You are on page 1of 6

AMALAN DEMOKRASI DI INDONESIA SYARAHAN KELAPAN 6 DISEMBER 2001

Selepas Indonesia memperolehi kemerdekaannya daripada Belanda secara resmi, kita dapat terima bahawa penjajahan Belanda di Indonesia telah tamat. Percubaan Belanda untuk menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara persekutuan tidak dapat dikekalkan kerana ramai daripada kaum pribumi sedar bahawa negara-negara yang didirikan oleh Belanda semasa mereka merancang untuk mewujudkan negara persekutuan mereka ialah negara negara boneka yang tidak dapat beridiri sendiri tanpa bantuan dan sokongan daripada Belanda. Itu sebabnya iade ataupun sebarang cadangan untuk menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara persekutuan tidak menarik perhatian para nasionalis. Namun demikian kita harus ingat bahawa walaupun Indonesia mempunyai identiti nasional mereka iaitu kebangsaan Indonesia, identiti ini merangkumi pelbagai kaum pribumi di kawasan itu. Itu bermakna bahawa orang Jawa, orang Sunda, Bugis, Batak, Bali dan juga Melayu menerima identiti Indonesia ini. Ini bermakna juga sejauhmana yang boleh mereka telah cuba mengenipkan kepentingan kaum dan perasaan kedaerahan dan juga ras untuk menegakkan identiti kebangsaan ini. Ini semua memerlukan penglibatan setiap individu dari segi emosi dan fikiran. Berbanding dengan Kepulauan Filipina dimana identiti bangsa Filipina telah lama wujud, identiti Indonesia merupakan satu ciptaan baru dan memerlukan komitmen yang penuh dikalangan kaum pribumi untuk berakar umbi. Di negara Filipina soal ras, ideoloji dan mungkin juga daerah tidak mempunyai kesan yang begitu ketara dalam sistem politik yang sedia ada. Tetapi di Kepulauan Indonesia isu isu ini amat penting. Saperti yang saya selalu menegaskan, majoriti daripada jumlah penduduk Indonesia terdiri daripada orang Jawa kaum pribumi yang lain merupakan bilanagan yang tidak begitu ramai. Islam merupakan agama majoriti di Kepulauan Indonesia. Sejauhmanakah perkara ini akan menimbulkan masalah di negara Indonesia merdeka? Adakah majoriti orang Jawa dengan bilangan mereka yang begitu ramai akan mengancam kedudukan kaum pribumi yang lain dari segi politik, sosial atau ekonomi? Adakah Islam sebagai agama kaum majoriti akan menjejaskan kedudukan agama agama yang lain di Indonesia? Ini semua merupakan isu isu yang harus difikirkan oleh warga Indonesia setelah mereka dapat membebaskan diri daripada penjajahan Belanda. Satu perkara yang kita mesti sedar ialah selama Belanda berkuasa soal majoriti orang Jawa ataupun kedudukan Islam tidak menimbulkan masalah kerana Belanda menguasai dan

mengawal keadaan di Kepulauan Hindia Timor Belanda memang untuk kepentingan mereka. Tetapi setelah Indonesia mecapai kemerdekaannya bolehkah negara baru ini menentukan bahawa keadaan politik, sosial dan kemajuan ekonomi dapat dikekalkan? Saya dalam syarahan syarahan lepas telah menyampaikan bahawa hampir semua negara negara yang wujud di Kepulauan Asia Tenggara adalah disebabkan oleh penjajahan. Indonesia dan negara Filipina merupakan negara negara ciptaan kolonialisma. Sempada merekapun mencerminkan sempadan yang didirikan oleh kuasa penjajah. Sistem pendidikan, pengangutan, pemerintahan semua ini diwarisi daripada kuasa penjajah setelah negara negara tersebut mencapai kemerdekaan mereka. Sejauhmana yang boleh negara negara ini juga cuba mencerminkan sistem politik mereka mengikut sistem politik yang diamalkan oleh negara negara Barat yang telah menjajahi mereka. Itu sebabnya negara Indonesia setelah merdeka membuat keputusan untuk berpegang kepada amalan demokrasi. Yang jelas, negara itu tidak dapat kembali kepada sistem politik lama iaitu kerajaan. Oleh sebab itu maka sistem demokrasi merupakan apa yang dipilih oleh mereka. Saya percaya bahawa pilihan ini juga dipengaruhi oleh kepercayaan bahawa sistem demokrasi adalah amat sesuai bagi sebuahg negaras dimana terdapatnya pelbagai kaum pribumi kerana sistem demokrasi dapat mengimbangkan tuntutan tuntutan mereka jika sistem itu berjalan dengan lancar dan juga adil. Namun demikian kita harus sedar bahawa dari 1945 sehingga 1950 Indonesia tidak menjalankan pilihanraya kerana tempoh masa itu dianggap zaman revolusi dimana bangsa Indonesia berjuan untuk menegakkan kemerdekaan mereka yang diistiharkan pada 17 Ogos 1945. Saperti yang saya telah jelaskan, Belanda tidak mengiktirak tarikh kemerdekaan itu kerana dari sudut pandangan Belanda, kemerdekaan Indonesia diperolehi setelah Belanda secara resmi memindah kedaulatanya kepada Republik Indonesia Serikat pada Disember 1949. Sebab itu Belanda menganggap tahun 1950 sebagai tahun kemerdekaan Indonesia. Tetapi tarikh kemerdekaan ini bukanlah isu penting bagi kita. Yang penting ialah sejauhmanakah demokrasi diparaktikan di Indonesia? Profesor M.C. Rickliefs menafsirkan tempoh antara 1950 sehingga 1957 sebagai tempoh ekspirimen dengan demokrasi. Apa sebabnya? Yang pertama Indonesia tidak mempunyai pengalaman demokrasi dalam sejarahnya. Indonesia telah mewarisi sebuah sistem autokrasi yang dijalankan oleh Belanda dan juga Jepun. Yang kedua demokrasi memerlukan masa untuk berakar umbi dalan jiwa bangsa Indonesia. Majoriti kaum pribumi Indonesia terdiri daripada mereka yang buta huruf dan miskin amat serasi dengan

pemerintahan yang berdasar kepada autokrasi dan mereka tidak sekalipun didedahkan kepada suatu isitem pemerintahan dimana sipemerintah bertanggung jawab kepada rakyat dan juga mengamalkan suatu sistem dimana ketulusan amat penting. Disamping itu pengalaman pelbagai kaum pribumi itu amat berbeza dan mereka tidak mempunyai suatu kata sepakat tentang cara apa dan bagaimana sistem demokrasi ini harus diamalkan di Kepulauan Indonesia. Orang ramai disebabkan oleh keadaan buta huruf dan pemahaman politik yang sempit dapat diugut atau dipaksa mengikut kehendak sesiapa yang boleh mengugut atau memaksa mereka. Oleh sebab itu maka masa depan pengenalan demokrasi tidak begitu cerah di Kepulauan Indonesia. Bilangan bangsa Indonesia yang sedar dan faham tentang politik dan amalan demokrasi terdiri daripada kelompok yang amat kecil dan mereka hanya didapati dibandar bandar sahaja dan khususnya di bandar bandar di Pulau Jawa dan merekalah berpendapat bahawa sistem demokrasi adalah amat sesuai bagi Indonesia. Tetapi mereka sendiri pandang rendah terhadap bangsa mereka yang tidak fasih dalam bahasa Belanda, tak berpendidikan dan komitmen mereka kepada masyarakat desa amat terhad dan untuk menjaga kepentingan mereka pilihan raya dapat ditangguhkan selama lima tahun. Oleh sebab itu janganlah kita hairan apa sebabnya demokrasi berparlimen tidak berjaya di Kepulauan Indonesia. Walapun zaman 1950 sehingga 1957 merupakan zaman yang paling bebas dalam sejarah Indonesia dari segi politik. Masalah ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh Indonesia selepas pendudukan Jepun dan zaman revolusi amat serius. Ladang ladang dan industri industri diseluruh negara musnah ataupun menghadapi kerosakan yang teruk. Yang lebih penting ialah bilangan penduduk telah meningkat. Pada 1950 jumlah penduduk dijangka 77,2 juta tetapi pada 1955 ini telah meningkat kepada 85.4 juta dan menurut banci tahun 1961 jumlah penduduk ialah 97.02 juta. Pengeluaran makanan meningkat juga tetapi tidak seimbang dengan peningkatan jumlah penduduk. Pengeluaran beras pada 1956 ialah 26% lebih tinggi daripada 1950 namun demikian impot beras masih diperlukan. Petanian mengunakan tenaga baru buruh melalui pembahagian kerja tetapi jauh lebih ramai lagi berhijrah ke bandar bandar untuk cari kerja. Pada 1930 3.8 % daripada jumlah penduduk didapati dibandar, pada 1961 ini telah meningkat kepada 14.8. Antara tahun 1945 dan 1955 penduduk Jakarta meningkat dua kali ganda kepada 1.8 juta dan meningkat lagi ke 2.9 juta pada tahun 1961. Oleh kerana jakarta terletaknya di Pulau Jawa, dan di samping itu lebih ramai jumlah penduduk atau 61% pada 1961 dan juga begitu ramai ahli politik tinggal di Pulau Jawa maka kawasan kawasan lain di luar Pulau Jawa tertinggal dan diabaikan. Dalam usaha untuk menampung

eknonomi impot Pulau Jawa maka Rupiah Indonesia diletak ditahap nilai yang jauh lebih tinggi daripada nilai sebenarnya dari segi mata wang negara negara lain. Dasar ini menyulit ekonomi kawasan kawasan luar Jawa yang bergantung kepada ekspot dan ini mengalakkan pasar gelap dan penyeludupan. Oleh sebab itu perusahaan komersial dan industri merosot. Kelas menegah Indonesia amat lemah dan berpecah antara orang Cina yang mempunyai peranan penting dalam dalam kegiatan komersil dan kaum pribumiyang mempunyai peranan yang amat terhad dan sokongan politik yang lemah pada masa itu. Indonesia merdeka memberi kepentingan kepada dasar pendidikan dan jumlah institusi

pendidikan meningkat dengan pesat. Antara tahun 1953 dan 1960 jumlah murid sekolah rendah meningkat daripada 1.7 juta kepada 2.5 juta tetapi seramai 60% tercicir sebelum menamatkan persekolahan mereka. Sistem persekolahan tinggi umum dan persekolahan tinggi swasta dan pendidikan perengkat Universiti berkembang dimerata tempat terutama sekali di Pulau Jawa dan ada sekolah sekolah tinggi dan juga Universiti Universiti yang mencapai tahap yang tinggi. Kesan daripada sistem pendidikan ialah bilangan daripada pelajar antara umur 10 dan 19 yang boleh membaca dan menulis ialah 46.7 pada 1961. Angka ini menunjukkan pencapaian yang cemerlang Pengunaan bahasa Indonesia dalam sistem pendidikan dan juga dalam hal urusan resmi menentukan bahawa bahasa Indonesia berkembang dengan pesat sebagai bahasa nasional. Kesan ini semua ialah dengan begitu ramai penduduk Indonesia yang boleh membaca dan menulis dan juga mempunyai kelulusan dan kelayakan yang baik maka lebih ramai lagi mencari pekerjaan yang setimpal dengan pencapaian akademik mereka. Kumpulan yang lain yang cari kerja terdiri daripada bekas gurila yang menentang Belanda dan juga pegawai pegawai awam yang dulu berkhidmat dengan pemerintahan Republik Indonesia Serikat dan juga pemerintahan Republik Indonesia. Pemerintah pemerintah yang berkuasa pada tahun 1950an memberi kepada mereka kedudukan dalam birokrasi atau jentera pemerintahan. Malangnya birokrasi diperkembangkan supaya ramai daripada gulungan yang cari kerja diberi kerja dalam birokrasi pemerintah dan pemberian kerja dalam birokrasi merupakan salah satu cara untuk memperkukuhkan kedudukan sebuah pemerintahan yang berkuasa. Kita harus ingat bahawa pada tahun 1930 jumlah pegawai yang bertugas dalam birokrasi pemerintah ialah 145,000 orang. Pada tahun 1960 jumlah pekerja dalam birokrasi pemerintah ialah seramai 807,000 dan gaji mereka rendah dan nilai gaji merosot disebabkan oleh inflasi. Ini membawa kepada pemerintahan yang tidak cekap, penyelewangan dan amalan rasuah dan oleh sebab itu maka birokrasi tidak berkesan dan tidak dapat mengatasi masalah masalah yang dihadapi oleh orang ramai.

Pemulihan ekonomi Indonesia selepas pendudukan Jepun dan perang revolusi mengambil masa. Minyak, sumber ekonomi yang kedua selepas getah mempunyai potensi untuk menguntungkan Republik Indonesia untuk jangka masa panjang. Kita mendapati bahawa pada 1957 pengeluaran minyak adalah dua kali ganda jika dibandingkan dengan tahun 1940 tetapi sebahagian daripada ini digunakan oleh negara. Dari tahun 1950 sehingga 1956 keperluan negara untuk minyak petrol meningkat kepada purata 64.5% dan minyak gas meninkat kepada purata 200.5% . Secara umum pengendalian infrukstur si pemerintah yang amat penting untuk ekonomi ekspot saperti jalan raya, pelabuhan tali air perhutanan merosot dengan teruk dan penukaran wang rupiah yang tinggi merupakan diskriminasi terhadap para pengekspot tak kira bangsa Indonesia mahupun pelabur asing yang mempunyai industri industri dan ladang ladang di Indonesia. Dalam ekonomi Indonesia kita dapat lihat bahawa kepentingan syarikat asing khususnya syarikat Amerika adalah penting. Syarikat Amerika saperti STANVAC dan CALTEX mempunyai kepentingan dalam perusahaan minyak manakala dalam sistem perkapalan Syarikat KPM atau Koninklijke Paketvaart Maatschaapij amat penting. Sektor pembankan dikuasai oleh kepentingan Belanda, Inggeris dan Cina dan kaum Cina juga mengusai sistem pinjaman wang didesa. Maka amat jelas kepada pemerhati pemerhati bahawa walaupun dari segi politik Indonesia merupakan sebuah negara yang merdeka tetapi dari segi ekonomi Indonesia masih terikat kepada kuasa kuasa barat ataupun kepada kaum China dan ini akan membawa kepada keradikalan sistem politik pada lewat tahun 1950an. Oleh kerana pemulihan ekonomi menghadapi masalah dan peningkatan pembelanjaan wang oleh si pemerintah yang kadangkala tidak dapat dikawal maka inflasi zaman perang dunia kedua dan zaman revolusi masih berjalan terus. Kos hidup meningkat 100% dari 1957 sehingga 1957 tetapi angka ini menbunyikan inflasi yang lebih serius dalam bidang bidang tertentu, kawasan kawasan tertentu dan juga komoditi komoditi tertentu. Semua lapisan masyarakat menghadapi penderitaan daripada gaji yang dinaikkan akibat inflasi. Pegawai yang makan gaji bulana dan kaum buruh menghadapi penekanan yang serius manakala tuan tanah tuan tanah, pegwai pegawai desa tidak diber gaji tetapi diberi bayaran dengan tanah dan petani-petani yang terlibat dalam tanaman sawah mereka ini memperolehi keuntungan secara relatif. Jika dibandingkan dengan pendudukan Jepun dan zaman revolusi keadaan hidup memang lebih baik bagi ramai kaum pribumi tetapi kemerdekaan tidak memberi kemewaan yang dinanti nantikan dan juga yang diharap harapkan oleh mereka. Itulah sebabnya makin lama makin ramai lagi kaum pribumi yang mempunyai sikap

sinis terhadap kemerdekaan dan aspirasi yang berkait dengan kemerdekaan yang diperolehi oleh mereka. Bagi sebahagian daripada kaum pribumi, kemerdekaan merupakan suatu impian yang kosong dan tak bermakna dan ada juga diantara kaum pribumi kelompok kelompok yang berpendapat bahawa cara hidop semasa penjajahan Belanda jauh lebih senang dan mewah daripada zaman kemerdekaan dan mereka menyalahkan sistem politik yang tidak menguntungkan mereka dan hanya mementingkan kelompok kelompok yang tertentu. Satu kelompok yang amat kecewa dengan sistem politik dan manipulasi politik oleh ahli ahli politik yang mewakili parti parti mereka ialah tentera. Tentera percaya bahawa merekalah yang menyelamatkan negara kerana mereka berjuang mati matian untuk menghalang dasar Belanda mendirikan semula penjajahan mereka di Kepulauan Indonesia. Semasa Belanda menawan Sukarno, hatta dan pemerintah Republik Indonesia dalam tindakan polis yang kedua pada Disember 1948, tentera Indonesia berjuang terus yang tidak mengaku kalah sehingga Belanda terpaksa tunduk kepada kehendak kaum pribumi. Tentera berpendapat bahawa mereka mesti mempunyai peranan dalam sistem politik Indonesia manakala ahli ahli politik berpendapat bahawa tentera haruslah tunduk kepada kemahuan ataupun kehendal pemerintah awam saperti yang biasa dalam negara negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Tetapi ini tidak diterima oleh tentera. Oleh sebab itu maka timbulah masalah politik yang begitu serius di Republik Indonesia tentang peranan tentera dalam arena politik.

You might also like