You are on page 1of 15

LAMPIRAN 1

SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN Aktiviti Praktikal

KANDUNGAN

Praktikal 1 2 3 4 5 6 Pengukuran dalam kehidupan harian Daya dan Gerakan Membuat muzik kualiti suara Mikroskop dan Teleskop Litar Elektrik

Topik

Penjanaan dan penghantaran arus elektrik.

LAMPIRAN 1 Praktikal 1: Hasil Pembelajaran: Pengukuran dalam kehidupan harian (4 jam) Untuk mengambil dan membanding pengukuran-pengukuran menggunakan pelbagai jenis alat penugukur (instrumen).

Bahan dan alat pengukur: Pembari meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer, neraca elektronik, neraca bim, sedikit dawai kuprum, pensel. rambut dan satu sudu teh pasir. Aktiviti 1: Prosedur: 1. 2. 3. Dengan menggunakan pembaris meter, angkup vernier dan tolok skru mikro-meter, ukur diameter pensel, dawai kuprum dan sehelai rambut anda. Ulang pengukuran anda. Jadualkan keputusan anda. Mengukur panjang

Penguasaan Pengetahuan dan Soalan Kemahiran: 1. Diantara ketiga-tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang, yang manakah lebih persis? Yang manakah lebih jitu. (4 markah) Jika pelajar menggunakan pembaris meter untuk mengukur ketebalan objek, adalah tidak realistik untuk dia merekod bacaan sebagai 4.32 cm. Terangkan mengapa? (3 markah) Apakah alat penugkur yang akan anda guna untuk mengukur ketebalan sehelai kertas? Terangkan. (4 markah) Mengukur jisim

2.

3.

Aktiviti 2: Prosedur: 1. 2. 3.

Dengan menggunkan neraca bim dan neraca elekttronik, ukur jisim sebatang pensel dan satu sudu teh pasir. Ulang pengukuran anda. Jadualkan keputusan anda.

LAMPIRAN 1 Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran: 1. Diantara alat-alat pengukur untuk mengukur jisim, yang manakah lebih persis? Yang manakah lebih jitu? Terangkan. (6 markah) Namakan neraca lain yang boleh digunakan untuk mengukur jisim dalam kehidupan harian. (2 markah) 3. Apakah yang telah anda pelajari daripada kedua-dua aktiviti ini. (6 markah)

2.

NOTA: 1. Kejituan nilai yang diukur: berapa hampirnya dengan nilai sebenar. 2. Kepersisan tidak sama dengan kejituan. Satu jam tangan digital yang murah yang menyatakan masa ialah 9:34:45am adalah lebih persis (masa diberikan dalam saat) tetapi jika jam tersebut berjalan lebih lambat beberapa minit, nilainya dikatakan tidak jitu. 3. Satu jam (grandfather clock) boleh menjadi lebih jitu (i.e, jika ia memaparkan masa yang betul) tetapi jika jam itu tidak mempuyai jarum saat, maka ia tidak lebih persis.

LAMPIRAN 1 Praktikal 2: Hasil Pembelajaran: Bahan: Aktiviti 1: Prosedure: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Letak satu blok kayu di atas lantai.Berikan tolakan kecil pada blok kayu itu dan rekodkan pemerhatian anda. Baling sebiji bola ping pong keatas ke udara. Rekodkan pemerhatian anda. Ikatkan dawai dengan tegang di antara dua paku yang telah di ketuk ke dalam blok kayu. Sentuh dawai itu. Rekodkan pemerhatian anda. Letakkan satu bola ping-pong ke dalam sebuah bikar yang berisi air.Cuba tolakkan bola itu ke dalam air. Rekodkan pemerhatian anda. Letakkan sebuah buku di atas tangan anda. Rekodkan pemerhatian anda. Nyatakan inferens-inferens bagi setiap pemerhatian yang dibuat. Daya dan Gerakan (4 jam). 1) 2) Mengenal pasti daya-daya yang berbeza dalam konteks berlainan. Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas.

Blok kayu, bola ping pong, dawai yang diregangkan atas blok kayu, bikar dan buku Mengenal pasti daya-daya yang berbeza dalam konteks berlainan.

Aktiviti 2: Baha-bahan: Prosedur: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas. Jangka masa detik, pita detik, pengapit, bekalan kuasa, dawai penyambung, pemberat 300 g, 450 g dan 600 g dan selotape

Letakkan satu bangku di atas meja. Apitkan jangka masa detik di atas bangku. Lalukan satu pita detik melalui jangka masa detik dan lekatkan dihujungnya satu pemberat berjisim 300 g . Hidupkan jangka masa detik dan biarkan jisim jatuh bebas ke bawah. Potong pita detik setiap 2 detik dan susunkan untuk menghasikan satu carta pita. Ulangi langkah 3 untuk jisim-jisim 450 g dan 600 g. Untuk setiap jisim yang digunakan, binakan carta pita dan tentukan pecutannya.

LAMPIRAN 1 Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran: 1. Adakah nilai-nilai pecutan yang diperoleh dari jisim-jisim yang berbeza sama nilainya dengan g? (Pecutan akibat tarikan gravity bumi)?Terangkan. (6 markah) Apakah keismpulan yang dapat dibuat tentang daya yang bertindak ke atas objek yang jatuh bebas? (5 markah) 3. Jika eksperimen ini di jalankan di bulan, adakah nilai pecutan yang diperoleh dari jisim-jisim yang berbeza ini akan sama dengan nilai g? Terangkan jawapan anda. (6 markah) Nyatakan apa yang telah anda pelajari daripada dua aktiviti-aktiviti ini. (8 markah)

2.

4.

LAMPIRAN 1

Praktikal 3: Hasil Pembelajaran: Bahan: Aktiviti : Prosedur: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Kualiti bunyi (4 jam). Untuk demonstrasikan dan menerangkan bagaimana kualiti bunyi yang berbeza di hasilkan. 3 botol gelas yang serupa, air, tala bunyi, besen, pembaris meter dan pensil. Demonstrasikan penghasilan kualiti bunyi yang berbeza.

Isikan sebuah besen dengan air. Ketuk satu tala bunyi pada tapak kasut anda. Sentuhkan satu hujung tala bunyi pada permukaan air. Apakah yang anda perhatikan? Ketuk tala bunyi sekali lagi. Ramalkan apa yang akan berlaku bila anda letakkan tala bunyi tersebut berhampiran telinga anda. Apa yang anda dengar? Letakkan air ke dalam tiga botol gelas yang berbeza supaya paras air pada botol A adalah penuh, botol B adalah penuh and botol C adalah penuh. Ukur jarak daripada atas botol ke permukaan air. Selepas itu, ketinggian air dalam setiap botol. Rekodkan pengukuran anda. Ramalkan perbezaan pada kelangsingan (pitch)bunyi yang anda akan dengar sekiranya anda tiup merentasi hujung atas setiap botol. Berikan sebab bagi ramalan anda. Uji ramalan anda dengan meniup merentasi hujung atas setiap botol. Dengarkan bunyi yang anda hasilkan. Terangkan mengenai bunyi dari segi kelangsngannya; rendah, sederhana atau tinggi. Rekodkan kelangsingan setiap bunyi. Bila anda ketuk sisi botol dengan sebatang pensil, anda akan hasilkan satu lagi bunyi. Adalah anda fikir bunyi yang dihasilkan itu sama atau berbeza dengan bunyi yang dihasilkan bila anda meniup merentasi hujung atas botol? Terangkan jawapan anda. Uji ramalan anda dengn mengetuk sisi setiap botol dengan sebatang pensil. Rekodkan kelangsingan setiap bunyi tersebut.

7.

8.

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran: 1. 2. Dalam prosedur 6, botol manakah yang menghasilkan kelangsingan yang paling tinggi? (4 markah) Terangkan bagaimana bunyi dihasilkan dalam prosedur 8. Botol manakan menghasilkan kenyaringan yang paling tinggi? Apakah yang menyebabkan perbezaan dari boto ke botol yang lain? (6 markah)

LAMPIRAN 1 3. Bandingkan bunyi yang anda hasilkan melalui meniup merentasi hujung atas botol-botol dengan bunyi yang dihasilkan dengan mengetuk botol-botol tersebut. Apakah perbezaan kelangsingan pada setiap botol? Terangkan pemerhatian anda. (4 markah) Dengan merujuk pada jadua data anda, bagaimanakan ketinggian turus udara mempengaruhi kelangsingan? Bagaimana ketinggian turus air mempengaruhi kelangsingan? (4 markah) Apakah kesimpulan yang anda boleh buat tentang perkaitan antara bunyi-bunyi yang dihasilkan dengan medium di mana bunyi bergerak? (3 markah) FIKIRKAN: Biola adalah instrument yang bertali. Seruling dan klarinet mempunyai turus udara, dan trumpet adalah instrument brass. Apakah persamaan yang ada pada setiap alat musik ini? (4 markah)

4.

5.

6.

LAMPIRAN 1 Praktikal 4: Hasil Pembelajaran: Bahan-bahan: Pemegang kanta, plastisin, pemegang kanta, kanta cembung (+2.5 D, +7 D, +14 D, + 20 D), skrin lutcahaya, lampu, pembaris meter Aktiviti 1: Prosedur: 1. 2. 3. Anda diberi kanta-kanta penumpu yang mempunyai panjang-panjang fokus yang berbeza. Terangkan dengan bantuan gambarajah, bagaimana anda hasilkan satu teleskop astronomi yang ringkas. Bina teleskop astronomi anda dan cubakannya dengan mengfokuskan kepada satu objek yang jauh. Tentukan pembesaran teleskop yang anda hasikan. Bagaimanakah anda tingkatkan kuasa pembesaran teleskop anda? Uji idea anda. Membina sebuah mikroskop majmuk Membina satu teleskop astronomi ringkas Mikroskop dan teleskop (4 jam) Untuk menentukan keadaan-keadaan yang sesuai untuk meningkatkan kuasa pembesaran teleskop astronomi dan mikroskop majmuk.

Aktiviti 2: Prosedur: 1. 2. 3.

Anda diberi kanta-kanta penumpu dari panjang-panjang fokus yang berbeza-beza. Terangkan dengan bantuan gambarajah bagaimana anda hasilkan satu mikroskop majmuk. Bina mikroskop majmuk anda dan ujikannya dengan mengfokuskannya pada satu objek yang kecil. Tentukan pembesaran mikroskop majmuk anda. Bagaimana anda tingkatkan kuasa pembesaran mikroskop majmk anda? Uji idea anda.

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran: 1. 2. 3. 4. Nyatakan fungsi-fungsi kedua-dua kanta objek dan kanta mata dalam satu teleskop astronomi. (4 markah) Bagaimana anda boleh tingkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi dan mikroskop majmuk? (5 marks) Apakah langkah berjaga-jaga yang telah anda ambil semasa menjalankan projek ini? Mengapa? (8 markah) Apa yang telah anda pelajari daripada dua aktiviti-aktiviti di atas? (8 markah)

LAMPIRAN 1

Praktikal 5: Hasil Pembelajaran : Bahan: Aktiviti 1: Prosedur: 1.

Litar litar elektrik (4 jam). Untuk menentukan kebaikan dan keburukan litar selari dan litar sesiri. Pemegang bateri, beberapa dawai penebat, ammeter, voltmeter dan mentol lampu. Membina litar sesiri dan litar selari ringkas.

Bina kedua-dua litar di bawah menggunakan pemegang bateri, bateri, beberapa dawai penebat dan dua buah lampu mentol. .

2. 3. 4. 5. 6.

Sambung semua dawai dan perhatikan cahaya lampu. Sekarang sambungkan ammeter dan voltmeter dalam kedua-dua litar. Buat jadual yang sesuai untuk merekod bacaan. Sekarang longgarkan skru satu lampu mentol di dalam setiap litar. Perhati kecerahan mentol lampu yang sedia ada dan rekodkan juga bacaan kedua dua ammeter dan voltmeter dalam setiap litar. Sekarang sambungkan mentol lampu yang lain secara sesiri dalam litar A. Perhati kecerahan mentol mentol lampu dan rekodkan juga bacaan ammeter dan voltmeter. Sekarang sambungkan mentolo lampu yang lain secara selari dalam litar B. Perhati kecerahan mentol dan rekodkan juga bacaan ammeter dan voltmeter.

Soalan Penguasaan Pegetahuan dan Kemahiran.: 1. 2. 3. Apakah yang terjadi kepada mentol lampu di dalam litar sesiri jika satu mentol lampu terbakar? Terangkan. (3 markah) Apakah yang terjadi kepada mentol lampu di dalam litar selari jika satu mentol lampu terbakar? Terangkan. (3 markah) Anda membina se jalur (string) lampu menggunakan pelbagai mentol. Bagaimanakah kecerahan lampu berhubung dengan sama ada anda sambung secara sesiri atau selari. (4 markah)

LAMPIRAN 1 4. 5. Apakah terjadi kepada mentol mentol lampu dalam litar sesiri jika ada satu mentol lain disambung secara sesiri didalam litar itu? Terangkan. (3 markah) Apakah terjadi kepada mentol mentol didalam litar selari jika ada satu mentol lain disambung secara selari di dalam litar itu? Terangkan. (3 markah) Membina gabungan litar sesiri dan selari.

Aktiviti 2: Prosedur: 1.

Bina litar seperti ditunjukkan di bawah menggunakan pemegang bateri, bateri, suis, beberapa dawai penyambung dan tiga mentol lampu.

2. 3. 4. 5.

Sambung suis dan perhatikan kecerahan mentol lampu. Sekarang sambung ammeter dan voltmeter untuk mengukur arus dan beza keupayaan melalui setiap mentol. Buat jadual yang sesuai untuk merekod bacaan. Sekarang keluarkan mentol 1. Perhati kecerahan mentol mentol yang tinggal dan rekod bacaan ammeter dan voltmeter. Sekarang keluarkan mentol 2. Perhati kecerahan mentol mentol yang tinggal dan rekod bacaan ammeter dan voltmeter.

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiaran: 1. 2. 3. Apakah terjadi kepada kecerahan lain-lain mentol di dalam litar jika mentol 1 dikeluarkan? Terangkan. (3 markah) Apakah terjadi kepada lain-lain mentol jika mentol 2 dikeluarkan? Terangkan. (3 markah)

Adakah anda mahu litar litar di rumah anda di pasang secara sesiri atau selari atau gabungan keduaduanya? Terangkan alasan anda. (3 markah

LAMPIRAN 1 Praktikal 6: Hasil Pembelajaran: Bahan: Aktiviti 1: Prosedur: 1. 2. Lilitkan dawai kuprum sebanyak 10-20 lilitan di dua jari anda. Sambungkan hujung bebas kepada galvanometer yang peka. . Siasat apa yang berlaku bila: (a) (b) (c) (d) (e) 3. 4. 5. Kutub utara magnet digerakkan ke dalam gelung? Kutub utara magnet digerakkan keluar dari gelung? Kutub utara digerakkan dengan cepat ke dalam gelung? Gelung digerakkan kearah magnet? Magnet di biarkan kekal di tengah tengah gelunbg? Penjanaan dan penghantaran arus elektrik (4 jam). Untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud arus yang dijana. Dawai kuprum, galvanometer dan magnet. Menyiasat arus yang dijana.

Ulang alngkah langkah (a) hingga (e) menggunakan kutub selatan magnet. Sekarang, lingkarkan 40 lilitan gelung kuprum sekitar dua jari anda. Sambung hujung bebas kepada galvanometer yang peka. Ulang langkah langkah (a) hingga (e) menggunakan kutub Utara magnet. Buat magnet yang lebih kuat dengan menggunakan dua atau tiga magnet yang dilekat bersama-sama dengan kesemua kutub utara berada pada penghujung yang sama. Ulang langkah2 (a) hingga (e) dengan magnet magnet yang lebih kuat.

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran: 1. 2. Apakah terjadi bila magnet digerakkan ke dalam gelung? Terangkan. Apakah terjadi bila magnet di biarrrkan kekal di tengah tengah gelung? Terangkan. (2 markah) 3. 4. 5. Apakah terjadi bila magnet digerakkan dengan cepat ke dalam gelung? Terangkan. (2 markah) Apakah terjadi bila magnet yang lebih kuat digerakkan ke dalam gelung? Terangkan. (2 markah) (2 markah)

Apakah terjadi bila magnet yang mempunyai banyak lilitan di masukkan ke dalam gelung? Terangkan. . (2 markah)

6.

Apa yang mesti anda buat untuk meningkatkan magnitud arus yang dijana?

(1 markah)

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 1 Aktiviti 2: Membina transformer injak turun dan injak naik. Untuk mendemonstrasikan peggunaan transformer dalam penghantaran elektrik.

Hasil Pembelajaran: Bahan:

Dawai kuprum bersalut PVC, teras-C besi lembut, bekalan kuasa AC, suis, mentol, ammeter AC, voltmeter AC, dan pengapit G. Prosedur: 1. 2. Lilitkan 10 lilitan dawai kuprum bersalut PVC pada teras-C besi lembut dan sambungkan gelung itu ke bekalan kuasa AC dan suis. Gelung ini dipanggil gelung primer. Lilitkan 25 lilitan dawai kuprum pada teras-C besi lembut yang lain dan sambungkan kedua dua hujung gelung ke mentol. Gambarajah dibawah menunjukkan bagaimana meter-meter disambung untuk mengukur arus dan beza keupayaan di dalam gelung primer.

3.

Sekarang sambungkan meter-meter untuk mengukur arus dan beza keupayaan di dalam gelung sekunder seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

LAMPIRAN 1

3. 5.

Di dalam transformer di atas, bilangan lilitan gegelung sekunder adalah lebih besar daripada gelung primer. Apakah nama transformer ini? Hidupkan suis dan rekod pengukuran anda. Sekarang terbalikkan sambungan kedua-dua gelung primer dan sekunder. Bilangan lilitan dalam gelung sekunder adalah lebih kecil berbanding gelung primer. Apakah nama transformer ini? Hidupkan suis dan rekod pengukuran anda.

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran: 1. Untuk transformer injak naik, arus yang manakah yang anda jangka lebih besar arus primer atau arus sekunder? (1 markah) Bagaimana anda mengukur kuasa input dan kuasa output untuk transformer injak naik dan apakah nilai nilainya (2 markah) Kira nisbah kuasa output kepada kuasa input. Apakah nama nisbah ini? (2 markah) 4. Dalam penghantaran elektrik, kehilangan kuasa dalam setiap kabel dikira dengan menggunakan formula, Kuasa hilang dalam setiap kabel = I2 R di mana I adalah arus dan R adalah rintangan kabel. (2 markah)

2.

3.

Bagaimana kehilangan kuasa boleh dikurangkan? 5.

Terangkan peranan transformer injak naik di dalam membantu mengurangkan kehilangan kuasa semasa penghantaran leketrik (2 markah) Untuk transformer injak turun, arus yang manakah yang anda jangka lebih besar arus primer atau arus sekunder? (1 markah)

6.

LAMPIRAN 1 7. 8. Apakah nilai-nilai kuasa input dan kuasa output untuk transformer injak turun? Terangkan peranan transformer injak turun di dalam penghantaran elektrik. (2 markah)

(2 markah)

You might also like