ada apa-apa? Jangan sembunyikan apa-apa Khalid. Marah Sapura. Khalid diam. Khalid! Panggil Sapura kuat. Aku rasa bersalah pada Badrul. Dalih Khalid. Dia tidak mahu Sapura berasa bersalah. Niat Khalid ikhlas hendak membantunya dan dia tidak mahu mencampuradukkan hal rumah tangganya dengan hal Sapura. Kenapa pula kau rasa bersalah dengan dia? Jerkah Sapura. Ya lah, aku tolong isteri dia lari dari dia. Tak ke itu satu kesalahan? Jawab Khalid perlahan. Memang salah, tapi tak salahkan kalau tolong orang yang sedang teraniaya? Sapura cuba meraih simpati. Khalid angguk. Jalan raya tidak begitu sibuk di pagi begitu. Tidak sampai lima belas minit mereka telah berada di dalam bangunan Pudu Raya. Setelah meletakkan kereta di tingkat tiga, mereka menuruni tangga menuju ke kaunter tiket. Sapura mengambil tempat duduk tidak jauh dari Sapura bersuara ketika

66

Rabiatul Adawiyah

kaunter tiket yang dituju Khalid. Sapura memandang sekeliling. Tidak ramai pengunjung di terminal itu. Jika dulu setiap hujung bulan dia merupakan salah seorang pengunjung tetap di terminal itu. Setiap hujung bulan, di awal pagi Sabtu dia sudah tercongok di kaunter tiket. Dia mahu pulang ke kampung menemui Mak Dah dan Pak Hamid. Tetapi kini dia di terminal itu kerana mahu lari dari Kuala Lumpur. Lari dari Badrul. Lari dari masalah yang sedang menimpanya. Sapura meraba perutnya yang sudah mula berkeroncong. Jom kita ke sana? Ajak Khalid sambil muncungnya dihalakan ke arah gerai makan yang berdekatan. Pukul berapa bas bertolak? Tanya Sapura. Pukul 9. Sepatutnya pukul 8.30 tapi bas lambat bertolak jadi lewat sikit. Terang Khalid. Sapura mengikut langkah Khalid yang mula bergerak ke gerai makan. Pura, aku dah maklumkan pada kawan aku keadaan diri engkau yang sebenar. Sapura memandang Khalid dengan tepat. Aku harus memberitahunya perkara sebenar kerana aku tidak mahu ada salah faham nanti. Khalid mematikan ayatnya ketika hidangan yang dipesannya sampai. Kita tidak boleh menipu orang lain kerana kita memerlukan pertolongan mereka. Lebih-lebih lagi kau tu. Kalau aku tak bagi tahu, tiba-tiba dia tengok perut kau memboyot, masak aku dibuatnya. Lagi satu aku nak elakkan fitnah. Terang Khalid panjang lebar. Sapura mengunyah nasi lemaknya perlahan. Di sana nanti kau keseorangan, aku harap dia dapat

67

air mata cinta

carikan rumah sewa yang agak baik keadaannya dan mempunyai jiran yang prihatin. Jadi dia tahu kisah rumah tangga aku? Tanya Sapura perlahan. Alangkah malunya dia nanti ketika bertemu dengan rakan Khalid yang membantunya di sana. Orang lain telah tahu mengenai keruntuhan rumah tangganya. Di mana dia harus menyorokkan mukanya! Sapura berkira-kira sendiri. Tak adalah aku bagi tahu semua. Aku bagi tahu yang penting saja sudahlah. Yang lain pandai-pandailah engkaulah. Nak cerita ke tak nak cerita ke , itu engkau punya fasal. Jawab Khalid. Memang dia ada memberitahu Firudaus mengenai keadaan Sapura tetapi tidaklah menyeluruh. Yang penting dia mahu Firdaus tahu bahawa Sapura telah berkahwin dan sedang mengandung. Sapura lari ke Terengganu kerana tidak mahu bermadu, itu saja. Lebih dari itu dia tidak berkata apaapa.

pErjalanan menuju ke Terengganu memakan masa lebih dari lapan jam. Hatinya dipagut rasa pilu ketika bas ekspres itu mula meninggalkan terminal Pudu Raya. Masih terasa lambaian Khalid di terminal itu. Kota metropolitan yang banyak mengukir sejarah hidupnya bakal ditinggalkan. Deretan bangunan pencakar langit di ibu kota kian jauh dari pandangannya. Kini pandangannya beralih ke arah lebuh raya yang dipenuhi pokok-pokok pokok di kiri kanan jalan. Bas bergerak semakin laju. Tidak ramai yang menaiki

68

Rabiatul Adawiyah

bas itu pagi-pagi sebegini. Lebih kurang 15 orang penumpang saja di dalam bas itu. Sapura berasa lega kerana tidak perlu berkongsi tempat duduk. Dia membuka beg pakaian yang diletakkan di sebelah tempat duduknya. Dikeluarkan buku catatan hariannya. Selalunya dia akan mencatat apa juga kerja yang perlu dilakukan atau temu janji yang dibuat oleh ketuanya. Pada helaian yang tertulis 14 hari bulan, Sapura memulakan catatan barunya. Catatan yang sebelum ini tidak pernah difikirkannya. Tangannya pantas menulis dengan penuh perasaan. Dia cuba menggambarkan perasaannya kala itu dengan pena hitam. Dia cuba meluahkan rasa hatinya di helaian yang tidak bersuara itu. Selesai menulis Sapura menyimpan kembali buku catatannya ke dalam beg. Dua kali bas ekspres itu berhenti di hentian untuk minum pagi dan makan tengah hari. Dia sekadar membeli sandwich dan air kotak untuk mengalas perutnya yang berkeroncong. Seleranya seakan mati hari itu. Sandwich itu pun ditolaknya secara paksa agar masuk ke dalam kerongkong. Dia mampu berlapar tetapi mampukah insan yang sudah mula membesar di dalam perutnya itu bertahan? Sapura sedar dia tidak harus mementingkan dirinya sendiri. Dia harus berusaha agar anak yang dikandungnya itu dilahirkan dengan selamat dan sihat. Dia tidak mahu malang yang menimpanya, turut tempias kepada anak yang di dalam kandungannya. Sepanjang perjalanan itu, dia cuba meninggalkan bayang-bayang Badrul. Dia tidak mahu bayang-bayang Badrul menghantuinya. Dia tidak mahu ada bayang Badrul di sisinya. Sesungguhnya dia telah nekad untuk menghapuskan bayangan Badrul.

69

air mata cinta

Lewat jam lima petang dia sampai di Kuala Terengganu. Dia menghidupkan telefon bimbitnya. Ternyata berpuluh missed call yang diterimanya. Begitu juga dengan pesanan suara. Dia sudah mengagak Badrul pasti sedang sibuk mencarinya. Sapura mencari kedai yang menjual telefon bimbit. Dia mahu segera menukar sim card yang baru. Dia tidak mahu ada hubungan dengan sim card nya yang lama. Selesai saja menukar sim card yang baru dia segera menghantar pesanan kepada Khalid untuk memberitahu nombor telefonnya yang baru. Sapura mematahkan sim card lamanya dan membuangnya ke dalam tong sampah. Sapura memerhatikan skrin telefon bimbitnya. Kali ini ruang memori di telefon bimbitnya hanya tinggal satu nama sahaja. Sapura menyeluk sehelai kertas yang diberikan oleh Khalid tadi. Tertera nama Firdaus dan nombor telefonnya. Segera Sapura mendail nombor Firdaus. Dia tidak boleh lengah kerana kakinya kian kebas akibat terlalu lama bergantung. Pinggangnya juga hampir patah kerana terlalu lama duduk di dalam bas. Sapura tidak perlu menunggu lama kerana Firdaus sememangnya telah berada di situ. Setelah saling bertanya khabar, Firdaus membawa Sapura ke rumah sewanya. Inilah saja rumah yang saya dapat carikan untuk akak. Kawasan kampung susah sikit nak cari rumah teres atau rumah batu. Kata Firdaus sopan. Tak apalah Firdaus, ini pun dah kira bagus. Jawab Sapura cuba menyenangkan hati Firdaus. Kalau di Kuala Lumpur, rumah macam ni dah kira rumah setinggan. Betul tak kak? Sambung Firdaus lagi. Hmm.... Mungkin juga. Tapi di sini tak boleh

70

Rabiatul Adawiyah

dibandingkan dengan KL. Mungkin ini yang terbaik di sini. Sapura cuba merendah diri walau di dalam hatinya dia mengiakan kata-kata Firdaus. Walau pun rumah sewa itu merupakan rumah kampung, tetapi keadaannya terjaga dengan baik. Mungkin penyewa dahulu menjaganya dengan baik. Sapura melihat sekeliling kawasan rumah itu. Rumah dua bilik dan satu bilik stor itu sudah cukup sempurna baginya. Anak muda yang dalam lingkungan dua puluhan itu tidak banyak cakap. Sapura juga agak senang kerana tidak perlu banyak menjawab pertanyaan demi pertanyaan. Firdaus menyerahkan kunci rumah kepada Sapura. Tuan rumah ini minta masukkan dalam akaun saja kak. Ini nombor akaunnya. Kalau ada apa-apa masalah, akak telefon tuan rumah ini ya. Kalau dia tak layan akak beritahu saya, tahulah saya nak cakap dengan dia. Firdaus menyerahkan sehelai kertas kepada Sapura. Sebelah-sebelah ni rumah sewa jugakah Firdaus? Tanya Sapura. Haah! Yang sebelah kanan ni rumah sewa yang sebelah kiri ni pun rumah sewa. Cuma yang sebelah kiri ni tuan tanahnya lain. Kira tuan tanah rumah sewa akak ni ada lima buah di kawasan ni. Maklumlah tanah pusaka. Daripada diagih-agihkan baik dibuat rumah sewa dan dipungut hasilnya. Dapatlah mereka adik-beradik sama-sama merasa. Betul tak kak? Betul juga. Sahut Sapura. Firdaus segera meminta diri untuk pulang dan dia berjanji untuk melawat Sapura keesokan harinya bagi membincangkan mengenai kerja baru.

71

air mata cinta

Sapura segera membasahkan diri di bilik mandi. Terasa badannya melekit setelah seharian duduk di dalam bas. Selesai mandi dan solat Maghrib, Sapura bersila menghadap nasi bungkus yang dibeli oleh Firdaus tadi. Kalaulah Firdaus tidak membelikan untuknya pasti dia kebuluran malam itu. Terdapat juga sebotol air mineral dan sebuku roti yang ditinggalkan oleh Firdaus. Sapura memerhatikan rumah sewa yang masih kosong itu. Esok dia akan meminta tolong Firdaus untuk membeli beberapa peralatan yang diperlukan. Jika Firdaus sibuk dia akan bertanyakan orang di sekeliling. Tadi sebelum sampai ke rumah itu, dia ternampak kedai runcit tidak jauh dari rumahnya.

apa? Menjahit? Tergelak kecil Sapura ketika Firdaus menawarkan kerja baru itu. Firdaus terkebil-kebil melihat telatah Sapura. Akak ni manalah tahu menjahit Firdaus. Menaip, mencatat minit, tahulah. Tapi kak, bukannya akak kena menjahit. Mereka cuma perlukan pekerja untuk menggosok baju, mengemas kedai jahit dan membantu mana yang perlu. Sahut Firdaus. Sapura bingkas bangun simpuhnya. Dia meletak kembali kain baju yang baru diangkat dari ampaian tadi. Sehelai tikar usang pemberian Firdaus terdampar di ruang tamu itu. Akak kena fikir dulu Firdaus. Akak bukan memilih tapi mampu ke akak nak buat kerja tu. Kerja lain tak ada ke Firdaus? Tanya Sapura lemah.

72

Rabiatul Adawiyah

Bukan dia memilih kerja, apatah lagi di saat begini. Tetapi bekerja di kedai jahit tidak pernah termimpi olehnya. Untuk menjahit kelim baju yang terbuka sedikit pun dia mengharapkan Mak Dah, ditambah lagi untuk bekerja di kedai jahit. Sapura tergelak sendiri. Kenapa kak? Firdaus kehairanan melihat Sapura ketawa sendirian. Macam mana akak tak ketawa Firdaus. Nak jahit baju koyak sikit pun akak hantar kedai. Inikan pula nak jahit baju orang. Kakkan tadi Firdaus dah cakap. Bukan jahit baju tapi membantu di kedai jahit. Akak ni kenalah fokus sikit. Kalau pun akak tak pandai nak menjahit, tapi akak boleh buat kerja lain kan? Pujuk Firdaus. Semalam dia telah berjaya mendapatkan kerja kosong melalui rakan sepejabatnya. Dan dia sudah berjanji dengan Kak Kiah si tukang jahit itu bahawa Sapura boleh mula bekerja secepat mungkin. Sementelahan tempahan baju semakin banyak dan Kak Kiah sudah tidak mampu untuk menguruskan kedainya lagi. Mana hendak menjahit, mana hendak mengemas kedai, segalanya dibuat sendiri. Macam ni lah Firdaus. Bagi akak tempoh dua tiga hari boleh? Putus Sapura. Firdaus angguk. Akak rasa akak perlu beli beberapa barangan keperluan dan kerusi meja ala kadar. Nanti kalau akak dah kerja tak sempat pula nak membeli. Firdaus menarik nafas lega. Tertunai juga janjinya dengan Kak Kiah. Akak nak beli apa lagi? Boleh Firdaus tolong.

73

air mata cinta

Hmm pertama akak nak beli dapur, peti ais yang kecil pun jadilah. Kemudian akak nak beli meja makan yang kecik aje. Yang penting sekali akak nak beli katil bujang. Akak cukup duit tak? Tanya Firdaus bimbang. Insya-Allah ada. Firdaus jangan bimbang. Bukannya akak nak beli yang ada jenama sangat. Asal boleh guna sudahlah. Ni hah, nak makan pun akak tak ada pinggan tau. Sapura tergelak kecil. Ya tak ya juga. Tak terfikir pula Firdaus kak. Maaflah. Kami orang bujang kalau pindah memang sehelai sepinggang. Bila akak nak pergi membeli? Sekarang ni kita beli yang penting dulu macam dapur, pinggan, cawan, pisau. Boleh hantar akak? Akak tak biasa lagi kawasan sini. Boleh! Boleh! Marilah nanti dah malam pula.

74

Rabiatul Adawiyah

bab

abila tidak tahu apa yang merunsingkan fikiran ibunya. Sejak kebelakangan ini, ibunya kelihatan resah dan termenung sendirian. Setiap kali ditanya, ibunya pasti akan mengelak. Nabila tidak tahu bagaimana dia dapat membantu ibunya menyelesaikan masalah. Ibunya ada masalah dengan syarikatkah? Syarikat ada masalah kewangankah? Fesyen rekaan ibu kena cetak rompakkah? Persoalan demi persoalan menerpa benak Nabila. Nabila yang bertugas sebagai penghias dalaman di sebuah syarikat perumahan, baru sahaja menamatkan pelajarannya di universiti. Bukan dia tidak mahu bekerja dengan ibunya untuk mengembangkan syarikat mereka, tetapi dia sekadar mahu menimba pengalaman di tempat lain. Bagi

75

air mata cinta

Nabila, pengalaman adalah sesuatu yang amat sukar untuk diperoleh dan pengalaman tidak datang dengan sendiri. Itulah sebabnya dia mengambil keputusan untuk bekerja di syarikat sekarang. Namun begitu, dia tidak pernah mengabaikan ibunya. Pada waktu lapang, dia akan turut membantu ibunya di syarikat. Setiap kali ada pertunjukan pentas, Nabila akan turut membantu tambahan pula dia berpengalaman dalam bidang hiasan dalaman. Hiasan dalaman syarikat ibunya adalah hasil kreativitinya, begitu juga dengan hiasan pentas untuk pertunjukan. Petang itu, Nabila pulang lebih awal daripada biasa. Dia mahu bersemuka dengan ibunya. Dia mahu tahu apa yang merunsingkan fikiran ibunya. Dia tidak mahu ibunya resah. Dia mahu sama-sama menyelesaikan masalah ibunya. Dia tidak akan membiarkan ibunya dalam kesusahan sendirian. Sapura terkejut melihat Nabila sampai di rumah lebih awal. Nabila lebih terkejut lagi ketika melihat keadaan Sapura dalam keadaan yang tidak terurus. Rambut yang biasanya disanggul rapi, terbiar mengurai tidak bersisir. Kusyen yang terletak di ruang tamu kelihatan bertaburan di lantai. Padahal Sapuralah yang paling bising sekiranya kusyen-kusyen itu terbiar tidak bersusun. Nabila terasa perubahan ibunya sudah sampai ke tahap yang amat membimbangkan. Mak ! Kejut Nabila lembut. Dia meletakkan tapak tangannya di dahi Sapura. Mak demam? Tanya Nabila sebaik sahaja Sapura membuka kelopak matanya. Sapura terpisat-pisat melihat Nabila. Dia merenung jam di tangannya. Masih awal, bisik Sapura. Nabila dah balik? Awalnya? Tanya Sapura dengan

76

Rabiatul Adawiyah

suara yang lemah. Baru saja mak. Mak kenapa? Kurang sihat? Tanya Nabila lagi. Tak, mak sihat. Cuma mak letih sikit sebab baru lepas buat pertunjukan semalam. Nabila dah makan? Sapura cuba mengubah tajuk perbualan. Mak, janganlah nak berselindung. Nabila tahu mak bukan penat. Selama ini kalau lepas pertunjukan tak pernah pun mak bersikap macam ni. Nabila cuba mencungkil perubahan sikap ibunya. Mak, ceritalah pada Nabila. Kalau ada masalah, kita selesaikan sama-sama. Pujuk Nabila. Sapura bangun dan menggeliat sedikit. Dia mendepangkan kedua-dua belah tangannya sambil menguap. Nabila sekadar memerhatikan kelakuan Sapura. Jangan risau, Nabila. Mak tak ada apa-apa. Betul, mak letih. Mungkin usia dah lanjut agaknya. Sapura cuba membuat jenaka. Nabila tersenyum sumbing. Nalurinya masih tidak berpuas hati dengan jawapan ibunya. Alamak, mak belum masak lagilah, Nabila. Tulah nak balik awal tak telefon dulu. Sapura menepuk dahinya. Tak apalah, mak. Nanti kita masak sama-sama ya. Nabila naik atas mandi dulu, rasa melekit badan ni. Nabila mencapai beg sandangnya lalu naik ke tingkat atas. Sapura memerhatikan jejak Nabila dengan pandangan yang kosong. Nabila, keluh Sapura. Haruskah aku berterus-terang dengannya? Sapura tertanya-tanya sendiri. Selesai mengemas hidangan makan malam, Sapura terus menuju ke kamar tidurnya. Nabila yang baru selesai solat Isyak, segera mencari ibunya di bilik. Dia melihat ibunya

77

air mata cinta

sedang merenung sesuatu. Nabila berdeham. Sapura sedikit terkejut dengan kehadiran Nabila di muka pintu. Mak, please. Nabila tahu mak mesti ada something yang dirahsiakan. Rayu Nabila. Sewaktu makan malam tadi pun, Nabila telah memerhatikan gelagat ibunya yang tidak seceria seperti hari-hari biasa. Bagi Nabila, tiada orang lain yang lebih penting dari ibunya. Ibunya adalah segala-galanya bagi Nabila. Nabila masih ingat lagi ketika dia mula memasuki alam persekolahan. Semua rakan-rakan bertanyakan mengenai ayahnya. Dan, Nabila hanya mampu menangis kerana tidak tahu untuk memberikan sebarang jawapan. Setiap kali dia menangis, setiap kali itulah Sapura akan memujuknya dengan pelbagai kata yang manis-manis. Hingga akhirnya, Nabila semakin lali dengan setiap pertanyaan mengenai ayahnya. Sapura menghela nafas panjang. Dia memberikan isyarat agar Nabila menghampirinya. Nabila mengatur langkah menuju ke arah ibunya. Dia duduk berjuntai kaki di birai katil. Sapura membetulkan duduknya. Nabila mengelus lembut bahu Sapura. Setelah beberapa ketika barulah Sapura bersuara. Nabila, mak nak beritahu sesuatu yang selama ini dirahsiakan dari Nabila. Perlahan sekali suara Sapura yang keluar dari peti suaranya. Tangan Nabila digenggamnya erat. Nabila kebingungan. Rahsia? kehairanan. Rahsia apa, mak? Tanya Nabila

Mak harap Nabila tidak salahkan mak semata-mata meskipun mak bersalah kerana menyembunyikannya dari Nabila selama ini. Nabila semakin tidak mengerti. Suasana malam itu semakin sepi. Deruan kenderaan

78

Rabiatul Adawiyah

di atas jalan raya tidak kedengaran lagi. Yang kedengaran ketika ini hanyalah desiran angin yang bertiup lembut. Malam semakin tua. Sapura berasa serba salah. Dia teringatkan katakata Khalid pagi semalam. Dalam diam, Sapura mengakui kebenaran kata-kata Khalid. Dia tidak boleh menyembunyikan perkara itu selama-lamanya dari Nabila. Apa dianya, mak? Ceritalah cepat. Desak Nabila tidak sabar. Setelah sekian lama barulah dia ketahui ada rahsia yang bersembunyi di dalam diri ibunya. Kenapakah baru sekarang ibunya berhasrat untuk menceritakan segalanya? Kotak fikiran Nabila menerawang mencari-cari jawapannya. Mak harap apabila Nabila mengetahui perkara sebenarnya, ambillah masa untuk berfikir. Nasihat Sapura. Naluri ingin tahu Nabila semakin mendesak. Namun, dia cuba mengawal dirinya dari memaksa ibunya bercerita. Sapura menceritakan satu persatu dari awal pertemuannya dengan Badrul dan kisah perkahwinan yang diatur oleh keluarga dengan Zainal. Begitu juga dengan cerita bermadu yang tidak disangka-sangka olehnya. Kisah bagaimana Sapura melarikan diri dari Badrul dan memulakan hidup baru di negeri orang, hinggalah berpindah semula ke Kuala Lumpur enam tahun kemudiannya setelah berupaya membuka syarikat sendiri secara kecil-kecilan. Tercengang Nabila mendengar semua cerita itu. Terasa seolah-olah dia sedang mendengar drama di corong radio. Nabila berjalan tanpa arah di dalam bilik itu sambil dahinya berkerut seribu. Dia jadi keliru dengan cerita Sapura. Haruskah dia berasa gembira dengan cerita itu atau perlukah dia memarahi Sapura kerana merahsiakannya sekian lama? Fikiran Nabila bercelaru untuk seketika. Jadi, Nabila sebenarnya masih ada ayah? Tanya Nabila

79

air mata cinta

sambil mengambil tempat semula di sisi ibunya. Sapura angguk. Di mana dia, mak? Sapura membisu. Perlukah dia memberitahukan perkara itu kepada Nabila? Dia tertanyatanya sendiri. Mak. Panggil Nabila lembut setelah Sapura membisu beberapa ketika. Dengan berat hati, Sapura menghulurkan keratan akhbar yang selama ini disimpan dengan rapi kepada Nabila. Nabila mengambil keratan akhbar yang telah kekuningan dimakan waktu dari tangan Sapura. Inilah ayah Nabila. Dia sekarang berada di penjara dan akan bebas pada minggu hadapan. Nabila tidak bersuara. Matanya menatap patah-patah perkataan di keratan tersebut. Astaghfirullah.... Kenapa ayah jadi macam ni, mak? Tanya Nabila. Sapura menggelengkan kepala. Mungkin inilah balasan Allah padanya, Nabila. Biarlah dia rasa betapa sakitnya diri di penjara. Hati mak yang sakit ini tidak pernah dia tahu. Air jernih mengalir lesu dari pelupuk mata Sapura. Ayah tahu tentang Nabila, mak? Tanya Nabila. Sapura menggeleng. Dia tidak tahu dan mak memang tak mahu dia tahu. Sampai hati dia bermain kayu tiga di belakang mak, biarlah dia rasakan betapa seksanya kehilangan orang yang disayangi dan dinantikan. Kalaulah dia bersabar untuk seketika, pastinya kita hidup bahagia, Nabila. Sapura bersuara bersama sedu. Nabila mengeluh kecil. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika ini. Haruskah dia memihak kepada ibunya atau adakah dia harus bersimpati dengan nasib Badrul.

80

Rabiatul Adawiyah

Nabila sedar dia harus seimbang dalam mengatasi situasi ini. Dia tidak mahu melukakan hati ibunya lagi. Dia juga tidak mahu menambah beban jiwa ibunya. Namun, naluri seorang anak dalam dirinya tidak dapat disembunyikan. Keinginan untuk berjumpa Badrul yang selama ini dianggapnya telah mati semakin memuncak. Adakah ibunya akan membenarkan dia bertemu dengan ayahnya? Datuk dan nenek? Dia mempunyai datuk dan nenek? Kegembiraan Nabila tidak dapat digambarkan ketika ini. Diri yang disangka sebatang kara hanya mempunyai seorang ibu, rupa-rupanya mempunyai keluarga yang lengkap. Kelengkapan itu membuatkan Nabila menahan kegembiraan di dalam dirinya. Dia perlu bertoleransi dengan ibunya dalam perkara ini. Dia juga harus berusaha merapatkan hubungan datuk dan ibunya. Malam semakin larut dan Nabila meninggalkan Sapura sendirian melayan perasaannya sendiri. Sapura menarik nafas panjang setelah bercerita segalanya kepada Nabila. Dia menyerahkan segalanya kepada Nabila. Apa pun tindakan Nabila selepas ini, dia akan pasrah. Namun, Nabila masih belum mengetahui tentang Amirul Affendi, abang kandungnya. Biarlah masa yang akan menentukan nanti, bisik hati kecil Sapura. Malam itu, Nabila tidak dapat melelapkan matanya. Haruskah dia memberitahu perkara itu kepada Amir Hamzah? Bolehkah Amir menerima keadaan dirinya kini? Dia bukan lagi Nabila, anak tunggal Sapura seperti yang dikenalinya dahulu. Dia kini juga anak kepada penjenayah kolar putih. Jenayah yang dilakukan demi untuk mendapatkan wang. Jenayah yang dilakukan demi perasaan tamak yang hinggap di hati Badrul. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan Amir Hamzah, lelaki yang dicintainya sejak di kampus lagi?

81

air mata cinta

Siling putih di biliknya dipandang tanpa berkelip. Persoalan mengenai Badrul dan penerimaan Amir Hamzah yang tidak pasti lagi mengganggu tidur Nabila. Dia nekad untuk berjumpa dengan Amir Hamzah esok hari. Nabila nekad, apa juga keputusan Amir Hamzah dia akan redha. Tidak mustahil bagi lelaki seperti Amir Hamzah untuk berfikiran negatif terhadapnya. Walau apa pun terjadi, dia harus menyelesaikan persoalan itu dengan Amir Hamzah, barulah dia akan memikirkan tindakannya yang lain. Seboleh mungkin dia mahu bersikap rasional dalam setiap tindakan yang diambil dan keputusan yang diterimanya. Nabila tidak sabar menanti pagi menjelang. Dia perlu bersiap untuk ke pejabat. Kemudian, dia akan menghubungi Amir Hamzah untuk membuat temu janji petang nanti selepas waktu pejabat. Pada mulanya, mereka telah berjanji untuk tidak kerap bertemu hingga hari pernikahan mereka. Tetapi, Nabila bertekad untuk bertemu dengan lelaki kesayangannya itu petang nanti. Amir Hamzah agak terkejut ketika mendengar permintaan Nabila pagi tadi. Dia tergelak kecil ketika Nabila merengek-rengek memujuknya agar membuat pertemuan pada petang nanti di restoran yang biasa mereka kunjungi. Kenapa dah tak sabar ke, sayang? Kan tinggal tiga bulan lagi. Mana ikrar Nabila, hah? Usik Amir Hamzah. Nabila memuncungkan bibirnya di hujung corong telefon. Biarlah bukan dia nampak. Bisik Nabila. Dia agak geram dengan usikan Amir Hamzah tadi. Sayang, sayang...merajuk pula dah. Pujuk Amir Hamzah setelah panggilannya tidak dijawab oleh Nabila. Amir Hamzah dapat membayangkan wajah Nabila yang sedang muncung pada ketika itu. Dia tahu Nabila cepat

82

Rabiatul Adawiyah

merajuk sementelahan Nabila adalah anak tunggal. Sejak di kampus lagi, dia telah masak dengan perangai Nabila. Namun kerana cintanya yang mendalam terhadap Nabila, dia tidak mengendahkan perangai kebudak-budakan Nabila. Okay lah, okay lah. I minta maaf, okay. Apa yang penting sangat nak jumpa petang nanti? Tanya Amir Hamzah seraya mengalah. Kalau cerita sekarang dah jadi tak pentinglah. Nabila mendengus geram. Baik bos, kita jumpa petang ni kat tempat biasa. Nabila meletakkan telefon sebaik sahaja Amir Hamzah melafazkan kata setuju. Amir Hamzah termenung seketika di meja kerjanya. Apa hal pula yang penting sangat ni? Rungutnya sendirian. Bukan dia tidak mahu menemui Nabila, tetapi dia telah berjanji dengan ibunya untuk tidak kerap berjumpa Nabila di bulan-bulan terakhir sebelum diijabkabulkan. Tak naik seri pengantin nanti kata ibunya. Amir Hamzah menggaru-garu kepalanya. Hai, bakal pengantin dah mula menggaru kepala. Usik Rosman, rakan sekerjanya. Amir Hamzah sekadar tersengih.

pEtang itu seperti yang dijanjikan, Amir Hamzah pergi ke Restoran Mawar. Dia ternampak kereta Nabila di tempat letak kereta. Kebetulan, bersebelahan kereta Nabila terdapat petak kosong, jadi dengan pantas Amir Hamzah memusingkan sterengnya untuk membelok ke petak kosong tersebut. Cepatnya sampai. Bisik hati kecil Amir Hamzah.

83

air mata cinta

Tidak susah untuk mencari Nabila di dalam restoran itu kerana pelanggan tidak begitu ramai. Jam di tangan baru menunjukkan jam 5.45 petang. Amir Hamzah mendekati Nabila yang sedang asyik bermenung tanpa menyedari kehadirannya. Amir Hamzah berdeham kecil. Nabila menghadiahkan senyuman ketika melihat lelaki idamannya tercegat di hadapannya. Amir Hamzah menarik kerusi di hadapan Nabila dan melabuhkan punggungnya. Seorang pelayan menghampiri mereka bertanyakan menu. Selesai mengambil pesanan, pelayan itu berlalu pergi. Ada apa, sayang? Tanya Amir Hamzah lembut. Matanya tidak lepas memandang wajah Nabila yang hampir seminggu tidak ditemui. Nabila mengeluh berat. Kenapa ni? Tanya Amir Hamzah lagi setelah menyedari sesuatu yang amat sukar untuk diluahkan oleh Nabila. Nabila memandang tepat ke arah Amir Hamzah tanpa berkelip. Amir Hamzah jadi tidak keruan. Mengapa dengan sikap Nabila? Dia tertanya-tanya sendirian. Amir.... Nabila cuba bersuara. Amir Hamzah cuba memfokuskan setiap tutur yang keluar dari mulut Nabila. Gadis ini berasa takut agaknya untuk menghadapi saat pernikahan mereka, agak Amir Hamzah. Amir, you sayangkan I tak? Pertanyaan apakah ini? Fikir Amir Hamzah. Nabila, kenapa tanya soalan macam ini? Dahi Amir Hamzah berkerut. I tanya you sayangkan I tak? Ulang Nabila lagi. Mestilah I sayang. Tak ada wanita lain yang I cinta dan

84

Rabiatul Adawiyah

sayang melainkan you. Amir Hamzah mengangkat tangan gaya berikrar. Orang tanya betul-betul ni. Nabila seakan merajuk dengan gaya Amir Hamzah. Okay, okay. Sayang. Amir Hamzah bin Mustafa amat menyayangi Nabila. Tapi, kenapa tanya soalan ini? Amir Hamzah dapat merasakan sesuatu yang kusut sedang menguasai fikiran Nabila. Nabila merenung ke luar dinding kaca restoran itu. Keadaan jalan raya bertambah sesak kerana semua orang sudah mula bergerak pulang dari pejabat. Di sana-sini, dia melihat pergerakan yang amat pantas warga kota Kuala Lumpur. Pasti ibunya juga sedang bergerak pulang ke rumah. Petang tadi sebelum meninggalkan pejabat, dia telah memberitahu ibunya bahawa dia akan pulang lewat kerana hendak mencari beberapa keperluan perkahwinannya. Ibunya tidak banyak soal ketika itu kerana sibuk dengan tetamu di pejabat. Amir, sudikah you teruskan perkahwinan kita kalau I, Nabila yang you kenal ini sebenarnya anak banduan? Tanya Nabila perlahan. Pertanyaan Nabila mengejutkan Amir Hamzah. Nabila anak banduan? Amir Hamzah terpaku mendengarnya. Apa yang Nabila cakap ni? Tanya Amir Hamzah, seboleh mungkin dia cuba untuk bertenang. Cuba ceritakan dulu, barulah I faham. Pinta Amir Hamzah. Perbualan mereka terhenti seketika kerana pesanan yang diminta telah siap. Nabila menghirup air tembikai yang dipesannya tadi dengan perlahan. Dia memerlukan kekuatan untuk menyatakan kebenaran kepada Amir Hamzah. Dia

85

air mata cinta

mahu bersikap jujur. Dia tidak mahu bersikap suka menyembunyikan sesuatu seperti Badrul yang menghancurkan kebahagiaan yang di kecapi bersama Sapura. Sebelum menguatkan diri untuk bersemuka dengan Amir Hamzah, Nabila telah bersiap sedia untuk menerima keputusan Amir Hamzah. Sekiranya Amir Hamzah menolaknya, dia akan terima dan sekiranya Amir Hamzah menerimanya dengan keikhlasan, dia amat bersyukur. Nabila pasrah kerana setiap yang berlaku adalah kehendak-Nya. Nabila mengeluarkan keratan akhbar yang sudah berwarna kuning yang diberikan oleh ibunya kepada Amir Hamzah. Amir Hamzah menghulurkan tangan mengambil keratan akhbar itu sambil matanya menatap baris-baris yang tertera di atas keratan akhbar itu. Dia masih tidak mengerti kaitan keratan akhbar itu dengan Nabila. Amir tak faham, Nabila. Terlontar kata-kata itu dari bibirnya. Lelaki yang ditangkap itu adalah ayah Nabila. Amir Hamzah tersedak mendengar pengakuan itu. Dia menelan air liur dalam-dalam. Lelaki ini ayah Nabila? Tapi selama inikan ayah Nabila tak pernah wujud. Macam mana sekarang ini boleh wujud pula? Nabila pun tak tahu sebenarnya. Tapi, malam tadi baru mak beritahu Nabila. Mak ceritakan segalanya pada Nabila. Bukan sahaja Nabila ada ayah tapi ada nenek dan datuk juga. Nabila juga ada kampung halaman. Bagaimana ini boleh terjadi, Nabila? Di saat-saat perkahwinan kita semakin hampir. Amir Hamzah menjadi terlalu terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Nabila. Bukan sahaja mengenai ayahnya, malah datuk dan neneknya.

86

Rabiatul Adawiyah

Ini bermakna Nabila masih mempunyai waris. Amir Hamzah tersandar di kerusinya. Nasi goreng kampung berserta telur dadar kesukaannya dipandang sepi. Seleranya terbantut dengan kata-kata Nabila. Apakah yang harus dilakukan sekarang? Nabila anak seorang banduan! Bagaimanakah dia hendak menerangkan hal itu kepada keluarganya? Dapatkah mereka menerimanya? Fikiran Amir Hamzah jadi tidak keruan. Dia buntu seketika. Amir Hamzah memandang tepat ke arah Nabila, gadis yang amat dicintai suatu ketika dulu. Haruskah dia meneruskan perkahwinan mereka? Amir Hamzah tertanya sendiri. Amir Hamzah bingkas bangun dari duduknya. Nabila menundukkan kepalanya. Dia tidak sanggup melihat Amir Hamzah berlalu meninggalkan dirinya di situ. Dia juga tidak sanggup melihat kebencian yang terpancar di wajah Amir Hamzah terhadapnya. Walaupun malam tadi dia telah memasang nekad untuk menerima keputusan Amir Hamzah, tetapi kini dia berasa takut untuk menghadapinya. Telinga Nabila menangkap bunyi kerusi di hadapannya ditarik keluar dan kedengaran langkah berlalu meninggalkan kerusi itu. Untuk seketika, Nabila tidak mendengar tapak kaki itu lagi. Bunyi tapak kaki itu telah hilang. Nabila tersentak, tetapi dia masih tidak berani untuk mengangkat wajahnya dan menatap kerusi di hadapannya kerana dia pasti akan menangis ketika melihat kerusi itu telah kosong. Dia tawakal dengan keputusan Amir Hamzah untuk meninggalkannya. Dia hanya mampu menahan sebak apabila melihat nasi goreng kampung milik Amir Hamzah tidak tersentuh langsung. Nabila merasakan dunia ini kosong. Walaupun telinganya menangkap bunyi alunan muzik yang terpasang di dalam restoran itu, Nabila tidak dapat mendengar itu semua lagi. Sekelilingnya dirasakan sepi. Dia memejamkan

87

air mata cinta

matanya erat-erat. Dia tidak mahu menangis di restoran itu. Saat itu, dia hanya teringatkan Sapura. Dia mahu menangis sepuas hati di pangkuan ibunya. Kini, baru dia faham perasaan Sapura. Dia juga sedar mengapa Sapura tidak menceritakan segalanya tentang Badrul kepadanya. Sapura tidak mahu dia kecewa dengan perbuatan Badrul. Nabila cuba kembali ke alam nyata. Dia cuba menerima keadaan dirinya kini. Beberapa minit berlalu, Nabila mengangkat mukanya dan memandang ke arah kerusi Amir Hamzah yang telah kosong! Biarlah. Pujuk hati kecil Nabila. Dia sedar status dirinya sebagai anak seorang banduan. Saat itu, air matanya bagai sudah tidak dapat ditahan lagi. Dia mengeluarkan wang kertas dua puluh ringgit dari beg tangannya dan meletakkannya di atas meja. Simpanlah duit tu, I dah bayar. Kedengaran satu suara yang amat dikenali terlalu dekat dengan cuping telinganya. Sepantas kilat dia menoleh ke arah suara itu. Amir Hamzah sedang tersenyum ke arahnya dan jarak antara mereka terlalu rapat hinggakan hidung Nabila berlaga di muka Amir Hamzah. You ingat I akan tinggalkan you? Belum habis ayat itu Nabila memeluk erat Amir Hamzah. Kolam air mata yang ditahannya sedari tadi melimpah keluar. Dia menangis teresakesak. Syy... sudahlah kita keluar dulu. Orang tengok malu nanti. Amir Hamzah memimpin Nabila keluar dari restoran itu. Pasangan yang duduk di sebelah mereka memerhati dengan penuh tanda tanya. Amir Hamzah memandu kereta Nabila menuju ke

88

Rabiatul Adawiyah

Tasik Titiwangsa. Dia membiarkan Nabila melayan perasaannya sepanjang perjalanan. Nabila mengesat air mata dengan tisu yang terletak di atas dashboard kereta. Fikirannya berbelah bagi. Dia tidak pasti dengan perbuatan Amir Hamzah. Dia menanti patah-patah perkataan keluar dari mulut Amir Hamzah namun hampa. Lelaki itu begitu tenang memandu menuju ke Tasik Titiwangsa. Jom. Ajak Amir Hamzah setelah mendapat tempat letak kereta. Nabila mengikut jejak Amir Hamzah. Suasana di tasik itu agak riuh kerana waktu-waktu begini ramai orang bersenam di situ. Ada yang berlari-lari anak, ada yang melakukan senaman mengikut papan tanda yang terpamer di situ. Ada yang melontarkan sisa-sisa roti ke dalam tasik kepada ikan-ikan yang ada di dalam tasik. Nabila masih membatukan diri. Amir Hamzah mencapai tangan Nabila dan digenggamnya erat. Amir Hamzah memandang Nabila dengan penuh simpati. Nabila, dengar sini. Dia memegang dagu Nabila dan mencubitnya. Bukan hari ini I kenal dengan you. Dah enam tahun, Nabila. Takkanlah dengan berita yang mengatakan you ini anak banduan, I nak tinggalkan you macam tu. I lelaki yang masih waras lagi, Nabila. You takut I tinggalkan you? Segera Nabila memeluk Amir Hamzah. Sekali lagi tangisannya kedengaran. Amir Hamzah membiarkan sahaja perlakuan Nabila. Baginya, itu adalah yang terbaik buat Nabila melepaskan rasa sebaknya. Amir Hamzah tahu bahawa pada ketika itu hanya dia tempat terbaik Nabila untuk bercerita. Dia juga tahu

89

air mata cinta

bahawa keputusan untuk berterus-terang dengannya pasti telah dikaji oleh Nabila. Dalam diam, Amir Hamzah memuji keberanian Nabila untuk berterus-terang dengannya. Dia juga kagum dengan sikap terbuka Nabila. Nabila, walaupun tercatat di lipatan sejarah you ini anak banduan, itu adalah kesilapan ayah you. Bukan you yang melakukan kesalahan itu. Janganlah you samakan I dengan lelaki lain. Nabila mengangkat mukanya dari dada Amir Hamzah. Nabila menarik nafas panjang. Dia berasa lega mendengar kata-kata Amir Hamzah. Dia menyapu saki-baki air mata yang tinggal. Hish! Bakal pengantin menangis nanti mata bengkak, tak cantik atas pelamin. Usik Amir Hamzah. Jadi, you tak kesal dengan apa yang berlaku? Tanya Nabila tersekat-sekat. Apa yang dikesalkan? Ya lah, I anak banduan. Nanti apa kata keluarga you? Tentang itu janganlah dirisaukan, tahulah menjelaskan pada mereka nanti. Janji Amir Hamzah. I

Sekarang I nak you ceritakan apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga you. I nak you ceritakan segalanya. Nabila mengangguk tanda setuju dan bersedia untuk bercerita. Amir Hamzah termenung panjang sebaik sahaja Nabila habis bercerita mengenai keingkaran Sapura, kekecewaan Sapura dan ketamakan Badrul. Nabila, Amir rasa kita perlu buat sesuatu. Ujar Amir Hamzah.

90

Rabiatul Adawiyah

Nabila diam. Dia sebenarnya tidak dapat berfikir buat ketika itu. Kita perlu satukan dahulu makcik dengan datuk dan nenek you. Tapi, bagaimana ya? Amir Hamzah berkata-kata sendirian. Amir, boleh I cakap sesuatu? Amir Hamzah angguk. Sebenarnya I rasa kagum dengan you kerana masih menerima I. I juga rasa bangga kerana mencintai lelaki yang tidak mudah melatah. Kalaulah you ini lelaki lain, tak tahulah nasib I macam mana. Keluh Nabila. Nabila, jangan cakap macam tu. I pun bangga kerana bakal isteri I berani berterus-terang walau pahit untuk ditelan. You juga harus bangga dengan diri you kerana dapat menerima hakikat ini. Pujuk Amir Hamzah sambil mengelus lembut anak rambut yang terurai di bahu Nabila. I amat mencintai you Nabila. Jadi sanggupkah I lihat orang yang amat I cintai terumbang-ambing? Tidak, Nabila. Selagi mampu I akan cuba membahagiakan you, Insyallah. Terima kasih kerana memberitahu I semua ini, Nabila. You terlalu jujur untuk dilukai. Pengakuan Amir Hamzah membuatkan kekuatan dirinya yang hilang pulih kembali. Amir, izinkan I selesaikan masalah I sendirian. Tapi.... Tolonglah, Amir. I rasa perlu lakukannya seorang diri. Tapi, I janji apa juga tindakan yang I buat tidak akan membabitkan you atau melukakan hati you. I janji. Amir Hamzah terpaksa mengalah dengan kemahuan Nabila. Namun, dia yakin dengan kemampuan Nabila. Pasti masalah ini dapat diselesaikan sebelum majlis perkahwinan mereka. Amir Hamzah mengira hari yang bakal menjelma itu.

91

air mata cinta

Tidak lama lagi. Bisik hati kecilnya. Cuma walau apa pun yang you buat, beritahulah I. Pinta Amir Hamzah. Mestilah, you kan bakal suami I. Takkan I nak belakangkan you. Terukir senyuman di bibir Nabila. Amir Hamzah berasa gembira sebaik sahaja melihat senyuman Nabila. Terpancar kepuasan di wajah Nabila. Amir Hamzah berdoa agar Nabila diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangannya. Suasana di kawasan tasik itu semakin gelap. Amir Hamzah memimpin tangan Nabila sambil beredar dari situ. Nabila berasa selamat di samping Amir Hamzah, lelaki yang bakal hadir dalam hidupnya sebagai seorang suami.

tElEviSyEn yang sedang menayangkan berita jam 8 malam seakan tidak didengari. Matanya memandang tepat ke arah peti televisyen itu tetapi fikirannya jauh menerawang. Amir Hamzah bersendirian malam itu. Rakan serumahnya telah lama keluar mencari makan malam. Sudah jadi kebiasaan orang bujang untuk makan di luar lebih-lebih lagi lelaki. Sekiranya dia malas untuk keluar, mi segera sajalah yang jadi santapannya. Amir Hamzah memeluk bantal kecil yang terletak di sebelah kanannya. Bantal itu pemberian Nabila pada hari lahirnya tahun lepas. Ah! Nabila. Getus hati kecil Amir Hamzah. Entah mengapa sejak pertemuannya dengan Nabila petang tadi, hatinya dipagut resah. Bukan dia memikirkan mengenai dirinya sebaliknya dia resah mengenangkan tindakan yang bakal dibuat oleh Nabila.

92

Rabiatul Adawiyah

Apalah yang hendak dibuatnya ? Amir Hamzah berkirakira sendiri. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dia tidak berasa kesal dengan nasib yang menimpa Nabila. Dia juga yakin hal ini tidak akan mengubah pendiriannya terhadap Nabila. Gadis itu amat disayangi. Malah, ahli keluarganya juga menyenangi Nabila. Tentu saja didikan yang diberikan oleh Sapura adalah sempurna. Malam kian larut tetapi mata Amir Hamzah masih belum lagi mengantuk. Dia mengambil angin malam di luar balkoni rumahnya. Kondominium lima belas tingkat itu disewa bersama Anuar. Cahaya neon yang menerangi jalan begitu indah pada pandangan Amir Hamzah malam itu. Bukannya dia tidak biasa melihat suasana seperti itu, tetapi dia rasa amat berlainan sekali malam ini. Mungkin selama ini dia kurang menghayati keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Tangannya gatal hendak menelefon Nabila tetapi dia teragak-agak. Jam di dinding menunjukkan ke angka satu. Sudah lewat benar. Bisiknya. Dia meletakkan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Amir Hamzah bergerak menuju ke bilik air lantas mengambil wuduk. Dia mahu bersolat sunat hajat. Dia mahu memohon petunjuk dari Allah. Amir Hamzah menadah tangan memohon pertolongan Allah. Dia mahu keputusan yang diambilnya mendapat keredaan Allah. Selesai saja solat hajat, Amir Hamzah kembali berbaring di atas katil. Mata cepatlah tidur. Bisik Amir Hamzah perlahan sambil memejamkan matanya.

93

air mata cinta

bab

agi itu Nabila agak lewat datang ke pejabat. Sepatutnya pagi ini dia bersama ketua jabatannya menemui pelanggan yang hendak mengubah suai pejabatnya. Dengan pantas jarinya menekan nombor telefon ketua jabatannya. Hello! En. Fendi... Nabila memulakan bicara sebaik sahaja dia mendengar suara yang amat dikenalinya di hujung talian. Hah! Ada apa Nabila? Kenapa lambat? Kita kan ada appointment sekejap lagi. Suara lelaki yang bernama Fendi kedengaran tidak senang dengan panggilan telefon Nabila. Saya tahu En. Fendi, tapi nak buat macam mana mak saya kurang sihat. Nabila cuba membuat alasan.

94

Rabiatul Adawiyah

Saya on the way ni. Saya terus saja ke tempat itu En. Fendi. Jelas Nabila minta simpati. Bukan niat di hatinya dia hendak berbohong tetapi memang benar Sapura kelihatan tidak sihat setelah peristiwa semalam. Bagaimana dengan semua pelan-pelan tu, ada bersama awak? Tanya Fendi lagi. Ada,ada. Okay En. Fendi, jumpa di sana. Nabila menamatkan perbualan. Dia tidak mahu ketuanya itu banyak bertanya. Sebaik sahaja selesai tugasan luar, Nabila segera kembali ke pejabat. Dia tidak mahu dianggap cuba mengambil kesempatan yang ada. Dia berasa sungguh bertuah kerana mendapat ketua jabatan yang tidak begitu cerewet dan amat mengambil berat tentang kaki tangan bawahannya. Sejak tiga tahun yang lalu, dia amat senang bekerja di bawah bimbingan Fendi. Namun, dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas Fendi. Meskipun Fendi masih belum berpunya, Nabila tetap menjaga batas pergaulannya. Berbekalkan paras rupa yang tampan, pastinya ramai gadisgadis yang tergila-gilakan Fendi. Tambahan pula, dengan kedudukan yang disandangnya sebagai Pengurus Bahagian Hiasan Dalaman. Bagi Nabila, dia amat mengagumi Fendi atas kewibawaannya sebagai seorang ketua. Tengah hari itu Nabila termenung di meja kerjanya. Pensel-pensel warna berselerakan di atas mejanya. Rakanrakan sepejabat yang lain telah lama menghilangkan diri untuk mengisi perut yang telah berkeroncong. Sebenarnya sejak pagi tadi Fendi menyedari keadaan Nabila yang tidak ceria seperti selalu. Mungkin ada masalah agaknya, Fendi cuba mengagak. Fendi mendekati Nabila yang sedang duduk sendirian

95

air mata cinta

merenung jauh. Jelas sekali fikiran Nabila menerawang jauh ke tempat lain kerana dia langsung tidak menyedari Fendi yang telah lama duduk berhadapan dengannya. Fendi mencapai pensel yang terletak di hadapannya lantas dibalingnya ke arah Nabila. Dia yang sedang asyik melayan perasaan begitu terkejut. Err...lama dah ke En. Fendi di sini? Tanya Nabila tersipu-sipu. Dah berkurun lamanya Nabila. Jawab Fendi menyindir. Nabila memandang wajah Fendi tepat-tepat. Dia tahu sindiran Fendi itu mengandungi seribu makna. Apa masalah awak ni, Nabila? Pagi tadi, saya tengok awak tak bersemangat dalam mesyuarat. Di pejabat pula awak asyik termenung. Ada masalah boyfriend ke? Usik Fendi. Hish... tak adalah En. Fendi. Manalah orang seperti saya ni ada boyfriend. Rupa tak ada. Nabila merendah diri. Fendi tergelak kecil mendengar jawapan Nabila. Kalau awak ada masalah, ambillah cuti. Selesaikan masalah awak dulu. Tak elok buat kerja tapi hati tak senang. Saya tak mahu ada kaki tangan saya yang ada masalah tapi membiarkan masalah itu hingga menjejaskan kerja. Terang Fendi panjang lebar tetapi berbau keikhlasan. Nabila berasa amat beruntung mendapat ketua jabatan seperti Fendi. Memang niat di hatinya untuk memohon cuti selama dua minggu. Dia sudah mempunyai perancangan sejak malam tadi. Hanya dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Fendi agar cutinya diluluskan. Bagi Nabila katakata Fendi itu bagai pucuk di cita ulam mendatang. Terima kasih En. Fendi. Saya memang berhajat untuk mengambil cuti tapi agak lama sikit, boleh? Tanya

96

Rabiatul Adawiyah

Nabila perlahan. Berapa lama? Dua minggu. Dua minggu? Fendi agak terkejut. Awak tahu tak selalunya orang yang cuti dua minggu ni orang yang nak bernikah. Awak nak kahwin ke? Fendi cuba berseloroh. Kalau saya yang nak kahwin, takkanlah saya tak beritahu En. Fendi. Malah orang pertama yang akan saya beritahu di pejabat ini adalah En. Fendi. Sebenarnya saya nak selesaikan masalah peribadi sikit. Suara Nabila kedengaran begitu perlahan di cuping telinga Fendi. Benarlah gadis ini mempunyai masalah,bisik hati kecil Fendi. Dia mengeluh panjang. Baiklah, ambillah cuti dua minggu. Tapi ingat apabila awak datang semula ke pejabat ini, masalah awak haruslah selesai. Tegas sekali suara Fendi. Terima kasih En. Fendi. Insya-Allah, saya akan cuba selesaikan sebaik mungkin. Nabila mengukir janji sedangkan dia sendiri tidak tahu sama ada dia boleh menyelesaikan masalah yang melanda dirinya atau tidak. Apa yang pasti ialah dia harus mencuba. Petang itu Nabila segera mengisi borang cuti dan diunjukkan kepada Fendi. Tanpa banyak bicara, Fendi meluluskan cuti tersebut. Walau berat hatinya hendak meluluskan cuti dua minggu Nabila itu, tetapi dia terpaksa kerana tidak mahu prestasi kerja kakitangan bawahannya terjejas akibat masalah peribadi. Di balik cermin kaca pejabatnya Fendi sekadar memerhatikan langkah Nabila. Dua minggu, getusnya.

97

air mata cinta

Kenapalah bodoh sangat aku luluskan cutinya dua minggu? Fendi mengutuk dirinya. Dia telah lama memerhatikan gelagat Nabila. Fendi mendapati Nabila tidak seperti pekerja wanita lain yang ada kalanya bersembang berjam-jam atau melaram. Dia tahu ada kakitangan wanita di pejabat itu yang menaruh hati terhadapnya. Tetapi dia tetap tidak berminat. Malah kehadiran Nabila di pejabatnya telah menambahkan semangatnya untuk bekerja. Entah mengapa jika dia mempunyai tugasan dengan Nabila, segalanya pasti berjalan lancar. Nabila amat mudah diajak berbincang dan mempunyai idea-idea yang baik. Walaupun kadang-kadang pada Fendi idea Nabila kurang menarik tetapi sentuhan tangan anak gadis itu sewaktu dekorasi amat menyenangkan. Tangan Nabila bagai telah ditakdirkan untuk menghias. Apa yang disentuhnya pasti sedap mata memandang. Fendi mengeluh kecil. Dia tidak tahu perasaannya terhadap Nabila. Dia keliru dalam perhitungannya terhadap Nabila. Aku cintakan diakah? Fendi tertanya-tanya. Tidak mungkin. Balas hati kecilnya. Selama ini Nabila tidak pernah menunjukkan sebarang perasaan terhadapnya. Fendi tahu Nabila terlalu tekun bekerja dan tidak pernah mengambil kesempatan terhadapnya. Tidak seperti Maria. Ah! Meluat sungguh dia bila terkenangkan Maria. Wanita itu begitu getik. Fendi kerap cuba mengelak ketika mendapat tugasan yang digandingkan dengan Maria. Setiap hari ada saja yang hendak dibualkan dengannya. Kadang-kala Fendi bagai hendak menutup pintu biliknya daripada dimasuki Maria. Dengan pakaian yang sendat dan menonjolkan buah dadanya yang menggunung, Maria sering kali menunjukkan gaya manja terhadap Fendi. Fendi meraup wajahnya bagai cuba menghilangkan

98

Rabiatul Adawiyah

bayangan Maria. Bukan dia benci dengan Maria tetapi dia tidak sehaluan dengan prinsip hidup Maria yang agak kebaratan. Biar apa pun dia tetap tidak meletakkan nama Maria di dalam perhitungannya.

"Mak... mak tak teringin hendak balik ke kampung? Tanya Nabila sebaik sahaja dia tiba di rumah. Sewaktu di pejabat lagi dia sudah banyak menyusun ayat untuk berbicara dengan Sapura. Sapura memandang tepat ke anak mata Nabila. Sebagai seorang anak, setiap saat dia berharap dapat menjejakkan kaki semula ke kampung halamannya. Keinginan untuk memohon ampun dan mencium tangan Pak Hamid sentiasa membayangi rutin hidupnya. Tetapi hukuman yang dijatuhkan oleh Pak Hamid ke atasnya mengharamkan dia kembali ke rumah itu masih berbekas di hatinya. Setiap kali Syawal menjelma, air mata menjadi teman setianya. Dari kejauhan dia hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti dia dapat menyambut Syawal bersama keluarganya. Hanya Nabila peneman di kala duka. Kepetahan dan kelincahan Nabila dari kecil hingga dewasa melupakan seketika kisah duka yang melanda hidupnya. Dari hari berganti minggu, dari minggu berganti bulan dan dari bulan berganti tahun, kini dia tidak dapat lari dari kenyataan. Kenyataan bahawa Badrul akan bebas dari penjara beberapa hari lagi. Kenyataan bahawa Nabila masih mempunyai seorang ayah. Kenyataan bahawa dia juga masih mempunyai ibu dan ayah. Kenyataankenyataan inilah yang dulunya cuba dikikis sedikit demi sedikit dari hakikat hidupnya. Sungguh pun begitu kuasa Allah yang Maha Esa mengatasi segalanya. Akhirnya Sapura pasrah.

99

air mata cinta

Mak.... Suara lembut Nabila mengejutkan Sapura dari lamunan. Sapura memegang kedua-dua tangan Nabila dengan lembut. Nabila, mak tak marah kalau Nabila hendak berjumpa dengan nenek dan datuk. Pergilah. Tercetus juga akhirnya keputusan Sapura. Betul mak? Nabila boleh jumpa mereka? Getar suara Nabila kedengaran keriangan. Sapura angguk, mengiakan. Kita balik sama-sama mak? Ajak Nabila. Tidak, Nabila baliklah ke kampung seorang diri. Mak tidak boleh balik kerana datuk Nabila tidak mengizinkan mak menjejakkan kaki ke rumah itu lagi. Mak tak boleh balik, nak. Air mata Sapura menitis lagi. Tapi mak itu dulu, mungkin sekarang datuk dah maafkan mak dan menantikan kehadiran mak. Pujuk Nabila lagi. Kata-kata Nabila mengandungi kebenaran. Bukan tidak pernah Khalid memberitahunya tentang kemaafan yang telah diberi oleh Pak Hamid. Khalid pernah menyampaikan berita kepadanya bahawa Pak Hamid telah memaafkan Sapura setelah dinasihatkan oleh Zainal. Pak Hamid bersedia memaafkan Sapura kerana Zainal! Tetapi, Sapura tetap menahan perasaannya untuk pulang ke kampung halaman kerana tidak mahu berhadapan dengan Mak Long, Pak Long dan juga Zainal. Sapura tidak sanggup untuk menatap wajah-wajah yang telah dikecewakan olehnya dahulu. Malahan dia juga tidak sanggup untuk melihat wajah Zainal yang hingga kini

100

Rabiatul Adawiyah

masih membujang kerana terlalu kecewa dengan perbuatannya itu. Sudah penat dan kering air liur Khalid memujuk serta menasihatinya, tetapi dia tetap membatu. Keras hati Sapura tiada apa yang dapat memecahkannya. Dan semenjak itu Khalid sudah tidak lagi mengajaknya pulang ke kampung dan mungkin juga dia sudah jemu untuk mengulangi pujukannya. Nyata sekali, Khalid telah menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa. Siapa yang tidak rindukan kampung halaman? Siapa yang tidak merindukan hidangan enak emak di kampung? Siapa yang tidak ingin dibelai oleh emak dan ayah sendiri? Siapa? Sapura berdialog di dalam diri. Hatinya terlalu merindukan emak dan ayahnya. Jiwanya bagai meruntun untuk menjejakkan kaki di tanah kelahirannya. Sapura mengurut dadanya seketika. Bukan dia melupakan segalanya tetapi rasa malu yang amat tebal akibat tindakannya dahulu mematahkan keinginannya. Keruntuhan rumah tangganya pasti menjadi sindiran Pak Hamid. Itu yang dia tidak mahu. Bagi Sapura cukuplah hatinya sakit dengan penipuan Badrul selama ini. Dia tidak rela hatinya dirobek kembali dengan sindiran yang bakal didengarinya. Sapura membuat perhitungan sendiri. Nabila baliklah ke kampung dahulu. Insya-Allah mak akan menyusul kemudian setelah semangat mak pulih semula. Sapura cuba memberikan alasan. Hanya dia sahaja yang tahu betapa alasan itu tidak akan tertunai walau sekalipun jua. Nabila diam seketika. Dia tahu tidak guna bercakap banyak dengan ibunya. Dia kenal ibunya yang akan mengotakan apa yang dikata. Keputusan yang dibuat sukar untuk diubah. Keras hatinya hanya Nabila sahaja yang tahu. Kalau hitam

101

air mata cinta

katanya, hitamlah. Kalau putih, putihlah. Kalau itulah keputusan mak, Nabila akan ikut. Putus Nabila. Biarlah dia sahaja yang berjumpa dengan datuk dan neneknya dahulu sebelum keputusan ibunya berubah, meskipun dia belum tahu sama ada datuk dan neneknya bersedia untuk menerimanya. Mak... Nabila nak tanya satu perkara lagi. Nabila merengek manja. Sapura mengelus anak rambut Nabila yang berjuntai di dahi anak gadisnya. Sapura tidak menafikan Nabila mewarisi kecantikannya masa muda dahulu. Kulitnya yang putih gebu itu pasti berupaya memikat ramai jejaka. Dan jejaka yang bernama Amir Hamzah akhirnya berjaya menawan hati Nabila. Sapura amat menyenangi tingkah laku Amir Hamzah. Baginya lelaki itu berupaya untuk melindungi Nabila. Sapura juga mengenali keluarga Amir Hamzah dan mereka saling berhubungan. Bagi Sapura tidak ada yang lebih membahagiakan selain melihat Nabila hidup bahagia. Setelah setahun pertunangan antara Nabila dan Amir Hamzah berlangsung, tinggal beberapa bulan saja lagi majlis pernikahan mereka akan dilakukan. Sapura telah berkira-kira agar Khalid menjadi wakil kepada Nabila memandangkan mereka mempunyai pertalian persaudaraan. Hanya Nabila sahaja yang tidak tahu dan Sapura sendiri tidak pernah memberitahu. Sapura mahu melindungi segala yang berkaitan dengan keluarganya daripada Nabila. Biarlah Nabila menganggap bahawa mereka hidup sebatang kara. Sapura seakan-akan mahu dunia tahu bahawa dia berupaya hidup bersendirian. Apa yang Nabila hendak tahu? Tanya Sapura sambil

102

Rabiatul Adawiyah

matanya menatap wajah Nabila lama. Err... err.... Mak tak teringin hendak berjumpa dengan ayah? Nabila tunduk. Dadanya berdegup menanti jawapan ibunya. Sapura bangkit dari duduknya. Dia tahu permintaan itu pastinya akan muncul dari mulut Nabila. Sapura mengeluh kecil. Nabila mengekori pergerakan ibunya dengan ekor matanya. Dia nampak Sapura mundar-mandir di ruang tamu itu. Nabila membetulkan duduknya. Dia dicengkam rasa bersalah. Badrul Hakimi, bisik hati kecil Sapura. Entah kenapa dia berasa sukar untuk menerima kenyataan bahawa lelaki itu adalah bapa Nabila. Dan Badrul juga tidak tahu bahawa Nabila itu adalah anaknya. Anak yang dilahirkan dari rahimnya. Anak yang banyak menderita kerana kehilangan kasih sayang seorang ayah. Nabila, mak rasa belum sampai masanya lagi. Biarlah dulu hal ayah Nabila itu. Biar mak yang selesaikan masalah kami. Yang lebih penting ialah datuk dan nenek di kampung. Tapi mak, Nabila teringin hendak jumpa ayah. Menatap wajah ayah yang selama ini Nabila sangka telah mati. Ayah yang tidak pernah Nabila mimpikan. Dan yang pastinya dapat turut hadir di majlis pernikahan Nabila nanti. Suara Nabila kedengaran turun naik. Mak tahu, Nabila. Tapi, ayah kamu berhutang dengan mak selama dua puluh lima tahun. Biar dia datang menyelesaikan hutangnya dahulu baru dia boleh dapatkan Nabila. Dia tidak ada hak ke atas Nabila, hanya hak nama sebagai seorang ayah. Bantah Sapura keras. Tapi mak...mak yang melarikan diri dari ayah. Mak

103

air mata cinta

tak mendengar penjelasan ayah. Sahut Nabila tidak bersetuju dengan pendapat Sapura. Nabila tidak tahu betapa sakitnya hati mak apabila tiba-tiba datang perempuan lain yang mengaku dia isteri Badrul. Nabila tidak nampak betapa kecewanya impian mak. Mak sangka dengan kelahiran Nabila nanti akan menambahkan kebahagiaan rumah tangga kami. Sapura berhenti menarik nafas panjang. Kalau ayah kamu berterus-terang dengan mak, tentu mak tak lari. Mak lari bukan kerana mak tak suka bermadu tapi mak lari kerana mak terlalu kecewa. Kecewa kerana kepercayaan yang diberikan, dibalas dengan penipuan. Apa salahnya kalau Badrul beritahu mak. Sekurang-kurangnya mak tak rasa ditipu. Sapura menahan sebak. Tapi, kalau ayah beritahu mak, adakah mak akan membenarkan ayah poligami? Kalau perlu keizinan mak, adakah itu yang akan ayah peroleh? Nabila tidak tahu kenapa dia begitu berani menyuarakan pendapatnya. Dia tidaklah berhasrat untuk mengetepikan perasaan ibunya. Kenapa? Nabila rasa tindakan mak ini salah? Memang mak tak nafikan tidak ada perempuan di dunia ini yang sanggup bermadu. Tidak ada perempuan di dunia ini yang dengan rela hati menyerahkan suaminya untuk dikongsi wanita lain. Tidak ada Nabila. Sapura menyembamkan mukanya ke sofa. Esakan halus kedengaran di corong telinga Nabila. Nabila berasa bersalah. Bukan niatnya untuk menyakiti hati ibunya. Dia sekadar ingin berkata yang benar. Nabila merapati ibunya. Mak, Nabila minta maaf kalau Nabila telah menyakiti hati mak. Suara Nabila menahan sebak. Tidak pernah dia

104

Rabiatul Adawiyah

melihat ibunya menangis sedemikian rupa. Sapura sedar bahawa apa yang Nabila ucapkan ada benarnya. Mungkin dia yang tergesa-gesa meninggalkan Badrul tanpa mendengar pengakuan Badrul. Tetapi naluri wanitanya lebih dahulu menguasai diri. Bagi Sapura sekiranya Badrul benar-benar mahu bermadu, dia boleh berterus-terang. Mungkin Sapura tidak dapat menerimanya kerana dia seorang wanita. Dan setiap wanita tidak mahu kebahagiaannya dikongsi. Kehadiran Nurul dengan anak kecil itu begitu menghantui dirinya ketika itu. Tergamak sungguh Badrul kerana merahsiakan perkahwinannya selama ini. Dan yang paling Sapura tidak sangka ialah keluarga Badrul turut terlibat. Mertua yang selama ini dihormati sanggup bermain api di belakangnya. Jadi, untuk apa dia tunggu kebenaran yang bakal diluahkan oleh mereka? Nabila, kau tidak tahu apa itu kekecewaan. Kau tidak tahu apa itu kesakitan. Kerana itu aku tidak mahu kau terikat dengan keluarga itu. Tapi ya, darah yang mengalir di tubuh Nabila adalah darah Badrul juga. Sapura mengesat air mata yang jatuh di pipinya. Seboleh mungkin Sapura tidak mahu Badrul tahu bahawa Nabila adalah anaknya. Biarlah Badrul menganggap dia yang bukan-bukan. Dia sanggup menghadapi kemungkinan itu tetapi dia tidak sanggup mendedahkan kenyataan bahawa Nabila adalah anak kandung Badrul. Tidak mungkin ini akan berlaku,bisik hati kecil Sapura. Sudahlah Nabila, hal rumah tangga kami biarlah mak yang selesaikan. Mak tidak mahu Nabila turut campur dalam hal ini. Sapura cuba memujuk Nabila agar melupakan hasratnya.

105

air mata cinta

Nabila mengeluh kecil. Dia gagal untuk memujuk ibunya tentang Badrul. Memang tidak dinafikan hati ibunya terlalu keras, sekeras kerikil untuk dilembutkan ketika ini. Nabila terpaksa akur dengan kehendak ibunya. Dia meninggalkan Sapura di ruang tamu. Ibunya perlu bersendirian dia juga perlu memikirkan misi yang bakal dibuat nanti. Cuaca pada malam itu nyata begitu nyaman sekali. Sesekali Nabila menghitung bintang di langit yang cerah. Cahaya bulan sesekali menyimbah bintang hingga menjadikannya berkilau dengan amat indah sekali. Nabila masih ingat lagi dulu ketika kecil ibunya sering mengajarnya mengenai nama-nama bintang di langit. Dan, yang paling digemarinya ialah apabila ibunya mengatakan bahawa bintang yang paling bersinar di langit itu adalah umpama Nabila. Sapura mendekati Nabila yang sedang asyik memerhatikan langit. Perlahan-lahan Sapura mendekati Nabila. Anak ini semakin dewasa, Sapura mengakui di dalam hati. Sudahlah, pergilah tidur. Esok Nabila nak balik ke kampung kan? Sapura menyapa dari arah belakang. Nabila agak terkejut dengan kehadiran Sapura. Dia memalingkan badannya menghadap ke arah Sapura. Tak sedar bila mak masuk. Balas Nabila. Macam mana nak sedar, asyik berangan. Ingatkan Amir ke? Usik Sapura. Ala...mak ni ada-ada aje. Nabila mencubit lengan Sapura manja. Ya lah kalau tak ingatkan orang yang disayang, siapa lagi. Sapura terus mengusik. Nabila mengakui kata-kata ibunya sebentar tadi.

106

Rabiatul Adawiyah

Bukan sebulan dua dia memupuk perasaan sayang terhadap Amir Hamzah. Sejak dari universiti lagi, mereka telah mula memadu kasih. Dan nyata kasih sayang mereka begitu utuh dan akhirnya mereka bertekad untuk sama-sama membina sebuah rumah tangga. Sudahlah, tidurlah, hari dah semakin larut. Sapura menepuk lembut bahu Nabila. Mak, maafkan sikap Nabila tadi. Bukan niat Nabila untuk menyakiti hati mak. Nabila mencapai tangan Sapura lalu dikucupnya. Tangan itulah yang selama ini mendodoikan waktu dia hendak tidur. Tangan itulah juga yang menjaganya sewaktu dia sakit. Tangan itulah juga yang selama ini membelainya hingga dewasa. Dan yang paling penting tangan itu juga yang mencari rezeki untuk menyara hidup mereka berdua. Sudahlah Nabila, mak faham. Sapura mengelus rambut Nabila yang lurus. Tak ada apa yang nak dimaafkan. Mak juga bersalah dalam perkara ini kerana merahsiakan daripada Nabila. Sudahlah, pergilah tidur. Sambung Sapura sambil beredar keluar dari bilik tidur Nabila. Baiklah mak, selamat malam. Sweet dream. Nabila menutup tingkap yang terbuka dari tadi. Sapura mengatur langkah menuju ke bilik tidurnya. Matanya juga sudah mula layu. Malam tadi dia tidak dapat tidur dengan lena kerana memikirkan banyak perkara. Perkara yang sudah terlalu lama tidak diingatinya lagi. Sweet dream, desis Sapura. Badrul! Tercetus nama itu dari bibir Sapura. Sapura mengeluh kecil. Sapura tidak tahu bagaimana Badrul boleh

107

air mata cinta

terjebak dengan kes rasuah. Dia sendiri tidak menyangka sehingga ke tahap itu akan dilakukan oleh Badrul. Sapura masih ingat lagi pada malam dia keluar dari rumahnya dua puluh lima tahun yang lalu. Sebaik sahaja Nurul pulang petang itu, dia tidak berhenti-henti menangis. Penyesalan demi penyesalan menerpa benaknya. Untuk kembali ke pangkuan ibu dan ayah, dia tidak sanggup. Sapura tahu pastinya mereka akan menghalau dia dari situ. Hanya Khalid sahaja yang boleh Sapura pohon simpati. Malam itu Sapura mengemas ala kadar untuk dirinya. Tanpa sebarang pesanan yang panjang cukup sekadar secebis ayat yang ditinggalkannya untuk Badrul. Selamat tinggal dan semoga bahagia di samping Nurul dan Amirul Affendi, itulah kata-kata akhir Sapura untuk Badrul. Setelah keluar dari rumahnya, Sapura menginap di sebuah hotel sebelum memikirkan tindakan selanjutnya. Dia bernasib baik kerana Khalid sedia membantunya. Khalidlah yang menguruskan pemergiannya ke pantai timur dan mencarikannya kerja di sana. Bagi Khalid, tidak ada yang lebih penting dari memastikan Sapura selamat. Dia tidak bersetuju dengan tindakan Sapura, namun ugutan Sapura lebih menggusarkannya. Kahlid terpaksa akur dengan kata-kata Sapura agar merahsiakan segalanya dari semua orang terutamanya Badrul. Andai rahsianya terbongkar, Khalid tidak akan dapat bertemunya lagi. Khalid dapat merasakan kekecewaan yang melanda diri Sapura. Khalid juga tahu Sapura menanggung derita yang amat dalam. Sudahlah kecewa kerana ditipu dalam diam ditambah pula dengan putusnya hubungan dengan kedua orang tuanya. Selama ini Sapura amat terhutang budi dengan Khalid kerana Khalid telah banyak membantunya.

108

Rabiatul Adawiyah

Sapura sendiri merahsiakan hubungannya dengan Khalid daripada Nabila. Biarlah Nabila menganggap Khalid sebagai rakan kongsi perniagaannya. Yang pasti dia tidak mahu Nabila tahu siapa Khalid buat ketika ini. Biarlah masa menentukan segalanya, putus Sapura. Malam itu tidur Sapura tidak lena. Mimpi demi mimpi datang dalam tidurnya.

Badrul termenung sendirian di dalam bilik berjeriji besi itu. Badannya menggigil menahan kesejukan lantai simen yang didiaminya hampir lima belas tahun. Dua hari lagi dia akan keluar dari bilik celaka ini. Badrul menoleh ke arah rakan sebiliknya yang telah lama dibuai mimpi. Entah kenapa sejak beberapa hari ini ingatannya banyak kembali pada hari-hari yang lalu. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh terlibat dengan semua ini. Gara-gara ingin mendapatkan imbuhan yang lebih dia sanggup melanggar undang-undang dengan menerima sogokan dari En. Ang dan Datuk Subhan. Sewaktu dia ditangkap, kedua-dua mereka sudah tidak ada lagi di negara ini. Kedua-duanya menghilangkan diri. Badrul terperangkap sendirian. Dia kesal dengan sikapnya yang terlalu ghairah mengejar wang. Tetapi, dia paling kesal dengan tindakan Sapura yang meninggalkan dirinya tanpa pesan. Hanya sebaris ayat yang hingga kini terngiang-ngiang di telinganya. Bukan dia tidak sayangkan Sapura, malah dia lebih menyayangi Sapura daripada Nurul. Walaupun Amirul Affendi hadir hasil perkahwinannya dengan Nurul, itu tidak pernah mengubah kasih sayangnya kepada Sapura. Maafkan Nurul, bang. Kerana Nurul, kak Sapura lari

109

air mata cinta

meninggalkan abang. Tangis Nurul yang menyayat hati melemahkan perasaan marahnya. Pada malam kehilangan Sapura, dia berasa amat marah dengan tindakan Nurul. Tapi apakan daya kerana dia pun turut melakukan kesilapan terhadap Sapura dan Nurul. Badrul tidak tahu bagaimana hendak menerangkan keadaannya ketika itu kepada Sapura dan juga Nurul. Tambahan pula Nurul amat disayangi kerana telah menghadiahkannya seorang anak lelaki yang diidam-idamkannya selama ini. Sungguh pun begitu, dia juga amat menyayangi Sapura, terlalu menyayanginya sehingga dia tidak sanggup untuk melukai hati Sapura. Matanya merayap memerhatikan siling putih di atasnya. Kesunyian berada di situ sejak lima belas tahun lalu telah sebati dengan dirinya. Tetapi dia tetap bersyukur kerana Nurul tidak meninggalkannya malah sanggup menghadapi kenyataan mengenainya. Malah Nurul tidak malu memberitahu anak mereka bahawa ayahnya adalah banduan akibat dari sikap tamak. Dua hari lagi dia akan menemui mereka. Dia akan menatap wajah Nurul sepuas hati. Dia akan memeluk Amirul dengan perasaan kasih sayang seorang bapa yang selama ini tidak dapat ditunaikan. Badrul bertekad sebaik sahaja dia keluar dari penjara ini dia akan memulakan hidup baru. Dua hari saja lagi, sabarlah hati. Badrul memujuk hatinya.

110

Rabiatul Adawiyah

bab

erjalanan yang memakan masa selama dua jam itu terasa bagaikan lama bagi Nabila. Sepanjang perjalanan itu juga hatinya berbelah bahagi. Dia tidak dapat meneka reaksi datuk dan nenek yang bakal ditemuinya nanti. Kereta Satria kuning menyelusur lebuh raya dengan berhati-hati. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanjung Kling memakan masa hampir dua jam. Nabila tidak pernah sampai ke situ. Ibunya sama sekali tidak pernah membawanya menjelajah bumi Melaka itu. Kini barulah dia tahu mengapa ibunya tidak pernah membawanya ke situ. Rupanya terdapat cerita duka di sebalik kehidupan ibunya. Dia tidak menyalahkan ibunya. Dia juga tidak menyalahkan orang lain. Mungkin ini takdir, dengus hati kecil Nabila. Dia sudah diajar untuk

111

air mata cinta

menerima sebarang hakikat sejak kecil lagi. Ketiadaan ayah sepanjang tempoh persekolahan adalah satu yang amat menyeksa. Pelbagai soalan yang ditanya oleh rakan-rakan sejak dia berada di tahun satu hinggalah di universiti. Hatta gambar wajah ayahnya juga tidak pernah dilihatnya. Hanya setelah peristiwa malam itu, barulah ibunya memperlihatkan beberapa keping gambar perkahwinan mereka yang masih ada dalam simpanannya. Nabila sungguh mengagumi ibunya yang berupaya mengharungi hidup suka dan duka seorang diri. Nabila dapat rasakan betapa seksa ibunya sewaktu hendak membesarkannya. Berbekalkan kemahiran dalam reka fesyen akhirnya ibunya berjaya menjadi pereka fesyen yang berwibawa dan dikenali. Apabila sampai di tol Alor Gajah, Nabila bertanyakan kepada petugas tol yang memakai tanda nama Khadijah haluan ke Tanjung Kling. Nabila kemudiannya memulas stereng Satrianya ke arah yang diperkatakan oleh gadis bernama Khadijah itu. Nabila memperlahankan keretanya untuk memastikan arah tujuannya adalah betul. Dia kerap memberhentikan keretanya dan bertanyakan kepada orang kampung arah yang hendak ditujunya. Keadaan di jalan raya pada waktu itu agak lengang. Mungkin kerana waktu-waktu begini, orang masih ramai berada di pejabat. Sesekali Nabila menekan brek apabila beberapa ekor ternakan seperti ayam dan lembu melintas jalan raya. Nabila menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum kecil. Situasi seperti itu tidak pernah terdapat di Kuala Lumpur. Itulah uniknya kawasan luar bandar di mana manusia dan haiwan bebas menggunakan jalan raya. Kebebasan seperti inilah yang menjadikan kawasan luar bandar menjadi pilihan orang-orang

112

Rabiatul Adawiyah

di bandar terutamanya bandar raya Kuala Lumpur untuk berehat. Sebaik sahaja memasuki kawasan Kampung Tok Ngah, Nabila memperlahankan keretanya. Deretan pokok kelapa jelas kelihatan di setiap rumah di kampung itu. Nabila memberhentikan keretanya di sebuah warung kecil. Dia bertanyakan sesuatu kepada seorang lelaki yang sedang minum di situ. Tangan lelaki tersebut menunjukkan arah sambil menerangkan sesuatu kepada Nabila. Setelah berpuas hati Nabila kembali semula ke arah keretanya. Kelihatan beberapa orang yang sudah agak berumur sedang menikmati minuman di situ, memanjangkan leher melihat Nabila. Masing-masing tertanya-tanya siapakah gerangan gadis bandar itu. Nabila dapat melihat wajah-wajah kehairanan menerusi cermin sisi keretanya. Tanpa mempedulikan pandangan itu, Nabila terus menekan minyak menuju destinasi yang hendak dituju. Nabila membuka tingkap pintu keretanya. Hembusan angin laut menyapa wajahnya. Matahari hampir tegak di atas kepalanya. Dia menutup kembali tingkap keretanya. Mungkin tidak tahan dengan kepanasan angin laut yang membawa hawa kering. Nabila memerhatikan sebuah rumah kayu yang dicat dengan kombinasi warna putih dan coklat. Aturan pokok bunga yang ditanam di dalam pasu begitu tersusun ditambah lagi dengan hiasan bunga yang digantung di sekeliling rumah. Meskipun rumah itu nampak tua, namun kekemasannya amat menyenangkan mata yang memandang. Nabila memberhentikan keretanya agak jauh dari rumah itu. Dia memastikan alamat yang diberikan ibunya betul. Nombor rumah yang tertera di kotak surat mengesahkan

113

air mata cinta

alamat itu. Nabila berasa ragu-ragu untuk masuk ke kawasan rumah itu. Kotak kepalanya cuba memikirkan cara bagaimanakah dia hendak memulakan bicara. Dapatkah mereka menerimanya? Apakah maki hamun yang bakal diterimanya nanti? Nabila sudah membuat keputusan kalau mereka tidak mahu menerima kehadirannya dia akan pulang ke Kuala Lumpur pada hari ini juga. Sedang dia berfikir-fikir, Nabila disapa oleh satu suara. Kepalanya dengan pantas menoleh ke arah belakang di mana suara itu kedengaran. Seorang lelaki tua yang sedang memegang beg plastik yang berisi sayur dan ikan di tangan memerhatikannya dengan penuh kehairanan. Anak ni nak cari siapa? Tanya lelaki itu sambil memandang wajah Nabila dengan penuh tanda tanya. Nabila keluar dari keretanya. Minta maaf, pakcik. Saya... saya sebenarnya mencari rumah Pakcik Hamid. Ini rumahnya ke, pakcik? Tanya Nabila gugup. Inilah rumahnya. Pakciklah Hamid. Kenapa nak cari pakcik? Nabila terkedu. Bagaimanakah harus dia mengenalkan dirinya? Bisik hati kecil Nabila. Menyesal pula dia kerana tidak bertanya ibunya terlebih dahulu. Nabila berasa serba-salah. Perlukah dia menyatakan siapakah dirinya yang sebenar? Matanya menatap wajah Pak Hamid dengan tepat. Pak Hamid menyedari keadaan Nabila yang agak gugup. Dia segera menjemput Nabila untuk singgah ke rumahnya. Apa-apa pun, jemputlah masuk ke rumah dulu. Bawa masuk kereta tu. Panas ni. Lagipun isteri pakcik tengah tunggu lauk untuk dimasak. Marilah. Kemesraan yang

114

Rabiatul Adawiyah

ditunjukkan oleh Pak Hamid melegakan perasaan Nabila. Nabila angguk. Dia masuk semula ke dalam keretanya dan memandunya ke dalam kawasan rumah itu. Pak Hamid mengekori Nabila dari belakang. Pak Hamid tertanya-tanya, siapakah gadis yang berkereta Satria kuning itu. Selama ini dia tidak pernah didatangi tetamu yang tidak dikenali. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah Pak Hamid, dia tercium bau gorengan ikan masin yang sungguh harum. Air liurnya tergiur seketika. Dia menelan air liurnya perlahan-lahan. Jelas sekali tuan rumah itu sedang bersiap untuk hidangan tengah hari. Hidung Nabila kembang kempis menghidu haruman ikan masin itu. Pak Hamid tersenyum kecil melihat gelagat Nabila. Sahlah budak ini anak bandar, bisik Pak Hamid di dalam hati. Nabila memerhatikan sekeliling rumah itu dengan perasaan kagum. Jemputlah naik. Mak Dah! Oh... Mak Dah! Jerit Pak Hamid . Tidak lama kemudian kedengaran tapak kaki menghampiri pintu hadapan. Kelihatan Mak Dah muncul sambil tangannya memegang sapu tangan. Dia mengesat peluh yang mengalir di mukanya. Ada apa bang? Tanya Mak Dah. Mak Dah kehairanan melihat seorang gadis muda berdiri di sebelah Pak Hamid. Siapalah pula perempuan itu? Hati kecil Mak Dah tertanya-tanya. Kakinya melangkah menuruni anak tangga. Siapa pula tu bang? Tanya Mak Dah dengan dahi berkerut. Pak Hamid tidak menjawab. Dia menghulurkan beg plastik yang dibawanya tadi kepada Mak Dah. Pak Hamid menjemput Nabila naik ke rumah.

115

air mata cinta

Tetamu kita Dah. Katanya nak cari rumah ini. Nabila menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Mak Dah. Salam Nabila bersambut. Tolong buatkan air, panas pula tekak ni. Pinta Pak Hamid. Duduklah dulu. Nanti makcik buatkan air. Nabila duduk di ruang tamu sendirian. Pak Hamid hilang di dalam rumah bersama Mak Dah. Nabila mengambil kesempatan menatap keadaan dalam rumah tua itu. Kemas tersusun hiasan di dalam almari kaca di ruang tamu. Beberapa keping gambar lama tergantung di dinding. Nabila bangkit dari duduknya dan merapati gambar-gambar yang terpampang itu. Dia menyentuh sekeping potret lama yang menyerupai wajah ibunya. Sahlah mereka ini datuk dan neneknya. Wajah ibunya diusap lembut. Meskipun gambar itu telah lama, namun wajah ibunya tetap tidak berubah. Lama Nabila menatap gambar itu. Nabila berasa terharu kerana akhirnya dia berupaya untuk menjejakkan kakinya di rumah datuk dan nenek yang selama ini dianggap tidak wujud dalam hidupnya. Air jernih bertakung di kelopak matanya. Nabila terkejut apabila bahunya disentuh seseorang. Dia menoleh dan terlihat Mak Dah sedang berdiri di sebelahnya. Nabila mengesat air mata yang jatuh setitis dua di pipinya. Kenapa nak? Tanya Mak Dah lembut. Nabila menggelengkan kepala. Bagaimanakah harus dia mengenalkan dirinya? Nabila bertanya di dalam diri. Kenapa anak menangis melihat gambar ni? Tanya Mak Dah kehairanan. Nabila masih diam.

116

Rabiatul Adawiyah

Ada yang tak kena dengan gambar itu? Tanya Mak Dah lagi. Nabila masih tetap diam. Dia menghela nafas panjang seketika. Nabila meletakkan gambar itu di atas meja kecil di sisinya. Nabila memandang tepat ke anak mata Mak Dah. Nenek tak kenal saya? Akhirnya tercetus juga katakata dari mulut Nabila. Mak Dah terkejut tatkala mendengar Nabila memanggilnya nenek. Mana mungkin gadis yang berada di hadapannya ini adalah cucunya. Dia tidak pernah menerima kelahiran seorang cucu pun. Mak Dah mengundurkan langkahnya ke belakang sedikit. Saya Nabila, nek. Anak Sapura. Cucu nenek. Terang Nabila perlahan. Kedua belah tangannya digenggam erat. Dapatkah orang tua di hadapannya ini menerima kenyataan? Nabila tidak pasti apakah reaksi Mak Dah. Mak Dah terpaku. Dia tidak percaya dengan kata-kata Nabila. Matanya terkebil-kebil melihat Nabila dari hujung rambut ke hujung kaki. Benarkah ini anak Sapura? Benarkah ini cucu ku? Hatinya tertanya-tanya. Nabila semakin resah. Dia segera teringatkan beberapa keping gambar yang dibawanya dari rumah lantas dikeluarkan dari beg tangannya. Dia mengunjukkan gambargambar itu kepada Mak Dah. Mak Dah mengambil gambargambar yang dihulurkan oleh Nabila. Menggigil kedua tangan Mak Dah menatap gambar itu. Sekilas dia memandang wajah Nabila dan terus dirangkulnya. Mak Dah menangis mengongoi bagaikan anak kecil yang dirampas mainannya. Nabila turut terharu dengan rangkulan itu. Kini keduanya hanyut dalam tangisan. Tangisan kegembiraan. Tangisan kesyukuran. Nabila tidak menyangka bahawa itulah

117

air mata cinta

penerimaan Mak Dah terhadapnya. Ternyata bahawa Mak Dah amat merindukan Sapura. Mak Dah merasakan bahawa doa yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar dipertemukan dengan Sapura sebelum usia diambang maut, diperkenankan Allah. Nabila yang berada di dalam pelukannya adalah cucunya. Cucu yang tidak disangkasangka. Patutlah sewaktu melihat Nabila pertama kalinya tadi, dadanya berdegup kencang. Untuk seketika mereka berpelukan dan kemudiannya masing-masing meleraikan pelukan. Nabila tertawa dalam sedu. Mak Dah tertawa dalam ria. Mereka saling berpandangan. Mereka tidak sedar langsung kedatangan Pak Hamid. Apa halnya ni? Tegur Pak Hamid yang memerhatikan gelagat keduanya sebentar tadi. Pak Hamid kelihatan bingung. Mak Dah mengesat air mata yang mengalir dengan hujung lengan baju kurung berwarna hijau. Dia tersenyum memandang ke arah Pak Hamid dengan seribu pengertian. Namun, Pak Hamid masih belum memahaminya. Bang! Bang! Dia cucu kita, bang. Anak Sapura. Terang Mak Dah dengan gembira. Anak Sapura? Tercengang wajah Pak Hamid. Pak Hamid cuba mengamati wajah Nabila dengan tepat. Ditenungnya Nabila dari hujung rambut ke hujung kaki. Memang wajah Nabila seiras dengan Sapura. Pak Hamid masih membatu. Mak Dah berasa agak gusar dengan gelagat Pak Hamid. Nabila pula berasa tidak selesa kerana ditenung begitu lama. Percayalah bang, ini anak Sapura, cucu kita. Perlahan sekali suara Mak Dah cuba meyakinkan Pak Hamid. Pak Hamid mengeluh kecil kemudian dia

118

Rabiatul Adawiyah

mengangguk-anggukkan kepalanya. Mak Dah tidak tahu erti perbuatan Pak Hamid. Dia khuatir Pak Hamid akan menyumpah seranah Nabila. Dia juga takut sekiranya Pak Hamid menghalau Nabila pergi dari situ. Angin Pak Hamid tidak dapat ditekanya kali. Ya tok, saya Nabila anak Sapura. Anak atuk yang pernah lari dari rumah ini dulu. Terang Nabila. Nabila menghampiri Pak Hamid yang masih tegak berdiri. Nabila memegang tangan Pak Hamid dengan erat. Pak Hamid memandang Nabila tepat-tepat. Nabila agak terkejut tatkala melihat mata Pak Hamid berkaca-kaca. Dan air jernih mulai turun dengan perlahan di pipi Pak Hamid yang kerepot. Nabila semakin kuat memegang tangan Pak Hamid. Tidak semena-mena Pak Hamid merangkul Nabila sambil tersedu-sedan. Mak Dah yang tadinya sudah kering air mata, turut menitiskan air mata sekali lagi. Nabila cucu ku! Cucu kita, Dah. Cucu kita! Suara Pak Hamid bergetar keriangan dalam sedu. Ya bang, cucu kita. Nabila. Mak Dah meyakinkan Pak Hamid. Pelukan Pak Hamid yang terlalu erat membuatkan Nabila berasa sesak nafas. Pak Hamid meleraikan pelukannya dengan perlahan. Mak Dah menyapu kembali air mata yang telah berhenti seketika tadi. Pak Hamid masih belum melepaskan tangan Nabila. Ditatapnya wajah Nabila lama. Barangkali cuba mengubat kerinduan yang terpendam selama ini terhadap Sapura. Mana emak kamu? Terlontar juga soalan itu daripada Pak Hamid. Nabila mengambil tempat duduknya semula di sisi Mak Dah. Dia mengeluarkan sehelai tisu dari beg tangannya.

119

air mata cinta

Segera dia mengelap air mata yang hampir kering. Nabila menarik nafas panjang. Mak tak mahu balik. Katanya dia tidak boleh balik ke rumah ini kerana atuk tidak mahu dia kembali ke sini. Terang Nabila perlahan. Dia takut andai kata-katanya itu menyinggung hati kedua-dua orang tua yang sedang berada di hadapannya. Pak Hamid tersandar di kusyen sofa. Dia mengeluh kecil. Sapura... betapa kau berhati batu, bisik hati kecil Pak Hamid. Memang dulu atuk pernah mengharamkan kakinya ke rumah ini. Tapi itu dulu, masa darah atuk tengah marah. Tapi kini tidak lagi. Atuk dan nenek dah lama maafkan dia. Kami rindukan dia. Jelas Pak Hamid dengan nada tersekatsekat tetapi tegas. Jelas sekali kemarahan yang pernah diluahkan terhadap Sapura dahulu telah hilang dimamah usia. Kemarahan itu semakin lama semakin luput dari ingatan Pak Hamid dan Mak Dah. Setelah menyedari ketelanjurannya, Pak Hamid berusaha mencari Sapura namun hampa. Nabila diam memandang hujung jari kakinya. Mak Dah yang duduk di sebelahnya turut diam. Buat seketika suasana sekeliling membisu. Suatu hari nanti mak pasti akan balik tok, nek. Mak pun sebenarnya rindukan atuk dan nenek. Cuma... cuma dia takut untuk menghadapi kenyataan. Dia juga takut atuk dan nenek tidak dapat menerima keadaannya sekarang. Terang Nabila sambil cuba memecahkan kebisuan suasana. Kenapa dengan dia? Mak Dah kelihatan gelisah. Tak ada apa-apa, nek. Mak sihat, malah sekarang ni dia jadi ahli perniagaan yang berjaya. Insya-Allah suatu hari

120

Rabiatul Adawiyah

nanti pasti kita bersatu sebagai satu keluarga, nek. Pujuk Nabila. Kami sudah tua, cu. Sudah tidak larat hendak marah sesiapa. Cuma kami mahu anak kami kembali sebelum kami dipanggil Tuhan. Keluh Pak Hamid. Mak Dah diam mendengar keluhan Pak Hamid. Hari itu hidangan tengah hari rumah Pak Hamid terasa begitu enak. Hidangan ikan tenggiri masak asam pedas berserta ikan masin yang dihidu Nabila tadi begitu membuka seleranya. Terasa keenakan masakan Mak Dah hingga menyebabkan Nabila tidak berhenti menyuap nasi ke mulutnya. Pak Hamid dan Mak Dah geli hati melihat telatah Nabila. Bagi Nabila, tidak ada perkara lain yang lebih menggembirakan selain berusaha untuk menyatukan ibu dengan datuk dan neneknya. Dia berasa lega kerana diterima oleh mereka. Bagi Pak Hamid dan Mak Dah, saat pertemuan dengan Sapura, anak tunggal mereka semakin dekat.

Sapura termangu sendirian di rumah dua tingkat itu. Ketiadaan Nabila selama dua minggu di rumah begitu dirasai oleh Sapura. Sapura berasa kesal dengan tindakannya yang tidak membenarkan Nabila menghubunginya walau dalam apa jua keadaan. Bukan niat Sapura untuk memutuskan hubungan mereka tetapi sebenarnya Sapura begitu takut menghadapi kenyataan yang bakal ditemui oleh Nabila. Kekesalan menerpa juga ke benak Sapura. Apakah yang sedang berlaku di sana? Sapura tertanya sendirian. Keresahan itu diluahkannya kepada Khalid. Lelaki itu tertawa besar melihat kelakuan Sapura yang bagaikan kucing kehilangan anak.

121

air mata cinta

Itulah kau, kalau dibenarkan budak tu telefon kan baik. Ini tidak, syarat utama konon. Sekarang siapa yang susah. Sindir Khalid sewaktu bertandang ke rumahnya petang itu. Diamlah kau. Kau nak tolong aku atau tak? Sapura mengetap bibirnya tanda geram dengan sindiran Khalid. Sabarlah Pura. Tak lama lagi baliklah tu. Aku telefon Pak Tam masa hari Nabila sampai di rumah. Pak Tam dah ceritakan semuanya pada aku. Dia rasa gembira sungguh. Dia ada juga minta aku carikan kau dan dia berikan aku alamat kau. Agaknya Nabila yang beri. Khalid ketawa lagi. Khalid ketawa terbahak-bahak apabila teringatkan pesanan Pak Hamid tempoh hari yang menyuruhnya mencari alamat rumah Sapura untuk memastikan benar Sapura masih wujud. Khalid turut berasa bersalah kerana tidak mampu berterus-terang dengan Pak Hamid semata-mata kerana mahu menjaga perasaan Sapura. Dia juga tidak mahu dituduh tidak amanah. Namun bagi Khalid, dia berharap kesabarannya selama ini akan berbayar tidak lama lagi. Sapura diam. Dia tahu dia boleh mengharapkan Khalid. Sekurang-kurangnya dia tahu Nabila mendapat layanan yang baik dari orang tuanya. Sapura sedar dia seharusnya sujud memohon ampun dan maaf dari kedua orang tuanya atas kesilapannya yang lampau, tetapi kekerasan hatinya tetap berada di tangga nombor satu. Bagaimana dengan Badrul? Tanya Khalid mengubah perbualan. Sapura terdiam lagi. Dia belum memikirkan apa-apa tentang Badrul. Tetapi dia tahu Nabila pasti akan bertanya kembali mengenainya. Sapura amat mengenali perangai anak gadisnya itu. Nabila tidak boleh dipersalahkan kerana Nabila

122

Rabiatul Adawiyah

telah pun dewasa dan mengerti erti kehidupan. Badrul! Desis hati kecil Sapura. Mengapakah dia harus menghadapi lelaki yang amat dibencinya? Sapura mengeluh lagi. Khalid memandang Sapura dengan pandangan penuh tanda tanya. Aku harus selesaikan hal Badrul secepat mungkin. Aku tak mahu terus hidup dalam keadaan serba salah. Selama ini aku menipu Nabila dengan mengatakan bahawa dia tidak ada ayah. Aku tipu dia bahawa kau partner aku. Aku perlu berterus-terang dengan Nabila. Tapi aku tidak mahu berjumpa dengan Badrul.Kata Sapura panjang lebar. Khalid menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh sepupunya itu. Habis tu kau nak buat macam mana? Kau nak biarkan Nabila tercari-cari ayahnya sendiri? Tanya Khalid lagi. Dia tahu ayahnya berada di penjara dan sebab apa ayahnya dijatuhkan hukuman. Bila dia balik KL nanti, aku tidak mahu campur urusan Nabila dan Badrul. Aku tidak mahu lihat mukanya. Bagi aku, Badrul sudah mati. Keras sekali jawapan Sapura. Sapura sudah nekad, walau apa pun berlaku dia tidak akan berjumpa dengan Badrul. Dia juga tidak akan memberi peluang itu kepada Badrul. Walau Badrul melutut sekali pun, dia tidak akan memaafkannya. Dia sudah nekad. Nabila adalah keutamaannya kini. Biar Nabila mendapat kembali ayahnya yang selama ini tidak diperolehnya. Petang semakin hampir. Kicauan burung semakin perlahan. Mungkin masing-masing telah pulang ke sarangnya. Khalid telah lama pulang. Hati Sapura digayuti rasa pilu.

123

air mata cinta

Entah kenapa tiba-tiba dia begitu sunyi. Tidak pernah dia rasa begitu sunyi dan sepi. Mak, ayah, maafkan Pura kerana memalukan mak dan ayah. Bisik hati kecil Sapura.

naBila berasa amat bahagia sepanjang berada di kampung bersama datuk dan neneknya. Mahu saja dia menjerit memanggil Sapura agar turut sama mengecap kebahagiaan ini. Petang itu rumah Pak Hamid didatangi tetamu. Pak Hamid dan Mak Dah menyambut tetamunya dengan gembira. Nabila sekadar memerhatikan mereka dari ruang dapur. Nabila.... Panggil Mak Dah. Saya,nek. Sahut Nabila dari dapur. Mari sini sekejap. Panggil Mak Dah lagi. Nabila mengatur langkah ke ruang depan. Nabila yang memakai baju T dan kain batik tersipu-sipu malu melihat tetamu datuk dan neneknya. Nabila menghulurkan tangan bersalam dengan tetamu wanita yang hampir seusia dengan neneknya. Ada apa nek? Tanya Nabila sambil merapati Mak Dah. Duduklah. Mak Dah memberi isyarat agar Nabila duduk di sisinya. Kedua-dua tetamu yang hadir memandang Nabila tanpa berkelip. Nabila berasa kekok diperhatikan begitu. Mak Dah dan Pak Hamid masih membisu. Inilah anak Sapura, Long. Spontan Mak Dah bersuara. Nabila tergamam. Mengapa neneknya memperkenalkan dirinya sebagai anak Sapura? Siapakah

124

Rabiatul Adawiyah

kedua tetamu yang sedang duduk berhadapan dengannya? Pelbagai soalan menerpa di benaknya. Nabila, ini atuk saudara kamu. Pak Long dan Mak Long emak kamu. Tersentak Nabila mendengar penerangan itu. Dia teringatkan cerita Sapura mengenai Pak Long dan Mak Longnya yang mahu menjodohkannya dengan Zainal. Nabila menarik nafas panjang. Kedua-dua tetamu itu masih lagi membisu. Wajahnya saling tak tumpah Sapura. Tercetus perkataan itu dari mulut tetamu wanita itu. Hah! Tulah yang terkejut tu masa mula-mula nampak dia. Sahut Mak Dah sambil tersenyum. Bagaimana keadaan emak kamu? Tanya Mak Long Zaharah. Err...baik nek. Jawab Nabila perlahan. Cantik cucu kamu ni, Mid, macam maknya juga. Puji Mak Long Zaharah. Nabila sekadar tersenyum sipu. Mak Dah mengusap lembut belakang Nabila dengan mesra. Terukir senyum bangga di wajah Mak Dah. Emak kamu tak nak balik ke, Nabila? Tanya Pak Long Denan pula yang sedari tadi belum bersuara. Nabila tersentak dengan pertanyaan itu. Dia yang sejak tadi melamun tercari-cari jawapan yang sesuai. Tak tahu lagi, tok. Lambat-laun nanti dia balik juga ke sini. Itu pun kalau atuk dan nenek mahu menerima mak semula. Nabila bersuara perlahan. Kan atuk dah kata, atuk dah maafkan dia. Dia saja yang tak mahu balik. Pak Hamid pula bersuara perlahan tetapi bergetar. Jelas dari kata-katanya Nabila merasakan

125

air mata cinta

bahawa Pak Hamid amat merindukan ibunya. Dah lama kamu di sini Nabila? Tanya Mak Long Zaharah lagi. Dah hampir seminggu nek. Tak lama lagi baliklah ke Kuala Lumpur. Mak Dah dan Pak Hamid kelihatan tersentak mendengar jawapan Nabila. Eh! Takkan cepat sangat kamu nak balik? Kata Mak Dah terkejut. Dah lama saya di sini nek. Lagipun cuti saya dah hampir habis. Hai Dah, takkan hari pun kamu dah lupa. Dah seminggu budak ni kat kampung, itu pun baru semalam kamu bagi tahu kami. Kalau tak terserempak kat masjid semalam agaknya kamu pun tak beritahu kami tentang Nabila. Usik Mak Long Zaharah. Manalah nak ingatkan kamu tu Zaharah. Orang dah dapat cucu, lupa satu dunia dibuatnya. Maklumlah cucu kesayangan. Sindir Pak Long Denan pula. Pak Hamid dan Mak Dah sekadar ketawa. Agaknya mak kamu tu tak nak balik ke kampung ni lagi tak? Teka Mak Long Zaharah. Eh! Taklah nek. Mak memang nak balik kampung tapi belum sampai waktunya lagi. Jawab Nabila cuba membela ibunya. Kalau kamu balik ke KL nanti, sunyilah rumah ni ya Dah. Ujar Pak Long Denan. Pak Hamid dan Mak Dah tunduk mendiamkan diri. Entah mengapa Pak Hamid merasakan kehadiran Nabila ke rumah ini beberapa hari yang lepas telah mengembalikan keceriaan rumah mereka. Mungkin kerinduan yang amat

126

Rabiatul Adawiyah

sangat terhadap Sapura membuat Pak Hamid dan Mak Dah berasa begitu. Kasih sayang Mak Dah dan Pak Hamid terhadap Nabila mula berputik dan kian berkembang dengan mekar. Meskipun kedatangan Nabila pada awalnya tidak diundang namun segalanya berubah sedikit demi sedikit. Kamu tak berhajat ke nak bawa atuk dan nenek kamu ni ke KL, Nabila? Pertanyaan Mak Long Zaharah mengejutkan semua yang ada. Nabila tersentak dengan pertanyaan itu. Dia tidak menyangka persoalan itu akan timbul pada waktu itu. Haruskah dia menjawabnya? Nabila tertanya-tanya sendirian. Dia tidak pasti reaksi Sapura nanti sekiranya dia membawa mereka ke Kuala Lumpur. Bukan dia tidak berfikir mengenainya, sebaliknya dia juga memikirkan hati dan perasaan Sapura. Bagi Nabila, kebenaran yang diberikan oleh Sapura untuk menjejaki datuk dan neneknya sudah cukup baik. Dan dia juga telah berjanji untuk tidak melukakan hati Sapura. Bagaimanakah harus dia menjawab pertanyaan itu? Nabila berteka-teki di dalam hati. Angin petang bertiup lembut. Sesekali kedengaran bunyi kucing berkelahi di halaman rumah. Ayam-ayam berketuk sesama sendiri. Agaknya berebut cacing yang dikais dari dalam tanah. Nabila menyenangi suasana dan bunyibunyian seumpama itu. Alangkah nikmatnya mempunyai kampung halaman. Nabila berkhayal seketika. Nabila... mengelamun pula dia. Tegur Mak Long Zaharah. Nabila tersedar dari lamunannya. Dia tertunduk malu dengan kelakuannya. Err....saya sebenarnya bukan tak nak bawa atuk dan

127

air mata cinta

nenek ke KL. Sebenarnya saya takut datuk dan nenek tak sudi nak datang ke rumah kami. Mak Long Zaharah mengeluh sambil menggelenggelengkan kepala. Hmm... kamu tak tahu Nabila, datuk dan nenek kamu ni sampai sakit berbulan-bulan rindukan emak kamu. Maklumlah anak tunggal, itulah intan itulah kaca. Usik Mak Long Zaharah. Atau kamu saja yang tak sudi nak bawa mereka? Sekali lagi Mak Long Zaharah membangkitkan rasa serba salah di dalam diri Nabila. Bukan...bukan macam tu. Saya.... Usahlah kamu desak budak tu, Long. Kesian dia. Dia tak bersalah. Potong Pak Hamid. Nabila menarik nafas lega. Hatinya masih berasa ragu-ragu mengenai perkara tadi. Dia merasakan bahawa dia perlu membuat satu keputusan. Ah! Esok masih ada. Nabila cuba menyedapkan hatinya. Kamu jangan ambil hati dengan cakap nenek Long kamu tu, Nabila. Dia tu memang macam tu. Tapi hatinya baik. Mak Dah cuba menjernihkan suasana. Nabila sekadar tersenyum pahit. Dia tidak menafikan ada kebenaran di dalam pertanyaan Mak Long Zaharah. Selama ini Nabila tidak terfikir mengenainya kerana dia hanya mahu berjumpa dengan datuk dan neneknya sahaja. Petang itu sebaik sahaja kedua-dua tetamu itu pulang, Nabila terus menyusun langkah menuju ke tepi pantai. Tidak jauh dari rumah Pak Hamid terbentang luas laut biru. Nabila mengais-ngais anak rambut yang menutupi dahinya. Hampir setiap petang sejak dia datang ke kampung ini, dia pasti akan

128

Rabiatul Adawiyah

mengambil udara petang di tepi laut. Nabila gemar melihat ombak berlari-lari cuba menyentuh kakinya. Pastinya dia akan melompat setiap kali ombak datang. Rambutnya yang panjang separas bahu menggerbang apabila sesekali ditiup angin bayu. Dari kejauhan itu, Nabila tidak tahu ada sepasang mata yang memerhatikannya tanpa jemu. Hampir setiap petang sepasang mata itu pasti menantinya. Menanti untuk melihat sambil mengimbau kenangan lalu. Sejak dia mendengar kedatangan Nabila ke rumah Pak Hamid, dia sudah tidak sabar-sabar untuk melihat sendiri wajah Nabila. Wajah yang pernah suatu ketika dahulu dirindu. Wajah yang suatu ketika dulu pernah melukai. Matahari semakin terbenam ke ufuknya. Nabila menanti matahari itu hilang dari pandangannya di sebalik tabir laut sana sebelum pulang. Dia berasa puas menikmati pemandangan yang menakjubkan itu. Perlahan-lahan Nabila melangkah meninggalkan persisiran pantai menuju ke rumah. Atuk dengan nenek ikutlah saya balik ke KL sekali. Tentu seronok kan nek. Nabila cuba mengajak datuk dan neneknya. Dua hari lagi dia akan pulang ke Kuala Lumpur. Pastinya Sapura sedang menantinya dengan penuh kerinduan. Tak boleh Nabila, siapa nak jaga rumah ni, kebun kat belakang tu hah sapa nak siramkan. Ayam itik nak kena bagi makan. Pak Hamid memberikan alasan. Hanya Tuhan saja yang mengetahui betapa gembiranya dia mendengar pelawaan Nabila itu tadi. Pak Hamid diam seketika. Benaknya berkata-kata, antara kerinduan dan kemarahan. Segalanya bercampur-baur.

129

air mata cinta

Kerinduan terhadap Sapura telah menghapuskan kemarahannya yang amat memuncak suatu ketika dulu. Pak Hamid mengeluh kecil. Mak Dah masih menanti jawapan Pak Hamid. Mahukah mak kamu menerima kami nanti? Terlontar jua pertanyaan itu dari mulut Pak Hamid. Manalah tahu sampai saja di sana nanti kami dihalaunya. Maklumlah kami ni dah tua, dah tak berguna lagi. Sayu sekali suara Pak Hamid di pendengaran Nabila. Hish! Abang ni, janganlah buruk sangka dengan anak kita tu. Kalau dia tak ingatkan kita, taklah dihantarnya anaknya ke mari. Pujuk Mak Dah sambil menangkis tanggapan Pak Hamid. Mak Dah lebih memahami perilaku Sapura kerana dialah satu-satunya anak yang dilahirkan dan dibesarkan oleh mereka. Buruk baik perangai Sapura semuanya dihafal. Hatta untuk membunuh lipas sekali pun Sapura tidak sanggup apatah lagi untuk menghalau orang tuanya. Itu pegangan Mak Dah. Mak Dah tahu dan Pak Hamid juga sedar bahawa hati Sapura tidaklah kejam. Tetapi Sapura amat keras hati. Itulah perangai Pak Hamid yang diwarisi oleh Sapura. Kalau jawapannya itu, itulah jadinya tetapi jika tidak, maka tidaklah jawapannya. Tok, mak taklah sejahat itu untuk tidak menerima atuk. Tapi larangan atuk itu yang telah membuatkan mak tak mahu pulang ke kampung. Nabila tahu mak juga rindukan atuk dan nenek walaupun mak tak pernah cakap. Sebab tu mak tak pernah berhenti bekerja walau hari cuti atau hari raya. Kalau mak tak bekerja, dia akan hanya mengingati peristiwa sedih sahaja. Jelas Nabila panjang lebar. Kasihannya anak ku. Sampai begitu sekali hidup

130

Rabiatul Adawiyah

Pura, bang. Kita juga bersalah dalam perkara ini, bang. Mak Dah berkata sayu. Pak Hamid masih membisu. Tapi mak tak pernah menyalahkan atuk dan nenek. Malah mak tidak pernah pun bercerita hal tu. Tentu dia sunyi Nabila. Kesian, dia masih ada mak bapak tapi hidup sebatang kara. Kata-kata Mak Dah berbau simpati. Nak buat macam mana nek, itulah perjalanan hidup mak. Tapi alhamdulillah, mak benarkan juga Nabila keluar untuk berjumpa nenek. Ini bermakna mak dapat menerima kedatangan nenek dengan atuk. Betul Nabila? Mak Dah mengukir senyum kegembiraan. Terbayang di matanya wajah Sapura. Kali terakhir dia melihat Sapura ialah waktu dia berumur dua puluh empat tahun. Dan sekarang umurnya sudah pasti masuk angka lima puluhan. Mak Dah mencongak sendirian. Pak Hamid masih membisu. Mak Dah semakin gelisah. Hatinya meronta mahu mengikut Nabila ke Kuala Lumpur. Namun jawapan dari Pak Hamid belum diberi. Tok...! Panggil Nabila lembut. Pak Hamid memandang tepat ke anak mata Nabila. Kerinduan terhadap Sapura turut dirasai oleh Pak Hamid sebenarnya. Tetapi dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan Sapura yang suatu ketika dahulu amat dibencinya. Mahukah Sapura menerima dan mengakui dirinya sebagai seorang ayah? Pak Hamid bersoal jawab sendirian. Akhirnya dia menganggukkan kepalanya. Nabila mengucap syukur dengan jawapan Pak Hamid. Mak Dah turut tersenyum gembira. Nabila memeluk erat neneknya.

131

air mata cinta

bab

ebaik sahaja pintu gerbang penjara dibuka, kelihatan susuk tubuh Badrul melangkah keluar dari kawasan penjara itu. Nurul segera menerkam ke arah Badrul sambil tersedu. Setelah lima belas tahun, baru sekarang dia dapat mendakap suaminya. Penjara yang berjeriji besi itu telah menghalang setiap pertemuan mereka. Badrul mengusap lembut bahu Nurul. Kasih sayangnya pada Nurul tetap utuh. Dia terharu kerana Nurul sedia menanti kepulangannya sejak lima belas tahun yang lalu. Ekor mata Badrul menangkap sesusuk tubuh yang menghampiri mereka. Dia mendongak memandang ke arah wajah itu. Ayah! Amirul Affendi mencium tangan ayahnya.

132

Rabiatul Adawiyah

Badrul membalas dengan pelukan. Sudah terlalu lama dia merindukan anak tunggalnya itu. Sekian lama dia terperuk di dalam bilik besi itu hinggakan dia tidak dapat membayangkan keadaan Amirul Affendi yang telah dewasa. Amirul Affendi memimpin ibu dan ayahnya masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan tidak banyak yang dibualkan. Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri. Nurul begitu terharu ketika melihat tubuh Badrul yang semakin susut. Keadaan wajahnya yang tidak terurus menjadikan Badrul kelihatan begitu tua. Kulitnya juga agak gelap akibat terik panas matahari yang membakar ketika mereka dikerahkan untuk bekerja di luar. Tapak tangan Badrul juga terasa kasar, tidak lagi selembut seperti dahulu. Kasihannya suami ku. Bisik hati kecil Nurul. Sesekali Amirul Affendi menjeling menerusi cermin pandang belakang ke arah ibunya. Dia dapat melihat raut wajah ibunya yang kelihatan ceria. Mungkin kerinduannya terhadap Badrul telah dapat diubati, agak Amirul Affendi. Badrul memerhatikan pembangunan yang begitu ketara sejak lima belas tahun yang lalu. Dahulu tidak ada LRT atau monorel. Dahulu juga tidak ada telefon berkamera. Dia melihat iklan telefon berkamera yang terpacak megah di tiangtiang LRT. Canggih sungguh, getusnya. Kemajuan yang amat pesat dapat dilihat menerusi tingkap kereta. Di sana sini kereta bersimpang-siur. Entah jenama kereta apa dia sendiri tidak tahu. Matanya menangkap logo di setiap punggung kereta. Tertera lambang proton tetapi dia tidak tahu jenis nama keretanya. Badrul mengeluh kecil. Betapa dia di dalam kerugian kerana berada di balik tembok besi itu sekian lama. Kalaulah aku tidak terjebak, keluhnya. Pasti dia berada di puncak kemewahan. Itu

133

air mata cinta

tanggapan Badrul. Tetapi tiada apa yang dapat dikesalkan lagi. Waktu yang telah berlalu tidak mungkin dapat diganti. Kehilangan yang telah pergi tidak akan dapat diraih kembali. Badrul berasa sungguh malang kerana dia tidak mampu melihat kepesatan pembangunan yang bercambah di Kuala Lumpur ini. Kereta yang dipandu Amirul Affendi meluncur tenang. Matanya masih tidak lepas dari memerhatikan kiri kanan jalan. Nurul memerhati gelagat Badrul dengan perasaan terharu. Pasti Badrul canggung dengan pembaharuan dan pemodenan yang berlaku di sekelilingnya. Dia dapat merasakan keinsafan dan kekesalan yang melanda diri Badrul. Sekilas ikan di air, jantan betina dapat ditekanya. Tanpa mendengar sendiri dari mulut Badrul, Nurul dapat melihatnya. Doa di hati dititipkannya agar kehidupan rumah tangga mereka dapat diwarnai dengan sinar harapan yang baru. Nurul berharap bersungguh-sungguh. Dia juga berharap agar masyarakat dapat menerima Badrul seadanya. Acap kali dia melihat di dalam akhbar rintihan bekasbekas banduan yang telah dibebaskan dan ingin kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat, tetapi hanya cemuhan yang diterima. Nurul tidak mahu itu berlaku terhadap Badrul. Dia mahu masyarakat melihat Badrul yang baru bukan Badrul yang dulu. Amirul Affendi mengendalikan kenderaan dengan cekap. Gaya anak muda yang semakin matang ini menarik perhatian Badrul. Dia tidak menyangka sama sekali Amirul Affendi masih sudi untuk menerimanya. Dia menyesal kerana kesilapan yang dilakukan menyebabkan dia kehilangan nikmat untuk membesarkan Amirul Affendi bersama Nurul. Dia kehilangan hak secara tidak sengaja untuk menjalankan

134

Rabiatul Adawiyah

tanggungjawab sebagai seorang ayah. Badrul diterpa rasa kesal kerana terjebak dalam gejala yang tidak sihat. Entah mengapa keghairahan mencari kekayaan melampaui prinsip hidupnya. Mungkin kerana dia cuba melupakan kekecewaan yang ditanggungnya akibat pemergian Sapura. Kekecewaan itulah yang mengajarnya erti kebendaan. Dia seakan tidak ingat pada dosa dan pahala lagi. Semuanya gara-gara Sapura. Tapi di manakah wanita yang dipujanya selama ini? Badrul mengeluh lagi. Amirul Affendi yang sejak tadi memerhatikan perlakuan bapanya hairan melihat keadaan Badrul yang kerap mengeluh. Seolah-olah ada sesuatu yang amat dikesalkan tetapi tidak dapat diluahkan. Kita dah sampai ayah, mak. Amirul Affendi mengejutkan kedua orang tuanya yang masih berkhayal melayani fikiran masing-masing. Badrul membuka pintu kereta dan mendepangkan kedua-dua belah tangannya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di rumah itu. Alangkah nikmatnya kebebasan yang di kecapi kini. Badrul menghirup udara sedar di halaman rumahnya. Ah! Betapa bahagianya dapat menatap wajah rumah kesayangannya. Hidungnya mencium cap haruman bau bunga-bunga yang sedang mekar di taman kecil mereka. Udara yang dihirupnya terasa begitu nyaman sekali. Badrul memejamkan mata seketika. Di dadanya penuh rasa kesyukuran. Malam itu, makan malam mereka sekeluarga teramat enak. Nurul menyiapkan lauk kegemaran Badrul. Sungguh berselera mereka menghadap hidangan itu. Badrul dan Amirul Affendi tersandar di sofa ruang tamu sebaik sahaja habis

135

air mata cinta

makan. Nurul mengemaskan pinggan mangkuk yang digunakan tadi. Malam kian merangkak tua. Amirul Affendi telah lama hilang di dalam biliknya. Dia berasa gembira kerana kini rumahnya yang dulu kehilangan kemudi kini telah diperolehnya. Malam ini tidur Amirul Affendi berlatarkan mimpi indah yang tidak pernah bertandang dalam tidurnya. Bagaikan anak kecil yang begitu galak kerana mendapat permainan idaman, begitulah lagak Amirul Affendi. Tidurnya lena hingga ke pagi. Badrul mengambil angin malam di luar rumah. Embun jantan sudah mulai turun sedikit demi sedikit. Sudah terlalu lama dia kehilangan kebebasan untuk bersantai di waktu malam begini. Dan dia juga sudah lali bagaimana hendak menjamah nikmat malam itu dengan asyik. Bagaikan tersedar dari mimpi, Badrul mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan malam hari yang indah yang tidak pernah termimpi selamanya. Jika semalam waktu begini dia sudah lama diulit mimpi di bilik bergerigi di balik tembok tinggi. Siang dan malamnya hanya berlatarkan langit batu. Kini dia dapat memandang bintang di langit dengan sepuas hati. Dia dapat merasai dingin angin malam yang menyapa lembut pipi yang sudah dimamah usia. Dia juga dapat memegang rumput yang sudah mulai basah dek embun. Badrul merapatkan matanya dengan tenang. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk menghadapi hari esok. Ya, esok bermulalah era baru dalam hidupnya. Bang! Panggil Nurul. Dia menatang dulang yang berisi dua cawan kopi

136

Rabiatul Adawiyah

panas. Badrul menoleh ke arah Nurul yang sedang meletakkan kopi panas di atas meja kecil yang sengaja diletak di tengah laman rumah. Haruman kopi bancuhan Nurul begitu menyelerakan. Lima belas tahun dia tidak menjamah kopi panas yang enak begitu. Badrul menghirup kopi panas itu segera. Tekaknya juga terasa haus sejak tadi. Bang! Badrul mendongak memandang tepat ke arah Nurul. Nurul serba-salah. Kenapa? Tanya Badrul. Maafkan Nurul kalau pertanyaan Nurul ini menyakiti hati abang. Badrul menanti patah-patah ayat yang akan keluar dari bibir Nurul. Abang tidak berniat untuk mencari kak Sapura? Tersentak Badrul mendengar pertanyaan Nurul. Sebaik sahaja nama Sapura disebut, sesusuk tubuh langsing dengan kulit putih gebu menari-nari di layar mata Badrul. Sapura yang sentiasa dengan penampilan ringkas dan berbaju kurung, rambut yang lurus melepasi bahu. Nurul tunduk memandang rumput yang baru saja dipotong petang semalam. Sebenarnya dia amat takut untuk menanyakan soalan itu kepada Badrul. Dia tidak mahu menyakiti hati Badrul pada waktu begini tetapi dia juga tidak dapat menahan daripada bertanyakan soalan itu. Setelah sekian lama dia menyimpan soalan itu untuk Badrul. Dia turut dipagut rasa bersalah dengan kehilangan Sapura. Kunjungannya ke rumah Sapura telah merubah segalanya. Walaupun Badrul tidak menyalahkan dirinya tetapi

137

air mata cinta

dia tetap kesal dengan apa yang berlaku. Nurul tidak menyangka Sapura akan bertindak sejauh itu. Selama seminggu dia bersama Badrul merayau di sekitar Kuala Lumpur menjejaki Sapura, namun hampa. Puas Badrul menghubungi semua rakan-rakan Sapura tetapi tidak ada yang memberikan jawapan yang memberangsangkan. Akhirnya mereka tewas dalam pencarian. Entahlah Nurul, abang tak tahu lagi. Bagaimana hendak dicari orang yang sudah tidak sudi memandang kita lagi? Kita adalah pesalahnya, Nurul. Jawab Badrul seakan merajuk. Abang akan beritahu Amirul mengenai perkara ini? Tanya Nurul perlahan seolah-olah dia takut pertanyaan itu didengari oleh Amirul Affendi. Badrul tidak menjawab pertanyaan itu. Matanya berkelip-kelip memandang bintang di langit. Untuk apa? Kita sudah tidak ada hubungan lagi dengannya. Badrul masih ingat lagi ketika dia dipenjarakan akibat sabit kesalahan selama lima belas tahun. Setelah setahun berada di dalam penjara, kebahagiaannya diragut pergi sekali lagi. Dalam keliru dia dikejutkan dengan tuntutan fasakh oleh Sapura. Jika diikutkan hati yang marah, mahu saja dia menafikan tuntutan itu. Kalau diikut rasa kecewa mahu saja mengatakan bahawa Sapura telah keluar dari rumah tanpa izinnya setahun yang lalu. Tetapi cinta yang mendalam dan rasa kesal terhadap Sapura membuatkan dia terpaksa bersetuju melepaskan Sapura seperti kehendaknya. Kini dia tiada hubungan dengan wanita itu lagi. Jadi untuk apa diceritakan kepada Amirul

138

Rabiatul Adawiyah

Affendi. Tapi bang,dia kan ibu tiri Amirul, bekas isteri abang. Pujuk Nurul. Tidak semestinya dia bekas isteri abang bermakna dia harus ada hubungan dengan Amirul. Bantah Badrul lembut. Dia tidak mahu menyakiti hati Amirul Affendi. Dia juga tidak mahu melukakan hati Nurul dengan kisah silam. Bagi Badrul, dia lebih suka kalau kisah silamnya menjadi kenangan mereka berdua sahaja. Sudahlah Nurul. Kisah lama jangan diungkit lagi. Marilah kita mulakan kehidupan baru. Badrul tidak mengendahkan pandangan Nurul. Entahlah bang, Nurul asyik terkenangkan kak Sapura sejak kebelakangan ini. Kadang-kadang Nurul termimpikan keadaan dirinya. Dah berbelas tahun kita kehilangan jejaknya. Entahkan makan entahkan tidak. Entah berumah entahkan tidak. Keluh Nurul kesal. Bukan salah kita Nurul. Dia yang mencari penyelesaian begitu. Bantah Badrul. Seboleh mungkin Badrul tidak mahu kesilapan lalu menghantui mereka. Mungkin betul salah dia, tapi tanggungjawab kita juga untuk membetulkan sejarah lalu. Nurul betul-betul ingin berjumpa dia dan mahu meminta maaf dari dia. Malam kian tua. Nurul, jangan buat abang rasa bersalah. Abang tidak mahu hidup kita dibayangi kesilapan lalu. Kita mulakan lembaran baru ya. Pujuk Badrul. Nurul diam.

139

air mata cinta

Setiap orang daripada kita lelaki merupakan khalifah. Ini bererti kita tidak dapat lari dari tugas kepimpinan. Paling kurang pun yang berkait dengan ruang lingkup yang paling sempit iaitu sebagai pemimpin kepada sebuah keluarga. Masih terngiang lagi kata-kata Ustaz Zamri itu di kota fikiran Badrul. Kini dia sedar, dia harus bermuhasabah diri dan memikirkan apakah dia menjadi hamba-Nya sekadar mengumpul bahagia atau sedang menempah celaka. Kerana Badrul juga tahu bahawa mereka yang mengumpul kehasanahan di dunia akan mampu mengumpul kehasanahan menuju akhirat. Oleh sebab itu kini dia mahu memulakan hidup baru. Lembaran baru yang tidak disertai dengan titik hitam terdahulu. Tetapi Nurul seakan cuba menyingkap sejarah hitam yang cuba dipadamkan dari diari hidupnya. Haruskah dia memarahi Nurul? Haruskah dia menerima kata-kata Nurul? Badrul menggaru kepala. Dia tidak tahu jalan mana yang harus dipilih. Dia seakan berada di persimpangan yang tidak punya tanda arah. Badrul terkenangkan Amirul Affendi. Dia tahu hati Amirul Affendi pasti tergores jika mengetahui tentang Sapura. Sudahlah selama ini dia tidak cukup memberikan kasih sayang terhadap anak tinggalnya itu. Ditambah lagi perkongsian kasih yang lain. Saat dia melangkah keluar dari penjara semalam, Badrul telah nekad untuk mendidik dan membimbing Amirul Affendi agar tidak tersasar. Walaupun dia tahu bahawa dia tidak layak untuk mendidik apatah lagi membimbing orang lain. Dia tidak mahu Amirul Affendi mengikut jejak

140

Rabiatul Adawiyah

langkahnya yang mudah terjebak ke kancah hidup yang tidak diingini. Kesilapan dalam menyingkap kemewahan dunia mengundang bencana yang tidak pernah terfikir oleh Badrul. Dia mahu perasaan seumpama itu dikikis dari fikiran Amirul Affendi. Biar hanya dia sahaja yang tahu betapa seksanya hidup balik tembok batu. Abang. Panggil Nurul memutuskan igauan Badrul. Nurul tak takut nanti kena bermadu semula? Usik Badrul. Bang, selama kita berkahwin abang tak pernah menyakiti hati Nurul. Malah kebajikan Nurul dan keluarga abang yang jaga. Nurul sudah cukup sempurna apabila bersuamikan abang. Badrul memandang Nurul tanpa berkelip. Nurul juga tidak mahu menjadi seorang perempuan yang tamak. Bagi Nurul kak Sapura juga berhak mendapat kebahagiaannya. Nurul juga tidak mahu abang dituduh sebagai suami yang tidak tahu berlaku adil. Dapat cinta baru, cinta yang lama tidak dipandang. Sambung Nurul. Ah, betapa murni hati seorang Nurul, bisik Badrul dengan perasaan bersalah. Terasa beban yang digalas semakin berat. Tapi untuk apa Nurul. Kami sudah tiada hubungan lagi. Tegas Badrul sekali lagi. Sekurang-kurangnya abang boleh membuktikan bahawa abang cuba untuk berlaku adil dan jujur tapi tidak berkesempatan. Kita bukan hendak menyalahkan kak Sapura tapi kita perlu menjernihkan apa yang telah keruh. Nurul, sekarang usia kita bukan muda lagi. Kita

141

air mata cinta

sudah semakin tua. Anak kita juga sudah semakin dewasa. Usahlah kita ungkit kisah silam. Abang tak mahu nanti hati anak kita pula yang tergores. Percayalah Nurul, tidak ada manusia di dunia ini yang mahu melakukan kesilapan. Badrul cuba mengalih perhatian Nurul. Amirul Affendi! Tercetus nama itu di benak Nurul. Entah kenapa sedari tadi dia seakan melupakan Amirul Affendi. Mungkin benar kata abang. Kita harus fikirkan masa depan bukan masa silam. Akui Nurul perlahan. Sudahlah, hari pun dah jauh malam. Nanti kena embun selesema pula. Badrul menarik tangan Nurul lembut. Nurul bangkit dari duduknya mengikut jejak Badrul. Malam kian larut, embun jantan semakin galak turun membasahi bumi. Amirul Affendi sudah lama hanyut dibuai mimpi. Mimpi seorang anak kecil yang begitu gembira kerana mendapat hadiah yang tidak ternilai.

Hati Sapura tidak tenteram hari itu. Dia tahu Badrul telah keluar daripada penjara semalam, itu pun Khalid yang memberitahunya menerusi telefon. Rakan Khalid seorang peguam telah memaklumkan kepadanya mengenai pembebasan Badrul. Sapura tertanya-tanya sendirian ke manakah Badrul pergi sebaik sahaja keluar dari penjara. Masihkah dia meneruskan pemburuannya mencari Sapura? Sapura mengeluh kecil. Kalau dulu dia boleh lari ke mana saja dari kelibat Badrul tetapi kini dia tidak boleh lari lagi. Sebelah kakinya diikat oleh Nabila. Sebelah lagi diikat dengan

142

Rabiatul Adawiyah

kerjayanya. Ah, mana mungkin dia dapat lari lagi. Walau apa pun dia harus bersedia untuk menghadapi Badrul. Dia tidak mahu menjadi pelarian lagi. Biar apa yang terjadi dia akan tetap mempertahankan haknya. Haknya terhadap Nabila, itu yang lebih utama. Deringan telefon mengejutkan lamunan Sapura pagi itu. Hello. Jawabnya malas. Entah mengapa dia begitu malas untuk menjalankan tugas hariannya hari itu. Hello, Pura. Suara yang amat dikenali kedengaran di hujung talian. Khalid, ada apa pagi-pagi dah telefon aku? Tanya Sapura gembira. Sebenarnya dia juga baru bercadang untuk menelefon Khalid. Dapat tidur semalam? Usik Khalid. Sapura mengetap bibir, geram. Sibuklah kau. Kenapa kau telefon aku ni? Marah Sapura. Betul aku tanya kau ni, tidur nyenyak ke semalam? Desak Khalid lagi. Sapura membisu seketika. Haruskah dia mengaku kepada Khalid? Perlukah dia bercerita yang sebenarnya kepada Khalid? Sapura kebuntuan. Pura, tak usahlah kau mengelak. Aku tahu kau tentu tak tidur lena malam tadi. Kau mesti memikirkan tentang Badrul. Betul tak? Tanya Khalid lagi.

143

air mata cinta

Kali ini dia tidak mampu menipu diri sendiri. Khalid telah lebih dahulu memahami dirinya. Hmmaku tak dapat tidur semalam. Puas aku cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Jawab Sapura jujur. Dia tidak peduli kata-kata Khalid nanti. Paling penting sekarang ini ialah dapat meluahkan isi hati yang terbuku selama ini kepada Khalid. Apa yang kau risaukan Pura? Nabila? Kenapalah cepat benar Khalid dapat menangkap maksud kata-katanya tadi. Sapura mengutuk diri sendiri. Ya, Nabila. Aku risaukan dia sepanjang malam tadi. Kau pun tahu dia akan balik beberapa hari lagi. Aku takut. Ayat Sapura terputus di situ. Pura, kau kena hadapi kenyataan. Kebenaran yang perlu kau tonjolkan bukannya menyimpan kebenaran demi dendam yang tersemat di hati kau selama ini. Nabila anak dia, Pura. Itulah ikatan yang tidak dapat kau putuskan dengan Badrul. Walau badan kau dicencang lumat, Nabila tetap darah daging dia. Panjang lebar Khalid bersyarah. Sapura menyandarkan badannya ke belakang mencari posisi yang agak selesa sambil berbicara di telefon. Dia telah meninggalkan pesanan kepada pembantunya agar jangan mengganggunya pagi ini hingga dia membenarkan. Kekecewaan aku telah melahirkan kebencian padanya Khalid, bukan kau tak tahu. Sapura masih tidak mengalah. Telah beratus kali dia menyatakan pendiriannya itu terhadap Khalid. Sapura pasti Khalid juga sudah lali dengan kenyataannya itu. Ya aku tahu dan aku ingat benar. Kita sudah semakin

144

Rabiatul Adawiyah

tua,Pura. Anak-anak adalah penyambung generasi kita. Kasihanilah Nabila,Pura. Dia perlukan ayahnya. Dia mempunyai hak untuk mengetahui mengenai ayahnya. Malah hak Badrul sebagai wali tidak boleh kau ketepikan. Kau kena sedar,Pura. Tapi itu hanya hak dia pada nama saja bukan pada tanggungjawab. Bantah Sapura. Oii, helloooo pernah kau beri kesempatan pada dia untuk menjalankan tanggungjawab? Soalan Khalid itu menyebabkan Sapura terkedu. Tak pernah kan? Dan kau tak pernah nak memberinya peluang. Sambung Khalid. Tapi. Tapi apa? Sorry to say Pura, kau sebenarnya pengecut. Menyirap muka Sapura mendengar kata Khalid itu. Apa kau kata Khalid? Aku bukan pengecut, kau tahu tak? Dah banyak kali aku katakan pada kau yang aku bukan pengecut. Bentak Sapura. Bagai mahu dihempas ganggang telefon kala itu. Tetapi mengenangkan Khalid yang berada di hujung talian, Sapura mematikan hasratnya. Dia tidak mahu bersikap biadab terhadap sepupunya. Tetapi entah mengapa sejak akhir-akhir dia merasakan setiap patah yang diucapkan oleh Khalid seakan-akan memperkecilkannya. Kata-kata Khalid seolaholah memperlinya. Kalau benar kau bukan pengecut, hadapi kenyataan itu. Cabar Khalid. Sapura diam mencari perkataan. Kenapa kau diam? Tengah fikir macam mana nak

145

air mata cinta

jawab? Kedengaran suara Khalid ketawa berdekah-dekah di hujung sana. Khalid dapat membayangkan wajah Sapura yang sedang berkerut menahan geram. Dia juga dapat membayangkan wajah Sapura yang sedang kemerahan menahan marah. Okay lah Pura, aku pun tak nak ganggu kau pagipagi ni. Cuma aku nak kau fikirkan apa yang aku katakan. Bukan susah dia nak cari kau sekarang ni. Kalau dulu mungkin susah. Apa maksud kau? Tanya Sapura terkejut. Ya lah sekarang ni kau dah terkenal. Nama kau ada di mana-mana. Majalah banyak keluarkan artikel mengenai kau. Akhbar juga banyak memaparkan kejayaan kau. Cuma ya lah, kalau si Badrul tak baca semua itu, tak dapatlah dia cari kau. Sapura akui kata-kata Khalid berbau keikhlasan. Sapura tidak dapat berkata apa-apa lagi. Apa yang dikatakan oleh Khalid semuanya benar. Setelah meletakkan telefon, dia termenung panjang. Dia tidak kisah sekiranya Nabila berhasrat untuk mencari Badrul. Tetapi dia tidak mahu melihat wajah yang telah merobekkan hatinya suatu ketika dahulu. Luka yang tercalar masih terasa pedihnya hingga sekarang. Sapura mengeluh panjang. Pening kepalanya bila memikirkan mengenai Badrul dan Nabila. Setelah bertahun dia hidup dengan aman dan tenteram, kini hidupnya diganggu sekali lagi dengan kehadiran Badrul. Sapura cuba membawa fikirannya menerawang kisah lima belas tahun yang lalu.

146

Rabiatul Adawiyah

bab

10

apura memandang kain bercorak bunga yang masih belum dipotong. Gunting yang sedari tadi dipegang diletakkan kembali. Sapura menyorong peralatan jahitan ke tepi. Dia memandang beberapa pasang baju kurung dan kebaya yang telah siap dijahit tanpa berkelip. Fikirannya melayang entah ke mana. Sapura bingkas bangun menuju ke tingkap rumah yang sebahagiannya dijadikan kedai jahit. Setelah hampir lima tahun dia menetap di daerah terpencil ini membawa diri. Sepanjang tempoh itu juga dia telah melupakan segala duka yang melanda. Dia berasa bangga dengan hasil kerjanya. Kalau dulu dia tidak tahu untuk memegang mesin jahit, kini dia mampu mengendalikannya tanpa ragu. Malah dia juga telah berupaya

147

air mata cinta

untuk menggaji orang lain membantunya di kedai jahit itu. Di daerah ini juga Sapura berusaha membuka kedai jahit sebagai punca pendapatannya. Dia berusaha keras untuk mencari rezeki di bumi yang tidak pernah terlintas di hati untuk diduduki. Anak kecil yang berada di dalam buaian menguit. Sapura bergegas mengayun buaian itu. Dia tidak mahu anak kecil itu bangun dari tidur kerana banyak lagi jahitan yang perlu dibereskan. Sapura kembali meneruskan kerjanya setelah anak kecil itu kembali nyenyak. Semalam dia baru sahaja menerima balasan surat dari Khalid. Sapura tersenyum kecil mengenangkan kandungan surat Khalid itu. Dia berasa amat terhutang budi kepada sepupunya yang satu itu. Esok Khalid akan sampai dari Kuala Lumpur berserta bahan yang dikehendakinya. Esok juga dia akan memutuskan jalan hidupnya. Sapura menutup tingkap rumah yang dibukanya tadi. Hari kian larut. Matanya terasa amat berat. Dia mengemaskan benang-benang yang bertaburan di lantai lalu disimpannya di dalam bakul yang biasa digunakan untuk menyimpan benang. Sapura memeriksa kalau ada jarum yang terjatuh tanpa sedarnya. Dia meraba-raba di lantai. Dia tidak mahu nanti ada jarum yang boleh melukakan anak kecil yang masih di dalam buaian nanti. Setelah berpuas hati dia menuju ke buai yang sudah tidak berayun. Sapura mengangkat anak kecil yang sedang enak tidur ke dalam bilik. Dengan perlahan dia meletak anak kecil itu di atas tilam empuk kepunyaannya. Sapura menutup badan si kecil dengan selimut yang dijahitnya sendiri. Sarung bantal si kecil juga dijahitnya sendiri. Sesiapa yang bertandang ke rumahnya pasti meminta dia untuk menjahit set bantal dan selimut itu. Dan dia seperti selalu tidak pernah menghampakan

148

Rabiatul Adawiyah

harapan orang. Dia juga telah menyiapkan satu set jahitan itu untuk Khalid bagi dihadiahkan kepada anak ketiganya yang baru lahir. Esok dia akan menyerahkan bungkusan itu kepada Khalid. Kau sudah berfikir panjang Pura? Tanya Khalid seraya mengerutkan dahi. Walaupun dia sudah menjangka tindakan sepupunya itu, tetapi dia tetap berharap agar Sapura mengubah fikirannya. Entahlah Khalid. Tapi aku rasa ini sajalah jalan yang terbaik untuk aku. Kau tak nak fikir lagi? Tanya Khalid sekali lagi. Sapura menggelengkan kepala. Tapi kau kena ingat kalau fasakh yang diminta, kau tak boleh tuntut nafkah dan lain-lain yang sepatutnya. Terang Khalid. Seboleh mungkin dia tidak mahu Sapura hidup merempat setelah meminta fasakh dari Badrul. Dia tahu benar bahawa Sapura tidak akan dapat nafkah dari Badrul sekiranya mengikut hukum. Ini kerana Sapura dengan sendirinya telah meninggalkan rumah tanpa izin daripada Badrul tanpa sebab yang diharuskan oleh syarak. Apatah lagi Sapura lari meninggalkan Badrul hanya semata-mata dia bermadu. Dan Sapura lari begitu sahaja tanpa mendengar penjelasan Badrul. Khalid menggaru kepala. Aku tahu Khalid. Aku memang tidak layak menuntut nafkah dari Badrul. Aku juga tahu bahawa aku ini telah nusyuz terhadap suami. Aku tak kisah ini semua. Biarlah hak nafkah aku hilang asalkan dia tidak mengganggu kehidupan aku.

149

air mata cinta

Asalkan dia tidak merampas Nabila dari aku. Jelas Sapura perlahan. Tapi mana boleh, Nabila anak dia. Anak itu berhak dapat nafkah dari ayahnya. Bantah Khalid keras. Sebab itu aku minta fasakh. Kau tahu kenapa aku tak minta talak? Kerana aku tahu aku salah. Aku keluar rumah tanpa izin. Aku tak kisah sekiranya aku dituduh nusyuz. Aku tak kisah. Tegas Sapura. Tapi minta fasakh ada sebabnya Pura. Betul dan sebabnya ialah Badrul telah dimasukkan dalam penjara lebih dari setahun. Cuma aku harap kau tolong uruskan hal aku yang satu ini. Suara Sapura semakin mengendur. Khalid memandang Sapura tanpa berkelip. Khalid, aku minta fasakh dengan harapan dia tidak mengungkit akan kehilangan aku. Jika tidak, tak tahulah aku apa akan jadi. Keluh Sapura. Khalid termenung seketika. Bukan dia tidak mahu membantu menguruskan hal Sapura. Tapi dia berkira-kira andainya Badrul enggan menerima tuntutan fasakh itu dan menyatakan bukti bahawa Sapura telah nusyuz. Itu satu masalah lain yang lebih besar. Aku yakin Khalid. Aku yakin dia akan terima tuntutan aku. Aku yakin. Sapura tiba-tiba memecah kebimbangan Khalid. Khalid tersentak. Macam mana kau boleh yakin begitu? Tanya Khalid terkejut kerana Sapura seakan tahu apa yang difikirkannya tadi. Kerana aku tahu hati budinya. Aku tahu dia tidak

150

Rabiatul Adawiyah

akan menyusahkan aku. Khalid termangu. Kerana dia cintakan aku. Dia sayangkan aku. Habis tu kalau kau dah tahu dia sayangkan kau, kenapa kau buat macam ni? Soal Khalid. Kerana hati yang telah terluka tidak mungkin akan sembuh lagi. Kalau sembuh sekalipun, parutnya tetap ada Khalid. Tetap ada. Perlahan sekali suara Sapura. Khalid terkedu. Tidak disangkanya tindakan Sapura kali ini benar-benar menampakkan betapa luka di hatinya tidak mungkin dapat diubati lagi. Dia juga tidak sangka selembut-lembut Sapura, hatinya begitu pejal. Sapura merenung luar rumahnya menerusi pintu yang terbuka. Terbayang di matanya wajah Badrul yang suatu ketika dulu amat disanjung. Lelaki itu juga yang membuatkan dia bertindak melampaui batas, meninggalkan keluarga. Hari ini Sapura tidak membuka kedai jahitnya seperti biasa. Dia mahu menyelesaikan urusannya dengan Khalid secara tenang. Petang nanti Khalid akan balik ke Kuala Lumpur, jadi dia harus meluangkan masa untuk sepupunya yang seorang ini. Cuma Khalid aku harap kau jangan sentuh bab Nabila. Tolong ya. Rayu Sapura. Khalid masih diam. Khalid, tolonglah janji dengan aku. Tolonglah. Khalid menarik nafas panjang. Pura, aku sedia tolong kau untuk uruskan tuntutan fasakh kau. Tapi bab Nabila aku... Tidak Khalid. Jangan sekali-kali kau sebut tentang

151

air mata cinta

Nabila kepada sesiapa. Aku sama sekali tidak akan menyatakan kewujudan Nabila kepada sesiapa pun kecuali kau. Aku harap kau faham. Baiklah, baiklah. Aku akan minta kawan aku uruskan tuntutan kau ini. Cuma kita berdoa saja agar Badrul tidak banyak mempertikai nanti. Tapi bagaimana kau nak menyara hidup kau dan Nabila nanti? Keperluan Nabila? Tanya Khalid kebimbangan. Usah risau Khalid. Kecil jahit yang kecil ni pun dah memadai bagi menampung kehidupan kami. Jawab Sapura. Tapi sampai bila Pura? Sampai bila kau boleh bertahan dengan cara macam ni? Bantah Khalid. Kenapa? Kau ingat orang menjahit tak boleh hidup? Bukan, bukan macam tu. Aku cuma risau. Khalid, kedai jahit ini aku buka dengan usaha aku sendiri. Kau pun tahu aku memang tak tahu menjahit, tapi tengok sekarang aku terima banyak tempahan. Ha, tu hadiah anak kau tu aku yang jahit tau. Kata Sapura seraya berseloroh. Khalid memandang sekeliling rumah yang telah dibahagi dua oleh Sapura. Sebelah kirinya dijadikan kedai jahit. Terdapat tiga mesin jahit di situ. Gantungan baju kelihatan bersusun rapi di tepinya. Khalid bangkit dari duduknya menuju ke kedai jahit Sapura yang dipisahkan oleh pintu kecil. Jika dari luar pelanggan hanya perlu membuka pintu kaca di hadapan rumahnya tanpa perlu melalui ruang tamu rumahnya. Hmm...boleh tahan juga jahitan kau ya. Puji Khalid memuji kerja Sapura.

152

Rabiatul Adawiyah

Sapura tersenyum. Eh, kau buat lakaran fesyen juga ke? Tanya Khalid ketika matanya menangkap buku sketch yang terbuka di atas meja kerja Sapura. Sebenarnya dah setahun aku masuk Akademi Fesyen, khas untuk belajar mereka fesyen. Setelah aku kenal dunia jahitan aku jatuh cinta Khalid. Entahlah mungkin ini adalah hikmah di sebalik kejadian. Sahut Sapura. Khalid membelek-belek buku sketch itu. Baguslah Pura. Ini satu perkembangan yang positif. Jadi aku tak perlulah risaukan kau lagi. Kiranya kau dah boleh berdikari sendiri. Cita-cita dan impian aku besar Khalid. Apa dia? Aku mahu menjadi pereka fesyen yang terkenal suatu hari nanti. Aku mahu punya butik sendiri. Aku mahu fesyen aku dipamerkan di mana-mana. Terang Sapura. Wah tingginya cita-cita kau. Itulah hala tuju aku sekarang. Aku tidak mahu terus hanyut dalam kekecewaan. Tetapi aku harus berterima kasih kepada kekecewaan kerana kekecewaan itulah yang telah membuka mata dan memberi cahaya baru dalam hidup aku. Kata Sapura sambil tersenyum memandang Khalid. Sememangnya dia telah nekad untuk meneruskan hidup secara bersendirian. Sejak dia menjejakkan kaki ke bumi asing ini, sudah ada ura-ura mencari jodoh untuknya. Che Mala yang tinggal berjiran dengannya kerap mengusulkan perkara itu kepadanya. Dan kerap kali jugalah dia mengelaknya. Sapura akui jiran-jirannya banyak membantu dia

153

air mata cinta

dua beranak. Ketika Nabila demam atau ketika dia dalam kerumitan, Che Mala itu juga yang bersusah-payah menghantarnya ke klinik. Che Mala yang kematian suami akibat kemalangan kini hidup bersendirian setelah anakanaknya mendirikan rumah tangga. Bukan dia tidak mahu tinggal dengan anak-anak, tetapi dia lebih selesa tinggal di rumah sendiri. Setiap hujung bulan rumahnya pasti dipenuhi dengan anak cucu yang datang berkunjung. Di kejauhan Sapura hanya mampu melihat kebahagiaan hidup Che Mala. Rumahnya tidak pernah sekalipun dikunjungi oleh saudara-mara, jauh sekali ibu bapanya. Sapura sedar keadaan itu, tetapi apa lagi yang mampu dibuatnya kerana itu adalah jalan yang dipilihnya. Sapura tidak boleh menyalahkan sesiapa. Dia tidak boleh menuding jari ke arah orang lain. Aku yakin kau mampu berdiri di atas kaki sendiri dan aku tahu semangat kau kuat. Cuma aku harap kau jaga kesihatan diri juga. Makan minum biar teratur. Jangan nanti asyik menjahit, kau lupa makan minum. Kau kena ingat Nabila bergantung sepenuhnya pada kau. Nasihat Khalid ikhlas. Baik bos. Sapura meletak tangan di dahi berlagak seperti prebet yang mendengar arahan ketuanya. Dah sampai masa aku nak bertolak ni. Nanti lambat pula aku sampai KL. Mana Nabila? Nanti aku ambil dari rumah sebelah. Jiran aku tu selalu ambil dia buat teman. Maklumlah duduk sendiri, sunyi. Sapura bergerak ke muka pintu. Habis kau tak sunyi? Usik Khalid. Sapura menjeling tajam ke arah Khalid. Khalid tersengih. Petang itu Khalid bertolak kembali ke Kuala Lumpur

154

Rabiatul Adawiyah

dengan membawa harapan menggunung dari Sapura. Sebelum bertolak Khalid telah berjanji untuk menyelesaikan permohonan fasakh Sapura. Sunyi! Sapura mengeluh sendirian. Siapa yang tidak sunyi? Bisik hati kecil Sapura. Masih terngiang pertanyaan sinis Khalid petang tadi. Setelah bertahun dia hidup menyendiri, dia sebenarnya sudah lali dengan keadaan sunyi. Sewaktu pertama kali kakinya berpijak di bumi asing ini, hampir setiap hari dia menitiskan air mata. Tiada suami yang dicintai, tiada teman yang dikenali, tiada saudara untuk dikenangi. Namun dia pasrah setelah perutnya semakin memboyot. Dia nekad untuk menghapuskan segala macam persoalan yang menghantui kotak mindanya. Sapura bersyukur kerana sejak dia mengikuti kursus jahitan, sedikit sebanyak masalah yang dihadapi dapat dilupakan seketika. Sebelum anak yang dikandungnya itu lahir ke dunia, Sapura telah tamat menghabiskan kursus jahitannya dengan cemerlang. Tempoh enam bulan kursus tersebut dia benar-benar jatuh cinta dengan bidang itu. Mintalah apa juga fesyen atau sulaman, pasti tempahan itu membuahkan hasil yang memuaskan. Sebaik sahaja dia habis tempoh berpantang, Sapura mula sibuk mengambil tempahan jiran-jiran setempat. Semakin lama semakin banyak tempahan yang diterima dan dia mengambil keputusan untuk membesarkan perniagaannya. Dengan izin tuan rumah yang disewanya, dia mengubahsuai rumah itu menjadi kedai jahit. Kini Sapura boleh menarik nafas lega melihat hasil penat lelahnya selama ini. Disebabkan itu juga dia tidak lagi mengisi ruang kosongnya dengan mimpi-mimpi semalam yang telah lama terkubur di sanubari.

155

air mata cinta

Badrul membaca surat yang dihantar oleh En. Umar, Peguam Syariah yang dilantik oleh Sapura. Betapa luluh hatinya ketika melihat tuntutan fasakh Sapura. Badrul memejamkan mata kuat-kuat. Dia cuba mengimbau kembali saat indah bersama Sapura, namun dia gagal. Entah mengapa waktu-waktu begini, terlalu sukar untuk Badrul memanggil semula kenangan lalu. Dia membuka semula matanya dan menatap syiling batu yang telah lebih setahun ditatapnya saban hari. Teman sebilik bergerigi sudah lama hanyut dibuai mimpi. Temannya itu sudah tiga tahun menetap di bilik gerigi itu. Suasana sunyi di situ membuai hatinya lalu dia dipagut rasa sayu. Andai kesalahan itu bisa ditepisnya, pasti dia tidak meringkuk di penjara ini. Ah! Sudah nasib ku jadi begini. Getus hati kecil Badrul. Dia menyalahkan diri sendiri kerana terperangkap dalam permainan yang dilakukan oleh orang lain. Akhirnya dia bersendirian terkontal-kantil di bilik empat segi itu. Surat itu ditatapnya sekali lagi. Semakin lama ditatapnya surat itu semakin berat pelupuk matanya digenangi air. Dia sama sekali tidak menyangka Sapura akan membuat tuntutan itu. Jarinya membuka satu demi satu halaman surat yang bercetak itu. Membaca halaman hadapan sudah membuatkan jiwanya bergetar. Badrul meneruskan pembacaan. Menyelak ke halaman dua. Membaca dari satu perkataan ke satu perkataan. Dia cuba memahami kehendak Sapura. Dia cuba menepis gelodak perasaan yang menghampirinya ketika itu. Sehelai demi sehelai dia membacanya hingga ke akhir. Maafkan abang Pura. Perlahan sekali suara itu

156

Rabiatul Adawiyah

keluar dari kerongkongnya. Badrul bangkit bangun menuju ke baldi yang dipenuhi air untuk mengambil wuduk. Sejak dia menduduki bilik kecil itu, al-Quran dan sejadah sudah menjadi teman sebatinya. Saban malam dia akan melakukan sembahyang sunat, memohon ampun kepada Yang Maha Esa. Jika dulu dia seakan alpa, kini sembahyang sunat itu sudah menjadi rutinnya. Badrul mencari kekuatan untuk memberi keputusan. Esok En. Umar itu akan kembali untuk mendapatkan jawapannya. En. Umar juga telah berpesan kepadanya sekiranya dia ada kemusykilan dan ingin melantik peguam, dia boleh membantu. Badrul menarik nafas panjang. Satu keputusan harus dibuat. Dia tidak mahu menyusahkan hidup Sapura lagi. Jika itu yang diminta, dia sedia memberinya. Cuma dia terkilan kerana tidak dapat bertemu muka dengan Sapura. Siang tadi dia telah bertanyakan En. Umar kenapa Sapura menuntut fasakh dan mengabaikan tuntutan nafkahnya. Jawapan yang diberikan oleh En. Umar menyentuh hatinya selaku seorang suami. Sapura sama sekali tidak menginginkan tuntutan nafkah darinya. Apa yang penting bagi Sapura ialah meleraikan ikatan yang telah terbina antara mereka sebagai suami isteri. Itu sahaja permintaan Sapura. Tanpa banyak bicara, Badrul menurunkan tandatangan di borang tuntutan dan diserahkan kepada En. Umar. Badrul pasrah dengan kehendak Sapura. Dia juga tidak ingin menghukum Sapura lagi. Dia berharap keputusan yang diberikan itu boleh membantu Sapura meneruskan hidupnya kelak. Badrul sedar dia turut menyumbang kepada masalah yang menimpa Sapura. Dia juga sedar bahawa punca Sapura

157

air mata cinta

menghilangkan diri bermula dari dirinya. En. Umar, saya merelakan tuntutan itu. Tiada bantahan apa yang perlu dibuat. Tindakannya itu betul dan benar untuk masa depannya. Tindakan selanjutnya bergantung kepada En. Umar. Saya rasa dia tidak perlu dipanggil ke mahkamah syariah untuk mendapatkan keterangan. Saya merelakan segalanya. Luah Badrul kepada En. Umar. Peguam muda itu terdiam seketika. Jarang benar dia berhadapan dengan situasi yang memudahkan tugasnya. Keputusan ikhlas Badrul mampu menyelesaikan masalahnya dengan cepat. Tiada soal saling mempersalahkan. Tiada perkara yang mahu diungkit. Tiada apa yang mahu dituntut. Tentu mereka ini pasangan yang saling mencintai suatu waktu dahulu, bisik hati kecil En. Umar. Sekian lama dia menjawat jawatan sebagai Peguam Syariah, tidak banyak kes yang ditemui mempunyai penyelesaian yang mudah. Kekerapannya ialah setiap pasangan pasti mahu menegakkan benang basah masing-masing. Pertelingkahan yang berlaku kadang-kala mengheret masalah kecil menjadi besar. Badrul memerhatikan langkah En. Umar dengan tenang. Dia kembali ke bilik kecilnya dengan hati yang lapang. Semoga kau bahagia Sapura, doa ikhlas dari Badrul untuk wanita pertama yang dicintainya. Badrul memejamkan mata. Dia menarik nafas panjang. Kali ini bayangan wajah Nurul bertandang di kotak memorinya, silih berganti dengan bayangan wajah Sapura. Badrul tahu dan sedar, membuat keputusan memutuskan tali perkahwinan dengan Sapura memberikan kesan yang besar terhadap hidupnya. Dia juga tahu beban keputusan itu akan menjadi tamparan buat Nurul. Bukan saja dia yang akan terasa bahang

158

Rabiatul Adawiyah

akibat keputusan yang dibuat, malah Nurul akan lebih terasa lagi. Badrul tahu Nurul masih belum dapat menerima kenyataan bahawa keputusan yang dibuat oleh Sapura bukan berpunca darinya. Badrul cuba menepis tanggapan terhadap Nurul. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Perlahan-lahan dia membetulkan duduknya. Memang dia patut menduga tindakan Sapura itu. Memang satu keajaiban jika dia tidak menerima surat sebegitu dari Sapura. Isteri mana yang dapat menerima kenyataan? Isteri mana yang secara rela dimadu? Memang perkara luar biasa sekiranya Sapura dapat menerima ini semua, keluh Badrul. Badrul termenung seketika. Fikirannya semakin jelas membayangkan wajah Nurul bersama anak mereka yang masih kecil. Alangkah kasihannya anak kecil itu kerana terpaksa kehilangan seorang ayah. Seorang ayah yang telah meranapkan kegembiraan mereka tiga beranak. Seorang ayah yang telah secara tidak sengaja tersasar arah tujuannya. Benaknya masih berada dalam gelodak perasaan bersalah. Bersalah kerana membiarkan Sapura kehilangan tempat bergantung. Bersalah kerana meninggalkan beban kepada Nurul. Bersalah kerana mencorakkan wajah kehidupan anak kecilnya dengan tinta hitam. Kenapa? Badrul tersentak dari lamunan. Dia tidak sedar yang sedari tadi teman sebilik yang setia itu asyik memerhatinya. Dia minta putus. Sahut Badrul malas. Siapa? Tanya teman sebiliknya itu lagi. Yang nombor satu. Hmmm...biasalah perempuan. Tapi, aku sayangkan dia.

159

air mata cinta

Kau sayangkan dia tapi dia tak sayangkan kau. Mana kau tahu? Tanya Badrul kasar. Kalau sayang dia tak minta putus. Begitu mudah teman sebiliknya membuat kesimpulan. Badrul senyap. Berapa dia tuntut? Tanya temannya lagi. Tak ada apa. Jawab Badrul. Hah...! Tercengang. Ya, tak ada apa. Cuma minta putus saja. Terang Badrul. Dia memang tak mahu ada hubungan dengan kaulah tu. Badrul angguk. Sudahlah Badrul. Lupakan aje. Lagipun lama lagi kita duduk dalam bilik kecik ni. Badrul baring menelentang. Dia berfikir sejenak. Kebenaran kata temannya itu diakui dalam diam.

160

Rabiatul Adawiyah

bab

11

apura tidak senang duduk menanti kepulangan Nabila yang telah dua minggu meninggalkan rumah. Walaupun, dia tahu Nabila dilayan dengan baik oleh datuk dan neneknya di kampung, naluri keibuannya tetap menebal. Dia tidak pernah berenggang dengan Nabila untuk satu tempoh yang begitu lama. Pernah dia tidak lalu makan selama lima hari tatkala Nabila mengikuti projek kemanusiaan yang dianjurkan oleh pihak universiti selama dua minggu di Perlis. Disebabkan kerinduan yang amat sangat, Sapura sanggup turun ke Perlis dan menginap di sebuah hotel semata-mata untuk dekat dengan Nabila. Sapura mengutuk dirinya sendiri kerana memberikan syarat agar mereka tidak berhubungan selama Nabila berada di kampung. Dia sekadar menguji Nabila kerana dia tidak yakin

161

air mata cinta

ibu dan ayahnya akan menerima Nabila. Namun tekaannya meleset. Kehadiran Nabila di sisi ibu dan ayahnya telah menyebabkan Nabila lupa seketika tentang Sapura yang menanti dengan penuh tanda tanya. Pagi itu sebaik sahaja selesai bersarapan, Sapura bersiap untuk ke pejabat seperti biasa. Dia berhasrat untuk membeli sedikit barang keperluan selepas balik dari pejabat nanti. Sejak Nabila tiada di rumah, Sapura tidak pernah memasak. Hari ini dia berhajat untuk memasak lauk kegemaran Nabila. Pastinya setelah dua minggu meninggalkan rumah, Nabila akan merindukan masakannya. Sepanjang hari di pejabat, Sapura asyik resah hingga ditegur oleh Mariam. Puan, puan tak sihat ke? Saya lihat sejak tadi puan resah aje. Tegur Mariam. Tak, saya okay. Agaknya saya tak makan tengah hari tadi, itu yang buat saya tak selesa agaknya. Sapura memberikan alasan atas pertanyaan Mariam. Puan nak saya belikan something untuk mengisi perut puan? Perut kosong nanti puan kena sakit pula. Mariam menawarkan khidmatnya. Boleh juga, awak belikan saya fast food sajalah. McDonald boleh? Lagipun dah lewat ni, nak makan nasi dah tak lalu saya. Tanya Sapura. Boleh. Saya pergi sekarang, puan. Sapura menghulurkan wang kertas sepuluh ringgit kepada Mariam. Memang benar kata Mariam, perutnya sudah mula merasa mual kerana tidak diisi sejak pagi tadi. Sapura memandang ke arah jam meja yang terletak di hadapannya. Jarum jam menunjukkan waktu sekarang sudah melewati jam tiga petang. Patutlah perut aku dah masuk angin. Desis hati

162

Rabiatul Adawiyah

kecil Sapura. Deringan telefon mengejutkan Sapura buat seketika. Dengan pantas tangannya mencapai gagang telefon. Hello.... Sapura bersuara. Hello...mak, Nabila ni. Kedengaran suara Nabila jelas di hujung corong talian. Sapura terpana seketika. Nabila? Betul ke ni Nabila anak mak? Tanya Sapura bergurau. Alah mak ni. Betullah ini Nabila. Hari ini mak balik pukul berapa? Tanya Nabila lagi. Hmm...sebab anak mak dah ada kat rumah tentulah mak balik awal. Nanti mak masakkan lauk kegemaran Nabila ya. Kita makan sama-sama, dah lama mak tak makan di rumah tau. Suara Sapura seakan merajuk. Ya lah tu. Tapi hari ini Nabila yang akan masakkan mak pula. Nabila dah tahu lauk kegemaran mak. Biar Nabila yang masak ya, mak. Sapura tersentak. Macam mana Nabila tahu? Mak...kan Nabila balik rumah nenek, neneklah yang bagi tahu dan Nabila akan buat surprise untuk mak. Jangan lupa balik awal ya mak. Bye. Belum sempat Sapura bertanya lebih lanjut, Nabila lebih dahulu meletakkan gagang telefon. Sapura menggelengkan kepala mendengar kata-kata Nabila tadi. Entah surprise apa yang hendak dibuat oleh Nabila. Sapura tertanya-tanya sendiri.

SEBaik sahaja sampai di rumah, Nabila mengaturkan bilik tetamu di rumahnya untuk Pak Hamid dan Mak Dah. Pak Hamid dan Mak Dah tergamam melihat keselesaan rumah

163

air mata cinta

Sapura, anak yang pernah mereka halau suatu ketika dahulu. Pak Hamid mengeluh kesal. Mak Dah hampir mengalirkan air mata sebaik sahaja sampai di halaman rumah Sapura. Walaupun halamannya tidak seluas halaman rumahnya di kampung, tetapi kedamaian landskap yang teratur dan unik amat ketara. Kenapa nek? Nenek menangis? Tanya Nabila manja. Dia mengusap bahu Mak Dah dengan lembut. Entahlah Nabila, nenek rasa sedih sangat. Tak sangka akhirnya emak kamu mampu jadi orang juga. Mak Dah mengesat air mata yang mengalir dengan hujung lengan baju kurungnya. Sudahlah nek, kisah yang lama jangan dikenang. Sekarang kita masuk dulu, Asar pun dah nak masuk ni. Nenek dengan atuk berehatlah dulu ya. Nabila nak siapkan bilik. Maaflah bilik tak berkemas lagi sebab tak sangka nak bawa atuk dan nenek sekali. Nabila... Panggil Pak Hamid. Nabila yang mula menyusun langkah ke arah pintu rumah terhenti mendengar panggilan itu. Kenapa tok? Nabila berpaling ke arah Pak Hamid. Atuk...atuk...rasa tak sedap hatilah. Apa kata mak kamu nanti? Kami ni tetamu tak diundang. Perlahan sekali suara Pak Hamid. Sepanjang perjalanannya tadi kotak fikiran Pak Hamid bermain dengan persoalan itu. Dia tidak pasti sama ada Sapura dapat memaafkan segala kesalahannya. Adakah Sapura masih menaruh dendam terhadapnya? Sudah terhapuskah kemarahan Sapura terhadap mereka? Bagaimanakah nanti dia dan Mak Dah hendak berhadapan dengan Sapura yang telah berpuluh tahun tidak ditemuinya? Persoalan demi persoalan

164

Rabiatul Adawiyah

yang tidak berjawab itu seolah-olah menghempap diri Pak Hamid. Atuk... janganlah fikirkan perkara yang bukanbukan. Nabila tahu sikap mak Nabila macam mana. Dia bukanlah jenis orang yang lupa daratan. Mak bukan tak mahu jumpa apatah lagi menerima atuk dan nenek, tapi sebenarnya mak rasa tertekan. Tertekan dengan larangan atuk dan terhimpit dengan kehendak diri. Sudahlah jangan difikirkan sangat. Nabila memimpin Mak Dah masuk ke dalam rumah. Pak Hamid mengekori mereka merapati pintu masuk rumah itu. Kalau mak bersikap sebaliknya, malam ini juga Nabila akan bawa atuk dan nenek kembali ke kampung. Nabila juga akan tinggal di kampung dengan atuk dan nenek. Nabila tak boleh terima kalau ibu yang Nabila sanjung selama ini tidak mahu memohon ampun dan maaf terhadap orang tuanya atas perbuatannya dahulu. Walaupun atuk dan nenek turut bersalah dalam perkara ini, tapi semuanya kan berasas. Terang Nabila panjang lebar bagi menenangkan perasaan Pak Hamid dan Mak Dah yang sedang berkecamuk. Mak Dah melangkah perlahan sewaktu kakinya menjejaki lantai rumah Sapura. Cantik, puji Mak Dah dalam diam. Cantik tak nek rumah Nabila? Tanya Nabila seolaholah dapat membaca isi hati Mak Dah. Mak Dah sekadar mengangguk dan menghadiahkan senyuman. Nabila meletakkan beg baju Pak Hamid dan Mak Dah ke lantai. Atuk dengan nenek duduk kejap ya, nanti Nabila tengok apa yang ada kat dapur. Selalunya kalau tak ada orang, peti sejuk tu kosong. Mak bukannya nak makan sorang-sorang

165

air mata cinta

kat rumah. Nabila mengatur langkah ke dapur. Tidak lama kemudian, Nabila menatang sedulang air oren bersama sedikit buah epal yang telah dipotong kecilkecil. Mata Pak Hamid dan Mak Dah melilau melihat susunan perabot yang terdapat di ruang tamu rumah itu. Beberapa keping gambar bergantungan di dinding dan juga tersusun kemas di atas almari hiasan. Mak Dah bangun dari duduknya dan meneliti gambar Sapura. Walaupun usianya sudah empat puluhan, namun raut wajah Sapura masih tidak berubah. Mak Dah menyentuh lembut potret gambar Sapura yang terletak di almari kaca. Naluri Pak Hamid tertanya-tanya mengapa gambar yang tertera di dalam rumah itu hanyalah gambar Sapura dan Nabila. Di manakah Badrul, lelaki yang kononnya amat mencintai Sapura suatu ketika dulu? Pak Hamid menahan perasaan ingin tahunya dengan baik. Pastinya dia akan tahu cerita sebenarnya tidak lama lagi. Hmm.... nek, atuk...mari minum. Nabila meletakkan dulang yang ditatangnya di atas meja. Ini saja yang ada, tok. Atuk dengan nenek minum dulu, Nabila nak naik ke atas kemaskan bilik sekejap. Tak payahlah susah-susah Nabila. Nanti nenek kemaskan. Tegah Mak Dah. Hish! Apalah neneknya, ada ke tetamu nak disuruh kemas sendiri. Tak adalah susahnya, nek. Bilik tu bukannya bersepah sangat. Bilik tu memang dah sedia kemas. Cuma Nabila nak pastikan barang-barang dalam bilik tu cukup atau tak. Nabila mengatur langkah menuju ke tingkat atas. Nabila segera melihat ke dalam almari baju dan juga persiapan di bilik mandi. Bilik ini memang sentiasa dikemaskan kerana bilik inilah yang selalu digunakan olehnya ketika

166

Rabiatul Adawiyah

mengajak rakan-rakan seuniversitinya belajar bersama. Kadang-kala dia juga ada mengajak rakan sekelasnya yang tidak dapat balik bercuti pada tiap semester untuk tinggal bersamanya. Ibunya juga tidak pernah menegah dia membawa rakan-rakannya tinggal di situ. Malah Sapura berasa senang hati dengan kehadiran rakan-rakan Nabila. Secara tidak langsung kehadiran mereka membuatkan rumah itu sedikit bernyawa. Setelah puas hati dengan keadaan bilik tersebut, Nabila turun mendapatkan Pak Hamid dan Mak Dah. Atuk, nenek, bilik dah siap. Marilah. Nabila mengangkat beg baju yang tadi terletak di atas lantai. Pak Hamid dan Mak Dah membuntuti Nabila mendaki anak tangga rumah itu. Cantiknya bilik ni Nabila. Tak apa ke nenek tidur kat sini? Mak Dah terpegun dengan keindahan bilik tetamu tersebut. Terima kasih, nek. Bilik ini Nabila yang hias. Maklumlah kan Nabila ambil jurusan hiasan dalaman, jadi hampir kesemua hiasan dalam rumah ini Nabila yang buat. Tapi yang kat luar tu uncle yang buat. Terang Nabila panjang lebar Uncle? Mak Dah rasa terkejut mendengar perkataan itu. Hmmm... nanti atuk dan nenek akan jumpa dia juga. Berehatlah dulu ya, Nabila nak keluar sekejap, nak ke kedai. Lepas ni nanti kita boleh masak surprise untuk mak. Bolehkan, nek? Tanya Nabila dengan nada manja. Boleh. Jalan baik-baik. Mak Dah mengekori langkah Nabila dengan ekor mata.

167

air mata cinta

Pak Hamid merebahkan badannya di atas katil empuk itu. Tak sangka ya Mak Dah, Sapura dah berjaya dalam hidupnya. Dulu kita sumpah dia, nampaknya sumpahan saya tu tak menjadi. Mak Dah tersengih mendengar kata-kata Pak Hamid. Sudahlah bang. Kita buang yang keruh ambil yang jernih. Pujuk Mak Dah. Tapi dapat kah si Pura terima kita? Aku takut kalaukalau nanti dihalaunya kita, macam mana? Kita bukannya tahu tempat ni. Kuala Lumpur pun tak pernah kita jejak, baru inilah kita sampai. Pak Hamid menambah kegusaran hati Mak Dah. Paknya, saya kenal dengan hati budi budak Pura tu. Dia takkan sanggup buat macam tu pada kita. Cuma kita saja yang sanggup patahkan hatinya. Sindir Mak Dah. Pak Hamid diam. Dia akui kata-kata Mak Dah. Sapura tidak pernah melukakan hati mereka selama ini hinggalah hal perkahwinannya ditimbulkan. Rasa cinta yang teramat mendalam terhadap Badrul telah mengabui mata hati Sapura. Mak Dah mengeluarkan telekung dan sejadah dari dalam beg bajunya. Dia bangun menuju ke bilik air. Malas dia hendak melayan perasaan bersalah Pak Hamid. Dia cukup masak dengan perangai suaminya yang sering kali menyalahkan dirinya atas apa yang telah berlaku. Sebaik sahaja selesai membeli beberapa barangan keperluan, Nabila terus bergegas pulang. Jam sudah menunjukkan angka 4.00 petang. Tidak lama lagi ibunya akan pulang dari pejabat dan sampai di rumah selewat-lewatnya jam enam. Nabila menyanyi-nyanyi kecil sepanjang perjalanan

168

Rabiatul Adawiyah

pulang dari kedai. Hatinya begitu gembira kerana berjaya menemukan ibunya dengan datuk dan neneknya. Namun Nabila tidak pasti reaksi Sapura nanti. Nabila berdoa agar segala yang dirancang akan menghasilkan sesuatu yang menggembirakan. Dia juga berdoa agar Sapura dapat menerima kedatangan Pak Hamid dan Mak Dah dengan baik. Hidangan malam sudah pun siap setelah satu jam Nabila dan Mak Dah bergabung tenaga di dapur. Nabila menyusun pinggan mangkuk untuk makan malam di atas meja. Kelihatan kemas dan teratur disusunnya. Wah! Sedapnya lauk pauk ni semua, nek. Tentu mak terkejut nanti kan. Nek, Nabila nak mandi dulu ya. Badan pun rasa melekit dah ni. Kata Nabila sambil menghidu lengan baju T yang dipakainya. Hah! Pergilah mandi. Bau masam badan tu sampai ke hidung ke nenek ni. Ujar Mak Dah seraya bergurau. Nabila mencubit mesra lengan Mak Dah sambil berlalu pergi.

pak Hamid menikmati udara petang di luar rumah sementara menanti kedua-dua wanita itu selesai memasak. Dia mengambil tempat duduk di penjuru halaman. Terdapat buaian di situ dan sebuah meja kecil dengan empat tempat duduk. Rumah teres dua tingkat yang berada di kedudukan tepi dan mempunyai ruang tanah yang agak luas berbanding dengan rumah lain, amat cantik mata memandang. Pak Hamid kagum dengan pencapaian Sapura. Walau pernah dibuang keluarga, Sapura tetap mampu membina kehidupan yang sempurna. Pak Hamid mengeluh kecil. Susunan taman kecil di rumah itu amat memikat hati Pak Hamid. Terdapat kolam kecil yang dipenuhi dengan

169

air mata cinta

ikan-ikan yang dijaga sempurna. Nyata sekali Sapura menitik beratkan kesempurnaan. Warna dinding luar rumah itu juga kelihatan menarik. Kombinasi warna-warna pastel yang digunakan membuatkan sesiapa saja yang memandang akan berasa kagum. Assalamualaikum! Suara itu mengejutkan Pak Hamid dari lamunan. Dia berasa terkejut dengan teguran itu. Pak Hamid segera memandang ke arah suara yang memberi salam tadi. Ayah! Pak Hamid tergamam. Pak Hamid bungkam. Pura? Pura, anak ayah? Sapura turut tergamam. Sebenarnya sedari tadi Sapura cuba mengamati lelaki itu dari jauh. Namun, keasyikan lelaki itu dengan ikan-ikan di kolam membuatkan dia alpa seketika. Debaran jantung Sapura kian kencang sewaktu menghampiri lelaki itu kerana dia begitu pasti bahawa lelaki itu adalah Pak Hamid, ayahnya. Aaa... ayah...? Seakan hampir tidak keluar suara Sapura dari kerongkongnya. Pak Hamid yang tadinya sedang asyik melayan ikanikan di kolam buatan itu tersentak seketika. Perlahan-perlahan Pak Hamid memusingkan badannya. Lidah Pak Hamid jadi kelu tatkala matanya menatap wajah yang telah berpuluh tahun tidak ditemuinya. Sapura merenung wajah Pak Hamid penuh kerinduan. Wajah tua inilah yang selama ini ingin ditemui namun keras hatinya yang sekeras kerikil mematahkan keinginannya. Perlahan-lahan Sapura merapati Pak Hamid yang masih tercegat di tepi kolam ikan. Beg bimbit yang dibawa dari pejabat tadi diletakkan di atas rumput. Debaran jantung

170

Rabiatul Adawiyah

Sapura semakin kencang. Kerinduan Pak Hamid pada anak tunggalnya hampir lupus sebaik sahaja dia dapat menatap wajah Sapura. Pak Hamid merenung Sapura dari hujung rambut hingga hujung kaki. Gaya pakaian Sapura melambangkan kemewahan yang di kecapinya. Penampilan Sapura menampakkan status kejayaannya sebagai wanita korporat. Keayuan wajah Sapura masih belum luntur. Sapura masih seperti dua puluh lima tahun yang lalu. Pak Hamid menarik nafas panjang. Ayah...ayah.... Ayah... Pura minta ampun dan maaf atas kesalahan Pura pada ayah selama ini. Pura anak derhaka. Pura tidak pernah nak mendengar cakap ayah. Pura banyak dosa pada ayah. Ampunkan Pura, ayah. Sapura menyambar tangan Pak Hamid dan diciumnya berulang kali. Air mata yang telah sedia tergenang di pelupuk matanya terus mengalir laju tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Air matanya semakin banyak jatuh di atas tangan Pak Hamid. Pak Hamid turut terharu. Mata Pak Hamid turut merembes air mata kerinduan dan kesyukuran dengan pertemuan ini. Sapura terjelepok di sisi Pak Hamid. Sedunya semakin kuat. Sapura ingin sekali sujud di kaki Pak Hamid bagi menebus kesalahannya selama ini. Kesalahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Kesalahan kerana ingkar dengan perintah orang tua. Sapura tidak ingin melepaskan pegangannya. Jika boleh dia mahu memohon ampun dan maaf sebanyak mungkin dari Pak Hamid. Tangisan Sapura kian kuat dan lebat. Air mata Pak Hamid turut berlumba-lumba keluar dari pelupuk matanya. Pura, bangun nak. Kau tidak bersalah. Ayah yang

171

air mata cinta

bersalah. Ayah terlalu berkeras dengan kau hinggakan ayah sanggup membuang kau, darah daging ayah sendiri. Pak Hamid menarik Sapura agar bangun dari sujudnya. Pak Hamid segera merangkul Sapura sekuat hati. Tiada apa yang dapat mengubat kerinduan seorang ayah terhadap anak tunggalnya selama ini. Terhincut -hincut bahu Pak Hamid dan Sapura menahan tangis. Untuk beberapa ketika situasi pilu itu berlalu. Setelah puas melepaskan rindu dan sedu, Pak Hamid merungkaikan pelukannya. Pak Hamid mengusap kepala Sapura dengan lembut bagaikan mengusap anak kecil. Pak Hamid memandang Sapura puas-puas. Dia berasa lega kerana telahannya mengenai Sapura meleset. Sapura masih tidak melepaskan tangan Pak Hamid dari genggamannya. Rindu yang dipendamnya selama ini terhadap Pak Hamid sudah terlerai. Sungguh dia tidak menyangka dapat bertemu dengan ayahnya. Sapura bagaikan di dalam alam mimpi. Mimpi bertemu dengan Pak Hamid. Tetapi Sapura segera sedar bahawa ini bukan lagi mimpi tetapi realiti. Suasana syahdu yang sedang berlangsung beberapa ketika itu turut ditonton oleh Mak Dah dan Nabila. Mak Dah hampir menitiskan air mata melihat adegan sedih antara Sapura dan Pak Hamid. Nabila menggosok lembut bahu Mak Dah yang terhincut-hincut menahan sedu. Sabarlah nek. Alhamdulillah, nampaknya tak sia-sia nenek dan atuk datang ke mari. Mari kita sertai mereka, nek. Ajak Nabila sambil tangannya menarik tangan Mak Dah. Mak Dah menuruti langkah Nabila yang semakin menghampiri Pak Hamid dan Sapura. Dia yang membelakangkan mereka tidak sedar dengan kehadiran Mak Dah

172

Rabiatul Adawiyah

dan Nabila. Ayah, mak tak datang ke mari? Tanya Sapura setelah tangisnya reda sedikit. Mak ada di sini, nak. Mak Dah menyahut pertanyaan Sapura. Sapura lantas berpaling ke belakang sebaik sahaja mendengar suara Mak Dah. Mak... Sapura merangkul Mak Dah dengan kuat. Tangisan yang sudah agak reda tadi menjadi kuat semula. Hati Nabila berasa amat terharu dengan situasi itu. Selama ini dia tidak pernah melihat ibunya menangis sebegitu rupa. Tetapi kali ini Nabila dapat melihat sendiri tangisan Sapura yang lahir dari hati yang ikhlas. Nabila mengesat air matanya dengan hujung baju T biru yang dipakainya. Sedu Mak Dah juga kuat sekuat rangkulan Sapura. Lebih dua puluh tahun dia tidak dapat merasai kehangatan pelukan Sapura sejak Sapura lari meninggalkan rumah dahulu. Bahu kedua-dua wanita yang sedang melepaskan rindu dendamnya selama ini masih terhincut-hincut menahan tangis. Pak Hamid yang sudah agak reda sedunya, turut merasa terharu sekali lagi. Mak...Pura minta ampun dan maaf dari mak. Pura banyak berdosa dengan mak. Pura tak dengar cakap mak. Pura dah memalukan keluarga, dah menconteng arang di muka mak dan ayah. Suara Sapura tenggelam timbul dalam tangisnya. Pura... Pura tak bersalah, nak. Kami juga bersalah. Sebagai orang tua, mak dan ayah tak pernah nak ambil tahu tentang hati dan perasaan kamu. Kami juga bersalah kerana pentingkan diri sendiri. Mak Dah melepaskan rangkulannya. Dia mengesat air mata Sapura yang masih mengalir laju. Tapi Pura dah menconteng arang ke muka mak dan

173

air mata cinta

ayah. Pura tak pernah nak ambil tahu akan akibatnya. Bagaimana mak dan ayah menghadapi orang kampung. Bagaimana mak dan ayah menghadapi Pak Long dan Mak Long. Semua itu tidak pernah Pura fikirkan dulu. Suara Sapura tenggelam timbul dalam tangisnya. Sapura terkenangkan berita yang dibawa oleh Khalid mengenai kehidupan Mak Dah dan Pak Hamid tidak lama setelah dia melarikan diri. Ternyata Pak Hamid dan Mak Dah terpaksa menanggung malu yang amat sangat. Hinggalah Mak Dah jatuh sakit kerana tidak tahan dengan sindiran orang kampung mengenai anak dara yang lari dari rumah. Pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada Mak Dah dan Pak Hamid. Berkat keimanan yang masih menebal di dalam diri mereka, mereka mampu juga untuk menghadapinya. Hari demi hari, minggu demi minggu dan tahun berganti tahun, cerita-cerita itu akhirnya lenyap begitu sahaja. Sudahlah Pura, semua itu sudah berlalu. Mak dan ayah dah lali dengan semua itu. Pujuk Mak Dah. Nabila yang sedari tadi membisu sambil memerhatikan peristiwa pilu di hadapannya mendekati Sapura. Mak, Nabila minta maaf kerana membawa atuk dan nenek ke rumah kita tanpa izin mak. Kata Nabila perlahan. Sapura memegang tangan Nabila dengan lembut. Sapura menarik Nabila agar hampir kepadanya lalu didakapnya penuh kasih sayang. Kasih yang tidak pernah berbelah bahagi. Tak Nabila, mak rasa inilah perkara yang paling mak hargai. Terima kasih Nabila. Sapura cuba menenangkan Nabila yang dilanda kerisauan. Suasana sepi seketika. Wajah-wajah sedih bertukar

174

Rabiatul Adawiyah

menjadi ceria. Bagi Sapura inilah harinya yang teramat indah dirasakan. Pasti tidurnya nanti dibuai mimpi indah. Hasrat Nabila sudah tercapai, malah dia tidak menyangka ibunya berterima kasih kepadanya. Oh! Terima kasih ya Allah. Bisik Nabila. Kalau macam tu, marilah kita masuk ke dalam. Hari pun dah hampir Maghrib. Dah lama rasanya kita kat luar ni. Nabila mengesyorkan kepada mereka. Ya lah, hidangan tu pun dah hampir sejuk rasanya. Mak masak lauk kegemaran Pura. Dah lama Pura tak makan masakan mak kan. Mak Dah memimpin tangan Sapura masuk ke dalam rumah. Mak masak? Bukan Nabila? Tanya Sapura cuba menceriakan suasana. Hei cucu mak ni, makan tahulah. Tengoklah badan dia, dua minggu di kampung dah gemuk. Usik Mak Dah. Alah nenek ni. Janganlah bocor rahsia. Nabila mencubit lembut lengan Mak Dah. Malam itu suasana rumah teres dua tingkat itu kelihatan ceria sekali. Tidak pernah keceriaan itu mengisi ruang rumah itu selama ini.

175

air mata cinta

bab

12

agi itu Nabila sampai awal di pejabat. Dia menyanyinyanyi dengan perlahan ketika menuju ke arah meja kerjanya. Waktu itu tidak ada lagi rakan-rakannya yang telah masuk ke pejabat. Dua minggu meninggalkan pejabat itu, Nabila begitu amat merindukan kerja-kerjanya yang terbengkalai. Ketika dia melintasi pejabat Fendi, kedengaran suara yang perlahan dari dalam bilik yang pintunya tidak ditutup rapat. Nabila cuba mengintai tetapi dia tidak dapat melihat sesiapa pun di dalam bilik itu. Agaknya dia bercakap dalam telefon. Bisik hati kecil Nabila. Nabila mengangkat kedua-dua bahunya sambil melangkah pergi. Ah! Biarlah itu hal dia, buat apa aku susahsusah nak ambil tahu. Nabila merungut di dalam hati. Diia

176

Rabiatul Adawiyah

berasa hairan kerana Fendi sudah berada di pejabat lebih awal dari sepatutnya. Matanya memerhatikan jam di tangan, baru pukul 7.20 pagi! Getusnya lagi. Hairan! Nabila masih bermain dengan teka-teki. Nabila menyusun serba sedikit barang-barang yang berada di atas mejanya. Dia membelek-belek fail yang berlonggok di hadapannya. Dua minggu meninggalkan tugas hariannya, membuatkan dia lupa beberapa perkara. Komputer di hadapannya dihidupkan. Fikirannya menerawang jauh ke rumah. Entah apa yang sedang dibualkan oleh ibu bersama datuk dan neneknya. Tentu pelbagai cerita dikupas dan dileraikan. Sapura mengambil cuti pada hari itu untuk menemani kedua-dua ibu dan bapanya. Nabila ingin turut serta bersama tetapi dilarang oleh Sapura. Mana mungkin setelah dua minggu bercuti, Nabila harus menyambung sehari lagi cuti. Pastinya Fendi akan mengamuk, itu kata Sapura. Hakikatnya Nabila mengerti bahawa Sapura perlukan masa bersama Pak Hamid dan Mak Dah. Nabila tersentak tatkala Fendi berdeham di hadapannya. Fendi menarik kerusi di meja sebelah lalu duduk berhadapan dengan Nabila. Nabila tersipu-sipu dengan lamunannya sebentar tadi. Entah bila pula Fendi selesai bergayut di telefon. Desis Nabila. Fendi merenung tajam ke arah Nabila. Nabila berasa hairan dengan perangai yang ditunjukkan oleh Fendi. Ke...kenapa En. Fendi? Tanya Nabila gugup. Dia membetulkan baju kurung kuning yang dipakainya dan diselaknya anak rambut yang berjuntai di dahi. Aku salah bersolekkah? Baju aku tak elokkah? Nabila tertanya-tanya. Apa yang awak menggelabah sangat ni? Fendi mula

177

air mata cinta

mengusik. Tak adalah. Manalah tahu ada yang tak kena pada saya ni. Jumpa klien nanti haru dibuatnya. Jawab Nabila tenang. Dua minggu tak tengok awak, tu yang rindu tu. Mata Fendi memandang tepat ke arah anak mata Nabila. Bukan dia tidak tahu bahawa Nabila tidak suka dibuat begitu. Sebaliknya, dia sengaja berkata begitu. Bagi Nabila, Fendi hanya bergurau tetapi tidak sebaliknya bagi Fendi. Dia amat senang berbual dan berbincang dengan Nabila. Fendi merasakan ada sesuatu yang menarik mengenai anak gadis yang satu ini. Kehidupan Nabila begitu mudah dan tidak banyak kerenah. Itu yang amat menyenangkan Fendi. Berilah apa saja kerja kepadanya pasti dia akan melakukannya dengan senang hati. Bagaimana dengan masalah awak? Dah selesai? Tanya Fendi. Sudah. Dan hasilnya amat memuaskan. Jawab Nabila sambil tersenyum lebar. Eloklah tu, lepas ni bolehlah awak tolong selesaikan masalah saya pula. Ujar Fendi. Dia menyandarkan badannya ke belakang. Dua tiga orang pekerja mula muncul di pejabat dan setelah mengetip kad perakam waktu, mereka keluar semula. Bersarapan barangkali, agak Fendi. En. Fendi ada masalah? Tanya Nabila seolah-olah tidak percaya. Selama dia mengenali Fendi, tidak pernah sekalipun Fendi mengadu mengalami masalah. Awak ingat air yang tenang tidak ada buaya ke? Fendi mula berperi bahasa.

178

Rabiatul Adawiyah

Masalah kerja bolehlah saya cuba tolong. Itu pun kalau saya mampu tolong. Nabila merendah diri. Baguslah kalau macam tu. Taklah saya keseorangan menyelesaikan masalah ini. Fendi ketawa kecil. Tapi kalau masalah dengan awek, saya tak berani. Nanti nahas saya. Tak fasal-fasal kena adegan tarik rambut. Balas Nabila sambil tergelak kecil. Fendi masih lagi tertawa malah kali ini agak kuat. Awak ni, tak habis-habis ingat saya ada awek ya. Bukan, bukan masalah perempuan. Sebenarnya masalah keluarga saya. Nabila tercengang. Bukan dia tidak mahu membantu Fendi tetapi seboleh mungkin dia tidak mahu mencampuri urusan peribadi orang lain. Nabila berasa serba salah. Mengapakah pula Fendi meminta pertolongannya, kenapa tidak orang lain? Nabila tertanya-tanya sendiri di dalam hati. Jangan risaulah. Bukannya peribadi sangat. Cuma saya nak minta tolong awak, carikan orang buatkan sepasang baju istimewa untuk emak saya. Saya nak berikan dia sebagai hadiah hari lahirnya pada hujung bulan ni. Baju itu mesti istimewa sebab sambutan kali ini ayah saya akan turut serta. Nabila menarik nafas panjang kelegaan. Saya ingatkan apa tadi. Tapi, macam mana saya nak tolong? Bukannya saya kenal emak En. Fendi. Balas Nabila semula. Ya Allah, emak awak kan pereka fesyen terkenal. Jadi mintalah tolong dia buatkan. Mesti dia boleh buat punya. Fasal upah saya tak kira berapa asalkan istimewa. Bukan fasal upah. Tapi macam mana nak ambil ukuran badannya? Sehebat-hebat mak saya pun, bukannya dia ahli nujum yang boleh buat baju sesuka hati. Leter Nabila

179

air mata cinta

panjang. Fendi tersenyum panjang mendengar leteran Nabila. Tak payah risau. Itu semua sudah beres. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg kertas yang diletaknya di sisi tadi. Fendi mengeluarkan sepasang baju kurung pesak dan sepasang kain ela yang amat cantik warnanya. Kain sutera itu begitu lembut dirasai di tapak tangan. Wow! Cantiknya En. Fendi. Bertuahlah emak En. Fendi, ya. Fendi tergelak kecil mendengar kata-kata Nabila. Bukannya apa sangat dengan hadiah ini jika dibandingkan dengan pengorbanan emak saya membesarkan saya. Kata-kata Fendi meresap ke jiwa Nabila. Dia juga menghadapi keadaan yang sama seperti Fendi. Hanya seorang wanita yang bergelar ibu selama ini telah bertungkus-lumus mencari sesuap nasi untuk membesarkannya. Nabila mengeluh sendirian. Saya kena beritahu emak saya dulu, En. Fendi. Takut juga kalau dia kata tak boleh nak buat. Fendi mengetuk meja dengan hujung pensel. Wajahnya nampak sedikit kecewa. Bukan maksud saya tak mahu buat. Tapi manalah tahu emak saya ada show dalam masa terdekat, takut tak sempat buat. Pantas saja Nabila menyambung alasannya. Sebenarnya bukan Sapura ada pertunjukan tetapi Nabila seboleh mungkin tidak mahu mengganggu kegembiraan yang sedang dinikmati oleh ibunya. Nabila tidak mahu ada gangguan terhadap ibunya untuk waktu terdekat ini. Saya faham tapi you cubalah dulu. Kalau dia tak dapat buat pun minta dia rekomen seseorang. Fendi masih belum mahu mengalah. Nabila angguk mengiakan. Dia berasa kasihan melihat

180

Rabiatul Adawiyah

wajah Fendi yang tadinya ceria kini mendung sedikit. Jam di dinding sudah menunjukkan jam 8.30 pagi. Fendi bangkit dari duduknya dan menuju ke biliknya. Nabila menyimpan kain yang diserahkan kepadanya sebentar tadi di dalam laci. Petang nanti dia akan cuba bertanya kepada ibunya. Jika ada rezekinya, ibunya pasti tidak akan menolak permintaan Fendi. Beberapa orang rakan sekerjanya menegur Nabila setelah lama tidak berjumpa. Nabila berasa senang hati kerana akhirnya dia kembali juga ke dunia realitinya semula. Selesai makan malam, Nabila membantu Sapura mengemas meja makan. Wajah Sapura kelihatan ceria sejak semalam. Pak Hamid dan Mak Dah sudah lama menghilangkan diri di ruang tamu menghadap televisyen yang sekarang ini sedang menayangkan Berita Perdana. Ada apa, Nabila? Tegur Sapura. Nabila tersentak. Err...tak ada apa-apa mak. Jawab Nabila ringkas. Jangan berdalih dengan mak, Nabila. Mak tahu ada sesuatu yang Nabila nak katakan. Cakaplah. Nabila berasa serba salah. Tangannya masih lagi ligat mencuci pinggan mangkuk yang penuh di singki. Malam itu, empat jenis lauk telah dimasak oleh Sapura dan Mak Dah. Sapura mendekati Nabila. Dia mengelap dapur masak dengan kain lap. Setelah selesai dia menyangkutkan kain lap itu di tempatnya. Dia tahu ada sesuatu yang hendak disampaikan oleh Nabila tetapi tidak disuarakan. Sapura menyambut pinggan yang telah dicuci oleh Nabila untuk dibilas di singki sebelah. Apa saja perubahan yang berlaku pada diri Nabila, pastinya Sapura akan lebih dahulu menyedari. Tiidak ada perkara lain yang hendak diawasi selain anak gadisnya yang

181

air mata cinta

satu ini. Hmm.... Nabila berdeham. Sebenarnya Nabila nak minta tolong satu perkara. Nabila mula berbicara. Sapura masih sabar menanti. Apa dia? Tanya Sapura laju selaju air yang keluar dari mulut paip. Bos Nabila kat opis tu minta tolong Nabila sampaikan pada mak. Nabila menelan air liur. Dia bimbang ibunya akan menolak permintaan Fendi dan bagaimana dia hendak menjawab kepada Fendi nanti. Tolong apa? Desak Sapura. Dia nak minta mak jahitkan baju yang paling istimewa untuk emaknya sebagai hadiah. Akhirnya terlontar juga kata-kata itu dari mulut Nabila. Sebaik saja tamat Nabila berkata-kata, Sapura ketawa geli hati. Laa....itu yang nak dicakapkan dari tadi. Sapura menyambung tawanya. Mak tak marah? Tanya Nabila sambil memandang ke arah ibunya. Sapura menggeleng-gelengkan kepala. Nak marah buat apa. Bukannya Nabila minta yang bukan-bukan. Insya-Allah, mak akan buatkan. Lagipun untuk seminggu dua ini mak berehat dari mengadakan pertunjukan. Mak nak lepaskan rindu mak pada atuk dan nenek kamu. Sapura menoleh ke arah ruang tamu di mana kelihatan Pak Hamid dan Mak Dah sedang duduk menyandar kekenyangan. Nabila mengangguk tanda faham. Terima kasih mak. Tentu Fendi suka. Siapa nama bos Nabila tu?

182

Rabiatul Adawiyah

Amirul Affendi. Tidak semena-mena pinggan yang berada di tangan Sapura terlepas. Dia tersentak apabila mendengar nama itu. Sudah terlalu lama dia tidak mendengar nama seperti itu. Mak Dah bergegas ke dapur sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi pinggan terjatuh. Nabila turut terkejut. Kenapa Pura? Tanya Mak Dah tergopoh-gapah. Tak...tak ada apa-apa mak. Ni tangan Pura licin jadi terlepas pinggan ni. Nasib baik tak apa-apa. Jawab Sapura lancar. Mak Dah menggeleng-gelengkan kepala melihat kecuaian Sapura. Hati-hati, Pura. Kamu tu letih agaknya, biar mak sambung. Kamu duduk dulu kat depan. Mak Dah menawarkan khidmatnya. Eh...eh tak apalah mak. Tinggal sikit saja lagi. Mak duduk dululah. Kesian ayah tinggal seorang kat depan tu. Mak Dah melangkah meninggalkan ruang dapur. Entah mengapa dada Sapura berombak kencang ketika mendengar nama Amirul Affendi. Dia terkenangkan kanak-kanak berusia setahun yang pernah datang bersama ibunya juga bernama Amirul Affendi. Dan kerana kanak-kanak itu jugalah Sapura mengalah mengundurkan diri dari kamus hidup Badrul. Sapura cuba menangkis perkara yang bukan-bukan. Dalam dunia ini ada ramai manusia yang bernama Amirul Affendi. Dia menelan kenangan pahit itu jauh di lubuk hatinya. Nanti mak buatkan untuk dia. Katakan juga padanya insya-Allah, mak akan jahit dengan tangan mak sendiri.

183

air mata cinta

Sapura cuba menukar topik perbualan. Terima kasih mak. Dia kata upahnya dia tak kisah, asalkan istimewa kerana mak dia nak sambut hari lahir bersama ayah dia. Terang Nabila jujur. Sapura sekadar mengangguk-anggukkan kepala tanda mengerti. Alangkah bertuahnya wanita itu kerana berkesempatan menyambut hari lahir bersama keluarga yang amat menyayanginya. Ah! Pedulikan semua itu kerana yang pastinya dia kini telah mendapat kembali ibu dan ayah yang dulunya hilang dari kamus hidupnya. Sapura mengikis rasa cemburu yang mula berputik di sanubarinya.

aMirul Affendi! Sapura cuba mengingati nama yang banyak meninggalkan kenangan. Kenangan yang tidak kesampaian untuk dijadikan impian. Entah mengapa nama Amirul Affendi mengganggu kotak fikirannya. Dia cuba memejamkan matanya rapat-rapat namun gagal. Bayangan wajah Nurul menjelma semula. Tragedi dua puluh lima tahun yang lalu seakan terpapar jelas di kotak ingatannya bagaikan filem yang dimainkan oleh pita video. Segalanya tampak jelas. Sapura seakan terasa sakit kembali apabila mengingati saat itu. Saat di mana pertemuannya dengan Nurul yang mengakibatkan kemusnahan hidupnya. Namun, dia tetap bersyukur kerana segala yang berlaku ada hikmahnya. Kedinginan malam itu gagal menewaskan rasa mengantuk Sapura. Dia menarik selimut tebal dan membaluti tubuhnya dengan kejap. Ah! Mana mungkin itu Amirul Affendi yang sama. Sapura cuba menolak kemungkinan. Dalam dunia ini ramai orang bernama Amirul Affendi. Dia mengulangi ayat

184

Rabiatul Adawiyah

itu sekali lagi bagi memuaskan hatinya. Badrul! Tercetus nama yang amat dibenci dari bibir Sapura. Bencikah dia dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya? Tergamakkah dia menafikan bahawa Nabila adalah anak Badrul? Persoalan demi persoalan bermain di benak fikirannya. Dia jadi buntu. Memang lelaki itu amat dibencinya kerana telah memperdayakan perasaannya. Tetapi lelaki itulah juga pernah dicintai sepenuh hati suatu ketika dulu. Lelaki itu jugalah yang telah meninggalkan benihnya di dalam rahim Sapura dan membesar tanpa pengetahuannya. Malah kelahiran Nabila sendiri juga tidak diketahui oleh Badrul. Lelaki itu jugalah yang telah membulatkan tekadnya untuk lari dari kampung halaman dulu. Segala-galanya yang dilakukannya hanya kerana lelaki itu. Sapura mengeluh berat. Sapura teringatkan kata-kata Khalid beberapa hari lepas. Dia akui kata-kata Khalid dalam diam. Tetapi entah mengapa egonya begitu melonjak hingga dia sanggup menafikan hak Badrul terhadap Nabila. Egokah aku? Tidak, aku bukan ego. Aku adalah wanita yang telah dianiaya oleh lelaki yang bergelar suami. Aku telah ditipu oleh lelaki yang amat ku cintai. Tidak! Tidak! Bukan kerana ego, tetapi kerana hati ini telah sakit kerana dilukai. Dan luka itu tidak mungkin akan sembuh walau nyawa berpisah dari jasad. Wajah Khalid dan wajah Badrul silih berganti. Keduadua lelaki itu memainkan peranan penting di dalam hidupnya. Badrul, lelaki yang telah merubah segalanya. Khalid, lelaki yang menjadi tulang belakangnya selama ini. Jika dulu di hatinya hanya ada Badrul dan hanya kerana cinta. Kini di hatinya hanya ada Khalid dan lelaki ini banyak

185

air mata cinta

memandunya ketika dia terumbang-ambing di tengah laut bergelora. Lelaki ini yang mencarikan pelabuhan untuk dia berteduh dan mencari penghidupan baru. Dan kini hanya lelaki ini saja yang wujud di dalam hatinya dan itu pun kerana dia terlalu menghormati Khalid. Pengorbanan Khalid selama ini terhadap mereka dua beranak tidak akan terbalas oleh Sapura. Dia sedar mengenai perkara itu. Oleh sebab itu apa juga kata-kata Khalid ditelannya bulat-bulat. Walau kata-kata itu menyakitkan hati. Sapura tahu selama ini Khalid tidak pernah menyakitkan hatinya kerana perkara yang remeh-temeh, tetapi dia tidak dapat menutup mulut Khalid dari berkata apa saja pendapatnya mengenai Badrul. Sapura bingkas bangun dari perbaringannya. Dia menuju ke tingkap sambil memandang jauh ke hadapan. Gelap pekat, tiada apa yang dapat direnung pada tika ini. Dia kembali ke katil. Matanya terpandang bungkusan plastik yang mengandungi kain ela untuk dijahit. Sapura mencapai kain itu dan membelek-belek kain itu. Hmm...mahal kain ini. Tentu ibunya teramat istimewa sekali. Sapura bersuara perlahan. Sama saiz nampaknya dengan aku. Sapura menayangkan baju itu di hadapan cermin soleknya sambil mengukur mengikut saiz badannya. Dia meletakkan kembali baju itu di dalam beg plastik. Esok sajalah aku potong. Getus hati kecil Sapura.

186

Rabiatul Adawiyah

bab

13

ajlis sambutan hari lahir ibunya diraikan dengan suasana paling sederhana. Kedua-dua datuk dan nenek dari sebelah ibu dan ayahnya turut serta. Sambutan ini juga turut meraikan kepulangan ayahnya yang setelah sekian lama tidak bertemu. Selama ini, dia hanya bertemu dengan ayahnya setahun sekali sahaja dan itu pun hanya pada setiap Hari Raya. Amirul Affendi menyerahkan bungkusan hadiah kepada ibunya sambil menghadiahkan sebuah ciuman di pipi. Nurul Fatihah menerima bungkusan itu dengan kasih sayang. Kenapalah kamu susah-susah ni, Amirul. Mak ni dah tua, tak payahlah nak berhadiah-hadiah pula. Kata Nurul Fatihah sambil menggosok lembut belakang Amirul Affendi.

187

air mata cinta

Apa susahnya mak, bukan Amirul yang buat, orang yang buat. Mak bukalah. Usul Amirul Affendi. Datuk, nenek dan ayahnya turut mengusulkan agar bungkusan itu dibuka. Buka sajalah, Nurul. Kata Solehah, nenek sebelah ibunya. Hahapa yang nak ditunggu lagi. Buka sajalah. Sahut Mariam, nenek sebelah ayahnya. Yang lain sekadar menganggukkan kepala. Nurul membuka bungkusan itu dengan penuh hatihati. Tangannya sedikit gementar ketika membuka bungkusan itu. Bukannya dia tidak biasa mendapat hadiah daripada Amirul, malah Amirul kerap menghadiahkannya sesuatu. Tidak kira hari lahir, ulang tahun perkahwinan atau apa saja jika ada sesuatu yang menggembirakan pastinya Amirul akan membelikannya sesuatu. Tetapi kali ini, Nurul berasa gementar dan berdebardebar. Entah mengapa, dia sendiri tidak tahu. Tangannya terus mengoyakkan balutan kertas pembalut hadiah berbungabunga yang membaluti kotak itu. Sebaik sahaja kotak tersebut dibuka, tangannya terus menayangkan sepasang baju kurung yang amat cantik dan indah. Nurul tercengang melihat hasil jahitan yang amat halus dan teliti. Gabungan labuci berwarna-warni yang disusun rapi mengikut lorekan bunga amat menawan. Hujung lengan baju kurung itu disulam dengan bunga-bunga timbul dan diletakkan batu-batu yang berkilau-kilau. Di sekeliling leher baju pula dibuat sulaman mengikut corak bunga. Wow! Cantiknya baju ini, Amirul. Terima kasih. Ucap Nurul dengan gembira. Mak suka? Tanya Amirul Affendi. Teramat suka. Tak pernah mak dapat baju macam

188

Rabiatul Adawiyah

ini. Kainnya pun lembut. Siapa yang membuatnya, Amirul? Tanya Nurul ingin tahu. Alahkawan opis Mirul, mak. Mak dia tu pereka fesyen jadi Mirul minta tolong mak dia buatkan. Bagus betul jahitan dia. Puji Solehah yang masih lagi membelek-belek baju kurung itu. Bolehlah kamu perkenalkan pada kami, Amirul. Nenek pun nak juga pakai baju cantik macam mak kamu ini. Ujar Solehah lagi. Amirul Affendi tertawa besar. Dia memandang ke arah ayahnya yang turut geli hati dengan permintaan ibu mertuanya. Amirul Affendi mengenyitkan mata ke arah ayahnya. Nenek nak pakai baju macam tu nak pergi mana? Lagipun kalau nenek pakai macam tu, nanti ramai jejaka yang mengejar nenek. Nanti atuk juga yang susah tak gitu, tok? Usik Amirul lagi sambil memandang ke arah datuknya, Rahman. Kamu tu dah tua, tok sahlah pakai macam tu. Nurul tu lainlah, muda lagi. Jawab Rahman. Solehah memuncungkan bibirnya tanda protes. Berapa agaknya upah buat baju macam tu, Amirul? Tanya Nurul cuba mencelah. Tak ada upah, mak. Dia bagi free. Jawab Amirul Afffendi acuh tak acuh. Amirul Affendi ingat lagi waktu dia bertanyakan upah untuk menjahit baju itu kepada Nabila. Nabila tetap enggan mengambil walau sesen pun darinya. Nabila berpegang pada pesanan Sapura supaya menyerahkan sahaja baju itu kepada Amirul Affendi tanpa sebarang bayaran. Percuma? Nurul terkejut.

189

air mata cinta

Amirul Affendi sekadar mengangguk. Mirul nak bayar tapi dia tak mahu. Katanya dia turut gembira sekiranya mak gembira dengan baju itu. Amirul Affendi cuba menjelaskan. Tak apalah. Jemputlah dia datang ke rumah hujung minggu ni. Boleh mak ucapkan terima kasih bagi pihak ibunya. Usul Nurul pula. Okay. Malam itu, Amirul Affendi sekeluarga menghabiskan masa dengan bertukar-tukar cerita. Dia juga tidak jemujemu mendengar cerita kelakar ayahnya. Betapa bahagianya dirasakan oleh Amirul Affendi pada saat itu dan dia berharap agar kebahagiaan itu akan kekal selama-lamanya. Selesai sahaja majlis makan malam itu dan kedua-dua datuk dan neneknya telah lama pulang ke rumah masingmasing, Amirul Affendi mengambil angin di luar halaman rumahnya. Rumah banglo setingkat yang dibeli oleh ayahnya dahulu kelihatan terang benderang dengan pancaran cahaya lampu. Dia mendepangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Kemudian dia menggeliat sedikit. Terasa penat badannya sejak tadi kerana turut sama membantu ibunya mengemas dan memasak untuk tetamu-tetamu mereka. Amirul Affendi mengambil tempat duduk di tengah halaman yang menghadap ke arah jalan raya. Kenderaan semakin kurang kerana hari sudah beransur malam. Dia mendongakkan kepalanya ke atas dan memandang ke arah bintang-bintang yang berkelipan di langit. Bagaikan mengerti kegembiraan yang sedang dilalui oleh Amirul Affendi, bintangbintang itu turut berkerlip. Tanpa disedari, perbuatan Amirul Affendi diperhatikan oleh Badrul . Dengan langkah perlahan, dia merapati Amirul

190

Rabiatul Adawiyah

Affendi yang sedang berkhayal. Dia menepuk bahu Amirul dan sepantas kilat Amirul menoleh ke arah ayahnya. Amirul beralih ke kiri sedikit untuk membolehkan ayahnya duduk di sisinya. Apa yang Amirul fikirkan? Tanya Badrul. Tak ada apa, ayah. Cuma mengambil angin malam. Jawab Amirul Affendi. Badrul diam. Amirul juga diam. Malam kian larut. Amirulayah nak beritahu sesuatu. Apa dia, ayah? Amirul Affendi masih lagi memandang ke langit. Ayah minta maaf kerana selama ini ayah banyak menyusahkan Amirul dan mak kamu. Dan terima kasih kerana sudi menerima ayah kembali. Perlahan sekali suara Badrul. Amirul Affendi menundukkan mukanya ke bawah dan memandang ke arah rumput. Sesaat kemudian, dia memandang ke arah Badrul pula. Ayah, tidak ada seorang pun manusia di dunia ini yang tidak membuat kesilapan. Kesilapan antara manusia dengan Allah, kesilapan antara manusia dengan manusia. Semuanya ada, ayah. Janganlah ayah risaukan kami. Insya-Allah selagi ada hayat di kandung badan, Amirul akan tetap jaga ayah. Amirul Affendi menggenggam erat tangan Badrul. Terasa tapak tangan Badrul begitu kasar. Mungkin kerana telah terlalu lama dia melakukan kerja-kerja kasar maka tapak tangannya sudah kematu. Badrul menyambut genggaman Amirul Affendi dengan erat. Air matanya hampir menitis mendengar kata-kata itu. Selama ini, dia beranggapan tidak ada insan yang sudi menerimanya lagi setelah dirinya di cop banduan.

191

air mata cinta

Namun, jangkaannya meleset sama sekali. Penerimaan Amirul Affendi, penerimaan Nurul dan juga ibu serta bapa mertuanya mengubah tanggapan negatif yang sedia ada. Badrul bersyukur kerana dikurniakan keluarga seperti itu. Keluarga yang sedia memaafkan. Tetapi, ada sesuatu yang masih mengganggu fikiran Badrul. Ada perkara yang masih belum selesai dan dia perlu menyelesaikannya. Tetapi dari mana harus dia mulakan? Perlukah dia memberitahu Fendi? Perlukah dia menceritakan keinginannya kepada Nurul? Badrul mengeluh gelisah. Kenapa ayah? Ada yang tak kena? Tanya Amirul Affendi setelah dilihat ayahnya gelisah. Ada perkara yang ayah nak beritahu Amirul dan hendak minta pertolongan Amirul. Itu pun jika Amirul tidak keberatan. Kata Badrul. Apa dia, ayah? Insya-Allah jika boleh ditolong Amirul akan bantu. Sebenarnya. Apa yang dibualkan dua beranak ni? Tegur Nurul yang tiba-tiba tercegat di hadapan mereka. Tak sedar pun mak sampai. Kata Amirul Affendi. Mana nak sedarnya. Asyik berborak aje sampai dah tak ingat dengan mak lagi. Nurul pura-pura merajuk. Taklah, mak. Saja sembang-sembang kosong. Sudahlah tu, hari dah larut ni. Esok nak kerja. Nurul menarik tangan Amirul Affendi agar bangun dari duduknya. Abang tu pun sama. Sabar-sabarlah sikit kalau nak berbual. Esok kan masih ada. Kesian Amirul ni, esok dia nak kerja. Terlewat pula nanti. Badrul turut bangun dari duduknya.

192

Rabiatul Adawiyah

Betul juga tu, Amirul, pergilah tidur. Lain kali kita bual lagi. Selamat malam mak, ayah. Ucap Amirul sambil meninggalkan Nurul dan Badrul. Badrul memerhatikan langkah Amirul Affendi tanpa mengelipkan mata. Abang, kenapa pandang Mirul macam tu? Tegur Nurul kehairanan dengan sikap Badrul. Dia menyentuh lembut bahu Badrul. Badrul tersenyum mendengar pertanyaan Nurul. Nurul tahu tak, masa abang tinggalkan dia dulu Mirul masih bersekolah lagi. Tapi bila abang jumpa dia dan dapat mendakap tubuhnya, dia telah dewasa. Alangkah pantasnya masa berlalu Nurul. Sahut Badrul. Nurul tidak bersuara. Sepanjang abang berada di penjara, abang banyak berfikir. Berfikir dengan apa yang telah berlaku. Abang rasa amat kesal. Badrul menggenggam kedua-dua belah tangannya kuat-kuat. Nurul menggosok belakang Badrul dengan lembut. Bang, jangan dikenang lagi perkara buruk yang dah berlalu. Sekarang abang sudah bebas, sama seperti orang lain. Pujuk Nurul meskipun dia tahu itu tidak berupaya menenangkan fikiran Badrul. Nurul sedar orang yang pernah menjadi banduan walau apa pun kesalahan yang dilakukan tetap akan dipandang serong oleh masyarakat. Walaupun begitu, dia bersyukur kerana ibu ayahnya dan juga kedua orang tua Badrul sedia menerima kehadiran Badrul. Dia juga teramat terharu kerana Amirul menerima kehadiran Badrul dengan hati yang terbuka. Malah

193

air mata cinta

Amirul langsung tidak bertanyakan kisah silam Badrul. Sejak Badrul dimasukkan ke penjara, Nurul banyak memberikan kata semangat kepada Amirul dan juga ceritacerita yang baik mengenai Badrul. Dia tidak mahu tertanam rasa benci terhadap Badrul dalam diri Amirul. Dia sering mengatakan bahawa Badrul sebenarnya tersalah langkah dalam perhitungan. Sebagai orang Islam kita harus sentiasa bertawakal kepada Allah dan tidak semestinya orang yang bersalah tidak boleh menjadi yang lebih baik. Itulah nasihat Nurul yang sering diperdengarkan kepada Amirul Affendi. Abang banyak berfikir, ya lah tentang bagaimana abang boleh rasa terlalu tamak pada masa itu. Kenapa abang tak boleh berpegang teguh pada prinsip hidup sendiri? Kenapalah agaknya abang begitu bodoh sekali. Badrul meluahkan rasa sesalnya kepada Nurul. Sebenarnya sudah lama dia mahu menyuarakan perasaannya yang sebenar tetapi tidak tahu pada siapa. Kepada rakan-rakan di bilik berjeriji itu, hanya akan membuang masa dia sahaja. Mereka juga adalah pesalah sepertinya dan pastinya mereka tidak akan melayan luahan Badrul. Sudahlah bang, yang sudah tu sudahlah. Marilah kita bina hidup baru dengan azam baru. Pujuk Nurul lagi. Hatinya dilanda keresahan mendengar keluhan Badrul. Bukan dia tidak mahu mendengarkannya tetapi dia tidak mahu Badrul mengingati masa silamnya lagi. Dia tidak mahu Badrul menghitung perjalanan semalam yang telah dilalui. Sebaliknya, dia mahu Badrul terus mara ke hadapan kerana perjuangannya belum selesai. Badrul harus berjuang menjadi manusia biasa semula. Badrul harus belajar untuk bergaul semula dengan masyarakat yang bebas. Nurul tidak mahu Badrul masih merasa terkongkong dalam dunia yang

194

Rabiatul Adawiyah

luas ini. Kalaulah abang tidak bertindak bodoh dulu, tentu Amirul dapat kasih sayang seorang ayah yang tidak ada tolok bandingnya. Nurul menyepi. Kasihannya masa dia masih kecil, tentu kawan-kawan mengejeknya. Tatkala dia menangis pada siapa dia mengadu? Ketika dia ada masalah pada siapa dia berbincang? Badrul terus dibuai perasaan.

pagi itu sebaik sahaja dia melihat kelibat Nabila, Fendi terus menerpa ke arahnya. Nabila agak terkejut dengan kelakuan Fendi yang tersengih seperti kerang busuk. Fantastic. Kata Fendi tiba-tiba. Nabila terpinga-pinga. Apa yang fantastic? Soal Nabila sambil terkebil-kebil macam ayam berak kapur. Baju yang mak you jahitkan tu. Mak I suka betullah. Terima kasih, Nabila. Terang Fendi. Nabila meletakkan beg tangannya di atas meja. Ingatkan apa tadi? Menang loteri ke? Sahut Nabila. Mak I jemput you datang ke rumah hujung minggu ni. Dia nak ucapkan terima kasih kerana sudi menjahit untuknya. Bukan I lah, tapi mother I. Dia yang patutnya mendapat pujian ini. Pintas Nabila cepat. Tahulah emak you. Tapi I mana kenal dia, takkan nak jemput dia. I jemput you aje lah bagi pihak mak you. Boleh? Fendi memandang anak mata Nabila tepat-tepat sambil

195

air mata cinta

mengharapkan persetujuan Nabila. En. Fendi, terima kasihlah ya. Niat saya ikhlas nak tolong jadi tak payahlah berbalas-balas. Rimas pula saya. Nabila cuba menolak dengan lembut. Tolonglah sekali ini saja. Kalau tak, nanti mak I membebel setahun. Tak tahan telinga ni nanti. Tak kesian ke kalau cuping telinga I ni tertanggal akibat mendengar bebelan orang tua. Please. Fendi cuba memujuk Nabila. Dia harus mendapat persetujuan Nabila sekiranya tidak mahu mendengar leteran ibunya. Silap hari bulan ibunya akan datang ke pejabat untuk berjumpa Nabila. Fendi tidak mahu memaksa Nabila dalam membuat keputusan tetapi keinginan ibunya untuk menyampaikan rasa terima kasih perlu ditunaikan. Nabila duduk sambil tangannya menconteng-conteng di atas sehelai kertas kosong. Bukan dia tidak mahu menerima pelawaan Fendi tetapi dia telah berjanji dengan Sapura terlebih dahulu untuk membantunya di pertunjukan fesyen pada malam itu. Nabila menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hendak ditolak pelawaan Fendi, dia rasa serba salah. Nanti dikatanya sombong dan berlagak pula, hisshhsusah betul. Rungut Nabila dalam hati. Nabila merasakan pertolongan yang diberikan kepada Fendi amat kecil. Lagi pula bukan dia yang menjahitnya sebaliknya ibunya. Nabila berkira-kira sendiri, sekiranya dia menolak pelawaan Fendi pasti dicap sebagai sombong. Jika diterima bagaimana dengan ibunya? Aduh, sakit kepalanya memikirkan alasan yang hendak diberikan. Fendi menanti jawapan daripada Nabila dengan penuh kesabaran. Renungan matanya menandakan bahawa dia amat

196

Rabiatul Adawiyah

mengharap kehadiran Nabila ke rumahnya. Macam ni lah, En. Fendi. Boleh tak makan malam tu digantikan dengan makan tengah hari? Tetapi, tengah hari tu sebelum pukul satu. Boleh? Tanya Nabila. Kenapa you ada hal lain ke? Tanya Fendi tidak puas hati. Nada cemburu bersarang di hatinya. You ada date ya? Teka Fendi sambil matanya menjeling tajam. Nabila terkesima dengan raut wajah Fendi. Pelik. Bisik hati kecilnya. Bukan, sebenarnya saya dah janji dengan emak saya nak tolong dia di pertunjukan fesyen tu. Kali ini, agak besar dan tetamu yang datang terdiri daripada golongan VVIP. Jadi faham-faham sajalah kerenah mereka tu. Jelas Nabila. Fendi menarik nafas lega. Alasan Nabila memang munasabah di pendengarannya kerana bukan sekali ini Nabila bercerita mengenai penglibatannya dalam pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh Sakura Design. I tiada halangan. Asalkan you setuju sudah. Nanti I maklumkan pada mother I. Fendi menghadiahkan sebuah senyuman yang sukar di mengertikan kepada Nabila. Dia berasa gembira kerana mampu memenuhi permintaan ibunya. Telefon di atas meja Nabila berdering-dering minta diangkat. Nabila mencapai gagang telefon dan menekapkan corongnya ke telinganya. Hello sayang! Kedengaran suara yang sangat dinantikan oleh Nabila di hujung talian. Nabila tidak segera menjawab. Dia memandang Fendi dengan harapan agar Fendi beredar dari mejanya. Fendi yang

197

air mata cinta

memahami kehendak Nabila segera beredar kerana tidak mahu mengganggu perbualan Nabila di telefon. Kenapa tak boleh cakap depan aku? Bentak hati kecil Fendi. Amir, dah sampai ke KL ke? Tanya Nabila manja sebaik sahaja Fendi beredar dari mejanya. Sudah sayang. Baru sampai semalam. Tapi I letih sangat tu yang tak telefon semalam. Sorry sayang. Nabila memejamkan matanya tatkala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Amir Hamzah. Betapa telah sekian lama baru kini dia dapat mendengar suara lelaki yang amat dicintainya. Itulah Amir Hamzah, satusatunya lelaki yang berjaya menawan hati wanitanya. Tak jadi masalah. I tahu you mesti penat dan tentunya mummy dan daddy you nak lepaskan rindu dendam pada anak bujangnya yang sorang tu. Usik Nabila. Kedengaran gelak ketawa yang agak perlahan dalam perbualan itu. Fendi menjengah ke luar dan melihat Nabila masih lagi bergayut di telefon. Fendi menutup pintu sambil mengeluh. Hatinya tiba-tiba dilanda cemburu. Cemburu dengan pemanggil yang sedang bercakap dengan Nabila. Pemanggil yang nampaknya begitu mesra dengan Nabila. Fendi menyandarkan badannya ke belakang kerusi empuk beralaskan kulit buatan Itali. Dia tahu Nabila pernah dipikat oleh beberapa orang pelanggannya. Tetapi, dia tidak pernah melihat Nabila melayan kerenah mereka. Dia tidak pernah melihat Nabila keluar bersama-sama dengan rakan lelaki yang satu pejabat dengan mereka berdua-duaan. Jauh sekali untuk keluar berbual mesra dengan mereka. Sepanjang Nabila bekerja di situ, Fendi tidak pernah mendengar Nabila membuat temu janji dengan orang lain kecuali atas urusan kerja.

198

Rabiatul Adawiyah

Dia kagum dengan pendirian Nabila. Dalam kepesatan pembangunan di Kuala Lumpur ini, ada juga gadis yang masih mengekalkan sifat ketimuran mereka. Sifat murni seorang gadis Melayu yang jarang ditemuinya. Kebiasaannya, Fendi akan bertemu dengan gadis-gadis sebaya Nabila yang mudah hanyut dalam kemewahan dan tenggelam dalam arus pembangunan. Tentu ibunya amat bijak mendidik Nabila dan tentu wanita yang digelar ibu itu amat teguh pendiriannya. Wajah bujur sirih yang sentiasa mengenakan baju kurung itu kelihatan ayu. Matanya yang redup mendamaikan orang yang memandangnya. Sebagai seorang ketua jabatan, Fendi berusaha memendam perasaannya terhadap Nabila. Entah mengapa dia jadi sasau jika tidak memandang Nabila walau sehari. Dia masih ingat lagi ketika Nabila bercuti selama dua minggu. Segala kerja yang dilakukan tidak menjadi, semua urusan bercelaru. Akhirnya, dia turut mengambil cuti selama seminggu. Petang itu, Nabila pulang agak awal daripada biasa. Belum pun sempat Fendi menahannya, Nabila sudah hilang dari pandangan. Hai! Selalunya tak pernah balik seawal ini. Rungut Fendi. Mood nya hendak menyambung kerjanya semula terbantut. Fikiran Fendi mula memasang pelbagai andaian. Mungkin Nabila hendak berjumpa rakannya, tapi tak mungkin juga. Atau ibunya yang menyuruhnya balik segera. Selalunya kalau dia hendak balik, pastinya dia akan menyapa Fendi terlebih dahulu. Tapi hari ini, Nabila seolah-olah lupa kepadanya. Sepanjang hari tadi juga, Nabila kelihatan gembira dari biasa. Fendi menggosok-gosok kepalanya dengan keduadua belah tangan. Dia cuba menghilangkan persoalanpersoalan itu dari benaknya. Tetapi gagal.

199

air mata cinta

Wajah Nabila yang ayu dan tenang itu datang menerpa ke kotak fikirannya. Fendi cuba menumpukan perhatian kepada kerjanya. Tidak sampai sepuluh minit, Fendi mencapai beg bimbitnya dan mencapai kunci kereta. Dia sendiri tidak tahu ke mana arah yang hendak ditujunya. Untuk pulang ke rumah masih terlalu awal. Sewaktu dia membelokkan keretanya di satu persimpangan, dia tidak dapat mengawal kenderaannya. Tanpa disedari, dia telah melanggar sesuatu. Fendi segera membuka tali pinggang keselamatannya. Dia keluar dari kereta dan terlihat sekujur tubuh seorang wanita berada di tepi keretanya. Ya Allah, apa yang dah berlaku ni? Tanya Fendi. Beberapa orang kelihatan berkerumun di tempat itu. Bawa perempuan ini ke hospital dulu. Usul suatu suara. Mereka membantu mengangkat wanita yang sedang terlantar itu masuk ke dalam kereta Fendi. Darah merah mengalir dengan banyaknya dari celah tangan dan kaki wanita itu. Fendi segera memusingkan keretanya menuju ke hospital. Ya Allah, selamatkanlah wanita ini. Fendi berdoa tidak henti-henti. Kenapalah aku tak nampak perempuan ini tadi? Sesekali Fendi melihat ke belakang tempat duduk keretanya. Ternyata, wanita itu masih tidak sedarkan diri. Sebaik sahaja sampai di hospital, Fendi segera mencari pembantu hospital dan mendapatkan stretcher untuk mengangkat wanita itu. Dia segera mendaftarkan wanita itu untuk pemeriksaan. Fendi menanti di luar bilik pemeriksaan dengan

200

Rabiatul Adawiyah

perasaan berdebar-debar. Dia berharap tiada yang parah terhadap wanita itu. Seorang doktor keluar dari bilik rawatan dan menggamit Fendi agar datang dekat kepadanya. Saudara ini ahli keluarga pesakit? Tanya doktor yang memakai tanda nama Faizal. Tidak doktor, sebenarnya saya yang melanggar dia. Saya tak kenal pun dia. Terang Fendi. Emmtak apalah. Untuk makluman saudara, pesakit itu tidak mengalami masalah yang serius. Dia tidak sedarkan diri tadi sebab terkejut dengan kejadian itu. Sekejap lagi dia boleh balik. Lukanya pun dah dibersihkan. Jelas Doktor Faizal. Fendi menarik nafas lega. Tapi, tadi saya tengok darahnya banyak yang keluar. Fendi masih tidak berpuas hati. Betul, darahnya memang banyak keluar tapi disebabkan luka yang agak dalam di bahagian lengannya. Luka itu sudah dijahit dan darah sudah berhenti mengalir. Dia sudah boleh balik, doktor? Tanya Fendi minta pengesahan. Ya, dia sudah boleh balik. Pada awalnya, saya hendak menahan dia agar tinggal di wad hingga esok, tapi dia berkeras nak balik juga. Doktor Faizal bersalaman dengan Fendi dan pergi menemui pesakit lain yang memerlukan rawatan dan perhatiannya. Fendi menjengah masuk ke dalam bilik rawatan. Kelihatan wanita itu sedang duduk termenung di bibir katil. Fendi berdeham. Wanita itu mengangkat mukanya memandang ke arah Fendi. Fendi menjelaskan mengenai kejadian yang berlaku petang tadi. Wanita itu tidak memberikan sebarang komen.

201

air mata cinta

Dia hanya mendengar cerita Fendi. Mengangguk tidak dan menggeleng juga tidak. Fendi berasa serba salah. Boleh saya tahu nama saudari? Tanya Fendi perlahan. Masliza. Pendek sekali jawapannya. Masliza hendak pulang ke rumah? Boleh saya hantarkan. Pelawa Fendi. Masliza angguk. Sekiranya Masliza menolak pelawaan Fendi tadi, dia akan tetap menghantar wanita itu pulang. Bagi Fendi, kemalangan yang berlaku tadi terjadi akibat kecuaiannya. Fendi segera menguruskan bayaran rawatan di kaunter dan berjalan mengiringi Masliza menuju ke arah keretanya. Fendi bersyukur kerana tiada kejadian yang buruk berlaku ketika kemalangan itu berlaku. Masliza menunjukkan arah jalan pulang ke rumahnya yang didirikan di atas tanah setinggan. Deretan rumah yang agak rapat menyukarkan Fendi membawa keretanya untuk masuk lebih jauh ke bahagian dalam kawasan perumahan setinggan itu. Masliza meminta Fendi menghentikan keretanya di suatu kawasan yang agak lapang. Maaf, rumah saya rumah setinggan. Saya harap encik. Fendi. Fendi memberitahukan namanya. Saya harap ini tidak menyusahkan En. Fendi kerana terpaksa menghantar saya pulang. Ujar Masliza sambil berjalan menuju ke sebuah rumah yang masih terang disuluhi lampu kalimantang. Fendi menghantar Masliza hingga ke rumahnya dan menceritakan serba ringkas kejadian yang berlaku kepada ahli keluarga Masliza. Jam sudah menunjukkan jam 12 malam

202

Rabiatul Adawiyah

dan Fendi meminta izin untuk pulang. Sebelum pulang, Fendi menghulurkan sedikit wang kepada bapa Masliza yang kelihatan agak uzur. Eh, jangan macam tu, Encik Fendi. Encik bawa saya ke hospital pun sudah cukup baik. Lagipun, saya juga bersalah kerana melintas tanpa melihat dengan teliti lebih dahulu. Masliza menolak pemberian Fendi. Tak apa, Mas. Lagipun awak perlukan rawatan doktor selagi awak belum sembuh. Saya akan rasa bersalah kalau awak tidak menerimanya. Anggaplah ini sebagai sagu hati atas kelalaian saya. Terang Fendi lagi. Ibu tua yang sedang duduk di sudut rumah itu sekadar memerhatikan saja. Air mata yang mengalir tadi dikesatnya tatkala melihat tangan dan kaki Masliza berbalut. Ibu mana yang tidak sedih melihat anak gadisnya yang menjadi tempat dia bergantung harap ditimpa kecelakaan. Fendi memerhatikan tiga orang kanak-kanak dalam lingkungan umur sembilan hingga empat belas tahun yang sedang lena dibuai mimpi. Ambillah, saya ikhlas ni. Pakcik, saya minta diri dulu. Fendi menyerahkan duit itu ke dalam tangan bapa Masliza. Terima kasih, nak. Jawab lelaki tua itu. Sepanjang perjalanan pulang, Fendi mengutuk dirinya kerana terlalu cuai. Dia menyalahkan dirinya kerana asyik mengingatkan Nabila sedangkan Nabila entah di mana. Fendi memasang radio bagi menghilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya. Kasihan gadis itu, kata Fendi. Baru saja mula bekerja sudah ditimpa kecelakaan.

203

air mata cinta

bab

14

alam itu rumah Nabila riuh dengan kehadiran keluarga Amir Hamzah yang datang bertandang ke rumahnya. Setelah sekian lama, baru kini Nabila berasa lega dengan kepulangan Amir Hamzah ke tanah air. Hai cucu nenek ni, lain macam aje senyumnya malam ni. Usik Mak Dah. Mana taknya mak. Buah hati dah kembali ke pangkal jalan. Sahut Sapura. Yang lainnya turut ketawa mendengar sindiran Sapura. Nabila mencubit lembut tangan ibunya. Wajahnya merah menahan malu. Amir Hamzah turut tersenyum dengan kata-kata itu. Dia turut berasa lega setelah dapat menghabiskan projek yang dijalankan dengan cepat. Tempoh sebulan

204

Rabiatul Adawiyah

adalah satu tempoh yang amat menyeksakan, apatah lagi kerana terpaksa berjauhan dengan Nabila. Amir dah balik ni, bolehlah diteruskan urusan selanjutnya tidak begitu, Pn. Sapura? Tanya ibu Amir Hamzah, Datin Zarina. Elok juga tu. Jangan dibiarkan lama-lama, tak elok. Celah Pak Hamid. Nabila membisu. Amir Hamzah juga membisu. Bagi mereka, biarlah orang tua yang menyelesaikan hal itu. Apa yang pasti ,Amir Hamzah mahu membahagiakan Nabila, gadis yang dicintai. Bila agaknya tarikh yang sesuai ya, Pn. Sapura? Tanya Datuk Ismail sambil memandang ke arah Sapura yang sedang mengelamun. Sapura tersentak apabila namanya disebut. Saya hanya mengikut sahaja, Datuk. Lagipun dah lama juga mereka ni bertunang, ya lah sejak mereka belajar di universiti lagi. Sahut Sapura. Kalau begitu baik kita tetapkan 28 hari bulan Mei, bagaimana? Datuk Ismail membuat keputusan. Dua bulan lebih saja lagi nampaknya, Datuk. Kata Sapura. Ya lah seperti yang kita janjikan dulu, tarikhnya saja kita belum tentukan. Saya cadangkan 28, tapi tak tahu Pn. Sapura , setuju ke tidak? Tanya Datuk Ismail lagi. Sapura diam. Sebenarnya, dia juga tahu bahawa tempoh pertunangan Nabila dan Amir Hamzah sudah sampai ke penghujungnya dan itulah saat-saat yang amat menggusarkan hatinya. Pak Hamid mengangguk bersetuju. Mak Dah juga begitu. Urusan Nabila haruslah diputuskan oleh Sapura. Datin

205

air mata cinta

Zarina turut bersetuju. Pura, bagaimana? Mak Dah memutuskan lamunan Sapura sekali lagi. Mak Dah agak hairan dengan kelakuan Sapura malam itu yang tiba-tiba membisu ketika mereka menyentuh perkara mengenai perkahwinan Nabila dan Amir Hamzah. Pura ikut aje, mak. Lagipun mak dan ayah kan ada, boleh tolong Pura uruskan hal-hal macam ni. Balas Sapura sambil cuba melindungi kealpaannya. Nabila dan Amir Hamzah berpandangan dengan perasaan yang sukar di mengertikan. Mereka telah pun merancang pelbagai pembelian barang hantaran perkahwinan tanpa pengetahuan orang tua mereka. Bukan mereka tidak mahu orang tua mereka menguruskannya tetapi mereka lebih senang menguruskannya sendiri.

pagi-pagi lagi, Sapura sudah mendail nombor telefon bimbit Khalid. Sudah agak lama dia tidak menghubungi Khalid, sejak Pak Hamid dan Mak Dah tinggal di rumahnya. Bukan Khalid tidak mahu datang tetapi Sapura telah menghalangnya terlebih dahulu. Apa halnya kau nak jumpa aku pagi-pagi ni, Pura? Tanya Khalid kelam-kabut setelah mendapat panggilan dari Sapura. Suara Sapura yang kedengaran cemas membuatkan Khalid berasa gelisah. Ada apa-apa yang serius ke berlaku kat rumah? Tanya Khalid sambil menghirup air milo panas yang terletak di hadapannya. Ketika itu Caf Mama masih belum ramai pengunjung.

206

Rabiatul Adawiyah

Jam di tangan baru menunjukkan pukul lapan pagi. Masih terlalu awal untuk orang ramai menikmati minum pagi di situ. Sapura meramas-ramas tangannya tanpa menyedari Khalid sudah tidak sabar menanti khabar yang hendak dibawakan oleh Sapura. Sapura kau telefon aku awal pagi minta aku datang ke sini untuk berjumpa kau kerana ada urusan penting. Tapi sekarang kau membisu seribu bahasa. Apa ni, Pura? Keras sekali suara Khalid. Sapura berasa bersalah kerana membiarkan Khalid menunggu. Dia meneguk air teh yang terhidang di hadapannya. Sebenarnya Khalid, aku serba salah dengan Nabila. Kenapa? Malam tadi, bakal mak dan bapak mentua dia datang ke rumah dan memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan pada 28 Mei ini. Habis tu, apa masalahnya? Kan kau dah tahu hal itu dulu. Macam mana aku nak beritahu keluarga si Amir tu bahawa bapa Nabila tu adalah banduan. Banduan kau tahu! Sapura memperlahankan menyedari dia berkata agak kuat. Khalid diam. Dia juga buntu. Macam ni lah, Pura. Apa kata kau temukan Nabila dengan bapanya dulu? Kemudian, biar dia uruskan hal Badrul dengan budak Amir tu. Khalid cuba memberikan idea. Aku takut, Khalid. Takut? Apa yang kau takutkan? Khalid agak terkejut dengan pengakuan Sapura. Selama ini, Sapura yang dia kenal suaranya setelah dia

207

air mata cinta

tidak pernah tahu erti takut. Khalid tersengih memandang Sapura. Kau jangan perli aku, Khalid. Bukan, bukan aku perli kau. Sebenarnya aku terkejut kerana tiba-tiba kau mengaku kau takut. Itu yang aku pelik sikit tu. Jelas Khalid. Sapura diam. Khalid, aku bukan takut apa. Aku tak mahu Nabila kecewa nanti sekiranya keluarga Amir tidak dapat menerima keadaan Badrul. Selama ini, mereka ingat Nabila anak yatim yang kematian ayah. Khalid khusyuk mendengar luahan hati Sapura. Andai kata mereka tidak dapat menerima keadaan itu, ya lah kau pun tahu keluarga Amir tu macam mana. Kedudukan, pangkat semuanya ada, tambahan lagi Amir tulah satu-satunya anak lelaki mereka. Tiga lagi perempuan. Sapura meneguk sekali lagi air tehnya. Khalid mengeluh kecil. Tangannya mengais-ngais piring air milo nya. Aku tak mahu Nabila mengalami saat kekecewaan seperti mana aku dulu. Aku tak mahu Nabila hilang arah kerana selama ini dia hanya cintakan si Amir. Aku tak pernah tengok Nabila jumpa atau keluar dengan kawan-kawan lelaki lain, tak pernah. Kalau keluar pun, hanya dengan Amir. Jadi, kau tahu kan dalam hati dia tiada orang lain kecuali Amir. Sambung Sapura. Kalaulah ini berlaku apa akan jadi pada Nabila, Khalid? Sapura memandang tepat ke anak mata Khalid minta simpati. Khalid mengubah kedudukannya agar lebih rapat

208

Rabiatul Adawiyah

dengan Sapura. Dia mahu Sapura mendengar kata-kata yang bakal dilontarkannya. Sedari tadi dia hanya mendengar keluhan Sapura. Keluhan berat seorang ibu tunggal. Khalid sedar walau seratus kali dia memberikan pandangan, pasti dibantah Sapura. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan soal kehidupan mereka. Tetapi kali ini dia nekad. Dia mahu Sapura mendengar dan mengikut katakatanya demi masa depan Nabila. Dia tidak mahu masa depan anak gadis itu turut menjadi percaturan antara Sapura dan Badrul. Nabila tidak bersalah dan Khalid berasa terpanggil untuk membela nasib Nabila. Pura, aku sekadar hendak memberikan pandangan sebagai seorang saudara, sebagai seorang kawan. Tapi aku mahu kau mendengar dengan teliti. Sapura angguk. Aku tahu kau pasti bosan mendengar apa yang hendak aku cakap tapi itulah hakikatnya. Sapura memandang Khalid dengan tajam. Ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah. Dia yang Berkuasa menentukan segalanya. Kita hanya merancang. Macam kau dulu, maaf bukan niat aku nak mengungkit kisah lalu. Kau dulu tu pun macam tu juga, kekecewaan datang dalam hidup kau, tapi kau mampu menanganinya. Tapi aku lain, Khalid, Nabila lain. Potong Sapura. Nanti, aku belum habis cakap lagi. Sahut Khalid. Sapura diam. Ya, aku tahu kau dan Nabila berbeza. Tapi endingnya sama. Kecewa. Untuk Nabila, kekecewaan itu belum datang lagi tapi kau yang dah takut dulu. Come on lah Pura, mana

209

air mata cinta

wanita yang bernama Sapura yang aku kenal dulu tak pernah tahu erti takut dan kecewa? Sapura mengeluh panjang. Kau belum beritahu perkara sebenarnya pada Nabila. Kau belum beritahu pada dia yang dia sebenarnya mempunyai seorang abang dan seorang ibu tiri. Kau juga belum beritahu pada mak dan ayah kau mengenai perkara ini. Khalid berhenti seketika. Matanya merayap memerhatikan keadaan sekeliling Caf Mama itu. Dia takut jika suaranya terlalu kuat. Pura, aku rasa kau yang kena hadapi kenyataan ini dulu. Kau kena hadapi Badrul dan kau kena selesaikan hal Badrul dan Nabila. Biar apa pun yang berlaku, Badrul ada hak untuk mengetahui mengenai Nabila. Dan kau jangan sama sekali membuang nama Badrul di dalam diri Nabila. Biarlah Nabila berjumpa dengan ayahnya. Biarlah dia yang menentukan sama ada hendak memberitahu kepada Amir dan keluarganya atau tidak. Itu yang aku rasa jalan terbaik. Khalid mula mengendurkan suaranya. Kenapa perlu Nabila? Tanya Sapura terlopong. Dia tidak faham mengapa Khalid merasakan Nabila yang perlu mengurai kekusutan itu sedangkan sebolehnya dia tidak mahu Nabila turut serta. Beginilah, Pura. Nabila anak Badrul. Kau dan Badrul sudah tiada hubungan suami isteri lagi kerana kau sudah minta dilepaskan dulu. Jadi yang perlu kau buat ialah bersedia menjadi tempat Nabila mengadu, meluah perasaan kecewanya atau apa-apa saja. Kau boleh jadi penasihat yang baik kerana kau sudah mengalami semua peristiwa itu. Dan kau boleh bangkit sendiri tanpa mengharapkan sesiapa. Nabila lebih perlukan kau daripada dia perlukan Amir dan Badrul. Terang Khalid.

210

Rabiatul Adawiyah

Nabila amat mengharapkan kau. Dan kau pula sudah dapat kembali kasih sayang keluarga kau. Apa lagi yang kau takut? Kalau benarlah cinta si Amir tu ikhlas terhadap Nabila, aku yakin dia tidak akan pandang perkara yang sudah berlalu. Panjang lebar Khalid bersyarah di hadapan Sapura. Jadinya, aku harus memberitahu perkara sebenarnya kepada Nabila? Tapi aku tetap tidak mahu bertemu dengan Badrul. Cukuplah dulu dia menyakiti hati ku, Khalid. Rasa cinta dan sayang aku sudah tidak wujud lagi untuk Badrul. Perlahan Sapura menyuarakan isi hatinya. Terpulang, itu hak engkau. Khalid mengangkat bahu tanda tidak mahu mencampuri hal Badrul dan Sapura. Khalid tahu benar hati Sapura. Kalau dia sudah berpatah arang mengenai sesuatu perkara, dipotong lapan belas pun dia tidak akan berpatah balik. Tapi, Khalid mahu Sapura berterus-terang dengan Nabila. Bagi Khalid, itulah yang boleh meleraikan simpulan yang telah sekian lama tidak dibuka. Khalid tidak mengendahkan perasaan Sapura ketika ini. Bagi Khalid menyelesaikan masalah Nabila adalah perkara yang paling utama sekarang. Dia mahu Sapura mengetepikan perasaannya. Dia mahu Sapura tampil di hadapan Nabila sebagai seorang ibu yang berani dan tabah. Sapura menghabiskan sisa-sisa air yang masih ada di dalam cawannya. Khalid mengesat bibirnya dengan kertas tisu yang disediakan. Bila aku perlu berterus-terang dengan Nabila? Tanya Sapura. Khalid menunjukkan tanda tidak tahu. Terpulang pada kau. Sahut Khalid.

211

air mata cinta

Khalid, kau pasti Nabila belum memberitahu Amir mengenai perkara ini? Tanya Sapura spontan. Khalid terpaku. Entah, aku tak tahu. Kalau dia sudah beritahu, baguslah sekurang-kurangnya kau juga tahu bahawa Amir dapat menerima hakikat itu. Mana kau tahu si Amir tu dapat terima ini semua? Tangkis Sapura pantas. Lakalau tak, kenapa dia nak datang dengan emak bapak dia runding fasal hari perkahwinan dia dengan Nabila? Logiknya kalau dia tahu dan dia tak dapat terima tentu dia dah putuskan pertunangan itu. Terang Khalid panjang lebar. Sapura melopong. Tapi, macam kalau dia sebenarnya belum tahu? Pertanyaan Sapura yang berbelit-belit memeningkan Khalid. Dia menggelengkan kepala. Macam yang aku cakap awal tadi. Serahkan pada Nabila. Habis cerita. Ini masa depan dia, kehidupan yang bakal dia lalui. Sudahlah Sapura janganlah difikirkan sangat. Nanti budak tu tak apa-apa kau yang risau lebih-lebih. Khalid menghabiskan saki-baki air milonya. Oh ya, bila aku boleh jumpa pakcik dan makcik? Tanya Khalid seraya memandang Sapura sekilas. Sapura tidak menjawab. Belum sampai masa. Sapura menjawab lambat. Khalid sudah mengagak jawapan yang diberikan. Dia mengangkat bahu tanda mengiakan. Khalid mengeluarkan wang dan memanggil pelayan di situ untuk bayaran. Dia perlu segera kembali ke pejabat kerana dia perlu menghadiri mesyuarat. Sapura membiarkan

212

Rabiatul Adawiyah

Khalid pergi sementara dia masih mahu duduk di situ buat seketika. Bayangan Khalid hilang dari pandangan. Sapura mengeluh sendirian. Mengapa dunia ini begitu kecil? Mengapa harus dia bertemu dengan Badrul semata-mata untuk bercerita mengenai Nabila? Dan, dia sendiri tidak tahu di mana Badrul berada kini kerana sudah lebih dua minggu Badrul keluar dari penjara. Khalid juga tidak pernah bertemu dengan Badrul walaupun dia tahu Badrul telah bebas. Nabila, kasihannya nasib mu, anak ku. Keluh Sapura lagi.

213

air mata cinta

bab

15

am sudah menunjukkan angka sebelas. Nabila bergegas bersiap ala kadar. Dia mencalitkan sedikit gincu di bibirnya yang agak pucat. Kemudian dia menyapu sedikit bedak di kulit mukanya. Okay lah tu. Bisik hati kecil Nabila. Dia mengenakan blaus berwarna merah dan skirt panjang hitam. Nek, Nabila pergi dulu. Pak Hamid yang sedang membaca akhbar memandang sekilas ke arah Nabila. Ke mana Nabila? Tanya Pak Hamid. Nabila ada janji dengan kawan untuk makan tengah hari dan lepas tu terus pergi ke hotel untuk pertunjukan fesyen. Jadi Nabila dan mak akan balik lewat malam ini. Atuk dengan nenek jangan tunggu kami ya. Terang Nabila sambil mengemaskan blaus yang dipakainya.

214

Rabiatul Adawiyah

Oh ya, kalau ada apa-apa, atuk telefon Nabila atau Amir ya. Nabila pergi dulu tok, nek. Nabila mencium tangan kedua-dua orang tua itu sebelum melangkah keluar. Nabila mencapai beg tangan yang diletakkan sebentar tadi di atas meja kopi. Sebelum keluar dia sempat berpesan kepada Mak Dah dan Pak Hamid. Tok jangan lupa kunci pintu pagar. Kalau orang yang tak dikenali jangan bagi masuk tau. Pesanan sebegitu sudah lali di pendengaran dua orang tua itu. Hidup di bandar segalanya perlu dikunci, dimangga. Kalau di kampung semua itu tidak perlu. Biarpun pintu rumah terbuka luas tetapi mereka tidak pernah berasa cuak. Masyarakat kampung mereka masih mengamalkan sikap bantu-membantu dan saling menghormati. Tetapi di kota raya yang serba mewah ini, dirasakan oleh Mak Dah dan Pak Hamid penghuninya seakan terdesak dan mendesak. Sesaat mereka alpa ada sahaja musibah yang menimpa. Lumrah hidup di kota besar begitu menguja keimanan dan nilai kemanusiaan. Nabila melambaikan tangan ke arah Mak Dah dan Pak Hamid yang menghantar pemergiannya di muka pintu. Mereka faham benar kalau ada pertunjukan fesyen pastinya Sapura akan pulang lewat. Pernah sekali Pak Hamid dan Mak Dah dibawa oleh Nabila untuk melihat pertunjukan fesyen yang menggayakan rekaan ibunya, tetapi mereka berasa canggung untuk berada di situ bersama insan-insan yang mencintai dunia fesyen. Oleh itu mereka sentiasa menolak untuk turut hadir pada masa-masa hadapan. Bagi Pak Hamid dan Mak Dah biarlah Sapura dengan urusan kerjanya dan mereka lebih rela tinggal di rumah dan berbual dengan jiran-jiran yang ada. Lagipun Pak Hamid suka pergi ke masjid yang tidak jauh dari rumah Sapura. Di sana dia

215

air mata cinta

dapat berjemaah bersama-sama jemaah lain dan sekurangkurangnya dia dapat melupakan kampung halamannya buat seketika.

naBila sampai tepat pada masanya. Tidak susah mencari alamat rumah Fendi kerana kawasan rumah di situ agak eksklusif dan teratur. Fendi sudah sedia menanti di muka pintu ketika Nabila membawa keretanya masuk ke kawasan tempat letak kereta. Sebaik sahaja Nabila menjejakkan kaki di kawasan rumah itu, Nabila agak terpegun dengan reka bentuk serta susun atur landskap rumah Fendi. Sejenak dia terpikat dengan gaya rumah itu. Cantiknya rumah En. Fendi. Puji Nabila ikhlas. Tak adalah, rumah I ni biasa saja. Masuklah mak I ada kat dalam. Pelawa Fendi sambil memberi ruang kepada Nabila untuk masuk ke dalam. Mata Nabila merayap ke setiap ceruk rumah itu. Rumah Fendi kelihatan amat kemas sekali. Perabot kayu yang tersusun di ruang tamu menjadikan ruang itu amat menarik bagi sesiapa sahaja yang melihatnya. Nabila melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi kayu yang ada. Matanya masih tidak lepas dari meneliti setiap inci susunan yang ada di hadapannya. Fendi membiarkan sahaja kelakuan Nabila. Dia juga sudah lali dengan gelagat tetamu yang datang ke rumahnya. Sesiapa sahaja yang menjadi tetamu rumah itu pastinya akan terpegun dan kemudian akan menyoal itu dan ini. Tetapi nampaknya Nabila tidak berhasrat untuk bertanya.

216

Rabiatul Adawiyah

Sekejap ya Nabila, I panggilkan mak I. Nabila angguk. Dia membetulkan blaus yang dipakainya agar nampak kemas. Pastinya ibu Fendi seorang yang bercita rasa tinggi tambahan lagi Fendi memang arif dengan hiasan dalaman. Nabila menanti kedatangan Fendi dan ibunya dengan sabar. Mak inilah Nabila, kawan pejabat Amirul yang Amirul ceritakan dulu. Nabila menghulurkan tangan untuk bersalam. Nurul yang menyambut tangan Nabila tergamam seketika. Wajah ini seperti pernah dilihatnya, tetapi dia tidak tahu di mana. Nurul menatap wajah Nabila tepat-tepat sambil cuba mengingati sesuatu namun gagal. Ehemmak! Panggil Fendi setelah dilihatnya ibunya masih menggenggam erat tangan Nabila. Nurul tersedar dari lamunannya. Err Nabila? Tanya Nurul. Nabila angguk. Cantik, puji Nurul dalam diam. Nabila datang seorang saja? Mana maknya? Tanya Nurul sambil meninjau ke arah pintu. Mak dia tak dapat datang sebab ada kerja. Betul kan, Nabila? Potong Fendi. Hish! Budak ni kita cakap dengan orang lain, dia pula yang menjawab. Nurul pura-pura memarahi Fendi. Fendi ketawa kecil. Tangannya memaut bahu ibunya mesra. Nabila berasa agak kekok dengan situasi itu. Dia sedar perwatakan Fendi di pejabat yang sering serius dengan tugas berbeza apabila dia berada di rumah. Di rumah, dilihatnya Fendi amat manja bagaikan anak kecil. Mirul saja tolong jawab kan, mak. Mak tengoklah

217

air mata cinta

bukannya dia tahu nak buka mulut. Mulut dia tu dah terkunci. Fendi memuncungkan bibirnya ke arah Nabila. Nurul mencubit peha Fendi mesra. Jangan diusik Mirul, dia kan tetamu kita. Sahut Nurul. Nabila tersengih mendengar panggilan manja Fendi yang keluar dari mulut Nurul. Mirul, hmmmacam bunyi anak manja. Nabila hampir tergelak sendirian. Duduklah, Nabila. Amirul ini memang macam tu. Maklumlah dia tu anak tunggal, jadi manjanya sampai ke tua. Wajah Fendi serta-merta berubah menjadi kemerahan. Ya makcik? Tak tahu pula saya En. Amirul ni manja orangnya. Di pejabat bukan main garang lagi makcik. Pantang silap sikit habis kami semua dileterinya. Nabila menjuihkan bibir ketika dilihatnya Fendi merenung tajam ke arahnya. Sengaja dia menekan sebutan nama Amirul sambil memandang Fendi penuh makna. Amirul suka berleter? Betul ke,Mirul? Nurul seakan terkejut. Mana ada mak. Nabila yang saja buat cerita. Dahlah mak, jangan percaya. Fendi cuba menafikan. Hatinya terbuku rasa geram terhadap Nabila yang beria menceritakan personalitinya di pejabat. Satu lagi makcik nak tanya. Apa Nabila panggil Mirul di pejabat? Tanya Nurul seakan cuba mengenakan Fendi. Fendi. Jawab Nabila cepat. Nurul mengangguk sambil ketawa kecil. Hmmnampak macam serius je nama tu. Usik Nurul pula sambil memandang Fendi. Serta-merta wajah Fendi berubah menjadi merah

218

Rabiatul Adawiyah

menahan malu. Nabila, sebenarnya makcik nak ucapkan terima kasih atas bantuan mak Nabila yang sedia menjahitkan baju yang cantik untuk makcik. Nurul cuba mengalihkan perhatian daripada Fendi. Tak ada apa yang istimewanya, makcik. Lagi pun mak memang seorang tukang jahit yang baik. Nabila cuba merendahkan diri. Semua orang puji baju tu tau. Ada satu malam tu makcik pergi satu majlis makan malam dan makcik pakai baju kurung tu, semua yang kenal makcik kata baju itu memang menawan. Terima kasih banyak-banyak, ya. Nurul masih terus memuji. Mana tak lawanya, mak melaram mengalahkan mak Datin. Celah Fendi. Hishh... mana ada? Mak tak bersolek apa pun. Tapi memang baju tu pun dah cantik, jadi mak pun jadi cantiklah. Betul tak Nabila? Sahut Nurul tidak mahu mengalah. Sudahlah tu mak, kalau ya pun perut Fendi ni dah mula berkeroncong. Fendi cuba mencelah. Haah! Lupalah pula makcik yang Nabila tak boleh lama. Fendi pergi panggilkan ayah kamu tu. Ada di dalam bilik bacaan agaknya. Fendi segera menuju ke arah yang dinyatakan oleh ibunya. Mari kita ke ruang sana. Ajak Nurul. Nabila membuntuti Nurul menuju ke meja makan. Nurul menarik sebuah kerusi dan mengarahkan Nabila duduk di situ. Kotak fikiran Nurul masih cuba mengimbas kembali wajah yang serupa dengan wajah Nabila. Namun bayangan itu

219

air mata cinta

tidak dapat diterjemahkannya. Nurul mengeluh kehampaan. Kenapa, makcik? mendengar Nurul mengeluh. Tanya Nabila apabila dia

Tak ada apa-apa. Cepat-cepat Nurul menjawab. Dia tidak mahu tetamunya berasa tidak selesa. Nurul menuju ke dapur dan kembali dengan menatang sedulang air. Eh! Tak payah Nabila. Makcik boleh buat. Pantas sahaja Nurul melarang Nabila bangun dari duduknya. Susahkan makcik saja. Tak juga. Sebenarnya Amirul tu yang telah menyusahkan Nabila. Makcik minta dia bayar upah menjahit, tapi katanya mak Nabila tidak mahu. Kenapa? Tanya Nurul sambil tangannya menuang air oren ke dalam gelas. Mak ikhlas, makcik. Lagipun masa tu mak taklah sibuk sangat. Kebetulannya dia bercuti, jadi daripada tak ada apa nak buat dia pun jahitlah baju makcik. Terang Nabila ikhlas. Kedengaran tapak kaki menghampiri mereka. Nabila bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan lelaki yang agak berumur di sisi Fendi. Agaknya ini ayah Fendi. Bisik hati kecil Nabila. Badrul yang menyambut salam Nabila sedikit terkejut ketika dia memandang wajah Nabila. Serta-merta tangannya menggigil. Badrul melepaskan genggaman tangannya. Ayah, inilah Nabila, kawan sepejabat Amirul. Fendi memperkenalkan Nabila kepada Badrul. Badrul mengangguk sambil matanya tidak lepas dari memandang Nabila. Mungkinkah pelanduk dua serupa? Badrul tertanyatanya. Mengapakah wajah yang selama ini dirindu tiba-tiba

220

Rabiatul Adawiyah

muncul di hadapannya? Siapakah gadis ini? Tidak mungkin dia kerana gadis ini terlalu muda. Bisik hati kecil Badrul. Nabila berasa serba-salah apabila dirinya menjadi perhatian. Marilah kita makan. Lauk pun dah nak sejuk ni. Nurul cuba menghidupkan suasana. Sedap lauk mak masak hari ini. Maklumlah ada tetamu. Perli Fendi. Nurul menjegilkan matanya tanda meminta Fendi berhenti dari mengusik Nabila. Nabila menjamah lauk masakan ibu Fendi dengan berselera sekali. Memang lauk pauk yang dimasak oleh ibu Fendi amat sedap. Nabila berasa berdebar setiap kali matanya bertentang dengan Badrul. Ada satu perasaan yang sukar hendak dimengertikan lahir dari diri Nabila tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak mentafsirkan perasaannya itu. Nabila terus menyuap nasi ke dalam mulutnya dengan tertib. Bagi Badrul mirip wajah Nabila yang seiras dengan wajah wanita yang pernah suatu ketika dahulu amat dicintainya, mengembalikan semula kenangan lamanya. Dia terasa amat sukar untuk menelan nasi yang ada di dalam mulutnya. Badrul cuba menyembunyikan keresahan yang melanda di lubuk hatinya. Mahu saja dia bertanya asal usul Nabila tetapi bagaimana dia harus mulakan! Ibu Nabila ni pereka fesyen yang terkenal ayah, mak. Kata Fendi sambil menambah nasi ke dalam pinggannya. Ya ke? Tanya Nurul tertarik. Selama ini Fendi tidak pernah bercerita mengenai Nabila. Petang ini dia ada pertunjukan fesyen di hotel, kan Nabila? Tanya Fendi seraya memandang Nabila sambil tersengih. Nabila mengangguk.

221

air mata cinta

Bagus betul tu, dah lama ke mak Nabila dalam bidang fesyen ni? Tanya Nurul penuh minat. Lama juga makcik dah lebih sepuluh tahun. Jawab Nabila. Tentu perniagaannya bagus. Beruntunglah mak Nabila. Dahlah pandai menjahit, ada perniagaan yang bagus pula. Puji Nurul. Badrul meneruskan suapannya. Dia tidak mahu mengganggu perbualan mereka. Badrul lebih gemar mendengar. Sikit-sikit adalah makcik. Nabila merendah diri. Sikit? Mak tahu tak, dia tu ada butik sendiri. Besar butiknya dan sekarang ini banyak tempahan dari butik itu. Balas Fendi cepat. Ooobutik apa, Nabila? Bolehlah makcik pergi ke sana dan berkenalan dengan mak kamu. Boleh juga makcik tempah baju dengan mak kamu. Sahut Nurul. Mak saya ni tak pernah nak selak majalah fesyen Nabila. Maaflah ya kerana mak saya tak kenal pereka terkenal macam mak awak tu. Sampuk Fendi. Macam mana makcik nak baca majalah fesyen Nabila. Yang ada di rumah ni semuanya majalah hiasan. Dari ke pokok sampai ke dapur. Majalah orang putih, majalah Melayu semuanya ada. Nasib baik dia tak reti bahasa Jepun. Agaknya kalau dia tahu, alamatlah majalah Jepun penuh di rumah ni. Rungut Nurul. Hish! Kalau ya pun makanlah dulu baru bersembang. Perempuan kalau dah bercakap fasal fesyen tak boleh nak tunggu-tunggu. Celah Badrul tiba-tiba. Nurul diam mendengar teguran Badrul. Dia

222

Rabiatul Adawiyah

menyambung suapannya yang terhenti tadi. Bukan Badrul tidak ingin mendengar cerita mengenai Nabila, tetapi saat itu hatinya bagaikan tidak dapat ditahantahan untuk mengetahui mengenai gadis yang sedang makan di dalam rumahnya. Kalau boleh Badrul mahu segera menghabiskan suapannya. Tetapi dia gagal. Suapannya begitu perlahan dan tertib. Selesai makan mereka berehat di ruang tamu. Hati Badrul bagai digaru-garu untuk bertanya lebih lanjut tentang diri Nabila namun dia tidak mahu ada hati-hati yang tergores nanti. Nurul menghilang seketika di ruang dapur. Tidak lama kemudian dia menatang air panas untuk hidangan mereka sambil berbual. Fendi menyambut dulang air dari tangan Nurul dengan tertib kemudian menuangkan air teh ke dalam cawan yang telah tersedia. Nabila masih ada ayah lagi? Tanya Nurul memecah kebisuan. Ada. Nabila angguk. Di dalam hatinya dia berdoa agar mereka tidak bertanya lebih lanjut mengenai ayahnya. Bagaimana harus dia menjawab sekiranya mereka bertanyakan dengan mendalam mengenai ayahnya? Nabila berkira-kira sendiri. Badrul menarik nafas panjang. Masih berayah gadis ini. Ah, tak mungkin dia, Badrul cuba menyangkal perasaannya. Badrul tidak banyak mencelah di sepanjang perbualan mereka bertiga. Fikirannya masih tidak tenteram. Ada sesuatu yang telah mengusik mindanya. Setelah berbual buat seketika Nabila meminta izin

223

air mata cinta

untuk pergi. Pasti ibunya sedang menanti di hotel. Nabila menjemput Fendi sekeluarga untuk berkunjung ke rumahnya pula sebagai membalas kunjungannya itu. Sepeninggalan Nabila, Badrul termenung sendirian. Akhbar yang ditatapnya sedari tadi masih tidak beralih muka surat. Sekonyong-konyong kisah silam yang melanda dirinya terpapar ibarat peti televisyen yang sedang menayangkan sebuah filem. Badrul cuba mengimbau kembali saat dia kehilangan Sapura. Sapura yang pernah menjadi isterinya suatu ketika dulu. Sewaktu Badrul kembali ke rumahnya sebaik sahaja balik dari kerja luar, dia amat terkejut kerana Sapura telah menghilangkan diri. Badrul memeriksa setiap sudut di rumahnya. Dia dapati baju dan barangan peribadi Sapura telah tiada! Badrul melopong melihat keadaan itu. Segera dia menelefon rakan-rakan Sapura tetapi hampa kerana mereka juga tidak mengetahui di mana Sapura berada. Badrul panik dengan kehilangan itu. Dia termangu-mangu sendiri hinggalah dia ternampak sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Sapura. Badrul meraup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. Dia merasa bersalah terhadap Sapura. Selama ini Sapura begitu sabar. Dia tidak tahu bagaimana Sapura mendapat tahu mengenai perkahwinannya dengan Nurul. Badrul segera menghubungi ibu dan ayahnya. Petang itu rumah Badrul penuh dengan keluarganya. Masing-masing menggaru-garukan kepala. Badrul menelefon sekali lagi rakan-rakan Sapura tetapi jawapannya menghampakan. Begitu juga dengan tempat kerja Sapura. Badrul terkejut apabila diberitahu bahawa Sapura telah berhenti dua puluh empat jam! Kecelakaan apakah ini? Badrul tertanya-tanya sendiri. Dari hari ke hari dan tahun berganti tahun, jejak Sapura tidak

224

Rabiatul Adawiyah

dapat dihidu lagi. Dia tidak tahu ke mana hendak dicarinya Sapura. Mencari di kampung Sapura, tidak mungkin. Badrul tahu benar sikap Sapura yang tidak mudah menoleh ke belakang jika telah melakukan sesuatu. Dia juga tahu Sapura pasti tidak pulang ke kampung halamannya kerana keluarganya telah berpatah arang dengannya. Badrul jadi buntu dengan kehilangan Sapura. Dia sedar kesilapan yang dilakukannya telah memusnahkan istana cinta yang dibinanya dengan Sapura beberapa tahun yang lalu. Akhirnya Badrul pasrah dengan kehilangan Sapura dan berharap agar mereka bisa bertemu untuk merungkai simpulan yang terjerat erat selama ini. Dia masih ingat lagi sewaktu di dalam penjara dahulu dia ada menerima surat daripada Mahkamah Syariah yang mengatakan Sapura meminta fasakh. Atas alasan yang kukuh Badrul terpaksa mengalah dengan keadaan. Dengan berat hati Badrul melepaskan Sapura. Andai kata waktu itu dia tidak dipenjarakan mahu sahaja dia berlari mencari Sapura. Tetapi apakan daya jeriji besi yang terpajak di hadapan mata menghalang dia dari meloloskan diri dan memisahkan dia dari hidup Sapura untuk selamanya. Badrul nekad untuk mencari Sapura. Dia mahu memohon maaf kepada Sapura. Dia mahu menceritakan duduk perkara sebenarnya. Yang penting sekali dia mahu meleraikan dendam kesumat yang ada dalam diri Sapura. Badrul faham benar tabiat Sapura yang tidak mudah untuk memaafkan apatah lagi sekiranya dilukai oleh orang yang di sayangi. Bang! Panggil Nurul sambil tangannya menyentuh lembut bahu Badrul. Badrul tersentak. Segera dia mengalihkan muka surat

225

air mata cinta

akhbar yang dipegangnya. Dia tidak tahu sejak bila Nurul memerhatikan gelagatnya. Fendi telah lama hilang di dalam biliknya. Bang! Panggil Nurul lagi. Badrul mengangkat mukanya memandang tepat ke wajah Nurul. Ada apa, Nurul? Tanya Badrul lembut. Dia mengelus anak rambut Nurul yang dibiarkan lepas ke bahu. Badrul amat bersyukur kerana Nurul juga seorang isteri yang begitu setia dan sabar dalam menanti kepulangannya. Badrul juga kagum dengan kegigihan Nurul membesarkan Fendi sewaktu dia berada di dalam penjara. Saya tahu apa yang sedang abang fikirkan. Nurul bersuara perlahan. Badrul melipat akhbar yang dipegangnya sejak tadi. Abang teringatkan dia kan? Tanya Nurul. Dia tunduk sambil kakinya menguis tepi carpet yang terbentang di hadapannya. Ya Nurul. Jawab Badrul setelah agak lama. Nurul menarik nafas panjang. Wajahnya saling tak tumpah kan bang. Sambung Nurul lagi. Hmmitu yang sedang abang fikirkan. Sahut Badrul. Nurul mengambil tempat duduk di sisi Badrul. Dia menggenggam erat tangan Badrul. Bang, kita harus cari dia. Kita perlu minta maaf. Usul Nurul. Mahukah dia maafkan abang, Nurul? Sedangkan dulu dia tinggalkan abang tanpa sempat abang menerang-

226

Rabiatul Adawiyah

kan segalanya. Bang, Nurul juga bersalah dalam soal ini. Nurul terlalu terburu-buru waktu itu. Nurul seakan cuba menyalahkan diri sendiri atas tindakannya berjumpa Sapura. Dia berkira-kira andainya dia tidak campur tangan dalam perkara ini pastinya Sapura tidak hilang dari pandangan. Tetapi dia berfikir sejenak. Perempuan manakah yang sanggup bersabar dengan keadaan itu? Wanita mana yang sanggup menanti kebenaran keluar dari mulut lelaki yang bergelar suami dengan ikhlas? Nurul tahu jawapannya bahawa dia tidak akan dapat mencari kebenaran kerana Badrul begitu tega merahsiakan perkara itu darinya. Tidak Nurul. Nurul tidak bersalah dalam soal ini. Jika abang berada di tempat Nurul, pasti abang juga mengambil tindakan yang sama. Badrul menepuk bahu Nurul penuh kasih sayang. Nurul tidak boleh dipersalahkan dalam perkara yang telah berlalu. Begitu juga dengan keputusan Nurul untuk berjumpa Sapura. Nurul terlalu naif ketika itu. Baginya dialah yang harus dipersalahkan. Dalam hati, Badrul terus menyalahkan dirinya sendiri.

227

No. ISBN:- 978-938-42552-9-9 Jumlah muka surat:- 406 Harga Runcit:S/M:- RM18, S/S:- RM21 Harga Ahli KKN:S/M:- RM14, S/S:- RM17 Sinopsis: Novel Air Mata Cinta mengisahkan Sapura yang terasa dirinya tertipu oleh suaminya, Badrul setelah Badrul berkahwin lain dalam diam-diam. Dalam kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat, Sapura mengambil keputusan melarikan diri. Dia menyembunyikan rahsia kehamilannya

daripada pengetahuan Badrul. Konflik bermula apabila Badrul dipenjarakan atas kesalahan rasuah dan Sapura menuntut cerai setelah anaknya besar. "Air mata... jangan tumpah lagi kerana aku tidak berdaya lagi menagih cinta." Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, dapatkan AIR MATA CINTA di rangkaian kedai-kedai buku Popular dan MPH serta kedai-kerdai buku berhampiran anda. Anda juga boleh melanggan terus dengan kami sama ada melalui online atau pun secara pos. Jika anda ingin melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com untuk maklumat lanjut cara-cara melanggan dengan kami. Jika anda ingin melanggan melalui pos, sila tuliskan di atas sekeping kertas kosong saiz A4 nama penuh anda, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel dan jumlah naskhah yang ingin dilanggan. Poskan bersama wang pos/kiriman wang (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D'Wangsa, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. No. tel:- 03-4149 0096 No. faks:- 03-4149 1196

You might also like