You are on page 1of 12

Amalan Khurafat Masyarakat Melayu

hare

Amalan Khurafat Beserta Maknanya


Khurafat ni senang je pengertiannya. Ianya adalah mempercayai sesuatu yang boleh mendatangkan mudharat dalam kehidupan harian. Apa apa kepercayaan yang menolak kekuasaan ALLAH itu adalah khurafat. Atau dalam masyarakat melayu kita, ia lebih kepada tema sial.

Amalan Khurafat Di Malaysia Beserta Contohnya.


Contoh amalan khurafat keturunan melayu :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Upacara menurunkan kapal Kenduri Pecah Perut Kenduri Tolak Bala Upacara Mendirikan Rumah Baru Puja kubur Cucu jin Pemujaan Tanduk kerbau Sandau Upacara Penyembelihan Ayam Hitam

Biasanya, yang masih mempelopori kepercayaan dan adat amalan khurafat dalam masyarakat melayu ni adalah tok pawang, dukun dan tok bidan. Ini semua adalah hasil pembelajaran diorang sejak turun temurun
Kesimpulannya

KHURAFAT

Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam

Khurafat adalah bidah akidah

Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Sumber : Kementerian hal Ehwal Agama Brunei Darussalam http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_artikelislam&pg=bm_info_islam&ac=76

HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah

Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak. Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)

Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan. Sabda Rasulullah

Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan guna-guna itu syirik.

Sesiapa yang memakai tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan.

KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM

1. MEROSAKAN AKIDAH

2. MENAMBAHKAN AMALAN BID'AH

3. HILANG KEPERCAYAAN KEPADA QADA DAN QADAR

4. HILANG SIKAP BERUSAHA

5. MUDAH BERPUTUS ASA

TIDAK BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH

Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan.

KHURAFAT MAKSUD Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial membuang ancak bagi menghalau hantu mengunjungi kubur yang dianggap keramat FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT menyebabkan syirik dan batal iman membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ".....barang siapa yang kafir sesudah beriman ( tidak menerima hukum-hukum Islam ), maka hapuslah amalanya ( yang baik ) dan ia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." ( Surah Al-Maidah : 5 ) Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala) ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

KHURAFAT MENYELEWENG AKIDAH. Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab : kharafa-yakhrifu-kharfan-khurafatan. Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada "superstition". Dari segi bahasa khurafat didefinisikan sebagai sebaris kata yang membawa erti kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul. Contohnya : kata-katanya itu banyak bidaah dan ~. Ia merupakan amalan hidup yang pernah wujud di dalam masyararakat jahiliah pada masa lalu. Manakala menurut istilah syarak pula mengertikan perkara ini sebagai semua kepercayaan yang diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber daripada ajaran agama Islam walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu penutup para nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Pada mulanya perkataan ini lebih dimaksudkan untuk semua hal atau kepercayaan yang bertentangan dengan kaedah Islamiah yang benar. Akan tetapi selanjutnya juga dimaksudkan untuk semua praktik, aktviti mahupun kegiatan muamalah atau bidang-bidang yang menjadi lapangan berlaku tuntutan syariat padanya. Ramai di antara umat Islam terlepas pandang atau tidak mengambil berat akan perkara ini, namun inilah hakikatnya bahawa gejala ini telah menular di dalam agama Islam dalam pelbagai sudut, aspek dan bentuk sehingga ia telah meliputi konsep ibadah dan kehidupan masyarakat Islam sendiri. Khurafat yang diyakini oleh pelakunya sebagai sesuatu yang dibenarkan oleh agama mungkin sahaja dapat memberikan ketenangan dan kemantapan jiwa bagi melakukannya. Malangnya, kerana perbuatan itu pada dasarnya menyimpang dari tuntutan agama yang sebenar, maka kenikmatan itu adalah bersifat semu, iaitu tidak kekal. Hal ini sama sekali bertentangan dengan fitrah manusia kerana ia bertentangan dengan akal sihat. Bila Islam memusatkan seluruh pengabdian kepada Allah s.w.t maka khurafat menyelewengkannya daripada pemusatan tersebut secara tidak langsung dan bila Islam melapangkan bidang muamalah bagi manusia, ia cenderung pula untuk menyempitkannya.

BERTAPAKNYA AMALAN KHURAFAT Dinaisme - Animisme Lipatan sejarah telah memaparkan bahawa manusia yang menduduki rantauini memulakan keagamaan mereka dengan fahaman dinaisme-animisme. Fahaman dinamisme ialah satu faham yang merujuk suatu kepercayaan yang meyakini adanya tenaga atau kuasa ghaib yang tidak berperibadi pada tumbuh-tumbuhan, benda-benda, haiwan ataupun manusia sendiri. Contohnya ia berupa pretasi luar biasa yang dimilik. Maka itu, lelaki yang sangat berani, kayu yang paling kuat, pokok yang lebih besar atau banyak buahnya dipercayai mempunyai kuasa yang lebih banyak daripada lainnya. Manakala fahaman animisme pula merupakan kepercayaan akan adanya jiwa dan roh yang dapat mempengaruhi kepercayan akan kewujudan jiwa dan roh yang dapat mempengaruhi alam manusia. Seperti yang dapat kita lihat, animisme biasanya akan menonjolkan sesuatu praktis seperti pemujaan dan perhambaan diri kepada sesuatu kuasa ghaib yang berperibadi, dengan mengharapkan perlindungan atau pertolongan bagi daripada kuasa tersebut di mana pertolongan makhluk halus berkenaan sebenarnya adalah jin. Pengatuh Hinduisme Buddhaisme Sebelum kedatangan Islam, Hinduisme dan Buddhaisme telah terlebih dahulu tersebar di alam Melayu. Disebabkan kedua-dua agama ini membawa unsur-unsur dinaisme dan anamisme yang tersendiri maka ini telah menyuburkankan lagi faham ananisme dalam kalangan masyarakat. Kedatangan Islam Walaupun Islam agama yang cukup ketat dan tegas amalan tauhidnya, namun cara dan pendekatan yang digunakan oleh mubaligh-mubaligh dari Arab dalam proses penyebaran agama tauhid ini ialah dalam bentuk penuh toleransi, At-Tadarruj atau beransur-ansur dan tidak mengubah, bahkan menyesuaikan sebahagian. Hal ini bagi memudahkan masyarakat untuk menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dengan itu terwarislah elemen-elemen fahaman animisme dan Hindu-Buddha yang terdapat di dalam adat masyarakat kita lantas bercampur-aduk dengan ajaran Islam sehingga ke hari ini dan tidak dihapuskan. Contohnya persembahan dan jamuan kepada roh diubah kepada kenduri tahlil dan makan bersama, adat membakar kemenyan dan bacaan mentera kepada roh-roh selepas mati diubah kepada upacara tahlil serta dia dengan nada yang panjang dan sedih. Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia ,termasuk di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni. Perlu diingatkan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islamiah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin walaupun yang diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih. Perkara ini dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni kerana ia memesongkan akidah yang menyeru pemusatan kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi jika makhluk tersebut dari golongan jin kafir. Firman Allah : "Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." ( Surah Al-Jin : Ayat

AMALAN KHURAFAT MASIH BERTERUSAN Dalam kalangan masyarakat sekarang, negara kita umumnya terdapat banyak gejala khurafat, ia adalah hasil budaya orang kita yang terlalu percayakan hal-hal yang bawa oleh orang terdahulu daripada mereka tanpa merujuknya secara mendalam di dalam Al-Quran dan AsSunnah serta para alim ulama kerana iman yang kurang mantap termasuk sikap masyarakat yang inginkan jalan mudah dalam mencari kesenangan dan kebahagiaan hidup serta sikap orang kita yang amat kuat berpegang kepada adat. Buktinya peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat.Adapun gejala khurafat ini terdidik dari kecil, contohnya di dalam budaya masyarakat kita adalah menjadi kebiasaan kanak-kanak sering ditakutkan dengan hantu pada malam Jumaat sedangkan pada malam tersebut Allah S.W.T menurunkan rahmat untuk semua hamba-Nya pada malam tersebut. Bahkan ada lagi satu situasi dimana kanak-kanak takutkan dengan hantu apabila tidak mendengar ibu bapa, kenapa sahaja tidak katakan kepada anak tersebut bahawa Tuhan akan marah? Rasanya itu lebih baik dan akan memupuk semangat takut akan Maha Pencipta. Walau bagaimana pun khurafat juga boleh berlaku secara tidak sengaja oleh pelakunya atau sebaliknya. Hal ini boleh berlaku terhadap sesuatu individu, kelompok dan institusi masyarakat masa kini kerana lemahnya mereka yang bersangkutan untuk menolak godaan khurafat atau ada maksud-maksud tertentu. Mungkin tanggungjawab terhadap Allah s.w.t jauh lebih berat dan besar dibandingkan dengan pelanggaran-pelanggaran lainya yang dilakukan dengan sengaja. Khurafat secara tidak sengaja lazimnya berlaku disebabkan oleh kejahilan pelakunya bahawa hal berkenaan tidak dibenarkan oleh Islam dan terpesong dari landasan yang benar. Namun, bagi mereka yang melakukan perbuatan khurafat ini dengan sengaja ataupun tidak, pintu taubat masih terbuka untuk mereka asalkan mereka mahu bertaubat.

BENTUK KHURAFAT. Khurafat masih wujud di dalam masyarakat Islam sekarang, bahkan ia juga telah muncul dalam bentuk-bentuk yang berbagai-bagai sama ada dalam bentuk perbuatan tertentu, ungkapan tertentu, cerita atau kisah tertentu, bilangan tertentu,serta konsep, prinsip atau mazhab tertentu. Amalan mengunjungi kubur yang dianggap keramat mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial membuang ancak bagi menghalau hantu adalah sebahagian bentuk gejala khurafat. Melenggang Perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu diselatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali denganpanggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteriyang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukanbayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim.Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteriyang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi.Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupahuntuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perludisiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalahseperti berikut: 1. Tujuh helai kain yang berlainan warna. 2. Satu gantang beras. 3. Sebiji buah kelapa. 4. Beberapa urat benang. 5. Satu batang damar. 6. Sedikit minyak kelapa atau minyak urut. 7. Beberapa batang lilin. 8. Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya. Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu. Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut: Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itusecara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di ataslapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahanlahan.Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkansecara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kalidan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akanmemerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhentibergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisanatas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satulagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badanibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain ituditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukansehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibutersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-samadengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku didalam tepak sirih itu.Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilanyang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang

rapat. Pada masakenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikandengan pakaian yang baru dan cantik. Temasya Mandi Safar Temasya Mandi Safar merupakan satu perayaan orang Melayu khususnyaorang Melaka yang diwarisi sejak zaman berzaman. Temasya ini diadakan setiaptahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulan kedua di dalam kalendar Islam. Ia disambutpada hari Rabu yang terakhir dalam bulan tersebut . Sebelum Perang Dunia II, sebahagian masyarakat menganggap temasya mandiSafar ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Islam. Menurut anggapanmereka, kononnya hari tersebut dirayakan sebagai menyatakan kesyukuran kerana junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. telah sembuh daripada sakit yang amat berat.Ada pendapat yang menganggap bulan Safar bulan Nahas atau bulan Balakerana di dalam bulan ini terutamanya pada hari Rabu terakhir, Allah banyak menurunkan bala kepada makhluknya di dunia ini. Oleh itu orang-orang tua seringmengingatkan anak cucu mereka agar berhati-hati ketika melakukan sebarangpekerjaan.Oleh kerana wujud kepercayaan seumpama ini, maka upacara perkahwinan,pertunangan dan majlis keraian tidak dilalukan pada bulan tersebut kerana dipercayai jodoh teruna dan dara tidak berkekalan.Di Melaka tempat yang terkenal mengamalkan pesta Mandi Safar ialah diTanjung Beruas, Tanjung Kling, Melaka. Tempat ini terletak di tepi laut Selat Melakaiaitu kira-kira tujuh batu dari Bandar Melaka.Dalam menjayakan pesta ini, kereta lembu memainkan peranan yang penting.Pemilik kereta lembu yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat tani akanmengambil bahagian. Setiap tahun pada malam Rabu akhir bulan Safar mereka akanmembanjiri sepanjang pantai Tanjung Keling dengan membawa kumpulan mereka.Beberapa minggu sebelum tibanya hari tersebut, lembu-lembu ini akan dibersihkandan disapu minyak. Di samping itu mereka akan mengumpulkan alat muzik sepertibiola, gong dan gendang bagi mengiringi mereka nanti.Semasa dalam perjalanan mereka akan mengesek biola, memukul gendang dangong serta menyanyi sepanjang jalan sehingga ke Tanjung Kling. Mereka akanmenyanyi sambil berbalas pantun dalam berbagai corak pantun. Azimat Semua benda-benda yang dipercayai dapat melindungi diri seseorang daripadasegala ancaman marabahaya atau mencegah musibah daripada menimbah dirimanusia. Tangkal adalah salah satu daripadanya.Tangkal merupakan barang yang dibuat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan tujuan melindung dari gangguan syaitanseperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di sudut kediaman.Lazimnya benda-benda sebegini didapati daripada pengamal-pengamal ilmuhitam atau sihir dan ia diyakini mempunyai kekuasatan ghaib serta memilik khadamnya yang terdiri makhluk ghaib.Manakala waraq pula adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf,nombor, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulisdalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayatAl-Quran. Itulah sebabnya ada golongan yang terpedaya sehingga mempercayai iaberkaitan dengan ajaran Islam.Jika wafaq tersebut mempunyai tulisan ayat Al-Quran maka si pemakainyasebenarnya telah menghina Al-Quran kerana menganggap remeh ayat-ayat dalamkitab suci itu dan ini benar-benar bertentangan dengan apa yang dimuatkan didalamnya. Allah menurunkan AlQuran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan,bukan sebagai azimat.Fenomena ini bertentangan dengan Islam kerana tiada daya melainkan Allahs.w.t. Dan tentunya kita pernah mendengar ayat ini Tidak akan berlakunya sesuatuperkara itu melainkan dengan izin Allah s.w.t. Perbuatan ini ditentang keras di sisiagama islam kerana ia boleh menjerumuskan seorang individu kepada syirik.Tambahan lagi hadis umumnya melarang azimat dan tidak

disebutkan pula pengecualiannya walaupun ada percanggahan pendapat dalam kalangan alim ulama. SMS Atau Surat Berantai Tercetus daripada kemajuaan teknologi yang dikecapi oleh masyarakat masakini. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak perasan, terlepas pandang dantidak mengambil berat perkara ini bahawa bentuk amalan ini mempunyai unsur-unsurkhurafat yang amat halus.Jika kita selidiki setiap surat berantai atau SMS berantai pastinya dimulakandengan cerita-cerita yang menginsafkan dan mengingatkan kembali seseorang akantuntutan Islam namun sebaliknya pula di akhir helaian atau pun SMS. Contohpengakhiran suatu SMS atau surat berantai lebih kurang begini :Barang siapa yang tidak menyebarkan SMS kepada sepuluh orang ini ataumengabaikannya, maka dia akan ditimpah kesusahan selama tujuh hari. Manakala A1001 Pendidikan Islamsiapa yang mereka menyebarkannya pasti ada akan dilimpahi kesenangan daripadaAllah s.w.t selama tujuh minggu.Justeru, orang yang menerima SMS atau surat tersebut pun terpedaya danmenyebarkannnya kepada sepuluh orang kerana takut dengan kesusahan yangdiperkatakan itu sama ada secara terpaksa atau tidak.Namun itu bukanlah persoalannya utamanya, persoalannya di sini merekayang mempercayai perkara ini telah dipesongkan akidahnya. Sama ada percaya atau tidak, mereka yang termakan dengan ayat seperti di atas sebenar telah meletakkan kekuasaan untuk menentukan takdir hidup mereka pada SMS atau helaian berkenaan bukannya Allah s.w.t. Susunan ayat seperti di atas telah mengalihkan keyakinanmereka daripada Maha Pencipta secara halus. Kemungkinan gejala terbaru ini adalah sebahagian rancangan musuh-musuh Islam tidak boleh diambil ringan .

AKIBAT MEMPERCAYAI ATAU MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT. Gejala khurafat boleh menyeleweng akidah seorang invidu muslim denganmengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepadamakhluk (yang dicipta). Hal ini ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorangindividu muslim kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada Al-Quran terdapatbeberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Yang memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t. kepada-Nya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah : Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohonkepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehnedaki ke ataskamu sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratanitu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepada kuadakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itubagiku untuk segalagalanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yangbertawakal. ( Surah Al-Zumar : Ayat 38 ) Khurafat boleh membatalkan iman seorang muslim dan menggugurkansyahadah yang telah diucapkannya disamping membazir masa, tenaga dan hartadengan perkara sia-sia serta menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik disamping boleh menjatuhkan seorang muslim kepada syirik. Hadis Nabi : Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yangtidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala) ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Kemudian, masyarakat yang mengamalkan akan mengalami banyak krisis kemunduran terutama sekali amalan akhlak. Situasi ini boleh kita lihat apabilamerenung bagaimana keadaan masyarakat jahiliah pada zaman Nabi Muhammads.a.w. Pelbagai perkara telah disempitkan oleh gejala khurafat. Fikiran pun kolot .Oleh yang demikian tidak beruntunglah sesuatu bangsa suatu umat selagi mana amalan khurafat ini masih bertapak di dalam kelompok mereka walaupun mereka dapat mengecapi nikmat dunia. KESIMPULAN Pada hari ini usaha untuk membendung amalan khurafat merupakan suatu usaha yang mencabar. Memang benar masyarakat kita pada hari ini sudah lebih matang berbanding dulu, tapi lebih kepada hal keduniaan, kalau tidak masakan gejala maksiat boleh berleluasa .Kalau masayarakat kita terus-menerus meletakkan beban untuk membanteras gejala sebegini kepada pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sertaMajlis Ugama Islam Sabah maka sudah pasti akan runtuhnya akidah sebahagian besarumat Islam.Usaha-usaha untuk membasmi dan membanteras gejala khurafat bolehdilakukan melalui kerjasama di antara masyarakat dengan majlis agama bagimenangani semua perkara yang boleh menggugat keteguhan akidah umat Islam.Mustahil perkara ini tidak boleh dilakukan jika Rakan Cop boleh diwujudkan dinegara kita Malaysia.Selian itu masjid juga boleh digunakan sebagai medium untuk melumpuhkangejala khurafat dengan mengadakan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakatsecara giat. Tidak dinafikan bahawa media massa juga boleh digunakan sepertimajalah Al-Islam, itu adalah lebih baik daripada tindakan sebahagian syarikat majalah

yang menerbitkan majalah seperti Mingguan Misteri yang seolah-olah meniupkan semangat khurafat dalam masyarakat kita. Akhir sekali, penggubalan undang-undang perlulah dilakukan. Kalau boleh diwujudkan satu lagi perundangan berasaskan Islam di negara kita bagi menjaga agama tauhid ini. I.S.A sahaja tidak cukup. Mungkin kita boleh mewujudkan akta yang boleh menyabitkan seorang pengamal sihir atas kesalahan boleh memesongkan akidah umat Islam. Sebelum kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda amat risaukan umatnya, jadi umat Islam selayaknya membalas kebimbangan itu dengan menjaga akidah serta mengamalkan Amar maaruf nahi mungkar yang kini kian dilupakan bagi menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri.

RUJUKAN Buku Ensiklopedia Islam, 1998. Malaysian Encyclopedia Research Centre. Kamus Dewan Edisi Ke Empat, 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ensiklopedia Islam, 2004. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Laman Web http://www.ashtech.com.my/adat/lenggang_perut.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Temasya_Mandi_Safarhttp://nurjeehan.hadithuna.com/ilmuakidah-perisai-utama-elak-khurafat/ http://www.scribd.com/doc/3243947/PANDANGANISLAM-TERHADAP-KHURAFAT

http://drnizam.com/2009/03/khurafat-dan-azimat/

You might also like